• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERKEMBANGAN PROFESIONAL KE ARAH PEMBANG

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PERKEMBANGAN PROFESIONAL KE ARAH PEMBANG"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

PERKEMBANGAN PROFESIONAL KE ARAH

PEMBANGUNAN MODAL INSAN GURU

Nor Hasnida Che Md Ghazali

Effandi Hj Zakaria

[email protected]

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Kertas konsep ini bertujuan untuk membincangkan cabaran-cabaran yang menyebabkan guru lemah dalam perkembangan profesional mereka. Definisi perkembangan profesionalisme dan pembangunan modal insan dijelaskan diikuti ciri-ciri guru profesional juga dikupas terlebih dahulu sebelum menyentuh aspek cabaran yang mempengaruhi guru dalam perkembangan profesionalisme mereka. Kemudian, ia diikuti dengan cadangan dalam membangunkan profesionalisme guru. Di antara strategi khusus yang telah diutarakan seperti mengadakan sistem pementoran di sekolah, konsep belajar seumur hidup, mengadakan program perkembangan staf, mengadakan aktiviti dalam ‘Lesson Study’, menggalakkan amalan reflektif, mengaktifkan program Bimbingan Rakan Sekerja, menggalakkan kerja berkumpulan dan lain-lain. Perkembangan profesional guru juga dilihat dari perspektif Islam untuk membangunkan hakikat diri guru itu sendiri iaitu rohnya (‘spiritual science’). Perkembangan ini akan melahirkan guru-guru yang seimbang pembangunan akal, roh dan nafsunya. Adalah diharapkan kertas konsep ini akan dijadikan panduan kepada semua pihak dalam memastikan pendidikan menjadi lebih berkesan. Harus diingat bahawa pendidikan itu ialah nyawa, roh dan nadi pada sesuatu bangsa dan negara. Identiti sesuatu bangsa ditentukan oleh pendidikan ertinya pendidikanlah yang akan menentukan maju atau mundurnya sesuatu bangsa, bertamadun atau tidak, berani atau penakut, bersatu atau berpecah, berjiwa besar atau kecil dan ada cita-cita atau tidak. Pendidikan jugalah yang akan menentukan hala tuju sesuatu bangsa di sesebuah negara samada bangsa itu menjadi satu bangsa yang baik atau jahat, lembut atau kasar, bangsa yang individunya memikirkan diri sendiri atau memikirkan bangsa, agama dan negaranya.

Kata Kunci: Pembangunan modal insan, perkembangan profesional, guru, sistem pementoran, program perkembangan staf, amalan reflektif

PENGENALAN

Masyarakat kita sering menganggap bidang perguruan sebagai satu kerjaya yang kurang profesional. Sejak kebelakangan ini, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan ahli politik berusaha untuk mempertingkatkan martabat profesion perguruan. Ini adalah kerana kepekaan mereka dalam menilai peranan guru dalam merealisasikan Wawasan 2020. Sehubungan dengan itu, pelbagai cadangan telah dikemukakan untuk meningkatkan martabat profesion perguruan termasuk kenaikan gaji serta cara bagaimana profesion perguruan dapat ditingkatkan kemuliannya di mata masyarakat seperti di zaman datuk nenek kita dahulu.

(2)

perubahan yang berlaku di sekeliling mereka. Seorang guru yang telah menyempurnakan latihan samada di maktab perguruan atau di mana-mana pusat pendidikan guru tidak seharusnya menganggap proses pembelajaran mereka telah sempurna. Begitu juga dengan guru yang telah lama mengajar. Kejayaan seseorang guru dalam kerjayanya antara lain bergantung kepada kesediaan guru untuk memajukan diri dan profesionnya melalui pelbagai aktiviti dan program pendidikan secara formal, informal atau nonformal. Guru akan melalui pelbagai bentuk perubahan samada di dalam atau di luar profesion. Diantara tuntutan dalaman yang diperlukan ialah kesediaan guru untuk mencuba pelbagai teknik, kaedah serta pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang efektif disamping menghadapi perubahan dari segi istilah, kandungan kurikulum serta penggunaan teknologi baru (Mohamad Sani Ibrahim & Zuraidah Majid, 2002).

