JCEA2115
Dasar Kebudayaan Kebangsaan Tajuk Tugasan:
Tinjauan dan Perbincangan Mengenai Dasar Ekonomi Baru (Tugasan Individu)
Pensyarah:
Dr. Zuraidah Binti Abdullah Disediakan oleh:
NAMA NO.MATRIK
Siti Nur Natrah Binti Suhaimi JEC130019
Semester 2 2013/2014 Akademi Pengajian Melayu
PENGENALAN
DEB telah diperkenalkan selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969.Pelaksanaan DEB adalah dirangka untuk tempoh selama 20 tahun, bermula dari tahun 1971 hingga tahun 1990.DEB telah dilaksanakan bermula daripada Rancangan Malaysia Kedua yang bertujuan untuk:
1. Mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan menambahkan pendapatan dan membanyakkan peluang pekerjaan kepada semua masyarakat tanpa mengira kaum.
2. Untuk mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat bagi memperbaiki keadaan ekonomi yang tidak seimbang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
Di antara dua matlamat DEB tersebut, matlamat pertama iaitu membasmi kemiskinan adalah mudah difahami.Matlamat kedua iaitu penyusunan semula masyarakat adalah untuk mengatasi ketidakseimbangan yang wujud akibat daripada dari dasar penjajah.Isu ketidakseimbangan dan ketidakadilan masyarakat yang wujud pada tahun-tahun 1960-an meliputi pelbagai aspek.Di antaranya adalah
1.Ketidakseimbangan pendapatan 2.ketidakseimbangan guna tenaga
3.ketidakseimbangan hak milik dan penguasaan kekayaan 4.ketidakseimbangan antara negeri dan wilayah
TINJAUAN MENGENAI DASAR EKONOMI BARU
Masalah kemisikinan,pengangguran dan perbezaan kedudukan ekonomi antara kaum merupakan antara perkara yang menggugat keharmonian kaum.Ini menerangkan sebab matlamat perpaduan negara menjadi matlamat unggul DEB.Rangka Rancangan Jangka panjang bagi tujuan ini dijelaskan dalam Rancangan Malaysia Ketiga,1976-80,yang menggariskan matlamat DEB dengan lebih terperinci dan kuantitatif seperti berikut
58.7%(1970) kepada 23.0%(1990) dan bandar daripada 21.3%(1970)kepada 9.1%(1990)
ii. Mencapai tahap guna tenaga penuh dengan kadar pengannguran diturunkan dengan kadar pengangguran diturunkan daripada 7.4% kepada tahap guna tenaga penuh 3.6% antara 1970 hingga 1990 dan matlamat kuantitatif dari segi pembahagian kaum di tiga sektor utama mengikut jenis pekerjaan dan kaum.
iii. Dari segi penyusunan semula guna tenaga,DEB menjangka struktur guna tenaga dalam setiap sektor ekonomi dan tingkat pekerjaan dalam jangka panjangnya akan mencapai tingkat yang selaras dengan struktur penduduk Malaysia di segenap lapangan.Antara tahun 1970 dan 1990,pembahagian gunatenaga Melayu atau Bumiputera bdalam 48.3% kepada 39.0% dalam sektor tertiari,tetapi akan naik daripada 21.4% kepada 28.3% dalam sektor primer.Sasaran pembahagian untuk kaum India boleh dikatakan tidak berubah dalam lingkunagn 10-12% alam semua sektor.
iv. Pembahagian pemilikan saham modal dalam syarikat berhad dirancang daripada nisbah 2.4: 34.3:63.3(Bumiputera:bukan-Bumiputera:asing) pada tahun 1990.
v. Seterusnya semua matlamat ini dijangka akan dicapai dengan perubahan yang pesat dalam struktur dan produktiviti dalam bidang ekonomi dengan melibatkan sektor Kerajaan seiringan dengan sektor swasta.Sasaran pertumbuhan ekonomi ialah purata 7-8% kenaikan KDNK (Keluaran Dalam Negeri Kasar) setahun.Sektor pembuatan akan menjadi sektor terpenting dengan kadar pertumbuhannya dijangka mencapai purata 12.2% setahun,supaya pada tahun 1990,ia menjadi sektor terbesar dengan menyumbang 26.6% kepada KDNK.Dengan itu,dengan menggantikan tempat sektor pertanian,yang sumbangannya kepada KDNK akan menurun daripada 32.1%(1970) kepada 19.7%(1990).
