(SIRI 1/2008: Ogos 2007 ‐ Julai 2008) (Each for All and All for Each)
Penasihat: Tn Hj Abdul Rahim Abdullah Editor: En Anuar Mohammad
Ahli‐Ahli
• Tn Hj Hussin Tukiman
• Tn Hj Mohd Salleh Abbas
• En Osman Enting
(J/Kuasa Kecil Latihan, Perhubungan dan Penerangan
‐ JKLPP)
PERUTUSAN PENGERUSI
i
sepanjang tempoh sesi 2007/2008,pentadbiran dan
pengurusan Koperasi Green, Syarikat Green Ladang dan Stesyen Minyak telah melalui satu proses perubahan di mana telah diperkenalkan satu konsep tadbir urus baru ala koprat bagi menggantikan konsep tadbir urus lama yang kita dapati telah usang, sudah lapuk dan tidak praktikal lagi.
Bagi merealisasikan objektif konsep tadbir urus ala koprat ini, kita tidak ada pilihan selain daripada melakukan rombakan dan penstrukturan semula organisasi Koperasi dan menyusun semula sistem pentadbiran dan pengurusan Koperasi termasuk pengurusan Syarikat Green Ladang dan Stesyen Minyak.
Saya amat berterima kasih kepada semua anggota lembaga termasuk (mendiang W.J Pereira, ahli lembaga sesi 2006/2007) kerana telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menerajui kepimpinan dalam Lembaga Koperasi dan atas kerjasama mereka untuk mengorak langkah bersama ke hadapan. Ingat pesanan saudara saudara kita yang kudung sebelah kaki – jalan mesti kehadapan, bukan ke belakang. Sebenarnya itu pesanan yang berguna. Di hadapan ada harapan, di belakang kita tinggalkan apa jua kelemahan dan kerugian.
Saya sedar memang ada kelemahan di sana sini tetapi saya juga yakin bahawa anggota lembaga koperasi bagi sesi 2007/2008 telah mencurahkan apa‐apa yang termampu oleh mereka. Malahan saya terikat kepada konsep berkoperasi dan samaada saya suka atau tidak, saya tidak boleh bergerak bersendirian membelakangkan konsep itu.
Dibawah sesi 2007/2008 Pengujudan Bulletin Green ini dan juga “Website”
Koperasi Green adalah sebagai langkah untuk mendekatkan ahli lembaga dan barisan pekerja Koperasi Green dengan semua ahli‐ahli Koperasi Green yang berada diseluruh negeri Sabah. Buletin Green ini akan dihasilkan 2 kali dalam setiap sesi dan memaklumkan kepada ahli‐ahli, program dan aktiviti yang telah dijalankan oleh Koperasi Green pada masa tersebut.
Website dan Bulletin Koperasi Green ini diusahakan dan diujudkan untuk mendekatkan diri dan kemudahan semua ahli menggunakan kecanggihan Teknologi Malumat dalam penyebaran maklumat dan juga untuk ahli lembaga berinteraksi dengan semua ahli‐ahli Koperasi Green.
Bulletin Green dan Website ini adalah dibawah usaha J/Kuasa Kecil Latihan, Perhubungan dan Penerangan (JKLPP) yang diPengerusikan oleh En Anuar Mohammad.
Akhir kata, saya dan bagi pihak anggota lembaga yang lain mengucapkan selamat bermesyuarat dan buatlah keputusan yang terbaik mengikut budibicara yang rasional dan bukanya emosional. Kritiklah tapi jangan membuta tuli. Jika kita kritik, kita mesti tahu simpton kelemahan itu dan ubat penawar yang berkesan. Janganlah jadi doktor penadol, jadilah Malaysian Idol.
Sekian dan Terima Kasih.
En Rahim Abdullah
Pengerusi, ALK Koperasi Green Sesi 2007/8.
MESYUARAT AGUNG YANG LEPAS Mesyuarat Agung yang lepas adalah Mesyuarat Agung ke 9/2007 Mesyuarat tersebut telah diadakan pada 18 Ogos 2007 di Dewan Serbaguna Institut Latihan Perindustrian (ILP) yang terletak di Jalan Sibuga, Sandakan.
