Editor
Mohd Samsudin
Mohd Shazwan Mokhtar
Museum of Academic Heritage
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
ISBN 978-967-0829-54-8
In-House Seminar:
Revisiting Malaysian
History
Hak cipta/Copyright Muzium Warisan Akademik, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2017
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang
alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Muzium Warisan Akademik, Universiti Kebangsaan Malaysia
terlebih dahulu.
All right reserved. No part of this publication may be reproduced or transmitted in any form or by any means, electronic or merchanical including photocopy, recording, or any information storage and retrieval system, without permission in writing from Museum of
Academic Heritage, Universiti Kebangsaan Malaysia.
©Mohd Samsudin & Mohd Shazwan Mokhtar 2017
Diterbitkan di Malaysia / Published in Malaysia by MUZIUM WARISAN AKADEMIK,
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor D.E. Malaysia
http://www.ukm.edu.my/muzium
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan – dalam – Penerbitan
CONTENTS
1. Persidangan Ekonomi Imperial, 1923: Analisis Terhadap Pembangunan Perdagangan Antara Empayar British
Mohd Shazwan Mokhtar & Muhammad Aslah Akmal Azmi
1
2. Hubungkait Politik dalam Kebangkitan Politik Malayan dan Pengaruh Sosialis di Tanah Melayu, 1937-1948
Ahamad Jama’ Amin Yang
15
3. Penggunaan Bahan Penerbitan Media Cetak Dalam Penyebaran Propaganda Komunis di Sarawak
Nararossa Peter Ballak & Mohd Samsudin
31
4. Tun Fatimah Hashim: Sumbangan dan Kejayaan Sebagai Menteri Wanita Pertama di Malaysia
Siti Norhazanaton Jaafar
44
5. Perkembangan Dasar Warisan Negara Kebudayaan dan Kesan Terhadap Pemeliharaan Warisan di Jepun (1871-1948)
Naoko Sugiura & Mohd Samsudin
In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol. II, Issue I, 2017, ISBN 978-967-0829-54-8
PERSIDANGAN EKONOMI IMPERIAL, 1923: ANALISIS TERHADAP PEMBANGUNAN PERDAGANGAN ANTARA EMPAYAR BRITISH
IMPERIAL ECONOMIC CONFERENCE, 1923: ANALYSIS ON THE
DEVELOPMENT OF BRITISH’S INTER-EMPIRE TRADE
Mohd Shazwan Mokhtar & Muhammad Aslah Akmal Azmi Universiti Kebangsaan Malaysia
[email protected] & [email protected]
Abstrak
Sebagai ‘mother country’ kebergantungan Britain terhadap sumber bahan mentah dan produk makanan tanah jajahannya amat signifikan untuk negara tersebut terus kompetatif dalam pasaran perdagangan antarabangsa selepas Perang Dunia Pertama. Pasaran ekonomi di tanah jajahan juga penting kepada Britain bagi pasaran produk dan barangannya yang gagal bersaing dengan regim neomerkantilisme pada awal abad ke-20, khususnya Amerika Syarikat. Oleh itu, kerajaan Britain telah menggunakan
Persidangan Ekonomi Imperial, 1923 untuk membentuk ‘Imperial Economic Committe’ (IEC) agar pembangunan perdagangan antara empayar dapat dilaksanakan. Pembangunan perdagangan antara empayar di seluruh empayar British ini telah membentuk satu zon perdagangan yang memberi kelebihan keutamaan tarif kepada golongan pedagang dan perniaga British. Justeru, artikel ini menganalisis peranan IEC membentuk zon perdagangan antara empayar British pada tahun 1923. Tumpuan diberikan dalam konteks perdagangan di Tanah Melayu, khususnya Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa, Britain amat memerlukan Tanah Melayu sebagai sumber utama bekalan bahan mentah untuk pembangunan industrinya di Eropah. Penglibatan kerajaan secara terus dalam sektor perdagangan membuktikan perubahan dalam doktrin perdagangan bebas bukan sahaja di Tanah Melayu, malah di seluruh empayar British. Bahkan, pembangunan zon perdagangan antara empayar British ini sebenarnya merupakan satu usaha pengukuhan blok sterling yang teracam dengan kebangkitan blok dollar Amerika (USD).
Kata kunci: Sejarah ekonomi; Neomerkantilisme; Imperial Economic Conference; Perdagangan; antara empayar.
Abstract
As the 'mother country', Britain's dependency on raw materials and food products from colonies are very significant for the country to be competitive in the international trade market after the First World War. The economic market throughout the colonies were also important for Britain to sell their products and goods that fail to compete with the neomerkantilism regime which emerged in the early 20th century, particularly the United States. Therefore, the British government conducted Imperial Economic Conference, 1923 to form 'Imperial Economic Committee (IEC) for the development of inter-empire trade. Inter-empire trade development across the British Empire have formed a trade zone by 'tariff preference' that benefit the merchants and British businesses. Therefore, this article analyzes the role of the IEC that form the British inter-empire trade zone in 1923. The main focus is about the trade in Malaya, particularly Federated Malay States. The findings show that Britain needs Malaya as the main source of supply of raw materials for the industrial development in Europe. Direct government involvement in the trade sector showed a change in the doctrine of free trade not only in Malaya, but throughout the British Empire. In fact, the British inter-empire trade zone is actually an effort to strengthen the sterling block that are threathen by the rising of USD block.
Mohd Shazwan Mokhtar & Muhammad Aslah Akmal Azmi 2
PENGENALAN
Kemunduran sektor perdagangan Britain yang berlaku sejak tamat Perang Dunia Pertama telah menyebabkan perkembangan sektor perindustriannya pada awal tahun 1920-an terjejas dengan teruk. Bagi mengatasi masalah ini, komuniti perindustrian Britain telah menuntut agar pihak kerajaan melaksanakan dasar perlindungan untuk melindungi sektor perindustriannya daripada persaingan pasaran antarabangsa yang mula dikuasai oleh Amerika Syarikat dan Jerman sebagai kuasa neomerkantilisme yang menawarkan eksport perdagangan yang lebih murah. Sebagai contoh, kegagalan Britain untuk bersaing dengan Amerika Syarikat dalam industri sutera telah menyebabkan Britain hanya mampu menguasai 20% pasaran antarabangsa, berbanding Amerika Syarikat yang berjaya menguasai 80% pasaran antarabangsa dalam industri sutera. Kejayaan Amerika Syarikat ini sebenarnya disebabkan polisi tarif perdagangannya yang lebih murah berbanding Britain.1
Justeru, untuk memastikan Britain kekal kompetetif dalam perdagangan antarabangsa, jaringan perdagangan empayar telah digunakan sebagai strategi pembangunan sektor perdagangan Britain. Oleh sebab itu, keperluan untuk membangunkan semula perdagangan empayar British amat bergantung dengan kekuatan perdagangannya di tanah jajahan. Kerajaan-kerajaan kolonial British telah membentuk sekutu dalam kalangan mereka demi menjaga kepentingan ekonomi
‘mother country’. Antara kumpulan tanah jajahan penting yang membentuk sekutu
ialah Tanah Melayu (British Malaya), Ceylonese Association, Joint West African dan Joint East African.2 Berdasarkan keadaan ini, pada tahun 1923 kerajaan Britain telah menganjurkan Persidangan Ekonomi Imperial (PEI) yang bertujuan untuk membentuk zon perdagangan antara empayar untuk membangunkan sumber-sumber ekonomi di tanah jajahan bagi membolehkan sektor perdagangannya kekal kompetetif dalam pasaran antarabangsa.
Imperialisme British
Kelebihan yang dimiliki oleh kerajaan Britain untuk menganjurkan PEI pada tahun 1923 adalah berakar umbi kejayaan imperialisme modennya sejak abad ke-18. Perkembangan imperialisme British sejak pertengahan era 1870-an telah menyebabkan kebanyakan wilayah di Asia menjadi sebahagian daripada empayar British. Kesan penting penguasaan imperial British ini ialah membolehkan kuasa kolonial untuk menembusi ekonomi wilayah-wilayah yang dijajah mahupun dinaungi.3 Oleh sebab itu, perkembangan imperial British sering dikaitkan dengan faktor ekonomi. Tambahan lagi, menurut Sidney Pollard,
The chief economic significance of the New Colonial Empire, as a brilliant contemporary study pointed out, was its promise of relatively safe, protected and exclusive investment opportunities. The more investment opportunities declined or threatened to yield decreasing returns at home, the stronger the
pull of Empire.4
1British Imperial Trade, The Straits Times, 26 September 1923. 2Ibid.
3Sidney Pollard, The Development of the British Economy, 1914-1967, Ed. ke-2, Edward Arnold (Publishers) LTD., London, 1969, hlm. 21.
Persidangan Ekonomi Imperial, 1923: Analisis Terhadap Pembangunan Perdagangan Antara Empayar British
In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol 2, No. 1, 2017.
