• Tidak ada hasil yang ditemukan

elemen nilai dalam kaunseling Nor Izani

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "elemen nilai dalam kaunseling Nor Izani"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

NAMA : NOR IZANI BT. ZAINOL

NO. MATRIK : 3110099

SUBJECT : ETHICAL ISSUES IN COUNSELING (ABD 8013)

TOPIC : ELEMEN NILAI DALAM PROSES KAUNSELING

PENGENALAN

Kaunseling merupakan satu bentuk perhubungan di antara seorang klien yang mempunyai masalah psikologi dengan seorang kaunselor terlatih untuk membantu klien bagi mengatasi masalah yang dihadapinya. Justeru antara masalah yang dihadapi ialah penerokaan diri dan emosi, menilai persepsi, interaksi orang lain dan penentuan masa hadapan dan sebagainya. Menurut Suradi Salim (1996) kaunseling ialah satu perhubungan yang dicirikan oleh keyakinan, saling mempercayai dan kemesraan yang membolehkan pelajar memperolehi kestailan intelek dan emosi yang dengannya dia boleh menyelesaikan masalah atau kesmusykilan, membuat rancangan dan memperoleh kepuasan kendiri yang lebih tinggi.

(2)

Terdapat pelbagai etika yang ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling, secara ringkasnya etika profesional yang ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling dapat dibahagikan kepada empat prinsip etika yang utama iaitu yang pertama ialah autonomi, merujuk kepada syarat yang membenarkan klien untuk bebas membuat pilihan. Prinsip kedua ialah bukan berbentuk kejahatan (nonmaleficence), iaitu merujuk kepada tindakan kaunselor untuk mengelak daripada perkara-perkara yang membawa mudarat kepada klien. Prinsip ketiga ialah kepatuhan yang merujuk kepada persetujuan limitasi perhubungan di antara kaunselor dengan klien. Seterusnya prinsip yang keempat ialah kebajikan yang merujuk kepada tindakan kaunselor untuk memberikan hasil yang positif kepada klien (Pack-Brown & Williams, 2003).

Secara umumnya etika adalah merupakan satu garis panduan yang digunakan bagi membantu seseorang ahli profesional menjalankan tugasnya mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Pada dasarnya istilah etika berasal daripada istilah Yunani iaitu “ethos” yang bermaksud hukum, adat resam, budi pekerti dan kebiasaan. Secara umumnya terdapat tiga ciri utama etika iaitu bertindak sebagai peraturan, manual kerja atau prosedur kerja, dan nilai-nilai murni yang perlu dipatuhi (Professional Counseling, 2010). Etika memainkan peranan penting dalam menjalankan tugas dan peranan dalam pekerjaan, matlamat utama etika digubal adalah untuk membimbing ke arah tahap profesional yang lebih tinggi (Francis, 2009). Etika dalam kaunseling adalah merupakan salah satu contoh etika yang ditekankan dalam bidang perkhidmatan kaunseling yang perlu dipatuhi oleh kaunselor bagi mengukuhkan lagi tahap profesional mereka.

(3)

Dari segi rasionalnya, etika profesional ini dapat membantu seseorang kaunselor dapat menjalankan tugas dan peranan mereka dengan lebih baik. Dari sudut pandangan masyarakat, kaunselor dilihat sebagai seorang model sosial yang baik kerana mereka terlibat dengan profesion menolong, oleh itu jika berlaku perkara-perkara seperti ketidakcekapan yang dilakukan oleh kaunselor maka tanggapan masyarakat mungkin akan berubah terhadap kaunselor dan ahli-ahli profesional yang lainnya. Dalam hal ini, ketidakcekapan seorang kaunselor lazimnya akan digeneralisasikan secara keseluruhannya oleh segelintir individu terhadap profesion kaunseling. Sebagai contohnya disini segilintir individu dalam masyarakat tentu akan memandang serong terhadap profesion seorang kaunselor apabila mereka mendengar kes-kes dimana kaunselor yang melanggar etika seperti melakukan aktiviti seksual dengan klien mereka atau cubaan mencabul kehormatan klien mereka. Kesannya masyarakat akan sentiasa memberi kritikan sehingga membentuk stereotaip secara keseluruhannya ke atas mereka yang berada dalam bidang profesion kaunseling. Oleh sebab itulah mengapa etika profesional dalam perkhidmatan kaunseling sangat ditekankan untuk mengelak kaunselor bertindak di luar daripada etika yang digariskan, jika etika profesional dipatuhi oleh kaunselor maka perkhidmatan kaunseling akan dapat dijalankan dengan cekap dan baik.

