• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pensyarah, Jabatan al-quran dan al-sunnah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). 4

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Pensyarah, Jabatan al-quran dan al-sunnah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). 4"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

____________________________________________________________________

Jurnal Pengajian Islam, 2021, Vol. 14, No.I, Halaman 118-129 118 Jurnal Pengajian Islam

ISSN: 1823 7126 E-ISSSN: 0127-8002 2021, Vol. 14, No. I, Halaman 118-129

CABARAN MEMBENTUK AKHLAK REMAJA MELALUI PERSEKITARAN

SOSIAL DAN PERKEMBANGAN TEKNOLOGI

CHALLENGES OF ADOLESCENT MORALITY THROUGH THE SOCIAL

ENVIRONMENT AND TECHNOLOGY DEVELOPMENT

Nurzatil Ismah binti Azizan1*, Nazneen Ismail2, Siti Mursyidah Mohd Zin3, Nur

Fatihah Zainuddin4

1 Pensyarah Jabatan al-Quran dan al-Sunnah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), nurzatil@kuis.edu.my

2 Pensyarah, Jabatan Dakwah dan Usuluddin, KUIS. nazneen@kuis.edu.my

3 Pensyarah, Jabatan al-Quran dan al-Sunnah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). sitimursyidah@kuis.edu.my

4 Pembantu Penyelidik, 2034012@student.kuis.edu.my

*Penulis penghubung

Artikel diterima: 04 April 2021 Selepas Pembetulan: 09 Mei 2021 Diterima untuk terbit: 25 Mei 2021

Abstrak

Remaja merupakan aset penting dalam sebuah negara malah remaja dilihat sebagai aset yang akan menerajui negara pada masa akan datang. Remaja yang mempunyai jati diri dan akhlak yang baik dilihat memberi keuntungan kepada pembinaan generasi akan datang serta penentu kestabilan negara pada masa hadapan. Membentuk remaja memerlukan ketekunan dan garis panduan yang tepat dalam aspek pendidikan. Kaedah pendidikan yang tepat akan menjadikan remaja dibentuk dengan akhlak yang mulia serta mampu membentuk jati diri yang bertepatan dengan nilai-nilai akhlak Islam. Aspek yang lebih utama dalam pendidikan tidak hanya fokus kepada nilai gred dalam peperiksaan sahaja, malah lebih utama adalah melihat kepada nilai akhlak terpuji dalam diri remaja agar tidak terlibat dengan masalah sosial. Kajian ini dijalankan untuk menganalisis cabaran persekitaran sosial dan perkembangan teknologi dalam membentuk akhlak remaja pada masa kini. Kaedah pengumpulan data menggunakan analisis dokumen. Data dianalisis menggunakan pendekatan induktif. Hasil kajian mendapati cabaran utama dalam membentuk akhlak remaja ialah aspek tauladan, pemerhatian dan peniruan, kelaziman dan kebiasaan, ganjaran dan denda serta nasihat. Termasuk juga cabaran yang besar ialah pekembangan teknologi khususnya penggunaan media sosial yang tidak dapat dikawal dan sukar membezakan antara perkara yang baik dan buruk kesan media sosial. Hasil kajian ini dilihat memberi impak kepada pihak ibu bapa, guru, masyarakat dalam membentuk akhlak remaja dengan fokus kepada cabaran bagi memaksima kepelbagaian teknik dan pendekatan dalam pendidikan supaya memberi kesan terhadap diri remaja.

Kata Kunci

(2)

____________________________________________________________________

Jurnal Pengajian Islam, 2021, Vol. 14, No.I, Halaman 118-129 119

Abstract

Adolescents are an important asset in a country and even teenagers are seen as an asset that will lead the country in the future. Adolescents who have a good identity and morals are seen to benefit the construction of future generations as well as the determinants of the country's stability in the future. Forming adolescents requires perseverance and proper guidelines in the educational aspect. The right method of education will make the youth formed with noble morals and able to form an identity that coincides with the values of Islamic morality. The more important aspect in education is not only to focus on the value of grades in exams only, but more importantly to look at the admirable moral values in adolescents so as not to get involved in social problems. This study aims to analyze the challenges of the social environment and technological developments in shaping the morals of adolescents today. This study uses a qualitative methodological approach. The research instrument used was a document and analyzed with an inductive approach. The results of the study found that the main challenges in shaping the morals of adolescents are the aspects of role models, observations and imitations, habits and habits, rewards and fines as well as advice. Also included is the big challenge is the development of technology especially the use of social media which is uncontrollable and difficult to distinguish between the good and bad things of social media. The results of this study are seen to have an impact on parents, teachers, society in shaping the morals of adolescents by focusing on challenges to maximize the variety of techniques and approaches in education to affect adolescents.

Keyword

Challenges, Adolescent Morality, Social Environment, Technology Development.

