PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
PGT 202E : BASIC EDUCATIONAL MEASUREMENT AND EVALUATION SEMESTER 1 SIDANG 2015/2016
TAJUK :
DESIGNING CONSTRUCTING PERFORMANCE BASED ASSESSMENT TASK SUBJEK : SEJARAH TINGKATAN SATU
TEMA : ZAMAN PRASEJARAH DAN KEAGUNGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
SUB TOPIK 1.1 : ZAMAN PRASEJARAH TUTORIAL : SELASA (9.00-10.00 PAGI)
NAMA NOMBOR MATRIK
MUHAMAD HANIFF BIN AHMAD 123606
MUHAMMAD AIMAN BIN ROSLAN 126885
NUR AZIYATUL AMEERA BINTI KUSAIRI 123642
ISI KANDUNGAN
TOPIK MUKA SURAT
1.0 Pengenalan
1.1 Objektif Pembelajaran 1.2 Jadual Subtopik Objektif
Pembelajaran
1.3 Kaedah Pentafsiran
1.4 Kelebihan & Kekurangan Kaedah Pentafsiran
1 1-2
3
4 4
2.0 Jadual Spesifikasi 5-8
3.0 Instrumen Kaedah Pentafsiran Berbentuk Esei
8-13
4.0 Rubrik Pemarkahan dan Contoh Jawapan 4.1 Rubrik Pemarkahan- Rubrik Analitik 4.2 Contoh Jawapan/ Skema
Pemarkahan
14 14-16 16-22
5.0 Analisis Kendiri 22-29
6.0 Artikel Berkaitan 7.0 Rujukan
8.0 Lampiran
1.0 PENGENALAN
Dalam menjalankan projek untuk mengukur prestasi seseorang pelajar terhadap sesuatu subjek. Kami telah memilih untuk mengkaji mata pelajaran Sejarah Tingkatan 1 iaitu Tema 1:
Zaman Prasejarah dan Keagungan Kesultanan Melayu Melaka. Bagi mengecilkan skop kajian dan memudahkan projek dijalankan, kami telah memilih untuk memfokuskan kepada sub topik 1.1 iaitu Zaman Prasejarah. Dalam subtopik ini akan mengkhususkan kepada Zaman Paleolitik, Zaman Mesolitik, Zaman Neolitik, dan Zaman Logam.
Objektif pembelajaran bagi subtopik ini mempunyai beberapa aras tertentu iaitu terdiri daripada aras 1, aras 2, dan aras 3. Setiap aras mempunyai tahap kesukaran yang berbeza. Jadual 1.0 menunjukkan hasil pembelajaran yang perlu dikuasai oleh pelajar, terbahagi kepada tiga aras mengikut kompleksiti sesuatu tajuk atau bidang pembelajaran. ( Rujuk Jadual 1.0 )
ARAS 1 ( Asas )
Mencakupi kemahiran pemikiran Sejarah yang mudah. Murid dapat memahami peristiwa sejarah secara kritis dan imaginatif (empati) tentang segala aspek kehidupan manusia secara langsung dan mudah.
ARAS 2 ( Standard )
Mencakupi kemahiran pemikiran Sejarah yang lebih tinggi. Murid boleh melihat empati dan menganalisis bagaimana manusia menggunakan masa, ruang, perubahan, dan kesinambungan tentang segala aspek
kehidupan manusia secara langsung dan mudah.
ARAS 3 ( Maju )
Mencakupi kemahiran pemikiran Sejarah yang membolehkan murid meneroka idea yang kompleks dan abstrak. Murid dapat memahami secara kritis dan imaginatif (Empati) tentang segala aspek kehidupan manusia sehingga ke hari ini (Empati).
Sumber : Laman Web Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia.
Setiap mata pelajaran mempunyai objektif pembelajarannya yang tersendiri. Selain itu, objektif pembelajaran mempunyai aras yang berbeza. Objektif pembelajaran bagi subtopik ini ialah mengetahui tahap perkembangan zaman prasejarah yang terbahagi kepada 3 aras berbeza yang perlu difahmai oleh setiap pelajar. Berikut merupakan objektif pembelajaran bagi subtopik ini.
