• Tidak ada hasil yang ditemukan

FALSAFAH DAN ISU SEMASA UQI11102 SEMESTER 2 SESI 2020 / 2021 TAJUK : BUDAYA HEDONISME DAN KESANNYA TERHADAP KEHIDUPAN MASYARAKAT HARI INI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "FALSAFAH DAN ISU SEMASA UQI11102 SEMESTER 2 SESI 2020 / 2021 TAJUK : BUDAYA HEDONISME DAN KESANNYA TERHADAP KEHIDUPAN MASYARAKAT HARI INI"

Copied!
32
0
0

Teks penuh

(1)

FALSAFAH DAN ISU SEMASA UQI11102

SEMESTER 2 SESI 2020 / 2021

TAJUK : BUDAYA HEDONISME DAN KESANNYA TERHADAP KEHIDUPAN MASYARAKAT HARI INI

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA AHLI NO.MATRIK

MUHAMMAD IKHWAN ZULHAKIM BIN MOHD AZMI AD200060

MUHAMMAD NUR IMAN BIN SAIFULLIZAN AD200037

MUHAMMAD SHAZERIN FARHAN BIN AZMI AD200010

MUHAMMAD IQBAL FARHAN BIN DZULKIFLI AD200025

MUHAMMAD NOOR AMIN BIN RAHIZAL AD200030

NORKIASAH BINTI ZAENUDDIN AP200536

SAFINAH BINTI AMIRHAMJA AP200323

NUR SABRINA BINTI ZAINAL AP200332

NUR AISYAH NELLYDIA BINTI RAMLI AP200148

NAMA PENSYARAH : DR. MUHAMMAD MASRURI SEKSYEN : S38

(2)

ISI KANDUNGAN HALAMAN

PENGHARGAAN I

ABSTRAK / ABSTRACT II

BAB 1 - PENDAHULUAN 1

BAB 2 - KAJIAN LITERATURE 5

BAB 3 - METODOLOGI KAJIAN 7

BAB 4 - DAPATAN KAJIAN 9

BAB 5 - KESIMPULAN 25

RUJUKAN 28

(3)

Assalamualaikum w.b.t …

Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat ilahi dengan izin-Nya dapatlah kami melaksanakan laporan kajian ini dengan jayanya bagi memenuhi tugasan yang diberikan.

Terlebih dahulu kami ingin mengukir jutaan terima kasih dan sayang kepada kedua ibubapa kami dalam usaha melahirkan serta mendidik kami menjadi insan yang berguna. Kalungan terima kasih kami hadiahkan kepada Dr. Muhammad Masruri selaku pengajar yang telah sudi memberi peluang kepada kami untuk melaksanakan kajian ini di bawah pengawasan beliau. Segala tunjuk ajar, nasihat dan bimbingan yang telah diberikan sepanjang menyempurkan kajian ini adalah amat berharga.

Kepada rakan seperjuangan di kelas Falsafah dan Isu Semasa seksyen 38 di Universiti Tun

Hussein Onn Malaysia, kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sentiasa

mewarnai kehidupan ini. Terima kasih atas segala tunjuk ajar, kerjasama dan nasihat yang

diberikan. Akhir kata kami memohon maaf sebarang kesilapan yang disengajakan atau tidak

disengajakan sepanjang kajian ini dilaksanakan.

(4)

ABSTRAK

Hedonisme merupakan budaya baru yang wujud berpunca daripada proses globalisasi yang berlaku dengan pesat. Kesan daripada pengaruh globalisasi yang melanda negara kita telah turut sama memberi impak yang cukup besar kepada penularan gejala sosial yang berselindung disebalik fahaman hak asasi manusia, ‘realease tension’ dan bermacam-macam lagi alasan untuk menghalalkan tindakan mereka. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti faktor dan kesan hedonisme ini mudah menyerap dalam semua peringkat umur khususnya kanak-kanak dan remaja. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif iaitu menggunakan aplikasi “google form” dan 50 orang responden yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah dipilih. Dapatan kajian dianalisa oleh pengkaji dengan membuat peratusan terhadap data yang diperoleh. Secara keseluruhan, hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat lima faktor utama penularan hedonisme ini iaitu diri sendiri, pengaruh institusi kekeluargaan, rakan sebaya, media massa dan persekitaran. Selain itu, terdapat pelbagai implikasi daripada penularan budaya ini yang boleh menganggu gugat kemaslahatan masyarakat seperti kemakmuran dan kesejahteraan negara tergugat, peningkatan terhadap kes jenayah, sikap boros dan bermewah, melahirkan masyarakat yang semakin malas serta peningkatan dalam kadar pengangguran. Kajian ini juga dijalankan bertujuan membuka mata masyarakat tentang kesan- kesan hedonisme kepada generasi yang akan datang.

Kata Kunci: Hedonisme, generasi muda, mahasiswa, faktor dan kesan.

