• Tidak ada hasil yang ditemukan

Advertisement Juruteknik Penyelenggaraan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "Advertisement Juruteknik Penyelenggaraan"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD

PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD (PNMB) merupakan sebuah syarikat percetakan yang ditubuhkan yang mempunyai 12 cawangan/Kedai di Seluruh Malaysia. Kami mencari calon yang berkelayakan untuk menyertai kami.

JURUTEKNIK PENYELENGGARAAN (GRED III)

(KUALA LUMPUR)

Tanggungjawab:

 Merancang dan melaksanakan setiap kerja aktiviti – aktiviti Jabatan mengikut Standard Operating Procedures (SOP)

 Memastikan bangunan dan kemudahan syarikat berada di dalam keadaan yang baik, mengatur dan memantau pembaikan dan/atau kerja-kerja pengubahsuaian apabila perlu

 Menyediakan spesifikasi penyelenggaraan bangunan/pejabat pengubahsuaian dan kerosakan kecil

 Memantau perkhidmatan pembersihan oleh Kontraktor Perkhidmatan Pembersihan seperti yang telah ditetapkan di dalam kontrak

 Bertanggungjawab menyelenggara kerja harian, pembaikan kecil dan penyelenggaraan kemudahan dan asset syarikat  Memastikan setiap aduan yang dilaporkan oleh Bahagian/Jabatan diselesaikan dengan secepat mungkin

Syarat-syarat:

 Mempunyai kelulusan SPM/SPVM/IKBN/IKM atau Sijil Mekatronik atau setaraf dengan memiliki Sijil Percetakan adalah satu kelebihan

 Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan sekurang-kurangnya 2 tahun  Boleh bekerja dengan sendiri dan secara berpasukan

 Boleh bekerja lebih masa jika diperlukan  Boleh melaporkan diri dengan kadar segera

Kami menyediakan ganjaran pakej yang menarik termasuk elaun tetap pengangkutan, faedah perubatan, kemasukan ke hospital & pembedahan untuk diri dan tanggungan serta insuran hayat dan kemalangan diri.

Calon dikehendaki mengemukakan biodata lengkap termasuk:

 Butir-butir tanggungjawab kerja sekarang  Gaji semasa dan dipohon

 Gambar berukuran pasport

 Sijil & dokumen berkaitan termasuk slip gaji terkini

ke alamat berikut:

Pakej ganjaran akan sepadan dengan pemohon:

 Kelayakan  Pengetahuan

 Pengalaman Berkaitan  Kemahiran

Sila hantarkan permohonan sebelum 30 September 2017. Hanya calon – calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan.

Ibu pejabat PNMB

Jabatan Modal Insan

Percetakan Nasional Malaysia Berhad Jalan Chan Sow Lin

50554 Kuala Lumpur

(2)

Referensi

Dokumen terkait