• Tidak ada hasil yang ditemukan

Senarai kandungan. 1.o Pengenalan Rupa Bentuk Bandar Elemen Reka Bentuk Bandar Isu dan Masalah Cadangan Am.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Senarai kandungan. 1.o Pengenalan Rupa Bentuk Bandar Elemen Reka Bentuk Bandar Isu dan Masalah Cadangan Am."

Copied!
38
0
0

Teks penuh

(1)

Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan. Page 1

Senarai kandungan

PERKARA MUKA SURAT

1.o Pengenalan………. 3

1.1 Matlamat kajian………..4 1.2 Objektif Kajian………..4 1.3 Kaedah Kajian……….4 1.4 Keadan semasa……….9 1.5 Perkembangan Bandar………9

2.0 Rupa Bentuk Bandar……….11

2.1 Butiran Bandar………11.

2.2 Tepian Jalan………..21

2.3 Reka Bentuk Bangunan Sudut……….22

2.4 Latar Langit………..24

2.5 Fasad Bangunan………25

3.0 Elemen Reka Bentuk Bandar……….26

3.1 Sempadan……….26

3.2 Zon……….26

3.3 Laluan………..27

3.4 Mercu Tanda………..28

3.5 Tumpuan/Nodus……….30

3.6 Pemandangan dan Vista……….31

4.0 Isu dan Masalah………33

(2)

Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan. Page 2

6.0 Kesimpulan……….35

Jadual kerja dan tugas………36

7.0 Rujukan……….38

(3)

Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan. Page 3

1.0 PENGENALAN

Reka bentuk bandar adalah merupakan suatu seni yang berubah mengikut masa,namun ia masih dapat dikawal dan di hadkan penyusunannya.Ia juga adalah aspek penting dalam perancangan bandar.Ciri-ciri budaya,seni bina dan vista yang menarik adalah faktor penting reka bentuk bandar demi memastikan kesinambungan budaya dan cara hidup,pengekalan alam sekitar seterusnya mengekalkan dan memberi nilai tambah kepada keseimbangan visual.

Lima Indikator menpengaruhi Imej Bandar

• i. Laluan sepanjang jalan digunakan untuk sebarang pergerakan.

• ii. Sempadan adalah faktor selari yang tidak diambil kira sebagai laluan.Ia adalah sempadan di antara dua fasa,sempadan pembangunan,tembok dan lain-lain. • iii. Wilayah pula merupakan bahagian bandar yang sederhana hingga besar –

bergantung pada fungsi bandar.

• iv. Nodus adalah titik yang strategik di dalam bandar semasa masuk dan semasa melaluinya.Contoh : simpang jalan

• v. mercu tanda biasanya di gambarkan melalui objek fizikal,bangunan,papan tanda,kedai atau gunung – boleh nampak dari sudut berlainan

Oleh itu,kesan peningalan sejarah memainkan peranan penting dalam rekabentuk bandar. Lebuh Pantai sememangnya dikenali sebagai kawasan tinggalan bangunan-bangunan lama yang mempunyai keunikan alam binanya yang tersendiri

(4)

Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan. Page 4 1.1 MATLAMAT

Mengenalpasti dan mengkaji rupa reka bentuk bandar berdasarkan ciri-ciri,imej dan seni bina bangunan di kawasan kajian..

1.2 OBJEKTIF KAJIAN

1. Menganalisis identiti bandar, imej, ciri-ciri bangunan dan seni bina bangunan yang mempengaruhi rupa rekabentuk bandar di kawasan kajian.

1.3 KAEDAH KAJIAN

1.Melakukan tinjauan awal untuk mengenal pasti kawasan dan lokasi yang terdapat bangunan-bangunan lama dan baru.

2.Pemeriksaan pada setiap bangunan dilakukan untuk mencatatkan ciri-ciri bangunan , gaya senibina, dan fungsi.