1. Pendahuluan

Situasi keadaan sosial masyarakat dan persekitaran sosial pada masa kini berkait rapat dengan perkembangan pesat teknologi maklumat dalam dunia tanpa sempadan. Masyarakat pada masa kini amat mementingkan kebebasan persekitaran sosial terutama dalam kebebasan berkomunikasi dan berhibur melalui media sosial. Oleh kerana itu, cara penggunaan teknologi menjadi salah satu faktor yang menentukan pembentukan akhlak remaja pada masa kini. Ia berikutan media sosial khususnya memberi kesan yang besar kepada remaja, jika remaja menggunakan teknologi ke arah kebaikan. Mereka memperolehi manfaat yang besar daripada kemajuan teknologi. Jika sebaliknya, menjadi kesukaran mengawal remaja dalam mengambil contoh tauladan daripada media sosial, informasi yang tidak ditapis dan pengaruh cara hidup yang tidak sesuai dengan norma-norma Islam. Penggunaan media sosial dengan cara yang salah dapat membentuk budaya negatif dalam kalangan remaja. Antaranya sering memuat naik aktiviti harian termasuk kemewahan hidup, ianya menjadi ikutan kepada remaja lain untuk menikmati perkara yang sama sehingga sanggup mencuri dan melakukan pelbagai jenayah untuk memenuhi keinginan diri. Penyebaran fitnah juga berleluasa dan tidak dapat dikawal. (Nurul Afiza, 2019).

(3)

____________________________________________________________________

Jurnal Pengajian Islam, 2021, Vol. 14, No.I, Halaman 118-129 120 Dilihat kepada fungsi asal kewujudan media sosial ialah sebagai alat perantara untuk menjana pendapatan, alat untuk menyokong pembelajaran sendiri, dan alat untuk mendapatkan data dan maklumat (Muhammad Akmal, 2015). Mohd Azrul (2018) memetik pandangan Tariq & Mattoo (2013) berkenaan pembahagian media sosial iaitu meliputi empat kategori iaitu rangkaian talian dan ekosistem (online

networks and ecosystem) seperti Facebook, LinkedIn, Instagram dan Twitter.

Malah penerbitan dalam talian (online publications) seperti YouTube, Flickers, RSS dan SlideShare juga termasuk dalam media sosial. Selain itu, media sosial juga berfungsi sebagai platform kolaborasi secara dalam talian (online

collaboration platforms) seperti MediaWiki dan blog. Antara kategori media sosial

yang lain ialah sistem berasaskan maklum balas dalam talian (online-based

feedback system) untuk tujuan interaksi, mengemukakan ulasan, kaji selidik

dan lain-lain. Kesan-kesan positif akan diperolehi jika media sosial digunakan dengan fungsinya yang tepat sebagaimana ia memberi manfaat yang besar dalam kehidupan.

Mariam (2019) dalam kajiannya membuktikan bahawa perkembangan pesat teknologi menyebabkan video dan filem porno secara berleluasa. Ia mendorong remaja melihat video lucah dan tidak mampu mengawal remaja dalam terjebak dengan penzinaan. Mereka menonton video bersama pasangan sehingga terdorong untuk melakukan penzinaan. Kesan media sosial dalam keruntuhan akhlak remaja sehingga terlibat dengan penzinaan turut disebut oleh Ma Razhanlaily (2017) bahawa Pengaruh media massa dan persekitaran turut menjadi penyumbang terbesar kepada keruntuhan akhlak remaja. Zaman serba moden ini terdapat pelbagai taktik atau cara yang lebih kompleks digunakan untuk merosakkan jiwa dan fikiran remaja, khususnya remaja Islam. Antaranya rancangan hiburan yang keterlaluan aksinya sehingga menjatuhkan maruah dan harga diri sebagai wanita Islam. Aksi berpelukan antara wanita dan lelaki Islam dianggap sebagai perkara biasa dalam kalangan masyarakat. Sedangkan ianya adalah larangan dalam agama. Melihat kepada aspek penghayatan agama yang kurang ini akan menjadikan remaja mudah terpengaruh dan tidak mampu lagi membezakan antara yang hak dan batil.

Nooraisah (2014) dalam kajiannya menemui bahawa faktor masalah disiplin dalam kalangan pelajar sekolah menengah adalah laman sosial merupakan salah satu penyumbang kepada masalah disiplin dalam kalangan pelajar. Kebejatan Akhlak yang berlaku dalam kalangan remaja akibat daripada penggunaan media sosial yang tidak dikawal ternyata salah satu faktor yang menyebabkan keruntukan akhlak remaja pada masa kini. Disamping persekitaran sosial yang tidak mendorong mereka ke arah mengamalkan akhlak yang mulia. Ianya aspek yang perlu diberi penekanan dalam diri remaja agar adab dan akhlak remaja dapat dipupuk seiring dengan kehendak agama.

