• Tidak ada hasil yang ditemukan

PANDUAN MINGGU SUAIKENAL PELAJAR BAHARU SESI I 2022/2023. Diterbitkan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar Politeknik Ungku Omar

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "PANDUAN MINGGU SUAIKENAL PELAJAR BAHARU SESI I 2022/2023. Diterbitkan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar Politeknik Ungku Omar"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

1

PANDUAN

MINGGU SUAIKENAL

PELAJAR BAHARU SESI I 2022/2023

Diterbitkan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar Politeknik Ungku Omar

(2)

2

SELAMAT DATANG KE

POLITEKNIK UNGKU OMAR

Panduan Minggu Suaikenal ini hendaklah dibaca dengan teliti dan difahami sepenuhnya. Ianya hendaklah disimpan dengan baik kerana sebahagian daripadanya haruslah dijadikan rujukan

dan panduan anda di sepanjang menjadi pelajar Politeknik Ungku Omar.

Semoga anda sekalian menjadi warga/pelajar PUO yang sentiasa patuh kepada semua disiplin dalam menuntut ilmu, komited dan bergiat cergas dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta kokurikulum, seterusnya berjaya cemerlang dalam bidang yang diceburi

demi agama, bangsa dan negara tercinta.

(3)

3

PERLAKSANAAN MINGGU SUAIKENAL (MSK)

Terdapat 2 sesi kemasukan pelajar ke Politeknik Ungku Omar. Mohon pelajar kenalpasti kumpulan berdasarkan TARIKH DAFTAR masuk ke kampus.

1. Tarikh Daftar : 13 Ogos 2022 dan 14 Ogos 2022

Kumpulan terlibat : i) Semua pelajar program Diploma Kecuali Program DDT ii) Program Sijil KKA

Kaedah perlaksanaan : Secara dalam talian

Pautan : Channel Telegram - https://t.me/+-zvYy2BoEidjNmY1 Tarikh MSK : 15 Ogos 2022 hingga 17 Ogos 2022

2. Tarikh Daftar : 5 September 2022

Kumpulan terlibat : i) Semua pelajar program Sarjana Muda ii) Program Diploma DDT

Kaedah perlaksanaan: Secara bersemuka

Tempat : Dewan Warisan, Politeknik Ungku Omar Tarikh MSK : 6 September 2022 hingga 8 September 2022

** DDT – Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital)

(4)

4

PIAGAM PELANGGAN

1. Proses pendaftaran pelajar diselesaikan pada hari yang sama pelajar sampai untuk mendaftar.

2. Proses Pemberian Perkhidmatan Pendidikan dilaksanakan secara sistematik, terancang dan berkesan.

3. Memastikan status siasatan maklumbalas pelanggan yang berkaitan dengan perkhidmatan pemberian pendidikan dan perkhidmatan lain yang berkaitan dikendalikan dalam masa 10 hari bekerja.

4. Keputusan peperiksaan akhir diproses dalam masa 2 minggu selepas semester pengajian berakhir.

VISI

Menjadi institusi TVET premier yang diterajui industri.

MISI

Menghasilkan graduan yang holistik, kompeten dalam teknologi dan berdaya keusahawanan.

SLOGAN

homeofTVETchampion

(5)

5

LIRIK LAGU

POLITEKNIK UNGKU OMAR

Politeknik Ungku Omar Megah Terbina di Lembah Kinta

di Ipoh Bandaraya Perak Darul Ridzuan

Menjunjung Wawasan Pertiwi Mendidik Ilmu Teknologi Membantu Membangun Industri

Negara Berdikari

Menyahut Segala Cabaran Bina Negara Perusahan Walaupun Seribu Halangan

Maju Terus ke Hadapan

Politeknik Ungku Omar Mendukung Cita-Cita Bangsa

Prinsip Rukun Negara Menjadi Panduan Kita

Tunjukkan Kepada Dunia Kita Juga Ada Upaya Menjadi Bangsa Berjaya Hidup Bebas dan Merdeka

(6)

6

LIRIK LAGU

POLITEKNIK MALAYSIA

Politeknik Adalah Warisan Kita Membekal Tenaga Bidang Teknikal Bersama Membina Kemajuan Negara