3.Mengambil gambar foto untuk dianalisa supaya dapat menjelaskan keadaan bangunan yang direkodkan.

4.Mendapatkan maklumat di Pusat Warisan tentang bangunan bersejarah dan bangunan baru di kawasan kajian serta pendapat pegawai tentang Bandar yang di kaji.

5.Kajian melalui kaedah pembacaan buku seperti “Pemeliharaan Warisan Rupa Bandar”, Papan

maklumat yang berkaitan tentang bangunan bersejarah yang terdapat di kawasan kajian dan maklumat-maklumat yang diperolehi di internet.untuk di analisis ke kawasan kajian.

(5)

Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan. Page 5

PETA PULAU PINANG Peta:1.1

(6)

Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan. Page 6

PELAN LOKASI

BULATAN MERAH MENUNJUKKAN KAWASAN KAJIAN DI LEBUH PANTAI

Sumber:Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Pulau Pinang

(7)

Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan. Page 7

Sistem Grid sebagai Sistem Perancangan Reka Bentuk Bandar

Bandar raya George Town,Pulau Pinang merupakan satu contoh bandar kolonial terbaik yang dapat memaparkan konsep perancangan reka bentuk bandar orang Inggeris di tanah

jajahannya. Reka bentuk bandar George Town adalah di rancang berasaskan sistem grid. Ini jelas dapat di lihat pada penempatan awal Inggeris di George Town yang mana sistem jalan rayanya berbentuk grid.

Dalam pembangunan reka bentuk bandar George Town, para pegawai Inggeris telah merancang penempatan dengan membahagikan penampatan tersebut kepada sesebuah komuniti

mengikut status bangsa yang dating berhijrah ke Pulau Pinang. Mereka bebas membangunkan kawasan masing-masing dengan membina kediaman, ruang perniagaan dan sebagainya. Reka bentuk bandar di George Town telah di bangunkan menerusi grid lebih formal berbeza dengan penempatan awal melayu di bina dalam grid informal.Penempatan awal ini terdiri oleh

beberapa kampung tradisional yang terletak di muara dan persisiran panta

Foto:1.1

Lebuh Pantai,pemandangan yang diambil dari udara. Dapat di lihat susunan bangunan yang sejajar dan berbentuk grid. Ini merupakan kesan perancangan Bandar oleh pihak Inggeris pada zaman colonial.

(8)

Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan. Page 8

PUSAT PERDAGANGAN BERSEJARAH

Sumber: Muzium Negeri Pulau Pinang Peta:1.4

Peta Goerge Town tahun 1798 menunjukkan topografi dan mertolologi penempatan yang awal di tanjung. Bandar ini terletak atas kawasan berpaya yang perlu di bersihkan dari tumbuh-tumbuhan, diratakan dan di tambak.

Kawasan perdagangan asal terletak di antara Lebuh Light, Lebuh Pantai (pada masa itu

berhampiran dengan pinggir pantai), Lebuh Malabar (kemudian di keneli sebagai Lebuh Chulia) dan Lebuh Pitt (kini di kenali sebagai jalan kapitan keling).

Kebanyakan gudang-gudang menganjur dari Lebuh Pantai sehingga ke laut. Pada tahun 1880 an,wujudnya gat-gat Lebuh Pantai sehingga ke dermaga dan jeti-jeti apabila Lebuh Pantai semakin menganjak ke dalam akibat penambakan laut. Justeru itu, pinggir pantai yang baru dibangunkan di pengkalan Weld di mana banyak bangunan perdagangan berkembang dengan pesatnya.

Pusat perdagangan bersejarah ini di bahagikan kepada kawasan perbankan dan kawasan perdagangan yang berhubung-kait dengan aktiviti pelabuhan yang merangkumi syarikat-syarikat perkapalan, perdagangan import dan eksport serta pemborong-pemborong yang menguasai bahagian selatan Lebuh Pantai.