(4)

____________________________________________________________________

Jurnal Pengajian Islam, 2021, Vol. 14, No.I, Halaman 118-129 121 Kenyataan yang disebutkan di atas menunjukkan bahawa terdapat cabaran yang besar dalam membentuk akhlak remaja pada masa kini akibat dari kepesatan perkembangan teknologi khususnya pengaruh media sosial. Persekitaran sosial juga memberi impak kepada perkembangan remaja khususnya akhlak remaja kerana lingkungan kehidupan mempunyai pengaruh yang besar dalam membentuk remaja sama ada baik atau buruk akhlak. Oleh itu, penting bagi meneliti cabaran-cabaran yang dihadapai dalam membentuk akhlak remaja khususnya dalam perkembangan teknologi dan persekitaran sosial.

2. Metodologi Kajian

Kajian ini menggunakan pendekatan Kajian Kualitatif. Ia bermaksud penyelidikan yang menghasilkan dapatan bukan melalui prosedur statistik atau lain-lain bentuk pengiraan. Ia adalah penyelidikan yang melibatkan metode yang didasari oleh andaian falsafah pendekatan interpretif dan naturalistik bagi mendapatkan gambaran yang menyeluruh tentang sesuatu fenomena atau masalah yang dikaji. Penyelidikan kualitatif mempunyai ciri-ciri tersendiri iaitu penerokaan, deskriptif dan intrepretatif, bersifat holistik, rekabantuk yang berkembang dan persampelan bertujuan (Othman Lebar, 2017).

Pengkaji dalam menjalankan kajian ini menggunakan reka bentuk kajian etnografi. Ia merupakan Kajian etnografi adalah kajian tentang fenomena sosial di lapangan seperti tingkah laku dan cara hidup satu masyarakat melalui pemerhatian dan temu bual. Creswell (2008) menjelaskan bahawa kajian ini adalah untuk menjelaskan, menganalisis dan menginterpretasikan budaya sesuatu masyarakat yang berkongsi tingkah laku, kepercayaan dan bahasa yang sentiasa mencapai kemajuan. Penyelidikan etnografi hendaklah bebas dan tidak terlibat dalam situasi yang dikaji. Pendekatan yang biasa digunakan adalah pemerhatian oleh pengkaji yang turut berada dalam kelompok yang dikaji untuk memahami sedalam-dalamnya segala aspek budaya seperti kepercayaan yang diamalkan, perkongsian nilai, amalan seharian, bahasa dan ritual (Kamal Azmi, 2015). Kajian etnografi ialah kajian interpretasi data sosiobudaya (Othman Lebar, 2017). Kajian ini menggunakan pendekatan etnografi dalam memahami dan mengintertasi cabaran membentuk akhlak remaja dalam persekitaran sosial dan arus perkembangan teknologi.

Instrumen kajian dan kaedah pengumpulan data kajian iaitu melalui kajian lepas berbentuk dokumen-dokumen berkaitan dengan masalah sosial remaja, cabaran membentuk akhlak remaja dan teknologi maklumat. Ianya seterusnya dianalisis dengan pendekatan induktif bagi memperolehi objektif kajian ini iaitu menganalisis cabaran membentuk akhlak remaja dalam persekitaran sosial dan perkembangan teknologi.

3. Cabaran Membentuk Akhlak Remaja Dalam Persekitaran Sosial dan Perkembangan Teknologi.

(5)

____________________________________________________________________

Jurnal Pengajian Islam, 2021, Vol. 14, No.I, Halaman 118-129 122 Pembentukan akhlak remaja amat berkait rapat dengan faktor persekitaran sosial. Ia merujuk kepada beberapa faktor persekitaran sosial yang boleh memberi kesan secara timbal balas terhadap proses pembentukan tingkah laku seseorang. Antara faktor sosial tersebut ialah ibubapa, guru, rakan sebaya, persekitaran sekolah, persekitaran masyarakat dan media massa (artis) turut memberi sumbangan terhadap peribadi dan tingkah laku seseorang melalui pelbagai corak pembelajaran sosial. Manakala perbahasan berkenaan pembelajaran sosial ialah permodelan, maklum balas, dorongan dan halangan (Azhar, 2006)

Teori pembelajaran sosial tersebut bertepatan dengan teori pendidikan anak-anak yang dibahaskan oleh Imam al-Ghazali dalam Ihya’ ‘Ulum al-Din iaitu contoh tauladan, pemerhatian dan peniruan, kelaziman dan kebiasaan, ganjaran dan denda serta nasihat. Manusia itu berbeza berdasarkan persekitaran di mana ia berada. Sesiapa yang mendapati dirinya berada dalam persekitaran dan pendidikan yang membantunya ke arah kebaikan, maka ia akan cenderung menjadi baik dan jika ia berada dalam persekitaran dan pendidikan yang mendorongnya ke arah kejahatan, maka ia akan terpengaruh untuk berakhlak buruk. Keperibadian manusia itu berkembang bergantung kepada kualiti pengalaman hidup dan hasil interaksi dengan lingkungan (Norlizah, 2014).

Penelitian dilakukan terhadap riwayat hidup orang soleh sebagai usaha memperteguhkan keazaman dan memperoleh kebaikan. Ia juga bagi memudahkan proses penerapan akhlak mulia dalam diri seseorang. Ini kerana manusia secara fitrah adalah suka meniru dan ia akan mendapat manfaat atau mudarat dengan sifat tersebut (Abul Quasem, t.t). Jika ia melihat kepada perkara yang positif, maka ia akan mendatangkan sifat baik dan positif, begitu juga sebaliknya.