telah mencapai objektif-objektif yang telah ditetapkan selepas tamat tempoh pelaksanaan DEB.Sebelum DEB Ddilaksanakan,secara umumnya boleh dikatakan bahawa masyarakat Melayu dan India adalah golongan yang paling miskin dan ketinggalan dari segi sosio-ekonomi jika dibandingkan dengan masyarakat Cina. Secara kasarnya,kesan DEB terhadap masyarakat India Malaysia dapat dilihat pada akhir laporan Majlis Perundangan Ekonomi Negara,pada para 322 menyatakan:
“Pada keseluruhannya kaum India kurang sekali mendapat manfaat daripada pembangunan ekonomi.Mereka telah jauh ketinggalan dalam berbagai-bagai sektor seperti guna tenaga,pendidikan,perdagangan dan perindustrian.Kadar pengangguran mereka adalah tinggi manakala kadar pencapaian pendidikan sungguh rendah.Demikian juga dengan penyertaan ekuiti mereka yang telah terhenti pada kadar 1.0 peratus sejak tahun 1970.Majoriti dari tenaga buruh India misalnya didapati berada dalam sektor perladangan di mana keadaan pekerjaan dan mutu hidup amat tidak memuaskan.kadar kemiskinan di sektor perladangan juga mat tinggi.Perkembangan kemahiran keusahawanan juga rendah.Rancangan masa depan perlu mengambil kira penyertaan kaum India dan kaum minoriti yang lebih bermakna dalam semua bidang”
Malah ketika Perdana Menteri membentangkan Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua pada 17 Jun 1991,beliau telah dengan khusus menyebut kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak serta kaum India di Semenanjung akan diberi perhatian yang lebih akibat daripada kedudukan sosio-ekonomi mereka.Beliau memberitahu parlimen bahawa kaum-kaum minoriti bumiputera dan bukan bumiputera masih ketinggalan di belakang dalam beberapa sektor.Katanya lagi,”keperluan mereka untuk menbdapatkan pertambahan peluang pendidikan dan pekerjaan akan diberi perhatian yang lebih”.Melalui penerangan di atas,boleh dikatakan masyarakat India telah mencapai kemajuan seperti yang dijangkakan jika dibandingkan dengan masyarakat Melayu selepas tamatnya tempoh pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru.
diharapkan sama ada objektif-objektif yang telah ditetapkan oleh DEB telah tercapai terutamanya terhadap masyarakat India.
Pembasmian Kemiskinan
Salah satu daripada strategi pembangunan sosio-ekonomi yang digariskan dalam Rancangan Jangka Panjang Pertama (1971-1990) melalui Rancangan Lima Tahun Malaysia adalah untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum iaitu merangkumi kaum Bumiputera,Cina dan India.Kemisikinan di Malaysia tidak boleh disamakan dengan kemiskinan di negara-negara lain.Kemiskinan adalah berbeza dari negara,dari semasa ke semasa mengikut tahap pembangunan ekonomi dan mengikut struktur sosial.Walaupun sesebuah negara itu maju,di dalam negara tersebut masih juga wujud kemiskinan.Oleh sebab itu tidak bermakna negara yang maju tidak wujud kemiskinan.Negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Britain juga menghadapi masalah kemiskinan.Kemiskinan di Malaysia Mempunyai ciri tertentu berhubung denga faktor etnik serta berkait dengan lokasi geografi dan aktiviti ekonomi tertentu. Sebelum DEB mula diperkenalkan pada tahun 1970,kadar kemiskinan di Semenanjung Malaysia adalah 49.3 peratus .Ini menunjukkan hampir separuh daripada penduduk Semenanjung Malaysia adalah terdiri daripada golongan miskin.Kadar kemiskinan masyarakat India pada tahun itu adalah 39.0 %.Selepas tamatnya pelaksanaan DEB,iaitu pada tahun 1990 kadar kemiskinan negara bagi semua kaum telah menurun kepada 15% manakala bagi kaum India telah menurun kepada 8.0% seperti yang ditunjukkan dalam jadual 3.1.(SILA RUJUK DI BAHAGIAN LAMPIRAN)
Pendapatan adalah perlu untuk menganggar kadar kemiskinan.Melalui pendapatan,pengukuran kemiskinan boleh ditentukan melalui penetapan garis kemiskinan.Garis kemiskinan adalah satu paras pendapatan sekadar cukup untuk membeli makanan seisi rumah,kesihatan sempurna dan keperluan-keperluan asas lain(pakaian,perumahan,tenaga dan bahan api,pengangkutan, dan persekolahan).Kumpulan yang pendapatan mereka berada di atas garis kemiskinan ini tidak berada dalam kemiskinan.