Membangunkan guru itu sendiri menjadi salah satu faktor dalam membangunkan pendidikan di sesebuah negara. Perkembangan profesional juga dilihat sangat diperlukan kerana kebanyakan guru terutama generasi dulu yang telah 10 hingga 20 tahun mengajar di sekolah masih mengguna cara lama dalam mengajar, misalnya. Borko (1998) menyatakan bahawa guru-guru yang telah lama mengajar lebih menumpukan kepada penguasaan konsep sebagai fokus utama dan kurang memberi fokus kepada proses itu sendiri atau ilmu yang dijana dari penyelesaian masalah dalam subjek tersebut. Fokus kedua ini sebenarnya dapat diperolehi dengan memperbanyakkan aktiviti yang menggalakkan penglibatan pelajar dalam membina, mengguna dan menilai pemikiran mereka. Sebagai contoh, untuk pengajaran matematik misalnya, perlulah memasukkan lebih penyelesaian masalah dalam matematik, lebih komunikasi antara guru matematik dengan pelajar dan mencari hubungkait antara idea matematik dan aplikasi. Dengan ini satu perubahan perlu dilakukan di mana ahli jabatan di universiti perlu meningkatkan kualiti pengajaran, fakulti pendidikan mesti menitikberatkan kepentingan ilmu dan kerajaan negeri mestilah berusaha keras dalam menjalankan satu usaha yang sistematik untuk mengembangkan pembangunan profesional para guru (Wu, 1999).

Hasil membangunkan profesional guru, kelak kita akan dapat membina kemahiran, pengetahuan dan strategi pengajaran-pembelajaran, ketrampilan serta kemampuan untuk berurusan dengan masyarakat sekolah dengan lebih baik. Mungkinkah profesional guru boleh terbangun? Sekiranya pembangunan profesional guru tidak menjadi pelan utama bagi Kementerian Pendidikan, sehingga itulah kita tidak akan memenuhi keperluan pendidikan bagi semua pelajar (NJCLD, 2000). Untuk mencapai apa yang kita inginkan, bukan sahaja para guru yang terlibat tetapi juga sepatutnya melibatkan banyak pihak termasuk pentadbir di jabatan pendidikan, para-para pentadbir sekolah, staf sokongan dan penjaga atau ibu bapa. Ia mestilah dianggap tanggungjawab bersama dalam mendidik anak bangsa kita.

(3)

memberi kepuasan dari segi ikhtisas, meningkatkan kefahaman guru, membolehkan guru menjangka dan bersedia untuk berubah dan memperjelaskan polisi sekolah dan jabatan guru. Untuk membangunkan profesional guru perlu dibuat dengan usaha yang teliti dan berhati-hati. Ini kerana, kita tidak mahu usaha kerajaan yang mengguna dana yang banyak tidak mendapat hasil yang sepatutnya.

TUJUAN KERTAS KONSEP

Tujuan kertas konsep ini ialah untuk melihat cabaran-cabaran yang menyebabkan guru lemah dalam perkembangan profesionalisme dan cadangan untuk meningkatkan perkembangan profesional guru. Ini adalah penting memandangkan perkembangan profesional seseorang guru itu sangat berpengaruh dalam pembinaan kemahiran, pengetahuan, strategi pengajaran dan pembelajaran dan ketrampilan guru yang lebih baik.

OBJEKTIF KERTAS KONSEP

Objektif kertas konsep ini ialah untuk :

1. Melihat cabaran-cabaran yang dihadapi guru-guru sehingga mempengaruhi perkembangan profesional mereka.

2. Memberikan beberapa cadangan bagi meningkatkan perkembangan profesional dalam kalangan guru.

PERKEMBANGAN PROFESIONAL DI KALANGAN GURU

(4)

Perkembangan profesional juga merupakan suatu proses yang berterusan berserta latihan yang membina yang membolehkan guru menyelesaikan pelbagai masalah dalam pemdidikan. Ia juga membolehkan guru mendidik pelajar sehingga pelajar mampu berdepan denagn cabaran hidup di luar sekolah dan juga memikul tanggungjawab di zaman kerjanya nanti pada tahap yang membanggakan (AFT, 2000). Perkembangan profesional guru juga boleh dinyatakan sebagai pembangunan guru dalam profesionnya yang bertujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan sikap mereka sebagai ahli akademik bagi mencapai kecemerlangan untuk memenuhi sepenuhnya keperluan mereka dan masyarakat (Ramaiah, 1992). Mogana (1996) menyatakan keberkesanan pembangunan profesional guru dapat dilihat dalam proses membaiki pengajaran dan pembelajaran.

Perkembangan profesional boleh dilihat sebagai perkembangan dalam aspek penyuburan diri guru dalam pekerjaan mereka, mengukuhkan keyakinan, memupuk kemahiran, mengemaskini pengetahuan secara berterusan, mendalami dan memahami dengan meluas apa yang mereka ajar dan menambah kesedaran tentang sebab mereka perlu berbuat sesuatu di dalam bilik darjah (Perry, 1980). Menurut Kathryn et al. (2008), pembangunan profesional ialah suatu proses yang intensif, berterusan dan bersistematik yang bertujuan untuk meningkatkan pengajaran, pembelajaran dan suasana sekolah. Tambahan lagi, beliau berpendapat bahawa melalui proses ini juga, guru akan diberi peluang untuk meningkatkan ilmu dan skil dalam kandungan dan pengajaran mereka. Dengan peningkatan ini diharap dapat meningkatkan pembelajaran matematik dan sains di semua sekolah di seluruh dunia.

PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Pembangunan modal insan ialah proses pembangunan sumber manusia yang mampu menyumbang secara aktif kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sesebuah negara (Khalijah Mohd Salleh, 2007). Bahkan, menurut Al-Na’miy (1994), manusia sebagai insan yang disempurnakan sifatnya dengan akal, potensi diri dan kemahiran bertujuan untuk memahami, menguasai ilmu dan menonjolkan keupayaan seseorang serta mampu untuk meneroka kehidupannya dan menjauhkan mara bahaya dari menimpanya. Mendapatkan modal insan yang berkualiti sangat diperlukan oleh negara dalam mencapai matlamat negara maju sebagaimana yang disampaikan oleh YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 1 Mei 2006 sempena Perutusan Hari Pekerja yang menegaskan:

(5)

Kalau dilihat sejarah, bagaimana pembangunan modal insan ini pernah berjaya direalisasikan oleh baginda Nabi s.a.w dalam membentuk ummah dan negara. Pembangunan ini telah dimulakan dengan revolusi ilmu yang mencorakkan cara berfikir, tingkah-laku, akhlak, hukum agama, undang-undang dan aturan hidup. Secara kesimpulannya bolehlah dinyatakan bahawa modal insan yang berdaya maju dan mempunyai semangat juang yang tinggi memerlukan kekuatan rohani dan jasmani yang dilandasi kepintaran akal.

CIRI-CIRI GURU YANG PROFESIONAL

Seorang guru yang profesional seharusnya seorang guru yang berilmu (content knowledge), mempunyai kemahiran dan ketrampilan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (pedagogical knowledge and pedagogical content knowledge), mempunyai sahsiah yang boleh menjadi contoh teladan dan ikutan kepada golongan yang dipimpin. Diantara ciri sahsiah yang perlu dimiliki oleh seorang guru ialah peribadi mulia dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk menjayakan apa sahaja program (Md Sani et al., 2008) seperti yang ditunjukkan didalam Rajah 1 dibawah.

(6)

RAJAH 1: MODEL GURU YANG PROFESIONAL

Bahkan guru yang profesional juga seharusnya mempunyai enam konsep berikut iaitu berkemampuan terhadap amalan profesionalisme di dalam bilik darjah, melaksanakan amalan profesional di sekolah, bertingkahlaku secara profesional di dalam bilik darjah dan sekolah, bertanggungjawab untuk meningkatkan profesion, menerima latihan dan pendidikan pembangunan yang profesional dan bertanggungjawab sebagai agen reformasi masyarakat (Robiah, 2002).

CABARAN YANG MEMPENGARUHI GURU DALAM PERKEMBANGAN PROFESIONALISME.

Perkembangan dan cabaran dunia pendidikan yang dinamik masa kini menuntut guru membuat anjakan paradigma yang menyeluruh. Pergolakan dalam bidang pendidikan memerlukan guru meneliti setiap aspek pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan perubahan yang dilakukan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh setiap ahli masyarakat dalam sesebuah institusi pendidikan. Mengikut Sufean Husin (2008) cabaran yang dihadapi oleh guru dalam profesion keguruan dikategorikan kepada cabaran daripada pihak sekolah, cabaran daripada murid, cabaran untuk memenuhi harapan dan jangkaan ibu bapa, cabaran untuk memenuhi harapan dan jangkaan negara, cabaran untuk memenuhi tuntutan perubahan masa dan cabaran dalam diri guru itu sendiri terhadap profesion keguruan.

 Cabaran Daripada Pihak Sekolah

Cabaran daripada pihak sekolah merupakan cabaran utama yang dihadapi oleh guru. Sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan melihat kejayaan sekolah berdasarkan prestasi peperiksaan yang dicapai oleh muridnya. Fenomena ini mencetuskan persaingan akademik dalam kalangan pentadbir sekolah untuk mendapatkan pengiktirafan umum dengan mengarahkan guru mengadakan program akademik seperti kelas tambahan termasuk dalam masa cuti dan menambah bilangan buku rujukan serta menjalankan aktiviti bercorak motivasi untuk menjana kecemerlangan murid dalam peperiksaan. Hal ini memberikan tekanan kepada guru serta menambahkan lagi beban tugas mereka. Sekiranya peratusan kelulusan yang disasarkan tidak dicapai, maka guru akan dianggap sebagai guru yang tidak komited dan kurang berjaya. Selain daripada itu, masalah kekurangan guru, kekurangan prasarana dan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi oleh sesetengah sekolah turut memberikan tekanan kepada guru. Kekurangan tenaga guru menyebabkan guru sedia ada terpaksa memikul tanggungjawab tambahan untuk mengajar mata pelajaran yang bukan opsyennya. Hal ini menyebabkan guru terpaksa mengorbankan masa rehatnya untuk membuat persediaan rapi dengan merujuk kepada bahan pembelajaran mata pelajaran yang bukan opsyennya. Bilangan murid yang ramai, keadaan bilik darjah yang sesak memburukkan keadaan.