Persekitaran sosial amat penting dalam pembentukan akhlak seseorang terutama remaja. Ia berikutan remaja merupakan aset penting dalam sesebuah negara. Zakaria Stapa (2012) menyatakan bahawa faktor persekitaran sosial ialah ibubapa, rakan sebaya, faktor sekolah dan guru, faktor globalisasi dan media massa memberi kesan dalam pembentukan jati diri dan akhlak remaja. Ia menunjukkan persekitaran yang paling hampir dengan remaja adalah individu penting dalam kehidupan remaja melibatkan keluarga, rakan dan sekolah. Turut memberi kesan kepada akhlak remaja adalah media massa.

Cabaran dalam membentuk akhlak remaja adalah kawalan terhadap persekitaran sosial seperti sekolah dan komuniti. Kajian oleh Rozmi (2017) berkaitan salah guna bahan dalam kalangan remaja menunjukkan bahawa faktor persekitaran yang memberi risiko terhadap tingkah laku pelajar ialah persekitaran merangkumi sekolah dan komuniti yang boleh mempengaruhi tingkah laku salah guna bahan dalam kalangan remaja. Keputusan kajian jelas menunjukkan faktor luaran (persekitaran sosial) seperti pengaruh rakan lebih penting daripada faktor dalaman (individu dan keluarga).

(6)

____________________________________________________________________

Jurnal Pengajian Islam, 2021, Vol. 14, No.I, Halaman 118-129 123 Antara aspek penting dalam membentuk akhlak remaja adalah aspek pembentukan melalui ganjaran. Terdapat beberapa ganjaran yang dapat diberikan seperti kewangan, penghargaan lisan, kebendaan, anugerah pengiktirafan dan aktiviti yang disukai. Ia menunjukkan bahawa ganjaran yang diberikan oleh guru atau sekolah dapat memberi semangat dan membentuk akhlak remaja (Khairudin, 2012). Aspek ini harus diberi penekanan dalam membentuk akhlak remaja, ia berikutan pembentukan akhlak amat berkait rapat dengan emosi rasa dihargai dan disayangi oleh remaja agar jiwa remaja tidak memberontak dan terlibat dengan masalah sosial pada masa kini.

Remaja harus diberi peluang menikmati apa yang disukai hasil daripada apa yang telah mereka sumbangkan seperti dapat menghafaz surah-surah lazim yang ditentukan dalam silibus pengajian. Ia merupakan antara cabaran dalam pengajian kerana dalam melaksanakan aspek ini perlu kepada motivasi dalam diri guru untuk melaksana, kesanggupan mengorbankan kebendaan, dan kemampuan institusi pengajian dalam memberi ganjaran yang sesuai dengan kehendak dan minat remaja.

Pembentukan akhlak melalui persekitaran sosial turut menekankan aspek denda selain daripada ganjaran baik atas perlakuan atau sikap baik yang ditunjukkan. Nasrul (2017) membincangkan berkenaan peraturan dan undang-undang kawalan disiplin murid di Malaysia menyatakan secara umumnya, konsep disiplin merangkumi latihan membentuk, membetul, ataupun melengkapkan suatu sistem peraturan berkenaan tingkah laku mengikut peraturan-peraturan yang diwujudkan. Di peringkat sekolah, disiplin adalah peraturan yang dikenakan ke atas murid-murid dengan tujuan mengawal tingkah laku mereka melalui hukuman ataupun ganjaran. Ia juga antara cabaran yang besar dalam sistem pengajian turath dengan melihat sifat keterbukaan ibubapa dalam menerima sistem yang dilaksana, kesanggupan guru melaksanakan denda, jenis denda yang dilakukan agar bersesuaian dengan kesalahan dan tidak memberi kecederaan fizikal dan emosi remaja. Denda hakikatnya dapat dilihat dari aspek memberi pembalasan, pemulihan dan pencegahan (Abdul Rahman, t.t) kepada akhlak atau pelanggaran peraturan yang dilakukan oleh remaja.

Dalam konteks di Malaysia, undang-undang dan peraturan disiplin yang dipraktikkan di sekolah-sekolah di Malaysia adalah berdasarkan kepada tiga rujukan utama, iaitu (James Ang Jit Eng, 2011) iaitu Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959, iaitu peraturan yang dibuat berdasarkan kuasa-kuasa yang diberi oleh seksyen 116, Ordinan Pelajaran 1957. Manakala Buku-buku panduan pengurusan disiplin yang diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Seterusnya Surat-surat Pekeliling Ikhtisas yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia secara berkala Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 (selepas ini disebut Peraturan 1959) merupakan peraturan induk pengurusan disiplin di

(7)

sekolah-____________________________________________________________________

Jurnal Pengajian Islam, 2021, Vol. 14, No.I, Halaman 118-129 124 sekolah seluruh Malaysia melainkan sekolah yang dikecualikan daripada pendaftaran di bawah seksyen 114(2) Ordinan Pelajaran 1957, dan sekolah gaya pos (Peraturan 1). Tujuan peraturan ini diadakan pastinya ingin memberi nilai disiplin diri yang tinggi dalam kalangan remaja dalam usaha membentuk akhlak remaja ke arah yang lebih baik (Nasrul, 2017).