3
Dalam jangka masa antaraperang (interwar years) imperialisme British di Asia Tenggara turut melibatkan,
the development of imperial relationships was affected by the repression and by the cautions stance that Britain and the other powers adaopted in face of
the deteriorating international position.5
Imperialisme Britain terhadap Tanah Melayu sejak abad ke-18 merupakan langkah untuk mempertahankan tanah jajahannya di India. Pertapakan Britain di Pulau Pinang pada tahun 1786 merupakan titik permulaan bagi usaha Britain untuk mempertingkatkan lagi sekuriti armada lautnya di India dengan menjadikan perlabuhan di Tanah Melayu sebagai tempat membaiki kapal armada lautnya yang beroperasi di Teluk Benggal. Selain itu, peluasan pengaruh British di Tanah Melayu merupakan satu langkah untuk menjaga kepentingan ekonominya di rantau Asia. Kedudukan Tanah Melayu sebagai pintu pasaran Asia menuntut kepada British untuk menguasai kepulauan Melayu di Selat Melaka untuk mengumpulkan hasil bumi untuk dipasarkan di China. Oleh sebab itu, British telah menjadikan Singapura sebagai perlabuhan entreportnya dan pusat komersial di Asia Tenggara.6 Campur tangan British terhadap politik Tanah Melayu menjadi lebih substantif pada awal tahun 1870-an kes1870-an daripada desak1870-an keperlu1870-an ekonomi. Golong1870-an perniaga kapitalis telah mula
menjadikan Singapura untuk ‘direct exploitation of tin’, malah pedagang-pedagang China cenderung untuk melabur dalam prospek komersial di Singapura.7
Walaubagaimanapun, pada awal abad ke-20 kerajaan kolonial mula melaksanakan dasar ekonomi yang bersifat liberal. Tindakan Joseph Chamberlain, Setiausaha Tanah Jajahan British yang mula melobi polisi ‘imperial preference’ dan pembaharuan sistem tarif sejak awal tahun 1900-an, merupakan titik tolak serangan golongan merkantalis terhadap perdagangan bebas yang dilihat gagal mengembalikan supremasi maritim British. Sehingga tahun 1913, liberalisasi perdagangan yang dilakukan oleh kerajaan Britain berjaya membawa negara tersebut untuk kembali bersaing dengan Amerika Syarikat dan Jerman. Bahkan, dasar sekatan ekonomi (economy blockade) yang dilakukan oleh British ketika Perang Dunia Pertama berjaya menyatukan jaringan perdagangan antara empayarnya dan seterusnya meningkatkan nilai eksport empayar British.8
Perlantikan Stanley Baldwin menjadi Perdana Menteri Britain pada tahun 1923 memberi kesan terhadap kegiatan perdagangan negara ini.9 Baldwin merupakan ahli politik daripada Parti Konservatif juga mempunyai matlamatnya yang tersendiri iaitu menamatkan perdagangan bebas (Free Trade). Serangan terhadap perdagangan bebas ini adalah disebabkan kegagalan doktrin perdagangan bebas yang menyebabkan
5Nicholas Tarling, Imperialism in Southeast Asia ‘A Fleeting, passing phase’, Routledge, New York, 2001, hlm. 35.
6D.K. Fieldhouse, Economics and Empire 1830-1914, Cornell University Press, New York, 1973, hlm. 185.
7Ibid.
8 Huraian lanjut lihat, Mohd Shazwan Mokhtar, Liberalisasi Terhadap Perdagangan Bebas Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, 1909-1913. In In-House Seminar: Revisiting Malaysian History, Vo.1, No.1, hlm. 25-39, 2016.
Mohd Shazwan Mokhtar & Muhammad Aslah Akmal Azmi 4
ekonomi domestik British merosot dengan teruk. Masalah utama yang mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat dan pihak kerajaan sendiri ialah masalah pengangguran dan persaingan barangan tempatan dengan barangan import negara asing yang lebih murah. Oleh sebab itu, sistem fiskal British perlu dipulihkan semula untuk melindungi barangannya. Sistem cukai sedia ada yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan hanya menyebabkan peningkatan harga barangan dan gagal merangsang pertumbuhan ekonomi domestik.10 Di samping itu, perubahan doktrin perdagangan dan sistem tarif yang berlaku di Britain secara tidak langsung memberi kesan terhadap imperialisme ekonomi di tanah jajahan British. Loh Wei Leng menjelaskan,
Britain’s imperial sentimens were strengthened and eventually manifested in the call ‘to consider the practicability of preferential rates for goods of imperial origin’ in 1920, stringly promoted by the ‘New Imperialist’
component in the Lloyd George coalition government of 1916.11
Pelaksanaan dasar ekonomi kolonial di tanah jajahan berdasarkan sistem keutamaan imperial (imperial preference) dan undang-undang ekonomi bersifat perlindungan (protectionist) sejak abad ke-20 telah menjadi titik tolak kepada perubahan polisi perdagangan bebas kepada polisi perdagangan yang lebih bersifat liberal. Pengenalan ‘McKenna Duties’ sejak tahun 1915 penting kepada British kerana membentuk asas kepada dasar perlindungan (protectionism) dalam ‘imperial preference’ yang menjadi keutamaan ketika era pentadbiran Stanley Baldwin sebagai Perdana Menteri.
Dalam konteks Tanah Melayu, kerajaan kolonial secara keseluruhannya telah mula melaksanakan dasar pembangunan ekonomi yang lebih rigid dengan memberi tumpuan terhadap aktiviti eksport. Komoditi utama yang menjadi tunjang bagi aktiviti eksport khususnya timah dan getah telah diberi perhatian oleh pihak kerajaan dalam agenda pembangunan ekonominya.12 Persoalan yang diutarakan oleh Loh Wei Leng
dalam penulisannya berkaitan ‘the appropriateness of strategy which placed such
heavy reliance on a few primary product exports had been called into question’,
sebenarnya merupakan amalan ekonomi neomerkantilisme yang diamalkan oleh kerajaan kolonial di Tanah Melayu.
Pertumbuhan Neomerkantilisme Menerusi Imperialisme
George H. Nadel & Peery Curtuis menjelaskan imperialisme sebagai,
the extension of sovereignty or control, whether direct or indirect, political or economic, by one government, nation or society over another together with the
ideas justifying or opposing this process.13
Namun, timbul persoalan apakah hubungan imperialisme dengan perkembangan ekonomi merkantilisme? Isu ini boleh diteliti menerusi peranan kerajaan imperial yang melakukan penjajahan (kolonialisme) terhadap sesebuah negara sama ada untuk
menguasai sumber bahan mentahnya atau melindungi kepentingan ekonomi ‘mother
country’. Perkara ini juga turut dibincangkan oleh, George H. Nadel & Perry Curtuis
10 A.D. Innes, A History of the British Nation: From the Earliest Times to the Present Day, London, T.C. & E.C. Jack, 1912, hlm. 949-950.
11Loh Wei Leng, The Colonial State and Business: The Policy Environment in Malaya in the Inter-War Years, Journal of Southeast Asian Studies, 33(2), 2002, hlm. 247.
12Loh Wei Leng, 2002, hlm. 249.
Persidangan Ekonomi Imperial, 1923: Analisis Terhadap Pembangunan Perdagangan Antara Empayar British
In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol 2, No. 1, 2017.
5
yang melihat tindakan penjajahan yang berlaku menerusi imperialisme sebagai, ‘ the mother country to owning colonies rather than the opposition of colonies to being
owned by the mother country’.14 Oleh sebab itu, dalam konteks Tanah Melayu,
khususnya Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB), Persuruhjaya Tinggi British
sering menekankan soal ‘contribution to mother country’ dalam kalangan Raja-Raja dan Pembesar Melayu walaupun pada dasarnya NNMB dianggap sebagai negeri naungan.15 Tambahan lagi, menerusi sistem perdagangan merkantilisme ini juga, British berjaya melindungi kepentingan perdagangannya di NNMB daripada ancaman pedagang-pedagang Jerman.16
Hubungan antara ekonomi merkantilisme dengan imperialisme wujud apabila wujudnya simbiosis antara regim merkantilisme dengan kerajaan imperial untuk melindungai kepentingan ekonominya. Hal ini kerana, menerusi penguasaan politik inilah regim merkantilisme dalam mengawal aktiviti import dan eksportnya, seterusnya dapat menghasilkan surplus perdagangan yang tinggi. Bahkan, menurut Hugh E. Egerton, menerusi imperialisme aktiviti eksport perdagangan kolonial dapat dibangunkan menerusi sistem merkantilisme menerusi pembukaan ataupun penguasaan tanah jajahan. Oleh sebab itulah, kerajaan imperial dan juga golongan perdagangan Britain dapat untuk memonopoli komoditi perdagangan tertentu di tanah jajahan.17 Malah, sistem merkantilisme sering dikaitkan dengan teori yang mana tanah jajahan atau koloni akan sentiasa berfungsi sebagai pengeluar sumber bahan mentah untuk keperluan pembangunan industri bagi ‘mother country’.18
Seterusnya, kebangkitan regim merkantilisme sejak akhir abad ke-19 yang lebih dikenali sebagai neomerkantilisme atau merkantilisme moden, telah menyebabkan setiap negara mula melaksanakan dasar ekonomi yang bersifat perlindungan bagi membangunkan ekonomi domestik mereka untuk mengatasi masalah pengangguran dan kemiskinan khususnya dalam era perang. Paul F. Cwik, berhujah bahawa berlakunya perubahan dalam aktiviti perdagangan bebas dan
kejatuhan ‘gold standard’.19 Menerusi penulisan Jonathan Bart pula, beliau menilai
merkantilisme sebagai ‘the cardinal philosophy of empire: the systematic blueprint for constructing and maintaining imperial economic hegemonic, shaping and informing
state action …’20 Walaupun dalam konteks perbincangan beliau memberi tumpuan
terhadap perkembangan ekonomi merkantilisme dalam abad ke-17 dan 18, kerangka analisis beliau boleh digunakan untuk meneliti perkembangan ekonomi neomerkantilisme yang mula berkembang sejak akhir abad ke-19. Hal ini kerana, menerusi data-data ekonomi yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan, khususnya kerajaan kolonial di Tanah Melayu jelas menunjukkan bahawa wujudnya amalan
14George H. Nadel & Perry Curtuis, 1964, hlm.3.
