• Tidak ada hasil yang ditemukan

GARIS PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI DAN ELAUN TESIS

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "GARIS PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI DAN ELAUN TESIS"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

1

GARIS PANDUAN

TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI DAN ELAUN TESIS PELAJAR TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

Garis panduan ini disediakan sebagai rujukan kepada pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di dalam dan di luar negara untuk membuat Permohonan Tuntutan Elaun Latihan Amali dan Elaun Tesis.

1. TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI

(a) Syarat-syarat Umum

i. Tuntutan dibayar berdasarkan hari bekerja tetapi tidak termasuk hari cuti awam/ umum/ hujung minggu;

ii. Jarak antara IPT/ rumah kediaman dengan tempat latihan melebihi 25 km mana yang terdekat;

iii. Tempoh latihan yang layak dibayar tidak melebihi 3 bulan (tidak termasuk hari cuti awam/ umum/ hujung minggu); dan

iv. Latihan amali merupakan syarat wajib bagi tujuan menamatkan kursus pengajian.

(b) Syarat-syarat Khusus

PELAJAR

TAJAAN PERIHAL

Dalam Negara

Pelajar yang menjalani latihan amali di Jabatan/ Agensi KERAJAAN atau di Syarikat/ Agensi SWASTA TIDAK LAYAK membuat tuntutan Elaun Latihan Amali sekiranya Jabatan/ Agensi/ Syarikat telah menyediakan Elaun Latihan Amali/ Praktikal.

Luar Negara i. Pelajar yang diberikan kelulusan untuk menjalani Latihan Amali di Malaysia:

a. TIDAK LAYAK menuntut Elaun Latihan Amali, tiket kapal terbang dan elaun-elaun lain yang pelajar berkelayakan; dan

(2)

2 PELAJAR

TAJAAN PERIHAL

ii. Pelajar yang menjalani Latihan Amali di negara pengajian: a. TIDAK LAYAK menerima Elaun Latihan Amali sekiranya menerima apa-apa bayaran daripada Firma/ Institusi sepanjang pelajar mengikuti latihan tersebut; dan

b. Pelajar yang menjalani latihan amali melebihi 3 bulan dan menerima bayaran yang sama atau melebihi kadar Elaun Sara Hidup TIDAK LAYAK menerima Elaun Sara Hidup di sepanjang tempoh latihan tersebut. Sekiranya bayaran dari Firma/ Institusi kurang daripada kadar Elaun Sara Hidup yang diterima, maka JPA akan membayar perbezaan kadar tersebut.

(c) Borang Tuntutan dan Dokumen Sokongan

i. Borang Tuntutan seperti di Lampiran A; ii. Dokumen Sokongan

a. Surat Permohonan Penempatan Latihan Amali oleh Universiti Kepada Majikan seperti di Lampiran B; dan

b. Surat Pengesahan Pelajar Menjalani Latihan Amali daripada Majikan seperti di Lampiran C.

2. TUNTUTAN ELAUN TESIS

(a) Syarat-syarat

i. Tuntutan dibayar jika kursus mewajibkan pelajar menyediakan tesis; ii. Tesis merupakan syarat wajib bagi tujuan menamatkan kursus

pengajian/bergraduat;

iii. Layak dituntut sekali sahaja di sepanjang tempoh pengajian; dan iv. Sekurang-kurangnya 6 jam kredit dan tesis disediakan secara

individu.

(b) Borang Tuntutan dan Dokumen Sokongan

i. Borang Tuntutan seperti di Lampiran A;

ii. Slip Pendaftaran Subjek/Kursus yang membuktikan jam kredit bagi tesis tersebut adalah 6 Jam Kredit (Disahkan oleh Dekan/ Ketua Jabatan/ Penyelia Kursus/ Penyelia Tesis) ; dan

(3)

3

3. KAEDAH MENGEMUKAKAN PERMOHONAN

(a) Permohonan tuntutan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 30 hari selepas tamat latihan amali/ pembentangan tesis. Bayaran akan dibuat dalam tempoh 1 hingga 3 bulan selepas permohonan dikemukakan dengan syarat, borang dan dokumen sokongan yang diterima adalah lengkap. Kelewatan pelajar mengemukakan tuntutan akan menyebabkan bayaran tidak akan dipertimbangkan.

(b) Pelajar tajaan JPA di dalam negara hendaklah mengemukakan permohonan tuntutan yang lengkap (dokumen sokongan yang asal) melalui pos atau serahan tangan kepada alamat berikut:

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA, BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN, ARAS 4, BLOK C2, KOMPLEKS C,

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 62510 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA, MALAYSIA

(u.p.: Unit Pengurusan Kewangan) Emel: bayaran.bmi@jpa.gov.my

(c) Pelajar tajaan JPA di luar negara hendaklah mengemukakan permohonan melalui Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan (PPL) di negara pengajian masing-masing kecuali bagi pelajar di Indonesia, Singapura dan Hong Kong hendaklah melalui Unit Pembangunan Luar Negara, Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPA.