Rangka Rancangan Jangka Panjang Malaysia (OPP) 1971-90,memberi penekanan terhadap mengurangkan kadar kemiskinan.Di Semenanjung Malaysia,kadar kemiskinan dijangkakan akan berkurang daripada 49.3 peratus dalam tahun 1970 kepada 16.7 peratus dalam 1990.Ini dapat dicapai melalui pertumbuhan pesat sosio-ekonomi,dan melalui penyertaan jmenyeluruh masyarakat miskin.Program pembasmian kemiskinan memberi penekanan kepada peluang-peluang untuk masyarakat miskin menyertai proses pertumbuhan ekonomi untuk menikmati faedah pembangunan.
Pada permulaan DEB, terdapat hampir 791,800 isirumah miskin di Semenanjung Maalaysia.daripada jumlah ini 89 peratus adalah terdiri daripada isi rumah luar bandar dan 11 peratus isirumah miskin di bandar.Menurut Rancangan Malaysia Ketiga,sasaran yang ditetapkan adalah kemiskinan di Semananjung Malaysia akan berkurangan kepada 768,300 isirumah dan seterusnya kepada 513,900 isiumah pada tahun 1990.Menjelang tahun 1980,hampir 130,700 isirumah miskin telah keluar dari kemiskinan,
KEMISKINAN LUAR BANDAR
Di antara program-program yang dilaksanakan untuk membasmi kemiskinan dalam tempoh 1971-1980 termasuk penyediaan kemudahan di kawasan-kawasan pertanian,pengenalan kpeda pertanian moden kepada petani miskin,penyediaan pertkhidmatan masyarakat dan kemudahan awam seperti pendidikan,kesihatan,perumahan,air dan bekalan elektrik.
kemudahan asas seperti perumahan,air dan bekalan elektrik,pengangkutan dan perancangan keluarga.Boleh dikatakan bahawa kebanyakan kelompok-kelompok masyarakat ini terdiri dari selain daripada masyarakat Melayu masyarakat India terutamanya pekebun kecil getah dan pekerja ladang.Secara keseluruhan,masyarakat India miskin sepatutnya menerima faedah daripada program pembasmian kemiskinan Dasar Ekonomi Baru.Dari segi kumpulan sasaran,masyarakat india miskin yang termasuk dalam kumpulan tersebut terdiri dari pekerja estet dan masyarakat bandar msikin adalah dua kumpulan miskin utama yang mudah dikenal pasti.Jadual 3.2 menunjukkan sasaran miskin di sektor pertanian.
Banci Pertanian pada 1997 oleh Jabatan Perangkaan tidak merangkumi pekerja-pekerja estet.Malah untuk anggaran kemiskinan dalam Rancangan Malaysia Kelima menyatakan,oleh sebab kekurangan data,perangkaan mengenai pendapatan kumpulan miskin utama yang diperolehi daripada kajian-kajian dan penyiasatan yang meliputi beberapa kawasan sahaja dan tidak meliputi seluruh negara dan oleh itu tidak menggambarkan keadaan sebenarnya.Data-data kemiskinan yang lebih menyeluruh dan kemaskini telah dijalankan oleh Jabatan Perangkaan adalah penyiasatan Pendapatan Isirumah (HIS),1984.Ia merupakan satu penyiasatan sampel yang besar mengenai pendapatan.Penyiasatan ini memberikan perangkaan penting mengenai pendapatan dan perangkaan lain yang perlu untuk menganggarkan kadar kemiskinan.
