• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pelaksanaan dasar pengurusan sisa pepejal negara dalam kalangan kontraktor industri pembinaan di Pulau Pinang

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Pelaksanaan dasar pengurusan sisa pepejal negara dalam kalangan kontraktor industri pembinaan di Pulau Pinang"

Copied!
50
0
0

Teks penuh

(1)

PELAKSANAAN DASAR PENGURUSAN SISA PEPEJAL NEGARA DALAM KALANGAN KONTRAKTOR INDUSTRI PEMBINAAN DI PULAU PINANG

NG LEE SHAN

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Sains Pengurusan Teknologi

Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan Universiti Tun Hussien Onn Malaysia

(2)

v

ABSTRAK

Kelemahan pelaksanaan pengurangan sisa pepejal melalui 3R dalam kalangan kontraktor akan menyebabkan pengurusan sisa pembinaan tidak lestari terutamanya di kawasan kepulauan. Hal ini telah meningkat penjanaan sisa pembinaan di tapak pelupusan. Kajian ini bertujuan mengenalpasti pelaksanaan pengurangan sisa pepejal melalui 3R dalam kalangan kontraktor industri pembinaan di Pulau Pinang, kedua mengkaji kekangan pelaksanaan pengurangan sisa pepejal melalui 3R dalam kalangan kontraktor industri pembinaan di Pulau Pinang dan ketiga, mengkaji elemen bagi merapatkan jurang pelaksanaan pengurangan sisa pepejal melalui 3R dengan pihak kontraktor. Kaedah temu bual semistruktur dilakukan dengan Pegawai Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Seberang Perai serta CIDB Pulau Pinang. Manakala, kaedah soal selidik telah dilakukan dalam kalangan 61 orang kontraktor berdaftar gred G7, G6, G5 dengan CIDB di Pulau Pinang di mana kadar respon diterima sebanyak 49.6 peratus. Keputusan soal selidik menunjukkan hanya 21.3 peratus kontraktor menyatakan pengurangan sisa pepejal melalui 3R berkesan dilaksanakan seperti hasil temu bual menyatakan 3R masih terhad dilaksanakan. Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan lebih daripada 80 peratus kontraktor menyatakan sikap kontraktor dan sisa pembinaan yang tidak sesuai diguna semula dan kitar semula serta kekurangan ruang merupakan kekangan utama melaksanakan pengurangan sisa pepejal melalui 3R. Di samping itu, elemen penguatkuasaan undang-undang, pelaksanaan 3R dalam kalangan kontraktor dan kesedaran 3R dalam sektor pembinaan merupakan pendekatan yang sesuai merapatkan jurang antara pelaksanaan pengurangan sisa pepejal melalui 3R dengan pihak kontraktor di mana skor min tahap persetujuan melebihi 3.7. Penerapan pendekatan Atas-Bawah dalam elemen yang penting dicadangkan supaya dapat mengurangkan sisa pembinaan melalui 3R.

(3)

ABSTRACT

Weaknesses in implementing solid waste reduction through 3R concept among construction contractor will cause unsustainable construction waste management especially in islands. This situation has increased the generation of construction waste in landfills. This study consist aims to identify the implementation of reducing solid waste through 3R concept among construction contractors in Penang; secondly is to study the constraints of implementing solid waste reduction through 3R concept among construction contractors in Penang and thirdly is to study the element to close the gap between the implementation of reducing solid waste through 3R concept among contractors. Semi-structure interviews were conducted by officers from Penang Island and Seberang Perai Municipal Council and CIDB Penang. Meanwhile, the questionaire survey conducted among 61 construction contractors registered grade G7, G6 and G5 under CIDB accreditation located at Butterworth, Bukit Mertajam and Georgetown, Penang; where the response rate is 49.6 percent. The result of questionaires shows that only 21.3 percent of respondent revealed that solid waste reduction through 3R w concept implement in construction industry in Penang as the finding of interview where 3R concept still limited to implement. Besides that, more than 80 percent of respondent revealed that contractor’s attitude, construction waste unsuitable to recycle and reuse; and lack of space were the major constraint to implement the solid waste reduction through 3R concept. Furthermore, law enforcement, implementation of 3R among contractors and awareness 3R in construction industry are the key elements to close gaps between the implementation of reducing solid waste through 3R concept among construction contractors where the mean score above 3.7. Top-Down approach is the most crucial element that are suggested in order to reduce the construction waste through 3R concept.

(4)

vii KANDUNGAN TAJUK ... i PENGAKUAN ... ii DEDIKASI ... iiI PENGHARGAAN ... iv ABSTRAK ... v ABSTRACT ... vi KANDUNGAN ... vii

SENARAI JADUAL ... xiii

SENARAI RAJAH ... xv

SENARAI SINGKATAN ... xvii

SENARAI LAMPIRAN ... xviii

BAB 1 PENDAHULUAN ... 1 1.1 Pengenalan ... 1 1.2 Latar belakang ... 3 1.3 Penyataan masalah ... 5 1.4 Persoalan kajian ... 6 1.5 Objektif kajian ... 7 1.6 Skop kajian ... 7 1.7 Kaedah kajian ... 8 1.8 Kepentingan kajian... 8 1.9 Organisasi tesis ... 9 1.10 Kesimpulan ... 9

BAB 2 KAJIAN LITERATUR ... 11

2.1 Pengenalan ... 11

(5)

2.2.1 Sisa pepejal... 11

2.2.2 Sisa pembinaan... 12

2.3 Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Negara ... 13

2.3.1 Objektif dan Teras Dasar PSPN ... 14

2.3.2 Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara ... 15

2.3.3 Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam ... 15

2.4 Pengurangan sisa pepejal melalui 3R ... 16

2.4.1 Pengurangan ... 16

2.4.2 Guna semula ... 17

2.4.3 Kitar semula ... 17

2.5 Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) ... 18

2.5.1 Seksyen101: Pengurangan, Penggunaan Semula Dan Pengitaran Semula Sisa Pepejal Terkawal ... 19

2.6 Pelaksanaan pengurangan sisa pembinaan melalui konsep 3R di negara lain ... 19

2.7 Pendekatan Atas-Bawah... 21

2.8 Kerangka teoritikal kajian ... 22

2.9 Kelemahan pelaksanaan pengurangan sisa pepejal melalui 3R dalam industri pembinaan ... 23

2.9.1 Kerajaan tidak mandatori mengamal 3R dalam pengurusan sisa pembinaan ... 25

2.9.2 Akta 672 tidak dikuatkuasa di Pulau Pinang ... 25

2.10 Kesan dan masalah yang akan timbul ... 26

2.10.1. Kekurangan tapak pelupusan ... 26

2.10.2. Pencemaran alam sekitar ... 26

2.10.3. Menjejaskan kesihatan ... 27

2.10.4. Kekurangan bahan mentah dari sumber asli ... 27

(6)

ix

2.11 Kekangan pelaksanaan pengurangan sisa

pepejal melalui 3R dalamindustri pembinaan ... 28

2.11.1 Kekurangan ruang untuk mengurus sisa pembinaan ... 28

2.11.2 Mengambil kos dan masa ... 28

2.11.3 Kekurangan dasar spesifik dan penguatkuasaan undang-undang dalam industri pembinaan ... 29

2.11.4 Sikap kontraktor ... 29

2.11.5 Sisa binaan yang tidak sesuai diguna semula dan kitar semula ... 30

2.11.6 Kekurangan kesedaran dan pengetahuan pihak kontraktor ... 30

2.12 Elemen merapatkan jurang antara pelaksanaan pengurangan sisa pepejal melalui 3R dengan pihak kontraktor ... 31

2.12.1. Peranan pihak kerajaan ... 31

2.12.2. Penguatkuasaan perundangan pihak berkuasa ... 33

2.12.3. Pelaksanaan 3R dalam kalangan kontraktor ... 35

2.12.4. Kesedaran kepentingan pelaksanaan 3R dalam sektor pembinaan ... 36

2.12.5. Teknologi dan cara menggunakan sisa pembinaan ... 37

2.13 Kelestarian pengurusan sisa pembinaan... 39

2.14 Kesimpulan ... 41

BAB 3 KAWASAN DAN KAEDAH KAJIAN ... 42

3.1 Pengenalan ... 42

3.2 Kawasan kajian ... 42

3.3 Perancangan penyelidikan kajian ... 44

3.3.1 Peringkat awal ... 44

(7)

3.3.3 Peringkat akhir ... 45 3.4 Jenis kajian ... 47 3.5 Kaedah kajian ... 47 3.5.1 Soal selidik ... 48 3.5.2 Temu bual... 49 3.6 Instrumen kajian ... 50

