• Tidak ada hasil yang ditemukan

Menjejaki Sejarah Penggunaan Mata Wang D

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Menjejaki Sejarah Penggunaan Mata Wang D"

Copied!
22
0
0

Teks penuh

(1)

BAB EMPAT BELAS

Menjejaki Sejarah Penggunaan Mata Wang Dinar Emas Dan Dirham Perak Semasa Zaman Kesultanan Melayu

Sakiinah Mahamad Hakimi Zainal Abidin Sanusi

Sebelum kedatangan bangsa Eropah di Tanah Melayu, masyarakat Melayu sudah

mempunyai sistem mata wang dan ukur nilai yang tersendiri. Menurut sejarah, terdapat

banyak wang berbentuk koin syiling yang diperbuat daripada logam seperti emas, perak dan

timah yang telah dijumpai tertanam di dalam tanah, dasar sungai dan simpanan peribadi oleh

orang tua terdahulu.

Perkembangan mata wang di kebanyakan negara di Kepulauan Melayu berkait rapat

dengan aktiviti-aktiviti perdagangannya. Pengenalan mata wang yang standard berpunca

dari perlunya menyelesaikan masalah-masalah yang sering dihadapi dalam sistem

perdagangan tukar barang. Perkembangan aktiviti perdagangan di Kepulauan Melayu telah

meningkatkan permintaan untuk pengeluaran mata wang. Perubahan dalam penggunaan

sesuatu mata wang kepada yang lainnya telah dikaitkan dengan faktor-faktor ekonomi baru

seperti kekurangan bekalan bahan logam yang digunakan untuk membuat syiling-syiling

ataupun pengurangan dalam pengeluaran import (Pameran mata wang perdagangan

Kepulauan Melayu, 1995). Sebelum itu, kita perlu memahami apakah yang dimaksudkan

oleh wang dan mata wang, menurut Husain Mahmud, (1967) ‘Wang’ ialah setiap benda yang boleh digunakan sebagai alat tukaran untuk mendapatkan sesuatu benda yang lain, atau

pun yang diterima sebagai pembayaran hutang.

Wang terbahagi kepada beberapa jenis iaitu, ‘Wang barangan’ iaitu wang yang berbentuk barang-barang seperti garam, daun teh, rokok, tembakau, alat senjata dan lain-lain

(2)

zaman. Pada zaman orang menggunakan hamba abdi dahulu, maka hamba abdi merupakan

alat tukaran, ketika manusia hidup memburu binatang, maka kulit dan bulu binatang menjadi

tukaran, setelah manusia tahu memelihara binatang, bercucuk tanam, maka binatang

ternakan, dan tanam-tanaman dijadikan alat jual-beli dan seterusnya apabila manusia sudah

tahu menggunakan barang-barang logam maka mereka menggunakan ketul-ketul emas,

perak, tembaga, timah, besi dan sebagainya sebagai alat tukaran. Kedua, ‘Wang Syiling’ atau ‘Koin’ yang diperbuat daripada logam-logam seperti emas, perak, nikal, zink,

aluminium, gangsa dan sebagainya. Akhir sekali ialah ‘Wang Kertas’

Berbeza pula dengan ‘Mata wang’, ia perlulah ‘Wang Sah’ iaitu ia ‘sah diperakukan’

dan dijamin oleh kerajaan yang memerintah di sesebuah negara sebanyak mana harga yang

tercatit diatasnya. Biasanya, wang ini dikeluarkan oleh Bank Negara sesebuah negara

ataupun oleh mana-mana bank yang diberi kuasa oleh kerajaan yang memerintah (Mahmud.

H, 1967: 6-7).

Menurut pandangan ahli ekonomi, wang berfungsi sebagai medium pertukaran, satu

unit akaun, piawaian nilai dan simpanan harta. Mana-mana objek yang digunakan sebagai

wang hendaklah mempunyai cirri-ciri berikut iaitu:

i) Boleh digunakan untuk membuat pembayaran, iaitu hak milik benda (atau wang) boleh

dipindahkan kepada orang yang dibayar.

ii) Boleh dinilai, iaitu penggunaanya boleh membuat anggaran dan bersetuju dengan jumlah

yang dibayar.

iii) Boleh diterima, iaitu orang lain juga bersedia menerimanya untuk pembayaran

seterusnya.

