• Tidak ada hasil yang ditemukan

SEMANTIK (Soalan sebenar STPM: )

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "SEMANTIK (Soalan sebenar STPM: )"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

(Soalan sebenar STPM: 1992-2000)

A. Makna dan Leksikal

01

Antara yang berikut, yang manakah kata-kata yang paling sesuai diisikan di tempat-tempat kosong dalam ayat di atas?

A buruk, risiko C parah, tohmah E berleluasa, muslihat B meleset, akibat D menular, konflik

1993:57 02 Pada ayat yang manakah, antara ayat-ayat yang berikut, penggunaan kata saudara menunjukkan penyimpangan daripada makna asal?

A Saudara diminta berterus terang. B Saudara tirinya amat menyayanginya. C Ibu saudara saya sedang sakit tenat.

D Baginda memanggil Hang Tuah lima bersaudara. E Walaupun tinggal jauh, mereka masih bersaudara.

1993:59

03 Kata yang bersifat “hipomim” dalam petikan di atas ialah

A alat C bidang E perhubungan

B kereta D kenderaan

1994 & 1999:56

04 Kata kenderaan, mergastua, dan alat tulis merupakan kata

A polisem C antonim E homonim B akronim D hiponim

2000:58

Soalnya sekarang ialah bahawa adakah Majlis Tanah Negara mahu menunggu sehingga fenomenon menjual tanah tanpa mematuhi peraturan ini bertambah ____________ atau sedia berhadapan dengan __________ politik untuk menggunakan kuasa membanterasnya.

Kereta bukan sahaja dapat dipandu laju tetapi juga dapat membawa beberapa orang penumpang. Bas dan kereta api pula menjadi alat perhubungan awam yang terpenting, manakala kapal terbang membolehkan manusia menjelajahi dunia dengan pantas. Semua kenderaan ini merupakan sumbangan sains dan teknologi yang membolehkan manusia bergerak pantas pada zaman moden ini.

Kertas 1 STPM

(2)

05 Antara yang berikut, yang manakah manfaat yang diperoleh daripada penggunaan kamus? I Memilih kata yang tepat III Menentukan kelas kata

II Mengetahui asal usul kata IV Mengenal pasti suku kata

A I sahaja C III dan IV E II, III dan IV B II dan IV D I, II dan III

2000:60

B. Peribahasa

01 Antara peribahasa-peribahasa yang berikut, yang manakah yang menerangkan makna sepasang suami isteri yang rujuk semula setelah bercerai?

I Seperti pinang pulang ke tampuk. IV Seperti ikan pulang ke lubuk. II Seperti sirih pulang ke gagang. V Seperti janggut pulang ke dagu. III Seperti belut pulang ke lumpur.

A I, II dan III C II, IV dan V D II, III, IV dan V B I, II dan IV D I, II, III dan V

1992:56 02 Peribahasa sudah jatuh ditimpa tangga mempunyai maksud yang sama dengan peribahasa

A takut titik lalu tumpah D sudah terantuk baru tengadah B antan patah lesung hilang E terlepas dari mulut buaya masuk ke C sudah duduk lalu terlunjur mulut harimau

1993:56; 1999:60 03 Antara yang berikut, yang manakah contoh-contoh kiasan melarat?

I Simpul mati III Cakap berisi V Tanak nasi II Pegang puasa IV Tangan baju

A I, II dan III C I, IV dan V E II, IV dan V B I, III dan IV D II, III dan IV

1993:60 04 Antara yang berikut, yang manakah simpulan bahasa yang bermaksud “senyum yang dibuat-buat untuk menyembunyikan rasa sedih, marah, geram, atau kecewa”?

A Senyum raja C Senyum kucing E Senyum kambing B Senyum tawar D Senyum simpul

1994:60 05 Antara yang berikut, yang manakah ayat yang mengandung kiasan melompat?

A Tidurnya tidur ayam sahaja malam itu.

B Oleh sebab kesihatannya terganggu, badannya melidi. C Dia sungguh gembira apabila isterinya berbadan dua. D Hatinya risau kerana anak gadisnya menjadi kutu embun.

E Tiap-tiap pagi ayah dan abang minum kopi sebelum mula bekerja.

(3)

06 Pohon beringin tua itu menjerit ngeri. Sungai itu merangkak lesu.

Ayat-ayat di atas ialah contoh kiasan

A berkacau C melarat E pengorangan B berbunga D melompat

1996:56 07 Perumpamaan berat mana mata memandang, berat lagi bahu memikul mempunyai maksud yang sama dengan perumpamaan

I kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa II hidup sandar-menyandar, umpama aur dengan tebing III gar-gar kata gelegar, rasuk juga yang menahannya

IV bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat

A I dan III C I, II dan III E II, III dan IV B II dan IV D I, III dan IV

1996:57 08 Antara peribahasa yang berikut, yang manakah yang mempunyai pengertian yang sama dengan peribahasa burung terbang dipipiskan lada?