Aspek persekitaran sosial yang penting dalam membentuk akhlak remaja ialah pemilihan ikon sebagai individu yang dijadikan idola dalam kehidupan remaja. Rajah berikut menunjukkan pandangan Imam al-Ghazali berkenaan teori akhlak guru terhadap pelajar. Ia membuktikan bahawa guru adalah ikon yang paling hampir dengan pelajar dan wajar dijadikan ikutan dalam kehidupan seharian.

Jadual diatas menunjukkan teori akhlak guru menurut Imam al-Ghazali. Ia menunjukkan bahawa guru wajar dijadikan ikon terhadap murid dalam proses memberi pendidikan. guru berpeluang mendidik murid-murid dengan didikan dan asuhan yang baik. Guru juga sesuai dijadikan sebagai role model untuk mereka ikuti dalam menjalani kehidupan kini yang penuh cabaran. Antara aspek penting adalah kasih sayang, ikhlas, nasihat, hikmah, pengajaran bertahap dan beramal dengan apa yang telah dipelajari. Ia menjadi cabaran kepada institusi pengajian dalam menentukan akhlak guru yang memberi didikan kepada remaja agar dapat dijadikan ikutan dalam diri remaja.

Ibubapa juga antara individu yang mempunyai pengaruh dalam pembentukan akhlak remaja. Perbincangan berkenaan cabaran membentuk remaja turut perlu melihat kepada beberapa aspek yang amat memberi pengaruh dalam diri remaja iaitu latarbelakang keluarga. Kajian menunjukkan bahawa pelajar yang terlibat dengan masalah sosial adalah pelajar yang mempunyai keinginan yang tinggi untuk mencuba sesuatu yang baru yang tidak pernah mereka lakukan. Mereka juga sentiasa menginginkan kebebasan dalam setiap perkara yang mereka lakukan. Kedua-dua aspek ini menunjukkan peratusan yang agak tinggi kerana seramai 80.2% pelajar mengatakan setuju dengan pernyataan ini (Zainuddin, 2011).

(8)

____________________________________________________________________

Jurnal Pengajian Islam, 2021, Vol. 14, No.I, Halaman 118-129 125 Walaupun terdapat keadaan-keadaan ibu bapa yang boleh mempengaruhi pelajar-pelajar terlibat dalam masalah sosial, ibu bapa pelajar-pelajar-pelajar-pelajar ini tidaklah terlalu tegas dan mereka agak bertolak ansur dalam memberikan hukuman kepada anak-anak mereka yang melakukan kesalahan. Ini dibuktikan seramai 57% ibu bapa pelajar tidaklah terlalu tegas dalam memberikan hukuman kepada mereka. Tetapi, seramai 43% pelajar mengatakan penglibatan mereka dalam masalah sosial adalah kerana ketegasan ibu bapa mereka dalam memberikan hukuman jika mereka melakukan kesalahan (Zainuddin, 2011).

Walaupun begitu terdapat juga aspek-aspek yang agak lemah di dalam mendidik anak-anak mereka seperti kurang berkomunikasi dengan anak-anak mereka dan jarang memberi motivasi terhadap perkara-perkara yang dilakukan oleh anak-anak mereka (Zainuddin, 2011). Ia antara cabaran dalam sistem pengajian yang perlu diberi penekanan dalam membentuk akhlak remaja.

Mohd Nizar (2016) dalam kajiannya berkenaan pengaruh persekitaran sosial terhadap penghayatan Islam dalam kalangan pelajar Politeknik Mukah Sarawak mendapati tahap pengaruh ibubapa dalam pembentukan akhlak anak-anak berada pada tahap sangat tinggi (Skor Min 4.18, SP=0.59). Rakan didapati memberikan pengaruh sederhana tinggi kepada para pelajar dalam pembentukan akhlak mereka (Skor Min 3.59, SP=0.67). tahap pengaruh Persekitaran Sekolah dalam pembentukan akhlak anak-anak berada pada tahap sederhana tinggi (Skor Min 3.92, SP=0.67).

Noornajihan (2017) memetik pandangan yang dibawa oleh Wan Mohd Nor (2006) menjelaskan Pendidikan Islam bukan hanya berlaku di dalam bilik darjah atau melalui mata pelajaran Pendidikan Islam atau tertumpu kepada pelajar jurusan Islam semata mata. Pendidikan Islam adalah satu bentuk usaha untuk menyeimbangkan kekuatan tubuh badan yang ada pada manusia dan kekuatan diri dengan hubungan dengan Allah, kejadian alam sekeliling dan juga hubungan sesama manusia. Ia merupakan cabaran yang perlu dihadapi bagi membentuk akhlak remaja agar nilai-nilai Islam sentiasa ada dalam diri remaja supaya tidak terlibat dengan perkara yang menyalahi syariat Islam.