3.6.1 Borang soal selidik ... 50

3.6.2 Soalan temu bual ... 50

3.7 Populasi dan pensampelan ... 51

3.8 Kajian rintis ... 51

3.9 Responden kajian ... 52

3.10 Kadar respon ... 52

3.11 Analisis kajian ... 53

3.11.1 Kajian kebolehpercayaan ... 53

3.11.2 Transformasi data dengan operasi compute ... 54

3.11.3 Ujian normaliti ... 55

3.11.4 Matriks korelasi ... 56

3.11.5 Analsisis kandungan ... 57

3.12 Kesimpulan ... 57

BAB 4 PELAKSANAAN PENGURANGAN SISA PEMBINAAN DALAM KALANGAN KONTRAKTOR DI PULAU PINANG ... 58

4.1 Pengenalan ... 58

4.2 Latar belakang responden ... 58

4.3 Pihak yang terlibat dalam pengurusan sisa pembinaan di Pulau Pinang ... 60

4.4 Kontraktor mempraktikkan 3R dalam pengurusan sisa pepejal di Pulau Pinang ... 63

4.5 Pengurangan sisa pepejal melalui 3R dan Akta 672 dalam pengurusan sisa pembinaan di Pulau Pinang ... 65

(8)

xi

4.6 Peraturan atau undang-undang yang dipatuhi

dalam pengurusan sisa pembinaan ... 67

4.7 Keperluan kos pengurusan sisa pembinaan

diambil kira dalam kos projek ... 69

4.8 Penganjuran garis panduan, kursus dan

kempen oleh pihak CIDB ... 70

4.9 Keberkesanan pelaksanaan pengurangan sisa

pepejal melalui 3R dalam kalangan kontraktor

industri pembinaan di Pulau Pinang ... 71 4.10 Kesimpulan ... 73

BAB 5 KEKANGAN PENGURANGAN SISA PEMBINAAN

DAN ELEMEN MERAPATKAN JURANG

DENGAN KONTRAKTOR ... 74 5.1 Pengenalan ... 74 5.2 Isu dan masalah ... 74

5.3 Kekangan pelaksanaan pengurangan sisa

pepejal melalui 3R dalam kalangan kontraktor

di Pulau Pinang ... 76

5.3.1 Kekurangan ruang mengurus sisa pembinaan ... 77

5.3.2 Masa dan kos ... 79 5.3.3 Kekurangan dasar dan penguatkuasaan

undang-undang ... 82 5.3.4 Sikap kontraktor ... 83 5.3.5 Sisa pembinaan tidak sesuai diguna

semula dan kitar semula ... 84 5.3.6 Kekurangan kesedaran dan pengetahuan ... 85

5.4 Elemen bagi merapatkan jurang pelaksanaan

pengurangan sisa pepejal melalui 3R dengan

pihak kontraktor ... 87 5.4.1 Peranan pihak kerajaan ... 87

(9)

5.4.3 Pelaksanaan 3R dalam kalangan kontraktor ... 92

5.4.4 Kesedaran kepentingan pelaksanaan 3R dalam sektor pembinaan ... 95

5.4.5 Teknologi dan cara menggunakan sisa pembinaan ... 97

5.5 Analisis kolerasi matrik... 102

5.6 Kesimpulan ... 104

BAB 6 CADANGAN DAN RUMUSAN ... 105

6.1 Pengenalan ... 105

6.2 Rumusan ... 105

6.3 Cadangan merapatkan jurang pelaksanaan pengurangan sisa pepejal melalui 3R dengan pihak kontraktor ... 109

6.3.1 Peranan kerajaan dan pihak berkuasa ... 109

6.3.2 Aspek perundangan ... 109

6.3.3 Aspek kesedaran kontraktor ... 110

6.3.4 Aspek sikap dan pelaksanaan kontraktor ... 110

6.3.5 Aspek teknologi ... 111

6.4 Sumbangan kajian ... 111

6.5 Cadangan kajian lanjutan ... 113

6.6 Limitasi kajian ... 114

6.7 Penutup ... 114

RUJUKAN ... 116

LAMPIRAN ... 127 VITA ...

(10)

xiii

SENARAI JADUAL

3.1 Kaedah penyelidikan kajian ... 47

3.2 Tahap persetujuan pilihan ... 49

3.3 Keputusan kebolehpercayaan kajian bagi kajian rintis ... 52

3.4 Keputusan analisis kajian kebolehpercayaan ... 54

3.5 Contoh data statistik Kolmogorov-Smirnov dan Shapiro-Wilk bagi elemen peranan pihak kerajaan ... 55

3.6 Contoh data ujian normaliti bagi elemen peranan pihak kerajaan ... 56

4.1 Latar belakang responden yang ditemu bual ... 59

4.2 Profil responden kontraktor... 60

4.3 Peratusan sisa pembinaan yang diuruskan melalui amalan 3R... 64

4.4 Keberkesanan pelaksanaan pengurangan sisa pepejal melalui 3R dalam kalangan kontraktor industri pembinaan di Pulau Pinang ... 72

5.1 Isu dan masalah yang akan timbul ... 75

5.2 Analisis skor min bagi skala Likert (Bahril & Razzaly, 2012) ... 87

5.3 Persetujuan ke atas elemen peranan pihak kerajaan ... 90

5.4 Persetujuan ke atas komponen elemen penguatkuasaan perundangan pihak berkuasa ... 93

55 Persetujuan ke atas elemen pelaksanaan 3R dalam kalangan kontraktor ... 96

5.6 Persetujuan ke atas elemen kesedaran kepentingan pelaksanaan 3R dalam sektor pembinaan ... 98

(11)

5.7 Persetujuan ke atas elemen teknologi

dan cara menggunakan sisa pembinaan ... 101 5.8 Kekuatan nilai kolerasi (Chua, 2006)... 102

5.9 Jadual kolerasi matriks bagi elemen bagi merapatkan

jurang pelaksanaan pengurangan sisa pepejal

(12)

xv

SENARAI RAJAH

1.1 Konsortium pengurusan sisa pepejal di tiga wilayah ... 4

1.2 Organisasi tesis ... 10

2.1 Pengelasan Sisa Pembinaan dan Perobohan (Bilitewski et al., 1997) ... 13

2.2 Pendekatan Atas-Bawah (Diubahsuai daripada Ren, (2003) & Boundless (2013) ) ... 23

2.3 Kerangka teoritikal kajian ... 24

3.1 Kawasan kajian ... 43

3.2 Carta aliran kajian ... 46

4.1 Pihak yang terlibat dalam pengurusan sisa pembinaan di Pulau Pinang ... 62

4.2 Peratusan kontraktor yang menguruskan sisa pembinaan melalui 3R di Pulau Pinang ... 65

4.3 Pengurangan sisa pepejal melalui 3R mandatori dipraktikkan untuk mengurus sisa pembinaan di Pulau Pinang ... 65

4.4 Akta 672 dikuatkuasakan dalam pengurusan sisa pembinaan di Pulau Pinang ... 67

4.5 Peraturan atau undang-undang yang perlu dipatuhi dalam pengurusan sisa pembinaan yang dinyatakan dalam kontrak projek... 68

4.6 Kos pengurusan sisa pembinaan diambil kira dalam pengiraan kos projek ... 70

(13)

4.7 Penganjuran garis panduan, kursus dan kempen mengenai pengurusan sisa pembinaan oleh pihak

CIDB ... 71

5.1 Isu dan masalah yang timbul ... 76

5.2 Kekangan dalam pelaksanaan pengurangan sisa pepejal melalui 3R dalam pengurusan sisa pembinaan di Pulau Pinang ... 77

5.3 Kekurangan ruang mengurus sisa ... 78

5.4 Sebab kekurangan ruang mengurus sisa pembinaan ... 79

5.5 Masa dan kos untuk melaksanakan ... 80

5.6 Tempoh masa kontraktor mengurus sisa pembinaan ... 81

5.7 Perkara yang melibatkan kos dalam pengurusan sisa pembinaan ... 81

5.8 Kekurangan dasar dan penguatkuasaan undang-undang ... 82

5.9 Sikap kontraktor ... 83

5.10 Kekangan sisa pembinan tidak sesuai diguna semula dan kitar semula ... 84

5.11 Semua sisa pembinaan boleh diuruskan dengan amalan 3R ... 85

(14)

xvii

SENARAI SIMBOL/ SINGKATAN

BIL - BILANGAN

BPP - BAHAGIAN PERKHIDMATAN PERBANDARAN

CIDB - CONSTRUCTION INDUSTRY DEVELOPMENT BOARD

JPSPN - JABATAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL NEGARA

IBS - INDUSTRIALISED BUILDING SYSTEMS

JAS - JABATAN ALAM SEKITAR

KPKT KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN

TEMPATAN

MPPP - MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG

MPSP - MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI

PPSPPA - PERBANDARAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL &

PEMBERSIHAN AWAM

PSPN - PENGURUSAN SISA PEPEJAL NEGARA

SD - STANDARD DEVIATION (SISIHAN PIAWAI)

3R - RECYCLE (KITAR SEMULA), REDUCE

(15)

SENARAI LAMPIRAN

A Bilangan tapak pelupusan sisa pepejal yang beroperasi dan

ditamatkan dan purata kutipan sisa pepejal yang dilupuskan

mengikut negeri dari januari hingga September 2012 ... 127

B Pelaksanaan pengurangan sisa pembinaan melalui 3R di negara lain ... 128

C Rumusan elemen yang merapatkan jurang antara pelaksanaan pengurangan sisa pembinaan melalui 3R dengan kontraktor... 129

D Borang soal selidik ... 130

E Soalan Temu bual ... 142

F1 Jadual gred berdaftar dan sekatan menender ... 149

F2 Jadual gred, modal berbayar atau terkumpul, had kewangan dan personel teknikal... 150

G1 Keputusan ujian normaliti - Statistik Kolmogorov-Smirnov dan Shapiro-Wilk ... 151

G2 Keputusan Ujian normaliti - Statistik kepencongan... 152

(16)

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sisa pepejal yang terkawal terdiri daripada kategori seperti sisa pepejal awam, sisa pepejal import, sisa pepejal isi rumah, sisa pepejal keinstitusian, sisa pepejal khas, sisa pepejal komersial, sisa pepejal pembinaan dan sisa pepejal perindustrian (Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, 2013a). Selain itu, sisa pembinaan dan perobohan juga ditakrifkan secara amnya sebagai sisa yang dihasilkan daripada industri pembinaan dengan aktiviti pembinaan, pengubahsuaian bangunan, pembinaan awam dan bangunan, pembersihan tapak bina, pembinaan jalan raya dan aktiviti perobohan termasuklah aktiviti penggalian tanah atau pembinaan pembentukan (Shen et al., 2004).

