NAMA : AZIZAN BIN MOHAMAD (PISMP 4B) ANGKA GILIRAN : 2013192340003
Soalan tugasan no. 9 : Jelaskan bagaimana menghasilkan satu produk multimedia interaktif yang baik. Banding bezakan antara produk multimedia koswer dengan atas talian. Huraikan elemen-elemen penting yang perlu ada dalam proses membina produk tersebut.
1.0 PENGENALAN
Istilah ‘multimedia’ digunakan dalam banyak perkara, seperti Sistem Maklumat Multimedia, komputer multimedia, perisian multimedia dan lain-lain lagi. Menurut Walter Oleksy (1995) dalam bukunya The Information Revolution: Education & Learning, ‘Multimedia adalah perkataan teknologi untuk perkakasan (hardware) dan perisian (software) yang membawa bersama-sama berjenis-jenis media teks, illustrasi-illustrasi, gambarfoto-gambarfoto, bunyi, suara, animasi dan video pada sebuah komputer.’
Menurut Nor Iadah Yusop (1995) di ceramahnya yang bertajuk Multimedia Dalam Pengajaran dan Pembelajaran, ‘Multimedia adalah kaedah penyebaran maklumat yang direkabentuk khusus untuk menggabungkan bunyi, gambar-gambar pegun dan bergerak, grafik, animasi, data dan teks bersama-sama dengan keupayaan interaktif sesebuah komputer.’
Dengan itu, multimedia adalah suatu teknik yang menggabungkan data, teks, gambar, grafik, animasi, bunyi dan video. Pada masa dahulu, komputer menyampaikan maklumat melalui teks. Sekarang, terdapat grafik dan gambar-gambar untuk menunjukkan sesuatu perkara dengan jelas. Malahan ia mampu menunjukkan pergerakan dan kesan bunyi. Teknologi multimedia yang mampu mengintegrasikan teks, grafik, animasi, audio dan video dalam satu persembahan sedang hangat diperkatakan pada masa kini. Ramai yang berpendapat multimedia mampu memberi kesan yang besar dalam bidang komunikasi dan pendidikan.
2.0 PRODUK MULTIMEDIA INTERAKTIF YANG BAIK
Produk multimedia yang baik boleh membawa manfaat sepenuhnya kepada murid dan guru dalam sesi proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Oleh itu, produk multimedia interaktif seharusnya mempunyai ciri-ciri yang baik dalam penghasilannya untuk kebaikan kedua-dua pihak. Antara ciri-ciri yang perlu diberikan penekanan untuk menghasilkan produk multimedia interaktif yang baik adalah:
a) Carian menggunakan kata kunci, indeks atau senarai kandungan hendaklah mudah dilaksanakan. Apabila kita hendak mencari sesuatu, kita boleh menggunakan kata kunci supaya terus ke bahagian yang dikehendaki. Ciri ini perlu dilaksanakan dengan mudah.
b) Mudah untuk install. Sebarang perisian multimedia perlu mudah diinstall ke komputer yang akan digunakan oleh pengguna.
c) Mudah diguna dan senang untuk faham. Perisian multimedia perlu mudah diguna dan senang untuk faham. Jikalau ia susah diguna atau susah untuk faham, pengguna hendaklah selalu merujuk ke pengajar yang mengendalikan kursus itu. d) Dapat menggunakan perisian mengikut rentaknya sendiri (fleksibel). Jika pengguna
tidak faham sesuatu dan hendaklah merujuk balik ke bahagian yang tertentu itu, ia boleh membuat demikian dengan berapa kali yang ia suka tanpa merisau tentang kawan-kawannya yang lebih cepat.
e) Bersepadu dan berinteraktif. Pengguna diajar dengan berinteraktif dengan kerja kursusnya, bukan hanya mencatat nota sahaja daripada pengajarnya.
f) Persekitaran yang koperatif. Sesuatu perisian multimedia perlu mempunyai persekitaran yang koperatif. Pengguna boleh membuat sesuatu dan perisian itu dapat memberi maklum balas yang cepat.
g) Kit pembelajaran kendiri. Perisian kursus multimedia hendaklah merupakan satu kit pembelajaran kendiri supaya sesiapa sahaja dapat belajarnya tanpa bantuan daripada orang lain.
3.0 PERBANDINGAN ANTARA PRODUK KOSWER DENGAN ATAS TALIAN.
beberapa kelebihan berbanding dengan peoduk multimedia atas talian. Antara perbandingan untuk kedua-dua produk ini adalah:
Bil Koswer Atas Talian
1 Gelombang Internet
Tidak menggunakan gelombang internet untuk mempersembahkan produk tersebut. Internet hanya digunakan sekiranya mempunyai teknik hyperlink ke laman web tertentu.
Mengutamakan gelombang internet kerana pengguna perlu mengakses telah ditetapkan. Bertujuan supaya perisian yang dibangunkan mengikut perspektif pendidikan pada masa kini.
Produk atas talian kurang diberi perhatian sehinggakan pentadbir laman web tidak membuat pengemaskinian maklumat dan format dalam produk yang telah dihasilkan.