ABSTRACT

Hedonism is a new culture that has emerged as a result of the rapid process of globalization. The impact of the influence of globalization that has hit our country has also had a significant impact on the spread of social symptoms that are hidden behind the understanding of human rights, ‘realease tension’ and various other reasons to legitimize their actions. The purpose of this study was to identify the factors and effects of hedonism is easily absorbed in all ages, especially children and adolescents. This study uses a quantitative approach that is using the application "google form" and 50 respondents consisting of students of Universiti Tun Hussein Onn Malaysia were selected. The findings of the study were analyzed by the researcher by making a percentage of the data obtained. Overall, the results of the study show that there are five main factors of this contagion of hedonism namely self, influence of family institutions, peers, mass media and environment. In addition, there are various implications from the spread of this culture that can jeopardize the welfare of society such as the prosperity and well -being of the country is threatened, increase in criminal cases, extravagance and luxury, creating an increasingly lazy society and increase in unemployment. This study was also conducted to open the eyes of society about the effects of hedonism on future generations.

Keywords: Hedonism, young generation, students, factor and effect.

(5)

PENDAHULUAN

1.0 PERMASALAH KAJIAN

Hedonisme merupakan isu sosial yang hebat diperkatakan masa kini kerana ia merupakan satu perilaku ‘sub-budaya’ yang negatif kepada masyarakat terutamanya golongan remaja. Gejala ini perlu dipandang serius kerana ia boleh merosakkan generasi pemuda akan datang yang lalai semata-mata untuk keseronokan. Kita sebagai rakyat Malaysia yang memartabatkan Islam sebagai agama persekutuan dan berpegang kepada adab budaya ketimuran perlu menolak gejala ini.

Malah seluruh negara dan bangsa yang menghormati adab ketimuran serta berpegang kepada amalan dan kepercayaan agama-agama lain juga pasti tidak bersetuju terhadapnya. Hal ini demikian kerana sikap remaja itu sendiri merupakan salah satu punca tersebarnya gejala hedonisme. Remaja sentiasa mahukan hiburan dan keseronokan dalam kehidupan dan menganggap keseronokan itu sebagai ‘trend’ atau cara hidup remaja pada masa kini. Bagi mereka hidup dalam usia muda hanya sekali. Oleh sebab itu, mereka tidak mahu dikongkong oleh sesiapapun dan mahukan kebebasan sepenuhnya agar segala aktiviti yang tidak berfaedah dapat mereka lakukan.

Tambahan pula, keruntuhan dan kurangnya keperihatinan dalam institusi kekeluargaan dan orang sekeliling. Hal ini kerana remaja merasakan tiada sokongan dan pemahaman dari keluarga terhadap jiwa dan trend dunia mereka. Oleh itu, masalah yang perlu kita bincangkan adalah apakah kesan yang menyebabkan banyak pihak menentang budaya hedonisme tersebut dalam kalangan masyarakat?

1.1 MATLAMAT KAJIAN

Matlamat utama dalam melaksanakan kajian ini adalah untuk meningkatkan kesedaran

dalam kalangan mahasiswa mengenai faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya budaya

hedonisme ini dan juga kesannya terhadap kehidupan masyarakat hari ini.

(6)

1.2 PERSOALAN KAJIAN

Tujuan kerangka kajian ini adalah untuk membentuk andaian persoalan kajian. Berikut adalah persoalan kajian bagi kajian ini.

1. Sejauh manakah kefahaman budaya hedonisme dalam kalangan masyarakat?

2. Sejauhmanakah budaya hedonisme mempengaruhi pembentukkan akhlak remaja?

3. Adakah budaya hedonisme ini akan memberi kesan positif yang lebih banyak berbanding kesan negatif atau sebaliknya.

4. Apakah peranan masyarakat dalam menyelesaikan masalah budaya hedonisme?

5. Sejauh manakah peranan ibu bapa untuk mencorakkan nilai-nilai murni yang baik kepada anaknya agar tidak mudah terpedaya dengan budaya hedonisme?

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Antara objektif-objektif kajian adalah seperti berikut:-

i. Mengenalpasti faktor-faktor yang menyumbang kepada budaya hedonisme dalam kalangan masyarakat.

ii. Menjelaskan kesan-kesan budaya hedonisme yang memberi impak negatif dalam kalangan masyarakat.

iii. Menerangkan pelbagai cara untuk mengatasi masalah budaya hedonisme dalam kalangan masyarakat.

1.4 KEPENTINGAN KAJIAN

Antara kepentingan kajian yang difokuskan adalah memberi kefahaman kepada pelajar

tentang budaya hedonisme. Kajian ini memberi pendedahan tentang tanggungjawab pelajar untuk

mengelakkan daripada terjebak dengan budaya hedonisme. Kajian ini adalah penting dan dapat

memberi manfaat kepada pelbagai pihak iaitu individu itu sendiri, sekolah, ibu bapa dan keluarga,

media massa, dan pihak berkuasa. Antaranya adalah seperti berikut:-

(7)

bimbingan yang diberikan oleh pelbagai pihak. Ini dapat memberi kesedaran kepada individu tersebut agar sentiasa berwaspada dan menghindari terhadap pengaruh luar dengan pelbagai cara, dimana sahaja dan bila-bila masa untuk mengelakkan diri daripada terleka dan terus hanyut dengan keseronokkan.

ii. Sekolah

Peranan pihak sekolah dalam pelbagai aktiviti keagamaan dan social akan mengurangkan rasa bosan pelajar di sekolah. Terutamanya program-program yang dirancang oleh Panitia Agama Islam. Secara tidak langsung disiplin sekolah akan terkawal sedikit dengan pembinaan pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

Selain itu, pihak sekolah juga menyediakan khidmat kaunseling kepada individu yang berkaitan mahupun secara suara bebas agar dapat memberi kesedaran terhadap individu. Selain kaunselor terdapat juga individu yang mahir dan arif berkaitan dengan isu hedonisme tersebut.