Seramai 649 anggota Koperasi telah hadir di mesyuarat yang berlangsung selama sehari tersebut. Pada Mesyuarat tersebut, setiap ahli yang hadir telah diberikan Saguhati Kehadiran dalam bentuk “Cek” bernilai RM250 seorang. Saguhati ini adalah sebagai mengucapkan terima kasih Koperasi Green di atas sokongan ahli‐ahli kepada Koperasi
(SIRI 1/2008: Ogos 2007 ‐ Julai 2008) (Each for All and All for Each)
Green disamping untuk meringankan beban kewangan untuk ahli‐ahli menghadiri Mesyuarat tersebut.
Seperti Mesyuarat Agung Koperasi Green yang lalu‐
lalu, antara agenda dibincang ialah Perlantikan Ahli Lembaga Koperasi (ALK) Green. Pada Mesyuarat tersebut, barisan ALK yang baru untuk sesi 2007/2008 adalah;
1. En Osman Bin Enting
2. En Abdul Kahar Bin Hj Abdullah 3. En Badery Suod
4. Tn Hj Mohd Salleh Bin Abbas
Barisan ALK yang kekal dan dilantik oleh Mesyuarat Agung ke‐8 terdiri daripada:
5. Tn Hj Abdul Rahim Hj Abdullah 6. En Anuar Bin Mohammad 7. Tn Hj Hussin Tukiman 8. Tn Hj Roslee Abd. Hassan 9. En Musa Salleh
10. En Ahmad Sapawi matusin 11. Pn Mary Pan Yuk Fong 12. En. Merzuki Kayat
• Bermaksud untuk AGM Ke‐10 ini, seramai 8 orang ALK perlu dilantik oleh ahli‐ahli.
JASAMU DIKENANG
Mesyuarat Agung yang lepas telah memberi anugerah kepada MENDIANG WILFRED JAMES PETER PEREIRA di atas sumbangan yang di berikan kepada Koperasi
Beliau dilahirkan pada 09 April 1935. Beliau menjadi anggota Koperasi sejak tahun 1972. Di sepanjang penglibatan beliau dalam Koperasi, beliau merupakan salah seorang anggota yang aktif bersuara dalam mana‐mana Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Khas. Beliau juga banyak memberi sumbangan terhadap pembangunan Koperasi di sepanjang penglibatan aktif beliau sejak dari awal penubuhan Koperasi pada tahun 1959. Beliau adalah seorang yang cenderung
melibatkan diri dalam aktiviti‐aktiviti kebajikan dan sosial yang dapat memberi manfaat kepada semua anggota Koperasi.
Semasa menganggotai Koperasi ini, beliau pernah menang beberapa jawatan seperti berikut :
Tahun Jawatan
a) 1969 Setiausaha pertama Koperasi Green
b) 1981 Setiausaha selama setahun c) 1991 Pegawai Bertugas Khas dan
AJK Bertindak d) 1992 Ahli Jawatankuasa
Tertinggi
e) 1992 Pegawai Pasaraya di Mini Market Koperasi
f) 1993 &
1994
Juruaudit Dalaman utk Mini Market
g) 2005 Anggota Lembaga dilantik h) 2006 &
2007
ALK dan Anggota Jawatankuasa Kebajikan Dan Sosial
Isteri Mendiang Wilfred James Peter Pereira sebagai wakil menerima Anugerah Jasamu
DiKenang. Kita ucapkan takziah kepada keluarga beliau
.
Disamping itu, Mesyuarat Agung Green ke‐9 juga memberi penghormatan dan penghargaan kepada 2 orang ahli Koperasi yang prihatin terhadap Koperasi dengan menyumbang idea dan cadangan dalam siri Mesyuarat Agung yang lalu. Mereka ialah Tn Hj Mohd Ali Sulong dan En Osman Enting. Semoga mereka terus memberi sumbangan dan menjadi contoh kepada
(SIRI 1/2008: Ogos 2007 ‐ Julai 2008) (Each for All and All for Each)
semua ahli‐ahli demi kemajuan dan perkembangan seterusnya Koperasi Green kita
.
MESYUARAT ALK SESI 2007/2008
Disepanjang tempoh sessi 2007/2008, Ahli‐ahli lembaga telah bermesyuarat sebanyak 10 kali seperti tarikh‐tarikh berikut. Ini adalah kehendak ketetapan Akta Koperasi 1954 dan juga Akta Kecil The Green Co‐operative Society Limited (ataupun Koperasi Green) yang menghendaki ahli‐ahli lembaga koperasi untuk bersidang sebulan sekali.