Malaysia Ku Tercinta

Akhlak Mulia Asas Jaya Itulah Amalan Hidup Kita Di Mana Sahaja Politeknik Berada

Harapan Tetap Sama

Politeknik Ku Sanjung Jasa-Jasa Mu Mencipta Lembaran Sejarah Harapan Impian kan Menjadi Nyata

Cekal Takwa Usaha Penentu Arah

Maju Politeknik Ayuh Maju Semangatmu Merestui Perjuanganku Teknologi Teras Pembangunan Negara

Politeknik Malaysia

(7)

7

MS ISO 9001 : 2015

Politeknik Ungku Omar (PUO) mewujud, mendokumen, melaksana dan menyenggara Sistem Pengurusan Kualiti dan meningkatkan keberkesanannya secara berterusan selaras dengan keperluan MS ISO 9001:2015

Pelanggan Politeknik

Pelanggan Politeknik adalah pelajar Politeknik.

Dasar Kualiti

Dasar kualiti Politeknik Ungku Omar adalah membangunkan potensi pelajar ke arah

kecemerlangan di dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan teknologi maklumat melalui penambahbaikan yang menyeluruh secara berterusan. Politeknik Ungku Omar komited untuk nematicon kehendak pelanggan dipenuhi melalui pencapaian objektif-objektif kualiti yang disemak secara berkala bagi memastikan keberkesanan sistem. Dasar ini disebarkan untuk difahami oleh semua peringkat kakitangan.

Objektif Kualiti

Kecemerlangan Pelajar

1. Berusaha memastikan kebolehpasaran graduan mencapai sekurang-kurangnya 91%

pada tahun konvokesyen Kecemerlangan Staf

1. Memastikan setiap staf yang menghadiri kursus/ menjalani latihan/ seminar/ bengkel/

persidangan/ konvesyen/ taklimat sekurang-kurangnya 5 hari setahun.

2. Memastikan sekurang-kurangnya 6% PPPT mengikuti program pembangunan bakat dalam tahun semasa

Kecemerlangan Proses

1. Memastikan semua prosedur dilaksanakan dengan berkesan/ mencapai petunjuk prestasi yang ditetapkan.

(8)

8

KATA-KATA ALUAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat datang kepada mahasiswa dan mahasiswi baharu ke Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh, Perak.

Syabas dan tahniah di atas kejayaan anda ke gedung illmu ini sebagai langkah pertama bagi mencapai cita-cita dan harapan keluarga tercinta. Anda memilih dan terpilih menjadi sekumpulan kecil dari ribuan yang memohon untuk bersama-sama Warga PUO memikul amanah yang dipertanggungjawabkan bagi merealisasikan kecemerlangan yang diimpikan serta mencipta masa depan yang gemilang.

Politeknik Ungku Omar memberi fokus kepada kecemerlangan dalam pendidikan teknikal bagi melahirkan individu yang berkemahiran tinggi, kreatif, berdisiplin dan dapat menyesuaikan diri dalam semua keadaan di samping berkhidmat kepada masyarakat dan negara serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Pencapaian sebenar anda sebagai mahasiswa dan mahasiswi bukan sahaja akan diukur menerusi kecemerlangan akademik, bahkan juga pencapaian Generic Student Attribute (GSA) dan perkembangan sahsiah selari dengan visi dan misi Politeknik Ungku Omar. Manfaatkan peluang yang amat istimewa ini, jadilah seorang mahasiswa yang cemerlang, berdaya saing, bertanggung jawab dan beretika. InsyaAllah, saya dan keseluruhan Warga PUO akan memberi yang terbaik buat saudara dan saudari.

