• Tidak ada hasil yang ditemukan

HUBUNGAN ANTARA KEMAHIRAN GURU DAN KEMUD

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "HUBUNGAN ANTARA KEMAHIRAN GURU DAN KEMUD"

Copied!
30
0
0

Teks penuh

(1)

BAB SATU

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam meningkatkan mutu sistem pendidikan Malaysia. Kerajaan telah membelanjakan sejumlah peruntukkan yang besar dalam melengkapkan infrastruktur sesebuah sekolah seperti kemudahan komputer dan internet yang boleh digunakan oleh guru-guru bagi tujuan pengajaran.

Kaedah pengajaran sebegini bukan sahaja dapat melicinkan dan memaksimakan perkembangan pembelajaran dari segi kemahiran pemikiran yang tinggi, tetapi juga memajukan lagi kepelbagaian kebijaksanaan melalui mata pelajaran yang dipelajari (Hamizer,1997). Oleh itu, dasar-dasar pendidikan negara dikaji dari semasa ke semasa bagi memastikan kurikulum pendidikan selari dengan perkembangan pesat terutama dalam bidang teknologi.

Sehubungan itu, TMK telah mula diperkenalkan di sekolah rendah bermula tahun 1999. Dalam merealisasikan hasrat kerajaan ini, pihak sekolah terutama guru-guru memainkan peranan yang penting sebagai pelaksana. Maka, kursus-kursus yang berkaitan juga telah ditawarkan oleh pentadbir sekolah atau Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) bagi menambahkan kemahiran guru dalam melaksanakan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran.

(2)

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 anjakan ke-7 menekankan penggunaan TMK dalam meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia selari dengan pembelajaran abad ke-21. Guru memainkan peranan yang penting dalam misi untuk menjayakan segala rancangan PPPM bagi melahirkan pelajar yang berkemahiran dalam bidang teknologi. Oleh itu, penyebaran dan penyampaian maklumat secara berkesan perlu ditekankan kepada pelajar dan guru tidak boleh mengambil sikap sambil lewa dalam pelaksanaannya.

Setiap pelajar adalah berbeza antara satu sama lain. Tidak semua pelajar dapat menerima dengan baik apa sahaja yang diajar oleh guru kepada mereka. Dalam pengajaran menggunakan pendekatan tradisional, ramai guru mengandaikan bahawa setiap pelajarnya mampu menerima apa sahaja ilmu yang disampaikan oleh guru (Nor Zaira Razali, Zolkefli Bahador dan Mohd Kasri Saidon, 2016). Pada hakikatnya, setiap pelajar mempunyai pendekatan yang berbeza dari segi penerimaan ilmu, cara belajar, tumpuan terhadap pelajaran dan sebagainya.

Dalam pembelajaran abad ke-21, komunikasi antara pelajar dengan pelajar dan komunikasi pelajar dengan guru adalah penting. Pelajar perlu berani dalam menyampaikan idea mereka untuk dikongsi bersama rakan-rakan. Salah satu teknik untuk komunikasi yang berkesan semasa proses pengajaran dan pembelajaran adalah melalui aplikasi teknologi komputer. Namun, sejauh mana guru-guru menyedarinya manfaat kemudahan teknologi komputer yang ada dan sejauh mana inisiatif guru-guru dalam memperbaiki kemahiran mereka menggunakan teknologi komputer.

1.3 Objektif Kajian

(3)

1. Tahap kemahiran TMK guru sekolah rendah di Zon Kulim.

2. Tahap kemudahan infrastruktur TMK yang disediakan di sekolah rendah Zon Kulim. 3. Tahap kekerapan guru dalam melaksanakan TMK dalam pengajaran dan

pembelajaran.

4. Perbezaan tahap kekerapan penggunaan TMK dalam kalangan guru berdasarkan jantina.

5. Perbezaan tahap kekerapan penggunaan TMK dalam kalangan guru berdasarkan kumpulan umur.

6. Hubungan antara tahap kemahiran TMK guru dengan tahap kekerapan penggunaan TMK dalam kalangan guru.

7. Hubungan antara tahap kemudahan infrastruktur TMK yang disediakan dengan tahap kekerapan penggunaan TMK dalam kalangan guru.

1.4 Soalan Kajian

Secara khususnya kajian ini berhasrat untuk menjawab soalan-soalan berikut: 1. Apakah tahap kemahiran TMK guru sekolah rendah di Zon Kulim?