Hal ini dapat menerapkan dan mengukuhkan nilai-nilai murni, mengubah cara perspektif dan gaya hidup dalam kalangan pelajar atau individu.

iii. Ibu bapa dan keluarga

Peranan ibu bapa dalam didikan agama dan menghormati masyarakat sekeliling amat diperlukan untuk membentuk akhlak dan sahsiah diri anak-anak. Dengan didikan agama dan kerohanian yang kukuh ia dapat mengelakkan pengaruh negatif seperti budaya hedonisme dapat merosakkan keluarga.

iv. Media Massa

Peranan media massa dalam menyiarkan rancangan yang berkaitan dengan ilmu

kerohanian dan tiada unsur yang mengajak kearah kerosakan akhlak. Dengan ini setiap individu

dapat menghidupkan jiwa dan rohani serta menjadi individu yang dapat menyumbang kebaikan

antara satu sama lain dalam kalangan masyarakat dan Negara.

(8)

v. Pihak berkuasa

Peranan pihak berkuasa amatlah penting bagi menjamin keadaan sekeliling terkawal dan mengikut akta dan undang-undang negara. Sepertimana kita ketahui Negara kita Malaysia mempunyai akta dan undang-undang yang ketat. Oleh itu, pihak berkuasa perlulah menguatkuasakan undang-undang agar budaya hedonisme ini dapat dicegah agar tidak menjadi lebih teruk masa akan datang.

1.5 SIGNIFIKAN KAJIAN

Secara amnya, hedonisme adalah fahaman falsafah yang menjadikan keseronokan

merupakan matlamat utama dalam hidup. Masa remaja merupakan masa dimana individu akan

mengalami perubahan fizik, sikap, emosi, dan jasmani. Tinggi atau rendahnya sikap individu

tentunya dipengaruhi oleh berbagai macam faktor yang salah satunya adalah dari gaya hidup

perilaku konsumtif itu sendiri. Gaya hidup yang sederhana atau berlebih-lebihan menjadi pilihan

untuk perilaku ini memilih gaya hidup mereka tanpa memikirkan kesan selanjutnya. Ianya

seringkali menjadikan seseorang sebagai titik motivasi atau dasar pedoman dalam membuat

sesuatu. Oleh itu, hasil penelitian menunjukkan bahwa gaya hidup hedonisme merupakan salah

satu faktor yang dapat mempengaruhi perilaku konsumtif pada remaja. Oleh sebab itu, remaja

disarankan untuk menghindari pola hidup yang berlebihan agar tidak terjerumus dalam perilaku

konsumtif hedonisme.

(9)

KAJIAN LITERATURE

2.0 PENGENALAN

Kecenderungan umat Islam untuk mencari dan memilih kelazatan dan kegembiraan hidup sama ada sedar ataupun tidak kelakuan tersebut sering terperosok dalam arus budaya Hedonisme yang diasosiasikan dengan sikap mencari dan memilih kelazatan dan kegembiraan hidup mengatasi segala-galanya. Padahal, budaya Hedonisme ini akan meninggalkan impak negatif terhadap kehidupan manusia sama ada diri pribadi dan keluarga mahupun masyarakat dan bangsa.

Para ulama sering kali mengingatkan masyarakat awam agar tidak terlalu terikut-ikut dengan rentak hiburan budaya Barat. Budaya yang dibawa oleh Barat bukan sahaja melanggar batas syariat bahkan melanggar adat serta adab sebagai seorang manusia. Sebagai seorang mukmin yang berwaspada, menjadi wajib ke atas kita untuk memberi kesedaran kepada masyarakat pada hari ini tentang kesan hedonisme. Sesungguhnya mencegah adalah lebih baik dari mengubati.

2.1 SOROTAN LITERATURE

Kajian terdahulu atau sorotan kajian lepas boleh didefinisikan sebagai kajian yang sudah dilakukan oleh para pengkaji tentang budaya hedonisme dan kesannya terhadap kehidupan masyarakat pada hari ini. Antara kajian-kajian yang telah dilakukan adalah seperti berikut:-

i. Kajian tentang Model Dakwah Alternatif Menghadapi Budaya Hedonisme.

Antaranya kajian yang berkait rapat dengan tajuk yang dikaji ialah bertajuk “Model

Dakwah Alternatif Menghadapi Budaya Hedonisme”. Kajian ini telah dijalankan oleh Abdul

Ghafar Hj Don, Syabuddin Gade, dan Ahmad Redzuwan Mohd Yunus dari Jabatan Pengajian

Dakwah Dan Kepimpin, Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2011. Kajian ini

menerangkan tugas dakwah yang mesti segera diantisipasi atau diberikan ubat yang tepat

meskipun berat supaya tidak terpengaruh budaya tersebut atau kembali ke jalan kebenaran.