(4)

DEFINISI ETIKA

Teori Aksiologi merupakan teori nilai yang turut membincangkan tentang etika dalam hubungan menolong. Menurut Nik Rosila, Teori nilai (aksiologi) ialah untuk menganalisis, meneliti dan menghurai prinsip dan kaedah pengukuran segala ilmu pengetahuan serta segala objek yang didukungi oleh ilmu pengetahuan dari segi harga, kegunaan dan manfaatnya. Konsep utama teori nilai ialah Nilai, Etika, Moral dan Akhlak

Nilai merupakan standard atau ukur tara dan prinsip yang digunakan untuk mempertimbangkan harga (worth) sesuatu benda, perkara, perbuatan, tingkh laku, kejadian dan keadaan sama ada benar, baik, berguna, diingini atau pun sebaliknya. Terdapat 3 jenis nilai yang dibincangkan dalam teori tersebut iaitu nilai estetik iaitu nilai berkaitan dengan ukuran keindahan dan kecantikan. Nilai instrumental pula secara tersendiri tidak penting tetapi membantu dalam pencapaian sesuatu matlamat. Manakala Moral, etika dan akhlak merupakan standard atau prinsip untuk mengukur dan menghakim sama ada sesuatu perlakuan, tujuan atau maksud itu wajar atau tidak.

Teori aksiologi turut membincangkan tentang moral. Perkataan moral berasal daripada perkataan Greek : mores; Suatu cara perlakuan yang telah menjadi adat kebiasaan sesuatu kumpulan manusia kerana telah diterima dan dipersetujui bersama oleh kumpulan tersebut. Manakala etika diambil daripada perkataan Latin: Ethos, yang bermaksud adat atau keperibadian (custom or character). Terdapat beberapa dimensi etika iaitu; pentaakulan moral –melibatkan pemikiran dan pertimbangan secara bebas, perlakuan moral dikaitkan dengan tingkah laku dan tindakan individu terhadap sesuatu keputusan yang ditunjukkan dengan penuh perasaan tanggung jawab, tetapi mengikut kemampuan, dan perasaan moral ialah emosi dan kehalusan perasaan individu yang mengandungi sentimen, empati, simpati, prihatin, belas kasihan, altruistik dan murah hati. Terdapat perbezaan moral dan etika iaitu moral dirujuk atau dikaitkan dengan tingkah laku yang benar-benar dilakukan manakala etika merujuk kepada pengajian tentang perangai dan tingkah laku dan juga merujuk kepada sejumlah sistem ataupun peraturan/undang-undang yang dikaitkan dengan sesuatu kerjaya.

(5)

akar yang sama iaitu “khalaqa” (mencipta). Akhlak mencakupi makna moral dan etika iaitu sifat dan perlakuan yang baik, halus, benar dan patut yang dipunyai oleh seseorang yang memberi kebaikan kepada dirinya dan juga kepada orang lain. Walau pun begitu, konsep akhlak melebihi makna moral dan etika. Dalam erti kata lain, segala sifat dan perbuatan yang baik yang memanfaatkan itu, harus dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Tuhan semata-mata, bukan untuk mendapat balasan, pujian dan pengiktirafan daripada manusia.

Umumnya, etika berasal daripada perkataan Yunani, iaitu ethos yang bermaksud hukum, adat resam, kebiasaan dan budi pekerti. Dengan kata lain etika merupakan sesuatu yang berkaitan dengan peraturan masyarakat yang terdiri dari tatahukum, tatasusila atau tatatertib masyarakat. Peraturan masyarakat biasa juga dimaksudkan dengan tradisi, norma, kebiasaan atau adat, kod, nilai dan pantang larang masyarakat. Peraturan masyarakat wujud di luar diri individu. Peraturan itu juga bersifat konkrit serta ditetapkan oleh autoriti dalam sesebuah masyarakat. memberi perhatian khusus kepada penilaian kritikal terhadap norma dan piawai yang mewajarkan kelakuan persaorangan serta antara individu. Menurut Kamus Dewan DBP (Edisi Ketiga, 2002), etika adalah prinsip atau nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang atau dengan kata lain garis panduan yang harus dipatuhi oleh seseorang semasa menjalankan tugas mereka.