2. Apakah tahap kemudahan infrastruktur TMK yang disediakan di sekolah rendah Zon Kulim?

3. Apakah tahap kekerapan guru dalam melaksanakan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran?

4. Adakah terdapat perbezaan tahap kekerapan penggunaan TMK dalam kalangan guru berdasarkan jantina?

(4)

6. Adakah terdapat hubungan antara tahap kemahiran TMK guru dengan tahap kekerapan penggunaan TMK dalam kalangan guru?

7. Adakah terdapat hubungan antara tahap kemudahan infrastruktur TMK yang disediakan dengan tahap kekerapan penggunaan TMK dalam kalangan guru?

1.5 Hipotesis Kajian

Berdasarkan soalan kajian di atas, beberapa hipotesis nol dibentuk untuk diuji pada paras signifikan 0.05, iaitu;

1. H01: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kekerapan penggunaan TMK dalam kalangan guru berdasarkan jantina.

2. H02: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kekerapan penggunaan TMK dalam kalangan guru berdasarkan kumpulan umur.

(5)

4. H04: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kemudahan infrastruktur TMK yang disediakan dengan tahap kekerapan penggunaan TMK dalam kalangan guru.

1.6 Kerangka Konseptual Kajian

Kerangka konseptual bagi kajian ini adalah seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1.1 di bawah:

Rajah 1.1: Kerangka Kajian KEMAHIRAN GURU

MENGGUNAKAN TMK

Kekerapan Penggunaan TMK dalam Pengajaran dan

Pembelajaran KEMUDAHAN

(6)

Kerangka konseptual kajian ini dibina berdasarkan kepada Zainudin et. al. (2011) yang menyatakan bahawa pengintegrasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) dewasa ini amat penting supaya proses menimba ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap yang positif dapat dipermudahkan. Kemahiran positif yang dimaksudkan ialah setiap guru perlulah menguasai kemahiran asas TMK atau literasi komputer seperti kemahiran menggunakan pemprosesan kata, membina persembahan elektronik, mengakses internet, mengendalikan media elektronik dan menggunakan sistem rangkaian komputer.

Selain itu, kerangka konseptual kajian ini juga dibina berdasarkan kepada Bayrei (2008) yang menyatakan bahawa proses pengintegrasian TMK dalam PdP memerlukan prasarana yang mencukupi seperti kemudahan makmal komputer, peralatan berkaitan dengan penggunaan TMK serta penyediaan dan penyelenggaraan komputer yang mencukupi dan lancar.

1.7 Kepentingan Kajian

(7)

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk dijadikan panduan kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dalam memurnikan lagi perancangan dan pelaksanaan program latihan kepada guru-guru pada masa yang akan datang untuk memantapkan lagi kemahiran mereka dalam berkomputer. Selain itu, kajian ini juga boleh dijadikan panduan kepada pihak pentadbir dalam mengatasi pelbagai masalah yang melibatkan penggunaan dan pengurusan TMK di sekolah di samping merangka langkah-langkah penambahbaikan ke atas pengurusan TMK sedia ada.

Selain menjadi panduan kepada pihak KPM, JPN, PPD dan pihak sekolah, kajian ini juga boleh dijadikan panduan kepada mana-mana pihak Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) atau syarikat swasta yang merancang untuk berkerjasama dengan badan kerajaan sepertimana kerjasama antara YTL Communications Sdn. Bhd. yang menjadi rakan teknologi rasmi KPM bagi projek 1BestariNet yang mendapat liputan internet yang luas daripada syarikat rangkaian Yes 4G.

1.8 Batasan Kajian

(8)

Sehubungan itu, kajian ini hanya akan dijalankan pada Sekolah Rendah sahaja di Zon Kulim. Kajian ini melibatkan seramai 120 orang responden melalui penyelidikan kuantitatif. Bagi mendapatkan maklumat mengenai tahap kemahiran guru mengendalikan TMK, kemudahan infrastruktur yang disediakan di sekolah dan kekerapan guru menggunakan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran, satu set borang soal selidik disediakan dan digunakan. Soal selidik tersebut diberikan kepada 120 orang guru sekolah rendah di Zon Kulim dan hasil soal selidik yang direspon oleh responden di kaji menggunakan teknik analisis dokumen menggunakan perisian IBM SPSS Statistic 20 bagi mengukuhkan lagi dapatan kajian.

1.9 Definisi Operasional

Dalam kajian ini, definasi operasional yang digunakan adalah seperti kemahiran guru menggunakan TMK, kemudahan infrastruktur yang disediakan di sekolah dan kekerapan penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran.

(9)

Manakala kemudahan infrastuktur membawa maksud struktur asas sesuatu organisasi, sistem dan sebagainya. Kemudahan infrastruktur TMK pula boleh dimaksudkan sebagai pembinaan kemudahan komputer. Kemudahan komputer ini akan menjadikan sesuatu pelaksanaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran ini akan berjaya.