Saya berharap agar saudara dan saudari akan mendapat manfaat daripada Program Minggu Suaikenal Sesi I 2022/2023 ini dan seterusnya menjalani kehidupan sebagai pelajar politeknik untuk selama tiga tahun akan datang. Sebagai mahasiswa anda dianggap telah matang serta bertanggungjawab, justeru itu gunakanlah peluang berada di kampus ini sepenuhnya dalam usaha membina dan membentuk sahsiah diri. Serlahkanlah potensi diri anda dan kecapilah kejayaan dengan lebih bermakna. Hindarkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang melanggar peraturan yang ditetapkan kerana saudara dan saudari adalah model kepada masyarakat. Semoga pendidikan formal dan tidak formal yang akan diperolehi menjadikan anda insan yang lebih cemerlang lagi produktif serta dapat menyumbang ke arah kemajuan agama, bangsa dan negara sejajar dengan moto PUO, iaitu “ KEKUATAN DAN KEAMANAN MELALUI TEKNOLOGI ” Selamat menuntut ilmu dan berikan yang terbaik demi membina sahsiah dan minda yang hebat.

Saya doakan semoga saudara dan saudari mencapai kejayaan cemerlang dan akan menjadi graduan berkualiti dan kalis masa hadapan demi kemajuan Agama, Bangsa dan Tanah Air.

Sekian, terima kasih.

PUO - Home of TVET Champions

Ts. Dr. Izwah binti Ismail Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Ungku Omar Ipoh, Perak.

(9)

9

CARTA ORGANISASI PENGURUSAN TERTINGGI PUO

TIMBALAN PENGARAH AKADEMIK DR. IZWAH BINTI ISMAIL

TIMBALAN PENGARAH SOKONGAN AKADEMIK DR. MOHD NOR AZAM BIN MOHD DALI

KETUA JAB. KEJ. AWAM

MOHD AZMI BIN ZULKIFLI KETUA JAB. KEJ. ELEKTRIK

HJH JUHAIDA BT ZAKARIA KETUA JAB. KEJ. MEKANIKAL RAHIZAL BIN MOHD KHIR

KETUA JAB. KEJ.

PERKAPALAN MOHD FAISOL BIN SAAD

KETUA JAB.

PERDAGANGAN NOOR AFIDA BT OMAR

KETUA JAB. TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

HAMIMAH BT SALLEH

KETUA JAB. PENGAJIAN AM HANIZA NORLIN BT MD YUSOF

KETUA JAB. MATEMATIK, SAINS DAN KOMPUTER AHMAD RAKIMI BIN MOHAMAD

KETUA JAB. HAL EHWAL PELAJAR SHAMSURI BT MIOR KHALID

KETUA JAB. SUKAN, KOKURIKULUM DAN KEBUDAYAAN BUDI ALFAHMI BIN MOHD ZAID

(10)

10

PENGURUSAN POLITEKNIK UNGKU OMAR

Timbalan Pengarah (Akademik) : Ts Dr. Izwah Binti Ismail

Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) : Dr. Mohd Nor Azam Bin Mohd Dali

Ketua Jabatan / Pegawai-Pegawai Kanan

Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) : Mohd Azmi Bin Zulkifli Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) : Juhaida Binti Zakaria Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) : Rahizal Bin Mohd Khir Jabatan Kejuruteraan Perkapalan (JKP) : Mohd Faisol Bin Saad

Jabatan Perdagangan (JP) : Noor Afida Binti Omar

Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) : Hamimah Binti Salleh Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) : Ahmad Rakimi Bin Mohamad Jabatan Pengajian Am (JPA) : Haniza Norlin Binti Md Yusof Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) : Shamsuri Binti Mior Khalid Jabatan Sukan,Kokurikulum & Kebudayaan (JSKK) : Budi Alfahmi Bin Mohd Zaid Corporate Industrial Services & Employment Centre (CISEC): Aishah Binti Sheikh Abu Bakar

Centre Of Quality Assurance & Risk Management (CQARM) : Yong Rashidah Binti Mat Tuseum @ Selamat

Centre Of Tecnology (COT) : Dr. Supaat Bin Zakaria

Unit Penyelidikan Inovasi dan Pengkormersilan (UPI) : Dr. Azhar Bin Abdullah Hal Ehwal Pelajar (P&D) : Khamsiah Binti Ishak Hal Ehwal Pelajar (K&D) : Noor Azila Binti Ahmad Zaki

Asrama : Azrul Jazni Bin Azis

Unit Penilaian dan Peperiksaan : Saiful Azmin Bin Abdul Wahid Perhubungan dan Latihan Industri : Noor Akmal Binti Mohammed Khalid

