• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pengenalan Mengikut Sukatan Pelajaran Pe

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Pengenalan Mengikut Sukatan Pelajaran Pe"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

Pengenalan

Mengikut Sukatan Pelajaran Pendidikan Visual KBSR, bidang menggambar ialah ;

I. Satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran seseorang murid.

II. Melihat kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan mereka dalam membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik.

III. Menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi dalam sesuatu hasil karya.

IV. Menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri seseorang murid. V. Meliputi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat bahan dan

kegunaannya.

VI. Membolehkan murid mengenali dengan lebih dekat lagi pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan.

VII. Dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya.

VIII. Kegiatan : lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, gosokan, resis, percikan dan mozek.

(2)

Sejarah Dunia

Catan ialah proses menghasilkan seni dengan menggunakan bahan berwarna atau atau cat yang disapu ke atas sesuatu permukaan yang rata. Aktiviti catan membolehkan seseorang menyedari serta dapat merakamkan kesan cahaya pada bentuk, rupa serta susunan yang terdapat pada alam sekitar. Sejarah catan dikatakan bermula pada Zaman Yunani Purba. Gambaran yang dibuat mengisahkan aktiviti keagamaan. Media yang digunakan ialah mozek dan fresco. Pada Zaman Renaissance yang merupakan zaman kemuncak seni lukis di Eropah, media yang digunakan ialah cat minyak, cat air, fresco dan tempera.

Pada abad ke-20, muncul satu aliran baharu dalam persembahan catan yang mempersembahkan catan yang mempersembahkan karya seni abstrak dan semi abstrak. Di Malaysia, catan mula berkembang sekitar tahun 1930-an. Pelukis yang terkenal ialah Abdullah Ariff dan Yong Mun Sen yang banyak menggunakan media cat air.

Laju pesatnya perkembangan ilmu pengetahuan, teknologi dan industri dewasa ini memberikan pengaruh yang sangat besar bagi hidup dan perkembangan budaya bangsa, termasuk didalamnya berbagai bidang seni rupa, mengkhususkan lagi dalam seni lukis dan senimannya. Berbagai hasil produk hadir di dunia, didalam seni lukis saja misalnya dapat kita jumpai berbagai jenis cat air yang kesemuanya ini merupakan produksi yang gemilang dari perusahaan industri moden.Cat air mempunyai sifat-sifat dan keistimewaan tersendiri yang padanya tersimpan potensi-potensi artistik. Akan tetapi seperti telah kita ketahui , cat air juga telah dilupakan oleh seniman-seniman. Dengan demikian makin berkurang hasil karya lukisan cat air, dan seandainya ada maka terbatas pada karya sebagai studi dalam lembaga pendidikan sebab dipandang lebih praktis, murah dan ekonomi.

(3)

Keberhasilan pelukis masa lampau seperti Turner, Constable John Marin, Wassily Kandinsky, Affandi, Ruslikemudian lebih jauh lagi seniman Tiongkok mereka mampu menguasai teknik. Dewasa ini yang menjadi persoalan ialah mampukah para pelukis mem”peribadi”kan dirinya dalam lukisannya ? disamping ia harus sanggup menentang segenap persoalan yang tumbuh dan berkembang sebagai akibat meningkatnya perkembangan teknologi dan industri moden apabila hanya menggunakan material cat air, sedang dilain pihak produksi cat minyak berbagai jenis lebih unggul dan daya tahannya yang merupakan tandingan cat air. Akan tetapi cat air mempunyai kesan yang khusus yang tidak dapat dicapai cat minyak. Nilai transparan yang sangat lembut meliuk, warna dof, texture semua yang dapat dicapai satu kali sapuan kuat memberi kesan estetik yang sulit dicapai material lain.

(4)

Perkembangan

Cat air sudah lama dikenali sejak beberapa abad yang lalu dan bukan

merupakan material yang baru. Hal ini dapat kita buktikan pada lukisan cat air pada

dinding semen yang tetap tahan iklim kering, walaupun dapat dimusnahkan dengan

menyapukan span basah pada permukaannya. Perkembangan cat air yang

dihasilkan tidak hanya terbatas pada satu jenis saja melainkan sudah pelbagai cat

sintetis, acrilik dan cat tembok yang merupakan produk terbaik di abad ini, bersama

munculnya pelukis dari berbagai golongan dan negara terutama dari negara barat,

dengan berbagai corak lukisannya memberi makna yang bererti bagi perkembangan

seni lukis cat air.