Garis kemiskinan yang ditetapkan oleh kerajaan juga sering menimbulkjan persoalan.Ini adalah kerana penerangan tidak diberikan mengeni cara garis kemiskinan diperolehi atau apa itu garis kemiskinan sebenarnya dalam setiap Rancangan Pembangunan Malaysia.Jumlah pendpatan yang paling hampir kepada garis kemiskinan kerajaan adalah diperolehi daripada satu kajian yang dijalankan pada tahun 1983 oleh Unit Penyelidikan Sosio-Ekonomi (SERU),Jabatan Perdana Menteri.Jumlah yang diberikan adalah sebanyak RM384 sebulan untuk isi rumah
Yang terdiri daripada 5 orang ahli.Kadar kemiskinan pada tahun tersebut adalah 42.8 peratus.Manakala anggaran kadar kemiskinan rasmi pada tahun itu adalah 30.3 peratus.Pada tahun 1984,anggaran kemiskinan rasmi turun lagi kepada 18.4 peratus.Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kelima menyatakan pendapatan garis kemiskinan yang digunakan bagi memisahkan isirumah miskin daripada isi rumah tidak miskin di negara ini adalah RM350 sebulan pada tahun 1987 bagi sebuah isirumah yang mengandungi 5.14 orang ahli
Persoalan di sini adalah sekiranya garis kemiskinan tersebut diturunkan maka kadar kemiskinan akan menurun dan jika garis kemiskinan dinaikkan maka lebih ramai yang miskin.Kerajaan menyatakan bahawa kadar kemiskinan telah turun daripada 49.3 peratus pada tahun 1970 kepada 17.3 peratus pada tahun 1987.Dalamn tempoh 18 tahun selepas pelaksanaan DEB kadar kemiskinan telah menurun kira 32 peratus,Ini menakjubkan kerana kadar ini telah jatuh dari 29.2 peratus pada tahun 1980 kepada 17.3 peratus pada tahun 1987 iaitu sebanyak 12 peratus dalam tempoh tujuh tahun.
Kemiskinan di kalangan masyarakat India juga boleh dilihat melalui kedudukan sub-etnik mereka.Msyarakat india itu sendiri adalah terdiri daripada pelbagai budayanbahasa dan agama.Kumpulan sub-etnik seperti Malayali,Ceylonese dan Sikh jika dilihat secara kasar adalah baik dari segi kedudukan mereka jika dibandingkan dengan Tamil dan Telugu.Kumpulan ini adalah berpendidikan Inggeris semasa pihak penjajah British membawa mereka ke Malaya untuk bekerja di perkhidmatan awam.Anak-anak mereka telah merebut peluang-peluang pendidikan yang tinggi di Malaya.Mereka telah mencapai kedudukan yang lebih baik dari buruh-buruh India di estet-estet bahkan kedudukan mereka lebih baik dari orang-orang Melayu.Kemakmuran golongan ini tidak melimpah kepada golongan etnik lindari kaum tersebut.Golongan kedua ini tersu tertumpu sebagai pekerja ladang dan penduduki bandar yang miskin.Kebanyakan daripada sub-etnik Tamil dan telugu terdiri dar buruh-buruh yang bekerja di sektor perladangan.
PEMBANGUNAN EKONOMI DI MALAYSIA
Kita telah mewarisi sebuah ekonomi yang telah dijajah pada ketika Semenanjung Malaysia (Malaya) mencapai kemerdekaan pada 31hb Ogos 1957.Antara lain,ekonomi Malaya pada ketika itu,bersifat separuh kapitalis,iaitu mempunyai sektor kapitalis di mana pekerja-pekerja berusaha untuk memperoleh upah daripada pihak majikan.Kegiatan-kegiatan modal (kapitalis) di Malaya mula berakar umbi dengan majikan.Kegiatan- kegiatan-kegiatan perdagangan dan peminjaman,yang telah diberi galakan oleh pihak penjajah.Malah,portugis ,Belanda dan akhirnya Inggeris telah menawan pelabuhan-pelabuhan di Nusantara demi menguasai perdagangan rantau ini.
Walau bagaimanapun,boleh dikatakan bahawa kapitalisme mula bertumbuh di sini apabila terdapat pelaburan modal dalam kegiatan-kegiatan pengeluaran,seperti perlombongan dan pertanian estet.Pada mulanya,perusahaan-perusahaan pengeluaran ini seperti perlombongan dan perladangan menggunakan buruh yang terikat.Rakyat peribumi,iaitu kaum tani Melayu,dan Orang Asli,tidak sanggup bekerja dalam keadaan buruk yang terdapat dalam perusahaan-perusahaan tersebut pada ketika itu.Maka,dengan kerjasama pemerintah British pihak majikan telah membawa masuk buruh dari negara lain termasuk India,China, dan dari pulau lain di Nusantara yang berada di bawah jajahan Belanda.Akibat perjuangan kaum buruh terikat ini,dan dengan sokongan beberapa pihak lain,pada penghujung tahun 1920-an dan 1930-an,kaum buruh yang bebas iaitu pekerja yang tidak terikat kepada satu-satu majikan tertentu telah mula muncul.Setelah kemelesetan besar pada awal tahun 1930-an ,mereka telah terus berju1930-ang secara sulit ker1930-ana kesatu1930-an pekerja tidak dibenarkan wujud sebelum tahun 1940 menentang majikan dan penjajah British.
