Kedudukan islamicjerusalem dalam islam
ISEU2310
SEMESTER 1, 2015/2016
TAJUK artikel
KEPERCAYAAN YAHUDI TERHADAP KONSEP BUMI YANG DIJANJIKAN
PENSYARAH :
Profesor madya dr.mohd roslan mohd nor
DISEDIAKAN OLEH :
NAMA NO MATRIK
MUNIFAH BINTI MUSTAPA IET130005
NURMAISARAH BINTI ABDULLAH Ied130016
JABATAN SEJARAH DAN TAMADUN islam & jabatan dakwah
KEPERCAYAAN YAHUDI TERHADAP KONSEP BUMI YANG DIJANJIKAN NURMAISARAH BINTI ABDULLAH IED 130016
MUNIFAH BINTI MUSTAPA IET 130005
ABSTRAK
Artikel ini mengkaji beberapa pendekatan yang diperlukan keatas hujah-hujah golongan Yahudi yang percaya bahawa Baitul Maqdis merupakan bumi yang dijanjikan Tuhan kepada mereka dan benarkah wujudnya ‘perjanjian’ antara kaum ini dengan Tuhan sebagaimana yang didakwa. Persoalan tanah yang dijanjikan yang dituntut oleh kaum Yahudi telah dibincangkan bermula apabila Abraham diperintahkan oleh Allah swt agar meninggalkan negeri asalnya di Mesopotamia dan melakukan penghijrahan ke bumi Kanaan iaitu sebuah negeri yang telah dijanjikan untuk diri, kaum kerabatnya dan bangsa Israel. Kaum Yahudi telah percaya bahawa tanah suci iaitu Baitul Maqdis adalah tanah yang telah dijanjikan Tuhan kepada kaum mereka dan juga keturunan mereka. Melalui catatan bible Old Testament inilah mereka berhujah dan menjadikan hujah geotheologi sebagai asas tuntutan yang kuat ke atas bumi Kanaan sehingga kini dan juga dinamakan sebagai bumi Israel menurut tradisi Yahudi. Dalam membincangkan hal-hal berkaitan, penulis berusaha mendatangkan beberapa fakta-fakta sejarah, Zionisme dan konsep Yahudi mengenai Palestin. Selain itu, artikel ini turut memberikan perbandingan dari perspektif al-Qur’an yang juga diperkuatkan dari pandangan Barat terhadap rantau yang menjadi rebutan ini. Penulis mendatangkan hipotesis dalam penulisan ini iaitu “disana tidak akan wujud negara Palestin mahupun milik umat Islam tanpa perpaduan umat Islam di seluruh dunia secara amnya dan daripada umat Islam di timur tengah secara khususnya.
Kata kunci: Yahudi, tanah yang dijanjikan,Palestin.
PENGENALAN
Palestin merupakan tempat suci yang menjadi tumpuan oleh tiga agama samawi iaitu Yahudi, Kristian dan Islam.1 Golongan Muslim melihatnya sebagai tanah yang diberkati oleh Allah
SWT dan merupakan tempat Nabi Muhammad melalui malam Israk Mikraj selain ia merupakan tanah yang mempunyai kaitan dan kepentingan seperti mana yang ditunjuk oleh
para anbiya’ terdahulu. Manakala golongan Yahudi, ia merupakan ibu negara oleh “King David dan Solomon’s” dan tempat ‘western wailing Wall’ iaitu kuil kedua bagi mereka. Dan orang Kristian pula menganggap tempat itu sebagai semangat dan pensaliban.2.
Sejarah menunjukkan Palestin sebelum 14 Mei 1948 didiami oleh bangsa Palestin yang yang penduduknya beragama Islam sebelum dunia pada masa kini menunjukkan Yahudi sudah bertapak di Palestin dan berjaya menubuhkan Negara Israel. Rentetan daripada itu, penulis cuba menjejak asal usul konsep yang menjadi pegangan kaum Yahudi ini dengan menelusuri dari mana datangnya konsep bumi yang dijanjikan ini sehinggakan dilihat menjadi punca yang membawa kejayan penubuhan Negara Israel.
