Norhayati Binti Sharif
No.4 kampung Purun Kuala Klawang 71600 Jelebu
Negeri Sembilan Darul Khusus
……… ………
21 November 2015 Pengarah
Hospital Tuanku Jaffar Seremban
Tuan,
PERKARA : Memohon mendapat Penjelasan Lanjut Mengenai Rawatan Yang Diterima Oleh Pesakit Mazlan Bin Sharif
Saya seperti nama diatas waris kepada Mazlan Bin Sharif ingin mendapatkan keterangan serta penjelasan lanjut mengenai rawatan yang telah diberi kepada pesakit Mazlan Bin Sharif.
Berikut adalah kronologi perjalanan pesakit sebelum disahkan meninggal dunia pada 18/5/2015
2. Pesakit mula dikesan sakit pada awal Februari 2015. Pada 24/3/2015 Pesakit telah mula menerima rawatan di Hospital Jelebu. Pada ketika itu pesakit menjalani ujian darah dan kemudian nya telah dimasukan ke wad (lampiran 1). Pesakit juga diberi rawatan biasa seperti memasukan darah bagi menstabilkan tekanan darah. Pada 25/3/2015 waris pesakit diarahkan membawa pesakit untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Tuanku Jaffar Seremban ini kerana tekanan darah pesakit tidak stabil.
Temujanji itu adalah temujanji ‘mengambil sample darah’. Manakala temujanji seterusnya pada 1/6/2015.
4. Setelah dibenarkan keluar dari hospital ,pesakit berada dibawah jagaan abang pesakit dikampung Jelebu. Disebabkan beberapa kekangan abang pesakit telah menghantar pesakit kerumah adiknya di Batang Kali. Sepanjang berada di rumah adiknya,pesakit hanya mengalami batuk-batuk kecil sahaja serta kahak kering. Sehingga pada 12/5/2015 jam 11.45 malam pesakit ada mengadu tidak sedap badan dan tidak bermaya. Pesakit terus dibawa ke Hospital Sungai Buloh dirujuk ke Unit Kecemasan (Zon Merah). Sepanjang berada di Hospital Sungai Buloh pesakit menerima rawatan rujuk (lampiran 3) sehingga pesakit disahkan meninggal dunia pada 18/5/2015.
5. Sebagai waris yang terdekat saya mewakili pihak keluarga memohon mendapatkan penjelasan lanjut dari pihak tuan. Kenapa dipihak tuan
(Hospital Tuanku Jaffar Seremban) gagal mengesan punca sebenar penyakit arwah dan bagaimana pihak hospital Sungai Buloh dapat mengesan penyakit tersebut tetapi ia sudah terlambat.
Segala penjelasan sekurang-kurangnya dapat meredakan kegelisahan serta kekeliruan kami sekeluarga semua.
Yang mengadu
……….. Norhayati Binti Sharif Waris pengadu
No tel : 012-6348002
s.k : Pengarah Kesihatan Negeri