Secara ringkasnya, wang boleh ditakrifkan sebagai benda atau barang yang selalu

(3)

dan penerimaanya berterusan. Ia perlulah mempunyai nilai intrsitik dan dihubung kaitkan

secara semula jadi dengan kepentingannya sebagai perantaraan dalam pertukaran barangan

ataupun perkhidmatan yang dapat dinilai harganya (Warisan Numismatik Malaysia, 2003:

8-9). Kerajaan-kerajaan awal di Kepulauan Melayu telah pun menjadi pusat perdagangan

seawal kurun ke-2 Masihi disebabkan lokasinya sebagai tempat persinggahan untuk

pedagang-pedagang dari Timur Tengah, India, Eropah dan China selain kaya dengan hasil

bumi seperti rempah-ratus, emas, timah, hasil hutan, dan lain-lain. Semenjak kedatangan

Islam di Kepulauan Melayu, apabila pemerintah-pemerintah di Kepulauan Melayu memeluk

agama Islam antara tahun 13 hingga 16 Masihi, penduduk-penduduk di bawah pemerintahan

Raja di negeri tersebut turut sama memeluk agama Islam bersama-sama pemimpin mereka.

Kesan dari itu, pengaruh agama Islam sangat ketara diamalkan dalam semua aspek

kehidupan dan pemerintahan di sesebuah negeri di Kepulauan Melayu dan jajahan

takluknya.

Antara kerajaan di Kepulauan Melayu Melaka yang paling mahsyur dikenali ketika

itu ialah Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka yang menjadi pusat perdagangan yang paling

pesat ketika zaman kegemilangannya. Kemakmuran negeri Melaka banyak bergantung

kepada perdagangan, oleh itu duit syiling yang diterima ketika itu adalah emas, perak dan

timah. Syiling ini digunakan dalam sistem perdagangan, percukaian dan aktiviti ekonomi di

Melaka mengikut sukatan dan timbangan yang standard. Kertas kerja ini akan mengungkap

semula sejarah bagaimana syiling emas, perak dan mata wang semasa zaman Kesultanan

Melayu digunakan dalam transaksi dan urusan pemerintahan serta kaitannya dengan

pengenalan semula syiling emas dan perak di zaman moden iaitu Dinar Emas dan Dirham

Perak.

Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah Analisis Dokumen dengan merujuk

(4)

pengumpul mata wang lama dan penulis buku-buku berkaitan Numismatik Kesultanan

Melayu manakala responden kedua ialah seorang kurator dan pengkaji mata wang lama di

zaman Kesultanan Melayu di sebuah muzium. Soalan yang dikemukakan tidak berstruktur

bagi membolehkan lebih banyak maklumat dapat dikumpul. Hasil temuramah kemudiannya

ditranskripsi untuk dianalisis dengan lebih lanjut.

Sistem Piawaian dan Timbangan Semasa Zaman Kesultanan Melayu

Menurut Dr. Ibrahim Bakar Langkawi (2012), dalam istilah Melayu sepenuhnya, skala timbangan bagi ‘piawai mas’ yang umum digunakan di alam melayu dapat disusun seperti

berikut:

Unit Timbangan Barang-Barang Kecil Unit Timbangan Barang-Barang Besar

5 Saga = 1 Kupang 16 Tahil = 1 Kati

4 Kupang = 1 Mas 100 Kati = 1 Pikul

4 Mas = 1 Paha 4 Paha = 1 Tahil

4 Paha = 1 Tahil 3 Pikul = 1 Bahara

16 Tahil = 1 Kati 40 Pikul = 1 Koyan

Menurut pengiraan sekarang, purata sebiji Saga Kundi ialah 0.118 gram, maka 1 Kati ialah

604.16 gram. Ini bererti jumlah berat bagi 1 Pikul (100 kati) ialah lebih kurang 60 kg. 1)

Semasa zaman Kesultanan Melayu, rata-rata berat koin emas semasa zaman tersebut

hanyalah 0.6 gram yg digelar 1 Kupang, seberat 4 Biji Saga. Koin emas telah lama

(5)

sebesar biji saga, disebabkan itu timbangan emas dibuat menggunakan biji saga, dahulunya

ia digelar 1 Saga Mas. Manakala kadar tukaran bagi 4 Kupang bersamaan dengan 1 Mas

iaitu sekitar 2.4 gram emas. 4 Kupang bersamaan dengan 1 Mas (Satu Emas, Sa Mas, Sa

Emas, Samas). Selain itu, serbuk emas turut dijadikan sebagai mata wang.