Pengurusan sisa merupakan sesuatu proses yang terlibat dalam urusan termasuk perancangan tapak, pengangkutan, penyimpanan, pengendalian bahan, operasi di tapak, pengasingan, penggunaan semula dan kitar semula dan pelupusan pada peringkat akhirnya (Osmani, 2011). Menurut Minks (1994), pengurusan sisa pembinaan dianggap sebagai alat yang digunakan untuk mengawal kos pelupusan sisa pembinaan serta memudahkan alternatif selain kaedah pelupusan seperti kitar semula dan guna semula supaya dapat mengurangkan sisa pembinaan di tapak pelupusan.

Pelaksanaan pengurangan sisa pepejal melalui 3R dalam industri pembinaan bertujuan untuk mencapai kelestarian dalam pengurusan sisa pembinaan. Amalan 3R merupakan pengurangan (Reduce), guna semula (Reuse) dan kitar semula (Recycle) (Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, 2012). Menurut Hezri (2010), pendekatan 3R berdasarkan idea yang menggunakan sumber dengan sepenuhnya sebelum proses

(17)

pelupusan pada akhirnya. Konsep 3R menjadi lebih popular dan merupakan antara alternatif yang lain dalam hierarki pengurusan sisa. Sisa pembinaan merupakan komponen utama dalam aliran sisa pepejal. Sisa pembinaan harus diiktirafkan sebagai sumber berharga kerana banyak jenis sisa pembinaan boleh diguna semula atau dikitar semula (Nitivattananon dan Borongan, 2008).

Pengurangan dianggap sebagai kaedah yang paling berkesan dan cekap untuk menguruskan sisa pembinaan. Pengurangan sisa bukan hanya mengurangkan penjanaan sisa, malah boleh mengurangkan kos transportasi, pelupusan sisa dan kitar semula sisa (Poon, 2007; Esin & Cosgun, 2007). Kaedah guna semula sering digunakan kerana sisa pembinaan boleh digunakan dalam projek lain. Guna semula merupakan bentuk kitar semula yang paling berfaedah dan menjimatkan sebahagian wang kontraktor dibandingkan dengan kos pelupusan yang dicaj (Winkler, 2010). Kaedah kitar semula dibahagikan kepada kitar semula On-Site dan kitar semula Off-Site. Kitar semula On-Site merupakan pengasingan sisa pembinaan dan digunakan sebagai bahan mentah dalam proses pembinaan yang lain. Manakala, kitar semula Off-Site adalah pengasingan sisa dan mengangkut sisa pembinaan tersebut kepada organisasi lain supaya boleh digunakan sisa sebagai bahan mentah (Franchetti, 2009).

Pengurangan sisa pembinaan telah ditekankan untuk meningkatkan prestasi supaya mencapai matlamat industri yang lestari (Kulatunga et al., 2006). Pengurusan sisa pembinaan sangat penting bagi usaha pembangunan lestari pada masa depan di

Malaysia (Nagapan et al., 2012a). Pendekatan pengurangan sisa pembinaan melalui 3R

boleh membantu ke arah kelestarian pengurusan sisa (Ngoc & Schnitzer, 2009). Kajian ini tertumpu pada pelaksanaan pengurangan sisa pepejal melalui 3R dalam kalangan kontraktor industri pembinaan di Pulau Pinang supaya mencapai kelestarian pengurusan sisa pembinaan. Menurut Kementerian Perumahan dan Kementerian Tempatan (2012), laporan perangkaan KPKT sehingga September 2012 telah menunjukkan bahawa Pulau Pinang hanya ada 2 tapak pelupusan yang beroperasi dan purata sisa yang dilupuskan setiap hari sebanyak 1706.59 tan. Senario ini amat kritikal berbanding dengan negeri lain yang mempunyai tapak pelupusan lebih tetapi sisa yang dilupuskan kurang daripada negeri Pulau Pinang seperti Pahang terdapat 16 buah tapak pelupusan beroperasi dan sisa yang dilupuskan sebanyak 1501.88 tan. Manakala, Kelantan terdapat 13 buah tapak

(18)

3 pelupusan beroperasi dan sisa yang dilupuskan sebanyak 1622.95 tan dan lain-lain. (Rujuk LAMPIRAN A).

1.2 Latar belakang

Menurut Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (2012), Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Negara (Dasar PSPN) bermatlamat untuk mewujudkan sistem pengurusan sisa pepejal secara menyeluruh, bersepadu, kos efektif, mampan dan diterima masyarakat yang mementingkan pemeliharaan alam sekitar, pemilihan teknologi yang mampu bayar dan menjamin kesihatan awam; dan melaksanakan pengurusan sisa pepejal berdasarkan hierarki pengurusan sisa yang memberi keutamaan kepada pengurangan sisa melalui 3R, rawatan perantaraan dan pelupusan akhir. Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) diluluskan Parlimen pada 17 Julai 2007 dan diwartakan pada 30 Ogos 2007. Akta ini telah dikuatkuasakan pada 1 September 2011 supaya memberi kuasa eksekutif kepada Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan tanggungjawab mengenai pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam (Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, 2013b).

Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) ditubuhkan sebagai agensi di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Pengurusan sisa pepejal telah dirancangkan dan sebuah JPSPN ditubuhkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 untuk melaksanakan langkah-langkah dan mentadbir Dasar PSPN, perancangan dan pengurusan secara holistik. JPSPN berperanan untuk mencadangkan dasar, pelan dan strategi, menjalankan fungsi pengawalseliaan, memberikan lesen dan kelulusan serta menetapkan piawai, spesifikasi dan kod amalan. Manakala, PPSPPA ditubuhkan secara rasminya di bawah KPKT pada 1 Jun 2008. PPSPPA berfungsi sebagai pelengkap menjayakan Dasar PSPN. PPSPPA berperanan untuk memperkenalkan, mempromosi dan melaksanakan dasar, strategi serta menguatkuasakan undang-undang dan peraturan (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, 2007a).

Menurut Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (2012), pengurusan sisa pepejal di seluruh negara diswastakan mengikut wilayah tertakluk kepada

(19)

syarat-syarat dalam penswastaan ini dan perjanjian mengenai perkara tersebut ditandatangani pada 6 September 1995. Kerajaan juga telah bersetuju bahawa penswastaan interim diperluaskan ke seluruh negara oleh tiga syarikat konsesi pada 8 April 1998. Majlis Negara Kerajaan Tempatan yang ke-46 pula bersetuju dengan keputusan supaya pengurusan sisa pepejal secara interim dilaksanakan di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pada 23 April 1998. Setelah 15 tahun, kerajaan pula bersetuju supaya penswastaan penuh dilaksanakan. Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) telah dikuatkuasakan pada 1 September 2011 supaya membolehkan penswastaan penuh dilaksanakan. Pengurusan sisa pepejal di kawasan wilayah tengah dan timur dilaksanakan oleh Alam Flora Sdn. Bhd. E-Idman Sdn. Bhd. pula melaksanakan pengurusan sisa pepejal di wilayah utara manakala pengurusan sisa pepejal di kawasan wilayah selatan dilaksanakan oleh SWM Environment Sdn. Bhd. seperti dalam Rajah 1.1.

Rajah 1.1: Konsortium pengurusan sisa pepejal di tiga wilayah

Menurut Vinesh (2012), kerajaan Pulau Pinang tidak akan berganjak daripada keputusan mereka untuk tidak terlibat dengan projek penswastaan sisa pepejal dan perkhidmatan pembersihan awam yang dilantik oleh Kerajaan Persekutuan. Selain itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Trafik Negeri juga

Alam Flora Sdn. Bhd.

•Wilayah tengah dan timur E-Idman Sdn. Bhd.

•Wilayah utara

SWM Environment Sdn. Bhd.

(20)

5 menyatakan bahawa perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan negeri sudah cukup dan tidak memerlukan perkhidmatan swasta yang disyorkan oleh kerajaan pusat. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menggesa supaya Selangor dan Pulau Pinang supaya menerima cadangan penswastaan pungutan sisa pepejal dan sampah yang dicadangkan oleh kerajaan pusat kerana perkara ini tiada kaitan dengan gimik politik. Beliau juga menegaskan bahawa beliau tidak memahami punca kedua-dua kerajaan negeri itu enggan mengambil bahagian dalam konsortium projek penswastaan yang dicadangkan.

1.3 Penyataan masalah

Kelemahan pelaksanaan pengurangan sisa pepejal melalui 3R dalam kalangan kontraktor akan menyebabkan pengurusan sisa pembinaan tidak lestari. Hal ini telah meningkatkan penjanaan sisa pembinaan di tapak pelupusan terutamanya di kawasan kepulauan.

Menurut Begum et al. (2007a), sisa pembinaan dijanakan dengan jumlah yang banyak

dalam sektor pembinaan kerana permintaan tinggi dalam pelaksanaan program pembangunan bangunan komersial dan perumahan serta projek infrastruktur utama di

Malaysia. Selain itu, Begum et al. (2007b) juga menghuraikan bahawa pembangunan

industri pembinaan yang pesat telah membawa kepada peningkatan dalam penjanaan sisa pembinaan. Malaysia sedang menghadapi masalah peningkatan dalam penjanaan sisa dan pelupusan.