Elemen-elemen pembinaan produk Koswer perlu diberi penekanan yang penting untuk memudahkan pengguna mengendalikan perisian tersebut. Ada beberapa fasa yang perlu dilalui untuk menghasilkan produk Koswer yang baik. Antaranya:
1) Fasa Pembinaan Bahan Multimedia (Multimedia Production)
Melibatkan fasa-fasa pembangunan dan langkah yang terlibat dalam setiap fasa. Bermula dari perancangan sehingga pemasangan aplikasi.
Proses pembangunan mempunyai kitaran hayat tertentu untuk memastikan aplikasi sentiasa tersedia dan memenuhi keperluan semasa
Matlamat dan objektif membantu menentukan hala tuju proses pembangunan aplikasi multimedia.
2) Fasa Analisis
Fasa analisis adalah tahap utama produksi multimedia. Pembangun multimedia boleh menetapkan tumpuan terhadap projek. Pembangun mengenal pasti judul projek, masalah, tujuan, kemungkinan penyelesaian dan sasaran pengguna.Pembangun perlu menganalisis penemuan dan mengenal pasti masalah. Seterusnya, menulis sebuah proposal projek multimedia.
Peringkat memahami masalah, pembangun perlu mengambil kira tiga jenis analisis iaitu :
Analisis kumpulan fokus Analisis isi kandungan Analisis objektif
Analisis kumpulan fokus menggunakan soal selidik untuk menemukan keperluan sasaran pengguna
Analisis isi kandungan Multimedia membantu para pembangun untuk memilih kandungan untuk program Multimedia dengan menggunakan Analisis Isi Borang.
Analisis Objektif boleh menggunakan Borang Analisis Objektif untuk membimbing Pembangun Bahan Multimedia. Ini membantu mereka menetapkan tumpuan terhadap projek.
Rajah : Prinsip asas dalam pembinaan antara muka pengguna
4) Fasa Pelaksanaan (Implementation Phase)
Pada fasa perlaksanaan, pembangun multimedia akan mengubah rekabentuk seperti Papan Cerita kepada program multimedia.
Pada fasa perlaksanaan, alat pengarangan seperti Toolbook Assistant 2004 digunakan sebagai alat untuk mengintegrasikan elemen-elemen multimedia.
Pada fasa ini, semua elemen multimedia yang berkaitan seperti teks, grafik, audio, video dan animasi akan dimasukkan untuk menghasilkan sebuah persembahan multimedia yang lebih menarik berdasarkan papan cerita yang telah disediakan pada fasa sebelum ini.
5) Fasa Pengujian (Testing Phase)
Selepas membangunkan sesuatu program multimedia, hasil tersebut perlu menjalani Fasa Pengujian. Fasa pengujian melibatkan Pembangun Multimedia. Tujuan pengujian adalah untuk memastikan program berjalan dengan betul tanpa kesilapan dan ketidakbolehfungsian sesuatu elemen.
Untuk antaramuka pengguna, prinsip-prinsip CASPER digunakan untuk item dalam
Penilaian produk perlu dinilai dalam 2 aspek : i) kandungan,
ii) antaramuka pengguna.
Dalam persembahan kandungan, semua item lengkap dan semua kata kunci telah dimasukkan.
Pengantar yang berpadanan, alasan, kesan, pencegahan dan kesimpulan terhadap idea utama kandungan. Antaramuka pengguna yang baik akan memiliki keseragaman, kejelasan, konteks, navigasi dan fleksibiliti program multimedia.
Borang Penilaian Pengguna boleh digunakan untuk menilai program multimedia yang dihasilkan. Daripada borang ini pengguna dapat memberi input yang berguna terhadap bahan yang dihasilkan.
6) Fasa Penerbitan (Publishing Phase)
Setelah melalui fasa pengujian dan penilaian yang telah memastikan program multimedia bebas daripada kesalahan, kemudian fasa terakhir ialah Fasa Penerbitan. Semasa berlaku di fasa ini, tidak akan nada lagi pengubahsuaian dan perubahan.
5.0 RUMUSAN
Produk mutimedia Koswer mempunyai ciri yang lebih baik daripada atas talian kerana struktur pembinaan multimedia Koswer lebih tersusun dan mengikut kehendak standard pengguna. Oleh yang demikian, pembinaan multimedia Koswer harus diperbanyakkan dan berkualiti mengikut piawaian kerana dapat memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dilaksanakan. Ketiadaan gelombang internet tidak menjadi masalah kerana produk multimedia Koswer merupakan produk yang boleh dilaksanakan sama ada secara atas talian atau bawah talian.
http://www.slideshare.net/ShukriSuib/kaedah-pembangunan-bahan-instruksi-penilaian-bahan-instruksi
http://mit2009.wikispaces.com/KUANTITATIF+-+B2
http://gmm.fsksm.utm.my/~sca3103/cgi-bin/bahan_kuliah/anita/Bab%203%20-%20Produk %20MM.pdf
http://www.nve.com.my/images/iPintar.pdf