(5)

Seni Catan Cat Air Di Tanah Air

Tahun 1930

Era perkembangan seni catan Malaysia bermula pada tahun 1930.pelukis cat air pulau pinang menjadi perintis catan moden Malaysia.Abdullah Ariff ,Yong mun sen,Kao ju ping,khaw sia,dan tay hooi keat mengubah seni tradisi yang bersifat abstrak kepada seni moden melalui konsep pembuatan,iaitu penyerapan pengaruh penjajahan terhadap seni yang bertemakan pemandangan alam tempatan dan aktiviti harian melalui media cat air.Sapuan berus basah digabungkan dengan ciri impresionis ,cenderung merakamkan kesan cahaya dan bayang yang transperensi kelam di samping menggunakan warna yang harmoni dan bertindan.Antara karya yang menonjol pada era ini termasuklah pemandangan di tepi sungai,kawasan lombong,dan dalam hutan serta tepi pantaiyang dirakamkan oleh Abdullah ariff.

TAHUN 1938

(6)

Sifat dan teknik cat air

Bahan warna dalam karya cat air ialah pewarna dalam bentuk kek atau tiub. Ia bersifat lut sinar, lembut dan boleh dibuat legap sekiranya cat air dari tiub. Cat air akan menjadi tebal sekiranya disapu berlapis-lapis. Bahantara yang digunakan ialah air. Kertas yang digunakan ialah kertas cat air. Berus yang sesuai digunakan untuk karya cat air ialah jenis lembut dan beraiz antara 000 hingga 14. Palet juga diperlukan untuk membancuh warna. Sebuah bekas seperti gelas atau botol yang bermulut lebar diperlukan untuk mengisi air bersih dan untuk mencuci berus.

Cat air memiliki sifat-sifat transparan dengan warna-warna lembut dan menarik dan mempunyai ciri khas yang menandai dan menentukan baik teknik mahupun sebuah lukisan. Mengenai sifatnya lambat kering, iaitu tidak bererti bahawa pelukis harus bekerja dengan perlahan-lahan. Lebih dari itu cat air tidak mudah menutup, sehingga tidak dapat menghilangkan warna dasar sifat, oleh demikian tidaklah mudah untuk diatasi, jika tanpa latihan yang tekun dan baik, sebab selain bakat latihan juga menentukan berhasil tidaknya penguasaan teknik untuk suatu konsep yang diciptakan. Maka tidaklah mudah kita bayangkan jika kita akan melukis dengan cat air. Dan adalah tugas seniman kreatif untuk mengenal, menghayati, mengetahui dan menguasai agar dapat mewujudkan ide-idenya. sifat-sifat cat air sebagai berikut :

1. Cat air mempunyai sifat harus dicampur dengan air.

2. Cat air mempunyai sifat lambat kering sehingga memungkinkan ekspresif spontan.

3. Cat air mempunyai sifat tidak menutup, sehingga tidak dapat menghilangkan warna dasar. 4. Cat air mempunyai sifat transparan.

(7)

Teknik Basah Atas Kering

Ciri-ciri

Teknik ini melibatkan sapuan warna basah ke atas permukaan kertas yang kering untuk menghasilkan kesan legap. Teknik ini banyak digunakan kerana sesuai dengan beberapa jenis media dan agak senang dikawal sapuan warnanya. Teknik ini juga boleh menggunakan warna yang basah dan disapukan ke atas lapisan warna yang telah kering bagi

mendapatkan kesan lut sinar. Campuran Warna

Campuran warna yang hendak digunakan haruslah tidak pekat dan tidak terlalu cair. Kertas hendaklah kering. Sapuan berus yang spontan adalah digalakkan.

Cara

Warna disapu ke atas kertas lukisan yang kering. Mulakan dengan lapisan yan nipis dan ditindih berperingkat-peringkat dengan ton yang semakin gelap. Untuk mendapatkan kesan transparensi, basahkan berus dan celup ke dalam warna yang cair, sapu di atas kertas lukisan. Biarkannya kering dan ulangi aktiviti yang sama.

Teknik Basah Atas Basah

Ciri-ciri

Teknik ini melibatkan sapuan warna cair ke atas permukaan kertas yang basah. Ia menghasilkan kesan lut sinar. Teknik ini merupakan teknik yang dramatik bagi media cat air dan yang paling sukar untuk dikawal sapuannya. Pelukis harus membiarkan warna

terdahulu yang masih lembap. Sapuan warna berikutnya adalah lebih tinggi kandungan air dan pewarnanya. Jika tidak, warna akan bercampur dan hasilnya nampak kotor.