Sumber : Laman Web Kementerian Pelajar Malaysia
Kaedah pentafsiran yang digunakan dalam Subtopik ini ialah esei. Peranan utama esei ialah untuk mengukur kebolehan pelajar untuk berfikir dan menulis. Esei secara amnya terbahagi kepada dua iaitu karangan respon lanjutan dan karangan respon terhad. Karangan respon lanjutan membenarkan pelajar untuk memberi respon secara kompleks dan menyeluruh. Selain itu, soalan dalam bentuk ini turut memperuntukkan lebih masa terhadap sesuatu soalan. Karangan respon terhad pula membenarkan pelajar fokus kepada sesuatu yang spesifik dan memerlukan pelajar mematuhi jumlah patah perkataan dan masa yang diperuntukkan.
Setiap kaedah pentafsiran mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Antara kelebihan kaedah pentafsiran berbentuk esei ialah membolehkan pentafsiran dilakukan secara kompleks dan dapat menguji pencapaian pelajar secara holistik. Selain itu, kekurangan bagi pentafsiran berbentuk esei ialah jumlah item yang dinilai adalah terhad dan skor pemarkahan yang subjektif.
Antara isu yang kerap timbul berkenaan pentafsiran berbentuk esei ialah pemarkahan yang subjektif. Pemarkahan sangat subjektif dan tiada kawalan yang benar-benar tepat dalam menentukan kualiti dan ketepatan sesuatu jawapan. Hal ini demikian kerana jawapan yang diberikan oleh pelajar selalunya berlainan dan contoh yang diberikan amat luas. Perkara ini seterusnya membuatkan pemarkahan tidak bersifat objektif dan tetap. Pemeriksa hanya menilai kepada tahap kesesuaian sesuatu jawapan terhadap kehendak soalan. Di samping itu, kata kerja yang digunakan dalam soalan berbentuk esei juga sering terikat dengan hasil atau objektif pembelajaran. Oleh itu, soalan yang akan dikeluarkan lazimnya berbentuk berulang dan dapat diramal oleh pelajar. Antara contoh kata kerja dalam objektif pembelajaran ialah membandingkan, menyatakan dan menghuraikan.
2.0 INSTRUMEN KAEDAH PENTAFSIRAN BERBENTUK ESEI
Bagi membentuk soalan esei yang efektif, soalan tersebut haruslah sesuai dengan objektif pembelajaran sesuatu subtopik. Terdapat beberapa garis panduan yang harus dipatuhi dalam membina soalan esei antaranya ialah mengenal pasti proses mental pelajar, memberikan pernyataan soalan yang jelas, menyatakan jumlah isi yang dikehendaki dan jumlah masa yang diperuntukkan untuk setiap soalan, membina beberapa soalan esei pendek berbanding hanya membina satu soalan esei berbentuk panjang, dan jangan memberi soalan esei berbentuk aneka pilihan. ( Rujuk Jadual 1.1 )
Garis Panduan Penerangan
Mengenal pasti proses mental pelajar Pendidik mesti membina soalan yang mudah difahami oleh pelajar. Tidak perlu menggunakan perkataan yang mempunyai aras yang tinggi sehingga pelajar tidak dapat memahami soalan.
Mulakan sesuatu soalan dengan perkataan ataupun frasa.
Membina soalan yang berbentuk perbandingan, berikan alasan, dan ramalkan apa yang akan berlaku.
Soalan yang berbentuk sedemikian akan menguji tahap pemikiran pelajar.
Elakkan menggunakan perkataan seperti apa, di mana dan senaraikan.
Soalan berbentuk sedemikian hanya memerlukan pelajar mengingati semula maklumat dan tidak memerlukan pemikiran yang kompleks dan kritis Memberikan pernyataan soalan yang jelas Membina soalan yang lebih berstruktur
dan jangan membina soalan yang terlalu jeneral. Soalan yang terlalu luas skopnya akan menyukarkan pemberian markah dan membuatkan pelajar berasa keliru.
Elakkan menggunakan perkataan yang
sukar difahami oleh pelajar dalam pernyataan soalan.
Menyatakan jumlah isi yang dikehendaki dan jumlah masa yang diperuntukkan untuk setiap soalan
Mesti menyatakan jumlah masa secara
kasar yang sepatutnya pelajar mengambil masa bagi setiap soalan.
Tanpa garis panduan masa dan isi, pelajar tidak dapat membahagikan masa dengan baik bagi setiap esei.