Etika adalah suatu tindakan yang menuntut kepatuhan terhadap piawaian profesional serta undang-undang tentang apa yang dianggap betul dan yang salah. Menurut Othman Mohamed (1999), kod etika merupakan tatasusila yang menentukan peraturan kawalan diri terhadap praktis yang dijalankan oleh ahli sesuatu profesion. Ianya merupakan standard asas bagi mencerminkan satu praktis profesional. Etika juga boleh membawa maksud yang berlainan tetapi saling berhubungan di antara satu dengan yang lain, iaitu tentang pola hidup am atau suatu cara hidup, set peraturan tingkah laku atau kod moral, tatacara mengenai cara hidup atau peraturan tingkah laku.

Daripada beberapa definisi di atas, dapatlah disimpulkan bahawa etika mengkaji

(6)

ELEMEN NILAI DALAM KAUNSELING

Persoalan mengenai penerapan nilai-nilai diantara kaunselor dan klien sering berlaku sewaktu sesi kaunseling terutama bagi kaunselor-kaunselor baru.. Ini adalah kerana sebagai seorang manusia, kaunselor tidak terlepas daripada mempunyai dan mengamalkan nilai-nilai kemanusiaan yang membentuk sistem kepercayaan atau pegangan hidup mereka sendiri.Oleh yang demikian, persoalan yang sering timbul ialah adakah kemungkinan nilai-nilaiyang diamalkan oleh kaunselor ini, mempunyai kesan terhadap klien atau mungkinkah nilai-nilai klien itu sendiri boleh memberi kesan ke atas kaunselor dan yang paling penting sekali konflik yang mungkin timbul jika klien dan kaunselor mempunyai dan mengamalkan nilai-nilai yang berbeza. Faktor-faktor inilah yang harus dipertimbangkan oleh kaunselor sewaktu sesi kaunseling dijalankan kerana sekiranya perkara ini tidak dapat ditangani dengan baik oleh kaunselor, ianya boleh menjejaskan sesi kaunseling khususnya dan profesion kaunselor umumnya.

Untuk mewujudkan situasi yang empatik dalam perhubungan menolong, kaunselor perlu menerima kepelbagaian system nilai yang dianuti oleh orang lain. Dalam ertikata lain, kaunselor perlu menerima dan melayani orang lain dengan penuh perasaan kemanusiaan. Hal ini tidak bermakna kaunselor terpaksa mengorbankan nilainya dan menerima nilai orang lain atau beliau terpaksa memendamkan perasaan marahnya terhadap situasi tertentu kerana apa-apa yang baik bagi sesorang mungkin tidak baik bagi orang lain. Tindakbalas yang responsive seperti mendengar dengan baik dan teknik menyampaikan mesej “I” boleh membantu kelancaran komunikasi kedua-dua pihak serta secara tidak langsung perasaan-perasaan tertentu yang dialami oleh kedua-dua pihak dapat disampaikan dalam keadaan yang harmoni. Mesej “I” disampaikan dengan menggunakan gantinama orang pertama seperti” saya”, “aku”, “I” dan lain-lain.

CONTOH KES

(7)

seandainya M tidak menyapanya atau ada sesuatu yang ingin suaminya minta darinya. Makhirnya bercerai dan meneruskan kehidupan sebagai ibu tunggal kepada tiga anak.

Pada masa yang sama, sejak 10 tahun lalu M sudah pun berkawan dengan Z. Mereka bekerja di tempat yang sama, dan ini membuka ruang untuk mereka sering menghabiskan masa bersama terutama ketika waktu rehat. Memang sejak dulu lagi, M merasakan mereka seperti ada keserasian bersama – minat pada seni serupa, pemikiran tentang hal berkaitan masa depan juga serupa. Itu membuat hubungan mereka mesra tapi tidak lebih dari itu. Z sudah beristeri dan mempunyai empat anak. Namun, setelah dua tahun saya hidup menjanda, Z secara tiba-tiba bersuara untuk mengambil M sebagai isteri kedua. M menyatakan dia tidak pernah terniat untuk menjadi orang ketiga.