Kejayaan penguasaan Yahudi keatas bumi Palestin ini antara faktor utama adalah disebabkan hujahan-hujahan pakar sejarawan Yahudi yang menyatakan bumi Palestin adalah bumi yang dijanjikan kepada mereka. Dalam penelitian ini,penulis dapati bahawa hujahan-hujahan tersebut tidak mempunyai asas yang kuat,malah boleh ditolak. Konsep bumi yang dijanjikan itu telah musnah disebabkan keangkuhan mereka sendiri yang tidak mahu mengikut perintah Tuhan.
LATAR BELAKANG YAHUDI
Bahasa Inggeris bangsa Yahudi dipanggil Jews atau juga dikenali dengan kaum Hebrew berasal daripada Bahasa Greek. Menurut buku “Bumi Yang Dijanjikan”,Jews,Hebrew dan Israel adalah satu kumpulan manusia atau keluarga,dipimpin oleh Abram atau Abraham,hidup
secara nomad di “dataran subur bulan sabit”sekitar tahun-tahun 2000 SM dan akhirnya menetap di Palestin. Apabila berlaku kemarau yang dahsyat di Palestin, mereka berpindah ke Mesir.
Al-Quran menyebut Yahudi kepada Bani Israil setelah diutusnya Nabi Muhammad dan selepas mereka kufur dan mengingkari kenabian beliau. Nama Yahudi adalah bukan bahasa Arab tetapi digunakan untuk mengistilahkan bangsa kafir yang dimurkai Allah. Nama Yahudi
hanya disebutkan dalam ayat-ayat madani (yang turun selepas hijrah ke Madinah) lapan kali di surah; Al-Baqarah, Al-Maidah, dan di At-Taubah semuanya dengan konteks celaan atas mereka dan bukan pujian. Beralihnya peristilahan Al-Quran dari Bani Israil kepada Yahudi ini memberikan kesimpulan bahawa umat Islam wajib mengikuti methode Al-Quran dalam membezakan antara Yahudi dan Bani Israel. Ketika Al-Quran menukar istilah Bani Israel menjadi Yahudi ini ingin menghilangkan mereka dari warisan hakiki Ibrahim dan Israil. Meskipun mereka mungkin masih ada keturunan Nabi Israil, namun mereka bukan
pewarisnya kerana mereka tidak mengikuti agama beliau. Kerana itu untuk menunjuk kepada negara penjajah di Palestin ketika ini yang betul adalah menyebutkan "negara penjajah zionis yahudi" dan bukan Israel. Zionis menunjuk kepada organisasi antarabangsa jahat yang merancang penubuhan negara penjajah tersebut di Palestin. Sebab jika menggunakan Israel dikhuatiri akan memberikan imbuhan laknat, celaan, cercaan kepada seorang Nabi Allah iaitu Yakub.
LATAR BELAKANG ZIONISME
‘Zionisme’ berasal dari kata Ibrani “zion” yang ertinya karang. Maksudnya merujuk kepada
batu bangunan Haykal Sulaiman yang didirikan di atas sebuah bukit karang bernama ‘Zion’,
terletak di sebelah barat-daya Al-Quds (Jerusalem). Bukit Zion ini menempati kedudukan penting dalam agama Yahudi, karena menurut Taurat, “Al-Masih yang dijanjikan akan memimpin kaum Yahudi memasuki ‘Tanah yang Dijanjikan’. Dan Al-Masih akan
memerintah dari atas puncak bukit Zion”. Zion dikemudian hari di identitikan dengan kota suci Jerusalem itu sendiri.
Zionisme kini tidak lagi hanya memiliki makna keagamaan, tetapi kemudian beralih kepada makna politik, iaitu suatu gerakan pulangnya ‘diaspora’ (terbuangnya) kaum Yahudi yang tersebar di seluruh dunia untuk kembali bersatu sebagai sebuah bangsa dengan Palestin sebagai tanah air bangsa Yahudi dengan Jerusalem sebagai ibu kota negaranya. Istilah
Gagasan itu mendapatkan dukungan dari Kaisar Napoleon Bonaparte ketika ia merebut dan menduduki Mesir. Untuk memperoleh bantuan kewangan dari kaum Yahudi, Napoleon pada tanggal 20 April 1799 mengambil hati dengan menyerukan, ‘Wahai kaum Yahudi, mari
membangun kembali kota Jerusalem lama”. Sejak itu gerakan untuk kembali ke Jerusalem
menjadi marak dan meluas.
