• Tidak ada hasil yang ditemukan

SUATU KAJIAN MENGENAI SUMBANGAN HIMPUNAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "SUATU KAJIAN MENGENAI SUMBANGAN HIMPUNAN"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

SUATU KAJIAN MENGENAI SUMBANGAN HIMPUNAN MAHASISWA ISLAM TERHADAP DAKWAH ISLAM DI INDONESIA

Ismail Suardi Wekke

Ford Foundation International Fellowship Program Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

E-mail: iswekke@antarbangsa.net

Prof. Dr. Agussalim Sitompul

Fakulti Ushuluddin, Universiti Islam Negeri Sunan Kalijaga Yogyakarta, Indonesia

Rafiuddin Afkari

Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM, Bangi, Selangor D.E.

ABSTRAK

(2)

mengalami revolusi untuk mempertahankan kemerdekaan dan tentunya umat Islam sebagai majority yang mengalami penderitaan tersebut; kedua, situasi perguruan tinggi dan kemahasiswaan yang berpecahbelah dalam memandang ilmu pengeteahuan agama dan ilmu pengeta huan awam; ketiga, situasi umat Islam yang terbagi ke dalam berbagai aliran keagamaan dan politik serta kemiskinan dan kebodohan.

PENGENALAN

Himpunan Mahasiswa Islam (HMI) merupakan “pewaris” tradisi intelektual dari generasi sebelumnya dan mesti tetap berterusan sehingga berfungsi sebagai wadah yang mencetak/memproduksi generasi terpelajar baru yang berlangsung secara berkesinambungan di tengah-tengah masyarakat Indonesia. Bererti HMI mesti ikut berpartisipasi untuk menumbuhkan dan memperluas lapisan menengah masyarakat Indonesia baik dalam konteks sosial, budaya, ekonomi dan politik. Persoalan dasar adalah bagaimana menjadikan Islam sebagai sumber konsep?. Dengan cara bagaimana menjabarkan nilai-nilai normatif yang terdapat dalam Al Quran dan Sunnah tersebut menjadi konsep-konsep kehidupan yang operasional, yang mudah dapat dilaksanakan adalah satu pertanyaan. Di sinilah pentingnya belia dalam perjuangan dakwah Islam.

Adalah amat penting bagi kehidupan Agama Islam untuk berusaha menerjemahkan nilai-nilai agama yang terkandung dalam Al Quran, dengan sikap dan perbuatan nyata sehari-hari. telah berabad-abad lamanya Al Quran dapat menjadi pelita dunia kea rah hidup yang baik, maju dan sopan, maka bagi umat Islam Indonesia yang hidup di abad alaf ini, mesti menampakkan kepada dirinya sendiri, apakah Al Quran yang kita junjung tinggi dapat memberikan manfaat bagi hidup dan kehidupan kita umat manusia khasnya dan dunia amnya.

Ketika HMI ditubuhkan di Yogyakarta, 60 tahun lalu telah mengemban suatu amanat perjuangan iaitu untuk merespon tujuh faktor yang merupakan latar belakang perkembangan pemikiran dan penumbuhan HMI.1 Bererti sejak penubuhan sampai masa yang akan datang, HMI berperan sebagai organisasi perjuangan, dengan membawa suatu misi dakwah. perjuangan itu adalah suatu

1 Latar belakang perkembangan pemikiran dan penubuhan HMI ada tujuh faktor, iaitu : 1)

(3)

usaha yang teratur, tertib, sistematis dan berencana untuk mengubah suatu tatanan (kondisi yang tidak sesuai lagi dengan tuntutan masa kini, sehingga muncul situasi baru yang lain dari kondisi sebelumnya sehingga dapat memenuhi tuntutan keperluan) kontemporer sebagimana kita kehendaki menuju keridloan Allah SWT.

Bererti hakekat dari perjuangan dakwah itu adalah mengubah, merombak, memperbaiki, memperbaharui, menyembpurnakan semua tatanan yang tidak sesuai lagii dengan tuntutan masa kini sehingga tercipta suatu tatanan baru yang berbeza dengan masa sebelumnya. Bererti dakwah HMI adalah suatu pesan yang diperjuangkan HMI dalam keberadaannya sebagai organisasi mahasiswa Islam untuk melakukan perombakan, perubahan, perbaikan, pembaharuan, penyempurnaan di tengah-tengah kehidupan bermasyarakat, berbangsa dan bernegara untuk terciptanya situasi baru, untuk menyokong berhasilnya perjuangan tahap berikutnya.

KEPENTINGAN KAJIAN

Penyelidikan adalah untuk menginventarisasi latar belakang munculnya konsep-konsep pemikiran keislaman dan keindonesiaan HMI yang digali dari berbagai sumber dan data HMI, kemudian melakukan pemahaman secara sistematik, guna memperoleh gambaran yang jelas sebagai pengetahuan baru. suatu kontribusi ilmiah yang akan dihasilkan kajian ini, untuk memperkaya khazanah pemikiran Islam, sebagai warisan intelektual Muslim dari masyarakat Islam Indonesia amnya dan dari HMI khasnya. Bagi HMI, hasil penyelidikan ini berguna untuk memperluas dan mempertajam wawasan keislaman dan keindonesiaan, yang menjadi landasan kebijaksanaan HMI. Hasil penyelidikan memberikan sarana bagi HMI dapat melakukan peninjauan ulang mahupun menilai kembali kemunculan pemikiran HMI tentang keislaman dan keindonesiaan, yang ingin diperbaharui dan dikembangkan secara kontekstual untuk gerakan dakwah Islam di Indonesia.