Perikatan ini telah menjaminkan bahawa kepentingan asing tidak digugat,susunan ekonomi Malaya yang diwarisi dari zaman penjajahan tidak akan berubah secara pokok dan pelaburan asing akan terus dilayan.Hal yang demikian untuk mengekalkan ekonomi Malaya sebagai pasaran untuk barangan eksport British,pemerintah penjajah telah menyekat perkembangan industri di Malaya pada zaman penjajahan.Setalah merdeka,kerajaan Perikatan telah mengamalkan dasar perindustrian mengganti import,yang menguntungkan pelabur-pelabur asing yang dapat mengambil kesempatan serta rakan-rakan tempatan mereka.Dasar perindustrian ini gagal menyediakan peluang pekerjaan yang cukup,dan pada penghujung tahun 1960-an,ia telah digantikan dengan dasar perindustrian bertujuan eksport,yang sesuai dengan kemunculan pembahagian kerja baru di peringkat antarabangsa di bawah naungan syarikat-syarikat antarabangsa.Di Malaysia,Akta Galakan Industri,undang-undang buruh baru serta kawasan-kawasan perdagangan bebas disediakan sesuai dengan strategi ini.Hal ini demikian kerana,syarikat-syarikat berkenaan bertapak di negeri-negeri seperti MAlayisa demi memperoleh tenaga kerja yang murah,dasar perindustrian baru ini berjaya mengurangkan kadar pengangguran sambil memperbanyakkan bilangan pekerja kilang.Walaupun peratusan milik pelabur asing ekonomi semakin berkurangan selepas merdeka,terutamanya pada tahun1970-an,ini tidak bererti bahawa kuasa mereka sedang merosot,kerana dalam keadaan ekonomi dunia sekarang ,terdapat lebih banyak cara baru seperti kontrak hak cipta,teknologi,pemasaran dan pengurusan,selain daripada pemilikan untuk mengekalkan kuasa ekonomi.Walau bagaimanapun,tidak boleh dinafikan bahawa golongan pemodal tempatan,serta kelas menengah yang mendukungnya terus bertambah kuat.
para penjaja dan peniaga kecil.Mahu tidak mahu,mereka terperangkap dalam sistem ekonomi pasaran yang dikuasai secara langsung dan tidak langsung oleh para kapitalis asing dan tempatan.Mereka mengeluarkan barang-barang untuk dijual demi mendapat nafkah hidup.Hal yang demikian dalam kalangan mereka,ini terdapat banyak perbezaan misalnya antara petani yang kekurangan tanah dan petani yang berlebihan tanah dari segi kesanggupan mengerjakannya,ataupun antara penjaja kecil tanpa lesen peniaga yang mempunyai bangunan batu,serta antara seorang tukang membaiki kasut dan seorang tukang kayu dengan bengkel yang lengkap.Walaupun ramai daripada mereka ini mempunyai cita-cita menjadi peniaga besar ,kebanyakan mereka hanya menikmati pendapatan yang sederhana atau kecil sahaja.
Hal ini menerangkan bahawa jelaslah ekonomi kita pada waktu itu sebenarnya ekonomi pasaran yang dikongkong oleh kapitalisme,yang merupakan sebuah sisitem ekonomi antarabangsa,sedangkan ketidaksamaan ekonomi yang terdapat berpunca daripada
hubungan-hubungan pengeluaran,atau kelas,yang melibatkan
pemerasan.Ketidaksamaan dari segi agihan pendpatan pula dapat dikaitkan dengan pola agihan harta,terutama sekali pemilikan dan kawalan terhadap bahan-bahan pengeluaran seperti tanah dan modal.
hanya,pemodal bukan –Bumiputera) yang merasai sekatan dan tekanan golongan berkuasa baru ini.Oleh itu,mereka menuntut ‘ekonomi bebas’dengan tujuan mengurangkan campur tangan pemerintah yang dianggap sebagai melampau dan bertentangan dengan kepentingan mereka iaitu sektor swasta.
Huraian dan analisa secara sepintas lalu cuba menggambarkan perkembangan ekonomi Malaysia secara sepintas lalu.Sungguhpun terdapat banyak perkembangan baru semenjak zaman penjajahan British ,tetapi rangka ekonomi yang dirumuskan di atas tidak banyak berubah semenjak merdeka mahupun selepas pengisytiharan DEB.Ekoran dari itu,kita dapat membuat kesimpulan bahawa ekonomi negara pada ketika itu,yang dikuasai oleh kepentingan-kepentingan kapitalis,pernah dan terus akan menyebabkan berlakunya ketidakadilan bukan hanya dari segi ekonomi yang terdapat dalam masyarakat kita.