Mesyuarat Anggota Lembaga
Tarikh Mesyuarat
Siri 1/2007‐08 24 Ogos 2007 Siri 2/2007‐08 19 september 2007 Siri 3/2007‐08 26 Oktober 2007 Siri 4/2007‐08 23 November 2007 Siri 5/2007‐08 31 Disember 2007 Siri 6/2007‐08 18 Januari 2008 Siri 7/2007‐08 22 Februari 2008 Siri 8/2007‐08 28 Mac 2008 Siri 9/2007‐08 02 Mei 2008 Siri 10/2007‐08 06 Jun 2008
Barisan Ahli Lembaga mengikut jawatan seperti keperluan akta koperasi 1954 adalah seperti berikut;
Pengerusi: Tn Hj Abdul Rahim Hj Abdullah Timbalan Pengerusi: En Anuar Mohmmad Setiausaha: En Musa Salleh
Bendahari: Tn Hj Roslee Abd Hasan Ahli‐ahli:
1. En Osman Enting 2. En Badery Suod
3. En Ahmad Sapawi Matusin 4. Tn Hj Mohd Salleh Abbas 5. Tn Hj Husin Tukiman 6. En Abdul Kahar Hj Abdullah
7. En Merjuki Kayat 8. Pn Mary Pan Yuk Fong
Untuk lebih mengemaskan sistem pengurusan dan perbincangan, beberapa J/Kuasa kecil ditubuhkan untuk merancang aktiviti dan program sebelum diperhalusi dan diluluskan di Mesyuaraty ALK. J/Kuasa kecil tersebut adalah seperti berikut;
1. J/Kuasa Kecil Pengurusan, Pentadbiran
& Kewangan (JKPPK) ‐ Pengerusi : Tn Hj Abdul Rahim Hj Abdullah
2. J/Kuasa Kecil Perancangan, Pembangunan & Perniagaan (JKPPP) ‐ Pengerusi :Tn Hj Abdul Rahim Hj Abdullah 3. J/Kuasa Kecil Latihan, Perhubungan &
Penerangan (JKLPP) ‐ Pengerusi : En Anuar Hj Mohd
4. J/Kuasa Kecil Sosial, Kebajikan &
Pendidikan (JKSKP) ‐ Pengerusi :Hj Roslee Hj Hassan
HARI KELUARGA
Koperasi Green telah menganjurkan acara Hari Keluarga Koperasi Green pada 27 Oktober 2007 di Padang B Kompleks Sukan Sibuga, Sandakan. Tujuan acara tersebut diadakan adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim diantara ahli‐ahli Kopetrasi Green. Ianya program dan aktiviti yang dirancang oleh J/Kuasa Kecil Kebajikan, Sosial dan Pendidikan.
Seramai lebih kurang 200 ahli‐ahli dan anak‐
anak ahli telah hadhir di acara tersebut yang berlangsung diawaktu pagi (acara sukan) dan malamnya (acara makan malam). Acara makan malam tersebut telah diadakan di perkarangan hijau Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan.
Acara‐acara sukan diwaktu pagi ialah;
• Senamrobik Lembaga Koperasi bersama Anggota
Acara Kategori
• Isi Air dlm Botol, Pancing Botol, Tiup Belon, Cari Duit Dlm Tepung
Kanak‐Kanak Lelaki
& Perempuan ( 12 kebawah )
(SIRI 1/2008: Ogos 2007 ‐ Julai 2008) (Each for All and All for Each)
& Lari dlm Karung
• Ikat Kaki Ayah/anak Lelaki Ibu/anak perempaun Suami/Isteri
• Buat Ketupat &
Tarik Tali
Dewasa Lelaki &
Perempuan
• Jogaton Dewasa Lelaki &
Perempuan terbuka Kanak‐kanak terbuka Veteran Lelaki &
Perempuan
Pada waktu malam, antara acara‐acaranya ialah;
• Pemberian hadiah
• Acara makan dan
• Pertandingan Karaoke
Lampiran 1 memaparkan gambar‐gambar sempena Hari Keluarga tersebut.