Sehingga kini, kira-kira 95% daripada sisa pepejal terus dilupuskan di tapak pelupusan. Cara pengurusan ini tidak lestari dan mewujudkan masalah alam sekitar

(Agamuthu et al., 2011). Peningkatan kuantiti sisa pepejal di tapak pelupusan

merupakan masalah yang kritikal di Pulau Pinang. William (2010) menyatakan bahawa Pulau Pinang menghadapi masalah kekurangan tanah. Tiada banyak tanah simpanan yang tinggal di bahagian pulau. Oleh hal yang demikian, Muin Sapidin (2011) mendedahkan bahawa pembuangan sampah di Pulau Pinang hampir lumpuh apabila menghadapi masalah teknikal sehingga tidak dapat menampung beratus-ratus tan sisa pepejal dari kawasan di sekitar pulau dan Seberang Perai.

(21)

Dasar yang dilaksanakan akan lemah di Pulau Pinang kerana Akta 672 tidak dikuatkuaskan. Wei & Rotter (2008) menyatakan bahawa pihak kontraktor akan gagal mematuhi dan melaksanakan dasar jika akta tidak dikuatkuasakan dan bukan mandatori. Menurut Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (2013c), Akta 672 telah dikuatkuasakan pada 1 September 2011 di Malaysia kecuali Labuan, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Terengganu. Menurut Ng, Seow & Goh (2013), Majlis Perbandaran menyediakan tapak pelupusan, perkhidmatan pelupusan dan hanya terlibat dalam pengurusan sisa pembinaan di tapak pelupusan tetapi tidak campur tangan dalam proses pengurusan sisa pembinaan di tapak bina (Ng et al., 2013). Seow & Mohamad (2007) menyatakan bahawa tugas menguruskan sisa pembinaan merupakan tanggungjawab kontraktor. Namun begitu, pihak Majlis Perbandaran mempunyai kuasa dalam mengenakan denda ataupun tindakan undang-undang terhadap mana-mana kontraktor yang gagal membersihkan sisa pembinaan.

Selain itu, Pendekatan inisiatif Penang Hijau Bersih meminimakan sisa melalui kaedah 3R bagi memberhentikan penjanaan sisa hanya diaplikasi di pasar dan gerai penjaja (Penang Hijau Bersih, 2010). Sisa pembinaan selalu diabaikan dalam usaha pengurangan sisa yang dihantar ke tapak pelupusan kerana tumpuan diletakkan dalam sisa domestik. Dengan ini kebanyakan negara Asian yang menghadapi masalah

pengurusan sisa pembinaan di tapak pelupusan (Nitivattananon & Borongan, 2008).

Pelaksanaan amalan 3R dalam pengurusan sisa pepejal di Malaysia amat diperlukan

(Agamuthu et al., 2011). Oleh itu, amalan 3R sangat penting dalam industri pembinaan

di Malaysia (Begum et al., 2007b).

1.4 Persoalan kajian

Menerusi masalah yang dibincangkan, persoalan kajian yang timbul adalah seperti berikut:-

(i) Sejauhmanakah pelaksanaan pengurangan sisa pepejal melalui 3R dalam

kalangan kontraktor industri pembinaan di Pulau Pinang?

(ii) Apakah kekangan bagi pelaksanaan pengurangan sisa pepejal melalui 3R dalam

(22)

7

(iii) Apakah elemen yang merapatkan jurang pelaksanaan pengurangan sisa pepejal

melalui 3R dengan pihak kontraktor?

1.5 Objektif Kajian

Bagi memastikan kajian ini memenuhi tujuan untuk mencapai kelestarian pengurusan sisa pembinaan, objektif kajian ini adalah:

(i) Mengenal pasti pelaksanaan pengurangan sisa pepejal melalui 3R dalam

kalangan kontraktor industri pembinaan di Pulau Pinang.

(ii) Mengkaji kekangan pelaksanaan pengurangan sisa pepejal melalui 3R dalam

kalangan kontraktor industri pembinaan di Pulau Pinang.

(iii) Mengkaji elemen bagi merapatkan jurang antara pelaksanaan pengurangan sisa

pepejal melalui 3R dengan pihak kontraktor.

1.6 Skop kajian

Dalam skop kajian ini, pengurusan sisa pembinaan dalam kalangan pihak kontraktor merupakan isu yang sangat penting kerana berkaitan dengan kesan kepada kuantiti sisa yang dihantar ke tapak pelupusan. Kajian ini berfokus kepada pelaksanaan pengurangan sisa pepejal melalui 3R dalam kalangan kontraktor industri pembinaan untuk mencapai pengurusan sisa pembinaan yang lestari. Pengurangan sisa pepejal melalui 3R merupakan Teras 1 dalam Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Negara. Kawasan kajian tertumpu di negeri Pulau Pinang kerana Pulau Pinang berada di kawasan kepulauan dan hanya terdapat dua buah tapak pelupusan yang beroperasi. Dengan ini, responden yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada kontraktor di Pulau Pinang yang berdaftar gred G7, G6 dan G5 dengan CIDB, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan CIDB Pulau Pinang

(23)

1.7 Kaedah kajian

Kajian ini menggabungkan kedua-dua penyelidikan kualitatif dan kuantitatif dengan menggunakan kaedah temu bual dan soal selidk. Kaedah temu bual semistuktur dijalankan untuk mendapatkan informasi daripada pegawai MPSP MPPP dan CIDB Pulau Pinang yang ditemu bual. Selain itu, kaedah soal selidik dilakukan dalam kalangan kontraktor yang prospektif dengan borang soal selidik yang berbentuk

open-enden dan close ended. Data yang diperoleh daripada kontraktor dianalisis melalui

perisian SPSS dan Microsoft Excel manakala data temu bual dianalisis melalui analisis kandungan.

1.8 Kepentingan kajian

Kajian ini dilakukan adalah sangat penting kepada beberapa aspek yang berkaitan termasuk pihak kontraktor, pihak CIDB, MPPP dan MPSP, aspek akademik dan aspek alam sekitar.

Pihak kontraktor

Kajian ini akan menggalakkan kontraktor untuk menguruskan sisa pembinaan secara lestari dengan melaksanakan Dasar PSPN dalam pengurusan sisa pembinaan mereka. Selain itu, kajian ini juga mencadangkan elemen untuk merapatkan jurang di antara kontraktor dengan pelaksanaan Dasar PSPN.

Seberang Perai (MPSP), Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan CIDB Pulau Pinang

Selain itu, kajian ini dijalankan supaya mengatasi masalah kekurangan tanah untuk melupuskan sisa pepejal di tapak pelupusan apabila penjanaan sisa pepejal akan dikurangkan melalui pelaksanaan Dasar PSPN dalam kalangan kontraktor.

(24)

9 • Aspek akedemik

Penulisan tesis kajian ini memberi pengetahuan tentang perlaksanaan Dasar PSPN dalam kalangan pihak kontraktor dan kekangan pelaksanaan di Pulau Pinang serta elemen yang merapatkan jurang di antara dasar dengan pihak kontraktor. Selain itu, kajian ini juga membolehkan pelajar yang berminat untuk membuat kajian lanjutan tentang isu ini.

Aspek alam sekitar

Kajian ini dapat mengurangkan penjanaan sisa pembinaan yang dilupuskan di Pulau Pinang melalui pelaksanaan Dasar PSPN oleh pihak kontraktor Pulau Pinang. Pada masa yang sama, kajian ini juga dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar di kawasan Pulau Pinang.

1.9 Organisasi tesis

Organisasi tesis merupakan ringkasan penulisan kajian ini yang disusun atur untuk memberi satu aliran informasi yang mengikut urutan kepada pembaca seperti dalam Rajah 1.2.

1.10 Kesimpulan

Bab ini menerangkan kajian yang dilaksanakan secara keseluruhan kajian seperti objektif kajian yang berkaitan dengan pelaksanaan pengurangan sisa pepejal melalui 3R dalam kalangan kontraktor industri pembinaan dan kekangannya di Pulau Pinang. Selain itu, objektif kajian ini juga mengenai elemen yang merapatkan jurang pelaksanaan pengurangan sisa pepejal melalui 3R dengan pihak kontraktor. Bab berikutnya ialah kajian literatur yang berkaitan dengan kajian lepas berkenaan kajian ini. Sumber kajian literatur dapat diperoleh dari buku rujukan, keratan akhbar, artikel, jurnal, tesis dan sebagainya. Selain itu, kerangka teorotikal juga dibentuk dalam bab kajian literatur.

(25)

Rajah 1.2: Organisasi tesis Bab 6

Rumusan, sumbangan kajian, cadangan dan limitasi kajian Bab 5

Hasil kajian objektif kedua dan ketiga Bab 4

Hasil kajian objektif pertama Bab 3

Kawasan dan kaedah kajian: Kaedah dan pendekatan digunakan mengumpul data Bab 2

Kajian Literatur: Kajian lepas dan maklumat yang didapati dari buku rujukan, jurnal, tesis, keratan akhbar dan laman web.

