• Tidak ada hasil yang ditemukan

SKDK PSS Karya Besar & Karya Agung

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2019

Membagikan "SKDK PSS Karya Besar & Karya Agung"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

Senarai Nama Sasterawan Negara sehingga 2012

1. 1981 : Kamaluddin Muhamad atau Keris Mas

2. 1982 : Dato' Shahnon Ahmad

3. 1983 : Datuk Dr. Usman Awang

4. 1986 : Datuk A. Samad Said

5. 1988 : Muhammad Dahlan bin Abdul Biang atau Arena Wati

6. 1991 : Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh

7. 1993 : Datuk Noordin Hasan

8. 1996 : Datuk Abdullah Hussain

9. 2001 : S. Othman Kelantan

10. 2009 : Dr. Anwar Ridhwan

11. 2011 : Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah (Kemala)

Tajuk-tajuk Karya-karya Agung (Besar)

Karya-karya Agung (Besar)

Definisi

Karya-karya yang berjaya meninggalkan kesan seni, ilmu, falsafah,

budaya, dan sosial yang kekal dalam kesedaran dan ingatan pembaca.

Unsur dalam karya ini merangkumi mutu, nilai ketamadunan dan nilai

kemanusiaan di dalam karya tersebut.

Rasional

Hasil daripada penilaian Anugerah NILAM Kebangsaan mendapati majoriti

calon lebih mementingkan kuantiti buku yang dibaca daripada kualiti

buku. Hanya segelintir calon terutamanya calon sekolah menengah yang

dikenal pasti membaca karya-karya bacaan bermutu daripada

penulis-penulis dan sasterawan berwibawa. Justeru, galakan membaca karya

besar perlu ditekankan dalam penghayatan pembacaan murid bagi

menjurus mereka ke arah pemikiran kritis dan kreatif.

(2)

Persoalan yang dibahaskan dalam karya besar ini masih relevan dengan

isu semasa walaupun ada antaranya telah ditulis berabad-abad yang lalu.

Persoalan ini masih segar dan perlu diterokai daripada pelbagai konteks

dan perspektif. Atas kesedaran tersebut, maka koleksi karya-karya besar

perlu diwujudkan di Pusat Sumber Sekolah.

(3)

Bahasa Inggeris

Karya Bacaan Matang dan Bukan Fiksyen (Menengah Atas)

(4)
(5)
(6)

MAKSUD KARYA AGUNG

KARYA AGUNG

K

ARYA AGUNG ialah karya klasik yang telah meninggalkan kesan budaya, pemikiran,

pandangan dan falsafah hidup yang berkekalan dalam ingatan bersama sesuatu bangsa. Karya

itu dapat dianggap sebagai pembentuk dan cermin budaya dan tamadun bangsa yang

melahirkan karya itu. Ia melambangkan keunggulan daya cipta bangsa itu untuk membentuk

tradisi dan identitinya yang tersendiri. Kita mengenal tamadun Greek, Cina, India, Mesir dan

bangsa-bangsa yang lain melalui karya seni, pemikiran, falsafah, sastera dan dicetuskan oleh

pemikir, seniman dan sasterawan zaman dahulu kala mereka yang mampu meninggalkan

pengaruh yang besar dan kekal sepanjang zaman, dipelajari, dijadikan petua, dikekalkan atau

dicerna oleh keturunan berikutnya sehinggalah hasilnya menjadi tradisi dan warisan bangsa

hingga ke zaman ini.

KARYA AGUNG MELAYU

K

ARYA AGUNG MELAYU ialah karya yang melambangkan keunggulan daya cipta

seniman, penulis dan pemikir bangsa Melayu dahulu kala dalam menggambarkan idealisme,

nilai, pandangan hidup, adat, budi, kesedaran moral dan visi bangsa dan masyarakatnya

melalui bentuk sastera dan seni yang tinggi nilainya sehingga kesan seni, budaya dan falsafah

kekal sepanjang zaman dalam minda kolektif bangsa Melayu. Tamadun Melayu sepanjang

zaman banyak sekali dibentuk dan diwataki oleh tradisi sastera ini.

K

arya Agung Melayu bererti karya agung yang ditulis atau diungkapkan atau dilisankan

(pepatah, pantun, lipur lara, dan lain-lain) dalam bahasa Melayu, tidak mengambil kira

kelompok bangsa/etnik dalam kawasan Dunia Melayu ini, sama ada orang Melayu di

Semenanjung Tanah Melayu, atau orang Melayu Brunei, atau orang Aceh, orang Bugis,

orang Minangkabau, dan lain-lain yang menghasilkan karya itu. Dari segi ini sempadan

geografi dan etnik tidak timbul, tidak kira di manakah daerah asalnya di Dunia Melayu ini,

dan mampu mencetuskan dalam bentuk dan gaya yang luar biasa, unsur-unsur pemikiran,

sistem nilai dan kepercayaan, falsafah atau pandangan hidup bangsa Melayu turun-menurun.