Bagi definisi operasional kekerapan penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran pula membawa maksud menggunakan TMK secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, semakin kerap kali seseorang guru menggunakan TMK, semakin cekap guru tersebut mengendalikan peralatan teknologi. Situasi ini membolehkan seseorang guru mengetahui cara mengintegrasikan TMK mengikut kesesuaian tahap penguasaan pelajar mengikut topik yang hendak diajar.

1.10 Rumusan

(10)

BAB DUA

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan

(11)

teori daripada beberapa penulis dan tokoh yang berpengalaman berkaitan dengan amalan penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan murid sekolah rendah.

Bagi menjalankan sesuatu kajian, seseorang penyelidik perlulah membuat tinjauan literatur ini bagi memahami bidang kajian mereka dengan lebih mendalam. Tinjauan literatur ini juga dapat memberikan dapatan-dapatan kajian lama dan baru, persoalan-persoalan kajian yang belum terjawab, alat-alat kajian baru yang boleh dijadikan panduan untuk penerokaan sesuatu ilmu yang baru. Antara sumber literatur yang boleh dirujuk oleh penyelidik sebelum menulis sesuatu kajian ialah seperti Jurnal Pendidikan daripada universiti tempatan mahupun luar negara, tesis kajian lepas, laporan akademik, ensiklopedia pendidikan, laporan penyelidikan Kementerian Pelajaran Malaysia dan bahan-bahan dari internet.

2.2 Definisi dan Konsep TMK

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) merupakan teknologi yang diperlukan bagi tujuan pemprosesan data. Ia melibatkan penggunaan komputer dan perisian bagi mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

Teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan pengaliran sesuatu maklumat menjadi sangat pantas. Secara umumnya, teknologi maklumat tidak terhad kepada internet dan komputer sahaja malah ia juga melibatkan televisyen, telefon rumah, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada pengguna.

(12)

perantaraan teknologi maklumat kepada penerima. Terdapat 3 fasa asas yang penting dalam penggunaan teknologi maklumat. Fasa pertama ialah mengumpul maklumat. Contohnya, pengguna menggunakan komputer untuk merekod bunyi, imej dan sebagainya. Fasa kedua pula ialah memanipulasikan maklumat dan proses semula bunyi dan imej. Bagi fasa terakhir ialah berkomunikasi yang menjelaskan bagaimana teknologi digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.

2.3 Teori-teori TMK

Terdapat beberapa teori yang menyokong usaha penyelidik untuk menjalankan kajian yang melibatkan penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Antara teori yang sering menjadi rujukan ialah Teori Resapan Inovasi yang dipelopori oleh Everett M. Rogers. “Resapan” merupakan proses di mana sesuatu inovasi dihubungkan melalui saluran-saluran tertentu mengikut masa dalam kalangan ahli-ahli dalam sesebuah sistem sosial (Rogers, 1983). Teori ini digunakan dalam kajian bagi melihat tahap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru dan faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan mereka untuk menggunakan komputer dalam PdP.

Bagi Robertson (1998) berpendapat bahawa pada hari ini, TMK digunakan dalam hampir semua aspek kehidupan dan pengaruhnya dijangkakan akan membawa impak yang lebih besar terhadap dunia akan datang.

(13)

tentang nilai, kesesuaian serta impak dari maklumat sebagai sumber pengetahuan adalah suatu kepastian (Carta & Monaco, 1987).

2.4 Kajian-kajian Tentang TMK

Beberapa kajian berkaitan Teori Resapan Inovasi yang dipelopori telah oleh Everett M. Rogers telah dikenal pasti oleh penyelidik. Antaranya ialah kajian oleh Tricia Lim (1999) yang menggunakan Teori Resapan Inovasi bagi mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan individu sama ada untuk menolak atau menerima penggunaan komputer. Salah satu contoh faktor yang mempengaruhi keputusan pengguna ialah pengetahuan tentang komputer.

Bagi Afifah Hamzah (2005) pula, beliau menggunakan teori ini untuk mengenal pasti faktor lain yang turut mempengaruhi penerimaan komputer seperti adanya galakan daripada pihak pentadbiran, penyediaan kemudahan komputer yang mencukupi dan juga sokongan daripada rakan sekerja.

(14)

strategi bagi menyokong proses pengajaran dan pembelajaran dalam era teknologi informasi terkini.