SOALAN KAJIAN

Berdasarkan latar belakang dikemukakan, maka kajian ini menumpukan soalan penyelidikan iaitu:

(4)

2. Bagaimana peranan HMI dalam gerakan dakwah di tengah-tengah masyarakat Indonesia yang berbagai-bagai kaum?.

KAJIAN LITERATUR

Ada beberapa karya tulis baik berupa buku, skripsi, tesis, mahupun penyelidikan, yang membahas tentang HMI, iaitu satu, Fragmen Lintasan Sejarah Perjuangan HMI period Yogyakarta, (1970), ditulis oleh A. Halim Mubin dari Makassar; Kedua, Hari-hari yang panjang 1963-1966 (1989) karya Sulastomo; Ketiga, HMI Menjawab Tantangan Zaman (1990), disunting oleh Muchriji Fauzi HA dan Ade Komaruddin Mochammad; Keempat, Mencipta dan Mengabdi Nilai Komitmen Nilai Islam untuk Masa Hadapan Bangsa (1997), dengan penyunting Moksen Idris Sirfefa dan M. Alfan Alfian M; Kelima, Skripsi pertama tentang HMI, ditulis oleh Muhammad Mansur dari Fakultas Ushuluddin IAIN Sunan Kalijaga, Jurusan Perbandingan Agama tahun 1971. Tajuk tesis sarjana muda, Himpunan Mahasiswa Islam (HMI) Asas dan Sikap Perjuangannya di bawah bimbingan Dr. H. A. Mukti Ali dan Drs. H. Syamsudin Abdullah; Keenam, Partisipasi dalam Organisasi Suatu Kajian Terhadap HMI Cabang Yogyakarta (1975), ditulis Syaukani Bustami (almarhum), dengan pembimbing Drs. Usman Tampubolon; Ketujuh, Peranan Himpunan Mahasiswa Islam dalam Menghadapi Kekuatan PKI di Indonesia 1947-1966 (1990), oleh Agus Mulyana, pelajar FPIPS IKIP Bandung; Kedelapan, Modernisasi Politik di Indonesia : Suatu Kajian Mengenai Peranan Islam dan HMI MPO, (1995). Tesis ini ditulis Rusli Karim yang dikemukakan untuk memperoleh Sarjana Sastra pada Fakultas Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia; Kesembilan,

Himpunan Mahasiswa Islam Sejarah dan Kedudukannya di Tenga h Gerakan-Gerakan Muslim Pembaharu di Indonesia (1979). Penyelidikan ini ditulis Victor I. Tanja, yang dipertahankannya pada Dewan Pengajar Hartford Seminary Foundation Amerika Serikat untuk melengkapi syarat mencapai gelar Doctor of Philosopy (Ph.D.). Judul asli penyelidikan ini adalah Islamic Students Association, Its History and Its Place Among Muslim Reformist Movement in Indonesia; Kesepuluh, Konsep Nasionalisme HMI sebagaimana tercermin Dalam

Pidato Dies dan Penerapannya Dalam Gerakan Angkatan ’66, (1994).

Penyelidikan ini ditulis Saifullah SA., diajukan kepada Program Pascasarjana IAIN Syarif Hidayatullah Jakarta, untuk memperoleh gelar Doktor dalam Ilmu Agama Islam.

(5)

1963-1966, HMI mahu dicoba dibubarkan oleh PKI (parti komunis Indonesia). Dapat dipastikan buku ini tidak membahas tentang pemikiran HMI mengenai keislaman dan keindonesiaan. Muchriji Fauzi HA dan Ade Komaruddin Mochammad (1990) membahas komitmen HMI terhadap keislaman, keindonesiaan dan kemahasiswaan. Kepelbagaian pemikiran tentang HMI dikaji oleh Moksen Idris Sirfefa dan M. Alfan Alfian M (1997). Tesis sarjana muda pertama tentang HMI, ditulis Muhammad Mansur dari Fakulti Ushuluddin IAIN Sunan Kalijaga, Jabatan Perbandingan Agama tahun 1971 dengan tajuk

Himpunan Mahasiswa Islam (HMI) Asas dan Sikap perjuangannya pembahasan Muhammad Mansur (1971) adalah sikap independensi HMI dalam memahami ajaran Islam dalam bidang politik. Dari perbezaan tersebut, substansi pembahasan kedua tulisan ini tidak bertemu. hal ini terjadi, kerana pendekatan yang dilakukan masing-masing penulis memang berbeza. Penyelidikan dalam ilmu administrasipun telah dijalankan. Syaukani Bustami (1975) menyelidiki pertisipasi ahli dalam organisasi HMI. Agus Mulyana (1995) menulis untuk tesis sarjana muda dengan tumpuan pada aktiviti HMI dalam melawan gangguan yang ditimbulkan PKI (Partai Komunis Indonesia).