15Menjelang Perang Dunia Pertama, Persuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu telah menggesa
Majlis Mesyuarat Persekutuan, NNMB untuk ‘That, whereas it appears to the Government that there is a general wish on the part of the various communities residing in the Federated Malay States that contribution should be made to the Imperial Government for the prosecution of the war …’ Lihat Mohd
Shazwan Mokhtar & Mohd Samsudin, ‘Kill German Trade’: Penilaian Terhadap usaha British Membendung Perdagangan Musuh di Tanah Melayu Sewaktu Perang Dunia Pertama, 2015.
16Huraian lanjut lihat, Mohd Shazwan Mokhtar & Mohd Samsudin, ‘Trade War’: Sekatan Perdagangan Jerman di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, 1914-1918, Akademika, Bil. 87, No. 1, 2017, hlm. 75-90. 17Hugh E. Egerton, Colonies and The Mercantile System, In George H. Nadel & Perry Curtuis, Imperialism & Colonialism, The Macmillian Company, London, 1964, hlm. 59.
18Hugh E. Egerton, 1964, hlm. 64.
19Paul F. Cwik, The New Neo-Mercantilism: Currency Manipulation As A Form of Protectionism, Economic Affairs, 31(3), 2011, hlm. 11.
Mohd Shazwan Mokhtar & Muhammad Aslah Akmal Azmi 6
ekonomi yang bersifat merkantilisme apabila pihak kerajaan telah terlibat secara langsung dalam membentuk struktur ekonomi menerusi undang-undang untuk
melindungi kepentingan ekonomi kolonial dan menjadikan ‘balance of trade’ (BOT) sebagai sumber pendapatan penting negara menerusi kadar surplus perdagangan yang diperolehi.
Secara keseluruhannya, ekonomi neomerkantilisme merujuk kepada campur tangan atau penglibatan kerajaan dalam sektor perdagangan untuk mewujudkan lebihan perdagangan dalam BOT, iaitu membentuk polisi dan dasar ekonomi yang memberi keutamaan kepada aktiviti eksport berbanding import. Peningkatan surplus perdagangan akan membawa kepada BOT positif yang dapat membentuk peluang pekerjaan dan meningkatkan lagi permintaan terhadap komoditi perdagangan. Tambahan lagi, menerusi peluasan imperialisme secara tidak langsung telah membawa kepada pembentukan zon atau rantau ekonomi yang dikuasai oleh sesebuah kerajaan
imperial. Perkara ini turut disentuh oleh Bjorn Hettne yang menyimpulkan ‘
neo-mercantilism has a lot to do with regionalism’.21
IMPERIAL ECONOMIC COMMITTEE 1923
Menerusi Persidangan Ekonomi Imperial (PEI) pada tahun 1923 kerajaan Britain,
kerajaan ‘the Dominion, India’, kerajaan di tanah jajahan dan negeri naungan telah bersetuju untuk membentuk ‘Imperial Economic Committee’ (IEC). Secara keseluruhannya, IEC mempunyai objektif yang jelas untuk
To consider the possibility of improving the methods of preparing for market, and marketing within the United Kingdom, the food products of the overseas parts of the Empire with a view to increasing the consumption of such products in the United Kingdom in preference to imports from foreign countries, and to
promote the interests both of producers and consumers.22
Walaupun begitu, menurut Stephen Constantine hasrat awal pengajuran PEI oleh kerajaan Britain adalah untuk menggalakkan lagi kerjasama ekonomi antara Britain
dengan ‘dominions’ dan India. Tambahan pula, isu berkaitan hasrat untuk menghulurkan bantuan pembangunan dalam kalangan empayar British juga tidak menjadi agenda utama peringkat awal cadangan penganjuran PEI.23 Namun, setelah Sir Lloyd-Greame yang mewakili Lembaga Perdagangan terlibat dalam rancangan awal penubuhan PEI, barulah cadangan untuk menyediakan bantuan modal untuk seluruh empayar British menerusi PEI diutarakan. PEI mencadangkan agar kerajaan imperial menyediakan bantuan kewangan berbentuk geran dalam tempoh 5 tahun dengan kadar faedah sebanyak 0.75%. Menerusi resolusi yang dikeluarkan oleh PEI berkaitan geran ini,
In order to qualify for the Imperial contribution a scheme must be accepted by the Imperial Government within the next three years. The approval on behalf of the Imperial Government would be given after consulation with the
Treasury, the colonial of India Office and the Board of Trade.24
21 Bjorn Hettne, Neo-Mercantilism: The Pursuit of Regionness, Cooperation and Conflict, 28(3), 1999, hlm. 219.
22Imperial Economic Committee: A survey of its Work, Journal of the Textile Institute Proceedings, 23(9), 1932, hlm. 237.
23 Stephen Constantine, The Making of British Colonial Development Policy, London, Frank Cass, 1984, hlm. 105.
Persidangan Ekonomi Imperial, 1923: Analisis Terhadap Pembangunan Perdagangan Antara Empayar British
In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol 2, No. 1, 2017.
7
Punca kuasa bagi IEC adalah daripada persetujuan PEI yang bersidang. Oleh itu segala siasatan atau sebarang inkuri berkaitannya hendaklah mendapat perhatian daripada kerajaan British dan kerajaan kolonialnya. Hal ini kerana, setiap kerajaan kolonial akan menamakan perwakilan mereka dalam PEI termasuklah juga kerajaan British sebagai kerajaan imperial.25 Oleh itu, Mr. Wn. Duncan, Mr. Ernest Birch dan
Mr. F. George Penny, M.P yang merupakan jawatankuasa dalam ‘Association of
British Malaya’ telah terlibat secara langsung mewakili Tanah Melayu dalam
persidangan PEI pada tahun 1923.26
Pada peringkat awal pembukaan PEI isu penting yang dibincangkan ialah masalah yang dihadapi oleh British untuk menghadapi kekuatan ekonomi Amerika Syarikat dan Jepun yang menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pentadbir kerajaan dan kolonial Britain. Kebimbangan ini adalah berdasarkan kesedaran British
untuk melindungi kepentingan ekonomi ‘Motherland’ dan tanah jajahan serta keseimbangan pengaruh dan kuasa tentera laut di Lautan Pasifik, serta termasuklah isu
‘immigration colour bar’. Tambahan lagi, keadaan ekonomi Eropah yang tidak
menggalakkan, memerlukan British untuk melaksanakan usaha pembangunan sumber di seluruh empayarnya untuk menampung kemerosotan yang berlaku di Eropah.27 Oleh itu, kerajaan Britain telah menuntut kerajaan kolonial di seluruh tanah jajahannya untuk membantu usaha pembangunan sumber empayar melalui penstrukturan dasar fiskal dengan tidak mengenakan cukai terhadap barangan makanan dan bahan mentah utama.28
W. Ormsby Gore yang mewakili kerajaan tanah jajahan (Colonies & Protectorates) termasuklah Tanah Melayu keseluruhannya telah menegaskan kepada seluruh perwakilan PEI bahawa, tanah-tanah jajahan ini penting kepada kelangsungan ekonomi empayar Britain, kerana menerusi potensi ekonomi yang dimilikinya pasaran import dan eksport empayar Britain akan dapat memastikan kelangsungan bekalannya. Bahkan, beliau turut mengisytiharkan bahawa ‘Britain specially was alive to the need
of becoming less dependent of America for cotton, sugar and tobacco’.29 Pendirian
Mr. Ormsby ini juga dikongsi oleh The Duke of Devonshire yang turut menjelaskan
‘that the moral and material progress and development of the Colonies, Protectorates
and Mandated Territories was increasingly important to all partners in the British
Empire’ terutamanya Tanah Melayu yang baru sahaja pulih daripada tekanan ekonomi.