2.5 Definisi dan Konsep Pengetahuan Dan Kemahiran TMK

Teknologi Maklumat dan Komunikasi pada masa kini bukanlah benda yang asing bagi masyarakat di Malaysia. Boleh dikatakan hampir keseluruhan bidang kerja adalah menggunakan teknologi komputer ini. Bidang pendidikan juga tidak terkecuali dalam menjalankan peranan sebagai pelaksana teknologi.

Penggunaan TMK mempunyai hubungan dalam pelbagai bidang kecerdasan atau

multiple-intelligences yang mencorakkan budaya pembelajaran yang tidak terikat lagi dengan kaedah konvensional. Kecekapan dan kemahiran komputer dalam pengajaran merupakan satu kebolehan yang dikaitkan dengan kecerdasan, perkembangan kognitif, kreativiti dan inovasi, reka cipta, reka bentuk, visual, pembelajaran maya dan sebagainya.

2.6 Teori-teori Pengetahuan Dan Kemahiran TMK

(15)

Dalam pengenalan kepada inovasi TMK dalam pengajaran dan pembelajaran, guru memainkan peranan yang penting dalam melahirkan masyarakat yang bermaklumat dan berfikiran secara global. Oleh itu, wajarlah bagi seorang guru mempunyai perkembangan yang baik dari segi ilmu dan pengalaman mereka. Inovasi ini hanya dikatakan berjaya sekiranya guru-guru telah dapat menerima dan mengaplikasikannya. Menurut Giesert & Futrell (1990), menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran adalah menggambarkan seseorang guru itu mempunyai kelebihan bakat serta kemahiran. Bagi Gan (1991) pula menyatakan bahawa penggunaan komputer akan dipraktik oleh guru sekiranya mereka berasa selesa dan yakin dengan komputer. Oleh yang demikian, sikap dan sokongan padu dalam kalangan guru amat penting dalam menentukan kejayaan program teknologi pendidikan (Woodrow, 1992).

Sesetengah guru beranggapan bahawa inovasi dalam pengajaran termasuk TMK adalah sebagai membebankan, banyak kerja dan tenaga (Fullan, 1996). Mereka berandaian bahawa TMK ini tidak membantu dan melambatkan proses untuk menghabiskan sukatan yang telah ditetapkan. Guru-guru lebih senang menggunakan kaedah tradisional dan menganggap kaedah ini lebih berkesan berbanding penggunaan teknologi.

Namun, dalam kajian yang lain pula mendapati bahawa lebih 80% guru-guru sekolah mempunyai persepsi yang positif terhadap penggunaan TMK dalam profesion mereka (Wan Mohamad Wan Ibrahim et. al., 2002). Kebanyakan daripada mereka berminat untuk belajar TMK dan merasakan bahawa TMK dapat membantu mereka mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang lebih luas.

(16)

yang dimiliki. Latihan yang dimaksudkan di sini ialah kursus TMK yang telah ditawarkan oleh pihak sekolah atau PPD kepada guru. Oleh itu, sama ada kursus dalam perkhidmatan ataupun kursus semasa dalam program pendidikan, kedua-duanya amat berguna dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran TMK guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

2.7 Kajian-kajian Tentang Pengetahuan Dan Kemahiran TMK

Kajian yang dilakukan oleh Sandra Rahman, Abu Bakar Nordin dan Norlidah Alias (2013) menunjukkan hanya 47% responden menggunakan perisian komputer untuk menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran dan 57% responden sentiasa mencari maklumat dengan menggunakan internet, mahir menggunakan CD interaktif serta sering guna LCD bagi tujuan pengajaran. Kajian ini dijalankan dalam kalangan guru prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kajian berikutnya dijalankan oleh Hasnuddin Ab Rahman, Norfaizuryana Zainal dan Nor Azzarahton Ab Karim (2015) menunjukkan 50% responden mengetahui fungsi perisian komputer pemprosesan data (MS Word) dan 50% juga mengetahui fungsi perkakasan komputer seperti Unit Pemprosesan Pusat (CPU).

(17)

2.8 Definisi dan Konsep Kemudahan Infrastruktur dan Kebolehcapaian TMK

Salah satu faktor utama yang mempengaruhi kejayaan penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran adalah faktor kemudahan TMK di sekolah. Kemudahan dalam kajian ini adalah merujuk kepada pengintegrasian teknologi komputer dan teknologi komunikasi yang digunakan untuk penyebaran, memperoleh dan menyimpan maklumat seperti komputer, telefon, satelit, modem dan perkakasan serta perisian yang menjalankan fungsi penyebaran maklumat yang dikawal oleh komputer.