Pengurusan Kualiti : Mohd Nizam Bin Abdullah Sani

Psikologi : Amir Bin Azli

Perhubungan Awam : Sharifah Anita Wafa Binti Syed Munir Wafa

Latihan Dan Pendidikan Lanjutan : Lily Yuzie Binti Md. Yusof

Keusahawanan : Rokiah Binti Ahmad Sudan

Pembangunan dan Senggaraan : Rosmawati Binti Yahya

Pembangunan Instruksional dan Multimedia : Mohd Amirul Helmi Bin Ismail

Teknologi Maklumat : Faizatul Shima Binti Mohd Yunus

RMK : Amirrudin Bin Samsudin

Pentadbiran, Perkhidmatan dan Kewangan : Hasnita Binti Mat Isa

Perpustakaan : Nur Hafiza Binti Jusoh

(11)

11

MATLAMAT MINGGU SUAIKENAL

i. MSK memperkenalkan pelajar kepada pengurusan Politeknik Ungku Omar.

ii. MSK menerangkan kepada pelajar sistem pengurusan Hal Ehwal Pelajar.

iii. MSK memberi pendedahan tentang kemudahan dan perkhidmatan yang terdapat di PUO bagi memudahkan pelajar menjalani kegiatan kokurikulum mengikut peraturan Politeknik.

iv. MSK membentuk pelajar lebih berkeyakinan untuk memulakan kehidupan sebagai warga politeknik.

v. MSK meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar.

(12)

12

AHLI JAWATANKUASA INDUK MSK

PENAUNG Ts Dr. Izwah Binti Ismail Timbalan Pengarah Akademik

PENASIHAT

Dr. Mohd Nor Azam Bin Mohd Dali Timbalan Pengarah Sokongan Akademik

PENGERUSI

Cik Shamsuri Binti Mior Khalid Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar

NAIB PENGERUSI Pn. Noor Azila Binti Ahmad Zaki

SETIAUSAHA I En. Mohd Hamizan Bin Radzi

SETIAUSAHA II En. Mohd Fadil Bin Abdullah

JAWATANKUASA:

Pegawai Hal Ehwal Pelajar Jabatan JKA, JKE, JKM, JKP, JP, JTMK

(13)

13

PERATURAN MINGGU SUAIKENAL

Kaedah Perlaksanaan: Secara Dalam Talian (15 Ogos 2022 hingga 17 Ogos 2022)

1. Minggu Suaikenal akan diadakan secara atas talian dan dipantau oleh Pegawai Jabatan Hal Ehwal Jabatan.

2. Pelajar perlu mempunyai data internet yang mencukupi semasa mengikuti Minggu Suaikenal secara dalam talian.

3. Pelajar WAJIB menyertai Channel SEM 1 PUO SESI I 2022/2023 menerusi aplikasi TELEGRAM.

Pautan Telegram : https://t.me/+-zvYy2BoEidjNmY1

4. Pelajar perlu sentiasa peka dengan arahan dan maklumat yang disampaikan melalui aplikasi Telegram Minggu Suaikenal.

5. Pelajar WAJIB mengikuti sesi Minggu Suaikena seperti dalam jadual yang telah ditetapkan (Rujuk Tentatif Program MSK Sesi I 2022/2023)

6. Syarat-syarat dan peraturan pakaian adalah seperti dalam Sahsiah Rupadiri Pelajar PUO.

7. Semua pelajar baharu diwajibkan HADIR semua aturcara Minggu Suaikenal melainkan setelah mendapat kebenaran rasmi daripada pegawai yang bertanggungjawab iaitu Urusetia Minggu Suaikenal.

8. Kehadiran Minggu Suaikenal akan diambil secara berkala pada setiap hari.

Pengumuman akan dibuat apabila pautan KEHADIRAN diaktifkan. Mohon pelajar sentiasa berada di hadapan skrin sewaktu Minggu Suaikenal berlangsung.

9. Pelajar baharu hendaklah mematuhi semua arahan yang dikeluarkan oleh Urusetia Minggu Suaikenal.

10. Sekiranya mana-mana pelajar yang ingin menarik diri dari PUO sama ada semasa atau selepas minggu suaikenal, mestilah memaklumkan terlebih dahulu perkara tersebut kepada pihak Urusetia Minggu Suaikenal atau berurusan terus dengan pegawai Hal Ehwal Pelajar.