(10)

ii. Kajian tentang Kesan Hedonisme Kepada Generasi Muda.

Seterusnya, kajian yang kedua bertajuk “Kesan Hedonisme Kepada Generasi Muda”.

Kajian kes ini dijalankan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Kampus Pagoh. Kajian ini telah dijalankan oleh Shahidah Hamzah, Nur Hafizah Yusoff, Fauziah Ani & Zahrul Akmal Damin dari Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Kampus Pagoh pada tahun 2021. Kajian ini juga ingin menerangkan tentang budaya hedonisme yang mewujudkan kesan daripada proses globalisasi yang berlaku dengan pesat. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti faktor dan kesan hedonisme ini mudah menyerap dalam semua peringkat umur khususnya kanak-kanak dan remaja.

iii. Kajian tentang Menangani Penetrasi Budaya Hedonisme di Kalangan Mahasiswa.

Sorotan kajian lepas yang ketiga pula ialah Menangani Penetrasi Budaya Hedonisme di

Kalangan Mahasiswa. Satu Penyelesaian Menurut Perspektif Islam dan Kaunseling dijalankan

oleh Hj Huzili Hussin dan Shuhairimi Abdullah iaitu Pensyarah di Pusat Kemahiran

Komunikasi & Keusahawanan Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia. Kajian ini

mengatakan bahawa kesan daripada pengaruh globalisasi yang melanda di Malaysia telah turut

sama memberi impak yang cukup besar kepada penularan gejala sosial yang berselindung

disebalik fahaman hak asasi manusia, ‘realease tension’ dan bermacam-macam lagi alasan

untuk menghalalkan tindakan mereka. Kajian memaparkan perbezaan tanggapan budaya

hedonisme pada kaca mata Barat dan di kaca mata Islam.

(11)

METODOLOGI KAJIAN

3.0 PENGENALAN

Metodologi merupakan satu set kaedah yang digunakan untuk menjalankan kajian dalam bidang pengajian. Oleh itu, dalam melakukan sesuatu kajian penyelidikan, metodologi merupakan salah satu perkara yang penting bagi membolehkan keputusan yang diperoleh mempunyai kesahihan atau kebolehpercayaan yang tinggi. Ia merangkumi konsep kuantitatif dan kualitatif.

Dalam bahagian ini akan menghuraikan tentang metodologi, kaedah pengumpulan data, serta kaedah analisis yang digunakan dalam kajian ini.

3.1 REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian adalah salah satu cara yang efektif bagi mencapai matlamat kajian.

Kajian ini telah menggunakan cara persampelan secara rawak bagi memperoleh pendapat dan pemahaman daripada responden. Kajian ini bertujuan mengenal pasti faktor-faktor yang menyumbang kepada budaya Hedonisme dalam kalangan masyarakat, menerangkan kesan-kesan budaya Hedonisme yang memberi impak negatif dalam kalangan masyarakat dan mengkaji cara- cara untuk mengatasi masalah budaya Hedonisme dalam kalangan masyarakat. Selain itu, kaedah keperpustakaan telah digunakan bagi melancarkan dan mengumpul sumber untuk mendapatkan maklumat dengan melayari laman sesawang yang berkaitan topik kajian. Kamus dewan juga digunakan

dan telah memberikan banyak maklumat sebagai sokongan hasil kerja pengkaji, dalam menyempurnakan kajian ini.

3.2 INTRUMENTASI KAJIAN

Dalam kajian ini, jenis instrumentasi yang telah digunakan adalah ‘Google Form’. Google

Form merupakan satu tempat pengumpulan data melalui atas talian dan dalam situasi negara yang

dilanda Covid-19 adalah antara sebab kenapa kaedah ini digunakan. Soal selidik ini terbahagi

(12)

kepada empat bahagian iaitu bahagian A terdiri daripada maklumat am responden. Ia terdiri daripada jantina, umur, bangsa, agama dan fakulti. Bagi bahagian B pula, soalan yang dikemukakan adalah mengenai faktor yang menyuburkan budaya Hedonisme dalam kalangan masyarakat. Dalam set soalan ini, terdapat 5 soalan mudah diajukan dan menggunakan Skala Guttman iaitu “YA” atau “ TIDAK” untuk mendapat pandangan responden terhadap sesuatu kenyataan. Selain itu, bagi bahagian C pula ialah kesan budaya hedonisme yang memberi impak negatif dalam kalangan masyarakat. Bahagian ini menggunakan Skala Likert iaitu 1-sangat tidak setuju, 2-tidak setuju, 3-tidak pasti, 4-setuju dan 5-sangat setuju. Bagi bahagian terakhir dalam set soalan ini adalah cadangan cara-cara mengatasi masalah Hedonisme dalam kalangan masyarakat.

Responden akan menggunakan kaedah skala lima markah seperti di bahagian C.

3.3 PROSEDUR KAJIAN

Terdapat beberapa prosedur yang dilakukan dalam melaksanakan tugasan ini. Prosedur tersebut adalah seperti berikut;

 Perbincangan sesama ahli kumpulan mengenai budaya hedonisma.