(6)

Dalam kajian literatur ini, dapat disimpulkan bahawa belum ada penyelidikan yang khas bagaimana HMI dan peranannya dalam gerakan dakwah di Indonesia. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti bagaimana posisi HMI berhubungkait dengan dakwah bagi memberikan gambaran akan aktiviti-aktiviti HMI yang digerakkan untuk kepentingan dakwah.

METOD DAN PENDEKATAN KAJIAN Pendekatan dan Konsepsual Kajian

Kuntowijoyo (1985:5) mengemukakan bahawa metod, adalah untuk mencapai sesuatu perlu diperhatikan cara kerja yang dilakukan. cara itu dengan melalui suatu proses, iaitu dimulai dari idea, dimana Islam perlu dirumuskan menjadi ilmu. Konsep-konsep normatif diturunkan menjadi filsafat dan lalu menjadi teori.

Selanjutnya bagaimana menjadikan Islam sebagai sesuatu yang empiris.

Pendapat lain tentang pendekatan yang patut dilakukan mengenai kajian sejarah pemikiran, sebagaimana dikemukakan Taufiq Abdullah Rusli Karim, (1991:33). Menurutnya ada dua pendekatan. Pertama, pendekatan horizontal

yang mengkaji hubungan antar berbagai cawangan, sehingga kajian itu telah menampakkan ke dalam reality sosial dan pribadi, serta mendapatkan keterangan struktural yang bersifat dalaman. Kedua, pendekatan vertikal, iaitu bagaimanakah ajaran (ketentuan hukum dan etika), simbol serta idiom keagamaan itu berinteraksi dengan struktur realiti. Keterangan yang diperoleh itu ialah suatu keterangan yang dialektis.

Selain dengan pendekatan yang diungkapkan di atas maka untuk menghampiri permasalahan yang ditawarkan, dilakukan pendekatan historis sosiologis, suatu pendekatan pemahaman terhadap suatu kepercayaan, ajaran atau kejadian dengan melihatnya sebagai realiti yang punya kesatuan mutlak dengan waktu, tempat kebudayaan, dan lingkungan di mana kepercayaan, ajaran, atau pemikiran itu muncul (A. Mukti Ali, 1984:23).

(7)

menyeluruh mengenai hasil pemikiran yang ditulis (Winarno Surachmad, 1972:21-28).

Sumadi Suryabrata (1983:16) memaparkan bahawa tujuan metod historis untuk membuat rekonstruksi masa lepas secara sistematis dengan cara mengumpulkan, mengevaluasi, memverifikasi serta mensintesiskan bukti-bukti untuk menegakkan fakta dan memperoleh kesimpulan yang kuat. Kerana dalam masalah keislaman dan keindonesiaan HMI melibatkan masyarakat banyak maka dipakai metod historis faktual iaitu suatu metod yang menekankan kepada pikiran orang lain (Anton Bakker, 1984:136). Penyajian data dalam penyelidikan ini tidak cukup deskriptif, tetapi memerlukan analisis, maka dipergunakanlah metod analisis isi (content analysis), suatu metod yang melihat masalah dengan mengelaborasi sejauh mungkin aspek isi, manganalisisnya dari sudut bahasa, kedalaman dan keluasan materi, kaitan masalah dengan faktor-faktor yang mempengaruhi serta menarik garis konsistensi antara berbagai materi kemudian menyimpulkannya. Dipergunakannya metod content analysis adalah untuk memahami berbagai tema, pendapat dan pemikiran tentang keislaman dan keindonesiaan HMI. Diharapkan akan ditemukan kedalaman, mahupun jangkauan panjang dan makna idea yang dimiliki.

Sumber Data

Bagi pelaksanaan penyelidikan ini ada dua sumber yang dipergunakan yang selari dengan obyek penyelidikan.

Pertama, sumber primer, iaitu bahan tertulis yang diperoleh dengan melakukan riset perpustakaan. Penyelidikan ini mengutamakan sumber tertulis, berupa dokumen-dokumen, naskah serta sejumlah literatur yang memuat pemikiran- idea-idea, gagasan dan konsep HMI tentang keislaman dan keindonesiaan. Data-data itu, lebih mengutamakan dokumen-dokumen rasmi yang dibuat HMI. Dilakukan pula temubual untuk mendapatkan data penyelidikan secara mendalam.

Kedua, sumber sekunder, berupa keterangan dan maklumat dari hasil-hasil penyelidikan yang dibuat orang lain mengenai HMI, termasuk berita dan artikel dalam media-media awam yang tidak secara rasmi menyatakan sebagai pembawa suara HMI. Data yang berasal dari sumber sekunder hanya akan digunakan apabila data yang diperlukan tidak terdapat pada sumber primer.