(7)

Pengurusan pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah merupakan cabaran kepada guru. Pelbagai kerenah yang dijelmakan oleh murid daripada pelbagai latar belakang, tahap pencapaian dan kebolehan merupakan situasi yang sering dihadapi oleh guru. Kewujudan keperluan yang berbeza dalam kalangan murid merupakan cabaran kepada guru yang menuntut usaha yang lebih daripada pihak guru untuk memahami serta memenuhi kepelbagaian murid serta keperluan mereka. Dalam hal ini, guru perlu mempunyai pengetahuan yang secukupnya dalam aspek memahami keperluan murid serta mempunyai kemahiran pengurusan bilik darjah yang baik supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Guru juga terbeban dengan masalah tingkah laku dan disiplin dalam kalangan murid. Disamping itu juga ditambah lagi dengan masalah murid yang tidak minat untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Ini merupakan masalah yang perlu ditangani oleh guru secara berkesan. Sekiranya masalah ini tidak ditangani dengan berkesan, implikasi terhadap murid bermasalah dan murid lain akan menjadi lebih serius. Dalam hal ini, sokongan daripada ibu bapa dan masyarakat adalah amat diperlukan bagi menangani masalah yang timbul. Masyarakat dan ibu bapa dapat membantu dari aspek pemantauan aktiviti anak-anak mereka di rumah. Kolaborasi di antara pihak sekolah, masyarakat dan ibu bapa sudah tentu akan dapat membantu mengurangkan masalah yang dihadapi oleh guru dalam memberikan pendidikan yang berkualiti.

 Cabaran Untuk Memenuhi Harapan dan Jangkaan Ibu bapa.

Profesion keguruan sentiasa terdedah kepada kritikan masyarakat. Tanggungjawab mendidik seringkali diserahkan sepenuhnya oleh ibu bapa kepada guru. Kehendak ibu bapa yang mahukan guru mendidik anak mereka dan membentuk sahsiah dan keperibadian serta kebolehan intelektual anak mereka merupakan tanggungjawab dan cabaran yang amat berat bagi guru. Ibu bapa juga cepat menyalahkan dan mempertikaikan tindakan guru terutama sekiranya berlaku sesuatu peristiwa yang kurang disenangi di sekolah yang melibatkan anak mereka. Suatu perkara yang amat penting bagi guru ialah mesti mengetahui latar belakang murid dan keluarga, matlamat dan aspirasi ibu bapa terhadap anak mereka bagi membolehkan guru menjalankan tugas mereka dengan lancar dan penuh keyakinan. Selain dari itu, perkongsian dan jaringan pintar serta hubungan yang baik antara ibu bapa dan sekolah perlu dimantapkan supaya proses pendidikan dapat dilaksanakan dengan sempurna dan kurang memberikan tekanan kepada guru.

 Cabaran Untuk Memenuhi Harapan dan Jangkaan Negara

(8)

intelek, jasmani, rohani dan emosi yang menjadi tunjang pendidikan di bawah Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi cabaran yang perlu dihadapi oleh guru dengan penuh tanggungjawab. Cabaran yang dihadapi oleh guru melalui perubahan kurikulum yang bersifat dinamik selaras dengan keperluan semasa menuntut guru untuk melakukan penyesuaian agar segala objektif yang disasarkan melalui perubahan kurikulum akan dapat dicapai. Perubahan secara mendadak boleh memberi tekanan kepada guru.

