FSPU. r p e I S. c o. Centre for Islami

Teks penuh

(1)

http://perak.uitm.edu.my/simpora9 Organized by: Centre for Knowledge & Understanding of Tropical Architecture & Interior (KUTAI) Centre for Islamic Thought & Understanding (CITU) Faculty of Architecture, Planning & Surveying (FSPU) Universiti Teknologi MARA (Perak)

11 & 12 December 2012 Al-Khawarizmi Lecture Hall UiTM(Perak)

FSPU

Revisit Islamic Civilization and Built Environment In The Malay World

S I M P O S I U M N U S A N T A R A 9

THE 9TH REGIONAL SYMPOSIUM OF THE MALAY ARCHIPELAGO

conference proceeding

(2)

PAPER CODE : ST518

TAHAP KESELAMATAN TAPAK PEMBINAAN

KAJIAN KES: PROJEK PEMBANGUNAN KAWASAN INDUSTRI

Azran Mansor

1

, Nur Hanim Ilias

2

, Zul Azri Abd Aziz

3

Khalilah Hassan

4

Jabatan Senibina Landskap, UiTM (Perak), 32610 Bandar Seri Iskandar, Malaysia azran973@perak.uitm.edu.my

Abstrak

Isu keselamatan di tapak pembinaan merupakan isu yang masih belum habis daripada diperkatakan. Laporan tahunan yang didedahkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mencatatkan peningkatan kes yang dilaporkan setiap tahun disamping berita mengenai kemalangan di tapak pembinaan yang dilaporkan oleh media. Signifikasi kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana tahap kesedaran dan pematuhan ciri-ciri dan aspek keselamatan di tapak pembinaan dipraktikkan oleh pihak kontraktor binaan. Penyelidikan ini akan menggunakan kaedah kualitatif melalui pemerhatian di kawasan kajian untuk melihat sejauh mana tahap kesedaran dan tahap pematuhan terhadap peraturan-peraturan yang berkaitan dengan aspek keselamatan telah dipraktikkan. Kajian kes dan skop kajian adalah terhadap tapak pembinaan projek pembangunan kawasan industri di semenanjung Malaysia. Hasil daripada kajian ini telah menemukan beberapa aspek yang diketepikan dan mampu memberi risiko terhadap tahap keselamatan di tapak kajian. Kesimpulan dan cadangan terhadap tahap kesedaran khususnya pihak kontraktor yang terlibat secara langsung dengan tapak pembinaan terhadap aspek keselamatan yang dikaji.

Kata kunci: Peraturan Keselamatan; Tahap Keselamatan; Tapak Pembinaan.

1. Pengenalan

Industri pembinaan merupakan industri yang semakin berkembang pesat di Malaysia. Ia dijangkakan bertumbuh pesat sebanyak 3.7 peratus setahun dan menyumbang kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 6 peratus (Thomas George, 2011: Seminar ‘7th Malaysia Construction Sector Review & Outlook’).

Pembukaan lebih banyak bandar-bandar baru khususnya menjadi pemangkin kepada industri ini. Seiring dengan kepesatan industri ini juga sering dikaitkan kadar kemalangan yang melibatkan kematian yang tertinggi berbanding dengan industri lain. Saban hari kejadian kemalangan yang dicatatkan yang disumbang oleh industri pembinaan adalah sangat signifikan. Faktor guna tenaga manusia, peralatan, mesin, dan keadaan persekitaran tempat kerja banyak mempengaruhi tahap keselamatan di tapak bina. Tahap kesedaran dan kepekaan pekerja terhadap kemungkinan dan risiko menghadapi bahaya masih diangap rendah dikalangan pemain industri.

1.1. Kenyataan Masalah

Kadar kemalangan yang dicatatkan oleh Laporan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menunjukkan peningkatan bilangan kes berbanding tahun-tahun sebelumnya. Jumlah kes kemalangan yang dilaporkan di tapak binaan pada tahun 2008 ialah sebanyak 3814 kes, dan jumlah ini meningkat pada tahun berikutnya iaitu sebanyak 4527 kes sebelum terus meningkat kepada 4667 kes pada tahun 2010 (Laporan Pertubuhan Keselamatan Sosial PERKESO 2008-2010). Ini jelas menunjukkan walaupun pelbagai usaha dan peraturan di tapak bina telah dikuatkuasakan namun angka kes kemalangan baru masih terus meningkat.