Namun, M turut menyatakan bahawa dia melihat dari tiga sudut. Pertama, keserasian antara mereka. Kedua, dia turut memerlukan kasih sayang dan perlindungan seorang suami. Ketiga, M mahukan masa depan anak-anaknya lebih terjamin memandangkan Z memegang jawatan yang lebih tinggi daripada M dan M tahu dia mampu untuk menanggung sebuah lagi keluarga.

Biarpun bekas suami M memberi nafkah anak, tetapi M merasa tidak cukup untuk menanggung kos hidup mereka empat beranak. Bajet bulanannya begitu terhad sekali. Ini membuatkan M menerima lamaran Z. Keluarga M memahami keputusannya.

Namun, sebaik sahaja berita ini diketahui orang lain, M menerima banyak kutukan dan cacian bukan sahaja daripada isteri pertama Z dan famili Z, malah rakan-rakan kerja mereka mula memulau M. Pelbagai sindiran dan kutukan dilemparkan sehingga ditokok tambah dan disampaikan kepada klien dan kenalan di pejabat yang lain. Kesan tindakan ini menyebabkan teman lama yang sudah lama tidak dengar bertanya khabar mula hubungi M dan bertanyakan hal ini.

(8)

sesekali M dapat merasakannya tetapi masih meneruskan sesi kerana telah terlalu letih dengan semua persoalan yang bermain difikirannya.

ISU-ISU YANG MUNGKIN TIMBUL

Ramai yang tertanya-tanya wajarkah kaunselor menyimpan atau menyembunyikan nilai-nilai mereka semasa mengendalikan sesi kaunseling. Walaupun sememangnya jelas bukanlah tugas kaunselor untuk memujuk atau mendorong klien menerima nilai-nilai kaunselor, namun adalah amat penting bagi kaunselor untuk mengetahui dengan jelas mengenai nilai-nilai mereka sendiri dan bagaimana ianya boleh mempengaruhi tugas mereka dan hala tuju yang diambil oleh klien mereka. Ramai yang berpendapat bahawa adalah wajar dan penting bagi kaunselor menyatakan atau mendedahkan nilai-nilai mereka secara terbuka apabila ianya mempunyai kaitan dengan isu atau persoalan yang ditimbulkan sewaktu sesi kaunseling bersama klien. Dalam kes ini, Kaunselor Q sepatutnya menyatakan diawal sebelum sesi dilanjutkan tentang pendiriannya dan kemungkinan yang mugkin terjadi dan menyerahkan kepada M untuk membuat pilihan. Apabila kaunselor menyatakan nilai mereka, mereka haruslah dengan jelas melabelkan nilai-nilai tersebut sebagai hanya kepunyaan mereka. Nilai-nilai tersebut boleh dibincangkan secara terbuka tanpa mempunyai unsur-unsur mempengaruhi kerana ianya dapat membantu klien di dalam proses penerokaan nilai-nilai mereka sendiri dan tingkahlaku yang berpunca daripada nilai-nilai tersebut. Kaunselor Q juga boleh merujuk kepada pihak lain yang berkaitan seandainya tidak mampu untuk meneruskan kes tersebut dengan persetujuan M demi kebaikannya. Tetapi itu adalah pilihan yang terakhir. Seandainya, kaunselor Q tetap meneruskan sesi, Kaunselor Q perlu menjalani konsultasi dengan dengan pihak yang lebih arif atau mentornya untuk menyelesaikan isu –isu tentang dirinya terlebih dahulu sebelum mengendalikan kes M.

(9)

berdasarkan sistem nilai yang dipegang dan diamalkan oleh kaunselor mereka semata-mata untuk mengambil hati atau agar keputusan mereka ini diterima dengan senang hati tanpa dipersoalkan atau dipertikaikan oleh kaunselor. Oleh itu Kaunselor Q perlu lebih berhati-hati dengan nilai yang dipegang dan bahasa tubuh yang pamerkan secara tidak langsung.

