Panduan Menjawab Soalan
Kefahaman Subjektif
Isi
• Maksud Kata Tanya
• Jenis-jenis soalan:
– Literal
– Inferens
– Penilaian
– Penghayatan
– Semantik
Kata
Tanya
Maksud
Apa
Memerlukan jawapan yang mengandungi informasi
tentang sesuatu benda, perkara, situasi, perasaan
atau keadaan
Siapa
Memerlukan jawapan yang mengandungi informasi
tentang seseorang
Berapa
Memerlukan jawapan yang mengandungi informasi
tentang jumlah, bilangan atau masa
Di mana
Memerlukan jawapan yang mengandungi informasi
Kata Tanya
Maksud
Mengapa
Memerlukan jawapan yang mengandungi informasi
tentang sesuatu sebab dan akibat
Bila
Memerlukan jawapan yang mengandungi informasi
tentang masa
Bagaimana Memerlukan jawapan yang mengandungi informasi
tentang cara atau keadaan sesuatu perkara
dilakukan atau berlaku
Pada
pendapat
kamu
Memerlukan jawapan yang mengandungi informasi
yang merujuk pendapat, pandangan atau
pengalaman sedia ada kamu
Jenis-jenis Soalan
1) Literal
2) Inferens
3) Penilaian
4) Penghayatan
5) Semantik
1) Literal
Literal
• Memerlukan jawapan yang tertera
secara jelas dalam teks bacaan tersebut.
• Mengenal pasti dan mengingat kembali
butir-butir yang telah dibaca.
Literal
1) Apa
2) Mengapa
3) Bagaimana
4) Siapa
Literal: Apa
• Cara menjawab:
– Cari dan ambil jawapan bulat-bulat dari teks
– Tidak perlu ubah perkataan
– Digalakkan menulis semula batang soalannya
di dalam jawapan
– Jika ada disebutkan nama, tulis semula
namanya dan JANGAN gunakan kata ganti
nama ‘dia’, ‘ia’ atau sebagainya
Contoh Soalan
• Apakah yang membuat Puan Zaidah
mengubah fikirannya terhadap keputusan
Farah?
Batang soalan Kata Tanya
Puan Zaidah tersenyum bangga apabila mendengar nama Farah diumumkan. Nampaknya Farah tidak mensia-siakan bakat yang dimilikinya. Hasilnya, Farah terpilih sebagai penerima Anugerah Pelukis Muda Antarabangsa Terbaik.
“Sudah tiba masanya aku mengubah pendapatku. Aku tidak sepatutnya menentang keputusannya dahulu,” fikir Puan Zaidah.
(Dipetik dari kertas PSLE 2015)
Apakah yang membuat Puan Zaidah mengubah fikirannya terhadap keputusan Farah?
Jawapan:
Pemilihan Farah sebagai penerima Anugerah Pelukis Muda Antarabangsa Terbaik
telah membuat Puan Zaidah mengubah fikirannya terhadap keputusan Farah.
Latihan
Jawapan
Literal: Mengapa
• Cara menjawab:
– Batang soalan harus ditulis dahulu
– Kata hubung ‘kerana’ selepas batang soalan
– Cari dan ambil jawapan bulat-bulat dari teks
– Tidak perlu ubah perkataan
Contoh Soalan
• Mengapakah Puan Zaidah mahu Farah
menjadi doktor ?
Kata Tanya
Sememangnya, Puan Zaidah amat berharap Farah dapat memilih pekerjaan yang menjanjikan masa hadapan yang cerah. Kata Puah Zaidah, kalau Farah menjadi doktor, Farah dapat berbakti kepada masyarakat. Puan Zaidah benar-benar hampa apabila Farah akhirnya menerima tawaran untuk bekerja sebagai pelukis wajah dan lengan di Taman Tema Mega.
(Dipetik dari kertas PSLE 2015)
Mengapakah Puan Zaidah mahu Farah menjadi doktor?
Jawapan:
Puan Zaidah mahu Farah menjadi doktor kerana beliau mahu Farah memilih
pekerjaan yang menjanjikan masa hadapan yang cerah dan membolehkan Farah berbakti kepada masyarakat.
Latihan
Literal: Siapa
• Cara Menjawab:
– Soalan pokok harus ditulis dahulu
– Kata pemeri ‘ialah’ selepas pokok soalan
Contoh Soalan
Siapakah anak angkat Puan Shidah dan Encik
Malek?
Kata Tanya
Zakir melintasi pintu bilik ayahnya. Tiba-tiba, dia terdengar
namanya disebut. Dia pun mendiamkan diri di balik pintu. Perbualan
antara ibu dan ayahnya jelas kedengaran. Zakir hampir tidak percaya
apa yang didengari. Tidak sangka bahawa Zakir rupa-rupanya anak
angkat kepada Puan Shidah dan Encik Malek.
Siapakah anak angkat Puan Shidah dan Encik Malek?
Jawapan:
Zakir
ialah anak angkat Puan Shidah dan Encik Malek.
Latihan
Literal: Bagaimana
• Cara Menjawab:
– Soalan pokok harus ditulis dahulu
– Kata hubung ‘dengan / untuk’ selepas pokok
soalan
Contoh Soalan
Bagaimanakah tabiat belajar ‘Aku’?
Kata Tanya
Aku mengamalkan sifat tidak malu untuk bertanya kepada guru
sekiranya aku kurang memahami mana-mana bahagian dalam
pelajaranku. Aku juga memastikan aku mengulang kaji pelajaranku
secepat mungkin agar tidak lupa apa yang telah aku pelajari. Tabiat
bertangguh-tangguh tidak sepatutnya diamalkan oleh pelajar kerana
tabiat itu sangat merugikan.