DAPATAN KAJIAN

(8)

Di ibukota Negara Republik Indonesia, Yogyakarta, tanggal 14 Rabiulawal 1366 H, bertepatan dengan tanggal 5 Februari 1947 penubuhan Himpunan Mahasiswa Islam disingkat HMI oleh para mahasiswa tingkat I Sekolah Tinggi Islam (STI), yang dicetuskan dan diprakarsai Lafran Pane dan kawan-kawan tanpa campur tangan pihak luar, kecuali oleh mahasiswa sendiri di ruang kuliah STI, dengan matlamat:

1. Mempertahankan negara Republik Indonesia dan mempertinggi derajat rakyat Indonesia.

2. Menegakkan dan mengembangkan ajaran Islam.

Menurut pandangan HMI, tidak ada dikotomi antara wawasan keislaman dan wawasan kebangsaan. Walaupun pada rumusan tujuan HMI yang pertama, wawasan kebangsaan ditempatkan pada urutan pertama dan wawasan keislaman di urutan kedua, itu adalah sebagai taktik perjuangan untuk mencapai tujuan mempertahankan dan mempertinggi derajat rakyat Indonesia dalam aspek politik

iaitu membebaskan bangsa Indonesia dari belenggu penjajahan, aspek pendidikan, dengan mencerdaskan kehidupan bangsa, aspek ekonomi, mensejahterakan kehidupan rakyat, aspek budaya, membentengi budaya bangsa dan pengaruh budaya asing. Kerana selama persoalan politik khasnya, iaitu bebasnya Indonesia dari penjajahan Belanda menjadi bangsa yang bebas merdeka dan berdaulat penuh, maka tujuan untuk mempertinggi derajat rakyat Indonesia di bidang pendidikan ekonomi, sosial budaya, mahupun untuk menegakkan dan mengembangkan agama Islam, secara politis tidak mungkin dilakukan dan diperoleh, kerana kekuasaan masih berada di tangan pemenintah Belanda, kedaulatan bangsa Indonesia belum diakui. Ketika perjuangan diplomasi rnenampakkan tanda-tanda keberhasilan, Kongres I HMI di Yogyakarta, 30 November 1947, mengubah urutan itu. Štrategiknya adalah, berhasil mempertahankan kemerdekaan 17 Ogos 1945 dan dapat melaksanakan tujuan HMI dalam bentuk wawasan keislaman dan keindonesiaan dalam tarikan nafas yang satu dan sama, di alam Indonesia bebas merdeka.

Ketika berusia 9 bulan setelah melalui masa-masa kritis dilangsungkanlah Kongres I HMI di Yogyakarta tanggal 30 November 1947. Rumusan tujuan HMI yang pertarna, mengalami pergeseran urutan. Rumusan butir pertama dipindahkan ke urutan kedua dan sebaliknya rumusan-rumusan tujuan butir kedua dipindahkan ke urutan pertama. Penyempurnaan kalimat juga dilakukan. Rumusan matlamat HMI yang kedua adalah:

i. Mempertegak dan mengembangkan Agama Islam.

(9)

Melihat rumusan tujuan HMI yang pertama basil keputusan tanggal 5 Februari 1947, mahupun rumusan tujuan yang kedua hasil Kongres I HMI di Yogyakarta tanggal 30 November 1947, sejak awal HMI telah memiliki pemikiran keislaman dan keindonesiaan atau wawasan keislaman dan wawasan keindonesiaan (kebangsaan). Pemikiran atau wawasan keislaman tergambar dalam rumusan tujuan HMI kedua hasil keputusan rapat tanggal 5 Februari 1947 dan pada butir pertama hasil keputusan Kongres I tahun 1947. Sedangkan pemikinan atau wawasan keindonesiaan (kebangsaan) tertuang dalam rumusan tujuan HMI butir pertama hasil rapat 5 Februari 1947 atau pada butir kedua hasil keputusan Kongres I di Yogyakarta 30 November 1947.

Pemikiran keislaman dan keindonesiaan atau wawasan keislaman dan wawasan kebangsaan HMI yang bersumber dari rumusan tujuan HMI yang pertama dan kedua, Hari Azhar Aziz, Ketua Umum PB HMI period 1983-1986 mengatakan bahawa orientasi pemahaman perspektif kesejarahan memberikan gambaran bahawa gerak perjuangan HMI bukan peristiwa yang penubuhan sendiri. Ia akan selalu tampil sebagai pancaran dari idea dasar kelahiran HMI, seperti terungkap dari tujuan HMI. Terdapat dua makna yang mewarnai pemikinan HMI. Pertama, telah menjadi tekad HMI untuk membela, mempertahankan Negara Republik Indonesia serta menjaga kedaulatannya sejak merdeka 17 Ogos 1945. Telah menjadi keyakinan HMI, hanya dalam negara merdeka dan berdaulat saja cita-cita untuk meningkatkan derajat rakyat Indonesia di bidang politik, ekonomi, pendidikan, sosial budaya, dalam rangka mewujudkan masyarakat adil makmur dapat tercapai. Dari tema pernikiran seperti itu menurut Hari Azhar Azis, HMI menempatkan dirinya sebagai salah satu barisan, yang selalu tampil ke atas manakala datang penggilan untuk membela, mempertahankan dan mempersatukan bangsa Indonesia.