Jadual 1: Statistik Kemalangan Industri Pembinaan yang dilaporkan oleh Perkeso

Industri Pembinaan

Tahun 2008 2009 2010

Bilangan Kes 3814 4108 4665

(Sumber: Pertubuhan Keselamatan Sosial – Laporan Tahunan PERKESO 2008-2010)

(3)

2. Kajian Literatur

Tapak binaan sering dikaitkan dengan zon yang terdedah kepada bahaya terutama semasa operasi pembinaan sedang berjalan. Ia bukan sahaja memberi ancaman kepada mereka yang terlibat secara langsung dengan kerja-kerja di tapak bina malah kepada orang awam yang melalui kawasan terbabit. Risiko yang terdedah termasuklah kecederaan daripada bahan-bahan yang terpelanting daripada ketinggian sehinggalah kepada kesan terhadap lalu- lintas di kawasan berkenaan yang diakibatkan daripada jentera dan mesin binaan yang keluar masuk.

2.1. Statistik Kadar kemalangan

Kes kemalangan di tapak bina yang melibatkan kejadian maut sehingga Julai 2012 mencecah kepada sepuluh kes dalam tahun ini seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja, DOSH. Punca kejadian maut yang paling tinggi adalah disebabkan terjatuh dari tempat tinggi

Jadual 2: Kes Kemalangan Maut Industri Pembinaan Sehingga Julai 2012

Bil. Tarikh Kes Lokasi

1. 23 Jul 2012 Maut jatuh dari tempat tinggi Tapak bina - Kuala Lumpur

2. 3 Jul 2012 Maut tersepit Tapak bina - Pahang

3. 22 Apr 2012 Maut akibat lemas Tapak bina - Johor 4. 3 Apr 2012 Maut terjatuh dari tempat tinggi Tapak bina - Johor 5. 19 Mac 2012 Maut terjatuh dari tempat tinggi Tapak bina - Perlis 6. 12 Mac 2012 Maut ditimpa objek Tapak bina - Kuala Lumpur

7. 29 Feb 2012 Maut tertimbus Tapak bina - Kedah

8. 14 Feb 2012 Maut terjatuh dari tempat tinggi Tapak bina - Kedah 9. 3 Feb 2012 Maut dilanggar lori Tapak bina - Pahang 10. 15 Jan 2012 Maut ditimpa batang besi Tapak bina - Kuala Lumpur

(Sumber: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja, DOSH, 2012)

Peningkatan terhadap statistik pada setiap tahun memberi petunjuk terhadap tahap keselamatan di tapak binaan masih kurang diambil serius oleh pemain industri khususnya dalam mewujudkan persekitaran yang selamat di tapak bina.

2.2. Peraturan dan Undang-undang Keselamatan

Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994, mengkehendaki pihak majikan menyediakan peralatan keselamatan dan perlu memastikan pekerja patuh terhadap pemakaiannya sewaktu bertugas di tapak bina. Majikan juga perlu menjalankan pemeriksaan seterusnya mengenalpasti ancaman dan risiko sebelum sesuatu proses kerja boleh dinilai dan dikawal melalui amalan yang selamat. Ia juga mengkehendaki kontraktor utama dan sub-kontraktor untuk menyedia, melaksana dan menyelengara satu sistem kerja selamat. Kaedah kerja yang selamat ini perlu disampaikan kepada setiap pekerja untuk yang terlibat di tapak binaan untuk dipraktikkan.