(d) Garis Panduan Tuntutan Elaun Latihan Amali dan Elaun Tesis Pelajar Tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam ini berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2017.

(e) Pelajar yang belum mengemukakan permohonan tuntutan Elaun Latihan Amali dan Elaun Tesis untuk tempoh Januari – Julai 2017

hendaklah mengemukakan segera kepada JPA selewat-lewatnya 31 Ogos 2017. Kelewatan pelajar mengemukakan tuntutan akan

(4)

4

LAMPIRAN A

BORANG PERMOHONAN TUNTUTAN PELAJAR TAJAAN BIASISWA PERSEKUTUAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)

NAMA PENUH : ________________________________________________

NO. KAD PENGENALAN : ________________________________________________

ALAMAT SURAT- : ________________________________________________

MENYURAT ________________________________________________

NO. AKAUN BANK : ________________________________________________

ALAMAT BANK : ________________________________________________

________________________________________________

NO. TELEFON : ________________________________________________

ALAMAT E-MEL : ________________________________________________

UNIVERSITI : ________________________________________________

PERINGKAT PENGAJIAN : ________________________________________________

PROGRAM / KURSUS : ________________________________________________

TAHUN PENGAJIAN : ________________________________________________

TEMPOH TAJAAN : ________________________________________________

JENIS TUNTUTAN : ________________________________________________ (bil/ invois/ resit yang bukan dalam Bahasa Inggeris/ Malaysia perlulah diterjemahkan terlebih dahulu ke dalam Bahasa Inggeris/ Malaysia)

JUMLAH TUNTUTAN : ________________________________________________

TANDATANGAN PELAJAR :

……….

NAMA :

TARIKH :

Untuk Kegunaan Pejabat

Jumlah tuntutan yang diluluskan : ____________________________________________

Tandatangan pegawai : ____________________________________________

Nama pegawai : ____________________________________________

Jawatan pegawai : ____________________________________________

(5)

5

LAMPIRAN B

CONTOH SURAT PENGESAHAN UNIVERSITI

Letterhead Universiti

PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN TEMPAT LATIHAN INDUSTRI/AMALI

Nama :

No K/P :

No Pelajar :

Bidang Pengajian :

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas

2. Adalah dimaklumkan bahawa penama seperti di atas adalah pelajar sepenuh masa di fakulti ini dan diwajibkan untuk menjalani latihan amali bermula dari _________ sehingga _____________. Tujuan latihan industri/ amali ini adalah sebagai salah satu syarat bergraduat selain daripada untuk meningkatkan pengetahuan serta pengalaman di industri yang berkaitan dengan pengajian pelajar berkenaan.

3. Sehubungan dengan itu, kerjasama dan bantuan pihak tuan/ puan adalah dipohon bagi menempatkan pelajar berkenaan di syarikat tuan/ puan. Semoga peluang yang diberikan oleh syarikat tuan/ puan dapat membantu pelajar tersebut menjalani latihan industri dengan jayanya. Segala perhatian dan pertimbangan yang tuan/puan berikan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

(6)

6

LAMPIRAN C

CONTOH SURAT PENGESAHAN MAJIKAN

Letterhead Syarikat

Ruj :

Tarikh :

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan /

Alamat Universiti

Tuan / Puan,

PENGESAHAN PELAJAR MENJALANI LATIHAN AMALI

Merujuk kepada perkara di atas, adalah dengan ini disahkan bahawa pelajar telah menamatkan latihan amali seperti berikut:

Nama : No K/P : No Pelajar : Universiti : Tarikh Latihan Amali : Lokasi Penempatan :

Pemberian Elaun : YA TIDAK

Sekian, terima kasih.

Daripada

………..

(NAMA PEGAWAI ) JAWATAN PEGAWAI

(7)

7

LAMPIRAN D

TAJUK TESIS

NAMA PELAJAR

FAKULTI

UNIVERSITI

TARIKH

Pengesahan Dekan/ Ketua Jabatan/ Penyelia Kursus/ Penyelia Tesis

(8)
(9)

9

NOTA PENTING :

MAKLUMAT DI ATAS PERLU ADA DALAM SURAT PENGESAHAN

(10)

10

NOTA PENTING :

MAKLUMAT DI ATAS PERLU ADA DALAM SURAT PENGESAHAN

(11)

11 NOTA PENTING :

DOKUMEN PERLU

Referensi

Dokumen terkait

Kesimpulan: berdasarkan hasil analisis data yang telah dilakukan, disimpulkan bahwa hasil manajemen pembinaan karate pada pusat pendidikan dan latihan pelajar daerah (PPLPD)