Sistem Saga ini paling awal digunakan oleh masyarakat Melayu kerana ia

menggunakan biji-biji saga sebagai unit timbangan (lihat Rajah 14.3). Biji saga ini berasal

daripada sejenis tumbuhan kekacang liar spesis ‘Abrus precatoriu’, ia turut dikenali sebagai ‘saga kundi’ dan mempunyai purata berat 0.118 gram. (lihat Rajah 14.1 dan 14.2)

Mata wang yang lazim digunakan di Alam Melayu kebanyakannya dibuat daripada

emas dan sedikit daripada perak. Bagi memudahkan penggunaannya, logam emas dipilih

untuk ditanda atau ditera. Badan yang berhak dan berkuasa memberikan ‘tanda’ atau ‘cap’ atau ‘tera’ pada logam biasanya ketua masyarakat iaitu Raja atau wakil Raja.

Semenjak terciptanya ‘logam bertera’ yang disebut ‘mata wang’ itu maka ia menjadi

semakin dipercayai masyarakat dan semakin banyak diedarkan oleh pihak berkuasa.

Ketulinannya dan beratnya dijamin oleh Raja atau pihak berkuasa (Ibrahim 2012: 60-64).

Rajah 14.1

Saga Kundi (Abrus Precatorius)

(6)

Rajah 14.2

Saga Besar atau Saga Pokok (Adenanthera Pavonia)

Sumber: http://bigdogdotcom.wordpress.com

Rajah 14.3 Alat Menimbang Emas

(7)

Dari wang emas kepada ‘Dinar emas’

Menurut Anker Rentse di dalam Husain Mahmud muka 17 (1967), seorang ahli

sejarah barang barang purba yg terkenal dalam makalahnya mengenai 'Dinar Negeri2

Melayu Sabelah Utara' yg tersiar di majalah Journal of The Malayan Branch of the Royal

Asiatic Society, jilid XVII bahagian I & jilid XX bahagian I, menyatakan bahawa wang

Dinar yang terawal diterbitkan adalah dari Negeri Kelantan & Pattani kerana pekerjaan

melombong emas serta mencari emas urai di dalam sungai-sungai telah lama dijalankan

dengan pesatnya di Negeri Kelantan.

Kebanyakan emas yang dilombong, dijadikan jongkong emas dan dijual kepada

pedagang terutamanya pedagang Arab. Bermula dengan sistem barter, kepesatan

perdagangan telah menyebabkan perlunya penggunaan mata wang yang membawa kepada

penempaan Dinar Dirham melalui hubungan antara pedagang Arab yang datang membawa

Dinar Dirham mereka sehingga menarik perhatian Raja negeri itu untuk menempa Dinarnya

sendiri (Mahmud. H. 1967: 17).

Oleh kerana negeri-negeri di pantai timur menerima Islam lebih awal, ada

kemungkinan duit syiling emas digunakan sejak kurun ke-17 lagi. Duit syiling emas

Kelantan-Patani hanya ditempa dalam satu jenis nilai sahaja iaitu dalam 0.7 gram emas. Duit

mas ini digunakan sebagai unit perkiraan, penduduk tempatan memanggilnya sebagai mas

dinar. Perkataan ‘Dinar’ berasal dari perkataan Rom iaitu ‘Denarius’ yang telah menempa

mata wang emas dan peraknya sendiri semasa kerajaam Rom dan Byzantine. Denarius ini

kemudiannya digunakan oleh kerajaan Islam dalam urusan perdagangan dan pentadbiran

sebelum menempa mata wangnya sendiri yang dipanggil Dinar untuk syiling emas dan

(8)

Terdapat tiga jenis syiling emas ditemui di Kelantan, jenis pertama terdapat

perkataan Arab atau Jawi pada kedua-dua permukaan, contohnya koin mengandungi

perkataan ‘Khalifat al mu’minin’ di bahagian hadapan dan ‘Malik al-adil’ di belakang. Jenis

kedua, dikenali sebagai ‘Dinar Kijang’ kerana gambar di hadapannya berbentuk seekor

kijang manakala di bahagian belakangnya bertulis perkataan ‘Malik al-adil’ atau ‘al-adil’

sahaja (lihat Rajak 14.8). Jenis yang terakhir ialah ‘Dinar Matahari’ kerana gambar dibahagian hadapannya berbentuk matahari atau bunga manakala bahagian belakangnya

tertulis ‘Malik al adil’ (lihat Rajah 14.4 dan Rajah 14.5).