Oleh sebab itu, Pejabat Tanah Jajahan (PTJ) perlu memainkan peranan penting untuk merangsang perdagangan intraimperial British khususnya di wilayah tropika dengan memastikan kerajaan kolonial dibantu dengan aliran modal daripada firma dan perusahaan swasta.30
Zon Perdagangan Antara Empayar
Pengukuhan perdagangan antara empayar British menerusi PEI secara tidak langsung membentuk zon perdagangan yang melindungi keseluruhan kepentingan ekonomi antarabangsanya.31 Asas bagi sistem perdagangan antara empayar ini adalah menerusi penyeragaman penggunaan invois, bil muatan dan paten dan sistem perundangan yang
25Imperial Economic Committee, Western Argus, 15 May 1928.
26British Malaya and the Imperial Conference, The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser, 22 October 1923.
27Imperial Conference, The Straits Times, 2 October 1923. 28Imperial Conference, The Straits Times, 4 October 1923. 29Ibid.
30Ibid.
Mohd Shazwan Mokhtar & Muhammad Aslah Akmal Azmi 8
membolehkan kerajaan imperial mengukuhkan jaringan perdagangan dengan seluruh empayarnya.32
Zon perdagangan antara empayar British mempunyai kelebihan untuk menikmati manfaat daripada sistem keutamaan tarif yang telah ditetapkan oleh Parlimen British menerusi sistem keutamaan imperial. Bahkan, PEI sendiri telah menjadi faktor penting kejayaan pelaksanaan sistem keutamaan tarif di seluruh tanah jajahan British. Sir Philip Lloyd Greame telah membuka perbahasan berkaitan isu sistem keutamaan tarif dengan menegaskan bahawa PEI perlu ‘should work out practicable steaps to improve production and trade prospects in all parts of the
Empire’. Oleh itu, kerajaan imperial telah bersedia untuk membenarkan semua
komoditi buah-buahan, kismis (currants) dan buah-buahan di dalam tin dikecualikan daripada cukai, manakala komoditi makanan yang serupa daripada negara luar kekal dengan kadar cukai antara 10s. 6d., 2s. dan 5s. Akhirnya PEI telah bersetuju untuk melaksanakan sistem keutamaan tarif dalam zon perdagangan antara empayar berdasarkan resolusi,
This Imperial Economic Conference, holding that, especially in present circumstances, all posibble means should be taken to develop the resources of the Empire and trade between the Empire countries, desires to reaffirm the Resolution on the subject of Imperial Preference passed by the Imperial War
Conference of 1917.33
Secara keseluruhannya, kesemua produk pertanian dalam empayar telah dikecualikan cukai di seluruh empayar British.34 Tambahan lagi, menerusi PEI juga Sir Lloyd turut mencadangkan agar Parlimen Britain untuk mengenakan duti import
sebanyak 10s bagi setiap ‘hundredweight’ ikan salmon dalam tin dari negara luar dan memastikan produk empayar kekal menikmati pengecualian cukai. Keperluan sistem keutamaan tarif ini juga adalah berdasarkan kesedaran terhadap 3 polisi kerajaan yang tidak praktikal untuk ekonomi Britain, iaitu (i) sistem subsidi (ii) geran untuk lesen import (iii) penstabilan harga.35 Hal ini kerana, menerusi pelaksanaan sistem keutamaan tarif kerajaan akan dapat memastikan harga makanan lebih murah.36 Jadual 1, menunjukkan kadar tarif kastam yang dikenakan terhadap komoditi makanan terpilih dalam zon antara empayar Britrish.
Jadual 1, Kadar tarif kastam terhadap komoditi makanan terpilih, 1923
Jenis komoditi makanan Kadar semasa Kadar ‘Tariff Preference’ s. (shilling) d. (pence) cwt. (hundredweight) lb. (pounds) Buah-buahan kering 10s. 6d. per cwt. 16.667% (1⁄6)
Kismis 2s. per cwt. 16.667% (1⁄6) - 4d.
Gula 25s. 8d. per cwt. 16.667% (1
6
⁄ ) – 4s. 31⁄2d.
Tembakau 8s. 2d. per lb. 16.667% (1⁄6)
Epal mentah 5s. per cwt. Bebas cukai
Ikan salmon dan udang karang di dalam tin, ikan cray, ketam
10s. per cwt. Bebas cukai
Madu 10s. per cwt. Bebas cukai
Limau, lemon dan jus buahan 6d. per gallon Bebas cukai Sumber: CAB/24/164/70
32Economic Conference, The Straits Times, 3 November 1923.
33Imperial Economic Conference 1923, Summary of Conclusions, 1923, hlm. 4. 34Economic Conference, The Straits Times, 10 October 1923.
35Imperial Conference, The Straits Times, 9 November 1923.
Persidangan Ekonomi Imperial, 1923: Analisis Terhadap Pembangunan Perdagangan Antara Empayar British
In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol 2, No. 1, 2017.
9
Keperluan untuk membangunkan zon perdagangan antara empayar ini adalah disebabkan kejatuhan eksport perdagangan British kepada 30% lebih rendah daripada eksportnya pada tahun 1913 serta kemunduran ekonomi di Eropah. Oleh sebab itu, kerajaan British perlu untuk mengukuhkan jaringan perdagangannya menerusi perdagangan antara empayar. Keadaan ini berlaku memandangkan British masih
memerlukan kuasa beli Eropah kerana, ‘credit created by Indian and Chinese sales in
Europe were used for financing Eastern purchases from Britain’. Justeru,
kebergandungan Britain dengan Amerika Syarikat akan dapat dikurangkan untuk mendapatkan sumber bahan mentah, malah pengukuhan zon perdagangan ini akan dapat meningkatkan jumlah produksi dan kuasa beli dalam empayar British. Walau bagaimanapun, usaha ini akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan bantuan kewangan daripada kerajaan British.37 Oleh itu, menerusi PEI, kerajaan Britain telah mencadangkan kepada parlimennya untuk
the full money equivalent of the advantages which are not retained should be devoted to a scheme of marketing, untuk tujuan ini pihak kerajaan telah bercadang untuk menyediakan peruntukan sebanyak £1,000,000 untuk setiap tahun yang ditadbir oleh Suruhanjaya Eksekutif yang bertanggungjawab
sepenuhnya terhadap Parlimen British.38
Dalam konteks Tanah Melayu pula, kerajaan British telah meletakkan kedudukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) sebagai ‘Eastern Colonies’
dalam rancangan ‘The Development of Imperial Resources’ dengan memperuntukkan sebanyak £2,053,431 untuk pembangunan landasan kereta api bagi membolehkan kerajaan kolonial di Tanah Melayu mengeksploitasi sumber bahan mentah dengan lebih produktif untuk di eksport.39 Maka tidak hairanlah dalam persidangan Majlis Mesyuarat Persekutuan (MMP) NNMB pada tahun 1923, Persuruhjaya British ketika itu Sir Laurence Nunns Guillemard, menjelaskan kepada ahli MMP bahawa NNMB
berada dibawah kawasalan Pejabat Tanah Jajahan di London ‘on the same lines as its control over the Government of the Colony; but it is much looser and it takes the form
of advice rather than of direction.’40 Hal ini kerana, kedudukan kewangan yang
dimiliki oleh Tanah Melayu secara keseluruhannya amat penting bagi British ‘in terms
of its contribution to the ‘Sterling Bloc’.41 Oleh itu, Tanah Melayu amat penting sebagai sebahagian daripada tanah jajahan British yang membentuk zon perdagangan antara empayar.
Tanah Melayu secara keseluruhannya telah memainkan peranan penting dalam membangunkan industri baru dalam sektor penghasilan produk makanan dalam perdagangan antara empayar. Hal ini kerana, kerajaan kolonial di Tanah Melayu telah
mengambil langkah yang drastik untuk memastikan keseimbangan ‘balance of trade’ yang terjejas akibat kejatuhan harga komoditi timah dan getah. Oleh itu, industri pengetinan nenas, minyak kelapa dan minyak sawit menjadi antara industri baru penting yang dibangunkan oleh kerajaan kolonial British di Tanah Melayu. Kerajaan British di London pula memainkan peranan untuk melaksanakan propaganda
37CAB/24/158/CP/90 Proposal For Financial Assisrance To Eccelerate The Development of Imperial Resources.
38Imperial Economic Committee: A survey of its Work, Journal of the Textile Institute Proceedings, 23(9), 1932, hlm. 237.