A Belum duduk sudah berlunjur. B Enggang terbang, ranting patah. C Rusa di hutan, kancah sudah dijerang.

D Yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran. E Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan.

1996:58 09 Dalam ayat-ayat yang manakah antara ayat yang berikut, kata bulan mempunyai makna yang menyimpang daripada makna asalnya?

I Buah kelapa gading itu dimakan bulan.

II Anak bulan Syawal tidak kelihatan pada petang itu. III Gerhana bulan penuh dapat disaksikan di daerah Kudat. IV Pertandingan wau bulan diadakan setiap tahun di pekan itu.

A I dan II C I, II dan IV E II, III dan IV B I dan IV D I, III dan IV

1997:54 10 “Santaplah tuan, nasi orang Inderapura tiada bergaram, jangan dikenangkan

nasi orang Melaka.” Maka Laksamana pun tersenyum-senyum seraya berkata, “Dayanglah akan garamnya,” lalu makan.

Dayanglah akan garamnya bermaksud

A hidangan tidak sedap tanpa garam dan layanan dayang B hidangan itu perlu ditambahi garam oleh dayang C hidangan itu menyelerakan apabila ditambahi garam D hidangan bertambah sedap dengan adanya layanan dayang E garam disediakan oleh dayang jika hidangan kurang enak

(4)

11 Antara yang berikut, yang manakah peribahasa yang sama maksudnya dengan “hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah”?

I Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai II Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul III Terendam sama basah, terampai sama kering IV Cangkat sama didaki, lurah sama dituruni

A I dan III C I, II dan III E II, III dan IV B II dan IV D I, III dan IV

1997:57 12 Helah si lelaki luncur

Helah si perempuan ganda Petikan di atas ialah contoh

A kiasan C pepatah E perumpamaan B bidalan D perbilangan

1997:58 13 Antara kiasan yang berikut, yang manakah yang tergolong dalam kiasan pemanis?

I Rabun ayam III Nafkah batin II Orang rumah IV Ringan tulang

A I dan III C I, II dan IV E II, III dan IV B II dan III D I, III dan IV

1997:59 14 Sepatah kata yang mempunyai lebih daripada satu makna disebut sebagai

A homonim C sinonim E homofon B antonim D polisemi

1997:60 15 Antara peribahasa yang berikut, yang manakah yang membawa maksud orang muda yang hendak berlagak seperti orang tua?

I Belum duduk sudah berlunjur.

II Belum betul membilang jari sudah hendak berkuasa sendiri. III Belum pandai membuang hingus sudah hendak berjuang lidah. IV Belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang.

A II dan III C I, II dan III E I, III dan IV B II dan IV D I, II dan IV

1998:56 16 Antara peribahasa yang berikut, yang manakah yang membawa maksud pasangan suami isteri yang secocok, sama cantik, dan sama padan?

I Seperti bunga dengan perdunya. III Seperti tanduk bersendi gading. II Seperti sireh pulang ke gagang. IV Seperti cincin dengan permata. A I dan II C III dan IV E I, III dan IV

B II dan IV D I, II dan III

1998:57 17 Antara peribahasa yang berikut, yang manakah yang termasuk dalam golongan perbilangan?

(5)

I Ikut resmi padi, makan berisi makin tunduk II Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah

III Hukum berdiri dengan saksi, adat berdiri dengan tanda

IV Harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan tulang, manusia mati meninggalkan nama

A I dan II C II dan IV E I, III dan IV B II dan III D I, II dan III

1998:58 18 • Dia berjalan tanpa menoleh ke kiri atau ke kanan.

• Adik-adik saya sedang menatap wajah sepupu mereka yang tidak sedarkan diri.

• Mereka suka menonton drama di televisyen.

Kata-kata yang berhuruf condong dalam ayat-ayat di atas merupakan A sinonim C homonim E homograf

B antonim D homofon 1998:60 19 • Sudah gaharu cendana pula • Banyak udang banyak garam

Sudah tahu bertanya pula Banyak orang banyak ragam • Sebab pulut santan binasa

Sebab mulut badan merana Kiasan di atas ialah kiasan

A terus C pemanis E berangkap

B melarat D berbunga

1999:59 20 • Terdiri daripada dua atau lebih baris

• Mempunyai unsur peraturan atau ketepatan • Diujarkan satu persatu

Penyataan di atas ialah ciri

A seloka C pepatah E perbilangan B kiasan D gurindam

2000:59

Referensi

Dokumen terkait