Nilai, Bakat dan Cabaran Kehidupan Generasi Z Dalam Komuniti Orang Asli
Aminah Albani
Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan & Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Correspondence: Aminah Albani (email:[email protected])
Abstrak
Globalisasi telah membawa perubahan besar kepada kehidupan masyarakat dunia. Kesannya muncul pelbagai persoalan dalam masyarakat yang memerlukan perdebatan dan penyelesaian. Dalam konteks pembangunan dunia, Malaysia turut merasai bahang kepesatan perubahan ini dan golongan muda paling terkesan dengan globalisasi dan dunia siber masa kini. Kewujudan pemikiran baru dunia kini menjadi suatu cabaran bagi mereka. Namun peluang pendidikan yang meluas dan pendedahan kepada pengalaman baru serta keazaman untuk berubah pastinya boleh menjadi pendorong kepada Generasi Z (selepas ini disebut Gen Z) untuk belajar, memupuk bakat dan meningkatkan keupayaan serta daya tahan. Pendedahan dan penguasaan terhadap internet dan media baharu juga dapat memberi manfaat kepada pembangunan bakat seterusnya penciptaan inovasi dalam kalangan mereka untuk menyumbang kepada pembangunan negara. Justeru itu, kajian ini mempunyai tiga objektif: (a) mengenal pasti profil Gen Z dalam kalangan komuniti Orang Asli, (b) mengenal pasti bakat dan nilai yang dimiliki Gen Z dan (c) meneliti reaksi Gen Z terhadap cabaran dan harapan mereka menghadapi kehidupan di abad 21. Kajian ini menggunakan teori modal sosial Coleman. Proses pengumpulan data menggunakan kaedah kualitatif dengan mengadakan temu bual secara mendalam dan pemerhatian serta kajian kepustakaan. Seramai 3 orang informan dalam kalangan Gen Z Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu dipilih menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Kajian ini dapat menemukan kekuatan yang dimiliki oleh Gen Z berisiko dari segi nilai dan bakat agar mereka dapat bersama-sama menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negara. Data dianalisis menggunakan perisian komputer QSR Nvivo dengan mengkategorikan data mengikut tema-tema tertentu.
Kata kunci: Gen Z, Bakat, Inovasi, Pembangunan Belia, Negara Bangsa.
Value, talent and Challenges of Life Generation Z in Orang Asli Communities
Abstract
resilience. Exposure and control of the internet and new media can also benefit the further development of talent among them the creation of innovation in order to contribute the national development. Therefore, this study has three objectives: (a) identify the Gen Z profile among Orang Asli communities; (B) identify value and talent that Gen Z and (c) examine the Gen Z reaction to the expectations and challenges they are future in the 21st century. This study uses the theory of social capital Coleman. The process of collecting data using qualitative method by conducting in-depth interviews and observations. A total of 3 people informant among Orang Asli Gen Z is selected using purposive sampling. This research can find the strength of the Gen Z in terms of value and talent so that they can jointly contribute to the development and progress of the country. Analysis data using software QSR Nvivo. Researcher was categorized the data according to theme.
Keyword: Generation Z, Talent, Innovation, Youth development, Nation State.
Pengenalan
Penduduk Malaysia kini sudah mencecah 31.7 (Jabatan Perangkaan Malaysia 2016) dan daripada jumlah tersebut masyarakat Malaysia didominasi oleh orang muda dengan 46.6 peratus penduduk berusia 24 tahun dan 41 peratus lagi berusia 25 hingga 54 tahun. Abdul Rahman (2014) menegaskan bahawa trend penduduk Malaysia berusia muda khususnya yang berpendidikan tinggi semakin meningkat sehingga tahun 2020. Keadaan ini memberi pengertian bahawa peranan orang muda dalam perubahan masyarakat amat penting untuk membangun masa depan negara (Abdul Rahman 2014).
Keadaan ini memberi pengertian bahawa peranan orang muda dalam perubahan masyarakat amat penting dalam membangun masa depan negara. Tambahan lagi, akses dan kemahiran orang muda terhadap teknologi internet serta keterbukaan alam siber yang luas membolehkan orang muda memanfaatkannya untu pelbagai tujuan pemerkasaan masyarakat. Cabaran pembangunan masyarakat khususnya remaja di peringkat global dan keperluan pembangunan remaja dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia sememangnya memerlukan strategi yang dinamik dan komprehensif serta mampu membawa generasi ini mara ke hadapan dengan semangat dan keyakinan yang tinggi. Tambahan pula, cabaran globalisasi, liberalisasi dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang amat pantas masa kini menuntut semua pihak agar mampu bertindak pantas dalam memberikan maklum balas yang semestinya relevan dan membawa kesan positif kepada Gen Z ini.
