• Tidak ada hasil yang ditemukan

ANALISIS PENGAMALAN TARIQ AL-SYATIBI DI MALAYSIA : KAJIAN TERHADAP KITAB TOK MAT PINTU GENG

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "ANALISIS PENGAMALAN TARIQ AL-SYATIBI DI MALAYSIA : KAJIAN TERHADAP KITAB TOK MAT PINTU GENG"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

1697

ANALISIS PENGAMALAN TARIQ AL-SYATIBI DI MALAYSIA : KAJIAN TERHADAP KITAB TOK MAT PINTU GENG

Shaharuddin bin Saad Dr. Zainora binti Daud Ikmal Zaidi bin Hashim Aslam Farah binti Selamat

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Shaharuddin@kuis.edu.my

Umumnya masyarakat Islam di Malaysia boleh membaca al-Quran. Berpandukan kepada kajian-kajian yang telah dibuat, pengkaji telah membaca dan mengkaji dua buah tesis dari Universiti Malaya oleh Shaharuddin bin Saad di perinkat Ijazah Sarjana yang bertajuk Tajwid Al-Quran Tariq Al-Syatibi Dan Al-Jazari Riwayat Hafs ‘An ‘Asim, Pengamalannya Di Maahad Tahfiz Darul Quran Jakim dan satu lagi tesis oleh Felzazulhibri bin Abdul Hamid di peringkat Ijazah Sarjana yang bertajuk Kajian Perbandingan Tariq Al-Syatibiyyah Dengan Al-Jazariyyah Riwayat Hafs Bin Sulaiman Al-Kufi, pengkaji mendapati suatu persoalan mengapakah 97% responden beramal dengan Tajwid aliran Syatibi manakala 3% sahaja yang beramal dengan aliran al-Jazari di dalam membaca al-Quran. Amalan bacaan aliran al-Syatibi ini bukan hanya di kalangan masyarakat awam, malah menjadi amalan para pelajar dan pensyarah-pensyarah di Darul Quran hasil dari kajian tesis tersebut. Selain dari itu, apabila pengkaji membaca kitab-kitab Tajwid lama hasil karangan ulama-ulama terdahulu yang banyak dihasilkan dan diketengahkan oleh pengakaji terkenal iaitu Al-Marhum Tuan Guru Hj Wan Muhammad Saghir bin Abdullah, pengkaji juga mendapati kitab-kitab tersebut juga menjurus metodologi penyampaiannya kepada aliran al-Syatibi. Maka timbullah persoalannya, kenapakah hanya wujud amalan bacaan al-Quran melalui aliran al-Syatibi sahaja khususnya di Malaysia sedangkan bacaan mengikut aliran al-Jazari lebih terhadapan dan menjadi amalan masyarakat Arab khususnya di Mesir. Bagi pengkaji, sudah pasti ada sebab-sebabnya, pengaruh atau peranan tertentu samada melalui sistem pengajian ulama-ulama terdahulu dan kitab-kitab yang digunakan di dalam mempelajari Ilmu Tajwid. Maka, bagi memastikan persoalan-persoalan ini mempunyai jawapannya, pengkaji merasakan perlu diadakan suatu kajian secara ilmiah untuk mencari serta menjawab persoalan di atas. Metodologi yang akan digunakan oleh penulis ialah metode pensejarahan dan metode dokumentasi. Semoga dengan terhasilnya kajian ini akan menjelaskan kepada masyarakat tentang metodologi penulisan kitab lama yang menggunakan amalan penulisannya mengikut aliran al-Syatibi dan dapat memperkenalkan kepada masyarakat seorang tokoh ulama Melayu di dalam bidang ini

(2)

1698

iaitu Syeikh Muhammad bin Ahmad Kelantani serta kitabnya Muqaddimah al-Mubtadi’ fi Tajwid al-Quran.

Biodata Tuan Guru Haji Muhammad Tok Pintu Geng

Nama penuh beliau ialah Haji Muhammad bin Lebai Ahmad bin Kweng Enche Mohd

Yatim atau dikenali sebagai Haji Muhammad bin Ahmad al-Kelantani atau Pak Cu Haji Mat

bin Tok Kweng Mat Yatim1. Gelaran beliau ialah Haji Mat Pintu Geng kerana disandarkan

kepada tempat di mana beliau dilahirkan dan tempat beliau mencurahkan ilmu sepanjang

hayat beliau2.