(9)

Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan. Page 9

GAMBAR PERUBAHAN DI LEBUH PANTAI

Sumber : Perpustakaan Muzium Negeri foto :1.2

Gambar di atas di ambil pada tahun 1880an merupakan keadaan Lebuh Pantai pada zaman kolonial

Foto : 1.3

(10)

Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan. Page 10

1.4 Keadaan Semasa

• Arus perkembangan kawasan bandar Geoge Town adalah di sebabkan sektor perdagangan dan aktiviti perlancongan yang dijalankan.Para pedagang membuka perniagaan dan perkhidmatan sejak sekian lama.Lebuh pantai merupakan kawasan perdagangan yang terawal wujud di pulau pinang.Gunatanah yang menjadi komponen corak bandar ini ialah perkhidmatan perbankan,komersial dan perniagaan runcit.

1.5 Perkembangan Bandar

Bandar George Town merupakan salah satu daripada contoh bandaraya kolonial yang dapat memaparkan konsep reka bentuk bandar orang-orang inggeris di tanah jajahan mereka.Secara amnya,ia menunjukkan suatu sistem perancangan yang berlatarbelakang sistem militeri.

Sistem jalanraya bandar kolonial menpunyai reka bentuk grid.ini jelas jika dilihat di sepanjang jalan tapak kajian dimana hubungan rangkaian jalan di sepanjang Lebuh Pantai adalah

berbentuk blok-blok segi empat sebagaimana bentuk grid.Antara rangkaian jalanraya ialah Lebuh Chulia,Lebuh Pasar,Lebuh Cina,Lebuh Gereja,Lebuh Union,Lebuh Downing dan Lebuh Light.

PETA GUNA TANAH LEBUH PANTAI Peta:1.5

(11)

Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan. Page 11

2.0 Rupa bentuk Bandar

Dalam konteks rupa bentuk bandar di Lebuh Pantai,George Town,Pulau Pinang.Kajian di lakukan kepada saling kait bangunan dan di sekelilingnya,aktiviti ruang awam dan separa awam serta corak kehidupan yang di tentukan oleh alam bina bandar ini. kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti elemen-elemen yang terdapat pada bandar ini sebagai kawasan warisan

2.1 Butiran Bandar

-Kawasan Lebuh Pantai terdiri dari bangunan bersambung,tidak bersambung yang menimbulkan keseragaman dan beraneka rama

-Bangunan dikawasan kajian berbentuk petak atau grid yang memanjang ke sisi,sempit memanjang ke belakang,bangunan moden yang tinggi dan besar,

Foto : 2.1

Seni bina bangunan-bangunan di Lebuh Pantai

Seni bina awal bangunan awam dan perdagangan di bahagian utara Lebuh Pantai adalah terdiri daripada seni bina bercirikan “Neo-Classical Style” pertengahan abad 19.

Kebanyakan pada masa tersebut masih kekal dan selamat daripada pengeboman semasa perang dunia kedua.

Bangunan selepasnya pula di bina dengan seni bina bercirikan “Art Deco Style” pada tempoh 1930-1950. Gambar di sebelah menunjukkan kepelbagaian bangunan di sepanjang Lebuh Pantai.

(12)

Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan. Page 12 Art Deco Style(1930-1950)

 Garisan lurus samada secara menegak ataupun garis melintang bergabung dengan bentuk-bentuk geometrik.

 Umumnya terdiri dari tiga garisan selari yang melintang secara horizontal.  Dilepa dengan ‘Shanghai plaster’.

 Bukaan lubang angin berbentuk segi empat tepat yang memanjang ataupun bentuk bulat yang terjulur keluar.

 Tingkap-tingkap adalah didalam kumpulan tiga unit dan selalunya menggunakan rangka besi/keluli dan dikemas dengan kaca.

Sruktur dan binaan

 Binaan konkrit,dinding batu bata,kasau dan alang kayu untuk binaan bumbung dan rasuk kayu untuk menyokong beban lantai atas.