Campuran warna

Campuran warna hendaklah tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Sebaik-baiknya ia harus mempunyai nilai warna yang cukup terang. Ini kerana warna cat air akan nampak kurang cerah apabila kering. Gunakan sapuan berus yang spontan.

Cara

(8)

Teknik berus kering

Ciri-ciri

Teknik yang melibatkan sapuan warna terus dari tiub ke atas permukaan kertas. Teknik ini boleh juga melibatkan sapuan warna yang pekat ke atas lapisan warna yang telah kering untuk menghasilkan kesan jalinan. Ia akan memberi kesan kering berlegap.

Campuran warna

Gunakan warna terus dari tiub atau bancuhkan warna yang dikehendaki itu dahulu dengan pekat. Kertas hendaklah kering. Sebaik-baiknya, asingkan warna yang telah dibancuh.

Cara

Gunakan berus yang kering untuk mengambil warna yang telah dibancuh. Warna disapukan dengan rata pada bahagian tertentu di atas permukaan kertas yang kering. Sapukan pada bahagian tersebut satu demi satu supaya warna pada setiap bahagian tidak bercampur. Gunakan berus yang halus bagi menandakan jalinan yang halus. Jika ingin menimbulkan kesan tindihan, biarkan warna kering dahulu. Kemudian, sapukan warna yang pekat ke atas lapisan warna yang telah kering.

Teknik Kecatan

Ciri-ciri

Teknik ini melibatkan sapuan warna terus dari tiub. Kertas sentiasa basah sehingga catan selesai dibuat. Catan jenis ini memberi kesan jalinan dan kekasaran. Melalui teknik ini, catan kelihatan bebas, semula jadi dan spontan.

Campuran warna

Warna yang pekat dari tiub digunakan. Sapuan warna terus dari tiub atas kertas. Jika hendak menggunakan air, hanya gunakan sedikit sahaja.

Cara

Ambil warna terus dari tiub dan sapukan pada permukaan kertas lukisan. Campuran warna yang kedua ditindihkan di atas warna yang pertama tanpa menunggu warna itu kering. Kertas sentiasa basah sehingga catan selesai dibuat.

(9)

Langkah 1 : Menyediakan kertas, pensel 2B, pemadam, warna air, berus untuk

memulakan aktiviti catan.

Langkah 3 : Setelah siap melukis, murid dikehendaki untuk mewarnakan karya

tersebut dengan menggunakan warna yang bersesuaian dengan

bunga periuk kera tersebut.

Langkah 4 : Menentukan teknik yang hendak digunakan dalam karya bunga periuk

kera tersebut. Karya tersebut menggunakan teknik basah atas basah

pada permulaannya. Peringkat kedua ialah menggunakn teknik kering

atas basah, dan kering atas kering.

Langkah 2 : Melukis gambar yang dipilih seperti di dalam gambar memilih untuk

melukis bunga periuk kera.

Referensi

Dokumen terkait

Penilaian kinerja yang akan diusulkan akan dibandingkan dengan Daftar Penilaian Pelaksaan Pekerjaan (DP3) dari segi skala, kriteria dan manfaat sehingga penelitian

Pencapaian Lokasi P&R terhadap Pusat Perdagangan; lokasi yang memberikan kemudahan agar pengguna kendaraan pribadi dapat memarkir kendaraannya dan menggunakan angkutan

Hasil uji kelayakan oleh siswa pada skala perorangan diperoleh persentase kelayakan angket 89,72% dengan kategori sangat layak, yang artinya LKS IPA Terpadu

Pas toto 4x6 (Iatar belakang warna merah) sebanyak 3 lembar, dengan ketentuan bagi pria berpakaian sipillengkap (menggunakan jas dan berdasi) sedangkan bagi wanita

Penelitian sebelumnya dilakukan oleh Petrus (2016) mengenai faktor – faktor yang berhubungan dengan terjadinya ISPA di Kelurahan Jati Sampurna bahwa ada hubungan

: Tidak boleh melakukan tindakan yang menyangkut risiko pribadi atau tanpa pelatihan yang sesuai.. Jika terduga bahwa masih ada asap, petugas penolong harus mengenakan

Bentuk strategi pemasaran apakah yang tepat menurut situasi dan kondisi yang dimiliki oleh Dwi Sapta Advertising dalam memenangkan persaingan periklanan di Jakarta.

Pemilihan urutan pengajaran inisial dan final untuk bahan ajar bahasa Mandarin tingkat sekolah menengah atas sebaiknya mengacu pada standar baku, yaitu berdasarkan tipe suara