Haji Muhammad telah dilahirkan pada tahun 1305 Hijrah bersamaan 1887 Masihi di

Kampung Paloh, Pintu Geng, Kota Bharu Kelantan3. Manakala berdasarkan catatan tulisan

tangan Tuan Guru Haji Muhammad beliau telah dilahirkan pada malam jumaat pada tahun

1307 Hijrah bersamaan 1889 Masihi di Kampung Paloh, pintu geng, Kota Bharu Kelantan4.

Ayah beliau ialah Lebai Ahmad bin Kweng Enche Mohd Yatim berasal dari Kelantan. Ibu

beliau bernama Siti Aminah binti Wan abu bakar berasal dari Patani dan merupakan

keturunan Pulau Sumbawa, Jawa indonesia5.

Ayah Tuan Guru Haji Muhammad telah meninggal dunia di Mekah pada musim haji

ketika beliau baru berusia tujuh tahun, manakala ibu beliau telah meninggal dunia semasa

beliau berusia sepuluh tahun. Tuan Guru Haji Muhammad merupakan anak tunggal kepada

Lebai Ahmad dan Siti Aminah6. Mengikut catatan yang ditulis oleh cucu beliau itu Ustaz

Rahimi bin Mahmud selepas ibu beliau meninggal dunia, beliau dipelihara oleh kakak dan

abang iparnya iaitu Che Halus binti Labai Ahmad dan Wak Saman bin Haji Senik. Mereka

1 Ismail Che Daud (2007), Tokoh-Tokoh Ulama Semenanjung Melayu (2), Kelantan, Majlis Agama Islam Dan

Adat Istiadat Melayu, hlm 101.

2

Ibid.

3Ibid.

4 Rujuk lampiran G.

5 Temuramah bersama Ustaz Zainuddin Hj Mahmood, cucu kepada Tuan Guru Hj Muhammad pada hari

Jumaat, 25 Jun 2010, jam 10.00 pagi, bertempat di rumah Ustaz Zainuddin di Pintu Geng, Kota Bharu.

6 Temuramah bersama Ustaz Zainuddin Hj Mahmood, cucu kepada Tuan Guru Hj Muhammad pada hari

(3)

1699

berdua juga menanggung perbelanjaan pengajian Tuan Guru Haji Muhammad di Pondok

Bonggol7. Berdasarkan pandangan Ismail Che Daud, beliau dipelihara oleh sepupunya yang

bernama Halimah berdasarkan hasil wawancara penulis dengan anak beliau iaitu Haji Abdul

Rahman bin Haji Muhammad di Pintu Geng pada 5 September 19828.

Pendidikan awal Tuan Guru Haji Muhammad dalam bidang al-Quran semasa kecil

diperolehi daripada Tuan Guru Haji Idris Pasir Kota. Gurunya ini merupakan seorang yang

sangat alim dalam bidang ilmu al-Quran, ilmu Fiqh, ilmu Nahu, Ilmu Usul dan lain-lain lagi9.

Tuan Guru Haji Idris Pasir Kota tinggal tidak jauh daripada rumah beliau, jaraknya kira-kira

satu per dua batu sahaja. Ini memudahkan beliau mempelajari atau berguru dengan Tuan

Guru Haji Idris Pasir Kota semua ilmu terutamanya yang berkaitan dengan ilmu-ilmu

al-Quran10.

Setelah beliau berguru dengan Tuan Guru Haji Idris Pasir Kota, tanggal 4 Sya’ban

tahun 1329 Hijrah bersamaan 30 julai 1911 Masihi, beliau melanjutkan pelajarannya ke

Tanah Suci Mekah. Ketika itu beliau berusia 22 tahun. Beliau belajar di Tanah Suci Mekah

selama tiga tahun (tiga kali haji)11. Manakala menurut Ismail Che Daud, beliau berada di

Tanah Suci Mekah selama kira-kira lima tahun.

Di antara guru-guru beliau di sana ialah Tok Senggora (Haji Abdullah)12 dan Haji

Omar. Mereka berdua ini merupakan dua orang tokoh yang sangat alim dalam bidang

al-Quran.

Setelah selesai menyambung pelajaran di Mekah, Tuan Guru Haji Muhammad terus

kembali ke tanah air. Beliau kembali pada tahun 1331 Hijrah bersamaan dengan tahun 1914

7 Ismail Che Daud (2007), Tokoh-Tokoh Ulama Semenanjung Melayu (2), op.cit, hlm. 8 Ibid.

9

Ibid.

10Ibid.