WAKIL‐WAKIL KOPERASI DILUAR DAERAH SANDAKAN
Memandangkan ramai ahli‐ahli Koperasi Green berada diluar daerah Sandakan, pihak Ahli lembaga Koperasi Green telah melantik beberapa ahli‐ahli Koperasi yang menetap / berkhidmat didaerah berkenaan sebagai wakil Koperasi Green. Mereka ialah;‐
(1) Daerah Pantai Barat (mewakili daerah Kota Kinabalu, Beufort, Ranau dan Sipitang ) : En Ahmad Sapawi Matusin
(2) Daerah Pendalaman (mewakili daerah Keningau, Tambunan, Tenom, Sook dan Nabawan): Tn Hj Mohd Nooh Hj Jiran
(3) Daerah Utara (mewakili daerah Kudat, Kota Marudu, Pitas dan Kota Belud) : En Abtah Deri (4) Dearah Tawau (mewakili daerah Tawau, Kunak,
Lahad Datu, semporna, Kalabakan dan Tibow) : En Miskon Simin
Mereka dianggap sebagai perantara diantara Pengurusan Koperasi Green dan semua ahli‐ahli di daerah berkenaan. Ahli‐ahli yang mempunyai pertanyaan dan kemusyhkilan, bolehlah bertanya dengan mereka.
LADANG GREEN
Bayaran sewa yang diterima daripada Borneo Samudera bagi tahun 2007 dan 2008 (setakat Julai 2008 ) adalah seperti berikut :
2007 2008
Tarikh Sewa Diterima (RM)
Tarikh Sewa Diterima (RM)
01.03.07 25,000.00 15.01.08 25,000.00
14.05.07 478,397.92 30.04.08 629,703.83 31.07.07 689,099.47 28.07.08 745,639.19
30.10.07 789,411.15
JUMLAH 1,981,908.54 1,400,343.02
Pihak koperasi telah mengadakan lawatan Ke Ladang Green pada 03 November 2007 sekaligus mengadakan sesi taklimat bersama pihak Borneo Samudera Sdn.Bhd.
Sewaktu lawatan tersebut pihak koperasi juga telah mengadakan perbincangan awal dengan pengurusan Ladang untuk hasrat memaksimakan pengunaan tanah ladang Kelapa Sawit di Sapagaya yang kini disewakan kepada Borneo Samudera Sdn Bhd dengan mengintegrasikannya dengan penternakan lembu dan kambing. Pihak Borneo mengatakan keputusan bahawa mereka tidak menghalang hasrat koperasi.
Walaubagaimanapun, Pihak Koperasi Green dipohon untuk berbincang dengan lebih lanjut dengan pihak Borneo Samudera di Kota Kinabalu
‐ Perkara‐perkara berikut akan disusul;
1. Mengunjungi Menteri Pertanian dan Perindustrian Makanan Sabah agar permohonan untuk mendapat subsidi baka anak lembu dan kambing di berikan kepada Koperasi Green.
2. Berbincang dengan pihak Ibu Pejabat Borneo Samudera Sdn. Bhd. Mengenai hasrat ini dan ketetapan‐ketetapan perlu untuk kedua belah pihak dalam
(SIRI 1/2008: Ogos 2007 ‐ Julai 2008) (Each for All and All for Each)
melaksanakan aktivti tersebut di kawasan ladang Koperasi Green.
3. Seandainya dipersetujui, pihak Koperasi Green akan menghantar ahli‐ahli tertentu dan berminat untuk mendapat latihan dan kelak akan dihantar ke kawasan ladang untuk membantu Koperasi Green mengurus penternakan lembu dan kambing ini, bersama‐sama dengan Pengurusan Ladang Koperasi Green di sana.
Lembaga Koperasi bersama Pengurus Ladang Green
iaitu En. Ismail Mildad (tengah)
Sesi taklimat Lembaga Koperasi & Pihak Borneo
Samudera di Ladang Green.
Inilah yg diharapkan oleh Koperasi Green agar pulangan optima daripada penggunaan
tanah dapat dilakukan untuk kebaikkan Koperasi dan ahli‐ahlinya.
