• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGAJARAN RECIPROCAL SATU ALTERNATIF ST

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PENGAJARAN RECIPROCAL SATU ALTERNATIF ST"

Copied!
0
0
0

Teks penuh

(1)

PENGAJARAN RECIPROCAL: SATU ALTERNATIF STRATEGI PEMBELAJARAN BERKESAN

Umi Kalsum Mohd Salleh

Fakulti Pendidikan Universiti Malaya

Reciprocal learning is student-centered, and encourages students to think about thinking (metacognition). This article discusses issues relating to re -ciprocal learning, specifically its efficacy in developing reading skills. This article also explores the appropriateness of reciprocal learning in contempo -rary educational systems.

Pengajaran berkesan adalah pengajaran guru yang menghasilkan pembelajaran di kala-ngan pelajar. Apabila membincangkan mengenai pengajaran, istilah pembelajaran sering dibincangkan bersama kerana dalam dunia-pendidikan kedua-duanya berlaku serentak. Untuk memahami pengajaran yang berkesan, lebih dahulu kita perlu memahami konsep pembelajaran itu sendiri.

Konsep Pembelajaran

Terdapat banyak definisi mengenai pembelajaran. Gage dan Berliner (1991) mendefini-sikan pembelajaran sebagai proses yang membawa kepada perubahan tingkah laku hasil daripada pengalaman. Ini termasuk perubahan penguasaan maklumat; fakta; konsep; prinsip; sikap; amalan; kemahiran berfikir; kemahiran melakukan kerja; perubahan tabiat; dan tingkah laku. Bagi Hamachek (1995) pembelajaran adalah proses yang melibatkan perubahan tingkah laku melalui pengalaman dan latihan. Dengan kata yang lain, pem-belajaran bukan sahaja dirujuk sebagai hasil yang diperhatikan tetapi juga kepada sikap, perasaan, dan proses intelektual yang jelas,

Hill (1971) mengatakan ahli-ahli psiko1ogi telah membahagikan pembelajaran ke-pada dua bentuk iaitu: 1) Penjelasan (declarative); dan 2) Pengkaedahan (procedural).

Pembelajaran-penjelasan melibatkan penghafalan dan penyimpanan maklumat sementara pembelajaran-pengkaedahan melibatkan proses penyusunan semula dan membentuk satu pola berkaitan dengan sesuatu aktiviti. Bagi Nicholls (2002) pembelajaran dikatakan ber-laku apabila terdapat perubahan dalam perber-lakuan pelajar hasil daripada penglibatannya dalam suatu pengalaman pendidikan.

Daripada pelbagai definisi di atas menunjukkan bahawa secara umunmya, pembela-jaran adalah berhubung dengan bagaimana kita melihat dan memahami dunia, mengenai bagaimana kitamaking meaning (membuat membuat maksud/makna/pengertian) (Marton

& Booth, 1997 dlm, Fry, Ketteridge, & Marshall, 2003). Dalam pengajaran dan

(2)

164 Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya

Kepentingan Membaca

Membaca adalah amalan yang biasa dilakukan oleh orang ramai. Membaca tanpa mema-hami apa yang dibaca juga merupakan amalan yang kerap dilakukan tanpa disedari oleh pelakunya!

Tanpa kefahaman membaca, menurut Casper, Catton, dan Westfall (1998), pembacaan dianggap sifar dan Iangsung tidak bermakna. Mereka menegaskan bahawa tujuan utama membaca adalah untuk memahami idea-idea dan kandungan bahan bacaan seseorang. Bagi pelajar yang membaca tanpa kefahaman, mereka akan menjadi kurang bermotivasi dan seterusnya akan berputus asa ketika membaca (Lysynchuk, Pressley, &

Vye, 1990).