(14)

14

Kaedah Perlaksanaan: Secara Bersemuka (6 Sept 2022 hingga 8 Sept 2022) 1. Minggu Suai Kenal akan diadakan di Dewan Warisan, Politeknik Ungku Omar.

2. Pelajar perlu mengikut jadual yang telah ditetapkan ( Rujuk Tentatif Program MSK Sesi I 2022/2023)

3. Pelajar dikehendaki memakakai pelitup muka sepanjang masa semasa Minggu Suai Kenal.

4. Pelajar mestilah berpakaian kemas semasa berada di dalam kampus. Syarat-syarat dan peraturan pakaian adalah seperti dalam Sahsiah Rupadiri Pelajar PUO.

5. Pelajar-pelajar hendaklah menggantungkan Kad Pelajar PUO mereka di sebelah kiri baju supaya mudah dilihat dan gambarnya menghala ke hadapan sepanjang masa. Ketetapan pakaian dan rupadiri ini adalah dikuatkuasakan di seluruh kawasan kampus PUO bermula dari tarikh 1hb Februari 1992. Arahan ini hendaklah dipatuhi sepanjang masa dan tindakan tatatertib akan diambil terhadap mereka yang ingkar mematuhi arahan ini.

6. Semua pelajar baharu diwajibkan menghadiri semua aturcara Minggu Suaikenal melainkan setelah mendapat kebenaran rasmi daripada pegawai yang bertanggungjawab di Urusetia Minggu Suaikenal.

7. Pelajar baharu tidak dibenarkan keluar dari kampus atau Kolej Kediaman Pelajar semasa Minggu Suaikenal melainkan dengan kebenaran pegawai yang bertanggungjawab di Urusetia Minggu Suaikenal atau Warden Asrama.

8. Pelajar baharu hendaklah mematuhi semua arahan yang dikeluarkan oleh Urusetia Minggu Suaikenal dan peraturan Kolej Kediaman Pelajar PUO.

9. Bagi pelajar yang menghadapi masalah, segala pengaduan tentang gangguan, kecederaan, kehilangan harta benda dan sebagainya boleh dibuat di bahagian Urusetia Minggu Suaikenal atau Warden Asrama.

10. Pelawat tidak digalakkan berjumpa pelajar baharu semasa Minggu Suaikenal. Walau bagaimanapun dalam keadaan tertentu dan terdesak, pelajar dibenarkan berjumpa pelawat di bilik rehat atau bilik tamu yang disediakan.

11. Sekiranya mana-mana pelajar yang ingin menarik diri dari PUO sama ada semasa atau selepas minggu suaikenal, mestilah memaklumkan terlebih dahulu perkara tersebut kepada pihak Urusetia Minggu Suaikenal atau berurusan terus dengan pegawai di pejabat Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

(15)

15

PANDUAN PENGGUNAAN KENDERAAN DAN PERATURAN AM

A) Kenderaan Rasmi Politeknik

1. Pelajar boleh menggunakan kenderaan politeknik bagi tujuan rasmi dengan memohon dan mendapat kelulusan daripada Pengarah.

2. Pengguna kenderaan politeknik adalah dikehendaki menjaga kebersihan, kemudahan yang terdapat dalam kenderaan serta menjaga disiplin dan tingkahlaku.

B) Kenderaan Persendirian

1. Pelajar semester 1 dan 2 yang menginap di kolej kediaman tidak dibenarkan membawa sebarang jenis kenderaan.

2. Kenderaan bermotor persendirian boleh digunakan di dalam kampus sekiranya dibenarkan dan mendapat kelulusan bertulis daripada pihak politeknik.

3. Semua kenderaan bermotor yang dibenarkan dan digunakan untuk keluar masuk kampus mestilah mempamerkan pelekat kenderaan yang sah dikeluarkan oleh pihak politeknik.

4. Semua kenderaan yang dibenarkan hendaklah diletakkan di tempat yang dikhaskan dalam kampus dan disusun dengan teratur. Pelajar tidak dibenarkan meletak kenderaan mereka di tempat yang dikhaskan untuk pensyarah/ kakitangan politeknik.