11Temuramah bersama Ustaz Zainuddin Hj Mahmood, cucu kepada Tuan Guru Hj Muhammad pada hari

Jumaat, 25 Jun 2010, jam 10.00 pagi, bertempat di rumah Ustaz Zainuddin di Pintu Geng, Kota Bharu, ibid.

12 Beliau ialah Syeikh Abdullah Senggora adalah Abdullah bin Muhammad Qasim dan lebih dikenali sebagai

Syeikh Abdullah bin Muhammad Qasim Fiqhi Sanquri (1850an-1930), pengarang kitab Mawrid al-Dhama’n.

(4)

1700

Masihi13. Setelah kembalinya beliau di tanah air, beliau telah dijodohkan dengan Hajjah Lijah

binti Yahya yang merupakan anak saudara kepada Tok Guru Haji Idris pada hari Khamis 4 Sya’ban 1331 Hijrah bersamaan 10 Julai 1913 Masihi. Hasil perkahwinannya, beliau

dikurniakan lima orang cahaya mata, empat orang lelaki dan seorang perempuan14.

Tuan Guru Haji Muhammad banyak mencurahkan bakti dalam bidang al-Quran,

keilmuan dan kemasyarakatan. Sekembalinya beliau dari Tanah Suci Mekah pada kira-kira

tahun 1331 Hijrah, beliau mula mengajar al-Quran dan kitab-kitab Melayu di rumah abang

iparnya iaitu Wan Saman di Tebing Paloh. Pada hari Sabtu iaitu pada 10 Rabiul Awal akhir

1338 Hijrah bersamaan 3 Januari 1920 Masihi beliau berpindah ke rumahnya sendiri iaitu di

Kampung Pintu Geng dan mendirikan sebuah Balaisah (madrasah) untuk mengajar

masyarakat setempat15.

Pada tahun 1340 Hijrah bersamaan 1922 Masihi, beliau mula membuka pondok di

Kampung Pintu Geng, Kota Bharu, Kelantan. Pondok ini berkembang maju kerana beliau

mempunyai kemampuan mengajar dengan menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Arab.

Di samping mengajar kitab-kitab, beliau juga mengajar al-Quran. Hal ini menjadikan beliau

berbeza dengan guru-guru agama yang lain kerana pada ketika itu guru-guru agama hanya

mengajar kitab-kitab yang berkaitan dengan Fekah, Aqidah, Tasawwuf, Akhlak, Sirah dan

lain-lain tanpa mengajar al-Quran16.

Pada kebiasaannya, Tuan Guru Haji Muhammad mengajar al-Quran selepas

sembahyang Zohor sehingga Asar pada setiap hari kecuali hari Jumaat. Pada waktu itu beliau

sangat terkenal sebagai guru Ilmu Qiraat. Oleh kerana kemasyhuran beliau dalam mengajar

Ilmu Qiraat, maka ramailah penuntut yang datang menuntut Ilmu Qiraat dengan beliau. Di

13Temuramah bersama Ustaz Zainuddin Hj Mahmood, cucu kepada Tuan Guru Hj Muhammad pada hari

Jumaat, 25 Jun 2010, jam 10.00 pagi, bertempat di rumah Ustaz Zainuddin di Pintu Geng, Kota Bharu, ibid.

14Ibid. 15Ibid.. 16Ibid.

(5)

1701

antara penuntut-penuntut tersebut terdapat juga mereka yang datang dari Pondok Bunut

Payung, Pondok Kenali dan lain-lain pondok semata-mata untuk menuntut Ilmu Qiraat17.

Tidak terkecuali Tuan Guru Haji Muhammad berbanding dengan ulama-ulama lain di dalam

menghasilkan karya. Di samping mengajar al-Quran beliau turut tidak ketinggalan

mengarang sebuah kitab ilmu Tajwid yang berjudul “Muqaddimah Mubtadi’ fi Tajwid al-Quran”. Kitab ini selesai dikarang oleh beliau pada hari Selasa iaitu pada 8 Jamadil Akhir

tahun 1341 Hijrah bersamaan 26 Disember tahun 1922 Masihi. Kitab ini digunakan sebagai

panduan dalam pelajaran Ilmu Tajwid. Pada 21 Rejab tahun 1374 Hijrah bersamaan 15 Mac

1955 Masihi, kitab ini disemak dan ditashihkan dengan sangat cermat dan teliti oleh beliau

sendiri18. Segala kos dan perbelanjaan dalam mencetak kitab ini ditanggung oleh beliau

sendiri. Selain mengarang kitab Tajwid, beliau juga turut mengarang sebuah kitab Fekah,

akan tetapi kitab ini tidak dapat dikesan kerana tidak dicetak dan hilang daripada simpanan19.