 Menyediakan kertas cadangan bersama ahli kumpulan.

 Mendapatkan kelulusan pensyarah mengenai kertas cadangan.

 Menyediakan borang soal selidik setelah kertas cadangan diterima pensyarah.

 Mengedarkan borang soal selidik setelah kertas cadangan diterima.

 Menganalisis Data.

3.4 ANALISIS DATA

Analisis data adalah bahagian yang penting dalam sesuatu kajian yang dijalankan. Dengan

menggunakan ‘Google Form’, perisian ini dapat memudahkan penganalisan data kerana ia

mampu untuk mengeluarkan data yang tepat. Dengan bantuan perisian ini, setiap data yang

diperolehi dapat dianalisis kepada bentuk kekerapan dan peratusan.

(13)

DAPATAN KAJIAN

4.0 PENGENALAN

Dalam setiap kajian yang dilakukan, bahagian dapatan kajian sangat memainkan peranan yang penting kerana segala dapatan kajian akan ditunjukkan dalam bab ini. Hal ini demikian kerana, melalui dapatan data yang diperolehi oleh pengkaji semasa kajian dilakukan dapat menjawab segala objektif kajian. Pada bab ini akan diterangkan secara terperinci analisis data yang telah dilakukan dan dapatan yang diperolehi daripada kajian yang telah dijalankan bagi mengukuhkan segala persoalan dan objektif kajian yang dilakukan oleh para pengkaji.

4.1 ANALISIS TERPERINCI

Analisis yang dilakukan ini adalah berkaitan dengan dapatan kajian yang diperolehi iaitu mengandungi interpretasi yang merangkumi keseluruhan ruang lingkup mengenai objektif kajian yang telah dikemukakan pada bab 1. Sehubungan dengan itu, perbincangan analisis ini akan menumpukan kepada menjawab kesemua persoalan kajian yang telah dikemukakan di dalam bab 1 yang melibatkan soal selidik mahasiswa UTHM, mahasiswa Universiti lain dan juga terbuka kepada orang luar.

4.2 ANALISIS DAPATAN KAJIAN

Dapatan soal selidik ini dibahagikan kepada empat bahagian iaitu mengenai latar belakang

responden, faktor-faktor yang menyumbang kepada budaya hedonisme dalam kalangan

masyarakat, kesan-kesan budaya hedonisme yang memberi impak negatif dalam kalangan

masyarakat dan cara-cara untuk mengatasi masalah budaya hedonisme dalam kalangan

masyarakat

(14)

4.3 BAHAGIAN A: LATAR BELAKANG RESPONDEN

Dapatan kajian dalam aspek latar belakang responden meliputi aspek berikut:

 Jantina

 Umur

 Bangsa

 Agama

 Fakulti

Carta 4.3.1 : Taburan Responden Mengikut Jantina

Jantina Bilangan Peratus (%) Peratus Kumulatif (%)

Lelaki 27 54 54

Perempuan 23 46 100

Jumlah 50 100 100

Jadual 4.3.1 : Analisis Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Jantina

Berdasarkan carta dan jadual 4.3.1 di atas, ia menunjukkan bilangan respoden dan

peratusan mengikut jantina. Kajian ini mempunyai seramai 50 orang responden yang terdiri

daripada 27 responden lelaki (54%) dan 23 responden perempuan (46%).

(15)

Carta 4.3.2 : Taburan Responden Mengikut Umur

Umur Bilangan Peratus (%) Peratus Kumulatif (%)

19 - 21 tahun 40 80 80

22 - 24 tahun 8 16 96

25 dan ke atas 2 4 100

Jumlah 50 100 100

Jadual 4.3.2 : Analisis Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Umur

Berdasarkan carta dan jadual 4.3.2 di atas, ia menunjukkan bilangan respoden dan

peratusan mengikut umur. Kajian ini mempunyai seramai 50 orang responden yang terdiri

daripada 40 responden yang berumur 19 tahun hingga 21 tahun (80%) , 8 responden yang

berumur 22 tahun hingga 24 tahun (16%) dan 2 responden yang berumur 25 dan ke atas (4%).

(16)

Carta 4.3.3 : Taburan Responden Mengikut Bangsa

Bangsa Bilangan Peratus (%) Peratus Kumulatif (%)

Melayu 48 96 96

Cina 0 0 96

India 1 2 98

Lain-lain 1 2 98

Jumlah 50 100 100

Jadual 4.3.3 : Analisis Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Bangsa

Carta dan jadual 4.3.3 menunjukkan taburan dan analisis bilangan serta peratusan

responden mengikut bangsa. Berdasarkan data yang diperolehi, seramai 48 responden berbangsa

Melayu (96%), seorang responden berbangsa India (2%), seorang responden berbangsa Bidayuh

(2%) dan tiada responden berbangsa Cina.

(17)

Agama Bilangan Peratus (%) Peratus Kumulatif (%)

Islam 48 96 96

Hindu 0 0 96

Buddha 0 0 96

Kristian 2 4 100

Jumlah 50 100 100

Jadual 4.3.4 : Analisis Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Agama

Carta dan jadual 4.3.4 pula menunjukkan taburan responden mengikut agama yang dianuti.