 Cabaran Untuk Memenuhi Tuntutan Perubahan Semasa

Cabaran utama guru adalah berkaitan dengan keperluan masyarakat dan negara dalam menghadapi era globalisasi dan ekonomi. Hargreaves (2003) menyenaraikan tiga cabaran utama guru dalam era k-ekonomi iaitu: 1) menjadi pemangkin kepada masyarakat berpengetahuan (knowledge society) untuk merealisasikan peluang yang dibawa bersamanya; 2) menjadi pengimbang kepada masyarakat dari ancaman yang dibawa oleh era k-ekonomi; dan 3) menjadi pihak yang dipertanggungjawabkan untuk memenuhi jangkaan dari segi pendidikan dengan menggunakan kos yang minima. Dalam hal ini, bidang pendidikan dan guru adalah diharapkan berfungsi sebagai penyelamat masyarakat. Masyarakat yang berpengetahuan merujuk kepada sistem ekonomi yang dijana melalui aspek kreativiti dan keaslian. Hal ini menyebabkan masa hadapan dan kemakmuran negara bergantung kepada kemahiran tenaga kerjanya (k-worker) yang meliputi aspek menterjemahkan idea yang kompleks, mengambil peluang daripada perkembangan sains dan teknologi serta menyelesaikan masalah yang belum pernah dihadapi. Tambahan pula, golongan k-worker ini diharapkan akan dapat memberikan nilai tambah kepada sebarang bentuk produk dan perkhidmatan yang dihasilkan. Sehubungan itu, sekolah dan guru adalah diharapkan dapat memainkan peranan penting dengan sebaiknya dalam menyediakan murid dengan kualiti tersebut dan memperkembangkan pengajaran tentang kreativiti dan keaslian. Justeru, guru dan sekolah adalah diharapkan akan dapat melahirkan modal insan yang berfungsi untuk kesejahteraan diri dan menyumbang ke arah pembangunan negara.

 Cabaran Dalam Diri Guru Terhadap Profesion Keguruan

Cabaran terbesar yang dihadapi oleh guru ialah untuk memotivasikan diri menjadi pendidik selaras dengan harapan ibu bapa, masyarakat dan negara. Tekanan beban kerja, penghormatan masyarakat terhadap profesion keguruan yang agak hambar serta imbuhan pendapatan yang tidak setanding dengan golongan profesional lain boleh dikaitkan dengan tahap motivasi dalaman guru. Faktor bebanan tugas yang boleh menimbulkan fenomena ‘burn out’ dalam kalangan guru, imbuhan kerja yang kurang menarik dan kekurangan peluang kenaikan pangkat menjadi faktor penolak kepada guru untuk terus kekal dalam profesion yang mulia ini.

(9)

Perkembangan profesional guru sepatutnya mampu membawa perubahan kepada organisasi sekolah dan meningkatkan sistem perguruan. Dalam menghadapi zaman yang teknologinya berkembang dengan begitu pesat dewasa ini, guru harus mempersiapkan diri mereka dengan profesionalisme diri supaya seiring dengan perkembangan zaman.

Secara amnya, usaha-usaha kearah membangunkan modal insan seorang guru dapat dilaksanakan berdasarkan ciri-ciri dan nilai-nilai yang terdapat dalam 10 Prinsip Islam Hadhari (Abdullah Md. Zain, 2007). Diantaranya ialah dengan memperbetulkan dan memperkasakan pengetahuan umat Islam tentang Tasawwur Islam, memperkasakan ketakwaan dan keimanan umat Islam, mempertingkatkan usaha penguasaan ilmu secara meluas, berterusan dan besepadu antara ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah, melahirkan lebih ramai pakar dalam pelbagai bidang dan menggunakan sepenuhnya kepakaran dalam membangunkan negara, menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu dalam semua bidang, memperbanyakkan hasil kajian baru yang boleh dimanfaatkan semua manusia dan menonjolkan peranan ilmuan dan sumbangan mereka kepada pembangunan ummah serta berusaha menjadikan mereka sebagai role model dalam masyarakat yang bertamadun.

Di antara strategi khusus yang membolehkan perkembangan profesionalisma seorang guru dalam membangunkan modal insan mereka termasuklah aktiviti pementoran, melibatkan diri dalam latihan dalam perkhidmatan, kursus dan seminar, amalan refleksi, amalan penyelidikan tindakan, latihan profesional berterusan, perkembangan profesional online dan penglibatan dalam aktiviti Pusat Kegiatan Guru.

 Salah satu cara untuk meningkatkan profesionalisma di kalangan guru ialah sistem

pementoran di sekolah. Sistem pementoran adalah suatu sistem dimana seorang guru yang lebih berpengalaman bertindak sebagai ‘role model’, penasihat dan pembimbing kepada guru lain yang kurang berpengalaman untuk memindahkan perkembangan profesional dan peribadinya. Ini dilaksanakan secara bersahaja dalam suasana kasih sayang di sepanjang waktu (Anderson & Shannon, 1995). Proses pementoran melibatkan pengajaran, bimbingan, memberi galakan, kaunseling dan membina persahabatan dengan guru yang lebih berpengalaman. Guru juga sepatutnya bertanggungjawab bukan sahaja dalam peningkatan profesional guru dibawahnya, malah sepatutnya peningkatan keseluruhan perkembangan guru tersebut. Pada kebiasaannya, seorang guru akan mempunyai seorang atau beberapa orang mentor untuk membimbingnya.