Tuan Guru Haji Muhammad kembali ke rahmatullah pada hari Selasa 10 Ramadan

tahun 1387 Hijrah bersamaan 12 Disember 1967 tahun Masihipada jam 8.53 pagi ketika

berusia 80 tahun. Beliau dikebumikan pada jam 3.50 petang pada hari yang sama di Tanah

Perkuburan Chengal, Pintu Geng. Beliau meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak.

Anaknya, Haji Daud menjadi Imam Tua Masjid Mukim Pintu geng bermula 7 julai 1951

sehingga 29 Julai 1982. Manakala anaknya yang ketiga, Haji Abdul Rahman pula menjadi

Bilal bermula 19 Februari 1967 sehingga 1 Januari 1997. Anaknya yang keempat iaitu Hajjah

Zainab menjadi guru al-Quran sehingga akhir hayat dan isteri beliau meninggal dunia pada

22 Mac 1973 ketika berusia 71 tahun20.

17Ibid.

18 Muhammad bin Ahmad al-Kelantani(1922), Muqaddimah al-Mubtadi’ fi Tajwid al-Quran.

19Temuramah bersama Ustaz Zainuddin Hj Mahmood, cucu kepada Tuan Guru Hj Muhammad pada hari

Jumaat, 25 Jun 2010, jam 10.00 pagi, bertempat di rumah Ustaz Zainuddin di Pintu Geng, Kota Bharu, ibid.

(6)

1702

Pengenalan Kitab Muqaddimah al-Mubtadi Fi Tajwid al-Quran

Kitab ini selesai dikarang pada hari Selasa 8 Jamadil Awal tahun 1341 bersamaan 26

Disember 1922. Kitab yang ada pada tangan penulis adalah cetakan kali keenam iaitu

bertarikh 10 Jamadil Awal tahun 1389 Hijrah bersamaan 24 Julai tahun 1969. Manakala

salinan muka hadapan kitab yang sama dan bertarikh yang sama di dalam Kitab

Tokoh-Tokoh Ulama Semenanjung Melayu (2) tertulis cetakan kali kelima21. Dari sudut kajian

penulis, cetakan kali keenam pada kitab yang ada pada tangan penulis adalah salah, ini adalah

kerana Tuan Guru Hj Muhammad ada menjelaskan di hadapan kitabnya yang ada di tangan

penulis dengan katanya “ telah ditashihkan ini kitab pengarang sendiri dengan sehabis

cermatnya maka terapan ini sehabislah sahnya dan bersihnya daripada cap kali yang pertama, yang kedua, yang ketiga dan yang keempat ”22. Berdasarkan kepada katanya ini menunjukkan bahawa kitab ini hanya dicetak kali kelima sahaja bukan sehingga kali keenam.

Kitab ini dicetak oleh percetakan Al-Ahliah Sendirian Berhad, Kta Bharu, Kelantan.

Kandungan Kitab

Dalam melihat kepada kandungan kitab ini, seperti mana yang diketahui ia adalah

sebuah kitab yang khusus membincangkan persoalan Ilmu Tajwid. Oleh yang demikian,

perbincangan yang dibawa oleh Tuan Guru Hj Muhammad meliputi keseluruhan tajuk yang

berkaitan dengan pembacaan al-Quran yang meliputi perbincangan berkaitan makhraj huruf ,

sifat-sifat huruf, persoalan tebal dan nipis huruf, hukum bacaan, berkaitan mad, persoalan

waqaf dan ibtida’ dan beberapa persoalan lain yang berkaitan dengan pembacaan al-Quran.

21 Tokoh-Tokoh Ulama’ Semenanjung Melayu (2) (1996), op.cit, hlm 124 dan Tokoh-Tokoh Ulama’

Semenanjung Melayu (2) (2007), op.cit, hlm 106.

(7)

1703

Sesuatu yang menarik adalah di mana setiap daripada perbahasan disebutkan pendapat atau

pandangan daripada ulama tertentu termasuklah daripada imam-imam qiraat sendiri.

Sehinggakan kita dapat meletakkan kitab ini sebagai sebuah kitab yang lengkap dan

mempunyai khazanah ilmu yang tinggi khususnya dalam Ilmu Tajwid dan Ilmu Qiraat atau

secara umumnya terhimpun di dalam kitab ini segala ilmu untuk kita mengenali, memahami

dan membaca al-Quran.