Membina beberapa soalan esei pendek berbanding hanya membina satu soalan esei berbentuk panjang
Hanya jumlah esei yang terhad dapat
disoal dalam pentafsiran akibat masa yang tidak mencukupi.
Soalan haruslah ringkas dan jelas
supaya lebih banyak soalan yang dapat disoal dalam pentafsiran.
Soalan yang panjang dan skop yang
luas memerlukan masa yang lama untuk pelajar menjawab soalan tersebut.
Jangan memberi soalan esei berbentuk aneka pilihan.
Pelajar akan terus mengikut
arahan soalan
Pelajar tidak perlu membazir
masa untuk memilih soalan
Pentafsiran juga akan lebih adil
dan saksama. Hal ini demikian kerana setiap soalan mempunyai tahap kesukaran yang berbeza.
Jadual 1.1 : Garis panduan membina soalan berbentuk esei.
Terdapat sesetengah hasil pembelajaran yang tidak sesuai ditafsirkan menggunakan soalan esei. Dalam subtopik yang kami pilih terdapat sesetengah tajuk yang sesuai dan sesetengah tajuk tidak sesuai ditafsirkan dengan soalan esei. ( Jadual 1.2 )
Hasil Pembelajaran Sesuai dijalankan pentafsiran melalui soalan esei
Tidak sesuai dijalankan pentafsiran melalui soalan esei Pelajar akan :
Aras 1
Menyatakan tahap
perkembangan Zaman Prasejarah
x /
Melakar peralatan pada Zaman Prasejarah
x /
Melabel lokasi penempatan Zaman Prasejarah
x /
Aras 2
Membandingkan tahap-tahap Zaman Prasejarah dari segi petempatan,aktiviti ekonomi, dan peralatan.
/ x
Memberi sebab pemilihan gua sebagai tempat tinggal
/ x
Aras 3
Membuat inferens tentang keistimewaan Zaman Pra sejarah
/ x
Jadual 1.2 : Menunjukkan hasil pembelajaran yang sesuai dibuat pentafsiran melalui esei.
Berdasarkan jadual 1.2, tidak semua hasil pembelajaran dapat diuji menerusi soalan berbentuk esei. Hasil pembelajaran dalam aras rendah tidak dapat ditafsir melalui soalan esei.
Hal ini membuktikan soalan berbentuk esei hanya sesuai kepada hasil pembelajaran aras 2 dan 3 yang lebih kompleks.
Antara soalan esei yang dapat kami bina berdasarkan hasil pembelajaran subtopik ini ialah:
Soalan esei respon terhad
Terdapat empat Zaman Prasejarah iaitu Zaman Paleolitik, Zaman Mesolitik, Zaman
Neolitik, dan Zaman Logam. Bandingkan tahap-tahap zaman prasejarah dari aspek petempatan, aktiviti ekonomi, dan peralatan yang digunakan. Esei anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Nota :
Panjang esei haruslah mengikut tahap seseorang pelajar.
UPSR : 80 patah perkataan
PMR/ PT3 : 120 patah perkataan
SPM : 350 patah perkataan
Soalan esei respon lanjutan
Petempatan pada Zaman Prasejarah selalunya berada di kawasan gua. Jelaskan mengapa gua dipilih sebagai tempat tinggal pada Zaman Prasejarah. Jawapan anda boleh disertakan contoh-contoh yang sesuai.
Zaman Prasejarah mempunyai banyak keistimewaan. Bincangkan sekurang-kurangnya
tiga keistimewaan Zaman Prasejarah. Jawapan anda boleh disertakan contoh-contoh yang sesuai berdasarkan empat zaman prasejarah dunia.
4.0 RUBRIK PEMARKAHAN DAN CONTOH JAWAPAN 4.1 RUBRIK PEMARKAHAN (RUBRIK ANALITIK)
Rubrik pemarkahan amat penting dalam sesuatu pentafsiran. Secara amnya, rubrik pemarkahan terbahagi kepada dua iaitu holistik dan analitik. Dalam subtopik ini hanya kaedah analitik yang digunakan dan didapati lebih sesuai. Dalam kaedah analitik pemberian markah adalah berlainan terhadap setiap kriteria yang ditetapkan. Antara kelebihan rubrik pemarkahan ini ialah dapat menolong guru untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan seseorang murid secara spesifik. Sebagai contoh, jika pemarkahan analitik digunakan dalam esei, kriteria utama ialah idea, organisasi, perincian, kepelbagaian perkataan dan ayat akan dinilai secara berasingan (Rujuk Jadual xxx). Oleh itu, kaedah pemarkahan ini amat sesuai kerana dapat menilai kemahiran pelajar menjawab soalan secara menyeluruh.