Foto : 2.2 Sumber : kajian lapangan

(13)

Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan. Page 13 Rumah kedai awal(1800-1850)

 Bukaan penuh pada tingkat bawah dan mempunyai ‘kaki lima’.  Reka bentuk ringkas dan ketinggian agak rendah.

 Tingkat atas disokong oleh tiang dan mengunjur diatas ruang ‘kaki lima’.  Fasad adalah terdiri tingkap kekisi kayu boleh laras atau tingkap penal.

 ‘spandrel’ terdiri dari papan atau batu bata yang di lepa dan alang bumbung di letakkan diatas deretan tingkap.

Sruktur dan binaan

 Tiang batu bata dengan dinding pemisah, binaan papan di tingkat atas dan barbumbung genting tanah liat.

FOTO : 2.3

SUMBER : PUSAT WARISAN PULAU PINANG

Foto:2.4

Gambar diatas adalah sebuah rumah kedai yang terdapat di Lebuh Pantai. Bangunan ini kelihatan sudah usang.

(14)

Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan. Page 14 Rumah kedai era peralihan awal(1890-1920)

 Memberi penekanan kepada elemen-elemen klasik yang disesuaikan dengan konteks tempatan seperti elemen-elemen gerbang,tiang dan sebagainya.

 Skala yang lebih tinggi dari rumah kedai gaya peralihan dan awal.

 Penggunaan konkrit tetualang menyebabkan reka bentuk lebih terperinci dengan unjuran bumbung lebih panjang. ‘Consoles’ yang lebih terjulur mampu menampung beban yang lebih berat dan sebagainya.

 Bahagian fasad atas pula dibahagikan kepada dua atau tiga bahagian di pisahkan oleh ‘pilaster’ konkrit.

 Fasad tingkat bawah di anjakkan ke belakang untuk membentuk ruang pejalan kaki dan pintu simetri, tingkap di kedua belah lubang angin berbentuk kelawar, bulat dan

sebgainya. Sruktur dan binaan

 Rasuk konkrit, batu bata untuk dinding pemisah, kasau dan alang kayu unyuk binaan bumbungdan rasuk kayu untuk menyokong beban lantai tingkat atas.

:

Foto:2.5

Bangunan rumah kedai yang masih terdapat di tapak kajian dalam keadaan tidak terurus. Bangunan ini mencacatkan pemandangan kawasan ini. Pihak berkuasa sepatutnya mengambil langkah melindungi bangunan lama di kawasan ini supaya kelihatan menarik.

(15)

Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan. Page 15 Rumah kedai era peralihan akhir(1920-1940)

 Adaptasi penggunaan elemen-elemen klasik dengan meluas dan kaya dengan hiasan ‘stucco’ terutama motif bunga dan tumbuhan.

 Bahagian fasad tingkat atas dibahagikan kepada dua atau tiga bahagian dengan ruang tingkap yang di reka bentuk separuh bulat,empat segi atau tiga segi. Tingkap koktai kayu boleh laras dan ruang tingkap dipisahkan oleh ‘plaster’ yang dihias dengan motif bunga dan tumbuhan.

 Tinkat bawah terdiri dari kaki lima, pintu yang direkabentuk di bahagian tepi ataupun ditengah-tengah, tingkap dan lubang angin di atas tingkap.

 Unjuran yang lebih panjang dan dalam pelbagai bentuk hiasan dan dengan jarak rasuk yang lebih panjang.

Sruktur dan binaan

 Rasuk dan konkrit ,batu bata dan dinding pemisah , kasau dan alang kayu untuk binaan bumbung dan rasuk kayu untuk menyokong beban lantai tingkat atas.

FOTO : 2.6

Kelihatan bangunan di atas pada era rumah kedai peralihan akhir masih dalam keadaan kukuh selepas berlaku pengubahsuaian.

(16)

Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan. Page 16 Gaya moden

 Membina penekanan kepada elemen-elemen melintang dan menegak.