Sebelum memulai perbahasan bab-bab di dalam kitab ini, Tuan Guru Hj Muhammad

memulainya dahulu dengan Muqaddimah daripadanya sendiri dengan katanya:

“ Aku mulai akan risalah ini dengan nama Allah tuhan yang amat murah di dalam dunia ini

lagi amat mengasihani akan hambanya yang mukmin di dalam negeri akhirat

maksudnya : bermula segala puji itu tertentu bagi Allah ialah tuhan yang menurunkan akan Quran yang amat indah yang melemahkan segala makhluk mendatangkan seumpamanya pada keelokan susunan kalimahnya dan lafaznya dan pada keelokan maknanya yang terkandung di dalamnya daripada beberapa perkhabaran dengan yang ghaib-ghaib daripada yang telah lalu dan yang lagi akan datang dan ialah tuhan yang menjadikan akan Ilmu Tajwid itu jalan yang dapat bagi mengatahui akan segala makhraj huruf dan sifatnya dan mengetahui akan segala hukum waqaf dan ghunnah dan ikhfa’ dan lainnya.

maksudnya : dan bermula rahmat Allah dan salamNya atas penghulu kita nabi muhammad yang disuruh akan dia dengan mentartilkan al-Quran”23. Selepas itu Tuan Guru Hj Muhammad meletakkan satu bab yang dinamakan sebagai pendahuluan. Di dalam

23 Ibid, hlm 2.

(8)

1704

pendahuluan ini ada dilampirkan kata-kata dari pencetak kitab ini dan di perenggan

berikutnya adalah kata-kata dari pengarang kitab sendiri. Maka selepas itu barulah diletakkan

suatu Muqaddimah kitab. Di dalam Muqaddimah ini Tuan Guru Hj Muhammad menyentuh

berkaitan dengan hukum mempelajari Ilmu Tajwid, dalil-dalil Ilmu Tajwid, pengertian makna

Tartil dan pembahagian huruf hijaiyyah.

Untuk lebih jelas lagi, penulis akan menyenaraikan bab-bab berserta fasal-fasalnya

dan tajuk-tajuk perbincangan yang telah diletakkan oleh Syeikh Muhammad bin Ahmad

dalam penulisan kitab ini. Berikut penulis menyenaraikan keseluruhan bab berserta

fasal-fasal mengikut susunan dari kitab:

Bab Nama Bab

Satu Isti’azah

Dua Basmalah

Tiga Bab Ahkam al-Nun al-Sakinah wa al-Tanwin Al-Fasl al-Awwal fi al-Izhar

Al-Fasl al-Thani fi al-Ikhfa’ Al-Fasl al-Thalith fi al-Iqlab

Al-Fasl al-Rabi’ fi al-Idgham Bighunnah Al-Fasl al-Khamis fi al-Idgham Bila Ghunnah Fasl fi Idgham al-Mithlayn

Fasl fi Idgham Mutaqaribayn Empat Bab Lam al-Ta’rif

Lima Fasl fi Ahkam al-Mim al-Sakinah Enam Fasl fi Tafkhim al-Ra’ wa Tarqiqiha Tujuh Fasl fi Tarqiq al-Lam wa Tafkhimiha Lapan Bab fi Bayan Makharij al-Huruf wa Sifatiha

Fasl fi Sifat al-Huruf

Sembilan Bab Ahkam al-Mad wa al-Qasr

Fasl fi Mad al-Muttasil wa al-Mad al-Munfasil Fasl fi Mad al-Lazim

Fasl fi Mad al-Arid Sepuluh Bab al-Waqf wa al- Ibtida’

Sebelas Fasl fi Bayan Hamzah al-Wasl wa al-Qat’ Dua Belas Kelebihan Membaca al-Quran

Adab Khatam al-Quran Tiga Belas Ulum Quran

(9)

1705

Empat Belas Doa Khatam al-Quran

Sumber Rujukan

Dalam pendahuluan kitab ini, Tuan Guru Hj Muhammad telah menjelaskan dalam

bahawa beliau telah merujuk kepada kitab-kitab yang terkenal di dalam mengahasilkan kitab ini, katanya “ ini suatu risalah pada Ilmu Tajwid aku himpunkan dia daripada bilangan

beberapa kitab yang diiktibarkan aku ambil daripadanya akan buahan-buahan yang diinginkan dan akan beberapa permata yang megah-megah ”24. Berdasarkan kepada kata-katanya ini, penulis yakin bahawasanya kitab ini adalah hasil daripada usaha gigih Tuan Guru

Hj Muhammad sendiri.

