• Tidak ada hasil yang ditemukan

UNIT 7: RANGKAIAN KAWASAN TEMPATAN (LAN)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "UNIT 7: RANGKAIAN KAWASAN TEMPATAN (LAN)"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

UNIT 7:

RANGKAIAN KAWASAN TEMPATAN (LAN)

RANGKAIAN KAWASAN TEMPATAN (LAN)

RANGKAIAN KAWASAN TEMPATAN (LAN)

RANGKAIAN KAWASAN TEMPATAN (LAN)

OBJEKTIF

OBJEKTIF

OBJEKTIF

OBJEKTIF

Objektif Am: Mengetahui dan memahami konsep

rangkaian kawasan tempatan (LAN)

Objektif khusus: Di akhir unit ini anda sepatutnya

Dapat: -

Mentakrif

rangkaian kawasan tempatan (LAN).

Menerangkan maksud topologi dalam

rangkaian

kawasan

tempatan (LAN) dan kaedah yang

digunakan seperti gelung, bintang dan bas.

Menerangkan teknik penghantaran.

 “Baseband”

 “Broadband”

(2)

7.0 Pengenalan

Rangkaian Kawasan Tempatan (LAN)

Rangkaian kawasan Tempatan atau Local Area Network (LAN) merupakan sekumpulan komputer yang berkongsi sama ada perkakasan, perisian atau data. Secara ringkasnya ianya menghubungkan komputer yang berada berdekatan memggunakan talian komunikasi agar setiap komputer boleh berkongsi sumber dan media antara satu sama lain. LAN juga merujuk kepada suatu sistem rangkaian yang terbatas dalam suatu kawasan kecil. Secara fizikalnya, kawasan tersebut boleh jadi suatu makmal komputer, sekolah atau bangunan.

Rajah 7.1 Rangkaian Kawasan Tempatan (LAN)

komputer pelayan

(3)

Apa itu rangkaian Komputer?

Rangkaian Komputer adalah sekumpulan komputer dan peranti-peranti yang disambung bersama untuk membolehkan perkongsian sumber berlaku.

Sumber-sumber yang boleh dikongsi bersama dalam suatu rangkaian antaranya ialah seperti rajah 7.2.

Rajah 7.2 rangkaian komputer

Secara umum rangkaian komputer mempunyai komponen-komponen seperti berikut:

Servers – komponen yang menyediakan perkongsian sumber kepada pengguna

Rangkaian

Client – komputer yang boleh mencapai perkongsian sumber yang disediakan oleh

Server

Medium – Kaedah atau cara bagaimana komputer disambung

Data Mese Penceta Mesin Mode Rangkaian Grafik

(4)

7.2 Topologi dalam LAN dan kaedah yang digunakan

Topologi ialah susun atur atau bentangan fizikal komputer, kabel dan komponen-komponen rangkaian yang lain. Ianya merupakan satu istilah yang biasanya digunakan oleh para profesional rangkaian apabila mereka merujuk kepada rekabentuk asas rangkaian.Susun atur fizikal ini boleh mengambarkan rekabentuk rangkaian yang hendak dibina, melalui lakaran rajah. Pemilihan topologi rangkaian yang betul dan tepat adalah penting kerana ia akan memberi kesan kepada keseluruhan rangakaian yang hendak dibina.

Diantaranya kesannya ialah:

i) Jenis peralatan yang diperlukan oleh rangkaian ii) Keupayaan peralatan

iii) Pengembangan rangakaian iv) Cara rangkaian diurus.

Dalam sistem rangkaian, komputer perlu disambung ke rangkaian untuk membolehkannya dapat berkongsi sumber. Kebanyakan rangkaian menggunakan kabel sebagai media penyambungan. Namun demikian ianya tidak semudah mencucuk kabel rangkaian komputer anda dengan kabel yang tersambung dengan komputer lain. Kita perlu mengambil kira kombinasi jenis kabel dengan Network Interface Card yang digunakan, sistem pengoperasian rangkaian, dan komponen-komponen lain yang memerlukan jenis susunan yang berbeza. Topologi juga dapat menyatakan bagaimana komputer berkomunikasi di dalam rangkaian. Topologi yang berbeza memerlukan kaedah komunikasi yang berbeza dan kaedah ini mempunyai pengaruh yang besar terhadap rangkaian

(5)

Terdapat tiga jenis topologi asas rangkaian iaitu; 1. BAS (BUS)

2. BINTANG (STAR)

3. GELUNG/CINCIN (RING)

7.2.1 Topologi BAS (BUS)

Juga dikenali sebagai bas linear dan merupakan topologi yang paling mudah. Ia mengandungi kabel tunggal (juga dikenali sbagai segmen atau backbone) yang menyambung ke semua komputer dalam rangkaian dalam satu baris.