ESSO GREEN
Stesen Minyak Esso Kepunyaan Koperasi Green ini terletak di jalan masuk ke kawasan Perumahan Taman Perumahan, Batu 7, Jalan Labuk, Sandakan. Ianya telah mula beroperasi pada tahun 1980. Stesen Minyak ini adalah merupakan perniagaan terawal Koperasi Green. Ianya bukan hanya memberi kemudahan mengisi minyak untuk ahli‐ahli Koperasi dan masyarakat setempat, tetapi juga telah menyediakan peluang‐
peluang pekerjaan kepada anak‐anak ahli Koperasi Green disamping menyumbang kewangan kepada tabung Koperasi Green.
Stesen ini dilengkapi dengan CCTV untuk tujuan sekuriti stesen disamping membolehkan pemantauan pekerja‐pekerja stesen.
Stesen Esso yang diurus oleh Koperasi
Green yang terletak di Taman Rimba, Sandakan. Harapannya Koperasi boleh mengoperasi satu lagi stesen minyak begini
dimasa hadapan.
Pada tahun 2006/07 satu cadangan rombakan penstrukturan organisasi dan perjawatan yang baru telah dibuat dimana Jawatan Penyelia dan Pembantu Penyelia
dimansuhkan dan Jawatan
Juruwang/Cashier digantikan kepada
(SIRI 1/2008: Ogos 2007 ‐ Julai 2008) (Each for All and All for Each)
Pembantu Tadbir Rendah I (Juruwang) manakala Pembantu Tadbir Rendah II ( Pembantu Stesen ). Sesi 2007/2008 melengkapkan penstrukturan organasasi dan jawatan ini.
PERUMAHAN TAMAN RIMBA FASA 2 Pembangunan Projek Perumahan Taman Sri Rimba Fasa 2 adalah salah satu daripada principal activities koperasi ini dan juga lanjutan daripada projek perumahan koperasi sebelumnya.
Projek Taman Sri Rimba Fasa 2 dipersetujui untuk dibangunkan secara usahsama antara The Green Co‐
operative Society Limited dengan Wah Mei Realty Sdn.Bhd melalui satu Surat Perjanjian Usahasama yang telahpun ditandatangani pada 12 April 1999 atas persetujuan anggota‐anggota The Green Co‐
operative Society Limited melalui Mesyuarat Agung Khas yang telah diadakan pada 17 Disember 1998.
Antara jenis‐jenis rumah yang dibangunkan oleh Wah Mei Realty dibawah usahasama ini ialah :
No Jenis rumah Bilangan unit
1 Semi D 30
2 Teres Jenis A 254 3 Teres Jenis B 140
4 Apartment 180
Jumlah 604
Rumah Semi ‐ Detach
Rumah Teres Jenis A
Rumah Teres Jenis B
Rumah jenis Apartment
Dalam Projek Usahasama ini Koperasi juga memberi manfaat kepada anggota‐anggota yang membelinya, antaranya memberi subsidi sebanyak RM10,000.00 mengikut jenis rumah yang dibeli dan sekaligus menawarkan Skim Pinjaman Perumahan bagi membantu anggota‐anggota yang tidak layak menikmati pinjaman perumahan kerajaan bagi membeli rumah tersebut.
(SIRI 1/2008: Ogos 2007 ‐ Julai 2008) (Each for All and All for Each)
Melalui skim pinjaman perumahan yang ditawarkan oleh Koperasi, seramai 12 anggota yang telah diluluskan dengan kadar faedah sebanyak 5% dan pembayaran balik ansuran melalui potongan gaji yang diterima dari Disember 2005.
SKIM PINJAMAN
Pada Mesyuarat Agung Tahunan Ke 8 yang telah diadakan pada 24 Jun 2006 mencadangkan untuk mewujudkan satu skim pinjaman kepada anggota untuk membantu anggota bagi tujuan memajukan diri dan ekonomi anggota atau menyelesaikan masalah peribadi ataupun keluarga anggota.
Koperasi telah menyediakan beberapa skim pinjaman bagi memberi peluang kemudahan pinjaman kepada anggota seperti berikut :
1. Pinjaman Peribadi
‐ bertujuan untuk membantu anggota dalam menyelesaikan masalah kewangan akibat yang mendesak.
‐ Had pinjaman : antara RM1,000.00 hingga RM10,000.00 tertakluk kepada kemampuan membayar balik
‐ Tempoh bayaran balik antara 24 bulan hingga 60 bulan.
‐ Faedah yang dikenakan pada kadar 5%
setahun.