Adalah Yahuda al-Kalai (1798-1878), tokoh Yahudi pertama yang melemparkan gagasan untuk mendirikan sebuah negara Yahudi di Palestin. Gagasan itu didukung oleh Izvi Hirsch Kalischer (1795-1874) melalui bukunya yang ditulis dalam bahasa Ibrani ‘Derishat Zion’ (1826), berisi kandungan tentang kemungkinan mendirikan sebuah negara Yahudi di Palestin. Buku itu disusul oleh tulisan Moses Hess dalam bahasa Jerman, berjudul ‘Roma und
Jerusalem’ (1862), yang memuat pemikiran tentang solusi “masalah Yahudi” di Eropah dengan cara mendorong migrasi orang Yahudi ke Palestin. Menurut Hess kehadiran bangsa Yahudi di Palestin akan turut membantu memikul “misi orang suci kulit putih untuk mengadabkan bangsa-bangsa Asia yang masih primitif dan memperkenalkan peradaban Barat
kepada mereka”.
Buku ini memuat pemikiran awal kerja-sama konspirasi Yahudi dengan Barat-Kristian menghadapi bangsa-bangsa Asia pada umumnya, dan dunia Islam pada khususnya. Untuk mendukung gagasan itu berdirilah sebuah organisasi mahasiswa Yahudi militan bernama
‘Ahavat Zion’ di St. Petersburg, Rusia, pada tahun 1818, yang menyatakan bahwa, “setiap
anak Israel mengakui bahwa tidak akan ada penyelamatan bagi Israel, kecuali mendirikan
pemerintahan sendiri di Tanah Israel (Erzt Israel)”1.
Menurut Roger Geraudy, kedatangan orang Yahudi ke wilayah Syam (wilayah yang didudukinya sekarang) memang didorong oleh semangat keagamaan.(Roger Geraudy:2000). Zionisme sebagai gerakan agama menginginkan gunung Zion-yang kebetulan terletak di wilayah Syam-sebagai tempat suci bagi orang Yahudi seluruh dunia. Keinginan ini kemudian dimanfaatkan oleh Zionisme sebagai gerakan politik yang menginginkan adanya sebuah negara bagi orang Yahudi seluruh dunia.3
KEPERCAYAAN YAHUDI
Bumi yang dijanjikan menurut kepercayaan Yahudi berdasarkan covenant (perjanjian) dengan Tuhan sebagaimana yang tercatat di dalam kitab suci Jewish Bible (Old Testament Bible), kaum Yahudi telah dijanjikan dengan sebuah penempatan di bumi Kanaan (Land of Canaan). Covenant yang mengutarakan persoalan “ Bumi yang dijanjikan” (A Promised Land) kepada Bani Israel sememangnya merupakan satu konsep yang dirujuk kepada Bible (Bibical concept). Walaupun “bumi yang dijanjikan” ini dari segi perkataan atau frasanya tidak dinyatakan secara zahir di dalam kitab Bible, namun dari segi konsepnya sangat jelas apabila dirujuk pada istilah covenant. Ini disebabkan menurut tradisi kesarjanaan Yahudi (dalam konteks ini pada umumnya diterima pakai sebagai tradisi kerjasama Barat), istilah covenant
(Heb.b’rith) yang disebut beberapa kali di dalam Bible adalah merujuk kepada makna
“perjanjian”, iaitu perjanjian rasmi antara Tuhan (Yahweh) dengan bangsa Israel melalui Patriarchs dan para pimpinan mereka.
Ini jelas terbukti melalui beberapa rentetan sejarah convenant yang berlaku pada sekitar tahun 2000 SM antara Tuhan dengan Patriarch Abraham (moyang kepada Israel) dan seterusnya dengan pimpinan bangsa itu. Covenant itu bermula apabila Abraham diperintahkan oleh Tuhannya agar meninggalkan negeri asalnya di Mesopotamia dan melakukan penghijrahan ke bumi Kanaan, iaitu sebuah negeri yang telah dijanjikan untuk diri, kaum kerabatnya dan bangsa Israel.