Terdapat banyak sebab kenapa pelajar tidak memahami bahan yang dibaca. Anta-ranya, pelajar tidak dapat mengesan pembacaan sendiri; membaca tanpa kawalan; dan tidak sedar apa yang mereka faham atau sebaliknya (Hart &Speece, 1998). Mereka hanya

membaca dan terus membaca sehingga ke ayat akhir tanpa memahaminya. Keadaan ini akan berterusan apabila pelajar tidak tahu dan tidak sedar kelemahan mereka. Oleh itu, tiada sebarang langkah diambil untuk mengatasi masalah kefahaman mereka (Hodge, Palmer, & Scott, 1992).

Masalah kefahaman membaca, menurut Schmidt dan Jarisen (1981, dlm, Westera & Moore, 1995), masih kekal menjadi masalah kepada pelajar dan guru. Kebolehan mem-baca dan memahami apa yang dimem-baca adalah satu kemahiran yang menjadi punca kepada pembelajaran yang berkesan. Menurut Paris dan rakan-rakan (dlm, Westera & Moore,

1995) kemahiran kefahaman boleh diajar kepada pelajar untuk meningkatkan pemahaman dan kemahiran mengawal dan mengesan maklumat penting dalam pembacaan mereka.

Secara umumnya terdapat beberapa strategi pengajaran membaca. Dalam artikel ini penulis akan membincangkan tentang pengajaran reciprocal, cara pelaksanaannya, dan kesesuaian pengajaran ini dalam pendidikan semasa dan pembelajaran berkesan.

Pendekatan Pengajaran Reciprocal

Pendekatan pengajaran reciprocal adalah satu pendekatan pengajaran kefahaman mem-baca. Pendekatan ini diperkenalkan oleh Palincsar dan Brown (1984) yang mengatakan kefahaman membaca boleh diajar kepada pelajar. MenurutKamus Dewan(1986) recipro-cal bermakna bertimbal balik dan saling membantu. Kamarudin Haji Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1998) pula mengatakan pengajaran reciprocal adalah pengajaran menyaling. Daripada definisi-definisi tersebut menunjukkan bahawa pendekatan pengajaran recipro-cal adalah satu bentuk pengajaran yang aktif. Pengajaran ini melibatkan perbincangan antara guru dan pelajar berdasarkan segmen teks yang dibaca; dan ini boleh dijalankan dalam kumpulan besar atau kecil, tanpa batasan.

Pengajaran ini memperkenalkan teknik perbincangan dalam kumpulan yang pel-bagai saiz; bagi memperbaiki, menjawab persoalan; dan memilih isi-isi penting semasa membaca sesuatu teks.

(3)

Meramal

Ini berlaku apabila pelajar membuat ramalan mengenai perkara-perkara yang bakal dibin-cangkan oleh penulis dalam teks. Untuk menjayakan ramalan mereka, pelajar perlu men-ghubungkan pengetahuan sedia ada berkaitan dengan teks bacaan mereka. Ini bermakna pelajar kini mempunyai tujuan membaca iaitu untuk memastikan andaian mereka benar atau tidak. Andaian-andaian ini juga akan membentuk pengetahuan barn kepada pelajar berhubung dengan maklumat yang mereka baca, Contohnya, apabila pdaja.rmeramal me~ reka akan berkata: "Saya merarnal .;" atau "Saya rasa.:"ataupun "Saya fikir .. ."

Pelajar akan mencari klue daripada teks untuk membantu membuat ramalan atau mencari bukti-bukti atau pun rnenggunakan ilustrasi yang terdapat dalam teks untuk rnenyokong rarnalan mereka atau pelajar juga menggunakan pengetahuan sedia ada mereka terhadap topik yang dibaca atau menggunakan pengalarnan sendiri untuk membuat ramalan. Contohnya: "Saya meramal ... kerana ... ;" dan pelajar akan menyemak semula -ramalaa-mereka-untuk-memastiken .rasional atau-tidak.