Bab 1

Pendahuluan: Pengenalan, Latar belakang, Penyataan masalah, Persoalan kajian, Objektif kajian, Skop kajian, kaedah kajian dan kepentingan kajian

(26)

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Bab ini menghuraikan secara lebih lanjut berdasarkan buku rujukan, artikel, laman web, keratan akhbar, jurnal, prosiding dan kajian lepas yang boleh dipercayai dan disahkan. Maklumat juga diperoleh dari sumber media cetak dan media elektronik. Maklumat yang diperoleh diolah untuk menghasilkan laporan kajian ini dengan baik. Selain itu, bab ini juga menerangkan kerangka teoritikal kajian ini secara terperinci. Bab ini sangat penting untuk menyokong dalam perbincangan hasil dapatan kajian.

2.2 Definisi

Definisi sisa pepejal dan sisa pembinaan serta pengelasan dan jenis sisa pembinaan dibincangkan seperti berikut.

2.2.1 Sisa pepejal

Menurut Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (2013d), sisa pepejal ditafsirkan sebagai :-

(i) apa-apa bahan atau benda lebihan lain yang tidak dikehendaki lagi atau keluaran

yang ditolak daripada penggunaan apa-apa proses;

(ii) apa-apa benda yang dikehendaki dilupuskan kerana sudah pecah, lusuh, tercemar

(27)

(iii) apa-apa bahan lain yang mengikut Akta ini atau undang-undang bertulis lain dikehendaki oleh pihak berkuasa supaya dilupuskan. Akan tetapi tidak termasuk buangan terjadual di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, sisa kumbahan yang ditakrifkan dalam Akta Industri Perkhidmatan Air atau sisa radioaktif yang ditakrifkan dalam Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984.

2.2.2 Sisa pembinaan

Menurut Huang et al. (2011), sisa pembinaan ditafsirkan sebagai bahan buangan, lumpur dan sisa yang lain iaitu yang dihasilkan dalam proses unit atau industri pembinaan atau pembinaan individu, perobohan dan pengubahsuaian perumahan. Kebanyakan sisa pembinaan terdiri daripada sisa pembinaan bangunan baharu dan perobohan bangunan yang lama.

Selain itu, sisa pembinaan dan perobohan juga ditakrifkan secara amnya sebagai sisa yang dihasilkan daripada industri pembinaan dengan aktiviti pembinaan, pengubahsuaian bangunan, pembinaan awam dan bangunan, pembersihan tapak binaan, pembinaan jalan raya dan aktiviti perobohan termasuklah aktiviti penggalian tanah atau pembinaan pembentukan (Shen et al., 2004).

2.2.2.1Pengelasan dan jenis sisa pembinaan

Pada peringkat kerja pembinaan yang tidak sama akan menghasilkan jenis sisa pembinaan yang berbeza. Sisa pembinaan dan perobohan dikategorikan kepada sisa bahan penggalian, sisa pembinaan tapak, sisa pembinaan bangunan dan sisa pembinaan jalan raya. Jenis sisa yang dihasilkan daripada kerja penggalian adalah seperti tanah, batu kelikir, tanah liat, tanah gembur, pasir dan batu. Selain itu, sisa yang dikategorikan dalam pembinaan di tapak ialah plastik, kertas, kadbod, cat, besi, kayu, kabel dan sebagainya. Manakala sisa yang dijana pada peringkat pembinaan bangunan ialah tanah, simen, bata, motar, jubin, batu kapur, lepa dan tanah liat. Di samping itu, sisa yang dikelaskan dalam kerja pembinaan jalan raya adalah seperti bahan yang digabung dengan bitumen dan hidraulik, pasir, batu hancuran, tar atau bahan yang bersalur tar.

(28)

13 Sisa pembinaan dan perobohan dibahagikan kepada kumpulan berasingan seperti dalam Rajah 2.1 di bawah (Bilitewski et al., 1997).

Rajah 2.1: Pengelasan Sisa Pembinaan dan Perobohan (Bilitewski et al., 1997)

2.3 Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Negara

Menurut Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (2012), Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Negara (Dasar PSPN) bermatlamat untuk mewujudkan sistem pengurusan sisa pepejal yang menyeluruh, bersepadu, kos efektif, mapan dan diterima masyarakat yang mementingkan pemeliharaan alam sekitar, pemilihan teknologi yang mampu bayar dan menjamin kesihatan awam; dan melaksanakan PSP berdasarkan hierarki pengurusan sisa yang memberi keutamaan kepada pengurangan sisa melalui 3R, rawatan perantaraan dan pelupusan akhir. Sisa Pembinaan di Tapak Sisa Pembinaan Bangunan Sisa Pembinaan Jalan Raya Bahan Penggalian Tanah Batu kelikir, Tanah liat, Tanah gembur, Pasir, Batu Plastik, Kertas, Kadbod, Cat, Besi, Kayu, Kabel Tanah, Simen, Bata, Motar, Jubin, Batu kapur, Lepa, Tanah liat Bahan digabungkan dengan bitumen dan hidraulik, Pasir, Batu kelikir, Batuan hancur, Tar atau bahan bersalut tar Sisa Pembinaan dan Perobohan

(29)

2.3.1 Objektif dan Teras Dasar PSPN

Menurut Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (2012), Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Negara (Dasar PSPSN) merangkumi 6 objektif iaitu:-

Objektif 1: Pengurusan sisa pepejal yang bersepadu dan kos efektif yang meliputi kutipan dan pengangkutan, rawatan perantaraan dan pelupusan.

Objektif 2: Pengurangan sisa pepejal domestik, komersial, industri, institusi, komuniti dan pembinaan melalui 3R.

Objektif 3: Perkhidmatan yang efisien dan kos yang efektif melalui penswastaan, kawalseliaan yang cekap dan standard yang seragam.

Objektif 4: Pemilihan teknologi yang telah terbukti, mampu bayar dari segi capex dan opex serta mesra alam.

Objektif 5: Menjamin pemeliharaan alam sekitar dan kesihatan awam.

Objektif 6: Pewujudan perundangan dan institusi bagi pengurusan sisa pepejal.

Berdasarkan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara. (2012), Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Negara terkandung 6 teras iaitu:-

Teras 1: Pengurangan sisa pepejal melalui 3R.

Teras 2: Perkhidmatan PSP yang menyeluruh, seragam, efisien, berkualiti dan kos efektif.

Teras 3: Pewujudan undang-undang dan peraturan dan institusi.

Teras 4: Penyampaian perkhidmatan PSP melalui kaedah penswastaan.

Teras 5: Teknologi yang mesra alam dan selamat, kos yang efektif, terbukti dan keutamaan kepada teknologi tempatan.

(30)

15

2.3.2 Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara

Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) telah ditubuhkan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) bagi mengintegrasikan sistem pengurusan sisa pepejal di peringkat nasional. Setelah penubuhan JPSPN, fungsi pengurusan sisa pepejal telah dipindahkan kepada JPSPN dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) (Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, 2013b).

Menurut Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (2013e), JPSPN berfungsi untuk mencadangkan dasar-dasar, rancangan dan strategi berkenaan dengan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dan rancangan bagi pengurusan sisa pepejal termasuk lokasi, jenis dan saiz kemudahan pengolahan baharu, kawasan lingkungan kemudahan pengurusan sisa pepejal, skim pengurusan sisa pepejal untuk membekalkan sisa pepejal terkawal kepada kemudahan pengurusan sisa pepejal dan jangka masa bagi pelaksanaan rancangan itu. Selain itu, JPSPN juga bertanggungjawab menetapkan standard, spesifikasi dan tataamalan yang berhubung dengan mana-mana aspek perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam. Di samping itu, JPSPN bertanggungjawab melaksanakan fungsi pengawalseliaan yang dinyatakan dalam Akta 672 dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta tersebut dan bertanggungjawab memberikan lesen dan kelulusan di bawah Akta 672. Selain itu, JPSPN juga bertanggungjawab menjalankan apa-apa aktiviti lain berkaitan dengan pelaksanaan fungsi di bawah Akta 672.

2.3.3 Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) ditubuhkan sebagai pelengkap bagi menjayakan Dasar PSPN. Perbadanan telah ditubuhkan secara rasminya pada 1 Jun 2008 di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Perbadanan ini mempunyai kuasa untuk mentadbir dan menguatkuasakan undang-undang pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam serta perkara yang berkaitan dengannya. Peranan PPSPPA adalah untuk memastikan perkhidmatan

(31)

pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang lebih efisien, bersepadu dan memberikan kepuasan yang lebih baik kepada pengguna dari segi perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam (Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, 2013a).

2.4 Pengurangan sisa pepejal melalui 3R

Pengurangan sisa pepejal melalui 3R (Reduce, Reuse dan Recycle) merupakan Teras 1

dalam Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Negara. Pengamalan atau pendekatan 3R ini akan dapat mengurangkan penghasilan sisa pepejal dan kuantiti sisa pepejal yang dilupuskan di tapak pelupusan. Menurut Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (2007b), Teras 1 memfokuskan usaha ke arah pengurangan sisa pepejal melalui 3R. Enam sasaran utama Teras 1 merangkumi usaha dalam pengasingan bahan di punca di peringkat domestik, komersial, industri, institusi, komuniti dan pembinaan; Sistem insentif kepada semua pihak individu, komuniti, institusi, industri dan perdagangan yang mengamalkan kitar semula; Menggalakkan penggunaan bahan mudah lupus dalam pembungkusan; Menggalakkan penggunaan semula bahan; Menggalakkan pemprosesan sisa organik (Composting) di peringkat domestik dan komuniti; dan Mengitar semula (memproses semula bahan di peringkat industri).

