1
KERTAS KERJA
PROGRAM JALINAN UKHUWAH PUSAT CITRA UNIVERSITI DENGAN
RUMAH PENGASIH WARGA PRIHATIN, SG RAMAL
TARIKH 10 MEI 2015
TEMPAT
RUMAH PENGASIH WARGA PRIHATIN, SUNGAI RAMAL BARU, KAJANG,
SELANGOR
ANJURAN
MAHASISWA/I KURSUS HHHC9301
& KRA 3 PERKONGSIAN PINTAR & KETERLIBATAN STRATEGIK PUSAT CITRA UNIVERSITI,
SESI 2014/2015
PENSYARAH PENASIHAT
DR. SYAIDATUN NAZIRAH BINTI ABU ZAHRIN
TEMA
“Ukhuwah terjalin, persaudaraan terjamin”
2 1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini dirangka bagi mendapatkan kelulusan daripada pihak Pusat Citra UKM dan keizinan daripada Rumah Pengasih Warga Prihatin, Sungai Ramal bagi menjalankan program seperti yang telah dinyatakan diatas.
2.0 PENGENALAN
Pusat Citra UKM telah menawarkan kursus HHHC9301 Kemahiran Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat kepada mahasiswa/i UKM. Konsep program yang akan diadakan ini adalah sejajar dengan matlamat UKM, iaitu “Mahasiswa Berketerampilan” dimana program ini menitik beratkan kesepaduan dan keprihatinan mahasiswa/i terhadap masyarakat.
Program “Jalinan Ukhuwah” ini adalah sebuah program yang berusaha untuk menanam serta menyuburkan semangat cintakan ilmu dalam diri anak-anak RPWP dengan aktiviti-aktiviti permainan yang menyeronokkan dan mengandungi unsur pembelajaran didalamnya. Diharap program “Jalinan Ukhuwah” ini dapat membantu anak-anak RPWP serta mahasiswa/i dan juga masyarakat melalui beberapa aktiviti yang akan dijalankan.
3.0 MISI
Memupuk mahasiswa/i kursus HHHC9301 untuk mengurus maklumat dengan baik serta mempraktikkan objektif program sebagai pembelajaran sepanjang hayat.
4.0 MATLAMAT
Matlamat Program “Jalinan Ukhwah” bersama anak-anak RPWP yang telah kami rancangkan ini adalah untuk meningkatkan semangat anak-anak RPWP agar sentiasa menghargai dan meneruskan perjuangan mereka dalam menuntut ilmu dengan memperlihatkan keseronokkan bidang pengajian yang kami ceburi dalam permainan yang akan kami aplikasikan. Ilmu itu mempunyai kepentingan yang tersendiri bagi setiap individu tetapi membawa kepada tujuan yang sama iaitu membina masa hadapan yang lebih bermakna.
3 5.0 OBJEKTIF
Program “Jalinan Ukhuwah” bersama-sama anak-anak RPWP ini menekankan kepada beberapa objektif, iaitu:
5.1 Meningkatkan kesedaran anak-anak RPWP dan mahasiswa/i terhadap kepentingan pendidikan 5.2 Menerapkan sikap suka akan ilmu pengetahuan dalam diri anak-anak RPWP.
5.3 Memupuk semangat berpasukan dan kerjasama dalam kalangan individu yang terlibat
5.4 Menunjukkan kecaknaan mahasiswa/i terhadap kepentingan masyarakat kepada komuniti serta mendekatkan diri dengan masyarakat, dan menjadikan pembelajaran sepanjang hayat.
5.5 Menyuntik semangat daya juang yang tinggi dalam diri anak-anak RPWP
6.0 TEMA
“Ukhuwah Terjalin, Persaudaraan Terjamin”
7.0 ANJURAN
Pelajar kursus HHHC9301 Kemahiran Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat, Pusat Citra Universiti, UKM.
8.0 TARIKH DAN MASA Tarikh: 10 MEI 2015 (Ahad) Masa: 9.00 pagi- 5.00 petang
9.0 TEMPAT PROGRAM
Rumah Pengasih Warga Prihatin, 8558 Jalan Pegawai, Sungai Ramal Baru, Kajang, Selangor.
10.0 PUBLISITI
Menghasilkan flyers tentang pengumpulan buku baru dan terpakai untuk tujuan aktiviti.
4 11.0 STRUKTUR ORGANISASI
Rujuk lampiran A
12.0 TENTATIF PROGRAM Rujuk lampiran B
13.0 PERINCIAN PROGRAM Rujuk lampiran C
14.0 BELANJAWAN Rujuk lampiran D
15.0 PERTANYAAN
Segala maklumat lanjut, penerangan dan urusan sila hubungi:
Ketua Program: Nur Amira binti Yusaini (017-7908616)
Setiausaha Program: Nurul Syafiqa binti Shuhaimi (012-6034834)
16.0 PENUTUP
Kami berharap agar Program “Jalinan Ukhuwah” bersama anak-anak RPWP yang ingin kami laksanakan ini mampu memberikan impak besar kepada mereka dalam meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu.
Sesungguhnya, Program “Jalinan Ukhuwah” bersama anak-anak RPWP ini merupakan suara hati mahasiswa/i untuk memberikan khidmat bakti agar mereka dapat mengubah masa depan hidup mereka dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang berguna yang penuh di dada. Program “Jalinan Ukhuwah” ini diharapkan dapat berjalan dengan lancar agar objektif utama program dapat dicapai. Sehubungan dengan itu, pihak AJK Program Jalinan Ukhuwah berharap agar kertas kerja ini mendapat kelulusan bagi melancarkan program yang dapat memberi manfaat kepada ramai orang.