Menyoal

Penghasilan soalan adalah aktiviti kefahaman. Ketika membina soalan pelajar perlu men genal pasti maklumat yang bermakna untuk menghasilkan isi penting dalam soalan. Mereka juga boleh melakukan ujian kendiri terhadap soalan yang mereka bina sarna ada boleh dijawab atau tidak. Dengan ini, pelajar dapat mengawal kefahaman mereka. Pelajar boleh membina soalan dengan rnenggunakan perkataan berikut: Siapa; apabila; di mana; kenapa; dan bagaimana. Pelajar boleh menyoal soalan wonder sebelum mula membaca berdasarkan klue yang mereka perolehi daripada teks misalnya: "Saya ingat(I wonder)

Menjelaskan

Aktiviti ini berlaku apabila pelajar menghadapi kesukaran untuk memahami apa yang dibaca. Mereka beranggapan tujuan membaca ialah menyebut perkataan dengan betul bukannya memaharni maklumat yang dibaca, Melalui aktiviti penjelasan mereka diajar untuk sentiasa bersedia untuk mencari makna bahan yang dibaca. Bagaimana ini berlaku? Pelajar akan berkata:

 "Saya tidak faharnlah (keliru) tentang ...• jadi saya.:"

 Pelajar akan cuba mengenal pasti perkataan yang sukar untuk difahami atau disebut. Mereka boleh menggunakan beberapa cara seperti mencarichunksyang mereka tahu, cuba menyebutkan perkataan itu, menggunakansyllablesatau membaca semula(re reading);

 Pelajar mengatakan bagaimana mereka menjelaskan perkataan yang sukar;

 Pelajar mengenal pasti ayat, perenggan, muka surat atau idea-idea yang mereka hendak jelaskan; dan

 Pelajar mengenal pasti kekeliruan sarna ada pada perkataan, bahagian (parts) atau idea sesuatu teks yang dibaca dan menjelaskan cara yang mereka gunakan untuk membaiki kefahaman mereka.

Meringkaskan

(4)

166 Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya

yang penting dalam teks. Meringkas boleh dilakukan menerusi ayat, perenggan dan secara keseluruhan teks. Pada peringkat awal pengajaran reciprocal, tumpuan diberi terhadap ringkasan ayat demi ayat, dan perenggan demi perenggan. Apabila pelajar bertambah mahir menggunakan teknik reciprocal, mereka akan dapat meringkas pada peringkat perenggan dan keseluruhan teks. Sewaktu membuat ringkasan, pelajar mengatakan: "Perenggan ini adalah mengenai ... " ataupun "Idea yang paling penting dalam teks ini adalah ... "

Pada peringkat ini, pelajar membaca semula untuk meringkaskan idea atau kejadianJ peristiwa penting dalam teks: 1) Hanya isi/idea penting sahaja yang disebutkan dengan tersusun; dan 2) Pelajar menggunakan perbendaharaan kata daripada teks yang dibaca. Setiap strategi ini akan dilakukan oleh pelajar sewaktu membaca teks; mereka juga boleh berbincang dengan rakan-rakan atau melakukannya secara bersendirian. Melalui strategi tersebut pelajar dapat menyusun, membina maksud daripada teks di samping mengawal atau mengawasi bacaan mereka supaya mereka memahami apa yang dibaca.

Pengajaran Reciprocal dengan Pembelajaran Aktif

Pendidikan berpusatkan-pelajar adalah salah satu matlamat Kurikulum Bersepadu Seko-lah Menengah (KBSM). Oleh itu, dalam proses pengajaran dan pembe1ajaran peringkat menengah, guru perlu memberi tumpuan kepada pelajar dengan melibatkan mereka se-cara aktif (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2000).

Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan-pelajar dapat dilihat dalam pengajaran reciprocal. Perbincangan secara berkumpulan, sama ada kumpulan kecil atau besar yang dilakukan dalam pembelajaran ini secara tidak langsung menjadikan pelajar aktif.