Di dalam perbahasannya, Tuan Guru hj Muhammad banyak menyebut nama-nama

ulama-ulama dan tidak lupa juga beliau ada menyebut nama-nama kitab yang dirujuknya. Sebagai contoh beliau menyebut “ dan sesungguhnya telah menyebut oleh Syeikh Abu al-‘Izz

al-Qalansyi pada syair dengan katanya ”25, “ Bismilah pada awalnya dan sunat pada pertengahannya seperti barang yang berkata akan dia oleh Ramli telah berkata Ibn Hajar haram pada permulaannya dan makruh pada pertengahannya dan muwafakat akan dia Abd al-Haq dan Syeikh al-Khatib dan Syatibi ”26, “ tiadalah jadi bercampur dengan harakat dan qalqalah kerana yang demikian itu dijaga oleh Ibn al-Jazari dengan katanya:

maksudnya : dan jaga olehmu atas sukun yang pada arsalna dan an’amta dan al-maghdub

24 Ibid, hlm 4.

25 Ibid, hlm 6. 26 Ibid hlm 8.

(10)

1706

serta dalalna ”27,

Penulis berpendapat hasil daripada contoh-contoh yang didapati daripada kitab Tuan

Guru Hj Muhammad ini, beliau merujuk semua kitab-kitab yang berkaitan dengan Ilmu

Tajwid dan Ilmu Qiraat. Ini adalah kerana apabila beliau menyebut nama-nama seperti Ibn

al-Jazari28 dan al-Syatibi29, mereka berdua ini merupakan dua orang tokoh yang tidak asing lagi

di dalam Ilmu Tajwid dan Qiraat.

Analisis Pengamalan Tariq al-Syatibi

Sebelum penulis membahaskan secara analisis pengamalan Tariq al-Syatibi, terlebih

dahulu perlu penulis mengetangahkan kepada pembaca perkara-perkara yang patut diketahui

berkaitan dengan bacaan al-Quran menurut Tariq al-Syatibi. Di bawah ini disenaraikan secara

ringkas supaya pembaca dapat memahaminya terlebih dahulu.

Bil Bab Bacaan Tariq al-Syatibi

1 Mad munfasil 4 dan 5 harakat wasal

2 Mad Muttasil 4 dan 5 harakat wasal

3 Takbir antara al-Dhuha hingga al-Nas Tiada takbir

4 Nun sakinah bertemu lam dan ra’ Idgham bila ghunnah

5

Perkataan (al-Baqarah:245) Dibaca dengan sin sahaja

27 Ibid, hlm 10.

28 Beliau ialah Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin ‘Ali bin Yusof al-Jazari. 29 Beliau ialah al-Qasim bin Firuh bin Khalaf bin Ahmad al-Ru’ayni al-Syatibi al-Andalusi.

(11)

1707 6

Perkataan (al-A’raf:69) Dibaca dengan sin sahaja

7

Perkataan (al-Tur:37) Dibaca dengan sin atau sad

8

Perkataan (al-Ghasyiah:22) Dibaca dengan sad sahaja

9

Perkataan (al-A’raf 176) Idgham ketika wasal

10

Perkataan (Hud:42) Idgham ketika wasal

11

Perkataan (Yusof:11) Wajib isymam atau raum

12

Huruf pada pada surah

Maryam dan surah al-Syura

Dibaca dengan 4 atau 6 harakat

13

Perkataan surah al-Qiyamah:27

dan surah al-Mutaffifin:14

Saktah ketika wasal

14

Perkataan surah al-Kahfi:1 dan

surah Yasin:52

(12)

1708 15

Huruf pada kalimah surah

al-Syura:63

Harus dibaca tahfkhim atau tarqiq

16

Huruf pada tiga kalimah Harus dibaca dengan fathah dan dhammah

17

Perkataan dan Wasal dengan kadar 6 harakat beserta izhar

18

Perkataan

(al-Naml:36)

Dibuang huruf ya’ atau dikekalkan ketika

waqaf

19

Perkataan (al-Insan:4) Dibuang huruf alif atau dikekalkan ketika waqaf

20 Sukun Hamzah Tiada saktah

Maka, penulis akan menganalisis pengamalan Tariq al-Syatibi di dalam kitab

Muqaddimah al-Mubtadi’ berpandukan kepada perkara-perkara yang di atas, analisis adalah

seperti berikut:

Bil Bab Bacaan Tariq al-Syatibi

1 Mad munfasil Kata pengarang “dimadkan dia oleh Hafs kadar dua alif setengah” iaitu 5 harakat30

.

