• Tidak ada hasil yang ditemukan

Topik: Menjawab Soalan Penyata Kewangan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Topik: Menjawab Soalan Penyata Kewangan"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

www.kvk-accounting.com 1

Topik: Menjawab Soalan Penyata Kewangan

Sistem inventori

• Sesebuah perniagaan boleh memilih untuk mengamalkan sistem inventori berkala atau sistem inventori berterusan.

o Sistem inventori berkala

▪ Lazim digunakan oleh perniagaan yang mengamalkan sistem perakaunan manual.

▪ Urus niaga perniagaan yang melibatkan pergerakan inventori seperti belian, jualan, pulangan belian, pulangan jualan dan ambilan barang niaga tidak direkodkan dalam akaun inventori.

▪ Perekodan nilai inventori di akaun inventori hanya dibuat pada akhir tempoh perakaunan, iaitu selepas pengiraan fizikal inventori dilakukan.

▪ Kos jualan hanya boleh dikirakan selepas mengetahui nilai inventori akhir melalui pengiraan fizikal inventori.

▪ Sukatan pelajaran SPM menumpukan kepada sistem inventori ini bagi menjawab soalan-soalan penyata kewangan dan soalan lain berkaitan dengan inventori.

o Sistem inventori berterusan

▪ Digunakan oleh kebanyakan perniagaan yang mengamalkan sistem perakaunan berkomputer.

▪ Akaun inventori digunakan untuk merekod setiap pergerakan inventori dalam perniagaan.

▪ Kos jualan dan nilai kos inventori boleh ditentukan pada bila-bila masa. Tidak perlu kira atau pengiraan fizikal inventori.

▪ Pengiraan fizikal inventori dibuat semata-mata untuk menyelaraskan antara nilai inventori dalam buku dengan nilai inventori sebenar (fizikal)

Menentukan Nilai Inventori Akhir

(2)

www.kvk-accounting.com 2

▪ Pembelajaran perakaunan di peringkat tinggi memerlukan anda mengetahui sistem ini secara mendalam.

Peraturan “takaP”

• Piawaian perakaunan memerlukan perniagaan mematuhi ciri-ciri kualitatif perwakilan benar dan kebolehsahan apabila menyediakan pelaporan kewangan. Jadi, piawaian perakaunan yang berkaitan dengan inventori telah menetapkan satu peraturan khas untuk menilai inventori.

• Peraturan ini dipanggil “terendah antara kos atau nilai boleh realis”. Nilai boleh realis merujuk kepada harga jualan inventori selepas ditolak belanja- belanja terlibat dalam proses jualan inventori tersebut.

• Pada peringkat asas pembelajaran, kita samakan nilai boleh realis dengan harga pasaran. Oleh yang demikian, kita rujuk kepada peraturan ini dengan kata singkatan “TAKAP”, iaitu terendah antara kos atau pasaran.

• Bagi tujuan menjawab soalan penyata kewangan, apabila maklumat tambahan berkaitan dengan inventori telah memberi opsyen kos dan pasaran, pelajar mesti mengamalkan peraturan TAKAP, iaitu memilih nilai yang terendah.

Nilai yang dipilih inilah akan digunakan sebagai nilai inventori akhir semasa menjawab soalan. Nilai yang tinggi diabaikan sama sekali,

Jenis maklumat tambahan inventori akhir

• Soalan penyata kewangan mungkin ingin menguji pelajar mengenai amalan peraturan TAKAP. Jadi, maklumat tambahan mengenai inventori akan memberi maklumat berkaitan dengan nilai kos dan nilai pasaran untuk pelajar menentukan nilai inventori yang perlu digunakan untuk menjawab soalan.

• Pemeriksa mempunyai tiga cara untuk menguji pelajar, iaitu:

o Hanya nilai kos diberikan. Ini bermaksud andaian telah dibuat bahawa nilai kos adalah lebih rendah daripada nilai pasaran. Pelajar menggunakan nilai inventori ini dalam proses menyediakan jawapan.

o Nilai kos dan nilai pasaran diberikan dan pemilihan dibuat tanpa pengiraan.

(3)

www.kvk-accounting.com 3

o Nilai kos dan nilai pasaran diberikan dan pemilihan dibuat dengan pengiraan nilai inventori. Darjah kesukaran pengiraan boleh dipertingkatkan mengikut kehendak pemeriksa.

Cara penyelesaian: Kes 1 – Tidak perlu pemilihan

• Jenis maklumat tambahan inventori akhir inilah yang diberikan dalam kebanyakan soalan penyata kewangan.

• Contoh-contoh maklumat tambahan ini adalah:

Contoh 1:

Maklumat tambahan:

1. Inventori akhir dinilai sebanyak RM4,200.

Contoh 2:

Maklumat tambahan:

1. Nilai kos inventori pada 31 Disember 2019 ialah RM4,200.

Contoh 3:

Maklumat tambahan:

1. Pengiraan fizikal inventori pada akhir tahun menunjukkan nilai inventori akhir sebanyak RM4,200.

• Berdasarkan kepada contoh di atas, pelajar akan menggunakan RM4,200 sebagai nilai inventori akhir yang akan direkodkan di Akaun Perdagangan (Penyata Pendapatan) dan di Penyata Kedudukan Kewangan di bawah aset semasa.

(4)

www.kvk-accounting.com 4

Cara penyelesaian: Kes 2 – pemilihan tanpa pengiraan

• Dalam kes ini, maklumat tambahan berkaitan dengan inventori akhir harga kos dan harga pasaran akan diberikan. Pelajar perlu memilih nilai inventori yang terendah antara kedua-dua nilai ini. Nilai yang terendah ini akan digunakan sebagai inventori akhir di Akaun Perdagangan dan Penyata Kedudukan Kewangan.