Konsep inilah yang menjadi asas kepada penuntutan Bani Israel terhadap apa yang dikatakan sebagai hak mereka ke atas bumi Palestin.Didalam penulisan Barat,mereka merujuk negeri Palestin sebagai sebuah tanah suci yang dikenali juga sebagai negeri Israel (Land of Israel) dengan hujah pada zaman silam ia merupakan sebuah tapak kepada kerajaan Bani Israel pada zaman pemerintahan King Saul,David dan Solomon.4
Muhammadiyah, Yogyakarta.
PENGHIJRAHAN YAHUDI DI PALESTIN
Penduduk Yahudi di Palestin bertambah dengan pesat dari tahun 1882 hingga 1903 berikutan penghijrahan kira-kira 20,000 hingga 30,000 orang ke bumi Al-Quds akibat tekana di tanah air mereka ataupun kerana digalakkan oleh pemimpin masyarakat Yahudi sendiri. Sementara dari 1904 hingga sebelum Perang Dunia Pertama, kira-kira 35,000 orang berhijrah dan apabila pengisytiharan Balfour dibuat pada tahun 1917, seramai 85,000 orang Yahudi sudah pun bermastautin di Palestin.
Kebanjiran Yahudi ke Palestin ini beransur mengubah demografi wilayah itu. Iaitu mendorong kepada perlunya diwujudkan kawasan kediaman yang sempurna buat pendatang haram yang begitu ramai. Bagi memenuhi keperluaan yang semakin mendesak, komuniti Yahudi mewujudkan dana nasional bagi membeli tanah di Palestin yang dikenali
sebagai Jewish National Fund (Keren Ha’keyemet) pada tahun 1901. Antara tahun 1920
hingga 1939, Yahudi membeli hampir 1.5 juta ekar tanah di Palestin daripada tuan tanah berbangsa Arab yang tinggal di luar Palestin.5
Langkah penduduk Yahudi membeli tanah ini mewujudkan masalah lain dalam kalangan penduduk Arab, iaitu masalah setinggan. Rasa kurang senang yang bertukar menjadi permusuhan yang terkumpul sejak sekian lama. Penduduk Arab juga memusuhi British kerana membawa masuk orang Yahudi ke bumi Palestin.
Di mana pemimpin Zionis berhujah dengan merujuk pada catatan sejarah yang Palestin dalam sejarah moden tidak pernah menjadi sebuah kerajaan. Ia hanya sebuah wilayah di bawah jajahan takluk empayar Islam uthmaniyyah yang dirampas kembali daripada kuasa Tentera Salib oleh Salahuddin Al Ayyubi. Menurut mereka lagi, sekiranya dirujuk pada sejarah yang lebih lama lagi, Palestin sebenarnya sudah wujud sejak beribu-ribu tahun lalu dan berada di bawah kekuasaan mereka. Jadi menurut mereka, orang Yahudi yang paling berhak terhadap Palestin. Dengan keparcayaan itu, mereka berpendapat sudah sampai masanya kembali ke Tanah yang diberkati ini.6
PERSPEKTIF AL-QURAN
5 http://tulabjamil.blogspot.my/2008/07/sejarah-dan-asal-usul-zionisme.html
Walau bagaimanapun, kitab Al-Quran telah jelas catatan daripada Allah swt melalui beberapa surah dan tafsir yang telah dijadikan hujah oleh sejarahwan, tokoh-tokoh Islam, penafsir dan riwayat yang sahih seperti berikut:
Tafsir Surah Al-Maidah ayat dari 21 hingga 25, “bahawa setelah Nabi Musa as. Mengingatkan orang-orang Yahudi dan menjelaskan nikmat-nikmat itu, kemudian memerintahkanmereka agar berani menghadapi musuh-musuh Allah swt dengan janji, bahawa Allah swt akan menolong mereka. Perintah Nabi Musa as itu ialah mereka harus memasuki tanah suci Palestin dan mendiami di negeri itu yang telah dijanjikan dan ditetapkan oleh Allah swt untuk menjadi tempat tinggal mereka.