2 Mad Muttasil Kata pengarang “dimadkan oleh Hafs

(13)

1709

kadar dua alif atau dua alif setengah” iaitu

4 dan 5 harakat31.

3 Takbir antara al-Dhuha hingga al-Nas Membaca takbir32.

4 Nun sakinah bertemu lam dan ra’ Kata pengarang “diidghamkan keduanya dengan ketiadaan ghunnah”33

.

5

Perkataan (al-Baqarah:245) Kata pengarang “harus bagi Hafs di dalam suarah al-Baqarah itu dengan dua wajah iaitu dengan sin dan dengan sad”34

. Dibaca

dengan sin sahaja

6

Perkataan (al-A’raf:69) Kata pengarang “harus bagi Hafs di dalam suarah al-A’raf itu dengan dua wajah iaitu dengan sin dan dengan sad”35

.Dibaca

dengan sin sahaja

7

Perkataan (al-Tur:37) Kata pengarang “harus bagi Hafs di dalam suarah al-Tur itu dengan sin”36. Dibaca

dengan sin atau sad

8

Perkataan (al-Ghasyiah:22) Kata pengarang “harus bagi Hafs di dalam suarah al-Ghasyiah itu dengan sin”37

.Dibaca dengan sad sahaja

9

Perkataan (al-A’raf 176) Kata pengarang “ nescaya tiada dapat tidak diidghamkan akan dia dan tha’ mati

31 Ibid, hlm 34. 32 Ibid, hlm 55. 33 Ibid, hlm 13. 34 Ibid, hlm 48. 35 Ibid. 36 Ibid. 37 Ibid.

(14)

1710

bertemu dengan zal dan sekalian itu idgham tam”38

.

10

Perkataan (Hud:42) Kata pengarang “diidgham serta ghunnah kerana tiada bahawasanya telah engkau tukarkan daripada ba’ itu mim, maka

sabitlah padanya ghunnah”39

.

11

Perkataan (Yusof:11) Kata pengarang “idgham serta isymam maka iaitu diisyaratkan kepada dhammah

nun yang mudgham kemudian daripada

idgham atau diisyarat itu serta dengan

idgham iaitu bahawa menghimpunkan dua

bibir mulut dengan tiada bersuara seoerti kelakuan menunjukkan sesuatu”40

.Wajib

isymam atau raum

12

Huruf pada pada surah

Maryam dan surah al-Syura

Kata pengarang “ain iaitu pada ‘ain

permulaan surah Maryam dan al-Syura,

maka padanya dua wajah iaitu mad dan tawassut akan tetapi mad itu lebih afdal”41

.

13

Perkataan surah al-Qiyamah:27

dan surah al-Mutaffifin:14

Kata pengarang “ bahawasanya membaca

oleh Hafs dengan saktah, bermula saktah itu menegah akan idgham”42

Saktah ketika wasal. 38 Ibid, hlm 14. 39 Ibid, hlm 13. 40 Ibid, hlm 17. 41 Ibid, hlm 37. 42 Ibid, hlm 17.

(15)

1711 14

Perkataan surah al-Kahfi:1 dan

surah Yasin:52

Saktah ketika wasal

15

Huruf pada kalimah surah

al-Syura:63

Kata pengarang “adapun jika ada huruf

isti’la’ itu berbaris di bawah dan

umpamanya maka pada tafkhimkandia itu

khilaf dan memutus akan tarqiqnya kerana

jatuh antara dua kasrah dan tafkhimnya

kerana menilik akan huruf isti’la’”43.

16

Huruf pada tiga kalimah Kata pengarang “maka segala dad daripada yang tiga tempat itu dua wajah

iaitu dengan dhammah atau dengan fathah

segala dad, tetapi jika dibaca dengan

dhammah didhammahkan sekaliannya, dan

jika dibaca dengan fathah maka difathahkan sekaliannya”44

.