DASAR EKONOMI BARU:TAFSIRAN,PENCAPAIAN DAN IMPLIKASI
Dalam Bahagian ini,kemajuan setakat ini ke arah kedua-dua matlamat DEB,iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat,akan ditinjau.Kemudian,beberapa implikasi perkembangan-perkembangan pada masa lalu dan akan datang terutama sekali dari segi punca masalah perkauman akan dibincang.Akhir sekali,beberapa cadangan atau tafsiran alternatif yang sesuai dengan matlamat serta semangat asal DEB untuk mencapai keadilan,terutama sekali dari segi ekonomi sambil mewujudkan sebuah ekonomi berdikari akan diutarakan.
meningkat semula kepada 717,600 pada tahun 1983.Data ini pernah dipersoalkan dari beberapa segi,misalnya garis kemiskinan dapat
dikurangkan dengan mempermainkan angka-angka
mengenainya.Misalnya,satu anggaran yang menggunakan garis kemiskinan yang ditentukan secara berlainan telah menun jukkan bahawa kadar kemiskinan di Semenanjung Malaysia pada tahun 1973 ilah 49.7%,manakala anggaran yang berdasarkan garis kemiskinan rasmi untuk tahun itu ialah hanya 37.5%(Ishak Shari,1979).
Pentingnya garis kemiskinan telah mendapat perhatian pada penghujung tahun 1983,apabila Anwar Ibrahim telah mengumumkan kadar kemiskinan sebanyak 42.8% pada 1983 mengikut suatu kajian oleh SERU (Unit Penyelidikan Sosio-ekonomi dalam Jabatan Perdana Menteri) yang menggunakan garis kemiskinan dengan pendapatan purata sebuag isi rumah sebanyak RM384 sebulan.Memandangkan sensitifnya kadar kemiskinan kepada takrif yang digunakan,adalah lebih berguna dan bermakna jika pihak kerajaan menerbitkan maklumat terperinci mengenai agihan pendapatan dan kekayaan ,supaya orang ramai boleh dapat gambaran yang lengkap mengenai jurang agihan kekayaan dan kemiskinan.
sebenar 40% isi rumah yang termiskin telah meningkat 10.5%,tetapi jurang agihan pendapatan telah terus bertambah luas kerana pendapatan 60% isi rumah lain telah meningkat dengan lebih pesat,sebanyak 12.8% (lihat jadual 8.3);keadan yang serupa juga terdapat dalam kalangan kaum Melayu,kaum Cina dan kaum India jika diperhatikan secra berasingan.
Satu lagi petunjuk yang boleh digunakan sebagai tanda kecenderungan dari segi ketidaksamaan pendapatan dalam tempoh berkenaan ialah nisbah antara pendapatan purata dan pendapatan penengah dari 1970 ke 1979.Jadual 8.3 mencerminkan kemungkinan besar bahawa jurang agihan pendapatan bagi seluruh Semenanjung Malaysia-dan juga kaum Melayu,Cina dan di kalangan penduduk bandar dan penduduk desa-telah bertambah besar pada dawarsa yang lalu.Jadual 8.4 pula menunjukkan bahawa kajian lain juga memperlihatkan pola aliran yang serupa (ishak Shari & Jomo K.S 1981).Ini bermakna bahawa pengurangan kadar kemiskinan pada tahun-tahun 1970-an telah berlaku ketidaksamaan dari segi agihan pendapatan,terus bertambah.
Dari jadual 8.1 jelaslah bahawa pengurangan kemiskinan banyak tercapai pada penghujung dasawarsa 1970-an.Maka,betapa pentingnya harga barangan bagi mengurangkan kemiskinan di kalangan pekebun kecil getah dan penanam padi,yang merupakan kumpulan-kumpulan miskin yang terbesar patut diteliti.