Berdasarkan data yang diperolehi, seramai 48 responden beragama Islam (96%) dan 2 responden

beragama Kristian (4%). Tiada responden yang menganut agama hindu dan buddha.

(18)

Carta 4.3.5 : Taburan Responden Mengikut Fakulti

Fakulti Bilangan Peratus (%) Peratus Kumulatif (%)

FKMP 26 52 52

FKEE 2 4 56

FKSTM 2 4 60

FPTP 2 4 64

FKAAB 2 4 68

FPTV 1 2 70

Lain-lain 15 30 100

Jumlah 50 100 100

Jadual 4.3.5 : Analisis Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Fakulti

Berdasarkan carta dan jadual 4.3.5, majoriti responden adalah dari FKMP iaitu sebanyak

26 responden (52%), 2 responden dari FKEE, FKSTM, FPTP dan FKAAB bersamaan dengan

(4%) setiap daripanya. Terdapat seorang responden dari FPTV (2%). Selain itu, terdapat 15

responden dari fakulti lain dan juga mahasiswa daripada universiti lain (30%).

(19)

Objektif pertama kajian kami ialah mengenalpasti faktor-faktor yang menyumbang kepada budaya hedonisme dalam kalangan masyarakat. Oleh itu kami telah menyediakan beberapa soalan berkaitan dengan faktor- faktor yang menyumbang kepada budaya hedonisme di dalam kajian soal selidik kami. Untuk bahagian ini, responden perlu menjawab menggunakan Skala Guttman iaitu “Ya” atau “ Tidak” untuk menjawab soalan-soalan yang kami sediakan.

Dapatan berdasarkan kepekaan responden terhadap faktor-faktor yang menyumbang kepada budaya hedonisme merangkumi soalan seperti berikut:-

i. Adakah anda bersetuju bahawa budaya hedonisme ini berpunca daripada pengaruh media massa?

ii. Adakah wujudnya pelbagai pusat hiburan dan pusat perjudian juga merupakan antara faktor berlakunya budaya hedonisme?

iii. Adakah anda bersetuju bahawa keruntuhan institusi kekeluargaan juga merupakan faktor berlakunya budaya hedonisme?

iv. Kurang Pengawalan atau Pengawasan Ibubapa

(20)

Carta 4.4.1 : Taburan Responden Mengenai Pengaruh Media Massa

Pilihan Jawapan Bilangan Peratus (%) Peratus Kumulatif (%)

Ya 47 94 94

Tidak 3 6 100

Jumlah 50 100 100

Jadual 4.4.1 : Analisis Bilangan dan Peratusan Responden Mengenai Pengaruh Media Massa

Carta dan jadual 4.4.1 di atas menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden

mengenai pengaruh media massa. Berdasarkan data yang diperolehi, seramai 47 responden

(94%) bersetuju bahawa budaya hedonisme ini berpunca daripada pengaruh media massa

manakala seramai 3 responden (6%) tidak bersetuju.

(21)

Pilihan Jawapan Bilangan Peratus (%) Peratus Kumulatif (%)

Ya 48 96 96

Tidak 2 4 100

Jumlah 50 100 100

Jadual 4.4.2 : Analisis Bilangan dan Peratusan Responden Mengenai Pelbagai Pusat Hiburan

Carta dan jadual 4.4.2 di atas menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden

mengenai pelbagai pusat hiburan dan perjudian. Berdasarkan data yang diperolehi, seramai 48

responden (96%) bersetuju bahawa pusat hiburan dan perjudian juga antara faktor berlakunya

budaya hedonisme manakala seramai 2 responden (4%) tidak bersetuju.

(22)

Carta 4.4.3 : Taburan Responden Mengenai Keruntuhan Institusi Kekeluargaan

Pilihan Jawapan Bilangan Peratus (%) Peratus Kumulatif (%)

Ya 44 88 88

Tidak 6 12 100

Jumlah 50 100 100

Jadual 4.4.3 : Analisis Bilangan dan Peratusan Responden Mengenai Keruntuhan Institusi Kekeluargaan

Carta dan jadual 4.4.3 di atas menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden

mengenai keruntuhan institusi kekeluargaan. Berdasarkan data yang diperolehi, seramai 44

responden (88%) bersetuju bahawa keruntuhan institusi kekeluargaan merupakan faktor

berlakunya budaya hedonisme manakala seramai 6 responden (12%) tidak bersetuju.

(23)

Carta 4.4.4 : Taburan Responden Mengenai Kurang Pengawalan atau Pengawasan Ibubapa

Pilihan Jawapan Bilangan Peratus (%) Peratus Kumulatif (%)

Ya 49 98 98

Tidak 1 2 100

Jumlah 50 100 100

Jadual 4.4.4 : Analisis Bilangan dan Peratusan Responden Mengenai Kurang Pengawalan atau Pengawasan Ibubapa

Carta dan jadual 4.4.4 di atas menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden

mengenai Kurang Pengawalan atau Pengawasan Ibubapa. Berdasarkan data yang diperolehi,

seramai 49 responden bersamaan dengan (98%) bersetuju bahawa kurang pengawalan atau

pengawasan ibubapa juga merupakan faktor berlakunya budaya hedonisme manakala seramai

seorang responden tidak bersetuju.