Markah Deskripsi
Cemerlang (16-20 Markah)
Menjawab keseluruhan soalan dengan cemerlang
Fakta yang diberikan memenuhi kehendak soalan dan sangat baik
Huraian dan contoh yang diberikan bagi setiap fakta adalah sangat kemas dan jelas.
Ayat yang sangat gramatis
Kosa kata yang sangat luas dan tepat
Kesalahan penggunaan kata yang sangat minimum
Ejaan dan tanda baca yang betul
Idea yang sangat relevan berdasarkan tugasan
Pengolahan yang sangat menarik dan berkesan
Baik
(10-15 Markah)
Menjawab keseluruhan soalan dengan baik
Fakta yang diberikan memenuhi kehendak soalan dan baik
Huraian dan contoh yang diberikan bagi setiap fakta adalah kemas dan jelas.
Ayat yang gramatis
Kosa kata yang luas dan tepat
Kesalahan penggunaan kata yang minimum
Ejaan dan tanda baca yang betul
Idea yang relevan berdasarkan tugasan
Pengolahan yang menarik dan berkesan
Sederhana (5-10 Markah)
Menjawab keseluruhan soalan dengan sederhana
Fakta yang diberikan kurang memenuhi kehendak soalan dan sederhana
Huraian dan contoh yang diberikan bagi setiap fakta adalah kurang kemas dan jelas.
Ayat yang kurang gramatis
Kosa kata yang kurang luas dan tepat
Kesalahan penggunaan kata yang sederhana
Ejaan dan tanda baca yang kurang tepat
Idea yang kurang relevan berdasarkan tugasan
Pengolahan yang kurang menarik dan berkesan
Lemah (0-5 Markah)
Menjawab keseluruhan soalan dengan lemah
Fakta yang diberikan tidak memenuhi kehendak soalan dan lemah
Huraian dan contoh yang diberikan bagi setiap fakta adalah tidak kemas
dan jelas.
Ayat yang tidak gramatis
Kosa kata yang tidak luas dan tepat
Kesalahan penggunaan kata yang sederhana
Ejaan dan tanda baca yang sangat kurang tepat
Idea yang sangat tidak relevan berdasarkan tugasan
Pengolahan yang sangat kurang menarik dan berkesan
Jadual xxx : Menunjukkan rubrik pemarkahan analitik bagi subtopik yang dikaji.
Antara kepentingan rubrik ialah memeriksa semula hasil pembelajaran yang akan ditaksir melalui tugasan. Oleh itu bagi memastikan keseragaman, guru dinasihatkan supaya memadankan panduan pemarkahan dengan hasil pembelajaran yang ingin ditaksir (Mutler, 2001). Melalui rubrik ini juga guru boleh mengetahui tahap pencapaian seseorang pelajar terhadap subtopik yang telah dipelajar. Pemberian gred seperti cemerlang, baik, sederhana, dan lemah dapat memudahkan guru membahagikan pelajar kepada kumpulan yang berbeza.
Bagi pelajar yang dalam gred sederhana dan lemah penekanan yang lebih banyak haruslah diberikan.
4.2 Skema Pemarkahan
Selain rubrik pemarkahan, skema jawapan juga amat penting. Skema jawapan berfungsi untuk menilai sama ada seseorang pelajar dapat menjawab soalan yang diajukan dalam pentaksiran atau tidak. Skema yang disediakan haruslan berdasarkan aras dan subtopik yang telah diajarkan di dalam bilik darjah (Gronlund, 2004). Berikut merupakan skema jawapan yang disediakan untuk soalan yang telah diajukan oleh kami.
Soalan Respon Terhad.
Soalan 1 : Terdapat 4 zaman prasejarah iaitu zaman Paleolitik, Mesoliti, Paleolitik dan Zaman Logam. Bandingkan tahap-tahap zaman prasejarah dari aspek petempatan, aktiviti ekonomi, dan peralatan digunakan. Esei hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. (20 Markah).
Zaman / perbandingan
Petempatan Aktiviti ekonomi Peralatan Zaman Paleolitik
Nota panduan kepada pemeriksa : Pelajar haruslah menyatakan dua fakta bagi setiap aspek
F1.