KARYA AGUNG DUNIA MELAYU

(7)

Karya Agung

(Ditulis oleh Mohamad Basri Hamzah)

Karya Agung ialah karya yang berjaya meninggalkan kesan seni, budaya dan pemikiran luar biasa dalam tamadun atau tradisi sesuatu bangsa. Karya ini dianggap warisan bangsa dalam erti kata bahawa ia mewakili ‘minda’ dan pengalaman bersama bangsa itu sepanjang zaman sebagaimana yang dipancarkan dalam sistem kepercayaan, falsafah hidup, tradisi ilmu, adat, bahasa, seni, dan pekerti budaya dan sosial yang membentuk citra identiti ketamadunan bangsa itu.

Sejak penubuhannya, Yayasan Karyawan telah berjaya menerbitkan 14 judul Karya Agung dan 1 judul Buku Pengenalan Karya Agung. Penerbitan Karya Agung Justeru itu, tidak dapat dinafikan, penekanan terhadap aspek kualiti dalam menghasilkan Karya Agung meninggalkan impak yang mendalam dalam karya tersebut. dilaksanakan secara teliti dan melalui penyelidikan oleh para sarjana yang berwibawa dan pakar dalam bidang pengkhususan masing-masing.

Senarai karya agung:

Sulalat al-Saltin : Juga dikenali sebagai Sejarah Melayu. Naskhah tertua pernah ditemui ini dikarang di Johor pada tahun 1612, atas titah raja oleh Bendahara Paduka raja (Tun Seri Lanang) Episod-episod yang dipaparkan dalam karya ini memberi maklumat penting tentang keturunan raja-raja Melayu serta adat istiadatnya, dan peristiwa-peristiwa bersejarah dalam perjalanan kerajaan Melayu Melaka dan tanah jajahannya.

Hikayat Hang Tuah : Dikarang pada sekitar tahun 1641 hingga 1736 ini adalah satu-satunya epik Melayu yang mewakili bangsa itu sendiri tentang cita-citanya, kebolehannya, dan sikap hidupnya pada suatu zaman. Pengarang mengakhiri karyanya dengan meninggalkan semangat yang kekal dalam minda Melayu hingga hari ini: ”Takkan Melayu Hilang di Dunia’.

Tuhfat Al-Nafis : menceritakan sejarah kerajaan Riau-Lingga, sebuah kerjaan Melayu yang

paling kompleks dan canggih. Dari segi kronologi, latar peristiwa meliputi jangka waktu dari awal abad ke-17 hingga pertengahan abad ke-19. Dari segi geografi, Tuhfat Al-Nafis meliputi peristiwa di kalangan semua kerajaan Melayu di Semenjung Melayu dan Kepulauan Riau-Lingga (termasuk Singapura), di Siak (Sumatera Timur), di Kalimantan Barat, di Sulawesi Selatan, dan di Betawi.

Hikayat Merong Mahawangsa : Hasil penulisan sejarah tradisional, terkarang pada sekitar tahun 1800-an, yang menyumbang keterangan tentang asal-usul keturunan raja-raja Kedah dari sudut mitos dan lagenda. Kehandalan pujangga tidak bernama dari istana Kedah ini ialah menggembelengkan kedua-dua unsur mitos dan realiti sejarah dalam penulisannya.

Hikayat Raja Pasai : Karya ini berkemungkinan dikarang dalam jangka waktu dari tahun 1211 hingga 1400. Hikayat ini mencakupi suatu zaman dalam sejarah Pasai, sebuah tempat di Sumatera Utara, di situ agama Islam mula bertapak di Gugusan Pulau-pulau Melayu, iaitu pada abad ke-13.

Hikayat Acheh : Karya ini dihasilkan pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda di Acheh (tahun 1606-1636) sewaktu berlakunya pertumbuhan fikrah dan wacana ilmu yang pesat dalam sejarah dan kesusasteraan Melayu. Aceh merupakan pusat tamadun Melayu-Islam yang besar dan kuat selepas kejatuhan kerajaan Melaka pada tahun 1511.

Pantun Melayu: Bingkisan Permata : Karya ini menghimpunkan sejumlah 4000 pantun, puisi istimewa ciptaan orang Melayu yang tiada tolok bandingnya.