Dalam pendekatan reciprocal, pelajar olah memainkan peranan sebagai seorang pengajar (Borkowski, 1992 dlm. Lederer, 2000). Ini akan menarik minat pelajar untuk membaca dan memahami apa yang dibaca. Aktiviti bermain seperti meniru gaya guru semasa melakukan penyoalan di dalam kelas dan perbincangan merupakan aktiviti yang menghalang kebosanan pelajar ketika membaca. Bagi Edwards (1995) pelajar juga merasa gembira malah akan merasa diri mereka begitu penting seperti guru ketika melakukan perbincangan dalam kumpulan masing-masing. Pelajar akan menjadi aktif semasa melakukan perbincangan tersebut.

Pengajaran reciprocal melibatkan sesuatu permainan yang terjalin di antara guru dan pelajar ketika mengetuai perbincangan tentang teks yang dibaca secara bergilir-gilir. Keadaan ini akan menyedarkan pelajar tentang betapa sukarnya menjalankan perbincangan dan pentingnya kerjasama ahli kumpulan. Kesedaran pelajar ini akn membentuk sikap pelajar supaya mempunyai semangat kerjasama dan menghargai guru mereka (Wray & lewis, 1998).

Peningkatan pelajar dalam kefahaman akan membina sikap yang positif apabila pelajar mencari dan menstruktur maklumat ketika membaca. Pelaajar juga dapat meningkatkan keyakinan diri; mempunyai motivasi untuk membaca; membina daya kepimpinan dan sikap bekerjasam apabila menggunakan kaedah reciprocal.

(5)

Pengajaran Reciprocal dengan Kemahiran Berfikir

Kemahiran berfikir telah lama diperkena1kan da1am pengajaran dan pembe1ajaran di sekolah, yang juga dikenali sebagai Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK) tetapi pelaksanaannya masih 1agi be1um mantap selain kurang diberi penekanan oleh guru (Ke-menterian Pendidikan Malaysia, 2002). Dalam pengajaran reciprocal, kemahiran berfikir dapat dilihat sewaktu pelajar melakukan aktiviti meramal, menyoal, menjelaskan, dan merumus. Malah proseskemahiranberfikirmetakognisi digunakan dalam aktiviti penga-jaran ini.

Menurut Ormrod (1998) sewaktu pelajar membaca teks dengan menggunakan kae-dah reciprocal mereka akan me1akukan pembe1ajaran yang berkesan yang mana ini merupakan proses metakognisi. Tambah beliau, faktor metakognisi ini merujuk kepada pengetahuan, kesedaran serta kefahaman seseorang itu mengenai proses pembelajarannya dan juga mengenai keupayaan pembelajarannya. Bertitik tolak dari kesedaran menge-naipetkara.;perkara tersebut; seseorang akan dapatmenyelenggarakarrproses kegnisinya dengan baik; dan dengan itu ia dapat memaksimumkan pembelajaran dan ingatannya. Menurut Ormrod (1998) antara perkara-perkara yang terdapat di dalam penyelenggaraan proses kognisi seseorang individu, termasuklah:

1. Mengetahui had keupayaan pembelajaran dan ingatannya;

2. Menyedari secara realistik pembelajaran yang berupaya dilaksanakan di dalam satu jangka waktu tertentu;

3. Mengetahui strategi, teknik dan taktik pembelajaran yang berkesan;

4. Membuat perancanaan atau pelan untuk melakukan pembelajaran yang berjaya; 5. Menggunakan strategi pembelajaran yang berkesan untuk memproses maklumat barn; 6. Keupayaan untuk memantau ilmu pengetahuan dan pemahamannya; dan

7. Keupayaan untuk menggunakan strategi yang berkesan ketika menyelesaikan mas a-lah, atau ketika untuk mendapatkan maklumat yang tersimpan.