2.4.1 Pengurangan

Pengurangan sisa bermaksud mengurangkan kuantiti sisa yang dijana daripada sumber dengan mengurangkan jumlah bahan yang digunakan terutamanya penggunaan sumber semula jadi (Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, 2013f). Pengurangan juga bermaksud mengurangkan dan mengelakkan daripada membeli bahan baharu yang tidak diperlukan. Pengurangan boleh mencegah dan mengurangkan sisa yang dijanakan daripada penggunaan sumber (Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, 2013d). Pengurangan sisa pembinaan dianggap sebagai kaedah yang paling berkesan dan cekap untuk menguruskan sisa pembinaan. Pengurangan sisa pembinaan bukan hanya boleh mengurangkan penjanaan sisa pembinaan, malah juga boleh

(32)

17 mengurangkan kos transportasi sisa, pelupusan sisa dan kitar semula sisa (Poon, 2007; Esin & Cosgun, 2007).

2.4.2 Guna semula

Guna semula ialah penggunaan semula bahan berulang kali untuk mengurangkan penjanaan sisa (Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, 2013e). Penggunaan semula termasuklah mengekalkan kegunaan asalnya atau sebagai alternatif bagi penggunaan yang lain. Guna semula dapat mengurangkan sisa pepejal dan memelihara sumber asli semula jadi (Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, 2013c).

Menurut Winkler (2010), guna semula diamalkan iaitu sisa binaan digunakan semula dalam projek tersebut atau projek lain. Guna semula merupakan bentuk kitar semula yang paling berfaedah kerana menjimatkan sebahagian wang kontraktor berbanding dengan kos pelupusan yang dicaj.

2.4.3 Kitar semula

Kitar semula bermaksud mengasingkan sisa dan menyalurkan kepada organisasi atau kilang yang memprosesnya semula supaya menjadi produk baharu atau kegunaan yang lain (Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, 2013e). Menurut Akta 672, kitar semula ialah memungut dan mengasingkan sisa pepejal. Kitar semula dilakukan supaya sisa bahan diproses dan menghasilkan produk yang sama (Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, 2013b).

Selain itu, kaedah kitar semula dibahagikan kepada kitar semula On-Site dan kitar semula Off-Site bagi sisa pembinaan seperti berikut:

(a) Kaedah kitar semula On-Site

Kaedah kitar semula On-Site merupakan pengasingan sisa pembinaan dan digunakan

(33)

(b) Kaedah kitar semula Off-Site

Kaedah kitar semula Off-Site ialah pengasingan sisa dan mengangkut sisa pembinaan

tersebut kepada organisasi lain supaya boleh menggunakan sisa sebagai bahan mentah (Franchetti, 2009).

2.5 Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672)

Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) diluluskan Parlimen pada 17 Julai 2007 dan diwartakan pada 30 Ogos 2007. Akta 672 dikuatkuasakan pada 1 September 2011. Penguatkuasaan Akta 672 adalah tidak menyeluruh kerana hanya beberapa buah negeri sahaja yang menguatkuasakan Akta 672. Antara negeri yang terlibat pada peringkat awal ini ialah Kedah, Perlis (utara); Negeri Sembilan, Melaka, Johor (Selatan); Kuala Lumpur, Pahang (Tengah) dan Kelantan (Timur). Bagi negeri yang tidak menguatkuasakan Akta 672 ialah Perak, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu. Akta 672 memberi kuasa eksekutif kepada Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan tanggungjawab mengenai pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam (Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, 2013c). Akta 672 telah dikuatkuasakan untuk membolehkan penswastaan penuh dilaksanakan (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, 2012). Akta 672 digubalkan untuk memastikan keseragaman undang-undang dalam pengawalan dan pengawalseliaan perkara yang berhubung dengan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam (Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, 2013e).

Pengecualian penguatkuasaan Akta 672 diberikan kerana ada negeri yang tidak mengambil bahagian dalam penswastaan pengurusan sisa pepejal. Kerajaan boleh mengecualikan mana-mana negeri daripada penguatkuasaan Akta 672 berdasarkan Seksyen 104 Akta tersebut. Sekiranya Akta 672 tidak dikuatkuasakan di sesebuah negeri, maka Kerajaan Persekutuan tidak akan melaksanakan penswastaan di negeri tersebut. Oleh itu, pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam akan dilaksanakan sendiri oleh Kerajaan Negeri yang berkenaan tanpa bantuan teknikal dan kewangan daripada Kerajaan Persekutuan (Berita Harian, 2011).

(34)

19

2.5.1 Seksyen 101: Pengurangan, Penggunaan Semula Dan Pengitaran Semula Sisa Pepejal Terkawal

Seksyen 101: Pengurangan, Penggunaan Semula dan Pengitaran Semula Sisa Pepejal Terkawal sangat penting dalam pelaksanaan pengurangan sisa melalui 3R. Menurut Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (2013g),

(1) Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menghendaki -

(a) mana-mana penghasil sisa pepejal untuk mengurangkan penghasilan sisa

pepejal mengikut apa-apa cara atau kaedah;

(b) mana-mana orang untuk menggunakan bahan yang mesra alam;

(c) mana-mana orang untuk menggunakan amaun tertentu bahan yang dikitar

semula bagi keluaran tertentu;

(d) mana-mana orang untuk mengehadkan penghasilan, pengimportan,

kegunaan, pengeluaran atau pelupusan keluaran atau bahan tertentu;

(e) pelaksanaan sistem kod dan pelabelan bagi apa-apa keluaran atau bahan

untuk menggalakkan pengitaran semula;

(f) penggunaan apa-apa kaedah atau cara bagi maksud mengurangkan kesan

buruk sisa pepejal terkawal pada alam sekitar; dan

(g) penggunaan apa-apa kaedah atau cara lain bagi maksud mengurangkan,

menggunakan semula dan mengitar semula sisa pepejal terkawal.

(2) Mana-mana orang yang tidak mematuhi perintah yang dibuat di bawah

subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

2.6 Pelaksanaan pengurangan sisa pembinaan melalui konsep 3R di negara-negara lain

Peraturan dan undang-undang pengurusan sisa pembinaan wujud sepenuhnya dan ditadbir secara berkesan di Singapura, Hong Kong, Jepun, Korea Selatan dan Taiwan

(35)

yang menguatkuasakan undang-undang kitar semula dalam pengurusan sisa pembinaan. Usaha ini untuk menggalakkan promosi pengurangan sisa pembinaan dan pemuliharaan

alam sekitar (Nitivattananon & Borongan, 2008) seperti dalam LAMPIRAN B.

Kerajaan Singapura biasanya menggunakan pendekatan Atas-Bawah dengan menubuhkan Agensi Alam Sekitar Negara di bawah Kementerian Alam Sekitar untuk membantu Singapura mencapai dasar dan matlamat kitar semula dalam jangka masa panjang (Yan, 2002).

Selain itu, Kerajaan Hong Kong telah melaksanakan Skim Mengecaj Pelupusan Sisa Pembinaan (Construction Waste Disposal Charging Scheme) (CWDCS) pada 2005 untuk menyediakan insentif kewangan bagi kontraktor yang mengurangkan pembaziran

dan menggalakkan penggunaan semula dan kitar semula sisa pembinaan (Poon et al.,

2013) serta mengenakan caj terhadap pembuangan sisa pembinaan. Kaedah ini dapat menggalakkan kontraktor mempertimbangkan kitar semula dan penggunaan semula sisa pembinaan supaya mengurangkan pembuangan sisa pembinaan kerana ruang tapak

pelupusan yang terhad di Hong Kong (Yu et al., 2013). Penggunaan langkah

Atas-Bawah dalam undang-undang dan dasar diperlukan untuk pengurusan sisa pembinaan secara lestari (Xun et al., 2008). Industri tempatan telah mewujudkan pelan pengurusan sisa, pengurangan sisa dan kitar semula sisa pembinaan, penyediaan latihan dalaman dan langkah penguatkuasaan undang-undang perlindungan alam sekitar (Nitivattananon & Borongan, 2008).

Seterusnya, undang-undang kitar semula sisa pembinaan telah digubal pada tahun 2000 di Jepun. Penggubalan undang-undang ini adalah untuk penggunaan semula dan kitar semula sisa pembinaan supaya memastikan penggunaan sumber dengan cekap. Undang-undang ini telah dibangunkan dan dilaksanakan untuk mengurangkan sisa pembinaan dan kitar semula sisa pembinaan. Undang-undang ini dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2002 (Ministry of the Environment Government of Japan, 2006). Undang-undang yang sama turut dikuatkuasakan pada tahun 2005 untuk mempromosikan kitar semula sisa pembinaan di Korea Selatan. Undang-undang kitar semula sisa pembinaan menyatakan bahawa projek pembinaan yang diperintah oleh institusi awam mesti menggunakan sejumlah agregat dikitar semula yang tertentu.

(36)

21 Menteri Pembinaan dan Pengangkutan juga menetapkan standard kualiti agregat dikitar semula (Nitivattananon & Borongan, 2008).

Undang-undang yang berkaitan juga turut diwartakan di Taiwan pada tahun 2002. Dasar Pembangunan Lestari Negara yang mengabungkan alam sekitar, pembangunan ekonomi, teknologi dan sosial turut ditubuhkan (Wei & Huang, 2001). Di samping itu, Kerajaan Diraja Bhutan juga meluluskan Peraturan Pengurusan Sisa Pepejal Perbandaran Thimpu 2007. Peraturan tersebut memberi garis panduan dan penguatkuasaan pengurangan sisa pepejal termasuk sisa pembinaan (Nitivattananon & Borongan, 2008).