39CAB/24/158/CP/90 Proposal For Financial Assisrance To Eccelerate The Development of Imperial Resources.
Mohd Shazwan Mokhtar & Muhammad Aslah Akmal Azmi 10
perdagangan untuk memasarkan produk empayarnya di Eropah khususnya dalam pasaran perdagangan di Liverpool.42
Sumber: Sel. Sec. 2613/1925
Industri pengetinan nenas yang dibangunkan di Tanah Melayu sejak tamat
Perang Dunia Pertama adalah daripada jenis ‘Queen’ yang hampir sama dengan jenis
‘Red Jamaican Pine’ yang terdapat di Hindia Barat. Di samping itu, eksport nenas dari
Sarawak turut mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran Amerika Syarikat yang mempunyai kilang yang besar di Hawaii. Namun, kilang-kilang pengetinan nenas di Singapura pula tidak mengggunakan nenas dari Sarawak ini yang dikatakan warnanya terlalu putih dan lebih masam. Graf 1 menunjukkan pertumbuhan nilai eksport pengetinan nenas di Tanah Melayu yang mula tumbuh sejak tahun 1919.
Sumber: F.M.S. Report on the Trade and Customs Department for the Year 1924.
Graf 2 pula menunjukkan perbandingan nilai eksport antara komoditi kelas 1 dengan komoditi kelas 2 NNMB dalam tahun 1920 hingga 1924. Kelas 1 merupakan kumpulan komoditi haiwan, makanan, minuman dan tembakau. Pada tahun 1923
42Sel.Sec. 2613/1925 Minutes F.S.G. 1002/25.
$0.00 $1,000,000.00 $2,000,000.00 $3,000,000.00 $4,000,000.00 $5,000,000.00 $6,000,000.00 $7,000,000.00 $8,000,000.00 $9,000,000.00 $10,000,000.00
1919 1920 1921 1922 1923 1924
Graf 1, Nilai Eksport Nenas Dalam Tin Tanah Melayu, 1919-1924
Nenas
1920 1921 1922 1923 1924
Kelas 2 268084412 120914266 125177188 177976479 188240978 Kelas 1 4116055 2688702 2249246 2588437 3818654
$0.00 $500,000.00 $1,000,000.00 $1,500,000.00 $2,000,000.00 $2,500,000.00 $3,000,000.00 $3,500,000.00 $4,000,000.00 $4,500,000.00
$0.00 $50,000,000.00 $100,000,000.00 $150,000,000.00 $200,000,000.00 $250,000,000.00 $300,000,000.00
Persidangan Ekonomi Imperial, 1923: Analisis Terhadap Pembangunan Perdagangan Antara Empayar British
In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol 2, No. 1, 2017.
11
berlaku peningkatan nilai eksport bagi komoditi makanan tertentu seperti ikan kering dan ubi kayu, sementara eksport beras mengalami penurunan. Manakala komoditi kelas 2 merupakan eksport utama NNMB yang terdiri daripada bahan mentah. Getah para, bijih timah dan kelapa kering merupakan komoditi yang menyumbang sebahagian besar nilai eksport NNMB. Berdasarkan data ini, dapat disimpulkan bahawa komitmen NNMB khususnya dalam zon antara empayar British adalah sebagai pembekal sumber bahan mentah yang aktif berbanding dengan sumber bahan makanan.
Jadual 2, Nilai Eksport Komoditi Terpilih NNMB, 1920-1924
Komoditi 1920 ($) 1921 ($) 1922 ($) 1923 ($) 1924 ($) Getah para 178,725,635 64,432,585 74,686,458 113,995,815 97,781736 Bijih timah 78,466,652 43,658,763 39,789,661 54,216,314 77,550,862 Kelapa kering 9,216,586 7,569,701 8,745,565 8,190,701 9,641,012 Ikan kering 200,204 308,602 445,448 513,858 506,615 Uji kayu 68,703 81,591 99,024 308,216 444,923
Sumber: F.M.S. Report on the Trade and Customs Department for the Year 1924.
Manakala, Jadual 2 pula menunjukkan nilai eksport bagi komoditi makanan terpilih dari NNMB. Berbanding bijih timah, komoditi getah para telah menyumbangkan nilai eksport yang tertinggi. Walaupun menghadapi usaha sekatan pengeluaran, golongan peniaga getah tetap dibenarkan untuk mengeksport stok mereka. Keadaan ini juga boleh dikaitkan dengan masalah penyeludupan komoditi getah oleh golongan pengimport yang disebabkan duti kastam yang terlalu tinggi.43 Manakala, kemerosotan yang berlaku terhadap nilai eksport bijih timah pula adalah disebabkan polisi kerajaan NNMB yang bersikap mengambil peluang ketika harga pasaran tinggi. Kerajaan NNMB telah melaksanakan kawalan yang rigid terhadap eksport timah dengan menyimpan stok-stok timah untuk dijual pada harga yang tinggi. Justeru, jumlah eksport yang dibenarkan hanyalah dalam bilangan yang kecil untuk mengelakkan penurunan harga yang disebabkan lambakan komoditi dalam pasaran yang juga dalam masa yang sama menyebabkan kemerosotan dalam pasaran. Walau bagaimanapun, polisi kerajaan NNMB ini dikritik oleh Mr. Robson seorang ahli tidak rasmi MMP yang menilai polisi perlindungan komoditi timah oleh kerajaan NNMB sebagai satu langkah yang tidak praktikal dan menunjukkan kegagalan pentadbiran kerajaan.
Usaha pembangunan perdagangan antara empayar ini turut diteruskan
menerusi ‘The British Empire Exhibiton in Relation to Colonies, Dependecies and
Protectorates’ pada tahun 1924 yang diadakan di Wembley Park di Britain. Pameran
ini diadakan sebagai satu langkah pelan jangka panjang untuk merangsang potensi sektor komersial dan industri yang dimiliki seluruh empayar British. Oleh sebab itu, tidak hairanlah pameran ini dikawal oleh sebuah Majlis Eksekutif yang terdiri daripada perwakilan daripada institusi perbankan, industri dan sektor komersial yang mempunyai kepentingan dengan ekonomi Britain. Manakala, bagi mewakili pihak kerajaan pula, Setiausaha Tanah Jajahan, Presiden Lembaga Perdagangan dan Menteri Pertanian. Manakala Persuruhjaya British di India dan wakil daripada setiap
‘dominion’ telah dilantik sebagai Naib Presiden bagi pameran ini.44
Perkara yang menarik perhatian dalam penganjuran pemeran ini ialah apabila pihak kerajaan British mampu untuk mendapatkan bantuan kewangan yang menjamin penganjurannya. Dalam suratnya kepada Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu,
Winston S. Churchill telah menerangkan, ‘These gurantees are confined to the United
Mohd Shazwan Mokhtar & Muhammad Aslah Akmal Azmi 12
Kingdim and have been drawn from the principal banking and commercial interest as
well as from a large number of private individuals’.45 Oleh itu, kerajaan British telah
menyumbang sebanyak £100,000 ke dalam tabung jaminan pameran tersebut. Menerusi pameran ini juga kedudukan ‘Colonies’, ‘Dependencies’ dan negeri naungan
diletakkan setaraf dengan ‘Dominions’ kepada 6 kumpulan pavilion yang besar seperti berikut,
i. Kumpulan Mediterranean ii. Kumpulan Timur
iii. Kumpulan Timur Jauh iv. Kumpulan Afrika Barat v. Kumpulan Afrika Timur
vi. Kumpulan India barat dan Atlantik
Peta 1 menggambarkan zon perdagangan antara empayar yang melaksanakan ‘tariff
preference’ tertakluk dengan ‘imperial preference’. Kejayaan IEC membangunkan
sumber ekonomi dan zon perdagangan antara empayar telah membolehkan British untuk kekal kompetatif dalam pasaran perdagangan antarabangsa di benua Eropah dan Timur sehingga membolehkan kerajaan British membentuk blok ekonomi Sterling.
Peta 1, Zon Perdagagangan Antara Empayar British
Sumber : http://www.atlasofbritempire.com/dominions.html [Retrive on : 26.09.2016]
Pelaksanaan sistem keutamaan imperial menerusi PEI berjaya mengukuhkan kedudukan perdagangan antara empayar menerusi penubuhan ‘Empire Marketing
Board’ (EMB) pada tahun 1926. Antara peranan utama EMB adalah untuk (i) mendorong pengguna untuk memberi keutamaan kepada barangan dari empayar (ii) menanda / cop barangan empayar agar pengguna dapat mengenalpasti barangan empayar dan (iii) untuk mengekalkan kualiti yang baik dan harga yang berpatutan kepada barangan dari empayar.46 Menerusi sistem keutamaan imperial, perdagangan
Persidangan Ekonomi Imperial, 1923: Analisis Terhadap Pembangunan Perdagangan Antara Empayar British
In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol 2, No. 1, 2017.