Jawapan:
Tabiat belajar ‘Aku’ adalah dengan memastikan dia mengulang kaji pelajarannya secepat mungkin supaya tidak lupa apa yang diajarkan.
Bagaimanakah tabiat belajar ‘Aku’?
Latihan
Inferens
• Menggunakan pengetahuan sedia ada
untuk mendapatkan jawapan bagi
soalan
• Memberikan bukti-bukti
• Meneliti sebab dan akibat
• Membuat interpretasi
Contoh Soalan
Berikan dua perkara yang dilakukan oleh
Ayah untuk memperoleh ilmu dan
Sudah 20 tahun Datuk mengusahakan perniagaan membaiki jam. Sebelum itu, Datuk telah menimba ilmu dan pengalaman dengan bekerja di beberapa buah syarikat jam. Minat terhadap jam telah mendorong Ayah untuk mengambil pendekatan yang sama. Pada hari-hari dia tidak bekerja pula, Ayah akan menghabiskan masanya dengan menolong Datuk.
(Dipetik dari kertas PSLE 2014)
Berikan dua perkara yang dilakukan oleh Ayah untuk memperoleh ilmu dan pengalaman.
Jawapan:
Perkara pertama yang dilakukan Ayah ialah Ayah telah bekerja di beberapa buah syarikat jam.
Perkara kedua adalah pada masa yang sama, Ayah membantu Datuk di dalam perniagaannya pada hari-hari Ayah tidak bekerja.
Latihan
Jawapan 1
Jawapan 2 Batang soalan
Penilaian
• Menilai keterangan yang terdapat di
dalam teks dengan teliti
• Membuat pertimbangan
Contoh Soalan
“Yang jelas, Farah tidak menghadapi masalah
untuk mengatasi cabaran-cabaran tersebut”
Apakah perkara-perkara yang membolehkan
Farah mengatasi cabaran-cabaran yang
“Susah untuk melukis rama-rama pada wajah seseorang jika dahinya tidak luas. Terpaksalah Farah mencadangkan lukisan yang sesuai dengan bentuk wajahnya. Ada pula yang mempunyai kulit wajah yang tidak begitu cerah,” cerita Farah.
Nampaknya, Farah juga harus pandai memilih warna yang sesuai dengan warna kulit para pelanggannya. Yang jelas, Farah tidak menghadapi masalah untuk
mengatasi cabaran-cabaran tersebut. Memang layak Farah meneruskan impiannya.
(Dipetik dari kertas PSLE 2015) ‘Yang jelas, Farah tidak menghadapi masalah untuk mengatasi cabaran-cabaran
tersebut.’ Apakah perkara-perkara yang membolehkan Farah mengatasi cabaran-cabaran yang dihadapinya sebagai pelukis muka?
Jawapan:
Perkara-perkara yang membolehkan Farah mengatasi cabaran-cabaran yang
dihadapinya sebagai pelukis muda ialah pertama, Farah bijak memilih warna yang sesuai dengan warna kulit pelanggannya dan kedua, Farah mahir mencadangkan lukisan yang sesuai dengan bentuk wajah pelanggannya.
Latihan
Batang soalan
Penghayatan
• Memberi rumusan atau pengajaran berdasarkan
petikan teks yang diberi
• Menghubungkaitkan pengalaman sedia ada dengan
maklumat yang terdapat di dalam teks
• Dapat menjana idea baharu
• Contoh soalan:
– Berikan 1 pengajaran yang kamu raih dari cerita
ini.
Contoh Soalan
Nyatakan sifat Farah yang ingin dimiliki oleh
Puan Zaidah.
“Sebenarnya, Ibu cemburu akan Farah. Kalaulah Ibu kreatif seperti Farah, tentu masa terluang dapat Ibu isi dengan kegiatan melukis. Tetapi, bukankah lebih baik Farah jadi doktor?” pujuk Puan Zaidah apabila Farah menyuarakan hasrat untuk mendalami bidang lukisan dahulu.
(Dipetik dari kertas PSLE 2015)
Nyatakan sifat Farah yang ingin dimiliki oleh Puan Zaidah.
Jawapan:
Sifat Farah yang ingin dimiliki oleh Puan Zaidah ialah sifat kreatif.
Latihan
Semantik
• Perlu beri makna/ terangkan maksud
bagi perkataan yang berhuruf tebal.
Contoh Soalan
Berdasarkan petikan karangan di atas, berikan maksud
perkataan-perkataan yang berikut dengan
menggunakan tidak lebih daripada lima patah
perkataan.
a)
i) muram
ii) keputusan
iii) mengenang
b)
Satu perkataan dalam petikan yang bermaksud
teringat akan seseorang atau sesuatu ialah
Semenjak Liyana mengetahui bahawa dia seorang anak angkat, dia sentiasa termenung. Beribu-ribu persoalan bermain di mindanya hingga menjejaskan prestasinya di sekolah. Mengapakah ibu kandungnya sanggup memberikannya kepada orang lain? Pernahkah keluarganya terfikir tentang dirinya? Dahulu, Liyana seorang anak yang periang dan peramah. Kebelakangan ini, Liyana menjadi muram dan pendiam. Ibunya risau melihat perubahan pada diri Liyana dan dia berbincang dengan suaminya. Mereka mengambil keputusan untuk membawa Liyana berjumpa keluarga kandungnya pada minggu itu. Walaupun Liyana mahu berjumpa dengan keluarga kandungnya, dia tetap mengenang jasa baik keluarga angkatnya yang telah mencurahkan sepenuh kasih sayang kepadanya.
Berdasarkan petikan karangan di atas, berikan maksud perkataan-perkataan yang berikut dengan menggunakan tidak lebih daripada lima patah perkataan.
i) muram ______________________________________________________ ii) keputusan ______________________________________________________ iii) mengenang ______________________________________________________