2.7 Pendekatan Atas-Bawah

Pendekatan Atas-Bawah merupakan satu kaedah secara hierarki dalam membuat sesuatu keputusan dan perubahan sesuatu organisasi iaitu strategi atau pelan telah diilhamkan atau ditubuhkan oleh satu atau beberapa orang pengurus atasan pada mulanya. Seterusnya, keputusan, perubahan, strategi dan polisi akan disebarkan ke bawah struktur organisasi. Tahap yang lebih rendah dalam hierarki adalah mungkin golongan lebih besar atau lebih kecil adalah terikat dengan keputusan yang dibuat oleh pengurusan tertinggi (MBA Brief, 2013). Selain itu, pendekatan Atas-Bawah berinisiatif untuk mengurangkan sisa yang dihantar sampai ke tapak pelupusan dan meningkatkan kestabilan sisa yang lupus di tapak pelupusan. Ini perlu dikendalikan bersama-sama dengan pendekatan Atas-Bawah dengan campur tangan dasar dan akta berkenaan

(Joseph & Nagendran, 2007). Selain itu, negara seperti Hong Kong, Jepun, Korea

Selatan, Singapura dan Taiwan telah menguatkuasakan undang-undang secara langsung untuk menyelesaikan sisa pembinaan dan perobohan (Nitivattananon & Borongan, 2008). Menurut Ho (2002), kerajaan Singapura mengamalkan pendekatan Atas-Bawah dengan menguatkuasakan perundangan dan peraturan untuk melaksanakan dasar dalam pengurusan sisa pepejal.

Pendekatan Atas-Bawah perlu dilaksanakan dalam kalangan kontraktor supaya menguatkuasakan undang-undang dan akta yang berkenaan 3R supaya merapatkan jurang antara pihak kontraktor. Menurut Xun, Liu & Hao (2008), pemberian tumpuan

(37)

kepada promosi dan galakan kitar semula melalui pendidikan alam sekitar telah diusahakan di Hong Kong. Pendidikan alam sekitar penting untuk mempromosikan pengurangan sisa pembinaan dan perobohan. Penggunaan langkah pendekatan Atas-Bawah dengan menguatkuasakan undang-undang dan dasar diperlukan untuk

pengurusan sisa secara lestari (Xun et al., 2008). Kelemahan pelaksanaan pengurangan

sisa pepejal melalui 3R dalam industri pembinaan di Pulau Pinang disebabkan kekurangan pendekatan atas-bawah dalam penguatkuasaan undang-undang dan dasar 3R dalam industri pembinaan seperti negara lain. Hal ini demikian kerana Akta 672 tidak dikuatkuasakan di negeri Pulau Pinang.

Menurut Ren (2003), pengurusan sisa patut mengikut pengurangan, guna semula dan kitar semula sebelum dilupuskan akhirnya. Pihak terlibat perlu dikawal selia dan undang-undang harus dikuatkuasakan seperti pendekatan Atas-Bawah yang dibentuk oleh Boundless (2013). Satu aliran Atas-Bawah dibentuk dengan pengubahsuaian daripada Ren (2003) dan Boundless (2013) dalam Rajah 2.2. Rajah 2.2 menunjukkan aliran pihak yang terlibat dalam pendekatan Atas-Bawah. Parlimen menggubal undang-undang dan polisi pada mulanya. Seterusnya, pihak kerajaan dan pihak berkuasa mempromosikan dasar yang telah diwartakan dan menguatkuasakan undang-undang dan peraturan berkenaan. Selain itu, garis panduan dan standard perlu disediakan kepada pihak pelaksana. Akhirnya, pelaksana iaitu pihak kontraktor harus melaksanakan dasar yang dipromosi dan mematuhi perundangan yang ditetapkan.

2.8 Kerangka teoritikal kajian

Kerangka teoritikal adalah konsep yang berkaitan dengan kajian ini dan panduan untuk menjalankan kajian ini. Selain itu, kerangka teoritikal kajian ini juga menghuraikan konsep dan pendekatan yang menjelaskan fenomena pelaksanaan pengurangan sisa pepejal melalui 3R dalam industri pembinaan pada masa ini. Rajah 2.3 merupakan kerangka teoritikal kajian ini yang menunjukkan pemboleh ubah kajian yang ingin dijalankan. Kerangka teoritikal kajian ini juga menghuraikan faktor kelemahan dan kekangan dalam pelaksanaan pengurangan sisa pepejal melalui 3R dalam industri pembinaan di negeri Pulau Pinang. Isu dan masalah yang akan timbul juga dihuraikan

(38)

23 seterusnya. Di samping itu, elemen yang penting untuk merapatkan jurang antara pelaksanaan pengurangan sisa pepejal melalui 3R dengan pihak kontraktor supaya membantu menuju ke arah kelestarian pengurusan sisa pembinaan juga diterangkan.

Rajah 2.2: Pendekatan Atas-Bawah. (Diubahsuai daripada Ren, (2003) & Boundless (2013))

2.9 Kelemahan pelaksanaan pengurangan sisa pepejal melalui 3R dalam industri pembinaan

Menurut Agamuthu et al. (2011), terdapat kelemahan pelaksanaan 3R di negara-negara

sedang membangun termasuk Malaysia. Trend semasa dalam penjanaan dan komposisi sisa di Malaysia perlu penambahbaikan sistem pengurusan sisa yang semasa. Kelemahan utama dalam sistem pengurusan sisa yang sedia ada di negara ini adalah kekurangan dasar spesifik yang memberi tumpuan kepada konsep 3R dalam isu pengurusan sisa pembinaan.

Pendekatan Atas ke Bawah (Top Down)

Parlimen

 Perundangan dan polisi

diwartakan

Pihak kerajaan dan Pihak Berkuasa

 Penguatkuasaan

undang-undang dan peraturan

 Penyediaan garis panduan dan

standard

 Mempromosi dasar

(39)

Rajah 2.3: Kerangka teoritikal kajian

Kelemahan pelaksanaan pengurangan sisa pepejal melalui 3R dalam industri pembinaan di Pulau Pinang

Kerajaan tidak mandatori amalan 3R dalam pengurusan sisa pembinaan (Wei & Rotter, 2008) & (Seow & Mohamad, 2007)

Akta 672 tidak dikuatkuasakan di Pulau Pinang (Agamuthu et al., 2009) & (Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, 2013d)

Isu dan masalah yang timbul

Kekurangan tapak pelupusan (Chuen & Jamal, 2011)& (Muin Sapidin, 2011)

Pencemaran alam sekitar (Omran, 2008),(Nagapan et al., 2011)&(Yang, 2011)

Menjejaskan kesihatan (Chuen & Jamal, 2011)& (Omran, 2008)

Kekurangan bahan mentah (Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam , 2013)

Kekangan pelaksanaan pengurangan sisa pepejal melalui 3R dalam kalangan kontraktor industri pembinaan di Pulau Pinang Kekurangan ruang untuk mengurus (William, 2010)

Mengambil masa dan kos (Poon et al., 2001), (Hu, 2011)&(Ngoc & Schnitzer, 2009)

Kekurangan dasar dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan (Nitivattananon & Borongan, 2008),(Nagapan et al., 2012b)&(Ngoc & Schnitzer, 2009)

Sikap kontraktor (Papargyropoulou et al., 2011)

Sisa binaan yang tidak sesuai diguna semula dan kitar semula

(Shareh Musa et al.,2009)

Kekurangan kesedaran dan pengetahuan kontraktor (Papargyropoulou

et al., 2011),(Yuan et al., 2011),(Ngoc & Schnitzer, 2009)&(Hassan et al., 2012)

Elemen merapatkan jurang antara pelaksanaan pengurangan sisa pepejal melalui 3R dengan pihak kontraktor

Peranan pihak kerajaan (Begum et al., 2007a),(Poon et al., 2013),(Yu et al., 2013), (Xun

et al., 2008),(Nitivattananon & Borongan, 2008), (Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, 2013g) &(Shareh Musa et al., 2009)

Penguatkuasaan perundangan pihak berkuasa (Nitivattananon &Borongan, 2008),(Hu, 2011),(Yan, 2002),(Xun et al., 2008),(Agamuthu et al., 2011),(Yang, 2011)&(Papargyropoulou et al., 2011)

Pelaksanaan 3R dalam kalangan kontraktor (Nagapan et al., 2012a),(Ngoc & Schnitzer, 2009),(Hu, 2011), (Pascual & Cladera, 2004), (Laporan Meleah Houseknecht bagi Kohala Center), (Kaosol, 2009)&(Pappu, et al., 2007)

Kesedaran kepentingan pelaksanaan 3R dalam sektor pembinaan

(Begum et al., 2007a),(Nitivattananon & Borongan, 2008),(Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, 2013g)&(Kaosol, 2009)

Teknologi dan cara menggunakan sisa pembinaan (CIDB, 2012a), (Winkler, 2010), (Poon et al., 2001), (Edge Environment Pty Ltd for the department, 2012)&(Tam, 2010)

Kelestarian pengurusan sisa pembinaan

(Ngoc & Schnitzer, 2009)(Agamuthu et al., 2011), , (Nagapan et al., 2012a), )&(Papargyropoulou et al., 2011), ),(Hu, 2011),(Yan, 2002),(Xun et al., 2008), (Poon et al., 2013),(Yu et al., 2013), (Begum

et al., 2007a), (Kulatunga et al., 2006)

M asyar ak at d an alam se k itar M asyar ak at d an alam se k itar

(40)

116

RUJUKAN

Agamuthu, P., Fauziah, S. H. & Khidzir, K. (2009). Evolution of solid waste management in Malaysia: impacts and implications of the solid waste bill, 2007. Material Cycles and Waste Management, 11(2), 96-103.