Terdapat pendapat yang berbeza mengenai asal usul duit Dinar emas kijang

antaranya seorang pedagangArab telah menghadiahkan pemerintah perempuan di Kelantan

iaitu Che Siti Wan Kembang seekor kijang dan oleh kerana sayangkan Kijangnya maka

Baginda menitahkan agar gambarnya diukir pada duit Dinar emas. Versi lain pula

mengaitkannya dengan pengaruh Saivite dalam agama Hindu kerana duit kijang menyerupai

lembu jantan yang dianggap sebagai binatang yang suci oleh masyarakat India dan motif

lembu jantan ini telah tertera pada duit-duit Hindu lama yang diedar di negeri-negeri utara

Tanah Melayu.

Biasanya, duit syiling emas negeri Kelantan dan Patani dibuat menggunakan cara

paluan tangan. Ketulan emas yang telah dileperkan menjadi kepingan kemudiannya

dipotong kecil-kecil menjadi bentuk yang dikehendaki. Selepas itu, pada kepingan kecil itu

dipalu acuan ‘die’ dengan menggunakan tangan. Nilai bagi Dinar Matahari dan Dinar Kijang lazimnya dibandingkan dengan Dolar Sepanyol atau dolar perak mengikat kadar tukaran

yang berbeza (lihat Rajah 14.9 dan Rajah 14.10). Pada akhir kurun ke19, kadar

(9)

4 Kupang = 1 Mas

7 Kupang = 1 Yen Perdagangan Jepun

8 Kupang @ 2 Mas = 1 Dolar Sepanyol.

Selain syiling emas, terdapat juga pitis timah di negeri Kelantan ditempa dengan kaedah

tuangan (casting) dalam bentuk Pohon Pitis (lihat Rajah 14.6). Duit-duit syiling timah yang

ditempa itu mulanya mempunyai cabangnya, kemudian dipotong daripada

cabang-cabangnya sebelum diedarkan dan lebihan dari pohonnya dilebur semula untuk menempa

pohon pitis yang baru. Kesemua syiling Kelantan telah diberhentikan penempaannya dalam

tahun 1909 apabila duit Negeri-negeri Selat diperkenalkan.

Rajah 14.4

Bahagian Depan Dinar Matahari

(10)

Rajah 14.5

Bahagian Belakang Dinar Matahari

(11)

Rajah 14.6

Pohon Pitis Kelantan

(12)

Rajah 14.7: Siput Gerus

Sumber: Muzium Matawang Bank Negara Malaysia

Rajah 14.8

Dinar Kijang

(13)

Rajah 14.9

Ringgit Asal, Diperbuat Dari Perak, Keluaran Sepanyol Tahun 1907

Sumber: Koleksi peribadi

Rajah 14.10

Bahagian Belakang Ringgit Asal, Keluaran Sepanyol tahun 1907

(14)

Pada peringkat awal Kesultanan Melayu Melaka, para pedagang menggunakan kulit

siput gerus (lihat Rajah 14.7), debu emas, ketulan perak dan bongkah timah tulen dan

bukannya duit syiling dalam transaksi urus niaga. Hal ini kerana urusniaga ketika itu adalah

dalam bentuk kecil.

Duit syiling emas dinar dan pitis timah dari Pasai turut diperkenalkan ke Melaka oleh

pedagang Arab dan India Muslim yang berdagang di sana. Selain itu, terdapat juga duit

syiling tembaga Cina dibawa masuk khususnya pada kurun ke-10 dan 11 Masihi. Hasil

lawatan diplomatik antara Maharaja China dengan Sultan Iskandar Shah pada 1419 yang

memberi kebenaran untuk Sultan Melaka mengeluarkan duit syiling sendiri telah membawa

kepada penempaan duit timah Melaka.

Duit syiling pertama dikeluarkan semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah

(1445-1456/9) yang pada mukanya tertera nama Sultan yang memerintah dan belakangnya dengan

gelaran Islam baginda. Antara ciri menarik pada syiling ini ialah ia tidak dpengaruhi duit

tunai Cina dan kebanyakannya tidak dibuat dengan cara tuangan atau acuan tetapi ditempa

menggunakan Die dan tiada lubang di tengahnya. Memandangkan tulisan yang terdapat

pada duit-duit timah itu menyerupai tulisan dari India Selatan, maka sesetengah ahli

numismatik berpendapat bahawa pembuat die tersebut terdiri daripada orang India dan

bukan Melayu.