Di sekolah, kemudahan TMK ini dikumpul dan diletakkan dalam satu kawasan yang khas seperti makmal komputer. Kebiasaannya, makmal komputer digunakan untuk mempelajari sesuatu yang memang memerlukan penggunaan komputer dan hanya boleh digunakan oleh sebilangan kecil pelajar sahaja pada satu masa. Secara ringkasnya, makmal komputer digunakan khas untuk mata pelajaran yang berkaitan dengan TMK. Faktor ini juga sebenarnya yang menyebabkan guru-guru menyatakan bahawa penggunaan TMK dalam PdP tidak boleh dijalankan pada setiap masa bagi mengelakkan sebarang pertindihan waktu penggunaan makmal komputer di sekolah.

2.9 Teori-teori Kemudahan Infrastruktur dan Kebolehcapaian TMK

(18)

Bagi Cox et. al. (1999) pula menyatakan bahawa kekerapan penggunaan TMK secara konsisten dapat meningkatkan keyakinan dan membentuk sikap yang positif dalam kalangan guru terhadap pengajarannya. Oleh yang demikian, masalah kekurangan dan kelemahan kemudahan perlu di atasi dengan baik. Jika tidak di atasi dengan baik, maka ianya akan merendahkan lagi motivasi dan sikap positif guru terhadap pengajaran yang berasaskan kepada TMK dalam jangka masa yang panjang.

2.10 Kajian-kajian tentang Kemudahan Infrastruktur dan Kebolehcapaian TMK Menurut kajian oleh Roslaili Awang Nik (2007) telah membuktikan bahawa tahap penggunaan TMK guru pelatih semasa latihan mengajar dipengaruhi oleh tahap kemudahan yang terdapat di sekolah. Guru-guru pelatih ini menyatakan bahawa mereka sukar untuk menggunakan kemudahan TMK ini kerana sistem yang sedia ada tidak lengkap dan lain-lain kekurangan terutamanya yang melibatkan kewangan, masa dan proses perlaksanaanya semasa ingin mengajar di dalam kelas.

(19)

2.11 Kajian-kajian Yang Mengaitkan Antara Kemahiran TMK dan Kemudahan Infrastruktur TMK Dengan Kekerapan Penggunaan TMK

Terdapat beberapa kajian yang mengaitkan antara kemahiran TMK guru dan kemudahan infrastruktur TMK dengan kekerapan penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. TMK tidak hanya meliputi kepada penggunaan komputer sahaja. Ia merupakan medium yang luas dan boleh digunakan dalam mana-mana bidang mengikut kesesuaian. Penyelidikan berkaitan penggunaan TMK ini tidak semestinya dari golongan guru semata-mata, malah ia juga melibatkan para pelajar terutama di institusi pengajian tinggi.

Contohnya seperti kajian yang dilakukan oleh Shamsiah Sidek dan Azman Hasan (2015) yang bertajuk ‘Kebolehan Guru-guru Mata Pelajaran Geografi Menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah Menengah Malaysia’. Dalam kajian ini, matlamat penyelidik ialah ingin membina satu Model Standard kompentensi TMK guru bagi sekolah-sekolah menengah di Malaysia.

Berbeza dengan Noor Zubaidah Zainol Abidin yang membuat kajian yang bertajuk ‘Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web’. Kajian beliau dijalankan ke atas pelajar pusat pengajian tinggi iaitu pelajar dari semester 5 dan 6 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Ekonomi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Noor Zubaidah Zainol Abidin membuat kajian ini dengan berdasarkan kepada Heinich dan Robert (1996) yang menyatakan kemahiran dalam penggunaan TMK merupakan suatu keperluan untuk bakal guru yang akan berkhidmat di sekolah-sekolah.

(20)

Bandar di Daerah Kulai Jaya, Johor’ membincangkan faktor-faktor halangan kepada penggunaan TMK dalam PdP. Salah satu faktor halangan yang dinyatakan oleh beliau ialah faktor kemudahan TMK di sekolah.

2.12 Analisis Jurang Kajian-kajian Yang Lalu

Dalam usaha untuk merapatkan jurang antara lokasi, guru dan pelajar, penggunaan TMK telah diperluaskan di semua sekolah bagi membolehkan semua pihak mendapat keistimewaan yang sama. Pembelajaran yang berkesan adalah dari usia kanak-kanak lagi yang akan membentuk satu asas pembelajaran yang kukuh dan mantap bagi membantu mereka untuk meneruskan pembelajaran di peringkat yang lebih tinggi (Sharifah Nor, 2002).