Kajian yang dijalankan oleh Nazneen et.al (2019) berkenaan pengamalan hidup beragama dalam kalangan mahasiswa Institusi mahasiswa mempunyai tahap pengetahuan sarwajagat Islam dan personaliti religiositi yang tinggi. Justeru, kajian ini menjadi asas kepada keperluan pembinaan model khusus bagi pembangunan hidup beragama supaya pemerkasaan dapat dilakukan dari masa ke masa dengan pemantauan daripada pihak universiti. Kajian menunjukkan beberapa perkara yang perlu diberi penekanan terhadap penghayatan agama kerana masih terdapat perkara penting yang dianggap biasa oleh pelajar. Sebagai contoh keharusan meninggalkan solat dalam keadaan darurat. Majoriti

(9)

____________________________________________________________________

Jurnal Pengajian Islam, 2021, Vol. 14, No.I, Halaman 118-129 126 pelajar (75.8 peratus) bersetuju dengan kenyataan ini menggambarkan kelemahan ilmu asas agama dalam diri mereka.

Media teknologi dan media massa yang kurang kawalan dan membawa kepada keruntuhan akhlak dan tatacara hidup yang tidak sepatutnya banyak menyumbang kepada keruntuhan akhlak remaja pada masa kini. Banyak bahan-bahan yang tidak sesuai dipaparkan di internet seperti gambar lucah dan video-video lucah. Jadi tidak mustahil ramai remaja terjebak dalam perkara-perkara negatif kerana unsur-unsur negatif tersebut boleh didapati dengan mudah. Media teknologi dan media massa yang kurang kawalan dan membawa kepada keruntuhan akhlak dan tatacara hidup yang tidak sepatutnya banyak menyumbang kepada keruntuhan akhlak remaja pada masa kini. (Ma Razhanlaily, 2017).

Perkembangan pesat teknologi menjadikan remaja sentiasa inginkan keseronokan, budaya kehidupan yang mengagungkan artis dan keseronokan yang berlebihan menjadikan remaja terlibat dengan budaya hedonisme. Hanya dengan akidah yang utuh dapat mengelakkan remaja terlibat dengan perkembangan teknologi yang secara berlebihan, remaja mudah terpengaruh kerana mereka masih mencari-cari jati diri yang dapat dipegang dalam kehidupan. Keseronokan berlebihan dalam hiburan menjadikan salah satu daripada sepuluh cara syaitan memasuki pintu hati manusia untuk merosakkan diri sebagai hamba Allah ialah menerusi pintu marah dan syahwat. Seni hiburan yang menjadi keseronokan remaja pada hari ini ialah nyanyian, muzik dan tarian. Ketiga-tiga bidang ini telah menjadi sebahagian yang penting dalam kehidupan moden sekarang ini kerana semua cabang seni ini dirasakan telah merosakkan akhlak dan nilai-nilai keislaman. Perkembangan teknologi melalui media massa dan media cetak menyebabkan hedonisme berkembang dengan pantas tanpa disedari. (Mohd Aderi, 2017).

Media Massa juga dilihat sebagai salah satu jalan penyebaran hedonisme. Media massa mampu melakukan perkara yang sukar dilakukan oleh manusia. Ia boleh menemui, bersemuka dan berkomunikasi tanpa had dengan pelbagai bangsa. Apa yang berlaku di media massa biasanya mempengaruhi penontonnya lebih-lebih lagi jika sesuai dengan kehendak nafsu dan tidak ada kawalan. Kemajuan teknologi media massa dalam beberapa hal akibat daripada kurangnya kawalan juga boleh membawa ke arah kerendahan budi dan adab. Kurang didikan agama memudahkan bertambahnya kes-kes keruntuhan akhlak. Unsur-unsur yang dipaparkan juga kebanyakannya berunsur hedonistik atau nilai gaya kebendaan yang boleh menarik perhatian orang ramai agar sentiasa mendapat tempat dalam masyarakat". Oleh itu, media massa telah membawa suatu budaya baru dalam masyarakat terutamanya kepada generasi muda. Budaya ini diolah daripada media yang saban hari mengambil tempat ibu bapa sebagai satu tempelan kepada pembentukan peribadi (Mohd Aizam, 2012).

