• Tidak ada hasil yang ditemukan

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6/4-274/15 DI ANTARA TAN POH THIAM DENGAN DAILY FRESH FOODS SDN. BHD. AWARD NO: 308 TAHUN 2017

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6/4-274/15 DI ANTARA TAN POH THIAM DENGAN DAILY FRESH FOODS SDN. BHD. AWARD NO: 308 TAHUN 2017"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6/4-274/15

DI ANTARA TAN POH THIAM

DENGAN

DAILY FRESH FOODS SDN. BHD.

AWARD NO: 308 TAHUN 2017

DI HADAPAN : Y.A. TUAN SAPINI BIN MAT SAMAN

Pengerusi (bersidang berseorangan)

TEMPAT : Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur

TARIKH RUJUKAN : 13 November 2014

TARIKH SEBUTAN : 8.6.2015, 7.7.2015 dan 31.7.2015.

TARIKH BICARA : 17.9.2015 dan 11.11.2015. PERWAKILAN : Encik Jack Teh Hong Jet

Tetuan Tan Kim Siong & Teh Hong Jet (Peguam Pihak Yang Menuntut)

: Encik N. Sivabalah bersama Cik Suganthi Singam Tetuan Nora S.W. Lam & Associates

(mewakili Tetuan Shearn Delamore)

(Peguam Pihak Syarikat) Rujukan:

[1] Ini adalah satu rujukan di bawah seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967, terhadap pembuangan kerja Tan Poh Thiam (selepas ini dipanggil sebagai “Pihak Yang Menuntut”) oleh majikannya Daily Fresh Foods Sdn. Bhd. (selepas ini dipanggil sebagai “Pihak Responden”) pada 2.7.2009. YB Menteri Sumber Manusia telah merujuk perkara ini ke Mahkamah Perusahaan untuk dibicarakan.

(2)

Latar Belakang Kes

[2] Kes ini telah dibicarakan di Mahkamah Perusahaan Johor Bahru dan Mahkamah Perusahaan Johor Bahru telah mengeluarkan award dengan memutuskan pembuangan kerja Pihak Yang Menuntut adalah sah dan bersebab dan menolak permohonan Pihak Yang Menuntut. Pihak Yang Menuntut tidak berpuashati dengan keputusan tersebut dan telah membuat permohonan Semakan Kehakiman di Mahkamah Tinggi Johor Bahru dan pada 29.10.2013. Mahkamah Tinggi Johor Bahru juga telah menolak permohonan Semakan Kehakiman Pihak Yang Menuntut. Pihak Yang Menuntut kemudiannya telah membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan dan pada 13.11.2014 Mahkamah Rayuan telah membenarkan rayuan Pihak Yang Menuntut dan memerintahkan kes ini dirujuk kembali ke Mahkamah Perusahaan Johor Bahru untuk dibuat keputusan mengenai taksiran pampasan berkenaan tunggakan gaji dan pampasan sebagai ganti 'reinstatement'.

[3] Pada 8.6.2015 kes ini telah disebut untuk pendengaran dan pihak-pihak bersetuju kes ini didengar di Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur. Pihak Yang Menuntut dan Pihak Responden memohon untuk memanggil saksi-saksi berhubung taksiran pampasan ini pada 17.9.2015. Kedua-dua pihak telah mengemukakan saksi-saksi untuk memberi keterangan di Mahkamah dan kes ini telah ditangguh ke 11.11.2015. Kedua-dua pihak telah mengemukakan hujahan bertulis untuk membantu Mahkamah dalam membuat taksiran pampasan. Peguam Pihak Yang Menuntut dan Pihak Responden telah membangkitkan beberapa isu yang perlu diputuskan berhubung gaji asas Pihak Yang Menuntut dan umur persaraan Pihak Yang Menuntut.

(3)

[4] Peguam Pihak Yang Menuntut dalam hujahan bertulisnya menyatakan bahawa Pihak Yang Menuntut telah dinaikkan pangkat sebagai General Manager melalui surat bertarikh 21.2.2003 dengan gaji asas RM8,000.00 sebulan dan elaun tetap transport RM800.00 dan sebagai tambahan Pihak Yang Menuntut berhak mendapat komisyen atas alasan:

(a) 0.5% jualan kasar Syarikat untuk kawasan atau daerah di bawah kawalan Pihak Yang Menuntut di mana komisyen ini akan dibayar dalam masa 7 hari dari tarikh akhir setiap bulan yang sebelumnya.