Menurut kajian daripada Sandra Rahman et. al. (2013) menyatakan bahawa 47% daripada responden kajian beliau menggunakan perisian komputer untuk menyediakan bahan PdP sementara 57% pula sentiasa mencari maklumat dengan menggunakan internet. Ini menunjukkan guru mempunyai kebolehan dalam menggunakan komputer tetapi mereka tidak yakin untuk menggunakannya dalam proses PdP. Namun, bagi Dinyati (2011) pula menyatakan bahawa kemahiran menggunakan TMK dan masalah-masalah penggunaan TMK dalam kalangan guru adalah berada pada tahap sederhana. Ini kerana terdapat perbezaan kemahiran guru-guru berdasarkan jantina dan umur tetapi tidak ada perbezaan dari segi lokasi.

(21)

begitu, sekolah di luar bandar juga telah mempunyai kemudahan infrastruktur TMK yang mencukupi. Namun, faktor utama yang menghalang kepada penggunaan TMK guru juga adalah disebabkan oleh persekitaran luaran atau sifat-sifat peribadi guru itu sendiri termasuk kepercayaan, nilai dan sikap yang dirasai mungkin untuk mempengaruhi mereka menggunakan TMK dalam bilik darjah (Adoh, 2012; Adin & Abdullah & Ali, 2006).

2.13 Rumusan

Secara rumusannya, melalui kajian-kajian yang dibaca oleh penyelidik ini diharap dapat menambahkan kefahaman penyelidik dalam meneruskan kajian ini dengan lebih mendalam. Melalui kajian-kajian lepas, penyelidik boleh memahami sebab sesuatu kajian masih terus dijalankan walaupun telah banyak penyelidik yang membuat kajian sebegini. Menurut D.N. & Beile, P. (2005), objektif tinjauan literatur adalah membezakan apa yang telah dikaji daripada apa yang perlu dikaji, menemui pemboleh ubah yang relevan dengan tajuk penyelidikan yang baru dan menggabungkan bahagian-bahagian penulisan pelbagai bahan rujukan yang berasingan dan mendapat perspektif baru dalam topik yang sama.

(22)

BAB TIGA

METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENDAHULUAN

Metodologi merupakan prosedur yang sistematik yang menggabungkan penyesuaian pendekatan kajian serta analisis data yang sealiran dengan peraturan tersendiri bagi memastikan prestasi kajian penyelidikan dapat dicapai dengan baik dan sempurna (Othman Mohamed, 2001). Sehubungan itu, dalam bab ini penyelidik akan membincangkan secara terperinci berkenaan dengan reka bentuk kajian yang dijalankan, populasi dan persampelan yang terlibat, alat ukur kajian (instrumen kajian), kesahan dan kebolehpercayaan melalui ujian rintis, prosedur yang perlu dipatuhi semasa proses memungut data serta prosedur yang perlu dilaksanakan semasa proses menganalisis data.

3.2 REKA BENTUK KAJIAN

(23)

dikaji. Sehubungan itu, penyelidik telah memilih kajian berbentuk deskriptif yang bertujuan untuk untuk meninjau dan meneroka sumber ralat dalam pengukuran kajian. Tinjauan telah dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian bagi memperoleh maklumat daripada responden.

Selain menggunakan kajian penyelidikan deskriptif, penyelidik juga telah memilih reka bentuk Tinjauan Rentasan. Tinjauan rentasan digunakan bagi mengenal pasti hubungan antara kemahiran guru menggunakan TMK dan kemudahan infrastruktur yang disediakan di sekolah dengan kekerapan penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Reka bentuk ini dipilih kerana melalui kajian ini, penyelidik dapat mengumpul data pada satu masa sahaja. Kaedah pengumpulan data yang dimaksudkan ialah borang kaji soal selidik yang menggunakan skala Likert.

3.3 POPULASI DAN PENSAMPELAN

(24)

Menurut data daripada JPN Kedah, terdapat 48 buah sekolah rendah dengan bilangan guru seramai 2 810 orang yang terdapat di Zon Kulim. Terdapat sebuah sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah berprestasi tinggi, dua buah sekolah kluster kecemerlangan, 24 buah sekolah kategori bandar dan 22 buah sekolah lagi kategori luar bandar. Namun, responden yang terlibat dalam kajian penyelidik ialah 120 orang. Maka, jumlah sampel yang terlibat adalah 92 sampel. Penetapan jumlah sampel kajian ini adalah menggunakan formula yang dibina oleh Robert V. Krejcie dan Daryle W. Morgan (1970).