(5)

www.kvk-accounting.com 5

• Contoh-contoh maklumat tambahan jenis ini adalah:

Contoh 1:

Maklumat tambahan:

1. Inventori akhir pada kos dinilai sebanyak RM4,200 dan harga pasarannya berjumlah RM4,120.

Dalam kes ini, nilai inventori akhir adalah RM4,120 kerana ia adalah terendah antara kos atau pasaran.

Contoh 2:

Maklumat tambahan:

1. Nilai kos inventori pada 31 Disember 2019 ialah RM4,200 dan harga pasarannya pula berjumlah RM4,560..

Dalam kes ini, nilai kos, iaitu RM4,200, akan ditentukan sebagai nilai inventori akhir kerana ia adalah terendah antara kos atau pasaran.

Cara penyelesaian: Kes 3 – pemilihan dengan pengiraan

• Dalam kes ini, pemeriksa boleh mempelbagaikan maklumat tambahan berkenaan dengan inventori akhir daripada tahap kesukaran yang rendah kepada yang tinggi. Tahap kesukaran yang tinggi memerlukan lebih banyak pengiraan.

• Contoh-contoh maklumat tambahan jenis ini adalah:

Contoh 1:

Maklumat tambahan:

1. Inventori akhir pada 31 Disember 2019 terdiri daripada yang berikut:

Produk Nilai kos (RM) Nilai pasaran (RM)

A 1,450 1,870

B 2,100 2,040

C 1,800 1,500

D 1,260 1,600

Dalam kes ini, nilai inventori akhir adalah:

= 1,450 + 2.040 + 1,500 + 1,260 = RM6,250. Pemilihan adalah berdasarkan kepada nilai terendah antara kos atau pasaran bagi setiap produk.

(6)

www.kvk-accounting.com 6 Contoh 2:

Maklumat tambahan:

1. Maklumat inventori akhir yang diperoleh pada 31 Disember 2019 adalah seperti berikut:

Item inventori Jumlah unit Kos per unit (RM) Harga pasaran per unit (RM)

A 120 1.50 2.00

B 500 3.00 4.20

C 800 2.50 2.40

D 250 5.00 4.50

Dalam kes ini, nilai inventori akhir adalah:

= (120 x 1.50) + (500 x 3.00) + (800 x 2.40) + (250 x 4.50)

= 180 + 1,500 + 1,920 + 1,125 = RM4,725. Pemilihan adalah berdasarkan kepada nilai yang terendah antara kos atau pasaran mengikut kos seunit setiap item inventori.

Contoh 3:

Maklumat tambahan:

1. Nilai kos inventori akhir pada 31 Disember 2019 adalah RM8,240. Peniaga juga memperoleh analisis berikut bagi beberapa produk dalam inventori akhir:

Produk Nilai kos (RM) Nilai pasaran (RM)

A 800 720

B 1,600 1,800

C 1,260 1,040

Dalam kes ini, nilai inventori akhir adalah:

= [8,240 – (800 + 1,600 + 1,260)] + (720 + 1,600 + 1,040)

= (8,240 – 3,660) + 3,360 = RM7,940. Pada mulanya, jumlah nilai kos Produk A, B dan C ditolak daripada nilai kos inventori. Kemudiannya, dicampur balik berdasarkan pemilihan mengikut nilai terendah antara kos atau pasaran bagi Produk A, B dan C.

Contoh 4:

Maklumat tambahan:

1. Inventori akhir berkos RM5,400. Harga pasaran separuh daripada inventori akhir telah jatuh kepada RM2,500.

Dalam kes ini, nilai inventori akhir adalah:

= (5,400 / 2) + 2,500 = 2,700 + 2,500 = RM5,200.

(7)

www.kvk-accounting.com 7 Contoh 5:

Maklumat tambahan:

1. Inventori akhir berkos RM4,500. Dua daripada unit inventori yang berkos RM120 seunit, hanya boleh dijual pada harga RM80 seunit.

Dalam kes ini, nilai inventori akhir adalah:

= [4,500 - (2 x 120)] + (2 x 80) = 4,260 + 160 = RM4,420.

Cara penyelesaian alternatif:

= 4,500 – [2 x (120 – 80)] = 4,500 – 80 = RM4,420

Contoh 6:

Maklumat tambahan:

1. Inventori akhir berkos RM4,200. Dua puluh peratus daripada inventori akhir telah tamat tempoh penggunaannya dan hanya boleh dijual pada harga selepas diskaun 80%.

Dalam kes ini, nilai inventori akhir adalah:

= 4,200 – (4,200 x 20%) + (4,200 x 20% x (100% - 80%))= RM3,528 .

kesimpulan

• Keterangan di atas akan membantu pelajar menentukan nilai inventori akhir dengan betul. Pelajar perlu ingat tiga cara penyelesaian berdasarkan kepada maklumat tambahan berkaitan dengan inventori akhir yang diberikan. Cara- cara ini adalah:

o Tidak perlu pemilihan o Pemilihan tanpa pengiraan o Pemilihan dengan pengiraan

• Tujuan pemeriksa mempelbagaikan maklumat tambahan inventori akhir adalah untuk menguji kemahiran pelajar mengaplikasikan konsep TAKAP.

Modul ini mempunyai banyak soalan-soalan objektif dan subjektif bagi pelajar praktis dan mengukuhkan kefahaman dan aplikasi konsep TAKAP ini.

Referensi

Dokumen terkait