(10)

____________________________________________________________________

Jurnal Pengajian Islam, 2021, Vol. 14, No.I, Halaman 118-129 127 Perbincangan berkenaan penggunaan teknologi dan media sosial pasti memberi penekanan kepada penggunaan telefon bimbit. Ia berikutan remaja pada masa kini banyak menggunakan telefon bimbit sebagai alat komunikasi. Nurhamizah (2019) membawakan kajian yang dilakukan oleh beberapa pengkaji berkenaan remaja dan penggunaan telefon bimbit. Menurut Lenhart, Ling, Campbell dan Purchell (2010). Hasil kajian mereka mendapati hampir 75% remaja berusia antara 12-17 tahun memiliki telefon bimbit sendiri pada tahun 2010, berbanding dengan 45% pada tahun 2004. Ini bermakna, lebih separuh daripada pengguna telefon bimbit adalah remaja dalam lingkungan usia 15 hingga 20 tahun. Mereka menghantar atau menerima sekurang-kurangnya 11 mesej berbentuk teks setiap hari, manakala kira-kira satu perlima daripada mereka menulis mesej 21 kali sehari atau lebih. Kekerapan mereka menghantar mesej dilihat sebagai salah satu gaya komunikasi remaja dengan rakan-rakannya. kajian Mohd Effendi (2010) dalam kajiannya ke atas pelajar sekolah telah melaporkan bahawa 38% pelajar secara dominan akan menggunakan laman Facebook secara purata dua jam sehari, 56% telah mempunyai pengalaman menggunakan Facebook selama tiga tahun, anggaran jumlah rakan adalah seramai 201 hingga 300 orang rakan. Boleh dikatakan media terutamanya media sosial merupakan satu keperluan wajib bagi remaja hari ini dan dianggap sebagai sebahagian dari kehidupan moden dan gaya hidup terkini. Hal ini kerana, media sosial dan teknologi telah menyediakan ruang kepada remaja untuk berkomunikasi antara satu sama lain dengan cara yang paling mudah dan pantas.

Kupasan diatas menunjukkan cabaran yang besar diharungi oleh semua pihak dalam membentuk akhlak remaja sama ada pembelajaran mereka melalui persekitaran sosial yang tidak membantu dalam membentuk akhlak mereka, atau perkembangan teknologi maklumat yang tidak dapat dikawal menjadi punca kepada kegagalan menjadikan remaja berakhlak mulia serta kekangan yang besar untuk mereka dibentuk dengan landasan syariat Islam.

4. Kesimpulan

Pendidikan mempunyai cabaran tersendiri terutama dalam membentuk akhlak remaja agar menepati syariat Islam. Antara aspek yang dilihat sebagai cabaran ialah cabaran dalam mendapatkan ikon sebagai role model dalam diri remaja dalam persekitaran sosial, cabaran dalam memberi denda dan ganjaran kepada pelajar mengikut kesesuaian dan kemampuan institusi. Cara memberi nasihat juga perlu diberi penekanan agar selari dengan ilmu psikologi supaya memberi kesan yang maksima dan membantu pelajar membentuk akhlak. Selain daripada itu, perkembangan teknologi juga memberi kesan yang besar dalam diri remaja sehingga mereka dan cenderung terlibat dengan keruntuhan akhlak jika tidak diatasi dengan baik. Remaja perlu diberi panduan penggunaan media sosial supaya dapat memanfaatkan penggunaan ke arah yang baik. Cabaran-cabaran ini dapat diatasi

(11)

____________________________________________________________________

Jurnal Pengajian Islam, 2021, Vol. 14, No.I, Halaman 118-129 128 dengan fokus kepada perkembangan pendidikan dan mengikuti arus semasa tanpa meninggalkan amalan sedia ada yang diamalkan di institusi tersebut.

Rujukan

Abdul Rahman Aroff dan Zakaria Kasa. (1987). Falsafah dan Konsep Pendidikan, Siri Pendidikan. Fajar Bakti.

Ma Razhanlaily bt Ab Razak , Salasiah Hanin Hamjah. (2017). Faktor Zina Dan Kesannya Dalam Kehidupan Remaja. Jurnal Sains Insani. Pp 1-9.

Mariam Abd Majid, Nurul Zafirah Azman, Nurul Izzah Mohd Yani. (2019). Faktor Penglibatan Remaja Dalam Salah Laku Seksual: Kajian Terhadap Remaja Hamil Luar Nikah Di Pusat Pemulihan Akhlak Negeri Selangor. Al-Irsyad: Journal Of Islamic and Contemporary Issues. Pp 94-109.

Mohamad Khairudin Bajuri et.al. (2012). Konsep Ganjaran Dalam Aktiviti Pembelajaran: Pengamalannya Di Sebuah Sekolah Menengah Agama Di Terengganu. Proceedings: The 2nd Annual International Qur’anic Conference 2012.

Mohammad Nizar Mahzir, Nor Hayati Fatmi Talib & Nor Izzati Binti Mahd Nor. (2016). Pengaruh Persekitaran Sosial Terhadap Penghayatan Islam Pelajar Semester Satu Sesi Jun 2015 Politeknik Mukah Sarawak. Persidangan Kebangsaan Isu-Isu Pendidikan Islam 2016 21-22 Mei 2016, Auditorium Fakulti Pendidikan, UM Mohd Aderi Che Noh Engku Zarihan Engku Abdul Rahman. (2017). Ancaman Hedonisme Terhadap Remaja Islam Di Malaysia. Jurnal Penyelidikan Islam. Mohd Aizam Mas’od. (2012). Serangan Ideologi Barat Terhadap Pemikiran Umat Islam Dan Implikasinya Kepada Iman. Jurnal Penyelidikan Islam Bil 25/2012. Mohd Azrul Mohammad Salleh, Kamaliah Basir, Ali Salman dan Nik Hairi Omar. (2018). Media Sosial Dalam Transformasi Sistem Penyampaian Dan Kualiti Maklumat Kolej Kediaman. Prosiding Konvensyen Kepengetuaan dan Felo Penghuni Kolej Kediaman Universiti Awam Kebangsaan 2018. 206-217.