(24)

4.5 BAHAGIAN C: DAPATAN KAJIAN OBJEKTIF KEDUA

Objektif kedua kajian kami ialah menjelaskan kesan-kesan budaya hedonisme yang

memberi impak negatif dalam kalangan masyarakat. Oleh itu kami telah menyediakan beberapa

soalan berkaitan dengan kesan-kesan budaya hedonisme yang memberi impak negatif dalam

kalangan masyarakat. Untuk bahagian ini, responden akan menjawab menggunakan Skala Likert

iaitu 1-sangat tidak setuju, 2-tidak setuju, 3-tidak pasti, 4-setuju dan 5-sangat setuju. Graf skala

lima markah untuk setiap soalan yang diberikan dalam kajian soal selidik ditunjukkan di bawah.

(25)
(26)

4.6 BAHAGIAN D: DAPATAN KAJIAN OBJEKTIF KETIGA

Objektif ketiga kajian kami ialah menerangkan cara-cara untuk mengatasi masalah budaya hedonisme dalam kalangan masyarakat. Oleh itu kami telah menyediakan beberapa soalan berkaitan dengan kesan-kesan budaya hedonisme yang memberi impak negatif dalam kalangan masyarakat. Untuk bahagian ini, responden perlu menjawab menggunakan Skala Likert iaitu 1- sangat tidak setuju, 2-tidak setuju, 3-tidak pasti, 4-setuju dan 5-sangat setuju.

GRAF BAR UNTUK SETIAP CADANGAN CARA-CARA MENGATASI MASALAH BUDAYA HEDONISME :-

Cadangan Pertama :

Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam memberikan perhatian, pendidikan yang serius dan juga mencurahkan kasih sayang yang cukup terhadap anak-anak mereka.

Cadangan Kedua :

Berkawan dengan kawan yang dapat membantu dalam pelajaran, mengajak kepada kebaikan dan positif.

Cadangan Ketiga:

Berjumpa dengan guru atau orang yang dipercayai untuk

mendapatkan nasihat dan pandangan yang baik.

(27)

yang menghidupkan jiwa dan rohani.

Cadangan Kelima:

Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar.

Cadangan Keenam:

Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah.

Cadangan Ketujuh:

Remaja perlu mendekatkan diri dengan didikan agama.

Disamping menerapkan nilai-nilai murni dalam diri dengan

bergaul bersama yang berpengetahuan dan orang yang arif

tentang agama.

(28)

BILANGAN RESPONDEN YANG MENJAWAB SETIAP CADANGAN DARI SKALA 1 HINGGA SKALA 5:-

SKALA 1 SKALA 2 SKALA 3 SKALA 4 SKALA 5

CADANGAN 1 1 0 1 14 34

CADANGAN 2 1 0 3 15 31

CADANGAN 3 1 2 7 13 27

CADANGAN 4 1 0 3 17 29

CADANGAN 5 1 0 3 18 28

CADANGAN 6 1 0 3 21 25

CADANGAN 7 1 0 2 12 35

(29)

KESIMPULAN KAJIAN

5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, budaya hedonisme tidak sewajarnya ada dalam diri masyarakat hari ini dan hendaklah mengelakkan dari terjebak dengan budaya ini. Hal ini demikian kerana, gaya hidup hedonisme adalah suatu pola hidup untuk mencari kesenangan hidup di dunia ini sahaja.

Sebagai contoh yang boleh kita lihat dikalangan masyarakat iaitu mereka lebih banyak menghabiskan masa diluar rumah, sering bermain-main dan cenderung dalam melakukan perkara yang tidak baik.

Kita perlulah menghilangkan sama sekali budaya hedonisme walaupun ianya agak sulit dan tidak boleh dilakukan dengan pengendalian diri saja. Namun perlunya peranan aktif dari semua pihak seperti keluarga, masyarakat, dan yang paling penting adalah peranan dari negara kerana ia merupakan solusi yang harus dilakukan secara terus menerus dan mudah untuk mendapatkan kerjasama yang lebih baik.

Terdapat pelbagai cara untuk mengatasi masalah budaya hedonisme ini dalam kalangan masyarakat .Oleh itu, kita sendiri haruslah memasang niat dan matlamat supaya dapat mengelakkan diri daripada terlibat daripada budaya ini.

5.1 RUMUSAN DAPATAN

Hasil daripada dapatan kajian tersebut, kajian ini telah menepati objektif yang

dirancang pada awal dahulu. Dapatan kajian objektif pertama dari data pengumpulan jumlah

respoden didapati pada soalan 2, 3 dan 4 mempunyai jumlah responden melebih 88% dari 50

orang responden dan keatas menjawab setuju akan soalan yang menerangkan factor-faktor yang

menyumbang kepada budaya hedonism dalam kalangan masyarakat . Hal ini menunjukkan

bahawa pihak keluarga perlu mengawasi ahli keluarga yang berumur kurang dari 18 tahun dan

(30)

memberikan pendidikan dan penjagaan yang secukupnya kepada anak-anak mereka untuk mengelakkan dari terlibat dengan budaya hedonisme .