(b) 3% keuntungan bersih Syarikat untuk kawasan atau daerah di bawah kawalan Pihak Yang Menuntut di mana komisyen ini akan dibayar di akhir tempoh perakaunan Syarikat.

[5[ Peguam Pihak Yang Menuntut juga berhujah bahawa mulai 15.4.2006 Pihak Yang Menuntut telah diberi tugas 'local franchise department' dan gaji asas Pihak Yang Menuntut telah dinaikkan dari RM8,000.00 ke RM10,000.00 sebulan. Tetapi pada bulan November 2006 sehingga tarikh Pihak Yang Menuntut ditamatkan perkhidmatan pada 2.7.2009, Pihak Responden secara unilaterally telah menurunkan gaji asas Pihak Yang Menuntut dari RM10,000.00 kepada RM8,000.00 sebulan. Pihak Yang Menuntut mendakwa bahawa tindakan Pihak Responden menurunkan gaji asas Pihak Yang Menuntut dari RM10,000.00 kepada RM8,000.00 sebulan tanpa mendapat persetujuan Pihak Yang Menuntut. Peguam Pihak Yang Menuntut berhujah bahawa tindakan Pihak Responden menurunkan gaji Pihak Yang Menuntut tanpa sebarang asas berdasarkan perkara seperti di bawah:

(4)

(a) Sewaktu COW1 disoalbalas berhubung surat bertarikh 10.4.2006 bersetuju bahawa tidak ada menyebut tugas baru pun dan kenaikan gaji Pihak Yang Menuntut tertakluk untuk tempoh 6 bulan sahaja dan tiada apa-apa dokumen sokongan yang menunjukkan kenaikan itu untuk tempoh 6 bulan sahaja.

(b) Keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bahru berkaitan 3% net profit untuk tahun 2005, 2006, 2007, 2008 dan 2009 berjumlah RM169,704.72 termasuk 'local francise business'.

[6] Hujah Peguam Responden berhubung gaji asas Pihak Yang Menuntut ialah Pihak Yang Menuntut telah dilantik bekerja di Syarikat Responden dengan gaji RM6,000.00 sebulan. Pada 1.3.2003 Pihak Yang Menuntut telah dilantik sebagai General Manager dengan gaji asas RM8,000.00 sebulan (rujuk CLB mukasurat 1-3).

[7] Berdasarkan keterangan COW1 di Mahkamah merujuk CLB mukasurat 4 surat bertarikh 10.4.2006 mengarahkan Pihak Yang Menuntut menjalankan tugas tambahan untuk 4 'local franchise business' untuk tempoh 6 bulan dan gaji asas RM10,000.00 sebulan. Peguam Responden berhujah bahawa samada Pihak Yang Menuntut ditamatkan perkhidmatan pada 2.7.2009 gaji terakhir Pihak Yang Menuntut ialah RM8,000.00 sebulan

kerana:-(a) Pihak Yang Menuntut tidak ada membantah atau mempersoalkan tindakan Pihak Responden menurunkan gaji asas beliau ke RM8,000.00

(5)

selepas Pihak Responden menaikkan gaji asas Pihak Yang Menuntut kepada RM10,000.00 untuk tempoh 6 bulan sahaja.

(b) Di dalam tindakan sivil Pihak Yang Menuntut di Mahkamah Sivil tidak membuat sebarang tuntutan berhubung kekurangan gaji asas tersebut jika dakwaan Pihak Yang Menuntut bahawa syarikat telah menurunkan gaji asas beliau tanpa persetujuan Pihak Yang Menuntut.

( c ) Peguam Responden menegaskan bahawa gaji asas Pihak Menuntut sewaktu beliau ditamatkan perkhidmatan ialah RM8,000.00 sebulan dan termasuk komisyen seperti dalam kontrak pekerjaan.

Hujahan Pihak Yang Menuntut berhubung galang ganti diambil semula bekerja

[8] Peguam Pihak Yang Menuntut berhujah bahawa Pihak Yang Menuntut berhak mendapat galang ganti diambil bekerja semula kerana diambilkira dari tarikh Pihak Yang Menuntut bekerja iaitu pada 1.8.2002 hingga ditamatkan kerja pada 2.7.2009 iaitu 6 tahun 11 bulan.