(10)

prinsip-prinsip yang menjadi jiwa, bentuk dan sifat “masyarakat” HMI dalam lingkungan

masyarakat bangsa Indonesia.

Pada dasawarsa menjelang berakhirnya abad ke-20, perkembangan pemikiran HMI keislaman di Indonesia mengalami perkembangan sangat menonjol. Barangkali inilah salah satu ciri abad ini, menghasilkan corak pemikiran yang sangat kaya dan khasanahnya. Indikasinya terlihat tampilnya pemikiran-pemikiran atau tesa-tesa baru dari intelektual muda, berwawasan kreatif-inovatif. Pertanda ini ditopang suasana kebebasan berpendapat yang menjebol rintangan-nintangan ideaologi politik aliran yang kaku. Sebagai tradisi ilmiah, gejala itu juga mendatangkan umpan balik berupa bangkitnya gerakan revivalisme, dengan membuahkan pemikiran-pemikiran berbeza atau antitesis terhadap pendapat sebelumnya. Di satu pihak sangat menggembirakan, tetapi di pihak lain, perbezaan pendapat ini sebagai warisan historis masa lalu dunia Islam.

Menelaah kurun waktu sejarah pergerakan pembaharuan pemikiran Islam di Indonesia ditandai tampilnya tokoh-tokoh pemikir yang digerakkan pendiri Muhammadiyah K.H.A. Dahlan sampai Nurcholish Madjid. Jika dibandingkan, pemikiran kedua-dua tokoh tersebut memiliki tumpuan gerakan yang berbeza. K.H.Ahmad Dahian pada awal gerakannya mencanangkan kembali kepada Al Quran dan sunnah, sebagai usaha untùk membersihkan Islam dari praktek-praktek

takhayul, bid ‘ah dan khurafat yang menyesatkan dan tidak menumbuhkan semangat Islam yang sentiasa membawa pesan-pesan pembaharuan. Dengan semangat kembali kepada Al Quran dan As Sunnah, yang memberikan roh kepada gerakannya, Ahmad Dahlan melakukan pembaharuan pemikiran dalam Islam, dan pendidikan. Sementara itu Nurcholish Madjid menumpukan pada pencerahan pemikiran ideaologi, politik, pendidikan, ekonomi dan sosio kultural.

(11)

wacana-wacana keilmuan yang bercita-cita pada usaha menampilkan atau mengakrabkan ajaran Islam dengan situasi yang selalu berubah di alam modenitas tersebut adalah suatu kemestian sejarah. Ajaran Islam yang universal dan kejayaan masa lalu, seakan-akan tidak bersahabat dengan dunia moden. Doktrinasi tekstual-eks klusifistik yang pernah dimiliki umat Islam masa lalu, mesti diganti dengan wajah baru Islam yang kontekstual-inklusif-integratif, dan pro-aktif. Jalinan interaksi dan komunikasi, kemungkinan terjadinya perbenturan idea-idea dasar dan sebaliknya sangat memungkinkan pula terjadinya pertemuan-pertemuan gagasan yang beragam. Tetapi yang ingin dilakukan dari kondisi seperti ini adalah gagasan orisinil Islam yang mengindonesia dan moden. Hasil pemikiran keislaman di Indonesia, mesti berjalan paralel dengan nilai-nilai keindonesiaan. Berdasarkan pemikiran-pemikiran tersebut, bagaimana mereformulasi pemahaman keislaman dan keindonesiaan dalam visi baru bagi bangsa Indonesia (Hari Azhar Aziz dalam Agussalim Sitompul, 1997:5).

PERBINCANGAN

Dalam huraian dapatan kajian dapat dikenalpasti akan dakwah yang dilakukan HMI. Berikut ini beberapa hal aktiviti dakwah yang berkenaan dengan dakwah Islam. Pertama, menegakkan dan mengembangkan agama Islam yang bersumber pada Al Quran dan al-Sunnah, untuk tegaknya keyakinan Tauhid, dalam kehidupan bermasyarakat, berbangsa dan bernegara yang majemuk, dengan melakukan dakwah amar ma‘ruf nahi munkar. Kedua, berperan dan berpartisipasi aktif, konstruktif, pro-aktif, inklusif, integratif, bersama-sama kerajaan Republik Indonesia serta seluruh kekuatan bangsa, guna meningkatkan harkat dan martabat serta peradaban bangsa Indonesia dalam bidang kehidupan beragama, pendidikan, ekonomi, kebudayaan, sosial, politik, kemasyarakatan dan dimensi kehidupan lainnya, serta hidup berdampingan dengan bangsa-bangsa lain di dunia, untuk mencapai masyarakat adil makmur berdasarkan Pancasila dan UUD 1945 yang diridhoi Allah SWT, menuju Indonesia baru di masa hadapan. Ketiga, berusaha menguasai dan mengembangkan ilmu pengetahuan dan teknologi dalam rangka membangun masa hadapan bangsa.

(12)

persatuan dan kesatuan umat Islam dan bangsa Indonesia yang majemuk, serta keutuhan negara kesatuan Republik Indonesia dari Sabang Sampai Merauke, sebagai syarat mutlak tercapainya cita-cita umat Islam dan bangsa Indonesia yang besar dan luhur dalam hidup berdampingan dengan bangsa-bangsa lain di dunia.