Peraturan–Peraturan Kilang dan Jentera (Keselamatan, Kesihatan dan Kebajikan) 1970 telah menggariskan pematuhan terhadap pemakaian peralatan perlindungan seperti;

i. Alat perlindungan mata dan muka (cermin mata keselamatan, ‘googles’) ii. Perisai muka serta alat perlindungan kepala (topi keselamatan);

iii. Alat perlindungan kulit dan badan seperti sarung tangan, apron, tali pinggang keselamatan, pakaian keselamatan am ataupun khas (pakaian kalis cuaca dan bersalut serta jaket mudah - nampak) dan kasut keselamatan:

iv. Alat perlindungan pernafasan (APP); dan v. Alat perlindungan pendengaran / telinga.

(4)

Kegagalan bagi mematuhi akta ini boleh dikenakan denda tidak lebih RM 5,000 atau penjara enam (6) bulan atau kedua duanya sekali.

3. Kaedah Kajian

Kajian yang dijalankan adalah melalui beberapa peringkat iaitu kajian literatur, pemerhatian terhadap kajian kes dan akhir sekali membuat kesimpulan dan cadangan.

3.1 Kajian Literatur

Kajian literatur akan mengkaji penulisan yang telah dibuat sebelum ini berkenaan tahap keselamatan di tapak bina. Akta-akta dan garis panduan yang berlaitan akan di teliti dan dibincangkan. Statistik kemalangan yang dilaporkan oleh PERKESO, DOSH akan dilihat untuk menilai corak dan tahap keselamatan di tapak bina.

3.2 Pemerhatian dan analisa kajian kes

Kaedah kajian yang digunakan adalah melalui pemerhatian penyelidik terhadap aktiviti di tapak pembinaan SIBC. Kaedah ini dipilih berbanding kaedah pengumpulan data primer yang lain seperti soal selidik adalah bagi mendapatkan data yang sah daripada sampel yang dipilih. Ini juga dapat mengatasi masalah dimana kaedah soal selidik dan temuramah yang diragukan maklumat kerana masalah bahasa dan kecenderungan sampel untuk menjawab secara jujur bagi setiap soalan yang ditujukan. Disamping tempat pemerhatian yang dipilih adalah tempat yang memberikan peluang semaksimum mungkin untuk mendapatkan maklumat terhadap tapak kajian. Melalui kaedah ini hasil dapatan yang diperolehi adalah sah dan boleh dipercayai.

Analisa terhadap kajian kes dilakukan melalui perbandingan amalan di tapak bina dengan Peraturan–Peraturan Kilang dan Jentera (Keselamatan, Kesihatan dan Kebajikan) 1970 dan Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 sedia ada.

3.3 Kesimpulan dan cadangan

Pada peringkat ini, kesimpulan daripada pemerhatian dan analisa daripada kajian kes dihasilkan untuk menilai tahap keselamatan dan kesihatan di tapak pembinaan. Di akhir penemuan, suatu cadangan penambahbaikkan kepada pihak kontraktor dan mereka yang terlibat di tapak bina akan diusulkan.

4. Kajian Kes: Projek Pembangunan Kawasan Industri

Sebuah projek pembangunan kawasan industri khusus di kawasan Perak tengah telah dipilih sebagai kawasan kajian. Skop kajian menjurus kepada tahap keselamatan projek pembinaan yang dijalankan terhadap pembangunan kawasan ini.

5. Hasil Pemerhatian Awal

Daripada pemerhatian serta kajian awal terhadap kawasan kajian yang telah dijalankan, penyelidik telah menemukan beberapa beberapa aspek yang mempengaruhi dan memberi kesan terhadap tahap keselamatan di tapak kajian. Ia diringkaskan kepada faktor cuaca mikro yang melampau, pematuhan terhadap pemakaian kelengkapan keselamatan, dan rekabentuk persekitaran kerja.

(5)

Gambar 1: Menunjukkan pekerja binaan tidak berbaju;

melakukan aktiviti gunting rambut di tingkat satu tanpa bimbang terhadap risiko keselamatan Lawatan dan pemerhatian di tapak kajian pada 2 Oktober 2012

Gambar 2: Penghadang kawasan yang dipasang tidak berkeadaan baik dan berisiko terbang dibawa oleh tiupan angin ketika hujan lebat.