Walau bagaimanapun, terdapat juga pembuat die tempatan yang mahir menempa

syiling-syiling pada zaman tersebut dan mudah dibezakan sama ada syiling tersebut di ukir

oleh orang tempatan atau orang luar berdasarkan kehalusan seni tangan pada syiling

(15)

Hal ini kerana, menurut ahli numismatik, syiling yang mempunyai tulisan jawi yang

terbalik diukir oleh orang bukan Melayu manakala duit syiling itu sendiri boleh

menceritakan secara langsung sejarah dan era mana ia diukir.

Selain duit syiling pitis, bongkah timah masih menjadi mata wang utama. Walau

bagaimanapun, duit syiling timah yang dikeluarkan Kesultanan Melaka ditarik balik setelah

Melaka dijajah oleh Portugis pada tahun 1511. Sesiapa yang engkar menyerahkan duit

syiling dalam simpanan masing-masing akan dihukum bunuh. Duit syiling yang dikumpul

akan dilebur dan kemudiannya digunakan untuk membuat duit syiling Portugis untuk

kegunaan perdagangan di Melaka.

Penggunaan Dinar Emas dalam ‘Undang-undang Melaka’

Penggunaan syiling emas ini dapat dilihat melalui Undang-Undang Melaka dan

Undang-Undang Laut Melaka. Menurut kajian yang dibuat oleh Liaw Yock Fang (2003),

Undang-Undang Melayu lama adalah bahan kajian yang penting untuk mengambarkan

sistem pemerintahan, pentadbiran dan susunan masyarakat Melayu lama. Undang-undang ini

disusun di Melaka kemudiannya ditambah dan disesuaikan di pelbagai kerajaan di Nusantara

antaranya kerajaan Kedah, Patani, Johor dan Aceh. I a juga dipercayai pernah digunakan di

Pahang, Riau, Pontianak dan Brunei. Terdapat lebih daripada 40 naskah dalam bentuk

panjang, pendek dan fragmen telah ditemui. Undang-Undang Laut Melaka ini digunakan

semenjak zaman Sultan Mahmud Syah (1488-1511).

Bagi tujuan pembentangan kertas kerja ini, hanya beberapa bahagian dalam

Undang-Undang Melaka dan Laut Melaka sahaja yang akan dirujuk antaranya Fasal Dua Puluh Satu,

(16)

Di dalam Fasal 21, menjelaskan hukum orang yang menambat kerbau dijalan orang

lalu-lalang akan didenda, terutama sekiranya kerbau itu menanduk sehingga mencederakan

atau menyebabkan kematian seseorang. Dalam fasal ini turut dinyatakan denda yang

dikenakan ke atas orang yang membunuh kerbau milik orang mahupun yang liar. Selain itu,

terdapat juga denda hukuman untuk mereka yang mencuri kambing berdasarkan jenis-jenis

kambing yang dicurinya. Unit piawaian yang digunakan ialah setahil, setengah, sepaha,

kupang dan bilangan kepingan emas yang perlu dibayar sebagai pampasan atas kerugian

yang ditanggung mereka. Antara yang terkandung di dalam fasal ini ialah,

“Fasal 21 pada menyatakan hukum kerbau dan lembu yang nakal itu. Jikalau ada kerbau itu ditambat di jalan orang lalu-lalang, maka oleh kerbau itu ditanduknya orang itu luka, maka denda setahil sepaha. Adapun jikalau mati orang yang ditanduk itu, kena seharga orang itu, karena taksirnya menaruh kerbau pada bukan tempatnya, itulah hukumnya itu. – Demikian hukum lembu dan kerbau. Ada pun jikalau membunuh kerbau orang pada kandang itu kena seharga kerbau, lagi didenda setahil sepaha. Ada pun jikalau ada oleh orang kerbau yang makan pada padang atau hutan, maka oleh seseorang dibunuhnya, itu pun kena setengah harganya, lagi denda sepuluh emas oleh hakim, kerana ia angkara akan hidupan orang itu. - Demikian hukum lembu dan kambing orang itu [pada orang angkara akan hidupan orang itu]. Adapun jikalau mencuri kambing itu, jikalau kambing orang, kena sepaha dan akan kambing ra’yat, seharga juga orang memberikan yang empunya kambing itu tiadalah denda lagi padanya. Adapun jikalau orang mendapat kerbau yang liar tiada ia mau masuk kandang, diberinya sepertiga harga juga. Adapaun jikalau kerbau itu tiada liar sangat, kira-kira atas harga. Jikalau tengah tahil, diberi seemas akan upahnya. Jikalau harga sepaha, dua kupang akan upahnya. Adapun jikalau kerbau itu jalang, tiada lagi dapat melihat orang, sama bahagi akan harganya upahnya itu. Demikianlah hukum kerbau lembu dengan tiada lagi bersalahan.”