5. Pihak politeknik tidak bertanggungjawab ke atas kenderaan (termasuk topi keledar) yang rosak atau hilang di dalam kampus.

6. Semua kenderaan yang digunakan mestilah berada di dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan.

7. Pelajar yang menggunakan kenderaan bermotor dalam kampus perlu mematuhi peraturan-peraturan berikut :-

a) Mempunyai lesen memandu, cukai jalan dan insuran yang sah.

b) Mematuhi had laju yang ditetapkan oleh politeknik.

c) Menggunakan kenderaan bermotor yang TIDAK mengeluarkan bunyi bising yang kuat atau diubahsuai.

d) Memakai topi keledar semasa menunggang atau membonceng motosikal.

e) Memakai baju pemantul cahaya semasa menunggang/membonceng motosikal adalah digalakkan

f) Bertimbangrasa terhadap pejalan kaki.

g) Mematuhi semua peraturan dan undang-undang bertulis keselamatan jalan raya seperti yang telah ditetapkan oleh pihak penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan.

8. Pengarah atau wakil kuasanya boleh dari semasa ke semasa membatal atau menambah mana-mana bahagian atau keseluruhan peraturan ini.

Pihak politeknik tidak bertanggungjawab terhadap Kehilangan kenderaan atau peralatan kenderaan.

(16)

16

Kesalahan sahsiah diri

Pelajar yang didapati melanggar mana-mana peraturan sahsiah diri boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50 mengikut di bawah akta 174 (Akta Institusi-Institusi Pelajaran) kaedah 26 A.

Kesalahan Lalu Lintas

Pelajar yang didapati melanggar mana-mana peraturan lalu lintas boleh dikenakan secara pentadbiran.

Atau,

Pelajar akan dikenakan tindakan di bawah Akta 174 (Akta Institusi-Institusi Pelajaran) Jadual Kedua, Bahagian IV Tatatertib Lalu Lintas Jalan.

Perlanggaran Peraturan Am

Mana-mana pelajar yang melanggar peruntukan selain daripada Tatatertib Lalu Lintas, boleh dikenakan tindakan berikut:

1. Tindakan secara pentadbiran sebagaimana yang ditentukan oleh Politeknik.

2. Kaedah-kaedah tatatertib mengikut mana-mana yang berkenaan (Kaedah 48, Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174)).

“Hukuman Tatatertib”

Seseorang pelajar yang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan tatatertib boleh dikenakan mana-mana satu daripada hukuman-hukuman yang berikut atau mana-mana dua atau lebih hukuman-hukuman itu disatukan sekali”

i) amaran;

ii) denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit (RM500.00);

iii) penggantungan daripada menggunakan apa-apa atau kesemua kemudahan kemudahan institusi selama tempoh yang ditentukan;

iv) penggantungan daripada mengikuti pengajian di institusi selama tempoh yang ditentukan;

v) penghalangan daripada menduduki sebahagian atau seluruh peperiksaan di institusi;

vi) penyingkiran daripada mana-mana bahagian institusi selama tempoh ynag ditentukan;

vii) pembuangan daripada institusi oleh pihak berkuatkuasa tatatertib.

(17)

17

TENTATIF MINGGU SUAIKENAL PELAJAR BAHARU SESI I 2022/2023

**Tarikh Minggu Suaikenal Pelajar Baharu sila rujuk mukasurat 3 – Panduan Minggu Suaikenal

HARI MASA JABATAN/ AKTIVITI

PERTAMA 8.00 PAGI- 5.00 PETANG

1. 8.30 pagi - Taklimat Minggu Suai Kenal (MSK)

2. 9.30 pagi - Taklimat Kebajikan Dan Disiplin

3. 10.30 pagi – Taklimat Pengambilan Dan Data

4. 12.00 tengahari – Slot bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP PUO)

5. 2.00 petang – Taklimat Penasihatan Akademik

KEDUA 8.00 PAGI- 5.00 PETANG

1. 8.30 pagi - Taklimat Sukan, Kebudayaan Dan Kesenian

2. 9.30 pagi -Taklimat Perpustakaan

3. 10.30 pagi – Sesi Tour ‘Kenali PUO’

4. 11.00 pagi -Taklimat Pengurusan Psikologi – Cabaran Norma Baharu.