STRATEGI PEMBANGUNAN ALTERNATIF
berasaskan persetujuan pihak-pihak yang terlibat,iaitu rakyat jelata yang bertungkus-lumus dalam kehidupan seharian.Tidak boleh dinafikan bahawa tiada suatu strategi yang dapat diterima oleh semua pihak dalm sebuah masyarakat yang berpecah-belahkepada bebrapa golongan yang mempunyai kepentingan-kepentingan yang bercanggah.Hanya kepentingan golongan-golongan yang menikmati pendapatan lumayan yang diperas dari titik peluh kaum-kaum pengeluar akan merasa terancam oleh usaha-usaha demikian, dan kita harus berusaha bersama-sama untuk membantu mereka menjadi rakyat yang lebih berguna kepada masyarakat.Selain dari itu,kita harus berusaha mencari strategi lain yang boleh mendapat sokongan daripada seluruh rakyat iaitu
golongan-golongan pengeluar seperti
pekerja,petani,nelayan,tukang,penjaja,peniaga kecilan,para saintis dan orang iktisas yang sanggup menyebelahi rakyat jelata patut disatukan dalam suatu angkatan bersama untuk menuntut dan menyusun semula masyarakat demi mencapai keadilan menyeluruh,iaitu bukan hanya antara kaum tetapi juga antara lapisan-lapisan dan kelas-kelas masyarakat.
Hal yang demikian untuk menutup perbincangan ini,saya ingin memajukan beberapa cadangan untuk dipertimbangkanOleh kerana terdapat persetujuan umum bahawa kedua-dua matlamat am DEB sukar dipersoalkan dari segi prinsipnya dan memandangkan punca-punca pertentangan sosioekonomi dalam masyarakat,saya ingin mencadangkan tafsiran serta tumpuan lain yang masih sesuai dengan semangat DEB.
(termasuk modal tanah) patut dikurangkan.(Di sini harta merujuk kepada bahan-bahan pengeluaran yang mendatangkan pendapatan dan bukan harta peribadi untuk kegunaan sendiri).Orang yang mempunyai banyak harta yang dikerjakan oleh orang lain tidak patut menikmati pendapatan lumayan dari titik peluh orang lain,sedangkan orang yang rajin berusaha tetapi papa kedana dari segi harta patut dibantu supaya dapat menikmati taraf hidup yang lebih baik.Usaha-usaha demikianakan menguntungkan mereka yang rajin berusaha,dan akan mengancam kepentingan para pemalas yang hidup mewah atas usaha orang lain,Ini adalah kerana kemudahan awam harus disediakan untuk menjaga kepentingan golongan kanak-kanak,orang-orang tua,uzur,cacat dan orang lain yang kurang bernasib baik.Di sini,harus ditekankan bahawa kesamaan pendapatan tidak dapat dicapai dalam jangka masa pendek dan juga tidak patut merupakan sasaran usaha-usaha ini.Perbezaan dari segi pendapatan akan berterusan dan tidak mungkin disamaratakan dalam jangka masa pendek,memandangkan wujudnya perbezaan dari segi mutu dan nilai usaha setiap insan dan juga perlunya perangsang kebendaan.Walau bagaimanapun,jurang agihan pendapatan yang terdapat kini tidak perlu untuk menjamin kemajuan ekonomi,dan tidak adil dari segi apa-apa nilai estetika termasuk agama-agama yang menuntut keadilan.
Perusahaan-perusahaan besar,terutamanya yang dikuasai oleh pelabur asing,patut diambil alih oleh pekerja-pekerja perusahaan sendiri apabila mereka sanggup dan sedia mengambil alih dan mengusahakannya secara koperatif atas dasar ‘demokrasi ekonomi’.Hal yang demikian dengan langkah tersebut usaha untuk ‘menghakmiliknegarakan’ sesuatu tidak akan menguntungkan majikan baru dalam perusahaan berkenaan atau para pentadbir yang menguasai urusannya,iaitu gejala-gejala pembangunan ‘kapitalisme pemerintah’.Tangga gaji perusahaan berkenaan tidak boleh disamaratakan sekali gus.Ini adalah untuk memboleh para pakar,orang ikhtisas dan pekerja mahir terus berusaha demi kemajuan perusahaan,tetapi jurang anatara lapisan-lapisan yang terlibat boleh dirapatkan serentak dengan proses-proses serupa di seluruh ekonomi.Perusahaan-perusahaan baru yang diuruskan secara koperatif patut digalakkan,dan dalam usaha ini ,kita harus memahami sebab – sebab sebalik penyelewengan dalam gerakan koperatif masa kini, termasuk kesulitan dalam mengembangkan perusahaan seumpama ini dalam ekonomi kapitalis yang menggalakkan ketamakan peribadi di samping mengenepikan kerjasama secara kelompok.
dan penting.Dengan mengenal dan memahami kelemahan-kelemahan utama dalam ekonomi-misalnya,hubungan lemah antara pertanian dan industri,atau jurang antara kawasan padi dan kawasan lain,ataupun antara Pantai Timur dan Pantai Barat.Kita dapat menumpukan perhatian kepada usaha-usaha yang perlu untuk memperbaikinya.