 Konsep belajar seumur hidup memberi peluang kepada guru membaca, menulis dan membuat

(10)

memungkinkan guru di Malaysia dapat berhubungan dan bertukar maklumat. Bukan itu sahaja, kini dengan konsep dunia tanpa sempadan, membolehkan ilmu dan pengalaman dapat sampai ke negara kita dengan cepat. Menurut Mohd Amin (2002), guru-guru bahasa Inggeris sangat bagus dengan dengan penggunaan internet sebagai contohnya ialah VirTEC (Virtual Teacher Education Center) telah berjaya merangsang guru dalam membina profesionalisme mereka.

 Mengadakan program perkembangan staf. Diantara peranan yang dimainkan oleh

perkembangan staf termasuklah memberi sumbangan kepada peningkatan ilmu, ketrampilan dan kepakaran staf, membina semangat berpasukan dan meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Menurut Sani et al. (2008), adalah mustahil untuk meningkatkan keberkesanan sekolah atau menggerakkan profesionalisme guru tanpa program perkembangan staf. Malah, banyak kajian tentang perkembangan staf telah membuktikan bahawa penglibatan melalui aktiviti kerjasama dalam pasukan akan mencetuskan pemikiran dan memberikan perspektif baru yang penting kepada perkembangan profesional staf (Little, 1982).

 Bagi sesebuah negara, untuk mendapatkan pendidikan sesuatu subjek yang lebih baik

mestilah dengan mendapatkan guru yang lebih baik. Pihak kerajaan seharusnya menyusun satu program yang canggih dan tersusun untuk melatih guru-guru secara berterusan seperti Kursus Pendek Kelolaan Maktab (KPKM) dan lain-lain kursus. Sepanjang latihan, guru akan didedahkan dengan kemahiran dalam subjek, mengembangkan kemahiran-kemahiran, memperkaya diri dengan pengetahuan dan trend-trend pengajaran dan pembelajaran. Setelah menghadiri kursus, guru yang pulang ke sekolah masing-masing sepatutnya menjalankan latihan dalaman untuk sekolah masing-masing agar guru-guru lain juga dapat pengetahuan dan kemahiran dalam bidang tertentu seperti pembelajaran bestari, pengajaran matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris, teknologi maklumat dan komunikasi atau bimbingan dan kaunseling.

 Aktiviti-aktiviti dalam ‘Lesson Study’ melibatkan pelajar, guru dan pensyarah dalam

(11)

bertambahnya pelbagai bahan mengajar, ini akan menjadikan proses pengajaran dan pendidikan lebih efisien.

 Pihak pentadbir sekolah perlu menggalakkan amalan reflektif di kalangan guru di sekolah.

Tan et al. (2003) merujuk amalan reflektif dalam perguruan sebagai ‘guru tahu apa yang dilakukannya, mengapa melakukannya dan menilai kesan dari apa yang dilakukan’. Selain itu guru juga dapat mengaplikasikan ilmu berkaitan pendidikan dan penyelidikan dalam membina hipotesis berkaitan dengan keberkesanan sesuatu strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang mana hal ini sangat diamalkan, dinilai dan disemak dari semasa ke semasa. Dr Abd Yusof (2007) melihat amalan reflektif sebagai satu proses ingin tahu terhadap sesuatu secara mendalam dan sentiasa menambah nilai baik terhadapnya. Guru yang berjaya adalah guru yang menjadikan amalan reflektif sebahagian amalan hariannya.

 Pihak sekolah juga sepatutnya mengaktifkan program Bimbingan Rakan Sekerja. Ia adalah

satu program untuk melatih guru yang dapat membantu guru lain disekolah melalui pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi melalui sokongan, perbincangan dan perkongsian amalan pengajaran. Ia juga boleh dikatakan sebagai satu kaedah peningkatan profesional yang dapat meningkatkan mutu pengajaran. Ianya satu program dimana guru berkongsi kemahiran dan menyumbang kepada sokongan dan bantuan untuk belajar skil-skil pengajaran yang baru dan menyelesaikan masalah berkaitan pengajaran (Dalton, 1991). Ia juga dilihat sebagai satu strategi yang sangat baik untuk meningkatkan profesional seorang guru kerana melalui strategi ini guru dapat mengemaskini latihan pengajarannya dan meningkatkan pencapaian pelajar (Joyce et al., 1996). Diantara peranan program ini ialah ia dapat merangsang perkembangan peribadi dan profesionalisme, berkongsi strategi yang berkesan dalam proses pengajaran, memberi peluang untuk membina dan mengguna skil bimbingan dan akhirnya membantu dalam melibatkan diri dalam isu peribadi atau profesional.

 Pihak sekolah dicadangkan membudayakan kerja berkumpulan di sekolah masing-masing.

