• Tidak ada hasil yang ditemukan

Syarahan Perdana. Prof. Dr. Jennifer Chan Kim Lian Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Syarahan Perdana. Prof. Dr. Jennifer Chan Kim Lian Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

Buku Program

Prof. Dr. Jennifer Chan Kim Lian

Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan

30 November 2020

9.30 pagi | Universiti Malaysia Sabah

S

yarahan

P

erdana

Sustainable Ecotourism Destination

Development in Malaysia

An Integrated Approach

Disampaikan oleh:

(2)

B

ismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam UMS Kampus Rahmah.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas limpah kurnia dan izin-Nya, kita dapat bersama-sama mengikuti syarahan perdana yang disampaikan oleh Profesor Dr. Jennifer Chan Kim Lian dengan tajuk, ‘Sustainable Ecotourism Destination Development in Malaysia: An Integrated Approach’. Beliau merupakan seorang tokoh yang berpengalaman dan tidak asing dalam bidang pelancongan dan hospitaliti khususnya di negeri Sabah. Peranan beliau amat signifikan melalui sumbangan kepakaran yang diperlukan bagi membangunkan ekopelancongan yang mampan selari dengan hasrat kerajaan negeri Sabah selain dapat menyokong tujahan penyelidikan yang mana pelancongan merupakan antara bidang keutamaan UMS. Secara umumnya, Majlis Syarahan Perdana ini adalah satu tradisi akademik yang sangat signifikan bagi seseorang profesor dan dianjurkan sebagai platform untuk menyebar luas ilmu pengetahuan, kepakaran, penemuan inovatif, juga sebagai bukti ketokohan dan kesarjanaan akademiknya. Selain itu, majlis

kepada profesor sebagai pemikir yang telah banyak memberi sumbangan dan idea khususnya kepada dunia akademik, malah kepada negara dan masyarakat secara keseluruhannya.

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Profesor Dr. Jennifer Chan Kim Lian dan pihak universiti amat berbangga dan mengiktiraf segala komitmen dan usaha gigih beliau. Saya berharap agar ketokohan serta kejayaan yang dicapai beliau akan menjadi sumber inspirasi dan dorongan kepada ahli-ahli akademik lain untuk turut berusaha ke arah kecemerlangan selaras dengan visi dan misi universiti.

Sekian dan terima kasih.

YBhg. Prof. Datuk ChM Dr. Taufiq Yap Yun Hin

FASc, FRSC, FMIC, CChem., PJN Naib Canselor

Universiti Malaysia Sabah

PERUTUSAN NAIB CANSELOR

(3)

B

ismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera salam UMS Kampus Rahmah.

Syukur ke hadrat Allah SWT dengan taufik dan hidayah-Nya, Majlis Syarahan Perdana Profesor Dr. Jennifer Chan Kim Lian dapat dianjurkan dengan jayanya. Semoga perkongsian ilmu tersebut dapat memberi sumbangan bermakna melalui kepakaran dan ketokohan beliau yang secara tidak langsung mampu mempertingkatkan imej Universiti Malaysia Sabah sebagai sebuah universiti yang disegani.

Sesungguhnya, Jabatan Pendaftar akan terus beriltizam dalam memastikan perkembangan kerjaya kakitangan akademik khususnya dengan meningkatkan tadbir urus yang cemerlang. Menjadi harapan saya agar majlis sebegini akan terus dianjurkan secara lebih kerap dan menjadi wadah kepada perkongsian ilmu yang dapat dimanfaatkan oleh semua.

Pada kesempatan ini, saya bagi pihak Jabatan Pendaftar ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak khususnya kepada jawatankuasa terlibat yang telah memberikan kerjasama dan sokongan sepenuhnya sehingga majlis ini dapat

direalisasikan. Semoga semangat dan kerjasama sebegini akan terus ditingkatkan lagi untuk masa-masa yang akan datang demi kecemerlangan universiti.

Akhir kata, syabas dan tahniah diucapkan kepada Profesor Dr. Jennifer Chan Kim Lian atas syarahan yang disampaikan dan diharapkan dapat memberi input berguna kepada semua khususnya kepada pemain industri pelancongan di negeri Sabah. Sekian dan terima kasih.

YBrs. En. Luqman Ridha Anwar

Pendaftar

Universiti Malaysia Sabah

PRAKATA PENDAFTAR

(4)

9.00 pagi Ketibaan jemputan

9.10 pagi Ketibaan YBrs. Profesor Dr. Jennifer Chan Kim Lian Pemidato

9.15 pagi Ketibaan YBrs. Profesor Dr. Rasid Mail

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) 9.20 pagi Ketibaan YBhg. Profesor Datuk ChM. Dr. Taufiq Yap Yun Hin

Naib Canselor 9.30 pagi Majlis bermula

Nyanyian Lagu “Negaraku” dan “Sabah Tanah Airku” Bacaan doa

Tayangan video Pemidato

Pengenalan Pemidato oleh YBhg. Profesor Datuk ChM. Dr. Taufiq Yap Yun Hin, Naib Canselor