Menurut riwayat Ibnu Asakir dari Mu’az bin Jabal tanah suci itu di anatara Tigris dan
sungai Furat. Tanah itu disebut suci kerana telah sekian lama ramai Nabi-nabi mendiami tempat tersebut dan sentiasa mengajak kepada agama Tauhid, kerana tanah itu bersih daripada patung-patung dan kepercayaan yang sesat. Dan Nabi Musa as melarang mereka murtad kembali menyembah berhala dan membuat masalah dalam masyarakat dengan melakukan kezaliman dan mengikut hawa nafsu. Jika mereka tidak mematuhi ketentuan itu mereka akan rugi, kerana nikmat-nikmat yang telah diberikan kepada mereka itu akan dicabut kembali dan dibatalkan.
(22) Setelah Nabi Musa as dan kaumnya mendekati tanah yang makmur itu, baginda memerintahkan kaumnya agar mereka memasukki tanah suci itu dan siap menghadapi penduduknya. Kerana kaum Nabi Musa as merasa lemah, rendah dan takut, mereka pun tidak mahu masuk ke tanah suci itu, bahkan mereka ingin kembali ke Mesir kerana penduduk tanah suci itu adalah orang-orang yang kejam dan kasar. Mereka menyatakan kepada Nabi Musa as bahawa mereka tidak akan masuk tanah suci itu selama penduduknya yang kejam itu masih di sana, jika penduduknya telah meninggalkan tanah suci itu, barulah mereka hendak masuk ke sana.
memperolehi kemuliaan, kenikmatan, kebahagiaan dan kesejahteraan. Tentang kesuburan dan kemakmuran Palestin pada waktu itu dan keadaan penduduknya yang kuat, gagah perkasa diakui oleh pengikut-pengikut Nabi Musa as yang dikirimnya ke sana.7
(23) Setelah terungkap sikap kaum Nabi Musa as dalam hal memasuki tanah suci dan mendiami di dalamnya, maka dua orang utusan dari kaum Nabi Musa as yang memang bertakwa kepada Allah swt dan telah diberi kenikmatan dan memperoleh keredaanNya, menganjurkan kepada kaumnya agar mereka segera memasuki pintu Baitul Maqdis. Apabila mereka telah memasukinya pasti mereka menang dalam mengusir penduduknya yang kuat itu. Kemenangan itu diperoleh atas pertolongan Allah swt yang telah dijanjikan, yang pasti akan ditepatinya. Menurut riwayat dua orang penganjur itu ialah Yahya bin Nun dan Kahab bin Yuqanah.
Pada ayat 25 pula, setelah ajakan Nabi Musa as tidak ditaati oleh kaumnya, bahkan mereka menolaknya maka Nabi Musa as menyatakan keluhannya kepada Allah swt bahawa ia tidak dapat menguasai kaumnya. Kerananya Nabi Musa as mohon kepada Allaj swt agar memberikan keputusan yang adil. Maka apabila kaumnya yang yang fasik itu akan disiksa, hendaklah Nabi Musa as dan saudara-saudaranya diselamatkan dari siksaan itu.
Maka ayat seterusnya menceritakan bahawa doa Nabi Musa as itu dikabulkan oleh Allah swt dan Allah swt menyatakan bahawa sesungguhnya tanah suci itu diharamkan bagi mereka selama empat puluh.8
Kesimpulan, 9 Al- Quds, menurut keyakinan orang-orang Islam, ia mempunyai posisi yang
mulia di dalam agama seperti didalam sebuah hadis yang mafhumnya “Jangan kalian
keluar berjalan melainkan untuk melawat tiga tempat ibadat iaitu masjid al-Haram,masjid al-Nabawi dan Masjid al-Aqsa” (Sahih Bukhari).10 Kaum Muslim dengan berbagai kelompoknya, mazhab dan sudut pandangan mereka, sepakat atas hal ini. Sebab itu ijma’ seluruh umat sejak dari dulu hingga sekarang. Dan Muslim bersepakat, berkomitmen dengan kewajipannya untuk membela Al-Quds daripada serangan Yahudi atau Bani Israel.
7 Departement Agama Indonesia, Al-Quran dan TafsirNya Jilid II, Juz 4-5-6, (Universitas Islam Indonesia, Yogyakarta, 1990), 417-418.