Kaunselor Q juga perlu memastikan dia memberikan persetujuan termaklum kepada klien terlebih dahulu sebelum sesi berlangsung serta menyatakan perkara-perkara yang perlu diketahui oleh klien serta batasan-batasan kerahsiaan terutama yang melibatkan isu keselamatan.

(10)

KOD ETIKA

Berikut adalah beberapa kod etika yang harus dimaklumi oleh Kaunselor Q dalam dia mengendalikan sesi bersama M agar tidak berlaku sesuatu yang berlawanan dengan etika kaunseling.

Kod Etika Lembaga Kaunselor Bahagian A.2. Persetujuan termaklum di dalam perhubungan kaunseling

A.2.a Persetujuan Termaklum

Klien mempunyai kebebasan memilih untuk memasuki atau terus berada di dalam sesuatu perhubungan kaunseling. Klien memerlukan maklumat yang cukup mengenai proses kaunseling dan kaunselor. Kaunselor mempunyai obligasi untuk menjelaskan secara bertulis dan lisan kepada kliennya mengenai hak-hak dan tanggungjawab kaunselor dan klien. Persetujuan termaklum merupakan sesuatu yang berlaku di dalam proses kaunseling, dan kaunselor hendaklah mendokumenkan persetujuan termaklum, sepanjang perhubungan kaunseling dengan cara yang sesuai.

A.2.b Jenis maklumat yang diperlukan

(11)

kaunseling secara rterus-menerus; dan untuk menolak sebarang perkhidmatan atau perubahan modaliti. Mereka berhak mendapat maklumat tentang akibat penolakan sedemikian.

Kod Etika Lembaga Kaunselor Bahagian A.4: Menghindari kemudaratan dan memaksa terima nilai-nilai

A.4.a Menghindari kemudaratan

Kaunselor hendaklah menghindari daripada memudaratkan klien, pelatih dan peserta penyelidikan mereka. Kaunselor juga hendaklah berusaha untuk meminimumkan atau memulihkan kemudaratan yang tidak dapat dielak atau yang tidak diduga.

A.4.b Nilai-nilai peribadi

Kaunselor hendaklah sedar akan nilai, sikap, kepercayaan dan tingkah laku mereka dan menghindari daripada memaksa terima nilai yang tidak tekal dengan matlamat kaunseling. Kaunselor hendaklah juga menghormati kepelbagaian klien, pelatih dan peserta penyelidikan mereka.

Kod Etika Lembaga Kaunselor Bahagian A.11: Penamatan dan rujukan

A.11.b Ketidakupayaan membantu klien

Jika kaunselor merasa tidak berupaya memberikan bantuan professional kepada klien, mereka hendaklah menghindari daripada memulakan atau meneruskan perhubungan kaunseling. Kaunselor hendaklah mengetahui sumber rujukan yang sesuai dari segi budaya dan klinikal serta mencadangkan alternative ini. Jika klien menolak cadangan rujukan, kaunselor sepatutnya tidak meneruskan perhubungan kaunseling dengan klien tersebut.

Kod Etika Lembaga Kaunselor Bahagian B.1: Menghormati hak-hak klien

(12)

Kaunselor tidak boleh berkongsi maklumat rahsia tanpa persetujuan klien atau tanpa justifikasi etika atau undang-undang yang mantap.

B.1.d. Penjelasan mengenai batasan

Di peringkat awal dan sepanjang proses kaunseling, kaunselor perlu memberitahu klien mengenai batasan kerahsiaan dan mengenalpasti situasi tertentu yang diduga di mana kerahsiaan mesti didedahkan.

Kod Undang-undang yang memberi Implikasi yang sama

P.U.(B) 201/2009

JUDGES ’ CODE OF ETHICS 2009 PART III. CODE OF CONDUCT

Section 6. Avoiding impropriety and the appearance of impropriety in all judicial

(1) A judge shall act at all times in a manner that promotes integrity and impartiality of the judiciary.

(2) A judge shall not—

(a) allow any relationship to influence his judicial conduct or judgment;

(b) lend the prestige of his judicial office to advance his or others’ private interest; and

(c) convey or permit others to convey the impression to any person that they are in a special position to influence him

MEMOHON KONSULTASI PROFESSIONAL

(13)

akan membantu kaunselor Q dalam menilai kembali dirinya dan langkah yang boleh diambil dalam membantu klien mencapai celik akalnya.