 Penggunaan segi empat panjang dan bulat mengunjur keluar secara meluas untuk lubang udara menunjukkan penekanan bentuk-bentk geometrik.

 Tingkap atas terjulur keluar tanpa disokong tiang diatas ruang kaki lima

 Menpunyai ciri-ciri di mana garisan bumbung dilindungi oleh dinding ‘parapet’ dan menggunakan pendekatan reka bentuk seni bina sederhana.

 Tingkap berbingkai keluli digunakan secara meluas

Sruktur dan binaan

 Penggunaan sruktur konkrit tetulang, dinding batu bata dan berbingkai keluli dan besi.

Foto : 2.7

Sebuah bangunan moden berada di Lebuh Pantai.Bangunan ini di gunakan oleh kolej swasta iaitu Kolej Segi

(17)

Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan. Page 17

SENI BINA BANGUNAN PADA ERA KOLONIAL

(18)

Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan. Page 18 Foto:2.9

Aturan seni bina Romawi .

Dapat di lihat pada gambar di atas pembinaan Vault atau gerbang menggunakan batu dan bata

Foto:2.10

Gambar di atas menunjukkan tiang Tuscan di gunakan dalam seni bina Romawi.Tiang Tuscan ini adalah aturan terawal dan di gunakan untuk menunjukkan kekuatan dan kekasaran.

(19)

Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan. Page 19 Foto: 2.11

Rekabentuk bumbung yang tirus merupakan elemen tempatan yang di sesuaikan dengan bangunan ini bagi iklim tempatan.

(20)

Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan. Page 20 Foto: 2.12

Tingkap berbentuk bulat ini merupakan salah satu ciri dalam seni bina kolonial. Tingkap ini juga kelihatan unik berbanding tingkap bangunan lain.

foto:2.13

Rekabentuk neo-klasikal di tonjolkan dengan lebih jelas pada penggunaan tebar layar berbentuk klasik.

foto:2.14

Tiang-tiang Corinthian di sekeliling bangunan pula adalah dari seni bina klasik barat.Ia memberikan panorama yang unik pada kawasan ini.

(21)

Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan. Page 21

2.2 Tepian Jalan (street Edges)

-Tepian jalan di tentukan oleh dua barisan deretan bangunan yang menghadap antara satu sama lain.

-Ruang ini sangat berguna untuk pelbagai keperluan.

-Keunikan tepian jalan di kawasan ini di sebabkan kelebaran yang tidak menentu di sepanjang deretan bangunan di Lebuh Pantai

-Lebar pejalan kaki di hadapan bangunan balai polis Lebuh Pantai lebih besar berbanding dihadapan bangunan Insurans Asia Life.

-Lebar pejalan kaki yang sempit ini telah menganggu laluan pengguna. Hadapan balai polis

Foto : 2..15

Foto di atas menunjukkan laluan yang luas dan sempit di sepanjang Lebuh Pantai.Laluan yang luas memudahkan pejalan kaki manakala laluan sempit tidak memberikan keselesaan pada pengguna.

(22)

Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan. Page 22

2.3 Reka bentuk Bangunan Sudut

-Bangunan sudut merupakan elemen penting untuk menunjukkan petanda arah dan tanda masuk ke dalam bandar.

-Ia turut mempunyai karektor yang berbeza dari bangunan lain disebabkan terdapat dua fasad yang menghadap jalan.

-Rekabentuk bangunan sudut perlu bersifat menonjol manakala kemasan bangunan perlulah di sesuaikan dengan laluan pejalan kaki bagi memudahkan perjalanan.