8 Ibid., 419.
Mereka juga se-ia sehati untuk melawan usaha-usaha Israel yang keras kepala yang masih menuntut tanah suci Al-Quds sebagai konsep tanah yang telah dijanjikan.11
PERSPEKTIF PANDANGAN BARAT
Analisis Islam juga diperkuatkan dengan kajian-kajian akademik barat yang dianggap berwibawa yang boleh dijadikan hujah kepada masyarakat antarabangsa untuk menolak hujah golongan Yahudi.
Kaum Yahudi berpegang pada konsep bahawa sejak zaman Abraham lagi, tanah Baitul Maqdis telah pun dijanjikan Tuhan kepada mereka melalui bible mereka dengan pemahaman mereka sendiri.
Berikut kepercayaan kaum Yahudi sendiri bahawa mereka penduduk asal bumi Palestin :
1.Bangsa Palestin yang dahulunya dikenali sebagai bangsa Kan’an dan keturunannya telah
mendiami dan memakmurkan bumi ini sejak 1500 tahun dahulu sebelum Bani Israel menetap disana. Mereka terus menetap sehingga kini walaupun selepas hubungan Yahudi dengan bumi Palestin terputus kerana diserang oleh Empayar Babilon pada 365 S.M dan Empayar Rom pada 70 M.
2. Bangsa Yahudi hanya memerintah beberapa bahagian daripada bumi Palestin selama 4 kurun sahaja, iaitu dari tahun 1000 hingga 585 S.M. Pemerintahan mereka telah hancur sebagaimana yang telah berlaku kepada kerajaan Assyiria,Firaun, Greek dan Roman. Sedangkan penduduk asal Palestin terus kekal di situ. Kerajaan Islam pula memerintah selama pula memerintah selama 1200 tahun (636-1917M) secara terus menerus. Cuma, terdapat gangguan dari pemerintahan Salib dalam tempoh yang singkat selama 90 tahun. 3. Hakikatnya,hubungan antarabangsa Yahudi dengan Palestin telah terputus sejak 1800 tahun dahulu dari 135 M hingga kurun ke -20. Ketika itu, mereka tidak mempunyai apa-apa kekuatan dari segi kepimpinan,politik atau tamadun.
Oleh itu, gerakan Zionis dianggap sebagai gerakan murtad. Pengasasnya, iaitu Theodre Herzl juga dianggap sebagai kafir oleh Rabbi-rabbi di Eropah. (kaum Yahudi Ortodoks yang menentang kepulangan Yahudi ke Palestin seperti gerakan Naturei Karta,Sameritis dan lain-lain).
4. Kitab mereka telah mengharamkan kepulangan mereka ke Palestin. Oleh itu, gerakan Zionis dianggapp sebagai gerakan murtad. Pengasasnya,iaitu, Theodre Herzl juga dianggap sebagai kafir oleh Rabbi-rabbi di Eropah. (kaum Yahudi Ortodoks yang menentang kepulangan Yahudi ke Palestin seperti gerakan Naturei Karta.Samerities dan lain-lain). 5.Berdasarkan fakta penyelidikan dari ahli akademik Yahudi, seperti Arthur Koestler, lebih daripada 80% orang Yahudi hari ini tidak mempunyai kaitan sejarah dengan Palestin. Majoriti orang-orang Yahudi sekarang sebenarnya berasal dari keturunan al-Khazar (Ashkenazi), iaitu puak Tatar –Turki kuno. Mereka mendiami bahagian utara Kaukaz (kawasan bekas Soviet) yang telah memeluk agama Yahudi pada kurun ke -8 M. Oleh itu, mereka sepatutnya pulang ke Selatan Rusia dan buknnay Palestin.