Syarahan Perdana oleh YBrs. Prof. Dr. Jennifer Chan Kim Lian

Tajuk: Sustainable Ecotourism Destination Development in Malaysia: An Integrated Approach Penyerahan Buku Pemidato kepada Naib Canselor

Nyanyian Lagu “Bertekad Cemerlang Jamuan makan

12.00 tengah hari Majlis selesai

ATUR CARA

(5)

P

rofesor Dr. Jennifer Chan Kim Lian adalah Profesor Pelancongan dan Hospitaliti di Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) merangkap Pengarah Pusat Penyelidikan Pelancongan Borneo semenjak tahun 2015. Sebelum ini, beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah, Pusat Pengurusan Strategik dan Akademik (2008 – 2014), Timbalan Dekan Penyelidikan dan Pembangunan, Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (2000 – 2002).

Beliau menyertai UMS pada bulan Ogos 1996 sebagai pensyarah, dinaikkan pangkat sebagai Profesor Madya pada 24 Julai 2008 dan seterusnya sebagai Profesor pada 17 Mac 2015. Berasal dari Alor Setar, Kedah, beliau telah menamatkan pendidikan rendah di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Boon Teik pada tahun

PROFESSOR DR. JENNIFER CHAN KIM LIAN

1973 dan seterusnya menyambung pendidikan menengah di Sekolah Menengah Sultanah Asma 2 (1974 – 1977), Sekolah Menengah Sultanah Bahiyah (1978 – 1979) dan High Park School, Toronto, Kanada (1981 – 1982).

Beliau mendapat pendidikan tinggi dari luar negara dan telah memperoleh ijazah dari University of Winnipeg, Manitoba, Kanada (1982 – 1984) dengan Sarjana Muda Sastera dalam Ekonomi (BA in Economics) dan kemudiannya Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dalam Pengurusan Industri Pelancongan (BBA in Travel Industry Management) dari Hawaii Pacific University, Amerika Syarikat (1985 – 1987). Seterusnya, beliau menyambung pengajian di peringkat Sarjana di Monterey Institute of International Studies, California, Amerika Syarikat (1988 – 1989) dengan memperoleh Sarjana Pengurusan Perniagaan dalam Pengurusan Antarabangsa dan Pemasaran Antarabangsa (MBA in International Management and International Marketing). Beliau seterusnya melanjutkan pengajian ke peringkat Doktor Falsafah di University of Strathclyde, Glasgow, Scotland, United Kingdom (2002 – 2005) dan dianugerahkan ijazah Doktor Falsafah dalam Pelancongan dan Hospitaliti (Doctor of Philosophy in Tourism and Hospitality) pada tahun 2005.

Beliau merupakan seorang penyelidik, perunding dan ahli akademik yang berpengalaman luas dalam bidang pelancongan dan hospitaliti. Bidang penyelidikan beliau termasuklah pembangunan destinasi ekopelancongan mampan, indikator

(6)

pelancongan mampan dan bertanggungjawab, pembangunan sumber manusia pelancongan yang mampan, pemasaran destinasi pelancongan juga penyelidikan kualitatif dan kaedah gabungan (mixed-methods) dalam penyelidikan pelancongan. Sehingga kini, beliau telah menghasilkan lebih 100 penerbitan berkaitan bidang pelancongan dan hospitaliti. Beliau juga berpengalaman luas sebagai perunding bagi pelbagai projek perundingan yang dibiayai oleh pihak kerajaan dan swasta, di samping dijemput sebagai pembentang di persidangan antarabangsa.

Kepakaran beliau dalam pengurusan pelancongan dan hospitaliti telah diiktiraf di peringkat antarabangsa dengan pelantikan sebagai editor bagi jurnal pelancongan dan hospitaliti berimpak tinggi dan Scopus (The Routledge Handbook of Tourism Experience Management and Marketing, Journal of Hospitality Management and Tourism). Jawatan yang disandang beliau di peringkat antarabangsa antara yang terkini ialah Board Member of Asian Ecotourism Network (semenjak 2019), Ahli Penasihat Malaysia oleh The World Gastronomy Institute (semenjak 2018) dan dilantik sebagai Pemegang Kerusi Profesor dalam bidang Pelancongan dan Pembangunan Modal Insan oleh Royal Institution Singapore dan salah seorang Fellow Royal Institute of Educators Singapore. Pencapaian beliau yang amat memberangsangkan ialah apabila dianugerahkan Pencapaian Sepanjang Hayat dalam Pelancongan dan Pengurusan oleh Yayasan Antarabangsa Venus pada tahun 2018.