(12)

 Pihak kementerian atau pihak swasta diharapkan tampil dengan model-model baru dalam

meningkatkan pembangunan profesional guru. Kini, terdapat banyak model baru dari luar negara yang boleh kita ubahsuai dan adaptasikan dengan budaya masyarakat kita. Contoh yang ada sekarang ini ialah Model Kitar Penyelesaian Masalah. Didalam model ini terdapat 3 bengkel yang saling berkaitan untuk guru matematik menyelesaikan masalah matematik. Proses penyelesaian ini akan memberi peluang guru matematik untuk berkongsi pembelajaran, pelan pengajaran dan pengalaman mengajar. Disini guru juga akan memikirkan secara mendalam tentang isi kandungan matematik dan arahan dalam matematik. Guru dan fasilitator akan bekerja bersama untuk memilih matlamat untuk bengkel pembangunan profesional termasuk matlamat untuk silibus matematik dan meninjau latihan pedagogi yang baru (Jacob, 2005). Model ini dianggap sangat penting dalam membina profesional guru. Ini adalah kerana dalam membina masyarakat yang produktif dan bersaing dalam dunia yang semakin mencabar, pelajar sangat memerlukan penerapan ilmu matematik yang berkesan. Ilmu tentang matematik sangat besar peranannya dalam pembentukan diri pelajar dimasa akan datang.

 Strategi-strategi lain yang boleh digunakan juga dalam meningkatkan profesionalisme guru

ialah dengan menetapkan laluan kerjaya untuk guru-guru dan mengenalpasti guru yang boleh dilantik sebagai guru cemerlang dan memastikan guru lebih komited kepada matlamat dan nilai organisasi masing-masing.

KESIMPULAN

(13)

sekarang supaya menjadi role model kerana setakat ini kita belum mempunyai contoh untuk diketengahkan. Mari kita ulang sejarah Muhammad Al-Fateh yang ketika umurnya 21 tahun di Turki telah mampu membina empayar yang menundukkan kuasa besar di kota Konstantinopel. Inilah bukti kebenaran yang dibawa oleh sistem pendidikan yang mendewasakan roh dan akal selari dengan kedewasaan fitrah dan fizikal manusia. Kalaulah di usia muda manusia mampu melakukan tanggungjawab yang besar, apatah lagi jika mereka telah mencapai usia yang lebih dewasa. Sudah tentulah berbagai kejayaan lagi dapat mereka cetuskan. Perkembangan profesional guru ini sangat penting kerana gurulah yang mendidik anak bangsa kita. Harus diingat bahawa pendidikan itu adalah nyawa, roh dan nadi pada sesuatu bangsa dan negara. Identiti sesuatu bangsa ditentukan oleh pendidikan. Ertinya pendidikanlah yang akan menentukan maju atau mundurnya sesuatu bangsa, bertamadun atau tidak, berani atau penakut, bersatu atau berpecah, berjiwa besar atau kecil dan ada cita-cita atau tidak. Pendidikan jugalah yang akan menentukan hala tuju sesuatu bangsa di sesebuah negara samada bangsa itu menjadi satu bangsa yang baik atau jahat, lembut atau kasar, bangsa yang individunya memikirkan diri sendiri atau memikirkan bangsa, agama dan negaranya. Perkembangan profesionalisme guru secara berterusan adalah aspek yang tidak patut diabaikan oleh pentadbir institusi pendidikan termasuk sekolah. Ianya perlu dijadikan sebagai aktiviti wajib dalam usaha untuk menginstitusikan konsep pembangunan sumber manusia. Sekiranya aspek ini tidak dititikberatkan ia akan menjejaskan profesion perguruan. Di Malaysia, program perkembangan profesionalisme untuk guru-guru belum lagi merupakan program yang telah diinstitusikan diperingkat sekolah. Kegagalan dalam perkembangan profesional mendatangkan banyak kelemahan seperti kekurangan kemahiran yang nanti akan mempengaruhi pengajaran guru. Diharapkan kajian ini dapat memberikan sedikit gambaran tentang langkah-langkah yang dapat diambil oleh semua pihak dalam meningkatkan perkembangan profesionalisme para guru.

RUJUKAN

Abdullah Md Zain. (2007). Ulul Albab: Pendekatan Islam Hadhari kea rah melahirkan modal insan terbilang. Kertas Kerja Seminar Ulul Albab. Anjuran JAKIM. Kuala Terengganu, 21 September 2006.hal 40.

Anderson, E.M and Lucasse Shannon A. (1995). ‘Towards a conceptualization of mentoring’ in Issues in Mentoring, London: Routledge,Open University.

Atkinson,T. (1996). ‘Teacher mentors and student-teachers: what is transmitted?’ in Claxton,G. Liberating the Learner-Lessons for Professional Development in Education, London: Routledge.