Syair Ken Tambuhan : Karya ini selesai disalin pada 20 September 1840 di Kampung Melayu, Negeri Makasar. Karya jenis hikayat atau cerita panji ini dikarang dalam bentuk syair, berbeza dengan kebanyakan cerita panji yang dikarang dalam bentuk prosa.

(8)

Melaka.

Hikayat Abdullah : Hasil karya Abdullah Munsyi yang selesai dikarang pada 3 Mei 1843 di Kampung Melaka, Singapura, pada zaman dunia Melayu di rantau ini sedang menghadapi cabaran politik, ekonomi, dan budaya yang luar biasa dari dunia Barat (Eropah). Abdullah Munsyi dianggap sebagai pengkritik sosial zamannya yang cuba membawa wawasan baharu supaya orang Melayu mengubah acuan fikiran dan kepercayaan lama yang tidak progresif.

Cerita Lipur Lara : Lima buah cerita lipur lara yang dimuatkan dalam buku ini adalah cerita

lisan yang dirakamkan oleh pegawai-pegawai Inggeris terutama W.E. Maxwell dan R.O. Winstedt seawal tahun 1886, bertujuan mendalami ilmu tentang manusia Melayu di kalangan pegawai serta sarjana Barat. (Cerita Seri Rama, Cerita Malim Dewa, Malim Deman, Cerita Anggun Cik Tunggal, Cerita Raja Muda).

Bustan Al-Katibin : Bustan al-Katibin ialah sebuah karya paling awal tentang Bahasa Melayu yang disusun oleh seorang ilmuwan dan budayawan Melayu yang ulung, Raja Ali Haji.

Cerita Jenaka Melayu : sebelas buah cerita jenaka, iaitu Hikayat Sang Kancil, Pelanduk Dengan Anak Memerang, Pak Kaduk, Lebai Malang, Pak Pandir, Pak Belalang, Si Luncai, Mat Jenin, Hikayat Pelanduk Jenaka, Hikayat Musang Berjanggut dan Hikayat Abu Nawas. Sebagai salah satu genre penting kesusasteraan tradisional Melayu, cerita Jenaka Melayu mempunyai dua fungsi atau tujuan. Pertama, tujuan untuk menghibur, dan kedua untuk menyampaikan “ilmu” atau pengajaran kepada khalayak yang cuba disampaikan oleh “tukang cerita” samada secara sedar atau tidak disedari melalui cerita hiburan tersebut.

Hikayat Panji Jayeng Kusuma : merupakan sebuah cerita panji yang ditulis dalam bahasa Melayu. Unsur-unsur utama yang diketengahkan dalam karya ini ialah percintaan, pengembaraan dan peperangan. Percintaan dalam karya ini adalah di kalangan anak-anak raja daripada beberapa buah kerajaan seperti Kuripan, Daba, Gagalang, Singasari, Manjapahit (Majapahit) dan Laseri.

Hikayat Inderaputera : Karya agung Melayu genre cerita lipur lara yang sangat terkenal dan tersebar luas pada abad ke-17 hingga abad ke-19, terbukti dengan terdapatnya naskhah karya ini dalam versi-versi Aceh, Jawa, Lombok, Bugis, Makasar, Cam (Kemboja) dan Mindanao (Filipina). Sejumlah 30 naskhah diketahui masih ada, terpelihara di Perpustakaan Belanda, Great Britain, Jerman, Perancis, Belgium, Sri Lanka, Indonesia dan Malaysia.

(9)

Buku

Tulang-Tulang Berserakan (2006), ISBN 978-983-3742-00-9

Hardcover / Acid Free Paper : RM 75.00

Paperback : RM 50.00

Status :

OUT OF STOCK

(May pre-order)

Delivery charges according to postal address and logistic costs.

Baca Sinopsis

——————-x——————–

Turunnya Sebuah Bendera (2007), ISBN 978-983-3742-01-1

Hardcover / Acid Free Paper : RM 65.00

Status :

AVAILABLE WHILE STOCKS LAST

Delivery charges according to postal address and logistic costs.

Baca Sinopsis

(10)

Scattered Bones (2009), ISBN 978-983-068-068-349-6

Paperback / Acid Free Paper : RM 45.00

Status :

AVAILABLE WHILE STOCKS LAST

Delivery charges according to postal address and logistic costs.

Baca Sinopsis

——————-x——————–

Jiwa Hamba/Enslaved Soul (2009), ISBN 978-983-068-310-2

Paperback / Acid Free Paper : RM 40.00

Status :

AVAILABLE WHILE STOCKS LASTS

Delivery charges according to postal address and logistic costs.