Metakognisi merujuk kepada pengetahuan serta kepercayaan seseorang mengenai proses dan keupayaan pembelajarannya (Ormrod, 1998). Sebelum itu, Flavell (1979) serta Garner dan Alexander (1986) juga menyifatkan fungsi metakognisi sebagai pengetahuan seseorang mengenai kawalan pembelajaran kendiri. Berdasarkan kepada pengetahuan dan prinsip ini, seseorang itu akan menyelenggarakan proses kognisinya dengan berkesan; dengan itu ia dapat memaksimumkan pembelajaran dan ingatannya. Antara perkara-perkara yang terdapat di dalam penyelenggaraan proses kognisi seseorang itu termasuklah: 1) Prosesproses mengetahui had keupayaan pembelajaran dan ingatannya: 2) Menyedari secara realistik pembe1ajaran yang berupaya dilaksanakan di dalam satu jangka waktu tertentu; 3) Mengetahui strategi, teknik dan taktik pembelajaran yang berjaya; 4) Menggunakan strategi pembe1ajaran yang berkesan untuk memproses dan mempelajari maklumat barn; 5) Keupayaan memantau ilmu pengetahuan dan pemahamannya; dan 6) Keupayaan untuk menggunakan strategi yang berkesan ketika menyelesaikan masalah, atau ketika untuk mendapatkan maklumat yang tersimpan (Ormrod, 1998).

(6)

Mem-168 Masalah Pendidikan 2005, Universitl Malaya

baca untuk bela jar dan bukannya belajar untuk membaca.

Strategi pembelajaran merupakan satu aspek dari penyelenggaraan proses kognisi.

Menurut Cross dan Paris (1988) fungsi metakognisi merangkumi dua kategori proses kognisi iaitu: 1) Pengetahuan tentang penilaian kendiri terhadap proses kognisi; dan 2) Pengurusan kendiri terhadap proses berfikir. Kemahiran metakognisi membantu seseorang untuk membuat perencanaan pembelajarannya atau menyelesaikam sesuatu masalah.

Pengajaran Reciprocal dengan Pembelajaran Mendalam

Terdapat tiga jenis pendekatan pembelajaran yang biasa digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu: 1) Pendekatan Cetek; 2) Pendekatan Mendalam; dan 3) Pendekatan Strategik. Setiap pendekatan mempunyai ciri-ciri dan hasil pembelajaran yang berbeza. Oleh itu, memahami pendekatan pembelajaran pelajar dapat membantu guru untuk menghasilkan pembelajaran berkesan dalam proses pembelajaran dan pengajaran mereka di bilik darjah berdasarkan konteks tertentu. Di sini penulis merujuk kepada konteks kefahaman pelajar membaca.

Setiap pendekatan tersebut mempunyai ciri-ciri dan hasil pembelajaran dan pengaja-ran yang tertentu misalnya, dalam pendekatan cetek, hasil pembelajapengaja-rannya ialab pelajar hanya memperoleh kefaharnan secara umum sahaja bagi keseluruhan pembelajaran me-reka.

Bagaimana hasil pembelajaran ini berlaku? Jawapannya merujuk kepada ciri-ciri Pembelajaran Cetek iaitu: 1) Pembelajaran pelajar untuk membaca hanya digerakkan oleh keinginan untuk menghabiskan pembacaan yang perlu mereka baca; 2) Pelajar hanya bergantung kepada menghafal isi-isi penting dalam teks dan bukannya memahami pembacaan mereka; 3) Pelajar tidak dapat membezakan antara pengetahuan barn daripada pengetahuan sedia ada; 4) Pelajar hanya menggunakan teknik hafalan; dan 5) Proses kognitif pada tahap ini adalah rendah.

Hasil pembelajaran Pendekatan Mendalam pula ialah pelajar akan memahami secara mendalam dan dapat menghayati makna daripada isi penting pembaeaan yang mereka lakukan. Terdapat tujuh ciri Pembelajaran Mendalam iaitu: 1) Pelajar digerakkan oleh minat yang mendalam terhadap pembacaan teks yang mereka baca; 2) Pelajar akan meneari makna bagi sesuatu yang mereka baca; 3) Pelajar dapat mengaitkan konsep dan pengalaman yang sedia ada dengan yang barn dalam pembaeaan mereka; pelajar dapat rnembuat penilaian secara kritikal hasil semasa dan di akhir pembacaan sesuatu teks; 5) Pelajar dapat mengenal pasti konsep dan tema-tema utama dalam teks yang dibaea; 6) Pelajar dapat menghubungkaitkan pengetahuan/isi teks yang dibaca dengan pandangan sendiri; dan 7) Pelajar dapat menggunakan logik dan urutan isi penting dalam teks yang dibaea untuk membuat penilaian isi kandungan teks secara keseluruhan.