5. 12.00 tengahari – Taklimat Unit Keselamatan dan Kesihatan (UTK)

6. 2.00 petang – Taklimat Keusahawanan

KETIGA 8.00 PAGI- 12.00 TENGAHARI

1. 8.30 pagi - Taklimat Kualiti MS ISO 9001:2015

2. 9.30 pagi -Taklimat Peperiksaan

3. 11.00 pagi- Penutup Minggu Suai Kenal / Bacaan Ikrar Pelajar

(18)

18

SAHSIAH DAN RUPA DIRI

SEMASA MINGGU SUAIKENAL (BERSEMUKA)

PELAJAR LELAKI

Perkara Keterangan

Baju Kemeja lengan Panjang berwarna putih Bertali leher hitam/gelap

Seluar Seluar slack berwarna hitam Bertali pinggang berwarna hitam

- Tidak bercorak atau kepala tali pinggang yang berbentuk keterlaluan dan tidak sesuai.

Kasut Kasut berwarna hitam bertutup penuh - Kasut sukan tidak dibenarkan Memakai sarung kaki dengan sempurna

Rambut Pendek, kemas, tidak diwarnakan dan tidak berfesyen

PELAJAR PEREMPUAN

Perkara Keterangan

Baju Pelajar Islam baju kurung warna putih

Pelajar bukan Islam dibenarkan memakai baju kemeja berwarna putih

Sarung/Kain Kain berwarna hitam labuh paras buku lali.

Kasut Kasut berwarna hitam bertutup penuh - Kasut sukan tidak dibenarkan

- Kasut bertumit tinggi tidak melebihi 1 inci Memakai sarung kaki dengan sempurna Rambut Pelajar Islam wajib bertudung

Pelajar bukan Islam rambut mesti kemas sama ada diikat atau seumpama dengannya, tidak diwarnakan dan tidak berfesyen

Lain-lain

➢ Sebarang bentuk perhiasan seperti rantai gelang dan subang adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Pelajar tidak dibenarkan memakai topi, baju ‘T’ tanpa kolar (round neck), seluar jeans dan seluar pendek.

**Tiada penetapan sahsiah dan rupa diri bagi kumpulan pelajar yang menjalani Minggu Suaikenal secara dalam talian. Pakaian mestilah yang bersesuaian dengan tempat pelajar berada dan sentiasa patuh dengan peraturan politeknik

Referensi

Dokumen terkait

Untuk makluman semua pelajar, PBS tidak menawarkan sumber kewangan untuk proses PdP pelajar sepanjang pengajian tetapi di sini disertakan senarai pembiaya pinjaman / biasiswa

Sesungguhnya kami, pelajar – pelajar baru Politeknik Tawau Sabah, berikrar dan berjanji, dengan ikhlas dan sesungguh hati, akan melibatkan diri sepenuhnya, dalam Program Minggu

(a) Mesyuarat mengambil maklum pelaporan maklum balas pihak berkepentingan keselamatan maklumat tahun 2020 pendaftaran pelajar baharu prasiswazah semasa Minggu Perkasa

15.5.3 Sekiranya penghuni yang bermalam di luar kampus pada hujung minggu, cuti umum atau cuti semester, penghuni dikehendaki masuk semula ke kolej kediaman/

(Rujuk : Arahan Kerja Cadangan Pengambilan Pelajar Baharu dan Syarat Kemasukan Program Pengajian Prasiswazah (UPM/PU/PS/AK005)). 7.2.1.3 Keperluan semasa berdasarkan

 Kad Pendaftaran Pelajar akan disediakan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pendaftaran pelajar baharu.  Kad Pendaftaran Pelajar WAJIB dipakai di dalam kawasan kampus.  Kad

 Kad Pendaftaran Pelajar akan disediakan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pendaftaran pelajar baharu.  Kad Pendaftaran Pelajar WAJIB dipakai di dalam kawasan kampus.  Kad

2.1.1 Pelajar yang telah lengkap 2 dos vaksin perlu hadir mendaftar dan mengikuti kelas secara bersemuka di KUIM dan telah membuat ujian saringan kesihatan atau