‐ 2 orang penjamin bagi pinjaman melebihi RM3,000.00
2. Pinjaman Pendidikan
‐ bertujuan untuk membantu anggota dalam meringankan beban kewangan yang diperlukan bagi menghantar anak yang melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma / ijazah dan bagi setiap kali menjelangnya permulaan sesi persekolahan bagi anak‐anak di peringkat rendah dan menegah.
‐ Had pinjaman : antara RM500.00 hingga RM2,500.00 tertakluk kepada kemampuan membayar balik
‐ Tempoh bayaran balik antara 12 bulan hingga 24 bulan.
‐ Faedah yang dikenakan pada kadar 4%
setahun.
‐ Bagi pinjaman melebihi RM1,000.00 koperasi akan menentukan keperluan seorang penjamin
3. Pinjaman Perumahan (Pembelian rumah/tanah/ubahsuai rumah &
pembangunan tanah)
‐ bertujuan untuk membantu anggota memiliki /ubahsuai rumah tersedia atau membeli tanah bagi tapak mendirikan rumah atau pembangunan pertanian yang boleh meningkatkan sosio ekonomi anggota.
‐ Had pinjaman : bagi rumah baru pinjaman tidak melebihi harga jualbeli dalam Perjanjian Jualbeli dengan pemaju. Rumah tersedia /ubahsuairumah tidak melebihi nilai pasaran yang disyorkan oleh jurunilai berlesen.
‐ Tempoh bayaran balik tidak melebihi 25 tahun hingga mencapai umur persaraan 56 tahun.
‐ Faedah yang dikenakan pada kadar 5% setahun.
Pada tahun 2007 kemudahan skim pinjaman ini hanya dapat dikeluarkan dan jumlah pinjaman yang dikeluarkan oleh koperasi seperti berikut;
Tahun 2007 ( Mei hingga Disember ) Jenis Pinjaman Bil Anggota
Diluluskan ( Orang )
Jumlah Pinjaman Dikeluarkan
RM
Peribadi 29 184,500.00
Pendidikan 2 4,500.00
Perumahan 1 40,000.00
Jumlah 229,000.00
Tahun 2008 ( setakat Julai )
(SIRI 1/2008: Ogos 2007 ‐ Julai 2008) (Each for All and All for Each)
Jenis Pinjaman Bil Anggota Diluluskan
( Orang )
Jumlah Pinjaman Dikeluarkan
RM
Peribadi 38 259,000.00
Pendidikan 1 2,500.00
Perumahan ‐ ‐
Jumlah 261,500.00
Nota * : 3 anggota telahpun membayar balik habis pinjaman peribadi
AKTIVITI SOSIAL, KEBAJIKAN & PENDIDIKAN (JKSKP) Anggota Lembaga telah berkesempatan mengadakan lawatan ke rumah anggota koperasi yang sakit/uzur dan sekaligus memberi bantuan kepada anggota seperti berikut:
Lawatan ke rumah anggota Dadau Bin Batuapi
Lawatan ke rumah anggota Chan Chok Yun yang menghidap kencing manis dan kaki kanan
dipotong
Lawatan ke rumah anggota Melchor Alsisto menghidap penyakit darah tinggi
menyebabkan mati badan sebelah kanan
Lawatan ke rumah anggota Abas Othman
Antara ALK yang membuat lawatan ke
rumah anggota iaitu Hj Taman Tassim
Lawatan ke rumah Siewing Samak di Beluran
(SIRI 1/2008: Ogos 2007 ‐ Julai 2008) (Each for All and All for Each)
Isteri Siewing Samak (kedua dr kiri) wakil untuk menerima bantuan dari Koperasi
WEBSITE KOPERASI GREEN
Website Koperasi Green ini bertujuan untuk menyebarkan maklumat berkaitan Program dan aktiviti semasa Koperasi Green kepada semua ahli‐
ahli. Ini adalah kerana ramai ahli‐ahli juga berada diluar daerah Sandakan dan mereka tidak dapat secara fizikal mendekati Pejabat Koperasi Green.
Dengan adanya Website Koperasi Green ini, ahli‐ahli yang mempunyai computer di rumah dan boleh melayari alam maya internet, bolehlah mendapatkan maklumat‐maklumat dan juga borang‐borang tertentu dengan cara mudah. Disamping itu, ianya juga boleh menjadi satu fasiliti untuk ahli‐ahli berinteraksi dengan ALK dan juga Pekerja‐Pekerja Koperasi untuk sebarang urusan dengan Koperasi.