6. Dakwaan mereka bahawa Yahudi mempunyai hubungan khas dengan Palestin adalah tidak benar. Berdasarkan fakta sejarah, kebanyakannya Bani Israel enggan menyertai kumpulan Nabi Musa a.s untuk berhijrah ke tanah suci Baitulmuqaddis.12
7.Walaupun terdapat bukti dan hujah yang kukuh bahawasanya tanah Baitul Maqdis bukan milik kaum Yahudi, tetapi mereka tetap berkonsepkan tanah suci tersebut telah dijanjikan Tuhan sehingga kini. Tambahan pula, melalui Pertubuhan Zionis Dunia ( World Zionist Organization) mereka merasakan hak dan keadilan semula dalam usaha merebut kembali bumi yang dijanjikan sedangkan jika dilihat undang-undang antarabangsa, faktor sejarah bukanlah alasan atau bukti yang kukuh untuk menubuhkan sebuah negara.13
KESIMPULAN
Harapan bahawa pada suatu saat dapat kembali ke “Tanah yang Dijanjikan Tuhan” tidak akan pernah hilang dalam benak atau pemikiran orang Yahudi. Kini mereka telah
12 (Malik 2007)
menguasai tanah tersebut setelah berjuang sekian lama. Dilihat dari perspektif ini, tidak mungkin Isreal akan memberi kemerdekaan untuk bangsa Palestina. Justeru sebaliknya Israel akan “mengusirnya” demimewujudkan “Israel Raya” yang membentang dari sungai Nil (di Mesir) sampai ke sungai Eufrat (di Iraq).
Sementara dalam perspektif Islam, tanah Palestina adalah tanah Kharaj, dalam erti tanah milik umat Islam selamanya. Dengan demikian dalam pandangan Islam, apa yang
dilakukan Israel harus dilawan, kerana tidak ada bukti secara sah alasan penguasaannya atas tanah Palestin. Dalam kerangka ini kita perlu memahami mengapa jihad dianggap sebagai solusi penyelesaian masalah Palestina.
Justeru itu,umat Islam seluruh dunia harus bersatu dan jangan berhenti berjuang
menentang Yahudi kerana Baginda tanpa keraguan telah meramalkan bahawa umat Islam orang-orang beriman semuanya bakal terlibat dalam perang akhir zaman menghadapi kaum Yahudi.Diriwayatkan daripada Ibnu Umar ra katanya: Nabi SAW : "Kamu semua akan membunuh orang-orang Yahudi. Maka kamu semua akan membunuh mereka sehingga batu akan berkata: Wahai para muslimin! Di sini ada orang Yahudi, datanglah kemari dan bunuhlah dia." (HR Muslim) dan mempertahankan bumi yang diberkati ini kerana percaya dan pasti suatu hari nanti Palestin akan kembali manjadi milik umat Islam. “Palestine will
be free tomorrow”.
References
Al-Qardhawi, Dr.Yusuf. 1999. Al-Quds Masalah Kita Bersama, terj. Tun Samahta. Indonesia: Pustaka Al-Kautsar.
Dr.Mohd. n.d. "Sejarah Kejatuhan Palestin Dan Kewujudan Israel."
Hussein, Sabaruddin. 2013. Perang Arab Israel Selagi Belum Kiamat. Kuala Lumpur: PTS Islamika Sdn Bhd. Indonesia, Departement Agama. n.d. Al-Quran dan TafsirNya Jilid II, Juz 4-5-6, . Universitas Islam
Indonesia,Yogyakarta.
L.Gelvin, James. 20005. The Israel-Palestine Conflict One Hundred Years Of Wars. United States of America: Cambridge University.
Malik, Maszlee. 2007. Peluru Lawan Batu Konflik Palestin & Israel . Shah Alam,Selangor Darul Ehsan.: Karya Bestari Sdn.Bhd.
Mohamad Fauzi Zakaria, Mohd Roslan Mohd Nor. 2013. Bumi yang Dijanjikan,Konflik Palestin-Israel.
Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Nor, Mohd Roslan Mohd. 2008. "Journal of Al-Tamaddun." Islamic Jerusalem Under Muslim Rule : A Study Of The Implementation OF Inclusive Vision On The Region 162.
Nor, Mohd Roslan Mohd. 2010. "Konflik Israel-Palestin Dari Aspek Sejarah Moden Dan langkah Pembebasan Dari Cengkaman Zionis." Al-Tamaddun 73-90.
Suswanta. April 2012. "Memahami Persoalan Palestina-Israel dari Perspektif Islam." Journal UMY, Jurusan Ilmu Pemerintahan, Fakultas Ilmu Sosial dan Polotik,Universitas