17

Perkataan dan Kata pengarang “dan ikhtilaf mereka itu idgham pada dua permulaan suarah ini,

maka Hafs diizharkan pada waktu wasal dan waqaf”45

. Wasal dengan kadar 6

harakat beserta izhar

43 Ibid, hlm 19.

44 Ibid, hlm 48. 45 Ibid, hlm 12.

(16)

1712 18

Perkataan

(al-Naml:36)

Dibuang huruf ya’ atau dikekalkan ketika

waqaf

19

Perkataan (al-Insan:4) Kata pengarang “ini bagi Hafs dua wajah ketika waqaf, dengan disabitkan akan alif atau dengan disakinkan akan lam”46

.

20 Sukun Hamzah Tiada saktah

Kesimpulan

Oleh yang demikian, daripada keseluruhan perbincangan yang dibawakan oleh

penulis dalam pembentagan ini memberikan satu gambaran yang jelas berkaitan kitab yang

dikaji oleh penulis ini iaitu sebuah karya lengkap dalam bidang ilmu tajwid yang berjudul “Muqaddimah al-Mubtadi’ fi Tajwid al-Qur’an” sama ada dilihat dari sudut penulisan dan

penyusunan perbahasannya, ataupun dari sudut kandungan perbahasan yang dibawa dan

diperbincangkan. Bahkan tidak lupa dilihat kepada kemampuan dan kedalaman ilmu yang

dimiliki oleh pengarang kitab ini.

Di samping itu, diharapkan pendedahan ringkas terhadap sejarah dan latar belakang

pengarang kitab ini iaitu Syeikh Muhammad bin Ahmad al-Kelantani ini secara tidak

langsung akan memberikan gambaran dan pengetahuan berkaitan ketokohannya dan karya

jawi dalam bidang tajwid serta memperlihatkan kesungguhan dan ketekunan ulama terdahulu

yang berusaha gigih dalam mengaplikasikan ilmu untuk tatapan dan amalan masyarakat

sezaman atau sebagai satu khazanah ilmu yang tidak ternilai kepada generasi seterusnya.

RUJUKAN

46 Ibid, hlm 43.

(17)

1713 RUJUKAN BAHASA ARAB

‘Abd al-Halim bin Muhammad al-Hadi al-Qabah (1999), Al-Qira’at al-Qur’aniyyah

Tarikhuha, Thubutuha, Hujjiyyatuha wa Ahkamuha, Beirut, Dar al-Gharb al-Islami.

‘Abd al-Hamid Yusof Mansur (1995), Fath al-Murid fi ‘Ilm al-Tajwid, Iskandariyyah, Dar

al-Da’wah.

Abu ‘Abd al-Rahman Reda ‘Ali Darwaysy dan Abu Sahl Samih bin Ahmad bin Muhammad

(2000), Fath al-Rahman fi Taysir Turuq Hafs bin Sulayman, Kaherah, Maktabah

Qurtubah.

Ahmad Khalid Shukri Dr, Dr. Ahmad Muhammad Muflih al-Qudah dan Dr. Muhammad

Khalid Mansur (2001), Muqaddimah fi ‘Ilm al-Qira’at, ‘Amman, Dar ‘Ammar.

Ahmad Mahmud ‘Abd al-Sami’ al-Hafyan (2001), Asyhar al-Mustalahat fi Fann al-Ada’ wa

‘Ilm al-Qiraat, Beirut, Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Dhahabi, Muhammad bin Ahmad bin ‘Uthman al- (1981), Sayr A’lam al-Nubala’, Beirut,

Muassasah al-Risalah.

Dhahabi, Muhammad bin Ahmad bin ‘Uthman al- (1997), Ma’rifah al-Qurra’ al-Kubar,

Beirut, Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

RUJUKAN BAHASA MELAYU

‘Abd Allah Muhammad Qasim Al-Sanquri (2004), Mawrid Al-Zam’an Fi Ma Yata’allaqu Bi

Tajwid Al-Qur’an, Kuala Lumpur, Khazanah Al-Fataniyyah.

Muhammad Nur Mufti Hj Ibrahim (2004), Suluhan Darul Naim Bagi Penuntut Bacaan Nafi’

Bin Abi Na’im, Kuala Lumpur, Khazanah Al-Fataniyyah.

Muhammad bin Ahmad al-Kelantani(1922), Muqaddimah al-Mubtadi’ fi Tajwid al-Quran,

(18)

1714

Ahmad Fathy al-Fatani (2002), Ulama Besar dari Patani, Bangi: Universiti Kebangsaan

Malaysia.

Ismail Che Daud (2007), Tokoh-Tokoh Ulama Semenanjung Melayu (2), Kelantan, Majlis

Referensi

Dokumen terkait