Agamuthu, P. & Chenayah, S. & Hamid, F.S & Victor. D. (2011). 3R related polices for

sustainable waste management in Malaysia. Proc. of Conference on Innovation

and Sustainability Transitions in Asia. Kuala Lumpur, Malaysia, Paper 135. Bahril, B, B. & Razzaly, Wahid. (2012). Kerangka Kaedah Penilaian untuk

“Pengiktirafan Pembelajaran Terdahulu (Recognition Of Prior Learning - Rpl)” dalam Institusi Berorientasikan “Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (PLTV)” di Malaysia.

Begum, R. A., Siwar, C., Pereira, J. J. & Jaafar, A. H. (2007a). Implementation of waste management and minimisation in the construction industry of Malaysia. Resources, Concervation and Recycling, 51(1), 190-202.

Begum, R. A., Siwar, C., Pereira, J. J. & Jaafar, A. H. (2007b). Factors and values of willingness to pay for improved construction waste management – A perspective of Malaysian contractors. Waste Management, 27(12), 1902-1909.

Berita Harian. (2011, Jun 21). 3 negeri belum lulus peralihan kuasa pengurusan sisa

pepejal. Berita Harian. Dicapai pada November 4, 2014 dari

http://www2.bharian.com.my/articles/3negeribelumlulusperalihankuasapengurus ansisapepejal/Article/cetak

Bilitewski, B., Hardtle, G., Marek, K., Weissbach, A. & Boeddicker, H. (1997). Waste

(41)

Boundless. (2013). Decentralizing Responsibility. Dicapai pada Jun 6, 2013, dari https://www.boundless.com/management/organizational-structure-1/trends-in-organization/decentralizing-responsibility/

Chua, Y. P. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan Buku 1 & Buku 2. Malaysia: McGraw Hill.

Chuen, K. P. & Jamal, O. (2011). A choice experiment analysis for solid waste disposal

option: a case study in Malaysia. Environmental Management, 92(11),

2993-3001.

CIDB. (2012a). IBS. Library CIDB Malaysia. Dicapai pada Julai 13, 2013, dari

https://www.cidb.gov.my/cidbweb/index.php?option=com_content&view=article &id=35&Itemid=209&lang=en

CIDB. (2012b). Jadual Gred Berdaftar dan Sekatan Menender. Sistem Satu Pendaftaran

Kontraktor (SSPK). Dicapai pada Mei 23, 2014, dari

http://www.cidb.gov.my/cidbv3/images/pdf/announcement/sspk/6%20-%20Jadual%20Gred%20Berdaftar%20dan%20Sekatan%20Menender.pdf

CIDB. (2012c). Gred, modal berbayar atau terkumpul, had kewangan dan personel

teknikal. Sistem Satu Pendaftaran Kontraktor (SSPK). Dicapai pada Mei 23, 2014, dari

http://www.cidb.gov.my/cidbv3/images/pdf/announcement/sspk/2%20garis%20p anduan%20permohonan%20sspk1.pdf

Coakes, S. J., Steed, L., & Dzidic, P. (2006). SPSS Version 13.0 for Windows: Analysis Without Anguish. Australia: John Wiley & Sons Australia, Ltd.

Conchran, K. & Villamizar, N. (2007). Recycling Construction Materials: An Important Part of the Construction Process. United States Environmental Protection Agency (EPA).

Cramer, D. (2003). Advanced Quantitative Data Analysis. USA: Open University Press.

Edge Environment Pty Ltd for the department. (2012). Construction and Demolition

Waste Guide - Recycling and Re-Use Across the Supply Chain. Department of sustainability, environment, water, population and communities Australia.

Dicapai pada Julai 13, 2013, dari

(42)

118

Esin, T. & Cosgun, N. (2007). A study conducted to reduce construction waste generation in Turkey. Building and Environment, 42(4), 1667–1674.

Fellows, R. & Liu, A. (2008). Research Methods for Construction. 3rd ed. Singapore: Wiley-Blackwell.

Franchetti, M. J. (2009). Solid Waste Analysis and Minimization: A Systems Approach.

USA: McGraw-Hill.

Gephart, R. P. (1993). The textual approach: Risk and blame in disaster sense making. Academy of Management Journal, 36, 1465–1514.

Gillham, B. (2000). The Research Interview. London: Continuum.

Guthrie, G. (2010). Basic Research Methods : An Entry to Sosial Science Research. India: Sage publication.

Hassan, S. H., Ahzahar, N., Fauzi, M. A. & Eman, J. (2012). Waste management issues in the northern region of Malaysia. Social and Behavioral Sciences, 42, 175-181. Hezri, A. A. (2010). Toward 3R-based waste management: Policy change in Japan, Malaysia and the Philippines, in Kojima, M. (ed.), 3R Policies for Southeast and East Asia. ERIA Research Project Report 2009-2010, Jakarta: ERIA, 274-290. Ho, Y. Y. (2002). Recycling as a Sustainable Waste Management Strategy for Singapore:

An Investigation to Find Ways to Promote Singaporean’s Household Waste Recycling Behaviour. Lund University. Dicapai pada 18 Mac, 2013, dari http://www.lumes.lu.se/database/alumni/01.02/theses/ho_yanyin.pdf

Holsti, O. R. (1969). Content analysis. In L. Gardner & E. Aronson (Eds.), Handbook of social psychology (pp. 596–692). Reading, MA: Addison-Wesley.

Hsieh, H. F. & Shannon, S (2005).Three approaches to qualitative content analysis. Qualitative Health Research, 15(9), 1277-1288.

Hu, Y. P. (2011). Minimization management of construction waste. The International

Symposium on Water Resource and Environmental Protection (ISWREP) 2011. pp. 2769-2772.

Huang, J. F., Liang, Q. B., Wang, H., Xu, S. Y., Zhang, L.S. & Xing, Y. (2011).

Comprehensive recycling of construction waste. Applied Mechanics and

(43)

Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara. (2012, April). Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Negara. Dicapai pada Mac 9, 2013, dari Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara: http://www.kpkt.gov.my/jpspn/main.php?Content=articles&ArticleID=64&IID=

Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara. (2013a, Mac). Jenis Sisa yang Terkawal.

Dicapai pada Mac 9, 2013, dari Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara: http://www.kpkt.gov.my/jpspn/main.php?Content=sections&SubSectionID=45& SectionID=43

Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara. (2013b, April). Sejarah Penubuhan Jabatan.

Dicapai pada April 19, 2013, dari Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara: http://www.kpkt.gov.my/jpspn_2013/main.php?Content=vertsections&SubVertS ectionID=166&VertSectionID=1&CurLocation=51&IID=&Page=1

Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara. (2013c, April). Soalan Lazim JPSPN. Dicapai

pada April 19, 2013, dari Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara: http://mjpspn.kpkt.gov.my/index.php/page/view/227

Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara. (2013d, Mac). Definisi PSP. Dicapai pada

April 19, 2013, dari Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara:

http://www.kpkt.gov.my/jpspn_2013/main.php?Content=articles&ArticleID=40 &IID=

Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara. (2013e, April). Pengenalan kepada JPSPN-

Fungsi. Dicapai pada Mac 9, 2013, dari Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara: http://www.kpkt.gov.my/jpspn_2013/main.php?Content=vertsections&SubVertS ectionID=137&VertSectionID=1&CurLocation=51&IID=&Page=1

Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara. (2013f, March). Kitar Semula. Dicapai pada

April 19, 2013, dari Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara:

http://www.kpkt.gov.my/jpspn_2013/main.php?Content=articles&ArticleID=45 &IID=

Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara. (2013g). Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan

Pembersihan Awam 2007. Dicapai pada 21 April, 2013, dari ms. 79 di http://www.kpkt.gov.my/jpspn_2013/main.php?Content=vertsections&SubVertS ectionID=6&VertSectionID=5&CurLocation=5&IID=

Referensi

Dokumen terkait

Menurut Stigler dan Hiebert (1999), LS umumnya mengikuti 8 langkah utama, yaitu: 1) mendefinisikan permasalahan, hal ini dapat berlaku secara umum, misalnya

pseudokoningii dari biofungisida pelet dengan bahan pembawa kaolin, zeolit dan kaolin+zeolit pada suhu pengeringan 35 0 C berbeda tidak nyata antar sesamanya, begitu

Berdasarkan pengujian diketahui bahwa pada skala laboratorium, Ag-ChNPs 500 ppm dan Cu- ChNPs 1000 ppm mampu menghambat pertumbuhan cendawan Colletotrichum capsici sebesar

cap “LUNAS” oleh bagian keuangan setelah transaksi pengeluaran kas dilakukan.. d) Semua pengeluaran kas harus dilakukan dengan cek atas nama perusahaan penerima

al., mereka menemukan bahwa semakin awal belajar karakter Hanzi, pembelajaran juga akan semakin cepat (2010, hal.728) serta berdasarkan hipotesis Guo (2009) mengenai

Trichoderma sp. sebagai salah satu sumber senyawa penting untuk pengembangan senyawa antimikrobia dalam melaksanakan per- tanian berkelanjutan. Penelitian ini bertujuan

Oleh kerana itu, ibu Malin Kundang merasa bangga biarpun Malin Kundang sudah menjadi batu, kerana dapat dibuktikan dia adalah seorang ibu yang telah melahirkan anak yang