Muhammad Abul Quasem. (t.t.) The Ethics Of Al-Ghazali : A Composite Ethics In

Islam Selangor: Crescent News (KL) Sdn. Bhd.

Muhammad Akmal Ahmat. (2015). Penggunaan Media Sosial Secara Lestari Di Kalangan Pustakawan. Library Innovation Talk 2015 & 3rd Kkpi Annual Meeting. Nazneen Ismail, Norul Huda Bakar, Mariam Abd Majid, Hasnan Kasan. (2019). Pengamalan Hidup Beragama Dalam Kalangan Mahasiswa Institut Pengajian Tinggi Islam Di Malaysia. Al-Irsyad: Journal Of Islamic and Contemporary Issues. Pp 78-93.

(12)

____________________________________________________________________

Jurnal Pengajian Islam, 2021, Vol. 14, No.I, Halaman 118-129 129 Nooraisah Katmun@Katmon, Siti Rafizah Zakaria & Mohd Abdullah Jusoh. (2014). Faktor Penentu Masalah Disiplin Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Di Wilayah Persekutuan. Management Research Journal. Volume 3, pp 140-154. Noornajihan et.al. (2017). Cabaran Institusi Pendidikan Pondok Serta Impak Terhadap Pembentukan Diri Pelajar. Journal of Islamic, Social, Economics and Development Volume: 2 Issue: 6 (December, 2017)

Norlizah Che Hassan. (2014). Dinamika Kendiri Remaja. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Nurhamizah Hashim, Asbah Razali. (2019). Teknologi dan Media Sosial dalam Komunikasi Ibubapa dan Anak-anak. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication Jilid 35(4) 2019: 337-352.

Nurul Afiza Razali, Noor Hera, & Kamarul Azmi Jasmi. (2019). “Media Sosial dan Impak Negatif Menurut Islam” Prosiding Seminar Sains Teknologi dan Manusia 2019 (SSTM’19).

Othman Lebar. (2017). Penyelidikan Kualitatif Pengenalan Kepada Teori dan Metode. Perak: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim.

Rozmi Ismail, Nor Azri Ahmad, Fauziah Ibrahim & Salina Nen (2017). Pengaruh Faktor Individu, Keluarga dan Persekitaran Sosial Terhadap Tingkah Laku Penyalahgunaan Bahan dalam Kalangan Remaja. Akademika 87(1).

Wan Norina Wan Hamat, Zaharah Hussin, Ahmad Fkrudin Mohamed Yusoff , Ahmad Arifin Sapar. (2013). Pengaruh Media Massa Terhadap Penampilan Akhlak Remaja Islam Politeknik Malaysia. The Online Journal Of Islamic Education, volume 1 (pp 17-27).

Zakaria Stapa Ahmad Munawar Ismail & Noranizah Yusuf (2012). Faktor Persekitaran Sosial Dan Hubungannya Dengan Pembentukan Jati Diri. Jurnal Hadhari Special Edition.

Referensi

Dokumen terkait

Modifikasi DBSCAN dalam penentuan nilai Eps optimal secara otomatis pada data titik panas lahan gambut tahun 2013 dengan menggunakan bahasa pemograman R

Meningkat­ nya gugus hidroksipropil dan MS disebabkan karena granula pati makin mudah untuk menggelembung pada suasana al­ kalis selama hidroksipropilasi berlangsung,

Dengan ini diberitahukan bahwa Direktorat Jenderal Perhubungan Udara memberi kesempatan bagi Warga Negara Indonesia yang berijazah Diploma III (Terakreditasi oleh Ditjen

Berdasarkan Pasal 55 ayat (2) Undang-Undang (UU) Nomor 1 Tahun 2004 tentang Perbendaharaan Negara dan Peraturan Menteri Keuangan Nomor 213/PMK.05/2013

Dalam kasus kebijakan pemerintah Aceh mendorong pemerintah Indonesia untuk melakukan penanganan pengungsi asing di Aceh ini, maka dapat dikaji bahwa terdapat dua

Terkait dengan isu keamanan internet yang menjadi pembicaraan banyak orang dewasa ini, terbersit pula sejumlah praduga alias “hipotesa” tidak tertulis yang memperkirakan bahwa

Hasil wawancara yang didapati oleh peneliti dari pengamatan di lapangan jelaslah bahwa ada beberapa hal yang menjadi permasalahan atau kendala dalam menyelesaikan pekerjaan

Jadi dapat disimpulkan bahwa tactile defensiveness adalah ketidaktepatan, tanggapan yang bersifat berlebihan terhadap stimulus tactual, di mana klien