13
antara empayar dapat dikukuhkan menerusi keutamaan kerajaan imperial terhadap tender atau kontrak dengan memberi lebih mengutamakan terhadap syarikat tempatan dan syarikat daripada negara-negara empayar. Contohnya pembinaan landasan kereta api, hospital, syarikat elektrik dan lain-lain sejak 1919 telah mengutamakan syarikat British dan menggunakan barangan daripada British dan negara empayar. Selain EMB, London Chamber of Commerce turut memainkan peranan memasarkan produk dan barangan empayar menerusi penerbitan jurnalnya yang merupakan sebahagian daripada usaha propaganda perdagangan antara empayar British.
KESIMPULAN
Kegagalan Britain untuk bersaing dengan Amerika Syarikat dan Jerman dalam pasaran perdagangan antarabangsa pada awal tahun 1920-an menyebabkan negara tersebut gagal untuk menguasai pasaran ekonomi. Keadaan ini secara tidak langsung telah menimbulkan masalah sosioekonomi yang meruncing di Britain apabila berlakunya peningkatan populasi yang tidak mempunyai sumber pendapatan dan bekalan makanan yang mencukupi. Bagi mengatasi masalah ini kerajaan Britain telah mengambil langkah untuk mengukuhkan kebergantungan sumber ekonominya di tanah jajahan. Penganjuran Persidangan Ekonomi Imperial (PEI) pada tahun 1923 merupakan langkah penting yang diambil oleh kerajaan imperial British untuk membangunkan sumber-sumber di tanah jajahan untuk disalurkan ke ‘mother
country’. Kejayaan penting PEI ialah apabila keseluruhan kerajaan kolonial British
bersetuju untuk membentuk ‘Imperial Economic Committee’ (IEC) sebagai satu jawatankuasa yang bertanggungjawab menggubal dasar pembangunan ekonomi imperial untuk pertimbangan kerajaan British. Menerusi IEC, Britain berjaya membentuk zon perdagangan antara empayarnya untuk mengelakkan persaingan pasaran dengan negara luar dan menggalakkan penggunaan produk buatan empayar. Pengukuhan zon perdagangan antara empayar ini seterusnya membolehkan golongan pedagang dan perniaga British menikmati kelebihan sistem keutamaan tarif di seluruh empayar British, menyebabkan pedagang dan perniaga dari negara luar terpaksa berhadapan dengan sistem cukai yang bersifat diskriminasi. Fenomena ekonomi yang berlaku ini membuktikan bahawa kerajaan British telah meninggalkan amalan perdagangan bebas di seluruh empayarnya.
Rujukan
(1932). Imperial Economic Committee: A survey of its Work. Journal of the Textile Institute Proceedings. 23(9): 237-238.
(T.th) Dominion. http://www.atlasofbritempire.com/dominions.html [Retrive on : 26.09.2016] Barth, Jonathan. (2016) Reconstructing Mercantilism: Consensus and Conflict in British Imperial
Economy in the Seventeenth and Eighteenth Centuries. The William and Mary Quarterly. 73(2): 257-290.
CAB/24/158/CP/90 Proposal For Financial Assisrance To Eccelerate The Development of Imperial Resources.
Constantine, Stephen. (1984) The Making of British Colonial Development Policy. London, Frank Cass. Cwik, Paul F. (2011) The New Neo-Mercantilism: Currency Manipulation As A Form of Protectionism.
Economic Affairs. 31(3): 7-11.
Egerton, Hugh E. (1964) Colonies and The Mercantile System. In Nadel, George H. & Curtuis, Perry. Imperialism & Colonialism. London, The Macmillian Company, pp. 57-66.
Mohd Shazwan Mokhtar & Muhammad Aslah Akmal Azmi 14
Federated Malay States Government. (1923) Shorthand Report of the Proceedings of the Proceedings of the Federal Council, 23 Januari.
Federated Malay States Government. (1923) Shorthand Report of the Proceedings of the Proceedings of the Federal Council, 27 Mac.
Federated Malay States Government. (1924). Report on the Trade and Customs Department. Fieldhouse, D.K. (1973). Economics and Empire 1830-1914. Cornell University Press, New York. H.C.O. S. of S. 364/1922 British Empire Exhibitions: Postponed of the Exhibition from 1923 to 1924. Hettne, Bjorn. (1999) Neo-Mercantilism: The Pursuit of Regionness. Cooperation and Conflict. 28(3):
211-232.
His Majesty’s Stationery Office (1923) Imperial Economic Conference 1923, Summary of Conclusions.
Innes, A.D. (1912) A History of the British Nation: From the Earliest Times to the Present Day. London, T.C. & E.C. Jack.
Leng, Loh Wei. (2002). The Colonial State and Business: The Policy Environment in Malaya in the Inter-War Years. Journal of Southeast Asian Studies, 33(2): 243-256.
Mace, Brice M. (1993) Imperial Preference in the British Empire. The Annals of the American Academy of Political and Social Science. 168: 226-234.
Mokhtar, M. S. (2016). Liberalisasi Terhadap Perdagangan Bebas Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, 1909-1913. In In-House Seminar: Revisiting Malaysian History (Vol. 1, No. 1, pp. 25-39). Muzium Warisan Akademik UKM.
Mokhtar, M. S., & Samsudin, M. (2015). Kill German Trade: Penilaian Terhadap Usaha British Membendung Perdagangan Musuh di Tanah Melayu Sewaktu Perang Dunia Pertama. In Seminar Antarabangsa ke-4 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu (pp. 371-378). ATMA UKM.
Mokhtar, M.S. & Samsudin, M. (2017). ‘Trade War’: Sekatan Perdagangan Jerman di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, 1914-1918. Akademika. 87(1): 75-89.
Nadel, George H. & Curtuis, Perry. (1964) Introduction. In Nadel, George H. & Curtuis, Perry. Imperialism & Colonialism. London, The Macmillian Company, pp. 1-25.
Northern Star (1924) Empire Link, 31 Januari.
Pollard, Sidney. (1969). The Development of the British Economy, 1914-1967. Ed. ke-2. London, Edward Arnold (Publishers) LTD.
Sel.Sec. 2613/1925 Appointment of an Imperial Economic Committee to enquire into questions connected twith the marketing of Oversea produce in the United Kingdom.
Tarling, Nicholas. (2001). Imperialism in Southeast Asia ‘A Fleeting, passing phase’. Routledge, New York, 2001.
The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser (1923) British Malaya and the Imperial Conference, 22 October
The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser (1923) Malayan History,. 10 November. The Straits Times (1923) British Imperial Trade, 26 September.
The Straits Times (1923) Economic Conference, 10 October The Straits Times (1923) Economic Conference, 3 November. The Straits Times (1923) Imperial Conference, 2 October The Straits Times (1923) Imperial Conference, 4 October The Straits Times (1923) Imperial Conference, 9 November. Western Argus (1928) Imperial Economic Committee, 15 May.
In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol. II, Issue I, 2017, ISBN 978-967-0829-54-8
HUBUNGKAIT POLITIK DALAM KEBANGKITAN POLITIK MALAYAN
DAN PENGARUH SOSIALIS DI TANAH MELAYU, 1937-1948
THE POLITICAL LINGKAGE IN MALAYAN POLITICAL RESURGENCE AND SOCIALIST INFLUENCE IN MALAYA, 1937-1948
Ahamad Jama’ Amin Yang
Universiti Kebangsaan Malaysia [email protected]
Abstrak
Dalam konteks sejarah kontemporari, kebangkitan politik Malayan sering dilihat dari sudut pembentukan masyarakat majmuk. Sehubungan itu, dalam makalah ini penumpuan perbincangan memperincikan sudut yang berbeza melalui pengaruh sosialis dalam perkembangan politik Malayan
yang membawa kepada sentimen “meMalayakan Tanah Melayu”. Dengan menggunakan pendekatan
reconstructionist sejarah, analisis perbincangan dikembangkan berdasarkan penggunaan sumber primer sebagai asas hujah terutamanya dokumen British seperti Colonial Office (CO) dan Foreign Commonwealth Office (FCO). Di samping itu, penulis turut menggunakan transkrip lisan Gerald de Cruz dan S. Rajaratnamyang diperolehi dari National Archives of Singapore. Dapatan kajian mendapati peranan British dilihat memberi kesan kepada kebangkitan politik Malayan melalui peranan awal AJUF. Keadaan ini semakin memuncak melalui Malayan Democratic Union (MDU) yang cenderung kepada pemikiran politik intelektual dan pendekatan kelas. Kerjasamanya dengan Parti Komunis
Malaya (PKM) dilihat ‘mengelirukan’ pelbagai pihak dari sudut visinya dalam memastikan keberlangsungan “meMalayakan Tanah Melayu”. Makalah ini merupakan satu sisi yang berbeza dalam
menjelaskan hubungan antara kebangkitan politik Malayan dan pengaruh sosialis di Tanah Melayu dan Singapura.