Masyarakat Orang Asli sering dilabelkan sebagai komuniti yang sering menolak pembangunan. Terdapat pandangan yang mengatakan bahawa masyarakat Orang Asli bersifat primitif dan anti pembangunan (Hood 1989). Namun, fenomena globalisasi telah merubah corak pemikiran mereka. Ini terbukti dengan penglibatan golongan minoriti Orang Asli dalam arus perdana. Penglibatan dalam bidang pendidikan semakin meningkat saban tahun. Walaupun bidang pendidikan masih ditahap rendah akibat faktor kemiskinan, kerajaan terus berusaha mencari inisiatif agar golongan komuniti ini tidak ketinggalan untuk maju bersama-sama dengan masyarakat yang tinggal di bandar. Peratus keciciran pendidikan juga telah menurun hasil daripada usaha penubuhan sekolah-sekolah di pos pendalaman (Wan Afizi 2014).
Berasaskan kajian para sarjana seperti Turner et al. (2000), Briggs et al. (2007) dan Lauderdale (2008), didapati bahawa wujud pelbagai dorongan dan faktor yang membentuk modal insan sesebuah komuniti (W. A. Amir Zal 2013). Begitu juga halnya dengan komuniti Orang Asli. Sekaitan dengan pengenalan di atas, artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti profil Gen Z komuniti Orang Asli di Pos Kuala Mu Perak, nilai dan bakat yang dimiliki oleh mereka serta reaksi Gen Z terhadap cabaran dan harapan masa depan.
.
Metod Kajian
Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah kualitatif dalam mengenalpasti nilai dan bakat yang dimiliki oleh Gen Z komuniti Orang Asli. Gen Z komuniti Orang Asli dalam makalah ini merujuk kepada remaja yang berusia 7 tahun - 18 tahun yang tinggal di penempatan Orang Asli Pos Kuala Mu, Sungai Siput Perak. Menurut W. A. Amir Zal (2013), Orang Asli Darat Temiar (selepas ini disebut sebagai Temiar) merupakan Orang Asli dari suku Senoi yang mana kebanyakan mereka menetap di negeri Perak terutamanya di sekitar Sungai Siput. Namun terdapat juga sebilangan kecil Temiar yang berada di Kelantan, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan (W.A.Amir 2013). Data dikumpul dengan menggunakan kaedah pemerhatian turut serta dan mengambil nota di lapangan. Selain daripada itu, penyelidik juga menggunakan kaedah temu bual secara mendalam bersama 3 orang informan berumur 13 dan 17 tahun dan masih bersekolah. Informan merupakan penduduk Kampung Besrah, Pos Kuala Mu Perak. Data yang diperolehi melalui temu bual dan pemerhatian dianalisis dengan menggunakan perisian Nvivo dengan mengkategorikan data menggunakan tema-tema tertentu.
Hasil Kajian
Selangor dan Negeri Sembilan. Menurut Carey (1976), Temiar turut dikenali sebagai Senoi Serok, Tummear, Timeor, Tembe dan Teme. Temiar turut menggelarkan diri mereka sebagai manusia pedalaman berbukit atau Orang Hutan (Benjamin 1993). Kehidupan suku Temiar pada dasarnya masih banyak bergantung pada persekitaran hutan, meskipun mereka telah banyak terlibat dengan pelbagai aktiviti ekonomi moden (W.A.Amir, 2013). Melalui pemerhatian yang dibuat, didapati Gen Z mempunyai nilai dalam beragama, nilai kebertanggungjawaban serta nilai dalam cita-cita dan matlamat hidup.