(14)

Boon, P. Y. (2002). Amalan Reflektif Kearah Peningkatan Profesional Guru. Journal IPBA/Jilid 3 : Bil 2.

Borko, H & Putnam, R. (1998). Profesional development and reform-based teaching. Teaching and Teacher Education, 14(1), 1-3.

Desimone, L; Porter, L, Garet, M. (2001). Features of profesional development that improve teacher’s instruction : Results from a 3-year longitudinal study, U.S Department of Education: US. Dr Abd Yusof. (2007). Guru dan kepentingan amalan reflektif: satu kajian kes. Journal Akademik,

Institut Perguruan Kota Bharu. Jilid 13.

Edward, A and Collison, J.(1996). Mentoring and Developing Practice in Primary Schools. Buckingham: Open University Press.

Effandi Zakaria, Norazah Nordin & Sabri Ahmad. (2007). Trend pengajaran dan pembembelajaran matematik. Kuala Lumpur : Utusan Publications.

Fullan,M . (1982). The meaning of educational change. New York. Teachers College Press.

Hamid Fahmy Zarkasyi. (1990). Pemikiran Al-Ghazali tentang pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

H,Wu. (1999). Profesional Development of Mathematics Teacher, Vol 46, Number 5

http://math.berkeley.edu/-wu-Ishak Saat. (2009). Pendidikan Negara Bangsa Malaysia. Shah Alam: Karisma Publications Sdn Bhd. Kathryn Chuah. (2008). Science & Mathematics Teachers Experiences, Needs and Expectations.

Eurasia Journal of Mathematics, Science & Teaching Education, 4(1), 31-43

Kelchtermans,G. (1993). Teachers and their career story: ‘a biographical perspective in professional development’ in Christopher, D. Research On Teacher Thinking : Understanding Professional Development, London: The Falmer Press (198-217).

Khalijah Mohd Salleh. (2007). Pemikiran dalam pembangunan modal insane. Kertas kerja wacana Hadhari siri kedua. Anjuran Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi, 20 November 2007.

Laila Hairani. (1998). The Roles of English Language College Tutors In the School-Based Teaching Practicum : A Case Study in Malaysia, unpublished M.Ed.dissertation,University of Bristol. Laila Hairani. (2000). The impact of mentoring on teacher’s professional development. Journal

Pendidikan Tiga ENF, Jilid 2: Bil 4. K.L: Institut Perguruan Bahasa Antarabangsa.

Leikin,R & Winicki-Landman, G. (2001). Defining as a vehicle for professional development of secondary school mathematics teachers, Mathematics Teacher Education & Development, 3,62-73.

Little, J.W. (1982). ‘Norms of Collegiality and Experimentation: Workplace conditions of school success.’ Educational Research Journal, 19, 3 pg 325-340.

(15)

Md Sani Ibrahim & Zuraidah Majid. (2002). Perkembangan Profesion Guru: Satu tuntutan dan satu kemestian. Kertas dibentang di UPSITEC 2002.

Mogana Dhamotheran .1996. Open learning system for the continuing education of teachers in Malaysia. Journal Pendidikan Universiti Malaya. No 17, 65-79.

National Joint Committee on Learning Disabilities .2000. Profesional Development for Teachers. ASHA Supplement, 20, 37-41. Rockville, MD: America Speech Language Hearing Association.

National Joint Committee on Learning Disabilities. (2000). ‘Learning Disabilities: Preservice Preparation of General and Special Education Teachers’.

Nik Azis Nik Pa. (2008). Isu-isu kritikal dalam pendidikan matematik. K.L: Penerbit UM.

Ramaiah, A.L. (1992). Kepimpinan pendidikan cabaran masa kini. Petaling Jaya: IBS Buku Sdn Bhd. Robiah Sidin. (2002). Konsep Guru Profesional. Prosiding Seminar Kebangsaan Profesion Perguruan.

Bangi: Penerbitan Fakulti Pendidikan, UKM.

Sabri Ahmad, T. Zawawi T. Zainal & Aziz Omar. (2006). Isu Dalam Pendidikan Matematik. K.L : Utusan Pub.

Siemon, D.E. (1989). School Mathematics: The challenge to change. Geelong, Victoria Australia : Deakin University Press.

Suffean Husin. (2008). Pendidikan di Malaysia: sejarah, sistem, dan falsafah. Edisi 2. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tajul Ariffin & Noraini Dan. (2002). Pendidikan dan pembangunan manusia: pendekatan bersepadu. Selangor: Penerbit As-Syabab Media.

Tan, Parsons, Hinson & Sardo-Brown. (2003). Educational Psychology : A Practitioner Reseacher Approach. United Kingdom: Thompson.

Referensi

Dokumen terkait