-Bentuk bangunan juga perlu disesuaikan mengikut keperluan pergerakan.Ia sepatutnya tidak bersudut tepat tetapi menawarkan kelicinan pergerakan dengan mempunyai sudut lencongan. -Dalam kawasan kajian ini,bangunan sudut agak menepati kesemua kriteria tetapi terdapat juga bangunan sudut yang bersudut tepat dan bangunan sudut yang tidak terurus

Foto di bawah menunjukkan bangunan sudut yang bersudut tepat dan tidak terurus

(23)

Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan. Page 23 Foto:2.17

Reka bentuk bangunan di atas memudahkan orang ramai melaluinya kerana mempunyai lencongan yang licin serta ruang yang cukup.

(24)

Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan. Page 24

2,4 Latar Langit

-Latar langit bergantung kepada ketinggian bangunan dan merupakan suatu elemen yang sensitif dalam rekabentuk bandar.

-Dalam kawasan kajian ini.didapati bahawa latar langit adalah tidak sekata terdapat beberapa ketinggian bangunan moden yang sangat tinggi dan menjadikan tidak sekata.

-Perkara ini telah mewujudkan konflik terhadap keharmonian pemandangan kerana ketinggian bangunan tidak sesuai dengan latar langit sedia ada.

Foto : 2.18

Deretan bangunan yang menpunyai latar langit yang agak sekata dan tidak terlalu berbeza ketinggiannya.Kesannya menberikan suasana harmoni terhadap pemandangan di kawasan ini.

Foto : 2.19

Gambar ditatas pula menunjukkan latar langit yang tidak sekata dan terlalu berbeza tinggi antara bangunan ini. Kesannya pemandangan yang kurang baik dapat di lihat.

(25)

Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan. Page 25

2.5 Fasad Bangunan

-Sebahagian dari kawasan kajian merupakan kawasan warisan.Kawasan ini yang di perihara dari aspek fasad serta reka bentuknya telah di kekalkan bagi mengekalkan ciri-ciri dan identiti kawasan ini.

Dua buah contoh bangunan yang masih jelas fasad bangunan dapat di lihat di kawasan kajian. Kesan daripada keadaan ini dapat mengekalkan fasad bangunan bersejarah untuk memberikan pemandangan yang menarik di sepanjang Lebuh Pantai.

Bangunan yang fasadnya telah terlindung akibat papan iklan yang di letakkan oleh pemilik kedai. Akibat dari tindakan ini telah mencacatkan pemandangan deretan bangunan ini Foto;2.20

(26)

Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan. Page 26

3.0 Elemen Reka bentuk Bandar

3.1 Sempadan

-Elemen yang membezakan sesuatu arah,tempat dan kawasan di antara satu sama lain. -tiada sempadan yang begitu ketara antara tapak kajian dengan kawasan

sekelilingnya(makro).Termasuk juga dalam tapak pada peringkat mikro

-Namun begitu,jalan raya yang sibuk boleh dianggap sebagai sempadan yang kuat seperti jalan lebuh Chulia.

3.2 Zon(District)

-Elemen yang membezakan sesebuah kawasan sama ada dari segi aktiviti sosial,kaum atau budaya serta fungsi zon-zon-zon kecil yang terdapat dalam satu kawasan

-Zon boleh dibahagikan berdasarkan perniagaan,suasana,penggunaan ruang dan aktiviti yang dijalankan ditapak.

-kawasan tapak secara mikro di bahagikan kepada beberapa zon utama iaitu;- i)Zon perkhidmatan perbankan dan insurans

ii)zon perniagaan bercampur(makanan,barangan runcit,kedai telekomunikasi dan lain-lan lagi) iii)Zon institusi

foto:3.1

Kolej swasta (Kolej SEGI)yang terdapat di kawasan ini adalah contoh zon intitusi.

(27)

Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan. Page 27

3.3 Laluan(Path)

-Ruang linear yang menampung pergerakan dari satu titik ke titik yang berlainan.Ia merupakan jejak pejalan kaki(pedestrian trail),penyambung(link) atau jalan untuk kegunaan kenderaan (motorways)

i)Laluan Kenderaan;-laluan utama 2 hala iaitu sepanjang Lebuh Pantai dari Lebuh Chulia ke Lebuh Light.

ii)Laluan pejalan kaki;-terdapat laluan pejalan kaki sedia ada di kawasan ini iaitu di tepi deretan bangunan.Namun,laluan ini tidak dirancang dengan baik kerana terdapat laluan yang besar dan juga sangat sempit.