Manakala dapatan kajian objektif kedua pula, soalan pada bahagian B mempunyai jumlah responden paling tinggi memilih jawapan setuju dan sangat setuju iaitu melebihi 20 orang dan keatas. Jadi, ini memberi gambaran para pelajar sangat setuju tentang budaya hedonisme ini memberikan kesan dan impak yang negatif dalam kalangan masyarakat.

Pada objektif ketiga kajian ini, jumlah responden paling tinggi memilih jawapan 34 orang memilih sangat setuju yang ibu bapa perlu kemainkan peranan yang penting dalam memberikan perhatian dan pendidikan yang serius pada anak-anak mereka. Konsep kekeluargaan merupakan satu intitusi kecil dalam masyarakat yang terdiri daripada ibu bapa dan anak. Menurut kamus dewan keluarga ialah saudara dan kaum kerabat. Dalam pembentukan kekeluargaan ibu bapa merupakan salah satu yang perlu memainkan peranan penting dalam membentuk dan mendidik anak-anak untuk menjadi seorang yang berguna pada masa hadapan.

Akhir sekali, semua pengkaji dicadangkan untuk menyediakan soal selidik yang lebih menarik atau menyediakan soalan yang ringkas tetapi padat. Hal ini kerana, ia dapat menarik lebih banyak responden untuk menjawab borang soal selidik dalam waktu yang singkat.

5.2 LIMITASI KAJIAN

Skop kajian ini fokus kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur bagi

mengenalpasti punca, kesan dan cara mengatasi hedonisme dalam kalangan masyarakat. Hal ini

kerana masyarakat pada masa kini amat sibuk akan kemewahan dunia sehingga melupakan

bahawa kehidupan di dunia ini hanya sementara. Selain itu, masyarakat kini juga amat

terpengaruh terhadap budaya barat yang begitu mengagungkan akan kemewahan dunia sehingga

menganggap harta di dunia ini adalah segala-galanya. Oleh itu, kajian ini akan mengupas isu

hedonisme ini dengan lebih terperinci bagi memastikan isu ini dapat diselesaikan dengan

sebaiknya.

(31)

Budaya hedonisme pada zaman kini amat membimbangkan dalam kalangan masyarakat tanpa mengira yang muda atau berusia. Oleh itu, terdapat beberapa cadangan yang boleh diambil bagi menghadapi budaya hedonisme dalam kalangan masyarakat. Antaranya ialah :

1. Mengadakan kempen kesedaran

Kempen kebiasaannya akan mengambil masa untuk menunjukkan hasil yang positif namun secara tidak langsung, masyarakat akan sedar mengenai keburukan budaya hedonisme ini.

2. Mengenal pasti punca keseronokan / hedonisme

Pengaruh rakan sebaya mungkin menjadi asbab yang utama terhadap kelalaian masyarakat mengejar keseronokan dunia. Oleh itu, kita perlu menjauhi orang yang mampu memberi kesan negative terhadap diri kita.

3. Melakukan aktiviti sukan / riadah

Aktiviti riadah seperti bermain bola sepak, badminton dan sepak takraw mampu mengeratkan

hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat. Dengan cara ini, masyarakat akan lebih

memilih untuk melakukan aktiviti sihat daripada budaya hedonisme yang mampu merosakkan

diri.

(32)

RUJUKAN

Don, A. G., Gaze, S. , & Mohd Yunus, A. R. (2011). Dakwah Bersepadu : Model Alternatif Menghadapi Budaya Hedonisme. Al-Hikmah, 3, 9-12.

http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/3

Shahidah H., Nur H. Y.., Fauziah A. & Zahrul Akmal Damin. (2021). Kesan

Hedonisme kepada generasi muda: Kajian kes di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Kampus Pagoh. https://ejournal.ukm.my/ebangi/article/view/46771

Sinar Harian. 2013. Hedonisme hidup subur, jati diri mati terkubur. Sinar harian. 15 Februari

Hj H. H..& Shuhairimi Abdullah (2006) Menangani penetrasi budaya hedonisme di

kalanganmahasiswa: satu penyelesaian menurut perspektif islam dan kaunseling. In: National Student Development Conference (NASDEC) 2006, 8-9 August 2006, Kuala Lumpur, Malaysia.

http://eprints.utm.my/id/eprint/479/1/HuziliHussin2006_Menanganipenetrasibudayahedonis medi.pdf

Nalewajek, M., & Macik, R. 2013. The impact of virtual communities on enhancing hedonistic consumer attitudes. Zeszyty Naukowe Szkoły Głównej Gospodarstwa Wiejskiego W Warszawie. Polityki Europejskie, Finanse I Marketing, 10 (59).

SULAIMAN, M. (2021). Tinggalkan budaya hedonisme – Mufti - Utusan Digital. Utusan Digital.

Retrieved 2 January 2021, from https://www.utusan.com.my/nasional/2021/01/tinggalkan- budaya-hedonisme-mufti/.

NAJIHA, A., NAJIHA, A., & saya, L. (2021). BUDAYA HEDONISME.

Budayahedonisme96.blogspot.com. Retrieved 24 December 2015, from

http://budayahedonisme96.blogspot.com/2015/12/budaya-hedonisme.html.

Referensi

Dokumen terkait