Kata kunci: Sejarah politik Malaysia; Sosialis; Malayan Democratic Union (MDU); Kesedaran politik; Kesedaran kelas.
Abstract
In the context of contemporary history, Malayan political resurgence was often viewed in terms of the formation of a pluralistic society. Accordingly, the focus in this article will specify on discussions of socialist influence in Malayan political developments that led to the sentiment of "meMalayakan Tanah Melayu" from different perspectives. By applying historical reconstructionist approach, the analysis of discussion was developed based on the primary sources particularly British documents such as Colonial Office (CO) and Foreign Commonwealth Office (FCO). Furthermore, the author also utilized an oral transcript of Gerald de Cruz and S. Rajaratnam from National Archives of Singapore. From the findings, it is revealed that the Malayan resurgence had been influenced by the role of British through AJUF. Besides, another factor of Malayan resurgence was the role of Malayan Democratic Union (MDU) which prone to political thought and intellectual class approach. The cooperation between MDU and the Malayan Communist Party (MCP) seems ‘mislead’ the vision in ensuring the continuation of
"meMalayakan Tanah Melayu”. This article explaining the relationship between the Malayan political resurgence and the socialist influence in Malaya and Singapore from different perspective.
Ahamad Jama’ Amin Yang 16
PENGENALAN
Menurut Syed Husin Ali, “sosialis dan komunis sering digambarkan dalam
satu makna dan ini menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat Melayu, Cina dan
India”.1 Kenyataan ini merupakan anolagi dan gambaran gerakan nasionalisme aliran sosialis di Tanah Melayu pada waktu itu. Pengaruh sosialis sering dihubungkan dengan gerakan radikal dan dilihat sentiasa berlawan arus terutamanya apabila gerakan ini mula mencetuskan kebimbangan kepada rejim yang memerintah. Tambahan lagi, gerakan nasionalisme pada waktu itu masih berbaur perkauman dan memberi kesan dalam pendekatan politik keseluruhannya. Dalam konteks Tanah Melayu, suasana ini membawa kepada polemik berterusan kesan daripada pergelutan kaum dan kebangkitan politik Malayan yang dibawa oleh orang bukan Melayu. Tan Liok Ee melihat keadaan ini sebagai;
That the English-educated Straits Chinese referred to the country as Malaya and claimed a legitimate political status as Malayans only added insult to
injury. To the Malays, ‘Malaya’ was a colonial creation which had no
legitimacy and Chinese claims to have participated in its development were
regarded as admissions of collaboration with the British.2
Sehubungan itu, dalam makalah ini penumpuan perbincangan memperincikan sudut yang berbeza melalui pengaruh sosialis dalam perkembangan politik Malayan
yang membawa kepada sentimen “meMalayakan Tanah Melayu”. Perbincangan menumpukan hubung kait politik kedua-dua elemen tersebut dengan memberi perhatian kepada gerakan aliran kiri bukan Melayu.
LATAR KEBANGKITAN POLITIK MALAYAN
Kebangkitan politik Malayan berkait-rapat dengan keadaan politik di Tanah Melayu (termasuk Singapura)3 selepas berakhirnya perang dunia kedua. Perjuangan kemerdekaan berasaskan tuntutan demokrasi mula berkembang dan dijadikan sebagai hujah politik sebahagian besar aktor-aktor nasionalis di Tanah Melayu pada waktu itu. Proses transisi di Tanah Melayu dalam tahun 1937 sehingga tahun 1948 membawa kepada keterbukaan rejim British dalam perdebatan pelbagai ruang sama ada dari sudut identiti negara, bentuk kefahaman politik, persaingan ekonomi dan persefahaman sosialisasi antara kaum.4 Keadaan ini telah mencetuskan ruang lingkup
‘demokrasi baru’ (new democracy) yang membawa kepada perdebatan umum dalam kalangan penduduk di Tanah Melayu pada waktu itu terutamanya di kawasan-kawasan
bandar yang dibentuk, yang mana sebelum ini ‘bahasa demokrasi’ ditentukan oleh
*Artikel ini adalah sebahagian daripada penyelidikan Bab 3 tesis PhD penulis yang mengkaji gerakan sosialis di Malaysia.
1Syed Husin Ali, Gerakan Politik Aliran Sosialis di Malaysia, Temubual, 3 September 2015.
2Tan Liok Ee, The Rhetoric of Bangsa and Minzu: Community and Nation in Tension, The Malay Peninsula, 1900-1955, The Center of Southeast Asian Studies Monash University, Victoria, 1988, hlm. 9.
3Perbincangan tidak hanya terbatas kepada Tanah Melayu sahaja dan turut merangkumi pergolakan politik di Singapura. Hal ini perlu dalam memastikan penghuraian bentuk kebangkitan politik Malayan dan hubungannya dengan perkembangan pengaruh sosialis di kedua-dua wilayah terbabit yang saling berkaitan. Tambahan lagi, Singapura dilihat sebagai pusat kebangkitan gerakan politik bukan Melayu selepas tahun 1945 dan cenderung ke aliran kiri terutamanya ideologi sosialis dan komunis.
Hubungkait Politik dalam Kebangkitan Politik Malayan dan Pengaruh Sosialis di Tanah Melayu, 1937-1948
In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol. 2, No. 1, 2017.
17
rejim kolonial British berdasarkan kerangka ‘demokrasi kolonial’ (colonial democracy).5
Dalam konteks ini, T.N. Harper dalam analisisnya merumuskan keadaan tersebut membawa kepada penglibatan awam dan perubahan budaya politik di Tanah Melayu yang lebih bersifat majmuk.
In the months between between September 1945 and April 1946 legal restraints on expression and association were looser than they had been at any time
previously in Malaya’s colonial history and, for that matter, looser than they
have been at any time since. The Malayan Spring saw a widening of the public sphere, whereby new moods, vocabularies and techniques were introduced
into political life that would reasonate throughtout the late colonial period.6
Dalam hal ini, perubahan yang berlaku dalam persekitaran politik di Tanah Melayu pada waktu itu bersangkut-paut dengan dua faktor utama yang saling
bergantungan antara satu sama lain. Pertama, kesan daripada polisi ‘demokrasi kolonial’ melalui kerjasama British dengan orang-orang bukan Melayu yang diperkenalkan dalam memastikan kepentingan strategis British terjamin di Tanah Melayu. Kerjasama ini memberi peluang kepada orang bukan Melayu menempatkan diri dalam lingkungan komuniti politik tempatan yang sebelum ini dipimpin oleh orang Melayu. Kedua, tahap literasi dan pendidikan penduduk di Tanah Melayu dan pendedahan politik yang diperolehi di luar negara sama ada di England atau berbentuk
serantau di Asia Tenggara yang memberi impak ‘kesedaran politik’ (political consciousness) dalam kalangan aktor-aktor nasionalis sekitar tahun 1945 sehingga tahun 1948. Sebahagian besar golongan ini adalah pendukung aliran sosialis yang cenderung kepada kerangka kesedaran kelas dalam gagasan kemerdekaan mereka. Namun begitu, penelitian dari sudut ini tidak begitu mendalam dalam kalangan sarjana sejarah dan tidak ada penjelasan dalam klasifikasi perbezaan di antara sosialis dan
5 Penelitian ini perlu dilihat dalam konteks kedatangan orang bukan Melayu dan bagaimana ‘demokrasi
kolonial’ yang diterjemahkan British adalah merupakan satu peluang awal kepada orang-orang bukan Melayu untuk menempatkan diri mereka dalam ruang sosiopolitik perdana di Tanah Melayu pra merdeka. Dalam konteks yang lain, British mendominasi persekitaran politik semasa pada waktu itu termasuklah memanipulasikan mobilisasi gerakan politik dalam kalangan bukan Melayu. Dengan memberi perhatian kepada isu ekonomi, British yang dianggap penaung (protected) kepada Tanah Melayu telah menyusun beberapa dasar yang memperkukuhkan kepentingan politik dan ekonomi
mereka selepas itu kesan daripada keberhasilan ‘demokrasi kolonial’. British memperkenalkan polisi
terbuka dengan membawa imigran luar terutamanya dari China dan India dalam menampung keperluan ekonominya di Tanah Melayu. Pada tahun 1931, sejumlah 1,704,452 orang Cina yang direkodkan menetap di Tanah Melayu, mengatasi orang Melayu yang hanya 1,645,516 dan orang India berjumlah 621,847. Manakala pada tahun 1947, peningkatan ketara yang direkodkan sejumlah 2,614,667 orang Cina di Tanah Melayu, berbanding orang Melayu yang hanya 2,543,569, walaupun jumlah tersebut meliputi orang-orang Melayu Indonesia dan orang-orang Asli; manakala orang India berjumlah 599,616. Sebagai timbal-balas reaksi positif sumbangan mereka dalam aktiviti perekonomian, British memberi laluan kepada mereka terlibat sama dalam ruang perdebatan nasionalisme di Tanah Melayu (CO 1030/308, Independent of Malaya Movement; CO 273/534/11, Position of Indian Labour in Malaya; CO 273/566/2, Unemployment in Malaya: restricts of Chinese Immigrant).