Kunci kepada isu etika dalam sesi kaunseling termasuklah membuat keputusan bahawa kaunselor boleh bekerjasama dengan klien dan boleh menggunakan kuasa yang ada pada kaunselor secara sah. Ini menunujukkan bahawa kerjasama merupakan faktor asas dalam membantu klien menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh klien. Kaunselor boleh menggunakan kuasa yang ada padanya iaitu membantu klien mencapai apa yang diinginya sewaktu proses kaunseling sedang berjalan. Setiap klien yang ditemui mempunyai keunikan latar belakang yang berpunca daripada perbezaan budaya dan atas dasar inilah kaunselor perlu bijak untuk menangani setiap permasalahan klien dan cuba menjadikan dirinya sebahagian daripada latar belakang yang penuh dengan keunikan itu.Ini bermakna kaunselor bukan setakat perlu menyelami perasaan klien tetapi harus melihat sesuatu persoalan itu dari perspektif pandangan latar budaya klien itu sendiri.

Etika memainkan peranan penting dalam proses memberikan pertolongan dari kaunselor kepada kliennya.Ini disebabkan etika memberikan beberapa panduan kepada kaunselor dalam memberikan perkhidmatan kepada klien dan menjaminkan keselamatan dan kerahsiaan klien terpelihara. dengan nilai-nilai klien mereka, namun adalah penting untuk mereka menghormati hak dan kebebasan klien untuk memegang atau mempunyai sistem nilai yang berbeza. Ini adalah kerana cara kaunselor menangani konflik perbezaan nilai boleh menimbulkan isu di dalam etika kaunseling.Tidak semua kaunselor atau pengamal terapi mempunyai pandangan yang sama dalam isu ini namun kadangkala perbezaan pendapat dapat memberikan perspektif baru yang lebih meyakinkan dalam membantu klien.

ASPEK KEROHANIAN DAN NILAI AGAMA SEBAGAI ALTERNATIF SOLUSI

(14)

Namun demikan terdapat juga pengamal terapi yang tidak bersetuju dan beranggapan bahawa aspek kerohanian dan nilai keagamaan tidak wajar digunakan di dalam sesi kaunseling dan begitu juga sebaliknya di mana terdapat tokoh-tokoh agama yang menganggap sesi kaunseling atau terapi sebagai sesuatu yang mencurigakan.Sememangnya setiap kaunselor pasti mempunyai agama atau satu sistem dalam aspek kerohanian yang menjadi pegangan di dalam kehidupan mereka. Ada kalanya pegangan ini sedikit sebanyak mempengaruhi cara kaunselor melihat sesuatu isu, matlamat, pilihan penggunaan intervensi serta proses penerokaan isu semasa sesi kaunseling. Justeru itu kaunselor mempunyai tanggungjawab etika untuk sentiasa berwaspada tentang bagaimana ianya boleh memberi kesan terhadap tugas mereka dan memastikan ianya tidak mendatangkan keburukan kepada klien mereka.

(15)

RUJUKAN

Corey Gerald, Corey Marianne Schneider & Callanan Patrick (2011) Issues and Ethics in the Helping Profession, (8th ed). Brooks/Cole

Francis, R. D. (2009). Ethics for Psychologists. (2nd ed). United Kingdom: BPS Blackwell

Kod Etika Kaunselor (2011), Lembaga Kaunselor (Malaysia). Sebarau Enterprise

Muhd. Mansur Abdullah & Siti Nordinar Mohd Tamin, (1996). Pengantar Kaunseling. Kuala Lumpur: DBP.

Nik Rosila Nik Yaaakob, Nilai dan Etika Menolong, Pusat Pengajian Pendidikan USM

Othman Mohamad. (2000). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. UPM: Serdang. Selangor.

Pack-Brown, S. P., & Williams, C. B. (2003). Ethics in a Multicultural Context. Utd. States: Sage Publications, Inc

Professional Counselling. (2010). Etika Kaunseling: Kepentingan dan Pengunaannya.

Diterima pada — Februari 2011, daripada http://www.i-counsellor.com/assets/docs.pdf

Sapora Sipon, Ahmad Jazimin Jusoh & Hapsah Md. Yusof. (2002). Kaunseling

Referensi

Dokumen terkait