Rajah 7.3 Topologi Bas

Komputer dalam topologi ini berkomunikasi melalui pengalamatan data kepada komputer tertentu dengan meletakkan data dalam bentuk isyarat elektronik ke kabel rangkaian. Untuk memahami bagaimana komputer berkomunikasi dalam rangkaian bas kita kena tahu tiga konsep berikut:

• Penghantaran isyarat • Isyarat bounce

• Terminator (penamat)

a) Penghantaran isyarat

Data dalam rangkaian adalah dalam bentuk isyarat elektronik dihantar kepada semua komputer dalam rangkaian. Namun demikian maklumat hanya akan diterima oleh komputer yang mempunyai alamat yang sepadan dengan alamat yang

(6)

dikodkan oleh isyarat asal. Hanya satu komputer sahaja yang boleh menghantar isyarat atau data dalam satu tempoh masa. Oleh kerana hanya satu komputer sahaj yang boleh menghantar data dalam satu masa, maka ini akan memebri kesan kepada perfomance rangkaian apabila bilangan komputer yang tersambung meningkat. Semakin banyak komputer yang tersambung maka semakin lama komputer menunggu giliran untuk menghantar data dan rangkaian akan semakin lambat (slow). Tetapi tidak semestinya disebabkan bilangan komputer yang banyak tersambung dalam rangkaian bas, adalah sebab utama rangkaian menjadi lambat, ia juga boleh disebabkan beberapa faktor yang lain antaranya;

• Keupayaan perkakasan komputer dalam rangkaian • Jumlah kekerapan komputer menghantar data

• Jenis aplikasi yang sedang dilaksanakan dalam rangkaian • Jenis kabel yang digunakan dalam rangkaian

• Jarak diantara satu komputer dengan komputer yang lain dalam rangkaian

Bas adalah rangkaian komputer yang pasif. Komputer dalam rangkaian bas hanya mendengar di talian rangkaian untuk mengetahui samada terdapat data yang di hantar. Komputer ini tidak bertindakbalas untuk menghantar data kepada komputer yang bersebelahan. Jika komputer gagal, ianya tidak memberikan kesan kepada kerseluruhan rangkaian. Dalam rangkaian yang aktif komputer menjana semula isyarat yang diterima sebelum memindahkan data tersebut talian rangkaian.

b) Isyarat lantunan

Data yang merupakan isyarat elektronik di hantar ke seluruh rangkaian, akan bergerak dari pangkal hingga hujung kabel rangkaian tersebut. Jika isyarat ini tidak dihentikan, isyarat ini akan melantun depn dan kebelakang disepanjang talian tersebut, Ini akan menyebabkab komputer lain tidak dapat menghantar isyarat atau data. Maka dengan itu isyarat ini harus dihentikan.

(7)

c) Terminator

Untuk menghentikan isyarat ini dari melantun, terminator diperlukan pada setiap kedua-dua hujung kabel tersebut. Terminator ini berfungsi untuk menyerap isyarat yang telah dihantar agar ia tidak melantun dan menggangu komputer lain yang sedang menunngu giliran untuk menghantar data.Jika kabel terputus maka salah satu hujung kabel tidak ada terminator maka ini akan meyebabkan rangkaian komputer terputus kerana berlakunya lantunan isyarat. Namun demikian komputer masih boleh digunakan tetapi perkonsian data tidak boleh berlaku selagi segmen yang terputus tidak dibaiki. Apabila rangkaian semakin berkembang kabel boleh dikembangkan dengan dua kaedah berikut:

1. Menggunakan barrel connector, yang membolehkan dua kabel disambung. Perlu diingatkan disini penyambung akan meyebabkan isyarat menjadi lemah atau susut. Jika terlalu banyak menggunakan penyambung ini juga boleh menyebabkan isyarat yang salah diterima. 2. Menggunakan repeater, iaitu boleh menyambungkan dua kabel. Repeater

biasanya meningkatkan isyarat yang melaluinya sebelum ia dihantar ke destinasi. Repeater adalah lebih baik dari barrel kerana ia dapat menyambungkan dua kabel yang panjang atau jarak jauh tanpa perlu risau berlakunya kehilangan data.