3.4 ALAT UKUR KAJIAN (INSTRUMEN KAJIAN)

Bagi mengukur tahap kemahiran guru menggunakan TMK, alat ukur Tahap Kemahiran ICT dalam Kalangan Pelajar Semester 5 dan 6 Program Pendidikan Ekonomi oleh Low Johan, Muhamad Rezuali Hassanuddin, Yang Shahrin Ab Aziz dan Adnan Kadir (2009) telah digunakan. Alat ukur ini mengandungi 32 item dan 4 dimensi. 4 dimensi tersebut ialah Bahagian A berkaitan Maklumat Demografi responden, Bahagian B berkaitan Penilaian Tahap Latihan Penggunaan ICT, Bahagian C berkaitan Penilaian Tahap Kekerapan Penggunaan ICT dan Bahagian D berkaitan Penilaian Tahap Keberkesanan Subjek ICT Yang Ditawarkan.

(25)

3.5 UJIAN RINTIS (PILOT TEST)

Fraenkel dan Wallen (1996) menyatakan bahawa kajian rintis ialah cubaan kajian yang dibuat secara kecil bagi tujuan mengenal pasti kelemahan item kajian dan tatacara kajian. Oleh sebab itu, item soal selidik telah diubah suai daripada borang soal selidik yang asal. Sehubungan itu, satu ujian rintis telah ditadbir oleh penyelidik bagi menguji kefahaman responden terhadap item-item yang dikemukakan, kesahan item dan kebolehpercayaan item berkenaan.

Responden ujian rintis ini adalah terdiri daripada 120 orang guru sekolah rendah di Zon Kulim. Guru yang terlibat adalah dari populasi yang sama tetapi bukan responden kajian sebenar. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 20 bagi menguji kesahan dan kebolehpercayaan item dengan menggunakan pekali ‘alpha Cronbach’.

(26)

iaitu .70, maka soal selidik bagi tiga dimensi ini adalah boleh dipercayai dan akan terus digunakan dalam kajian sebenar.

3.6 PROSEDUR MEMUNGUT DATA

Dalam menjalankan kajian ini, beberapa prosedur perlu dipatuhi oleh penyelidik. Prosedur ini bertujuan membantu penyelidik mendapat kerjasama daripada sekolah-sekolah rendah telah dipilih. Oleh itu, beberapa perkara perlu dilakukan oleh penyelidik bagi mendapatkan kebenaran untuk menjalankan kajian ini. Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh penyelidik ialah dengan memohon kebenaran daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia dan juga Sektor Pengurusan Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Pelajaran Negeri Kedah untuk menjalankan kajian ini. Setelah itu, penyelidik perlu berjumpa dengan guru besar sekolah yang terlibat untuk mendapatkan kebenaran.

(27)

Bagi mengelakkan sebarang kemungkinan, maka soal selidik ini dihantar sendiri oleh penyelidik ke atas tangan guru besar sekolah terpilih. Ini kerana sekolah-sekolah tersebut adalah berdekatan dengan tempat penyelidik berkhidmat. Dalam tempoh masa dua minggu, penyelidik akan sendiri pergi ke sekolah tersebut bagi mengumpul kembali soal selidik yang telah dijawab oleh responden. Bagi memastikan data yang hendak dikumpul adalah mencukupi, maka penyelidik mengedarkan soal selidik yang lebih dan sasaran pulangan soal selidik adalah 95%.

3.7 PROSEDUR MENGANALISIS DATA

Proses menganalisis data melibatkan beberapa kaedah seperti analisis dskriptif, kolerasi dan ANOVA satu hala. Statistik deskriptif bagi menerangkan ciri-ciri sampel atau kombinasi pemboleh ubah (Tabachnick & Fidell, 1983). Oleh itu, penyelidik telah memilih statistik deskriptif ini bagi memberikan gambaran tentang latar belakang responden berdasarkan jantina, bangsa, kumpulan umur responden, kategori perkhidmatan, pengalaman sebagai guru, status perkahwinan dan lokasi kajian.

Sehubungan itu, penyelidik perlu mengumpulkan borang soal selidik yeng telah dijawab oleh responden. Semua data yang dikumpul akan diproses dan dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif. Statistik deskriptif ialah data yang dianalisis secara peratusan, frekuensi, min, mod dan median.

(28)

lokasi kajian sering menggunakan peratusan dan frekuensi. Dalam kajian penyelidik menunjukkan faktor demografi bagi jantina menunjukkan lelaki ialah 16.7% dan perempuan 83.3%. Bagi faktor bangsa menunjukkan Melayu 86.7%, Cina 3.3%, India 6.7% dan lain-lain 3.3%. Seterusnya kumpulan umur pula, responden berumur 26-30 tahun dengan 3.3%, umur 31-35 tahun dengan 13.3%, umur 36-40 tahun dengan 36.7%, umur 41-45 tahun dengan 33.3%, umur 46-50 tahun dengan 6.7% dan umur 51 tahun dan lebih dengan keputusan 6.7%.