(Fasal 21, Undang-Undang Melaka)

Di dalam Fasal 30 pula menyatakan hukum berniaga dan haram bagi orang yang

mengambil riba. Dalam hukum Islam, orang diberi kesempatan untuk melaksanakan urusan

jual-beli itu dengan segera. Ini disebut khiyar al-majlis, atau tiga hari kemudian. Yang tiga

hari kemudianitu disebut khiyar al-syart. Berniaga emas dengan emas bermaksud untuk

(17)

menganjurkan penjualan/ pertukaran dilakukan dengan serta-merta. Abu Shujak menulis

“Tidak harus berniaga emas dengan emas, perak dengan perak kecuali beratnya berlainan

dari jual beli itu dilaksanakan dengan segera. Harus berjual emas perak dengan berlainan

berat serta dilaksanakan dengan jual beli itu.“Tunai” merujuk kepada penjualan makanan

harus dalam jumlah yang sama dan diselesaikan dengan segera. (Fang, Y. L. 2003).

Hukum ini tertulis seperti berikut:

“Fasal 30 pada menyatakan segala hukum berniaga itu dan haram baginya mengambil riba - Bermula orang berniaga, harus ia memilih. Jika hendak dilakukannya perniagaan atau dipulangkan sementara belum bercerai daripada tempatnya berniaga itu atau berjanji tiga hari. Jika berkenan, dibelinya, jika tiada berkenan, dikembalikan. Bermula tiada sah berniaga hamba orang melainkan dengan izin tuannya akan hambanya itu. Dan tiada sah berniaga emas dengan emas dan perak dengan perak melainkan satu jenis lain ya’ini emas suatu jenis lain, suatu jenis lain ya’ini perak tunai, dan berniaga makanan sama makanan, janji tunai, maka sah”

(Fasal 30, Undang – Undang Melaka)

Fasal 38 pula menyatakan tentang penggunaan Dinar emas dalam Dirham perak

sebagai modal kepada seseorang. Dalam fasal ini menyebut, Dinar, merupakan duit syiling

emas yang digunakan dengan meluas di Alam Melayu pada masa dahulu. 1 Dinar emas

bersamaan dengan 10 Dirham. Di Semenanjung Melayu sebelah utara, 1 Dinar biasanya

mengandungi 3 gram emas (Shaw dan Mohd Kassim dalam Fang L. Y. 2003). Dirham pula

berasal daripada perkataan Drachma, mata wang perak kerajaan Rom. Taksir bermaksud

lalainya atau salahnya, manakala menyilih bermaksud mengganti seperti yang disebut di

dalam Fasal 38 iaitu:

(18)

kemudian dibayarnya terlebih tiada ngapa, jikalau ada perniagaan itu dengan labanya.”

(Fasal 38, Undang - Undang Melaka)

Pandangan Responden

Hasil temuramah bersama responden mendapati terdapat percanggahan pendapat

mengenai jumlah syiling emas dan perak yang digunakan semasa zaman Kesultanan

Melayu. Responden A menyatakan bahawa syiling emas lebih banyak digunakan semasa

zaman Kesultanan Melayu manakala Responden B menyatakan bahawa syiling perak dan

pitis yang lebih banyak di transaksi oleh masyarakat tempatan dan pedagang luar.

Menurut Responden A:

“Dalam catatan orang Hindu di India, ada menyebut tentang ‘Suarna Beepa’, Suarna Bumi’. Apa maksud Suarna? Ia bermaksud emas. Orang India menamakan Tanah Melayu sebagai ‘Bumi Emas’; Sumatera Pulau Emas. Pada masa itu, kita berhasil membuat emas untuk diedarkan. Duit perak memang sangat sedikit. Apabila orang Barat datang, mereka membawa duit perak dan menukar dengan emas kita, maka berlakulah kekurangan emas kita. Di Tanah Melayu, iaitu Nusantara, kita banyak memiliki duit emas dan tak banyak duit perak seperti di Kedah, Johor, Pattani, Terengganu, Pasai, Acheh, Makassar”.