(8)

Ok, sekarang uji kefahaman anda dengan mencuba soalan berikut dan semak jawapan atau maklumbalas di halaman berikutnya.

Selamat Mencuba.

Soalan

a) Apakah yang dimaksudkan dengan Rangkaian Kawasan Tempatan? b) Nyatakan 3 (tiga) topologi yang digunakan dalam LAN?

c) Lukiskan dengan rangkaian topologi BAS

7.1.2 Topologi Bintang (STAR)

Dalam topologi BINTANG semua kabel penyambung dari komputer akan masuk ke satu lokasi pusat, di mana semuanya akan disambung ke peranti yang dikenali sebagai hub.

Rajah 7.4 : Toplogi Bintang

Setiap komputer di dalam topologi ini berkomunikasi dengan hub pusat yang akan menghantar mesej samada kepada semua komputer (broadcast star network) atau hanya kepada destinasi komputer sahaja (switch star network).

(9)

Hub dalam adalah contoh rangkaian bintang ‘broadcast’. Hub terdapat boleh diperolehi dalam dua jenis iaitu aktif dan pasif. Hub jenis aktif menjana semula isyarat elektrik yang diterima dan menjana semula sebelum ia dihantar kepada semua komputer yang terseambung dengannya. Hub ini juga dikenali sebagai ‘multiport repeater’. Ia memerlukan bekalan kuasa untuk berfungsi.

Hub jenis pasif, seperti panel pendawaian atau blok punch-down hanya bertindak sebagai punca penyambungan yang tidak menguatkan atau menjana semula sebarang isyarat yang masuk melaluinya. Ia juga tidak memerlukan bekalan kuasa untuk berfungsi. Rangkaian jenis star ini boleh dikembangkan lagi untuk membetuk

rangkaian yang dikenali sebagai rangkaian HYBRID BINTANG.

Rajah 7.5: Toplogi Bintang Hybrid Kelebihan topologi bintang

1. Proses penyambungan yang mudah

2. Proses memasang atau membuang sebarang peranti tambahan yang terbabit 3. tidak akan mengganggu sistem rangkaian

4. Sebarang kerosakan pada sistem rangkaian dapat dikesan dengan lebih mudah dan panta

Kelemahan topologi bintang

1. Memerlukan kabel yang lebih panjang daripada topologi bas yang linear 2. Jika hub rosak, semua nod tidak boleh berfungsi dalam sistem rangkaian 3. Kos lebih tinggi jika dibandingkan dengan topologi linear bas

(10)

7.1.3.Topologi Cincin

1. Topologi Cincin atau Token Ring pula menghubungkan semua nod sebagai satu rantaian membulat seperti cincin.

2. Mesej atau data akan dipindahkan secara turutan mengikut satu laluan yang sama dalam cincin yang sama

3. Teknologi ini mula digunakan oleh sistem IBM dengan menggunakan Kabel jenis Type I dalam kategori Shielded Twisted Pair (STP).

4. Setiap data yang melalui nod akan disemak lokasi penghantarannya. Sekiranya tidak sama dengan nod yang dilaluinya, ia akan diserahkan kepada nod yang seterusnya dan ini akan berterusan sehingga alamat penghantarannya sama dengan nod yang dilaluinya.

Rajah 7.6 Topologi Cincin

5. Memandangkan data dipindahkan mengikut satu laluan yang sama secara turutan maka kemungkinan untuk berlakunya perlanggaran data tidak timbul.