Lawatan dan pemerhatian di tapak kajian pada 2 Oktober 2012

5.1 Faktor Cuaca Mikro Melampau

Faktor cuaca mikro di kawasan kajian secara tidak langsung memberi kesan terhadap tahap keselamatan semasa aktiviti di tapak bina sedang berjalan. Kejadian hujan lebat dan angin kencang peringkat jingga pernah dilaporkan menjadikan stuktur penghadang kawasan (hoarding) di kawasan kajian mampu mencederakan pekerja tapak bina serta kawasan sekitarnya. (Rujukan: Portal Rasmi Jabatan Metereologi Malaysia).

5.2 Penggunaan Alat Keselamatan di Tapak Bina

Berdasarkan pemerhatian awal di tapak binaan, penyelidik mendapati aktiviti pekerja binaan di kawasan kajian tidak mematuhi peraturan yang mengkehendaki pekerja memakai alat perlindungan seperti topi keselamatan, jaket mudah-lihat, dan aktiviti pekerja di tempat tinggi tidak memakai tali pinggang keselamatan seperti mana yang diperuntukkan dalam Peraturan–Peraturan Kilang dan Jentera (Keselamatan, Kesihatan dan Kebajikan) 1970.

(6)

Gambar 3: Menunjukkan pekerja binaan tidak memakai peralatan keselamatan;

tali keselamatan, topi, dan jaket mudah lihat.

Lawatan dan pemerhatian di tapak kajian pada 5 Oktober 2012 5.3 Keselamatan Persekitaran Kerja

Kajian awal terhadap kajian kes juga mendapati kesedaran terhadap kepentingan persekiran kerja yang selamat adalah rendah serta mampu mengundang kejadian kemalangan berlaku. Ini merujuk kepada rekabentuk serta kedudukan rumah sementara para pekerja binaan yang dibina sebaris dengan hanya berjarak beberapa meter daripada struktur binaan tiga tingkat di tapak bina tersebut. Ini meninggikan risiko pekerja tertimpa objek yang jatuh daripada tempat tinggi semasa keluar atau semasa berada di dalam rumah. Rekabentuk dan susunatur persekitaran kerja yang selamat tidak dipraktikkan oleh pihak kontraktor.

Gambar 4: Menunjukkan penghadang kawasan yang terbuka kerana dilimpahi oleh bahan binaan.

Lawatan dan pemerhatian di tapak kajian pada 5 Oktober 2012

Kesimpulan dan Cadangan

Walaupun kebanyakkan model pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerja khususnya di dalam sektor pembinaan di Malaysia banyak merujuk kepada model yang telah digunapakai oleh negara-negara maju seperti Britain, namun tahap kesedaran dan pembudayaan peraturan yang telah ditulis masih rendah jika dibandingkan dengan negara-negara maju yang lain. Kajian serta pemerhatian awal terhadap projek pembangunan di kawasan industri ini telah dapat merumuskan aspek keselamatan di tapak bina tidak dipraktikkan secara menyeluruh oleh pihak majikan dan kontraktor yang terlibat.

(7)

6.1 Rekabentuk Perkekitaran Kerja

Persekitaran kerja merupakan aspek yang penting untuk dilihat bagi mewujudkan persekitaran kerja yang selamat. Faktor persekitaran kerja yang dinamik dan sering berubah menjadikan penyumbang kepada risiko kemalangan jika ia tidak dirancang dengan baik. Daripada perletakkan lokasi kediaman pekerja binaan sehinggakan kepada perletakkan dan susunatur bahan binaan di tapak bina mempengaruhi tahap keselamatan di tapak bina.

Kepentingan melakukan ‘house keeping’ terhadap persekitaran kerja dilihat kian perlu bagi mengurangkan risiko kecederaan.

6.2 Faktor Cuaca Mikro Melampau

Faktor cuaca mikro yang melampau seharusnya diambil kira dalam penyediaan persekitaran kerja serta penggunaan bahan binaan yang bersesuaian sebagai penghadang kawasan. Professional di tapak bina perlu mempunyai kefahaman yang tinggi terhadap keadaan cuaca dan sumber yang boleh digunakan untuk meramal kejadian sebelum berlaku (Mark A. Friend, and James P. Kohn, 2010).