Website Koperasi Green ini adalah baru dan pastinya terdapat pelbagai kekurangan. Justeru, usaha berterusan untuk mengemaskini maklumat dan mamasukkan maklumat‐maklumat berkaitan perancangan dan aktiviti Koperasi semasa perlulah diambil tindakkan.
Website ini adalah usaha dibawah J/Kuasa Kecil latihan, Perhubungan dan Penerangan yang diketuai oleh En. Anuar Mohammad dengan ahli‐ahli terdiri daripada Tn Hj Salleh Abbas, Tn Hj Hussin Tukiman dan En Osman Enting.
Buat masa ini, ianya boleh dilayari dialamat seperti berikut:
HTTP://www.koperasigreen.net63.net
Walaubagaimanapun, ianya dirancang untuk dimasukkan dibawah pautan Angkasa. Perkara ini akan diurus kelak. Penambah ‐ baikkan maklumat dan rekabentuk sedang giat dilaksanakan oleh JKLPP.
Website ini mengandungi maklumat seperti berikut;‐
PENGENALAN
• Sejarah Penubuhan
• Visi & Misi
• Logo
• Teras Strategik
• Struktur Organisasi
• Penganugerahan & Pengiktirafan
• Ahli Lembaga
• Senarai Ahli
AKTA /UNDANG‐UNDANG KECIL
• Akta Koperasi 1993
• Undang‐undang Kecil Koperasi Green MESYUARAT AGUNG
• Mesyuarat Agung Tahunan 2007
• Mesyuarat Agung Tahunan Sebelumnya PERNIAGAAN
• Stesen Minyak ESSO
• Perumahan
• Ladang Green
• Skim Pinjaman
• Sewa
• Insuran
• Dividen ASET
• Tanah
• Stesen Minyak ESSO
• Bangunan Wisma Green
• Aset‐aset Lain AKTIVITI KEBAJIKAN
• Musibah
• Ziarah Ahli‐ahli Yang Sakit
• Program Hari Keluarga LATIHAN & PENDIDIKAN
• Senarai Latihan
• Senarai Ahli‐ahli Yang Mengikuti Kursus
• Format Laporan Setelah Mengikuti Kursus
TATACARA PEMPROSESAN
• Permohonan Menjadi Ahli
• Tuntut Waris
(SIRI 1/2008: Ogos 2007 ‐ Julai 2008) (Each for All and All for Each)
• Tambah Syer
• Lain‐lain BORANG
• Borang Permohonan Menjadi Ahli
• Borang Tuntut Waris
• Borang Pinjaman Peribadi
• Borang Pinjaman Perumahan
• Borang Pinjaman Pendidikan
• Lain‐lain PERANCANGAN
• Fasiliti Riadah Untuk Ahli
• Penternakan Lembu & Kambing
• Stesen Minyak
• Skim Pinjaman
• Lain‐lain GALERI GAMBAR
• Gambar Aktiviti Koperasi Green KOMUNIKASI / PERTANYAAN
• Alamat Emel / Talifon ALK
• Pejabat Koperasi Green
•
** SELAMAT MELAYARI**
SENARAI AHLI‐AHLI BARU SEJAK AGM LEPAS Seramai 39 orang yang telah diterima menjadi anggota koperasi (setakat Jun 2008) seperti berikut:
Bil Nama Pemohon Tarikh
Menjadi Anggota
1 Yong Szu Cherng 19.09.07
2 Josephine Kong Tshui Pyng 19.09.07
3 Clement Monjuil 19.09.07
4 Muhd Zulsafwan Mohd Arif 19.09.07
5 Awang Bakar 19.09.07
6 Kamidah Mohd Bakia 19.09.07 7 Melinda Q.Alsisto 19.09.07 8 Abu Bakar Abd Hamid 26.10.07
9 Nurafiqah Nazeha Badery 26.10.07
10 Chan Nyit Len 23.11.07
11 Chan Nyit Ling 23.11.07
12 Sak Tai Kiau 23.11.07
13 Supinah Matius 23.11.07
14 Edward Matius 23.11.07
15 Rufinah Matius 23.11.07
16 Jamie Bajin 23.11.07
17 Jimmey Lucas 23.11.07
18 Indoroh Kayata 23.11.07