Nomad/Berpindah randah
F2. Tinggal di tepi tasik/sungai/gua F3. Hidup dalam kelompok keluarga F4. Lenggong, Perak/ Kota Tampan, Perak/
Tingkayu, Sabah/
Gua Niah, Sarawak
F1. Pungut hasil hutan
F2. Memburu binatang F3. Menangkap ikan
F1. Alat-alat ciptaan
mengutamakan fungsi daripada nilai-nilai estetika atau berseni F2. Peralatan batu yang besar
Zaman Neolitik
Nota panduan kepada pemeriksa : Pelajar haruslah menyatakan dua fakta bagi setiap aspek
Petempatan F1. Menetap di dalam gua/hampir dengan sungai F2. Wujud sistem bermasyarakat – mempunyai ketua dan pembahagian kerja
F3. Gua Cha, Kelantan/ Bukit Tengkorak, Sabah
F1. Bercucuk tanam
F2. Menternak binatang F3. Berjual beli melalui sistem barter
F4. Memungut hasil hutan F5. Memburu binatang.
F6. Menangkap ikan
F1 peralatan batu dilicinkan untuk pelbagai fungsi F2. Mencipta tembikar
F3. Melebur logam untuk pelbagai alat.
Zaman Mesolitik
Nota panduan kepada pemeriksa:
Pelajar haruslah menyatakan dua fakta bagi setiap aspek.
F1. Gua
F2. Bawah ranting kayu/ lubang bawah tanah F3. Tinggal berhampiran tepi sungai dan laut
F1. Memburu binatang F2. Menangkap ikan
F3. Memungut hasil hutan.
F4. Bercucuk tanam
F1. Diperbuat daripada kayu, batu dan tulang
F2. Menggunakan anak panah
Zaman Logam Nota panduan kepada pemeriksa : Pelajar haruslah menyatakan dua fakta bagi setiap aspek
F1. Tinggl menetap F2. Ada yang masih tinggal didalam gua F3. Ada tinggal berhampiran sungai F4. Sungai Tembeling, Pahang/ Gua Harimau, dan Changkat Menteri
F1. Bercucuk tanam F2. Menangkap ikan F3. Menternak binatang F4. Memburu binatang F5. Perdgangan menukar barang
F1. Alat logam Daripada gangsa dan besi
Soalan Respon Lanjutan
Soalan 2 : Petempatan pada zaman prasejarah selalunya berada di kawasan gua. Jelaskan mengapa gua dipilih sebagai tempat tinggal pada zaman prasejarah. Jawapan anda boleh disertakan contoh-contoh. (20 Markah)
F1.faktor keselamatan dan keselesaan
H1. Dapat melindungi diri daripada binatang buas
H2. Menjadi tempat berlindung daripada cuaca yang panas atau hujan F2. Faktor untuk memenuhi keperluan hidup Dekat dengan bahan makanan
H1. Mudah mendapat bekalan makanan contohnya memungut hasil hutan dan memburu binatang
H2. Mudah untuk mendapatkan bekalan air sebabnya air hanya didapati di sungai atau sumber mata air yang keluar dari celah-celah pergunungan atau yang keluar daripada perut bumi
F3. Faktor kemudahan membina petempatan
H1. Masyarakat prasejarah hidup berpindah randah atau nomad H2. Gua mempunyai semua kemudahan untuk meneruskan kehidupan H3. Sesuai sebagai tempat berlindung secara segera
F4. Faktor sebagai tempat menyimpan mayat
H1. Menyimpan mayat menjadi tradisi sebagai tanda penghormatan H2. Menyimpan mayat untuk ucapara anisme iaitu pemujaan H3. Gua tempat yang paling strategik dan sesuai
H4. Terlindung daripada bahaya Nota panduan kepada pemeriksa :
Mana-mana jawapan lain yang relevan dan sesuai turut diterima.
Pelajar perlu menyatakan sekurang-kurangnya dua fakta berserta huraian.
Soalan 3 : Zaman prasejarah mempunyai banyak keistimewaan. Bincangkan sekurang-
kurangnya tiga keistimewaan zaman prasejarah. Jawapan anda boleh disertakan contoh-contoh yang sesuai berdasarkan empat zaman prasejarah dunia. (20 Markah)
F1. Berkemampuan mencipta pelbagai peralatan atau teknologi
H1. Memperlihatkan perkembangan dalam tahap pemikiran mereka dalam kemajuan sains dan teknologi.