Hasil pembelajaran menggunakan Pendekatan Strategik pula ialah kefahaman mem-baca yang pelbagai dan tidak pasti iaitu sarna ada kefahaman pelajar seeara umum atau mendalarn terhadap teks yang dibaca. Terdapat dua eiri sahaja dalam pendekatan ini iaitu: 1) Tujuan mereka membaca sarna ada sekadar membaea sahaja atau memahami apa yang dibaca; dan 2) Pelajar akan mernilih sarna ada untuk mengaplikasikan strategi pendekatan cetek atau mendalam yang bersesuaian dengan tujuan mereka membaca.

(7)

dirumus-kan bahawa Pendekatan Mendalam merupadirumus-kan pembelajaran yang aktif dan mengga-lakkan pelajar berfikir (metakognisi) sewaktu membaca. Ciri-ciri pendekatan ini juga terdapat dalam pengajaran reciprocal. Malah kajian menunjukkan dengan menggunakan pendekatan mendalam dapat meningkatkan pencapaian pelajar.

Pendekatan Pembelajaran dengan Pencapaian

Sebagai pelopor kepadakajian pendekatan pembelajaran, Marton dan Saljo (1976) memberi penekanan terhadap variasi pelajar dalam menentukan ciri-ciri pembelajaran yang baik. Kember dan Murphy (1990) menegaskan rarnai di kalangan ahli-ahli teori pendidikan tidak menghiraukan ciri-ciri pembelajaran melalui pemahaman. Sedangkan objektif pengajaran perlu menekankan kepada penaakulan konsep; penggunaan kaedah tertentu dalam menyelesaikan masalah; membentuk idea dan prinsip barn dalam menangani sesuatu masalah; dan penggunaan prinsip dalam melakukan ramalan dan bukannya tertumpnkepadaaktiviti"aktivitipenghafaian fakta.Kaedahpembelajaran ini berkait dengan pendekatan pembelajaran yang diutarakan oleh Marton dan Siiljo sebagai Pembelajarandalaman.

Watts dan Anderson (1971) telah membuat beberapa sirl kajian terhadap pelajar yang mengamalkan pendekatan yang berbeza. Mereka dapati bahawa pelajar yang mengamalkan pendekatan permukaan pada mulanya memperolehi markah yang tinggi daripada pelajar yang mengamalkan pendekatan dalaman tetapi dalam jangka masa panjang, pelajar yang mengamalkan pendekatan dalaman memperolehi pencapaian yang lebih baik dalam ketiga-tiga soalan iaitu objektif, esei dan lisan.

Kajian Marton dan Siiljo (1976) yang menggunakan bahan pengajaran yang berbeza telah mewujudkan tahap pemprosesan pelajar yang berbeza. Kajian tersebut melihat hasil dan proses sesuatu pembelajaran kesan daripada Pembelajaran Dalaman dan Pembelaja-ran Permukaan. PembelajaPembelaja-ran Dalaman dikaitkan dengan PembelajaPembelaja-ran Bermakna yang merujuk kepada konteks pembelajaran, sedangkan Pembelajaran Permukaan dikaitkan dengan Pembelajaran Hafalan. Kajian ini mendapati pencapaian pelajar lebih memberangsangkan apabila pelajar menggunakan Pembelajaran Dalaman kerana, dengan menggunakan pendekatan ini, pelajar cuba menghubungkaitkan apa yang hendak disampaikan oleh sesuatu pembelajaran, dan bagaimana sesuatu maklumat itu hendak dikaitkan.