[9] Peguam Responden berhujah bahawa Pihak Yang Menuntut tidak layak diberi pampasan galang ganti kerana umur persaraan Pihak Yang Menuntut ialah 55 tahun mengikut 'Handbook' Syarikat di mukasurat 45 – 48 COB di Artikel 9 mengesahkan umur persaraan Pihak Yang Menuntut ialah 55 tahun. Kes di Mahkamah Perusahaan telah diselesaikan pada tahun 2012 dan pada waktu itu Pihak Yang Menuntut telah mencapai umur persaraan 55 tahun.

(6)

[10] Mahkamah telah meneliti keterangan-keterangan yang telah dikemukakan di hadapan Mahkamah dan hujah-hujah bertulis oleh kedua-dua pihak.

Keputusan

[11] Mahkamah telah meneliti keterangan saksi-saksi di Mahkamah iaitu COW1 yang menyatakan gaji asas Pihak Yang Menuntut berpandukan surat bertarikh 10.4.2006 menunjukkan gaji asas Pihak Yang Menuntut dinaikkan daripada RM8,000.00 kepada RM10,000.00 sebulan bermula pada 15.4.2006 untuk pampasan selama 6 bulan. Tetapi sewaktu disoalbalas, COW1 bersetuju di dalam surat bertarikh 15.4.2006 CLB mukasurat 4 tidak dinyatakan tugasan baru dan kenaikan gaji untuk tempoh 6 bulan sahaja. COW1 juga bersetuju sewaktu disoalbalas oleh Peguam Pihak Yang Menuntut bahawa perintah Hakim Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi berhubung bayaran komisyen 3% keuntungan Syarikat bermula untuk tahun 2005 sehingga 2009 dan bersetuju ianya berdasarkan 'local franchise business' dan ini menunjukkan bahawa Pihak Yang Menuntut masih menjalankan tugasan untuk 'local franchise business' dari tahun 2006 hingga ditamatkan pada tahun 2009. Pihak Menuntut sewaktu memberi keterangan di Mahkamah menyatakan tindakan Pihak Responden menurunkan gaji asas beliau dari RM10,000.00 kepada RM8,000.00 ianya perbincangan dan persetujuan beliau dan tindakan Pihak Responden hanya 'unilateral' (sebelah pihak sahaja).

[12] Berdasarkan perseimbangan kebarangkalian dan keterangan yang dinilaikan di atas, Mahkamah bersetuju bahawa gaji asas Pihak Yang Menuntut ialah RM10,000.00

(7)

sebulan bermula 15.4.2006. Di dalam surat ini dengan jelas tiada menunjukkan tempoh kenaikan itu hanya untuk 6 bulan sahaja dan tiada sebarang surat daripada Pihak Syarikat kemudiannya mengesahkan gaji Pihak Yang Menuntut diturunkan semula kepada RM8,000.00 sebulan selepas 6 bulan berakhir seperti didakwa oleh COW1.

[13] Mahkamah memutuskan gaji asas Pihak Yang Menuntut sebelum beliau ditamatkan perkhidmatan pada 2.7.2009 ialah RM10,000.00 sebulan, elaun tetap RM800.00 sebulan dan pengiraan untuk komisyen 0.5% secara purata RM1,630.80 sebulan dan untuk 3% komisyen RM5,954.65 sebulan. Jumlah keseluruhan di atas ialah RM18,385.45 sebulan.

[14] Mahkamah bersetuju membenarkan bayaran upah kebelakang: 24 bulan x RM18,385.45 = RM441,250.80

Bayaran galang ganti untuk reinstatement tidak dibenarkan kerana Pihak Yang Menuntut telah mencapai umur persaraan 55 tahun pada tahun 2012 berpandukan 'Handbook' Syarikat.

[15] Bayaran perlu dibayar dalam tempoh 30 hari mulai tarikh award ini diperturunkan setelah ditolak bayaran statutori (jika ada).

DIPERTURUNKAN DAN BERTARIKH PADA 22 FEBRUARI 2017 tt

( SAPINI BIN MAT SAMAN ) PENGERUSI

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KUALA LUMPUR

Referensi

Dokumen terkait