5
Disediakan oleh, Disemak oleh,
Nurul Syafiqa Binti Shuhaimi Nur Amira binti Yusaini,
Setiausaha, Ketua Pengarah,
Program Jalinan Ukhuwah dengan Program Jalinan Ukhuwah dengan
Rakyat Penyayang Warga Prihatin, Rakyat Penyayang Warga Prihatin, HHHC9301, HHHC9301,
Pusat Citra Universiti, Pusat Citra Universiti,
Universiti Kebangsaan Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Disahkan dan diluluskan oleh,
Dr Syaidatun Nazirah binti Abu Zahrin, Penasihat Program,
Program Jalinan Ukhuwah dengan Rakyat Penyayang Warga Prihatin, Ketua KRA 3,
& KRA 3 Perkongsian Pintar & Keterlibatan Strategik, Pusat Citra Universiti UKM.
6 LAMPIRAN A
JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM JALINAN UKHUWAH
Penaung Prof. Dr. Khaidzir Ismail, Pusat Citra Universiti UKM
Penasihat
Dr Syaidatun Nazirah binti Abu Zahrin Pensyarah HHHC9301, Pusat Citra Universiti, UKM
Pensyarah Pengiring Prof Madya Dr Fazilah binti Idris Pensyarah Pusat Citra Universiti, UKM
Ketua Pengarah
Nur Amira binti Yusaini FST/2 A146036
Setiausaha
Nurul Syafiqa binti Shuhaimi FST/2 A145682
Bendahari
Nurul Hafizah binti Mohd Shukur FST/2 A146154
Pengarah Program
Ibrahim bin Abdullah FST/2 A145890
Pengarah Makanan
Nurul Hafiza binti Mohd Ali FST/2 A146769
Pengarah Teknikal &Pengangkutan Nor Fadilah binti Ismail FT/2 A145628
PengarahTugas-tugas Khas & Keselamatan Sivagami A/P Jayaveloo FST/2 A145884
7 LAMPIRAN B
TENTATIF PROGRAM
Masa Program
8.00 am – 9.00 am Bertolak
9.00 am – 10.00 am Ice Breaking
10.00 am – 12.00 pm Slot Pecah Minda
12.00 pm – 2.00 pm Makan Tengah Hari
2.00 pm – 4.00 pm Slot Kreatif
4.00 pm – 5.00 pm Majlis Perasmian dan Penutupan
5.00 pm – 5.30 pm Minum Petang & Bersurai
8 LAMPIRAN C
PERINCIAN PROGRAM
1. ICE BREAKING:
Slot ini dimana setiap pelajar akan dimasukkan dalam kumpulan dengan cara yang kreatif dan seronok. Di dalam kumpulan mereka akan berkenalan sesama mereka dan juga bersama fasilitator. Slot ini dapat mengenali dari sudut berbeza dan mengeratkan hubgungan sesama ahli kumpulan.
2. SLOT PECAH MINDA:
Slot ini adalah dimana permainan dan aktiviti yang dijalankan berkonsep pecah minda. Mereka akan diberikan beberapa permainan berbeza yang memerlukan kemahiran berfikir secara saintifik dan logik serta menguji tahap pemahaman mereka. Antara permainannya adalah Match, Apung- apung, Square Mind, dan Kertas Terbang. Setiap permainan akan diberikan peraturan dan syarat- syarat dan di uruskan oleh seorang fasilitator.
3. SLOT KREATIF:
Slot ini berbeza daripada slot Pecah Minda kerana slot ini lebih ringan dan santai sesuai untuk memguji daya kreativiti mereka. Didalam slot ini beberapa permainan dan aktiviti dijalankan untuk melihat tahap pemikiran dan kreativiti mereka disamping menjana daya kreativi. Malah, aktiviti ini lebih seronok dan santai. Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah Origami, Memory Boast, Straw, dan Nine-dot Challenge. Slot ini juga akan diberikan syarat dan peraturan tertentu.
4. MAJLIS PERASMIAN DAN PENUTUPAN:
Majlis perasmian dan penutupan akan dilakukan di akhir program sebelum program bersurai. Di dalam majlis ini dapat mendengar ucapan daripada Pengetua Rakyat Pengasih Warga Penyayang, ketua program, serta ucapan daripada penyarah penasihat. Di samping itu, penyampaian derma buku baru dan terpakai akan disampaikan untuk perpustakaan Rakyat Pengasih Warga Penyayang.
9 LAMPIRAN D
BELANJAWAN:
BIL PERKARA CATATAN
1. Makan Tengah Hari:
RM5.00 X 50 Minum Petang:
RM2.00 X 50
RM250.00 RM100.00
2. Barang Tugas- Tugas Khas:
a) Kertas A4 RM12.80 X 1 b) Cawan Polystrene
RM3.00 X 1 c) Kertas Mahjong
RM0.80 X 4 d) Kertas Warna
RM0.10 X 40 e) Kertas origami
RM 5.00 X 4 f) Pensil Warna RM3.00 X 7 g) Straw
RM2.00X 3
RM12.80 RM3.00 RM3.20 RM4.00 RM 20.00
RM21.00 RM6.00
3. Lain- lain:
a) Cenderahati
b) Hadiah peserta RM 10.00 x 7 c) Plastik sampah
RM5.00 X 1
RM20.00 RM70.00 RM5.00
TOTAL RM515.00
10 ANGGARAN PENDAPATAN:
BIL PERKARA CATATAN
1. a) Peruntukkan daripada Pusat Citra Universiti b) Derma dari Ahli Jawatan Kuasa:
RM20.00 X 7 c) Sumbangan Luar
RM150.00 RM140.00
RM225.00
TOTAL RM515.00