Baca Sinopsis

(11)
(12)

Koleksi Buku: Sastera Kanak-kanak di Tangan A. Samad Said

Pada hujung minggu yang lalu saya berkesempatan ke Jalan Tunku Abdul Rahm

(13)

A. Samad Said

Kerajinannya menghasilkan karya dan ketekunannya membaca karya-karya orang lain

menjadi titik penentu A. Samad Said ditabalkan sebagai Sasterawan Negara yang versatil di

ujana kesusasteraan tanah air. Dalam karya A. Samad Said, khalayak akan melihat ketelitian

dan kecermatannya sebagai pengarang pengarang yang menuangkan nurani seninya. A.

Samad Said berpendapat bahawa untuk melahirkan karya, karyawan tidak hanya bergantung

pada bahan dan bakat serta kekuatan fikiran sahaja tetapi yang penting ialah pembacaan dan

pengalaman yang luas.

Abdul Samad bin Muhammad Said atau nama penanya A. Samad Said, Hilmy Isa, Isa

Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra, dan Shamsir dilahirkan pada 9 April 1935 di

Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. Semasa berumur enam bulan, A.

Samad Said dibawa oleh keluarganya ke Singapura. A. Samad Said memperoleh pendidikan

formal di Sekolah Melayu Kota Raja hingga lulus darjah IV (1940-1946). Kemudian A.

Samad meneruskan pengajiannya dalam kelas petang di Victoria Institution hingga

memperolehi sijil Senior Cambridge (1956).

Pengalaman kerjaya A. Samad Said bermula sebagai kerani, pengarang di Utusan Melayu,

Berita Harian, Kumpulan The Straits Times, dan ketua pengarang akhbar Warta Teberau.

Jawatan terakhir A. Samad Said ialah sebagai ketua pengembangan sastera dalam Kumpulan

Akhbar The New Straits Times, Kuala Lumpur. Kini A. Samad Said menjadi penulis sepenuh

masa yang aktif berkarya.

Sejak di bangku sekolah lagi minatnya terhadap sastera mula berputik apabila beliau berjinak

membaca karya sastera dalam dan luar negera geperti karya Ajip Rosidi, Rendra, Pramoedya,

Achdiat, Hamzah dan Wijaya Mala. Beliau juga membaca novel seperti Oliver Twist,

Wuthering Height, dan Almayer's Folly. Beliau juga menggunting dan menyimpan cerpen

daripada akhbar tempatan dan mengkajinya sebelum menghasilkan cerpennya sendiri.

Kegiatan menterjemah beberapa karya asing juga secaran tidak langsung memperkuatkan

minatnya terhadap kesuasteraan

Bermula detik alam persekolahan hingga kini A. Samad Said tida jemu menghasilkan

puluhan karya dalam genre novel, puisi, drama, cerpen, dan esei untuk mewarnakan dunia

sastera di persada tanah air dan antarabangsa. Antara karya besar yang dihasilkan ialah

Salina, Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikri, Sungai Mengalir Lesu, Di Hadapan Pulau,

Langit Petang, Daerah Zeni, Hujan Pagi, Lantai T Pinkie, Wira Bukit, Benih Harapan, Benih

Semalu, Daun Semalu Pucuk Paku dan Warkah Eropah, AL-AMIN , Riwayat Hidup

Rasululiah s.a.w dalam Puisi (1999) dan kumpulah puisi Suara Dari Dinding Dewan (2003)

terbitan Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Sentuhan karyanya yang terbaharu ialah

novel Adik Datang, kumpulan puisi Dirgahayu Dr Mahathir dan kumpulan puisi kanak-kanak

Rindu Ibu yang diterbitkan oleh Wira Bukit Sdn Bhd.Beberapa karyanya diadaptasi menjadi

teater/drama pentas seperti Salina, Sungai Mengalir Lesu, Lantai T. Pinkie, dan Memori Di

Hadapan Pulau

(14)

Selain pengiktirafan dalam bidang sastera, A.Samad Said juga telah dianugerahkan darjah

kebesaran Negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk dalam tahun 1997 oleh Yang

Dipertua Negeri Melaka.

(Dewan Sastera Ogos 2003)

Hasil karya:

1.

A Samad Said (Antologi Puisi)

2.

Adik Datang

3.

Bulan Tak Bermadu Di Fatehpur Sikri

4.

Dirgahayu Dr. Mahathir

5.

Dosa Pejuang

a

6.

Lantai T. Pinkie

7.

Rindu Ibu

Referensi

Dokumen terkait