Ahamad Jama’ Amin Yang 18
komunis. Jika ada sekalipun, perbincangan lebih menumpukan peranan aliran komunis dalam mendominasi gerakan nasionalisme dan politik aliran kiri di Tanah Melayu.7
Berdasarkan sumber British, gagasan politik Malayan yang cuba diimplementasikan di Singapura dan juga Tanah Melayu merupakan perintis awal dalam usaha mengembangkan pemikiran politik moden yang mengadunkan nilai Barat dan tradisi tempatan dan mengutamakan interaksi antara kaum.8 Secara tidak langsung persekitaran baru ini yang mendorong kecenderungan politik egalitarianisme terutamanya dalam kalangan orang bukan Melayu.9 Keadaan ini merupakan satu bentuk matlamat politik yang berlawanan seperti mana yang dikupaskan oleh Maurice Freedmann dalam menjelaskan kedudukan struktur politik di antara kaum di Tanah Melayu pada waktu. Menurut Freedman;
[ …..]Nationalism and political independence in their early phases have
tended to define, on a pan-Malayan basis, ethnics bloc which in former times were merely categories. Then the social map of Malaya was, so to speak, made up of a kaleidoscope of small culturally defined units rearranging themselves
in accordance with local conditions. “The Malays” did not interact with some
Chinese and some Indians. But as “Malays”, “Chinese” and Indian come to
be realized as structural entities on a nation-wide scale, they can have total
relations with one another.10
PERKEMBANGAN AWAL DAN PENGARUH SOSIALIS DALAM
GERAKAN POLITIK MALAYAN
Melalui faktor pertama, ‘demokrasi baru’ yang terbentuk merupakan
manifestasi politik dalam kalangan pendukung gerakan Malayan nasionalism yang
mula menyusun satu gagasan agenda politik yang berteraskan “meMalayakan Tanah Melayu” sejak tahun 1937 dengan ‘bantuan’ British. Agenda politik Malayan yang
cenderung kepada “meMalayakan Tanah Melayu” ini telah memecahkan tradisi
perjuangan yang sebelum ini lebih memusatkan kepada rasionalisasi Melayu sebagai tonggak struktur sistem sosiopolitik di Tanah Melayu. Falsafah “meMalayakan Tanah
Melayu” ini yang dilihat menjadi kerangka asas ‘demokrasi baru’ yang diperjuangkan
sebahagian besar aktor-aktor nasionalis bukan Melayu khususnya. ‘Bantuan’ British dapat dilihat dari sudut bagaimana kebangkitan politik Malayan atau konsep
“meMalayakan Tanah Melayu” ini bermula melalui hubungan British dengan
pendukung aliran sosialis Marxisme (sebahagian besar cenderung kepada komunis Marxisme Lenin) dan sosialis bukan Marxisme (cenderung kepada aliran sosialis-demokrat dan Fabianisme).
7 Cheah Boon Kheng, Red Star Over Malaya-Resistance and Social Conflict During and After the Japanese Occupation of Malaya, 1941-1946, NUS Press, Singapore, 2012; Ishak Saat, Radikalisme Melayu Perak 1945-1970, Penerbit Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, 2011; Ho Hui Ling, Darurat 1948-1960: Keadaan Sosial di Tanah Melayu, Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2004; John Drysdale, Singapore: the struggle for success, Times Books International, Singapore, 1984. 8 Lihat Fail FCO 141/15673, Singapore: Malayan Security Service (MSS) Political Intelligences Journals, 1948; FCO 141/15957, Singapore: Malayan Security Service (MSS) Committee weekly summaries; Singapore Local Intelligents reports; FCO 141/15955, Singapore: Malayan Security Service Political Intelligences Journals, 1947.
9 Lihat tulisan Yeo Kim Wah, Political Development in Singapore 1945-1955, Singapore University Press, Singapore, 1973, hlm. 202-238; Khong Kim Hong, Merdeka! British Rule and The Struggle for Independence in Malaya 1945-1957, SIRD Publisher, Petaling Jaya, 2003, hlm. 108-175.
Hubungkait Politik dalam Kebangkitan Politik Malayan dan Pengaruh Sosialis di Tanah Melayu, 1937-1948
In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol. 2, No. 1, 2017.
19
Penubuhan All Malayan Peoples Anti-Japanese Union and Forces (AJUF)
pada tahun 1937 merupakan ‘bantuan’ atau penanda aras awal pengikhtirafan British
terhadap orang bukan Melayu khususnya masyarakat Cina.11 Ironinya, pihak British menyedari penglibatan Parti Komunis Malaya (PKM) dalam AJUF secara tidak langsung menerusi ahli-ahlinya. Namun begitu, British memerlukan sokongan orang-orang Cina dalam menyusun strategi politiknya. Tambahan lagi, pada waktu itu sebelum Tanah Melayu diambil alih Pentadbiran Tentera British selepas pendudukan Jepun dan peristiwa keganasan 14 hari pada tahun 1945, PKM mempunyai hubungan strategis dengan pihak British. Dalam tempoh itu (1941-1945), ahli-ahli AJUF masih
menumpukan ‘ketaatan’ mereka kepada British.
The policy of the AJUF is primarily anti-Japanese but there is a hard core of communist party members who hold extremist and anti-imperialist views and are known to support the idea of an independent republic of Malaya. Majority of the members of the AJUF however appear to have little or no interest in
politics and are constantly asking when the British will return.12
British menggunakan AJUF sebagai platform memperkukuhkan hegemoni kuasanya, terutama usaha menarik sokongan masyarakat Cina di Tanah Melayu dalam menghadapi ancaman Jepun yang mula menular di Asia Tenggara penghujung tahun 1930-an dan menyekat rancangan penubuhan gabungan ‘negara besar China’ (The Greater China) yang digerakkan oleh Kuomintang secara besar-besaran.13 Manakala AJUF dilihat berfungsi sebagai institusi sosial dalam melindungi kepentingan dan memperkukuhkan kedudukan orang-orang Cina di Tanah Melayu dengan sokongan British dari sudut ekonomi (bantuan kewangan) dan bekalan makanan.14 Namun begitu, fungsi AJUF mula berubah dan cenderung kepada gerakan risikan serta ketenteraan melalui penubuhan Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1942. Penglibatan ini ada kaitannya dengan PKM dan peranan British dalam AJUF.15 Berdasarkan rekod British, PKM mula terlibat secara langsung dalam AJUF pada tahun 1940 yang merupakan perintis kepada usaha penubuhan MPAJA dan langkah awal menyelaraskan latihan ketenteraan dan keselamatan bagi menghadapi serangan Jepun di Tanah Melayu.16
11 Penubuhan All Malayan Peoples Anti-Japanese Union and Forces (AJUF) pada tahun 1937 merupakan perintis hubungan yang dijalinkan di antara kedua-dua pihak sama ada British mahu pun imigran Cina di Tanah Melayu. AJUF mendapat sokongan padu daripada PKM melalui penyertaan ahli-ahlinya yang berbangsa Cina secara individu, walaupun parti tersebut secara dasarnya tidak menganggotai gabungan organisasi tersebut pada peringkat awal penubuhannya. Turut menyertai AJUF, pemimpin-pemimpin tempatan dan golongan peniaga dalam kalangan masyarakat Cina terutamanya di kawasan-kawasan bandar seperti di Ipoh, Kuala Lumpur, Singapura, Pulau Pinang dan Melaka (Telegram Rahsia (SEACOS 394) Louis Mounbatten kepada British Chieff of Staff bertarikh 12 Mei 1945 dalam CO 273/677/5, Malaya: Handling of Resistance Movement in Malaya).
12 Telegram Rahsia (SEACOS 394) Louis Mounbatten kepada British Chieff of Staff bertarikh 12 Mei 1945 dalam CO 273/677/5, Malaya: Handling of Resistance Movement in Malaya.
13 Lihat Resistance Movement in Malaya Report oleh Joint Planning Staff, Chieff of State Committee bertarikh 3 Jun 1945 dalam CO 273/677/5, Malaya: Handling of Resistance Movement in Malaya; Lihat juga CO 1030/308, Independent of Malaya Movement.
14 CO 273/677/5, Malaya: Handling of Resistance Movement in Malaya.
15 Pembiayaan operasi, latihan ketenteraan dan peralatan senjata disediakan oleh Supreme Allied Command South East Asia (SACSEA) di bawah tanggungjawab dan seliaan Admiral Louis Mountbatten.
16“At first it was purely anti-Japanese but later penetrated by the Malayan communist party which by 1940 had obtained control over policy. Re-organised after fall of Malayaas active resistance movement