Di peringkat kebangsaan, beliau merupakan Ahli Lembaga Penasihat Akademik dan Penilai Luaran Akademik untuk beberapa institusi pengajian tinggi di Malaysia dan juruaudit panel Senior MQA untuk program pelancongan dan perhotelan sejak 2009, selain dilantik sebagai panel pakar bagi penyediaan Standard Program: Hospitaliti, Pelancongan dan Kulinari oleh MQA. Beliau juga bertanggungjawab dalam menyediakan modul latihan bagi kursus yang dikendalikan oleh AKEPT. Di peringkat universiti, beliau juga berperanan sebagai Ketua Projek Agenda Kritikal 2 – Pembelajaran dan Pengajaran, Ahli Jawatankuasa Pembangunan Akademik UMS dan Panel Penilai Geran Penyelidikan Dalaman UMS serta Program Latihan dan Pembangunan Staf UMS. Pada masa ini, beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penyelidikan Pelancongan dan Inovasi Sosial dan Jawatankuasa Pelaksana Geopark Nasional The Trust Area Committee serta Ahli Jawatankuasa Ilmiah Pakar Lapangan Kinabalu yang dilantik untuk merealisasikan pengiktirafan UNESCO Global Geo Park. Sesuai dengan kepakaran dan sumbangan yang diberikan, beliau turut menerima Anugerah Penyelia Pascasiswazah Terbaik UMS (2011), memenangi pingat perak dalam Kategori Penyelidikan dalam Pertandingan Penyelidikan dan Inovasi UMS (2010) selain Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 1999, 2000, 2006 dan 2012.

(7)

S

yarahan ini mengetengahkan perspektif baharu destinasi ekopelancongan mampan melalui pendekatan bersepadu dengan mengemukakan beberapa faktor penting yang harus dipertimbangkan bagi mempertingkat dan memperkukuhkan kemampanan sesebuah destinasi ekopelancongan. Rangka kerja destinasi ekopelancongan mampan dikemukakan yang menggabungkan dimensi mampan dan pengalaman, konsep penciptaan bersama dan enam fasa pembangunan destinasi ekopelancongan sepertimana dalam kriteria pembangunan mampan yang mana telah diabaikan dalam pengurusan sesebuah destinasi ekopelancongan.

Kandungan syarahan ini memberi tumpuan kepada kemunculan ekopelancongan, kepentingannya dalam bidang pelancongan mampan dan kesalinghubungan ekopelancongan, pembangunan mampan dan pelancongan mampan. Di samping itu, turut dikemukakan adalah berkenaan isu kontekstual, jurang dan masalah yang dihadapi oleh destinasi ekopelancongan yang mampan.

Secara umumnya, syarahan ini menyumbang kepada pembangunan dan pengurusan destinasi ekopelancongan mampan dengan mencadangkan rangka kerja bersepadu, holistik dan praktikal. Rangka kerja ini terdiri daripada komponen utama yang berkaitan, juga faktor-faktor bagi menentukan kemampanan destinasi dalam cara yang inklusif. Produk dan pengalaman ekopelancongan dikaitkan dengan parameter alam sekitar, alam semula jadi, budaya dan sosial di dalam tapak tersebut. Cadangan rangka kerja ini akan memberi manfaat kepada pengurusan destinasi ekopelancongan dan pemegang taruh yang terlibat.

Kesimpulannya, syarahan ini menawarkan pemahaman yang berharga, mendalam dan secara tepat bagi destinasi ekopelancongan mampan, juga pendekatan teori yang kukuh kepada pengurusan destinasi tersebut untuk ahli akademik dan pemain industri pelancongan.

SINOPSIS SYARAHAN

Sustainable Ecotourism Destination Development in Malaysia:

An Integrated Approach

(8)

Jawatankuasa Pelaksana

Pengerusi

Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Md. Mansur

Floor Manager

Pn. Jumiati Pajakkai

Jawatankuasa Keurusetiaan Majlis

Pn. Jumiati Pajakkai Pn. Nenny Irwani Damsah Pn. Arnah @ Zubaidah Sainudin Pn. Elizabeth Martin

Jawatankuasa

Pengarang Biodata Rasmi Pemidato

Dr. Jakaria Dasan

Juruacara Majlis

Dr. Tini Maizura Mohtar

Jawatankuasa Buku Syarahan

Pn. Lindsy Lorraine Majawat En. Marshell Kanam Gombor En. Nataniel Ebin

Jawatankuasa Buku Program

En. Kamarul Mizal Marzuki En. Nataniel Ebin

Jawatankuasa Kewangan

En. Razmi Awang Osman Jawatankuasa Penyediaan Jubah En. Razmi Awang Osman

Jawatankuasa Media dan Publisiti

En. Che Hasruddin Che Hasan

Jawatankuasa Jamuan

Dr. Tini Maizura Mohtar Pn. Hasmawateh Aminuddin Cik Arny Azryanna Poniran

Jawatankuasa Keselamatan

Lt. Kolonel Abdul Talib Arifin

Insp/Pb. Rakam Singh A/L Karam Singh

Juruacara Teknikal & ICT

En. Suprianto Mohd Noor En. Ak Hazrin Pg. Apong En. Zainuddin Hashim

Jawatankuasa Pameran

Prof. Madya Dr. Janice Nga Lay Hui En. Ujin Matjin

(9)

Referensi

Dokumen terkait