Maklumat di atas bukan bererti sudah akhir. Namun dengan tetap berpegang pada paradigma yang transendental itu dakwah HMI masih dapat dikembangkan secara dinamis, sepanjang pengembangan itu tetap relevan. Jika dikaji secara seksama bahawa 6 butir dakwah HMI itu, tidak hanya bersifat idea dan tematis sahaja atau suatu teori yang siap dioperasionalkan. Oleh itu, diperlukan usaha yang berterusan dalam mewujudkan idea berkenaan. HMI yang pemikiran dan kegiatannya memperoleh inspirasi dari nilai-nilai keislaman dan konteks kultural Indonesia. Maka dakwah HMI pun tidak terlepas dari kerangka itu.

Akan bangkit pertanyaan: “bagaimana pengertian yang spesifik tentang pemikiran keislaman dan keindonesiaan? Nurcholis Madjid dalam salah satu tulisannya mengatakan dalam HMI, keislaman dan keindonesiaan telah terpadu secara utuh, sehingga dalam mengekspresikan keislamannya, HMI telah sekaligus menyatakan keindonesiaannya. Dalam pandangan HMI komitmen kepada keindonesiaan merupakan kelanjutan dari sistem keimanannya. HMI mengindonesia kerana hendak mengejawantahkan nilai-nilai luhur yang diserapnya dari ajaran-ajaran Islam. Maka dalam menglslam, HMI menglslam dalam wadah yang dikaruniakan Tuhan kepadanya iaitu tanah air Indonesia. Keislaman dan keindonesiaan bagi HMI bukan masalah alternatif satu sama lain, tetapi dua sisi dari sekeping mata uang (Nurcholis Madjid, 1997:iv).

Dalam tulisan lain, Nurcholis Madjid mengatakan selain keindonesiaan atau kebangsaan dan kemahasiswaan, kualifikasi HMI sebagai gerakan pemuda adalah keislaman. Maka, selain mesti tampil sebagai pendukung nilai-nilai keindonesiaan dan kemahasiswaan HMI juga mesti tampil sebagai pendukung nilai-nilai keislaman. Sekalipun dukungan pada nilai-nilai keislaman itu tetap dalam format yang tidak dapat dipisahkan dari keindonesiaan dan kemahasiswaan. Ertinya, penghayatan HMI pada nilai-nilai keislaman tentu tidak dapat lepas dari lingkungan keindonesiaan. Dan juga tidak lepas dari nilai kemahasiswaan. Kerana keindonesiaannya itu HMI tampil sebagai organisasi Islam dalam format dan citra yang sedikit banyak berbeza dari organisasi Islam dalam kawasan lingkungan budaya besar Arab (Nurcholis Madjid, 1997:89).

(13)

Proses Islamisasi itu mestilah ditempuh dengan jalan damai melalui saluran konstitusi dan peraturan-peraturan yang berlaku. HMI tampaknya cukup sadar akan hal ini. Dan ini merupakan bagian dari persepsi keislaman HMI dalam sebuah negara yang berdasarkan Pancasila. HMI ini “membangun ideantitinya dalam kerangka Indonesia”. Bila cara ini yang kita tempuh dalam mencapai tujuan, maka benturan-benturan antara nilai-nilai keislaman dan nilai-nilai yang dijumpainya dalam kultur atau sub kultur Indonesia akan dapat menjinakkan unsur-unsur yang kurang sehat, bila bukan destruktif, yang mungkin terdapat dalam sub kultur bangsa kita.

Membahas pemikiran keislaman dan keindonesiaan, dilakukan dengan pendekatan ideaologis iaitu dengan tetap berpegang pada nilai-nilai keislaman secara realistis, jauh dari sifat kaku, eksklusif tapi mesti inklusif pro aktif.

Sementara itu pendekatan kultural, diperlukan agar nilai-nilai yang terdapat pada berbagai kultur yang telah membudaya di Indonesia dapat diatasi dengan penuh kearifan dan kesantunan. Sementara itu menurut M. Syafii Maarif (1983:189) pendekatan fungsional mestilah dilihat dari fungsinya sebagai pandangan hidup yang mementingkan kesejahteraan warga masyarakat. Nilai-nilai Islam mesti dapat difungsikan sepenuhnya dalam sebuah bangsa, terlepas dari bentuk negara yang digunakan. Selain tiga pendekatan itu, umat Islam mesti memiliki kesadaran historis, iaitu kesadaran bahawa semua tatanan hidup manusia ada sangkut pautnya dengan perbezaan waktu dan tempat. Ini menuntut pemahaman yang benar terhadap keluasan ajaran-ajaran Islam, demikian pernyataan Nurcholis Madjid sebagaimana disampaikan M. Syafii Anwar (1995:212).