Di dalam kajian ini, Pengkaji telah mengajukan beberapa soalan bertepatan dengan objektif kajian. Antara soalan yang telah diajukan ialah tentang profil, peranan di dalam keluarga dan sekolah. Pengkaji juga mengajukan soalan berkisar tentang hobi dan bakat yang dimiliki. Pengkaji juga mengajukan soalan berkenaan dengan reaksi terhadap cabaran yang dihadapi pada masa depan. Melalui temu bual bersama informan, didapati bahawa Gen Z mempunyai nilai kekeluargaan yang tinggi. Mereka terlibat secara langsung dalam aktiviti keluarga. Walaupun kebanyakan daripada mereka tinggal di asrama sekolah, apabila cuti sekolah, mereka turut serta membantu ibu bapa di kebun, menangkap ikan di sungai, terlibat dengan kerja-kerja di rumah seperti memasak, membasuh pinggan, membantu menjaga adik beradik lain, membantu mencari sayur-sayuran di kebun dan membasuh baju. Nilai kekeluargaan ini dipupuk sejak dari kecil. Mereka didedahkan dengan aktiviti mengurus rumah dan keluarga sejak berusia 5 tahun. Maka tidak hairan jika melihat anak-anak kecil sudah pandai mengasuh adik apabila ibu bapa bekerja di kebun.
Nilai Gen Z Orang Asli
Berdasarkan teori Coleman, nilai adalah norma-norma yang dimiliki yang membentuk kepada tingkah laku yang boleh diterima oleh masyarakat. Nilai ini terpupuk hasil daripada didikan di dalam keluarga dan peranan para guru di sekolah. Galakan daripada kerajaan (JHEOA) dan NGO juga menjadi penyumbang kepada pembentukan nilai-nilai di dalam diri. Pihak kerajaan mahupun NGO seringkali mengunjungi perkampungan Orang Asli untuk mengadakan program-program keagamaan dan kemanusiaan “Community Service”. Golongan Gen Z Orang Asli akan mengambil bahagian dalam setiap program yang diadakan. Namun, keberkesanan program-program seperti ini masih lagi di dalam penyelidikan para pengkaji.
Bakat Gen Z Orang Asli
Berkenaan dengan persoalan bakat dan hobi, Gen Z Orang Asli di Kampung Bersah menyatakan bahawa hobi mereka ialah menghabiskan masa terluang dengan telefon bimbit. Mereka suka mendengar lagu, berborak dengan kawan-kawan melalui aplikasi Whatsapp dan Wechat serta bermain aplikasi permainan. Memandangkan lokasi kajian merupakan penempatan Orang Asli yang telah mempunyai liputan telekomunikasi, ia sekaligus memberi kemudahan kepada komuniti yang berada di sana. Meskipun keadaan telah berubah akibat faktor globalisasi dan kemajuan teknologi maklumat, namun pengetahuan tradisi tidak dilupakan begitu saja.
Menurut Turner et al. (2000) dan Briggs et al. (2007) (dalam makalah W. A. Amir Zal 2013), pengetahuan itu adalah normal kerana lazimnya sesebuah komuniti mengaitkan pengetahuan tradisi mereka sebagai punca kepada identiti mereka dan perlu melindunginya. Lantaran itu, mereka tetap mempertahankannya meskipun kehidupan mereka telah berubah. Antara cara yang dilakukan ialah dengan mewariskannya kepada generasi seterusnya melalui pembelajaran tidak formal dalam kalangan ahli komuniti (Lauderdale, 2008). Gen Z masih terdedah dengan pengetahuan tradisi, mereka mempelajari ilmu warisan dari ibu bapa, mereka mempunyai pengetahuan untuk membuat jerat dan bubu untuk menangkap ikan serta sumpit untuk memburu burung di hutan. Bagi golongan Gen Z perempuan, ramai dalam kalangan mereka sudah tidak mempunyai pengetahuan tradisi seperti menganyam tikar atau membuat kraftangan. Ini kerana, kerja-kerja tersebut didominasi sepenuhnya oleh kalangan dewasa dan warga tua. Melalui pemerhatian yang dibuat di beberapa buah kampung, pengkaji mendapati bahawa kraftangan seperti tikar mengkuang dan bakul dibuat oleh golongan warga tua.