6. Kerja-kerja penyelenggaraan bagi sistem ini juga adalah seakan-akan sama dengan sistem topologi bintang.

7. Setiap nod boleh disambungkan ke sistem rangkaian dan juga boleh dikeluarkan pada bila-bila masa tanpa menjejaskan keseluruhan sistem secara langsung.

8. Namun satu masalah yang timbul ialah sekiranya satu nod gagal berfungsi, keseluruhan sistem rangkaian kemungkinan akan turut terjejas.

9. Susunan nod di dalam topologi ini juga secara fizikalnya adalah hampir sama seperti topologi bintang, Cuma secara logiknya adalah berbentuk cincin.

T O P O L O G I G E L U N G (R IN G ) W o rk sta tio n

W o rk s ta tio n

(11)

10. Alat tambahan yang diperlukan dalam topologi ini dinamakan Multi Station Access Unit (MSAU).

i) MSAU ini dipasang dalam satu rangkaian berbentuk cincin jika ianya lebih daripada satu unit.

ii) Jika hanya satu unit sahaja digunakan, maka secara fizikalnya topologi ini adalah sama dengan sambungan topologi bintang.

7.3 Teknik Penghantaran

i) Laju penghantaran suatu sistem ialah bit-bit yang dihantar persaat ii) Lebar jalur yang besar membolehkan halaju yang lebih tinggi dan

memuatkan bit komunikasi data yang tinggi iii) Ada dua kaedah teknik penghantaran

7.3.1 Baseband

1. Menyediakan saluran tunggal untuk seluruh lebar jalur dimana lebarjalur tidak dibahagi kepada saluran-saluran

2. Boleh digunakan untuk membawa maklumat berlaianan jenis dengan teknik TDM dimana slot masa digunakan secara bergilir-gilir

3. Oleh kerana penghantaran secara digital tidak memerlukan modem walaubagaimanapun untuk suara memerlukan modem

4. Lebarjalur tidak semestinya besar lebih sesuai menggunakan kabel baseband diantara PC

5. Penghantaran Maxima bagi Baseband ialah (10Mbps atau lebih). Rajah 7.7(a) menunjukkan contoh penghantaran yang menggunakan kabel coaxial.Ia digunakan untuk penghantaran data diantara dua sistem yang dipanggil ‘point to point seperti yang ditunjukkan pada rajah 7.7(b).Manakala rajah 7.7(c) pula menunjukkan perkongsian masa (time-shared) yang dirujuk sebagai multidrop.

(12)

Rajah 7.7(a) Isyarat Kabel Coaxial

Rajah 7.7(b) Point to point

Rajah 7.7(b) Multidrop 7.3.2 Broadband

1. Lebarjalur dibahagikan kepada beberapa saluran

2. Menyediakan subsalur komunikasi dan membolehkan permindahan maklumat secara selari

3. Broadband mengunakan teknik FDM(frequency-devision multiplexing) kerana setiap saluran membawa frekuensi yang berbeza. Peranti FDM biasa dipanggil sebagai radio frequency (RF) modem. Rajah 7.8 adalah menunjuk prinsip bagi Boardband yang melibatkan proses pemodulatan dan nyahmodulat serta penapisan frekuensi.

4. Perlu lebarjalur yang besar yang besar, supaya boleh menempatkan banyak saluran iaitu 20 hingga 30 saluran per kabel

(13)

Rajah 7.8 Prinsip Broadband (a) Kabel skimatik (b) Bandwidth (c) RF modem skimatik.

(14)

Ok, sekarang uji kefahaman anda dengan mencuba soalan berikut dan semak jawapan atau maklumbalas di halaman berikutnya.

Selamat Mencuba.

SOALAN

1. Lakarkan rangkaian topologi bintang dan nyatakan kebaikan Kelemahannya.

2. Terangkan secara ringkas Teknik Penghantaran berikut: • Baseband

• Broadband

(15)

JAWAPAN

a) Apakah yang dimaksudkan dengan Rangkaian Kawasan Tempatan? Rangkaian kawasan Tempatan atau Local Area Network (LAN) merupakan sekumpulan komputer yang berkongsi sama ada perkakasan, perisian atau data. Secara ringkasnya ianya menghubungkan komputer yang berada berdekatan memggunakan talian komunikasi agar setiap komputer boleh berkongsi sumber dan media antara satu sama lain.

b) Nyatakan 3 (tiga) topologi yang digunakan dalam LAN?

i. Topologi Bas ii. Topologi cincin iii. Topologi bintang

c) Lukiskan dengan rangkaian topologi bas.