Foto :3.2

Gambar diatas menunjukkan laluan kenderaan yang sesak akibat pengguna jalan raya yang meletakkan kenderaan di bahu jalan serta laluan pejalan kaki yang luas dan sempit.

(28)

Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan. Page 28

3.4 Mercu tanda(Landmark)

-Mercu tanda merupakan tanda arah dan juga imej bagi sesebuah bandar

-Perletakan mercu tanda yang sesuai dan tepat memudahkan sesuatu tempat itu difahami dan di ingati terutama pada mereka yang pertama kali sampai ke tempat itu.

-Dalam kawasan kajian ini mercu tanda yang dapat dilihat dari jauh ialah bangunan Dewan Perniagaan Melayu.Bangunan ini mempunyai 11 tingkat dan merupakan bangunan moden di kawasan ini.

(29)

Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan. Page 29

Bangunan Bank Standard Chartered turut menjadi mercu tanda pada kawasan kajian ini kerana seni binanya yang menarik serta warna yang unik. Orang ramai yang pertama kali melihat tempat ini akan berhenti untuk memerhati bangunan ini.

Foto:3.4

Bangunan Imigresen juga merupakan salah satu mercu tanda di Lebuh Pantai kerana turut memiliki seni bina yang unik dan dapat menarik perhatian orang ramai yang dating ke sini.

(30)

Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan. Page 30

3.5 Tumpuan/Nodus

-Titik pertemuan di antara laluan yang biasanya menjadikan kawasan itu sebagai tumpuan orang ramai

-Nodus yang terdapat di bandar ini ialah pusat-pusat titik tumpuan iaitu ruang-ruang penatian dan sepanjang laluan pejalan kaki.

-Selain itu,pondok telefon yang di sediakan juga diletakkan di tempat-tempat yang mempunyai ramai orang dan berdekatan dengan pejalan kaki.Ia menjadi suatu keperluan penting

terutamanya di kawasan pusat menbeli-belah dan dataran-dataran.

Foto:3.5 Gambar di atas menunjukkan tumpuan orang ramai terhadap sebuah bank dan gerai buah-buahan yang terdapat di kawasan kajian.

(31)

Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan. Page 31

3.6 Pemandangan dan Vista

-walaupun susunan bangunan di tapak padat tetapi masih mampu memberi pandangan jauh kerana tidak dihadang oleh bangunan yang berada di hadapan.

-sistem grid iron yang terdapat di tapak kajian tidak mempunyai kekisi tepat dan membplehkan pemandangan bersiri serta mengalami beberapa element of surprises.

-Vista utama kawasan kajian ini dari ke arah Lebuh Light yang mempunyai pelbagai bangunan bersejarah.

Foto:3.6

Pemandangan di bahagian utara Lebuh Pantai iaitu kawasan perkhidmatan perbankan dan kerajaan

(32)

Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan. Page 32 Foto:3.7

Foto : 3.8

Sumber : Kajian Lapangan

Gambar di atas mengambarkan keadaan Lebuh Pantai di bahagian selatan iaitu kawasan aktiviti pemborongan dan perniagaan

Foto : 3.9

Gambar di atas merupakan vista bagi kawasan Lebuh Pantai. Replika buah pinang yang di belah merupakan satu pemandangan yang unik pada tempat ini serta terdapat air pancut pada replika itu yang menarik perhatian pelancong dan orang ramai.

(33)

Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan. Page 33

4.0 ISU DAN MASALAH (KOMEN)

Dalam kawasan kajian ini terdapat isu dan masalah yang perlu di bangkitkan agar ia mampu di tangani pada masa hadapan.Di antaranya:

1.Kawasan kajian merupakan salah satu daripada kawasan warisan. Oleh itu, dapat di lihat kehadiran pelancong asing, maka secara amnya kawasan kajian tidak menyediakan tandas awam.