Responden B pula menyatakan sebaliknya iaitu:

“Biasanya orang zaman dulu menggunakan duit timah dipanggil pitis. Di Kelantan, Terengganu, Johor, Melaka dan sebahagian besar di negeri-negeri menggunakan duit timah untuk pembelian bernilai kecil iaitu pitis. Pitis biasanya diperbuat daripada timah. Tetapi jika kita tengok warisan yang ada ini, yang banyak dijumpai samada emas mahupun duit syiling timah. Tapi, yang paling banyak tentulah duit timah kerana yang itu adalah bernilai kecil”.

Dalam hal ini, andaian yang dapat disimpulkan ialah semasa zaman awal Kesultanan

Melayu sehingga sebelum Kesultanan Melaka, banyak syiling emas digunakan oleh orang

tempatan dan luar. Namun, penukaran antara emas dengan perak Barat telah menyebabkan

(19)

orang tempatan serta yang berdagang bersama Kesultanan Melayu. Tetapi sejak bermulanya

Kesultanan Melayu Melaka, mata wang tempatan banyak tertumpu kepada syiling perak dan

timah kerana nilainya yang kecil dan mudah digunakan untuk urusan berjual-beli.

Disebabkan berlakunya pertukaran mata wang perak antara pedagang asing dari Barat

dengan syiling emas tempatan maka berlaku kekurangan emas kerana kebanyakan syiling

emas dibawa balik tanpa ditukarkan dengan syiling emas dari Barat sepertimana dengan

pedagang dari Arab. Oleh kerana itu, lebih banyak syiling perak ditempa, ditambah dengan

hubungan baik antara Maharaja China dengan Sultan Melaka menyebabkan syiling perak

ditempa mengikut acuan koin dari China tetapi dengan mengubahsuainya dengan elemen

tempatan.

Walau bagaimanapun apabila ditanyakan tentang pendapat responden mengenai

penggunaan mata wang dinar emas dan dirham perak pada zaman sekarang. Kedua-dua

responden tidak bersetuju sekiranya dinar emas dan dirham perak dijadikan sebagai mata

wang.

Kedua-dua responden bersetuju bahawa emas dan perak sebagai simpanan

mempunyai nilainya yang tersendiri tetapi untuk dijadikan sebagai mata wang, akan

mempunyai beberapa halangan dan cabaran yang perlu diatasi.

Responden A mencadangkan bahawa mata wang kertas perlu disandarkan semula

kepada standard emas manakala Responden B berpendapat bahawa mata wang perlu beralih

kepada sistem e-bayaran bagi memudahkan urusan perdagangan dalam dan luar negara.

Berikut adalah jawapan Responden A mengenai penggunaan Dinar Emas dan Dirham Perak

sebagai mata wang:

(20)

sandaran, kita boleh. Sebagai contoh, bank mengeluarkan resit menyatakan jumlah emas yang kita simpan di bank untuk diedarkan kepada masyarakat. Sekiranya emas itu sendiri hendak diedarkan dengan jumlah populasi manusia yang ramai, itu agak sukar untuk menjadikan ia sebagai wang harian.

Andai kita berjaya menjadikan emas itu sebagai mata wang, kita memerlukan sejumlah emas yang banyak.

Saya juga tidak pasti, simpanan emas sedunia adalah sebanyak mana. Adakah ia boleh dicairkan sebagai mata wang atau tidak.

Yang kedua, penentangan politik. Sebagai contoh, suatu ketika dulu, memang kita menggunakan emas sebagai mata wang dan wang kertas adalah legal tender yang disandarkan kepada emas. Setiap kerajaan yang ingin mengeluarkan wang kertas perlulah memiliki sejumlah emas tertentu dan disimpan di dalam International Monetary Fund (IMF).

Tetapi, dalam masa tertentu, kita tidak perlu memiliki emas tertentu sekiranya ingin mengeluarkan sejumlah wang kertas sebanyak 1 billion kerana kita perlukan memerlukan sebanyak setengah billion nilai emas sahaja dan ini menjadi amalan seluruh dunia.

Tetapi, pada tahun 1971, Presiden Nedleson di Amerika telah melepaskan ikatan antara emas dan wang kertas. Wabg kertas tidak lagi disandarkan kepada emas dan ia diapungkan. Oleh itu, wang kertas kita sekarang telah disandarkan kepada nilai wang kertas Amerika dan ini sebenarnya membuatkan duit kita tidak bernilai. Ia hanyalah berdasarkan sentiment masyarakat semata-mata.Masalahnya sekarang, kita terpaksa mengikut Amerika kerana kuasa mereka besar, jika wang kertas di Amerika tidak mencukupi, kita tidak tahu adakah mereka telah menambah kuantiti wang mereka.