Reaksi terhadap cabaran masa depan
Pendidikan memainkan peranan penting dalam konteks menangani cabaran sosial belia negara masa kini yang timbul atas beberapa faktor seperti lambakan maklumat sejajar dengan kemajuan teknologi komunikasi. Antara lainnya, pendidikan menyediakan belia satu landasan mobiliti sosial yang kukuh untuk masa hadapan. Justeru, falsafah pendidikan adalah penting untuk melahirkan generasi belia yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani di dalam mengharungi cabaran sosial pada masa hadapan (DBM 2015). Berkisar tentang objektif kajian berkenaan dengan reaksi terhadap cabaran dan harapan masa depan. Gen Z Orang Asli berdepan dengan masalah pendidikan berpunca daripada kurangnya dorongan daripada keluarga serta kurangnya keyakinan dalam diri. Akibat daripada itu, mereka tidak berani untuk memasang cita-cita yang tinggi. Walaubagaimanapun, keterlibatan komuniti ini dalam sektor pendidikan saban tahun menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Menurut Wahid (2007), di Pekan Pahang, kadar keciciran anak-anak Orang Asli di sekolah rendah telah turun daripada 80 peratus pada tahun 1995 kepada 28.8 peratus pada tahun 2007 (Wan Afizi 2014).
memenuhi matlamat negara Malaysia seperti termaktub di dalam Dasar Belia Malaysia. Generazi Z mempunyai cita-cita sama seperti Gen Z arus perdana. Impian untuk mendapat pekerjaan yang baik adalah untuk membantu memajukan keluarga agar mampu merasai kehidupan dalam kehidupan.
Kesimpulan
Rujukan
Anna Leon-Guerrero. 2005. Social Problems Community, Policy and Social Action. Califonia:Pasific Lutheran University, Pine Forge Press.
Azyyati Mohd Nazim, Fariza Md. Sham & Salasiah Hanin Hamjah. 2013. Ciri-ciri
Benjamin G (1993) Process and structure in Temiar Social Organization. In: Hood Salleh, Kamaruddin M. Said, Awang Hasmadi Mois (eds) Mereka yang terpinggir, pp.103-163. Pusat Teknologi Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Briggs J, Sharp J, Yacoub H, Hamed N, Roe A (2007) The nature of indigenous environmental knowledge production: Evidence from Badwi Communities in Southern Egypt. Journal Of International Development 19, 239–251.
Don Taspcott. 2008. Grown Up Digital: How the Net Generation is Changing Your
Hasniza, Che Noh, Che Ibrahim, Mohd Yusri. 2014. Kajian Penerokaan Buli Siberdalam Kalangan Pelajar UMT. Procedia Social and Behavioral Sciences.34:323-329.
Iram Barida Maisya, Andi Susilowati. 2013. Faktor Pada Remaja Muda Dan Tersedianya Media Informasi Hubungannya Dengan Perilaku Berisiko.Pusat Teknologi Intervensi Kesehatan Masyarakat Badan Litbangkes, Kementerian Kesehatan.
James.S.Coleman. 1990. Foundation of Social Theory. London: The Balknap Press of Harvard University Press.
KBS. 2015. Dasar Belia Malaysia.http://file:///D:/DBM_Booklet_2015L.pdf [8 November 2016].
Lancaster & Stillman. 2003. When Generations Collide: Who They Are. Why TheyClash.
How to Solve The Generational Puzzle at Work. New York: Harper Collins.
Lauderdale P (2008) Indigenous peoples in the face of globalization. American Behavioral
Scientist 51(12), 1836-1843.
Mustaffa Omar, W.A. Amir Zal, Sharina Halim& Hood Salleh. 2014. Status Modal Insan Dalam Menjamin Kelestarian Hidup Suku Che Wong Dan Jahut: Suatu Analisis Perbandingan. GEOGRAFIA Malaysian Journal of Society and Space. 10(3):73-89.
Remaja Berisiko: Kajian Literatur. Islamiyyat 35(1): 111 – 119.
Siti Mahani Muhazir, Nazlinda Ismail, 2015. Generasi Z: Tenaga Kerja Baru dan Cabarannya. Artikel Psikologi Tahun 2015. Jabatan Perkhidmatan Awam.
Turner NJ, Ignace MB, Ignace R (2000) Traditional ecological knowledge and wisdom of Aboriginal Peoples in British Columbia. Ecological Applications 10 (5), 1275 1287.
Utusan Online. 2014. 7 November.
W. A. Amir Zal. 2013. Pembentukan Modal Insan Orang Asli Darat Dan Laut Di Malaysia.
GEOGRAFIA Malaysian Journal of Society and Space. 9(4):1-4.