KOMENTAR DAN CADANGAN
Hal yang demikian untuk mengukuhkan DEB selepas tahun 1990,kerajaan perlu membuat analisa semula,meneliti dan mengkaji apa-apa kelemahan yang lalu dengan menumpukan perhatian kepada masalah-masalah pokok dan setersunya mengadakan satu perancangan yang lebih sistematik dan berkesan.Ia juga perlu membuat beberapa perubahan dasar supaya dapat melicinkan lagi proses pembangunan negara.
Gabungan kerjasama antara pihak awam dan swasta perlu dipertingkatkan lagi.Pihak-pihak yang terlibat di bawah skim pemegang amanah perlu membuat pembaharuan sosial agar mereka merasai amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan oleh kerajan dalam menggerakkan dan memajukan golongan miskin.Sikap ingin mengeksploitasi harta kekayaan perlu dihapuskan dalam jiwa mereka.Pemikiran ke arah materialisme perlu dibuang,sebaliknya sifat-sifat yang positif seperti beramanah,bertanggungjawab dan sebagainya perlu ditanam.
Kerajaan perlu memberikan perhatian serius kepada golongan miskin.Pengagihan kekayaan,pendapatan dan subsidi sepatutnya benar-benar disalurkan dan sampai kepada golongan miskin kerana selama ini terdapat penyelewengan dalam pengagihan bantuan.
bandar-bandar,bahkan juga di desa-desa ,seperti mendirikan kilang-kilang untuk mengatasi masalah pengangguran dan juga untuk meningkatkan produktiviti sesebuah keluarga.
“Sindrom pergantungan” perlu dihapuskan.Oleh itu semua pihak patut memainkan peranan membuat reformasi ke arah kemantapan fizikal dan mental dengan meniup dan melahirkan satu keazaman untuk berdikari dan tidak mengharapakan bantuan dari kerajaan semata-mata.Sikap malas dan lain-lain sifat negatif patut dihapuskan.Setipa rakyat perlu berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh untuk memperoleh kejayaan.
KESIMPULAN
LAMPIRAN Jadual 3.1
Semenanjung Malaysia:Pembasmian Kemisikinan 1970-1990
1970 1990
(%) (%)
Semenanjung Malaysia
Kadar Kemisikinan 49.3 15.0
Luar Bandar 58.7 19.3
Bandar 21.3 7.3
Bumiputera 65.0 20.8
Cina 26.0 5.7
India 39.0 8.0
Lain-lain 44.8 18.0
Jadual 3.2
Semenanjung Malaysia:Isirumah Miskin di Sektor Pertanian Terpilih 1970,1980, dan 1987(‘000)
Sumber:Kerajaan Malaysia,Midterm Review Fourth Malaysia Plan, Table 3-2,ms.33 Kerajaan Malaysia,Midterm Review Fifth Malaysia Pelan,Table 3-6,ms.52
Ozay Mehmet.Pagar Makan Padi.Amanah,kemisikinan dan kejayaan di bawah
DEB.Diterjemahkan oleh K.S Jomo,Mohd Redha Ahmad dan Shamsulbahriah Ku Ahmad.Kuala Lumpur:INSAN.1987.
Chang,Ming Phang Paul
1973. Educational Development in A Plural Society.A Malaysian Case Study.Singapore:Academic Publications
Furnivall,J.S.
1956.Colonial Policy and Practice,A Comparative Study of Burma and Netherlands.India.New York:New York University Press.
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pelajaran.
1980. Pelajaran Di Malysia,1978.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dewan Bahasa dan Pustaka
1979. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran.Dato Seri Dr.Mahathir bin Mohamad,Pengerusi Kuala Lumpur.
1961.Act of Parlimen,No.43 of 1961.Education Act.Malaysia
1981.Fourth Malaysian Plan, 1981-1985.Kuala Lumpur:Jabatan Cetak Negara.
Herman Mulana(1946).Pembangunan Luar Bandar,Satu Perubahan Sosiobudaya.(Latihan Ilmiah).Universiti Malaya, Akademi Pengajian Melayu(Kuala Lumpur,Malaysia).