H2. Pelbagai peralatan dicipta untuk memudahkan mereka dalam urusan seharian seperti mencipta
F2. Pembentukan revolusi pertanian
H1. Zaman neolitik dianggap sebagai perintis perkembangan tamadun manusia berikutan kegiatan ekonomi mereka.
H2. Manusia telah pandai mengusahakan kegiatan pertanian untuk mendapatkan bekalan makanan
H3. Mereka tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber hutan berikuatan mula bercucuk tanam dan menternak binatang.
H4. Ekonomi pertanian secara besar-besaran yang menghasilkan lebihan makanan dan menggalakkan aktiviti perdagangan.
F3. Mewujudkan proses urbanisasi/perbandaran
H1. Berlaku perubahan kepada cara hidup bermastautain atau membina petempatan kekal seperti yang berlaku pada zaman neolitik dianggap sebagai satu perkembangan tamadun manusia.
H2. Salah satu kejayaan masyarakat yang bertamadun ialah berjaya membina petempatan kekal.
H3. Secara tidak langsung manusia bergiat dalam aktiviti bercucuk tanam dan menternak binatang serta membina tamadun dalam satu kelompok masyarakat.
H4. Sebagai contoh, masyarakat neolitik mulai hidup menetap dan bilangan penduduk yang ramai membentuk sesebuah perkampungan dan akhirnya berkembangan menjadi bandar dan negara kota.
F4. Mewujudkan sistem kepercayaan dan agama
H1. Masyarakat pada zaman prasejarah tidak mempunyai kepercayaan ataupun anisme.
H2. Sebagai contoh, semasa zaman neolitik wujud naluri keagamaan dalam
masyarakat pada ketika itu. Namun begitu, kepercayaan mereka berunsur alam sekitar. Kepercayaan inilah menjadi tunjang kepada lahirnya beberapa
kepercayaan lain dalam masyarakat yang bertamadun.
H3. Tambahan pula, pada zaman neolitik, masyarakat pada ketika itu mempercayai kuasa ghaib yang dipercayai mampu untuk menentukan nasib mereka.
H4. Mereka percaya bahawa semangat atau Tuhan yang mengawal alam semesta.
H5. Manusia boleh menerima hukum alam seperti banjir dan sebagainya.
H6. Zaman neolitik juga dikatakan membawa kepada berlakunya amalan politeisme iaitu penyembahan dewa-dewi
H7. Jika tidak melakukan penyembahan maka dewa-dewi akan membawa
malapetaka seperti berlakunya kejadiaan alam banjir, kemarau dan sebagainya.
F5. Mewujudkan organisasi sosial
H1. Organisasi sosial atau institusi kekeluargaan dalam masyarakat membawa kepada kewujudan corak politik yang mudah.
H2. Sebagai contoh pada zaman neolitik wujudnya ketua kampung yang menyelesaikan sebarang pertikaian berkaitan dengan pertanian atau hak milik tanah.
H3. Berbeza dengan zaman sebelumnya berikutan masyarakat pada ketika itu yang berpindah randah hingga menyukarkan untuk membina institusi sosial.
H4. Oleh itu, berlakunya perkembangan ke arah mewujudkan institusi politik yang lebih kompleks dalam masyarakat bertamadun yang tercetusnya pada zaman
neolitik.
H5. Struktur dan organisasi masyarakat yang tersusun menggambarkan sesuatu masyarakat telah mencapai ketamadunan.
H6. Wujudnya golongan pemerintah dan golongan yang diperintah yang telah membantu dalam pentadbiran supaya berjalan lancar dan teratur.
H7. Biasanya raja menduduki kedudukan yang teratas diikuti oleh golongan bangsawan yang memainkan peranan sebagai pentadbir. Seterusnya ahli
agama dan pendeta untuk melakukan upacara keagamaan dan dikuti rakyat biasa yang menjalankan aktiviti ekonomi masing-masing dan akhir sekali golongan hamba yang menjalankan kerja-kerja bert.
Nota panduan kepada pemeriksa :
Mana-mana jawapan lain yang relevan dan sesuai turut diterima.
Pelajar perlu menyatakan sekurang-kurangnya tiga fakta berserta huraian.