Sebagai contoh, Amerika memiliki wang sebanyak 1 trilion yang sedang beredar di pasaran dan seluruh dunia. Apabila berlakunya perkembangan perdagangan dan peningkatan populasi manusia, secara tidak langsung permintaan barangan juga bertambah. Federal Reserve Bank akan bermesyuarat dan hanya melibatkan beberapa orang sahaja. Mereka akan menambah kuantiti wang kertas selepas mempertimbangkan beberapa faktor supaya tidak berlaku kejatuhan ekonomi.”

(21)

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, penggunaan emas dan perak sebagai mata wang masih

mempunyai masalah dan halangan yang perlu dikaji sebelum memperkenalkannya sebagai

mata wang. Namun demikian potensi emas dan perak sebagai mata wang mempunyai

potensi selain untuk digunakan sebagai pelaburan dan simpanan. Hal ini kerana manipulasi

nilai dan ketidaktentuan pasaran wang kertas pada masa sekarang akan menyebabkan mata

wang dan ekonomi sesebuah negara ditentukan oleh negara luar sekiranya mereka tidak “Pendapat peribadi saya, emas, dinar, dirham, perak, bullion adalah sesuai

untuk dijadikan sebagai pelaburan, bukan transaksi harian kerana sangat susah untuk membuat pertukaran. Sebab itu diperkenalkan wang fiat yg diperbuat daripada syiling, syiling nilainya rendah di mana harganya ditetapkan, kandungan logam lebih rendah dari nilai muka. Ini bermakna nlainya dah pasti. Orang ramai tidak keliru dan mudah untuk tujuan pertukaran barang. Untuk pelaburan, dinar dan dirham adalah yg terbaik. Ada banyak jenis bullion di dunia tetapi apabila bila membuat penilaian, ia tetap bergantung kepada nilainya.

Seperti Bank Negara, mereka ada mengeluarkan duit perak, disahkan dari segi nilainya dan ada harga premium dan saya rasa duit Kelantan juga harga premium untuk mengeluarkannya yang mana kita tidak dapat elakkan. Jadi, semuanya bergantung kepada penerimaan dan kepercayaan orang ramai. Tapi, jika mereka lebih senang menggunakan duit biasa yang jauh lebih rendah dari harga logam, itulah transaksi.

Sebagai pengeluar, adakah kita memikirkan dari aspek keuntungan? Yang kedua, penerimaan umum dari aspek isu perundangan. Kalau boleh, biarlah dikeluarkan oleh pengeluar yang sah dimana diberi mandat oleh kerajaan. Jika kerajaan negeri Kelantan, inilah yang menjadi isu. Adakah ianya mendapat dari negara Malaysia untuk mengeluarkannya?

Apabila Kelantan mengeluarkan duti, negeri lain juga mengeluarkan duit sendiri. Kita andaikan setiap negeri mengeluarkan mata wang sendiri. Apabila seseorang itu pergi ke negeri lain, pertukarannya bagaimana?

Pengeluar mata wang biarlah telah ditetapkan nilainya untuk setiap negeri dan senang untuk tentukan harga barang. Kita bukan setakat memikirkan nilai duit itu sahaja tetapi dalam masa yang sama kita nak buat penialaian harga barangan.

(22)

mempunyai pengaruh ekonomi yang kuat untuk melindungi diri dari spekulasi dan kawalan

dari negara asing. Oleh itu, satu kajian mengenai masalah dan halangan untuk mengetahui

sejauh mana potensi emas dan perak dalam bentuk Dinar dan Dirham dengan merujuk

kepada sejarah tempatan sesebuah negara perlu dikaji bagi menambahbaik kajian lepas yang

sedia ada.

Bibliografi

Warisan Numismatik Malaysia. (2003). Muzium Mata Wang. Bank Negara Malaysia.

Mahmud, Hussain. (1967). Sejarah Mata wang. Penerbitan Utusan Melayu.

Pameran Mata wang Perdagangan Kepulauan Melayu. (1995). Bank Negara Malaysia.

Ibrahim Bakar Langkawi. (2012). Tajuk 5, “Sistem Timbangan Masyarakat Tradisional Kedah”, dalam Kedah Dari Segi Sejarah. Jurnal Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK).

Referensi

Dokumen terkait