19 Mapuin Rumegap 23.11.07
20 Julkipli Nor Hussin 23.11.07 21 Siti Zaiton S.Omar 23.11.07 22 Siti Habibah Yusof 23.11.07
23 Rahman Rosman 18.01.08
24 Aloysius Laim 22.02.08
25 Nasip Ayat 22.02.08
26 Shafie Abu 22.02.08
27 Yuput Mauking 28.03.08
28 Tandik Ag Galoh 28.03.08 29 Misalam Kasmijan 28.03.08 30 Yuslinawati Yusuf 06.06.08
31 Marjjah Othman 06.06.08
32 Jurainah Ismail 06.06.08
33 Paul Francis 06.06.08
34 Rosila Anthony Johnwyn 06.06.08 35 Wilson @ Terence Thomas 06.06.08 36 Tanim @ Don Galoh 06.06.08 37 Mohd Ali Nefiah Othman 06.06.08 38 Celia Chin Lee Sien 06.06.08 39 Zulfahdly Khalid Khan Khalid 06.06.08
PEJABAT BARU KOPERASI GREEN
(SIRI 1/2008: Ogos 2007 ‐ Julai 2008) (Each for All and All for Each)
Pihak Pengurusan Koperasi Green sedang membaik pulih Lot B (atas dan bawah), Bangunan Wisma Green untuk menaik taraf Pejabat Koperasi Green.
Pihak koperasi mencadangkan bahagian atas dijadikan pejabat koperasi yang bercirikan “ala‐ala koprat” kerana pejabat yang sediada tidak bersesuaian lagi. Manakala bahagian bawah disediakan satu ruang “member corner” untuk ahli‐
ahli Koperasi Green bersosial dan bertemu mesra.
Renovasi lot tersebut bermula pada 01.11.2007 dan telahpun selesai pada penghujung bulan Mac 2008.
Pandangan tingkat atas yg akan menjadi ruang pejabat baru Koperasi Green
SENARAI PEKERJA‐PEKERJA DIPEJABAT KOPERASI GREEN DAN STESYEN ESSO
A) Pejabat Koperasi
Bil Nama Kakitangan Jawatan 1 Rozleyanah Ahmad Pembantu
Tadbir 2 Sainah Yug Pembantu
Tadbir Rendah 3 Mohd Azhar Nazib Pembantu
Tadbir Rendah 4 Khairullnuzair Sabli Pembantu
Tadbir Rendah
Kakitangan Koperasi Green
B) Stesyen Esso
Bil Nama Kakitangan Jawatan 1 Dg. Syalmiyannah
Ag Shawal
Juruwang
2 Mohd Nizam Bayani
Juruwang
3 Emiliana Ali Aziz Juruwang 4 Zia Herul Shah
Hamzah
Pembantu stesen 5 Jini Matium Pembantu
stesen 6 Norzin Daud Pembantu
Stesen 7 Mohd Hairy
Shahrul HUsain
Pembantu Stesen 8 Noratikah Ali Latip Pembantu
Stesen 9 Nurul Huda Ali Pembantu
Stesen 10 Shanti Muhamad Pembantu
Stesen
ACARA KOPERASI GREEN
• Pertandingan Logo dan lagu Koperasi Hari Keluarga Koperasi Green berakhir pada 27/6/2008
• AGM Green ke 10/2008 pada 26/7/2008
• Hari keluarga 2008 pada petang 26/7/2008
(SIRI 1/2008: Ogos 2007 ‐ Julai 2008) (Each for All and All for Each)
• Jamuan Makan Malam sempena AGM Ke‐10 di Darataran Hijau, Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Sabah pada malam 26/7/2008
LAMPIRAN 1: GAMBAR HARI KELUARGA YG LEPAS
Acara Waktu malam (Malam MUhibbah)
Pertandingan Karaoke kategori Veteren
Acara waktu siang (sukaneka)
Antara salahsatu acara sukaneka yang dijalankan
Acara penyampaian hadiah dimana Hj.
Roslee Hassan menyampaikan hadiah kepada pemenang
Senamrobik Lembaga Koperasi bersama Keluarga, anak‐anak Anggota & kakitangan Koperasi