Bagi kategori perkhidmatan pula mencatatkan siswazah dengan keputusan 83.3% manakala bukan siswazah dengan keputusan 16.7%. Seterusnya faktor pengalaman mengajar mencatatkan 5 tahun dan kurang dengan keputusan 3.3%, 6-10 tahun dengan keputusan 23.3%, 11-15 tahun dengan keputusan 36.7%, 16-20 tahun dengan keputusan 20%, 21-25 tahun dengan keputusan 10% dan 26 tahun dan lebih dengan keputusan 6.7%. Bagi status perkahwinan menunjukkan 100% responden sudah berkahwin. Bagi faktor lokasi sekolah pula menunjukkan bandar dengan keputusan 49.2% dan luar bandar dengan keputusan 50.8%.

(29)

Manakala, hipotesis H03 yang menyatakan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kemahiran TMK guru dengan tahap kekerapan penggunaan TMK dalam kalangan guru dan hipotesis H04 yang menyatakan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kemudahan infrastruktur TMK yang disediakan dengan tahap kekerapan penggunaan TMK dalam kalangan guru diuji dengan pekali korelasi Pearson. Korelasi Pearson digunakan kerana kedua-dua data pemboleh ubah bebas iaitu pengetahuan TMK dan pemboleh ubah bersandar iaitu penggunaan TMK dalam kalangan guru adalah terdiri daripada data interval dan diambil daripada responden yang sama. Jadual 5.8 dibawah menunjukkan keputusan korelasi Pearson.

3.8 RUMUSAN

Secara keseluruhannya, kajian ini memerlukan penggunaan alat ukur yang bersesuaian dengan tajuk yang ingin dikaji oleh penyelidik. Penggunaan kaedah yang bersesuaian amat penting agar hasil kajian yang diperolehi selaras dengan objektif dan soalan kajian agar kesahan dan kebolehpercayaan kajian tidak akan dipertikaikan oleh pihak yang lain.

(30)

Rujukan

Shamsiah Sidek & Azman Hasan (2015). Kebolehan guru-guru mata pelajaran geografi menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah Malaysia. Journal of Global Business and Social Entrepreneurship (GBSE), 1(2), 35-43

Siti Mardziah Aziz (2013). Kesediaan guru sekolah menengah agama terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran. Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, 55-75

Vespanathan Supramaniyam (2015). Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam kalangan guru-guru mata pelajaran kemahiran hidup di sekolah rendah luar bandar negeri Johor. Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 1-24

Hasnuddin Ab Rahman, Norfaizuryana Zainal & Nor Azzarahton Ab Karim (2015). Keberkesanan penggunaan ict di dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan islam bagi sekolah kebangsaan Desa Pandan Kuala Lumpur. International Conference on Information Technology & Society, 238-252

Nor Zaira Razali, Zolkefli Bahador & Mohd Kasri Saidon (2016). Faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan vle frog dalam kalangan guru di sekolah menengah.

Referensi

Dokumen terkait

Hasil penelitian menunjukkan bahwa pada keempat sampel krim pemutih yang diteliti didapati semuanya mengandung merkuri, tetapi dari keempat sampel hanya satu yang

Spermatogenesis adalah suatu rangkaian perkembangan sel spermatogonia dari epitel tubulus seminiferus yang mengadakan proliferasi dan selanjutnya berubah menjadi spermatozoa

Akan tetapi citra kawah putih mulai menurun dikarenakan sarana Transportasi yang disediakan objek wisata kawah putih masih kurang aman dan kurang layak bagi

Penulisan Skripsi yang berjudul “ Sekolah Internasional Berbasis Teknologi Di Kecamatan Beringin, Deli Serdang ” ini dimaksudkan untuk memenuhi syarat penyelesaian Pendidikan

diberitahukan atau dipublikasikan melalui pemasaran.” wawancara pada hari Kamis, 15 Maret 2018 pukul 12.00 Pelaksanaan city branding Kabupaten Malang “The Heart of East Java”

Si yo iti paṭhamā, aṃ yo iti dutiyā, nā hi iti tatiyā, sa naṃ iti catutthī, smā hi iti pañcamī, sa naṃ iti chaṭṭhī, smiṃ su iti sattamī..

Telah menceritakan kepada kami Al Humaidi Abdullah bin Az Zubair dia berkata, Telah menceritakan kepada kami Sufyan yang berkata, bahwa Telah menceritakan kepada

Kenyataan bahwa EVA tidak mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap harga saham syariah di pasar modal atau harga saham tidak merupakan pencerminan dari EVA yang membuktikan