MAKLUM BALAS 7A

DAN 7B

(16)

Jawapan Soalan

1. Lakarkan rangkaian topologi bintang dan nyatakan kebaikan Kelemahannya.

Kelebihan topologi bintang

5. Proses penyambungan yang mudah

6. Proses memasang atau membuang sebarang peranti tambahan yang terbabit 7. tidak akan mengganggu sistem rangkaian

8. Sebarang kerosakan pada sistem rangkaian dapat dikesan dengan lebih mudah dan panta

Kelemahan topologi bintang

4. Memerlukan kabel yang lebih panjang daripada topologi bas yang linear 5. Jika hub rosak, semua nod tidak boleh berfungsi dalam sistem rangkaian 6. Kos lebih tinggi jika dibandingkan dengan topologi linear bas

(17)

2. Terangkan secara ringkas Teknik Penghantaran berikut: • Baseband

• Broadband

Jawapan Baseband

• Menyediakan saluran tunggal untuk seluruh lebar jalur dimana lebarjalur tidak dibahagi kepada saluran-saluran

• Boleh digunakan untuk membawa maklumat berlaianan jenis dengan teknik TDM dimana slot masa digunakan secara bergilir-gilir

• Oleh kerana penghantaran secara digital tidak memerlukan modem walaubagaimanapun untuk suara memerlukan modem

• Lebarjalur tidak semestinya besar lebih sesuai menggunakan kabel baseband diantara PC

• Penghantaran Max 10Mbps

Broadband

• Lebarjalur dibahagikan kepada saluran-saluran

• Menyediakan subsalur komunikasi dan membolehkan permindahan maklumat secara selari

• Broadband mmengunakan teknik FDM kerana setiap saluran membawa frekuensi yang berbeza

• Perlu lebarjalur yang besar yang besar, supaya boleh menempatkan banyak saluran iaitu 20 hingga 30 saluran per kabel

(18)

Untuk memahirkan diri anda lagi mengenai unit ini, anda bolehlah mencuba menjawab soalan kendiri yang telah disediakan. Selamat Mencuba.(soalan ini sebagai tugasan)

SOALAN

Terangkan jenis-jenis topologi yang terdapat dalam LAN dan nyatakan kaedah yang digunakan.

Referensi

Dokumen terkait

Qur‟an dengan memaparkan segala aspek yang terkandung di dalam ayat-ayat yang ditafsirkan itu serta menerangkan makna-makna yang tercakup di dalamnya, sesuai dengan

Penelitian Angellica Karundeng, David Saerang, dan Hendrik Gamaliel (2017) yang berjudul “Analisis Perlakuan Akuntansi Atas Persediaan Barang Jadi Sesuai Dengan

Memelihara keadaan yang Memelihara keadaan yang telah dicapai pada proses telah dicapai pada proses seiri, seiton dan seiso seiri, seiton dan seiso Mematuhi dengan benar apa

Masing-masing adalah: (1) Kebijakan-kebijakan yang relevan dengan upaya-upaya percepatan pembangunan, pengelolaan sumberdaya alam, dan kebijakan tentang perlindungan hak-hak

Asemrowo 12 Perdagangan eceran yang utamanya makanan, minuman dan tembakau di toko Belum memiliki izin dan sudah diberikan surat peringatan.. Tanjungsari 44

Penelitian di Lampung menunjukkan bahwa pada lahan Ultisol yang dari aspek keharaan termasuk kurang subur, penambahan input 300 kg urea + 200 kg SP36 + 200 kg KCl + 5 ton pupuk

Dalam hal wajib pajak melakukan pembayaran melalui kiriman uang / transfer, wajib pajak menerima Surat Tanda Terima Setoran (STTS) lembar wajib pajak untuk wajib pajak sebagai

Pada penelitian ini kerontokan bunga dimulai ketika masih dalam keadaan kuncup dengan titik persentase terbesar 3 hari menjelang anthesis (24 HSI), kemudian