6.3 Pematuhan Pemakaian Peralatan Keselamatan

Pematuhan pemakaian peralatan keselamatan oleh pekerja perlu dipandang serius oleh pihak majikan dan kontraktor. Majikan perlu memikirkan instrumen yang bersesuaian untuk memotivasi pekerja agar cenderung untuk mematuhi segala peraturan yang telah tertulis. Ini amat penting kerana pekerja binaan adalah mereka yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kehidupan, pendidikan, bahasa, dan cara bekerja dan seterusnya membantu bagi menurunkan kadar kemalangan dan meningkatkan tahap keselamatan di tapak binaan.

Kajian lanjut mengenai kaitan antara kecederungan pekerja bagi mematuhi kehendak keselamatan dengan jenis dan jumlah insentif, penguatkuasaan, dan taraf pendidikan sesuai sebagai penyelidikan lanjutan.

Rujukan

Health and Safety Executive. Construction, Design and Management (CDM). Available [ONLINE] at URL: <

http://www.hse.gov.uk/construction/cdm.htm> Last accessed on Wednesday 26, 2012 at 10.07 am

Mark A. Friend, and James P. Kohn (2010). Fundamentals of Occupational Safety & Health, 5th Edition.

Government Institute. Scarecrow Pres, Inc.:USA

Ministry of Human Resources Malaysia. Official Website of Department of Occupational Safety and Health (DOSH), Available [ONLINE] at URL: <http://www.dosh.gov.my> Last accessed on Wednesday 26, 2012 at 3.06 pm

Ministry of Human Resources Malaysia. Official Website of Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH), Available [ONLINE] at URL: < http://www.niosh.com.my> Last accessed on Wednesday 26, 2012 at 9.30 pm

Portal Rasmi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Available [ONLINE] at URL:

<http://www.dosh.gov.my> Last accessed on Wednesday 26, 2012 at 3.06 pm

Portal Rasmi Jabatan Matereologi Malaysia. Arkib Laporan Cuaca. Available [ONLINE] at URL: <

http://www.met.gov.my/images/pdf/weather_report/laporan_banjir_daerah_kampar.pdf> Last accessed on Wednesday 26, 2012 at 3.00 pm

Zakaria Yaa’cob, Mohamad Sohaimi Man, and Yusof Hamid (2012). The Compliance of Contractor on Providing The Occupational Safety System at the Construction Site (Case Study-Government Projects), Proceedings of the 1st. International Conference on Innovation and Technology for Sustainable Built Environment (ICITSBE 2012). 16-17 April 2012, Perak, Malaysia.

(8)

Dayang Nailul Munna Abang Abdullah, and Gloria Chai Mei Wern (2010). An Analysis of Accidents Statistics in Malaysian Construction Sector, Proceedings of 2010 International Conference on e-Business, Management, and Economics (IPEDR) Vol. 3 (2011). IACSIT Press, Hong Kong.

Figur

Gambar 2: Penghadang kawasan yang dipasang tidak berkeadaan baik dan berisiko terbang   dibawa oleh tiupan angin ketika hujan lebat

Gambar 2:

Penghadang kawasan yang dipasang tidak berkeadaan baik dan berisiko terbang dibawa oleh tiupan angin ketika hujan lebat p.5
Gambar 1: Menunjukkan pekerja binaan tidak berbaju;

Gambar 1:

Menunjukkan pekerja binaan tidak berbaju; p.5
Gambar 4: Menunjukkan penghadang kawasan yang terbuka kerana dilimpahi oleh bahan binaan

Gambar 4:

Menunjukkan penghadang kawasan yang terbuka kerana dilimpahi oleh bahan binaan p.6
Gambar 3: Menunjukkan pekerja binaan tidak memakai peralatan keselamatan;

Gambar 3:

Menunjukkan pekerja binaan tidak memakai peralatan keselamatan; p.6

Referensi

Memperbarui...

Related subjects :