Pemikiran keislaman — keindonesiaan HMI seperti diungkapkan di atas memiliki berbagai corak. Corak suatu pemikiran bukanlah suatu yang penubuhan sendiri, akan tetapi terbentuk dan ditentukan faktor dalaman dan luaran. Demikian juga halnya dengan corak pemikiran keislarnan - keindonesiaan HMI. Faktor dalaman ditentukan dan berkaitan dengan hal-hal yang dimiliki HMI sebagai dasar berpijak ke arah pembentukan corak pemikirannya. Faktor dalaman yang dimaksud adalah karakteristik atau jati diri yang melekat dan dimiliki HMI, yang terbentuk dalam mengiringi proses penubuhannya dan perkembangan berikutnya, yang mengandung prinsip-pninsip wawasan keislaman, wawasan keindonesiaan, tujuan HMI, sifat independen, berstatus sebagai organisasi mahasiswa, berfungsi sebagai organisasi kader, berperan sebagai organisasi perjuangan dan sebagai sumber insani pembangunan bangsa dan moden.

(14)

sumber inspirasi di tengah-tengah pergumulan kepelbagaian, keberagamaan dan ideologi lain yang berbagai-bagai. Pemikiran keislaman - keindonesiaan HMI mesti melihat reality bangsa Indonesia itu, sebagai suatu negara yang berdasarkan Pancasila dan UUD 1945 yang sangat majemuk. Juga mesti dapat ditunjukkan kepada bangsa Indonesia bahawa agama Islam itu dapat menjadi rahmat bagi seluruh umat manusia untuk mewujudkan masyarakat adil makmur yang diridloi Allah SWT, sebagai suatu tugas kerja kemanusiaan. Independensi HMI dan pemikirannya dapat menempatkan diri pada posisi yang tepat di tengah-tengah masyarakat yang pluralistik.

Status HMI sebagai organisasi mahasiswa, yang menempatkan mahasiswa sebagai kelompok elite dalam masyarakat pada hakikatnya memberi erti bahawa ia memikul tanggung jawab yang besar dalam melaksanakan fungsi generasinya sebagai kaum muda terdidik mesti sadar akan kebaikan dan kebahagiaan masyarakat hari ini dan ke masa hadapan. Kerana itu dengan sifat dan wataknya yang kritis, mahasiswa dan masyarakat berperan sebagai moral force yang sentiasa melaksanakan fungsi sosial control. Atas pandangan itu, maka kelompok mahasiswa mesti merupakan kelompok yang tidak terikat pada kepentingan apapun kecuali kepentingan kebenaran dan obyektivitas demi kesejahteraan masyarakat (Tafsir Independensi HMI).

Fungsi HMI sebagai organisasi kader, menempatkan kader adalah satu lapisan dalam organisasi sebagai orang-orang yang paling sadar, akan tanggung jawabnya terhadap masyarakat. Lewat kehadiran itu terpikul suatu tugas dan tanggung jawab untuk melahirkan pemikiran-pemikiran yang berhasil dan berfungsi bagi diri maupun masyarakat. Kerana kualiti-kualiti yang dimilikinya sentiasa selalu mengambil inisiatif memprakarsai usaha-usaha yang bersifat kemanusiaan, serta mencegah terjadinya sesuatu yang berlawanan dengan kemanusiaan.

(15)

KESIMPULAN

HMI tidak sahaja memiliki gerakan dalam konteks Indonesia tetapi yang juga penting adalah dakwah Islam. Harapan yang dikembangkan adalah pengembangan Islam dan wilayah negara Indonesia. HMI adalah suatu gejala Indonesia paling penting dengan dampak kesejarahan paling panjang bagi sejarah pergerakan Islam di Indonesia. Dari pengalaman ini, yang menjadi corak pemikiran HMI adalah bagaimana memadukan keislaman dan keindonesiaan dalam suatu kerangka berpikir yang khas. Kerana apabila keislaman dan keindonesiaan tidak dipadukan maka dikotomi antara keduanya akan tetap muncul dan menjadi masalah sepanjang masa. Berdasarkan ideologi HMI iaitu keislaman — keindonesiaan, dengan sifat independensinya HMI memberikan solusi terhadap kondisi masyarakat Indonesia yang sangat berbagai-bagai.

RUJUKAN

A. Halim Mubin. 1970 Fragmen Lintasan Sejarah Perjuangan HMI period Yogyakarta. Makassar: Pengurus HMI BADKO Intim.

A. Mukti Ali. 1984. Metode Penelitian Agama (Suatu pembahasan tentang metode dan sistem). A1-Jamiah, No. 31 (1984).

A. Syaili Maarif. 1993. Peta Bumi Intelektualisme Islam di Indonesia. Bandung: Mizan.

Agus Mulyana. 1990. Peranan Himpunan Mahasiswa Islam Dalam Menghadapi Kekuatan PKI di Indonesia 1947-1966. Skripsi Sarjana FPIPS IKIP Bandung.

Agussalim Sitompul. 2002. Menyatu Dengan Umat Menyatu Dengan Bangsa Pemikiran Himpunan Mahasiswa Islam tentang Keislarnan-Keindonesiaan 1947-1997. Jakarta: Logos Wacana Ilmu.

Anton Bakker. 1984. Metode-Metode Filsafat. Jakarta: Ghalia Indonesia.

