Apa kesan pemerdagangan manusia kepada ekonomi sesebuah nagara dan buruh ? Perkaitan antara ekonomi sumber manusia.
Apa yang saya dapati daripada kajian tinjauan saya ini adalah, pemerdagangan manusia menjadikan ekonomi sumber manusia tidak berlaku dengan begitu normal atau secara naturalisasinya. Dalam konsep ekonomi sumber manusia diandaikan bahawa manusia sebagai buruh akan menyumbang kepada ekonomi dalam sesebuah negara dan dapat diukur sumbangan setiap seorang buruh tersebut. Namun dalam konteks pemerdagangan manusia, buruh telah disalah guna dari segi hak mereka untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik dan berkualiti. Teori Becker menyatakan bahawa manusia dalam ekonomi sumber manusia memilih untuk mendapatkan intensif masa lapang dan pekerjaan. Walau bagaimanapun dalam hal ini, berlaku keadaan yang mana buruh tidak seperti yang diandaikan oleh Becker.