RUMUSAN

(8)

170 Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya

RUJUKAN

Bower, B., Lobdell, J.,&Swenson, L. (1994). A new approach to teaching history in

di-verse classroom.Teaching Thinking and Problem Solving,16(1), 7-14.

Casper, M., Catton, J., & Westfall, S. (1998). Comprehension; Theories and strategies.

[Atas talian] http://www .dominican.edu/academics/facultypages/madalienne peters/ compprehension.html

Cross, D. R.,&Paris, S. J. (1988). Developmental and instructional analyses of children's

metacognition and comprehension.Journal of Educational Psychology, 80,

131~142.

Edwards, J. (1995).Reciprocal teaching in the fourth-grade science program. Minnea-polis, MS: University of Minnesota, College of Educational and Human Develop-ment, Center for Applied Research and Educational Improvement (CAREl). Flavell, J. H. (1979). Metacognition and cognitive monitoring.American Psychologist.

34.906-911.

Fry, H., Ketteridge, S., &Marshall, S. (2003).A handbook for teaching and learning in higher education: Enhancing academic practices.London: Kogan.

Gage, N. L.,&Berliner, D. C. (1991).Educational psychology(5th ed.). Boston, MA:

Houghton.

Garner, R.,&Alexander, P. A. (1986). Metacognition: Answered and unanswered

ques-tions.Educational Psychologist, 24,143-158

Hamachek, D. (1995).Psychology in teaching, learning& growth(5th ed.). Boston, MA:

Allyn.

Hart, E. T.,&Speece, L. D. (1998). Reciprocal teaching goes to college: Effects for post

secondary students at risk for academic failure.Journal of Educational Psychology. 40(4),670-681.

Hill, W. F. (1971).Learning: A survey of psychological interpretation.Scranton, PA: Chandler.

Hodge, E. A., Palmer, B.,&Scott, D. (1992). Metacognitive training in cooperative

groups on the reading comprehension and vocabulary of at risk college students.

College Student Journal.26,440-448.

Kamus Dewan.(1986). (Cet. 3). Kuala Lumpur: DBP.

Kamaruddin Hj. Hussin,& Siti Hajar (1998).Penguasaan kemahiran membaca: Kaedah dan teknik membaca. Serdang, Selangor: Universiti Putra Malaysia.

Kember, D., & Murphy, D. (1990). Alternative new directions for instructional design.

Educational technology, 30(8), 42-47.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Sukatan pelajaran kurikulum bersepadu seko-lah menengah.Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2002). Kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran.Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Lederer, J. M. (2000). Reciprocal teaching of social studies in inclusive elementary class-rooms.Journal of Learning Disabilities.33(1), 91-106.

Lysynchuk, L. M., Pressley, M., &Vye, N. J. (1990). Reciprocal teaching improves

(9)

Marton, E,& SaIjo, R. (1976). On qualitative differences in learning: Outcome and

pro-cess.British Journal of Educational Psychology.46. 4-11.

Moore, D. W. (1989). Teaching history. The Clearing House,62(7), 304-349.

Nicholls, G. (2002).Developing teaching and learning in higher education.London: Routledge.

Onnrod, J. E. (1998). Developing learners.New York: Merrill.

Palincsar, A. S.,& Brown, A. L. (1984). Reciprocal teaching of comprehension-fostering

and comprehension monitoring activities.Cognition and Instruction,1 (2), 117~175. Watts, G. H.,&Anderson, R. C. (1971). Effects of three types of inserted question on

learning from prose.Journal of Educational Psychology,62, 387-394.

Westera, J.,&Moore, D. W. (1995). Reciprocal teaching of reading comprehension in a

New Zealand High School.Journal of Psychology in the Schools,32(3), 225-232. Wray, D.,&Lewis, M. (1998). Texts and learning: Towards a model of teaching literacy.

Referensi

Dokumen terkait