Hari Azhar Aziz. 1997. Keimanan, Kemandirian dan Kebhinekaan Menuju Cita-cita Bangsa Pancasilais. Dalam Agussalim Sitompul, Pemikiran HMI dan Relevansinya dengan Sejarah Perjuangan Bangsa Indonesia. Yogyakarta: Aditya Media.

Hasil Kongres I HMI. 1947. Anggaran Dasar HMI. Hasil keputusan Kongres I HMI di Yogyakarta tanggal 30 November 1947.

Hasil-hasil Kongres ke-21. 1998. Nilai Identiti Kader HMI. Jakarta: Pusat Data dan Informasi PB HMI.

(16)

Moksen Idris Sirfefa dan M. Alfan Alfian M. 1997. Mencipta dan Mengabdi Komitmen Nilai Islam untuk Masa Hadapan Bangsa. Jakarta : PB HMI. Muchriji Fauzi H.A. dan Ade Komaruddin Muchammad (Penyunting). 1990. HMI

Menjawab Tantangan Zaman. Jakarta: P.T. Gunung Kulabu.

Muhammad Mansur. 1981. Himpunan Mahasiswa Islam (HMI); Azas dan Sikap Perjuangannya. Skripsi sarjana Fakultas Ushuluddin lAIN Sunan Kalijaga, Yogyakarta.

Muhammad Rush Karim. 1995. Modenisasi F olitik di Indonesia Satu Kajian Mengenai Peranan Islam dan HMI MPO. Tesis dikemukakan untuk memperoleh ijazah Sarjana Fakultas Sains Kemayarakatan dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.

Nurchohis Madjid. 1997. HMI Sebuah Gejala Keislaman dan Keindonesiaan.

Dalam Agussalim Sitompul, Pemikiran HMI dan relevansinya dengan Sejarah Perjuangan Bangsa Indonesia. Yogyakarta: Aditya Media.

Nurchohis Madjid. 1997. Tradisi Islam Peran dan Fungsinya dalam Pembangunan di Indonesia. Jakarta: Paramadina.

Saifullah S.A. 1994. Konsep Nasionalisme HMI sebagaimana Tercermin Dalam Pidato Dies dan Penerapannya Dalam Gerakan Angkatan ‘66. Penelitian Doktor Pada Program Pascasarjana IAIN Syarif Hidayatullah, Jakarta. Sulastomo. 1989. Hari-hari yang Panjang 1963-1966. Jakarta: CV. Haji Mas

Agung.

Sumadi Suryabrata. 1983. Metode Penelitian. Jakarta: Penerbit Rajawali Press. Syafi’i Anwar. 1995. Pemikiran dan Aksi Indonesia, Kajian Politik Cendekiawan

Muslim Orde Baru. Jakarta: Paramadina.

Syaukani Bustami. 1975. Partisipasi dalam Organisasi Suatu Kajian Terhadap HMI Cabang Yogyakarta. Skripsi Sarjana Fakultas Sosial Politik Universitas Gadjah Mada Yogyakarta.

Taufiq Abdullah dan Rusli Karim. 1991. Metodologi Penelitian Agama Sebuah Pengantar. Yogyakarta: PT. Tiara Wacana.

Victor Tanja. 1982. HMI Sejarah dan Kedudukannya di Tengah Gerakan-gerakan Muslim Pembaharu di Indonesia. Jakarta: Sinar Harapan.

Winarno Surachmad. 1972. Dasar dan Teknik Riset; Pengantar Metode Ilmiah.

Referensi

Dokumen terkait

Perbedaan persepsi tersebut jelas terlihat dimana Penyidik Polri dalam melakukan penyidikan terhadap perkara tindak pidana narkotika baik terhadap pecandu, korban

Hukum yang berkenaan dengan hak waris saudara laki-laki atau saudara perempuan seibu, jika seorang mati, baik laki-laki maupun yang tidak meninggalkan ayah dan

Bersumber pada hasil wawancara dari narasumber Tim Perencana Arsitektur (TPA UMS)/pengumpulan data-data primer, data-data sekunder, dan pengumpulan data-data pendukung

Untuk undang-undang organik open legal policy dapat dilakukan jika ketentuan dalam UUD mengandung makna pilihan hukum atau kebijakan atau adanya kewenangan untuk menafsirkan

Hasil penelitian menunjukkan bahwa tidak adanya perbedaan yang signifikan pada kematangan karir siswa yang orang tuanya memiliki tingkat pendidikan rendah, menengah dan tinggi

• Himpunan kuasa (power set) dari himpunan A adalah suatu himpunan yang elemennya merupakan semua himpunan bagian dari A, termasuk himpunan kosong dan himpunan A

Untuk mengetahui bagaimana peran yang dilakukan oleh Organisasi Himpunan Mahasiswa Islam (HMI) dan Perhimpunan Mahasiswa Kristen Republik Indonesia (PMKRI) dalam

BILIK TUTORIAL FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN BILIK KULIAH 19 HINGGA 21 KOMPLEKS AKADEMIK E BILIK KULIAH 19 HINGGA 21 KOMPLEKS AKADEMIK E DEWAN KULIAH 5. DEWAN