2.Paparan tanda niaga atau iklan yang tidak seragam atau tersusun serta merosakkan pandangan sebuah Bandar yang menarik.

3.Di kawasan kajian juga tidak terdapat sebarang pokok yang sesuai berada di tepi bangunan untuk memberi teduhan pada orang ramai ketika waktu pancaran matahari terik..

4.Terdapat bangunan yang tidak di jaga dengan baik dan terbiar mencacatkan pemandangan dalam kawasan kajian.

Foto : 4.1

bangunan di atas merupakan bangunan bersejarah yang tidak dijaga dengan baik. Ini dapat dilihat apabila bangunan ini tidak di cat sekian lama menjadikan ia kelihatan buruk dan tidak terurus.Bangunan diatas adalah bangunan milik Barakath, pada zaman kolonial bangunan ini di kenali sebagai bangunan Whiteaway.

(34)

Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan. Page 34

5.0 CADANGAN AM

Terdapat beberapa cadangan yang di sarankan agar rekabentuk bangunan warisan Lebuh Pantai dapat mencapai bandar yang mempunyai nilai sejarah yang tinggi sebagai bandar warisan dan bandar yang terawal wujud di negara ini

1.Pihak berkuasa perlu mengawal papan tanda iklan yang terdapat pada bangunan bersejarah di kawasan Lebuh Pantai supaya bangunan di kawasan ini tidak hilang identitinya serta tidak memberikan pemandangan yang kurang elok.

2.Pihak Pusat Warisan atau Muzium Negeri pula perlulah memelihara bangunan-bangunan bersejarah terdapat di kawasan ini. Kerana masih terdapat bangunan-bangunan bersejarah yang tidak di jaga dengan baik turut mencacatkan pemandangan kawasan Lebuh Pantai.

3.Laluan pejalan kaki perlu di rancang dengan teliti dan reka bentuk yang sesuai agar tidak menyukarkan orang ramai menggunakannya pada masa hadapan.

4.Pembinaan sebuah tandas awam juga perlu di kawasan ini, kerana kehadiran

(35)

Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan. Page 35

6.0 KESIMPULAN

Berdasarkan kajian sejarah,rupa bentuk,kajian lima elemen reka bentuk Bandar dan analisis yang di lakukan terhadap Lebuh Pantai, ternyata kawasan kajian menrupakan satu bandar yang bersejarah dan kaya dengan elemen seni binanya sebagai bandar terawal di bina oleh pihak Inggeris di Malaysia.Pemuliharaan perlu di lakukan oleh pihak berkuasa bagi melindungi kawasan ini supaya setiap pembangunan yang di rancang tidak menganggu bangunan bersejarah yang terdapat Lebuh Pantai. Lebuh Pantai bukan sahaja merupakan kawasan perdagangan semata-mat tetapi juga penuh dengan nilai imej atau identitinya tersendiri membentuk imej George Town sebagai bandar warisan.

(36)

Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan. Page 36

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AHLI

NAMA AHLI TUGASAN

MOHD REDUAN BIN BUYUNG MENYELARAS MAKLUMAT KAJIAN DAN

MENYUSUNAN MAKLUMAT. MENCARI SERTA MEREKOD MAKLUMAT DI KAWASAN KAJIAN.MELAKUKAN KAJIAN MENGENAI REKA BENTUK BANDAR BAGI PERSIAPAN PENYEDIAAN

PEMBENTANGAN DAN MENYEDIAKAN LAPORAN REKA BENTUK BANDAR

MOHD SAHRUL BIN OMAR MENGAMBIL DATA DI KAWASAN

LAPANGAN SERTA MENBANTU KERJA MENYUSUN MAKLUMAT.

JAIVIN ORIKAN MENCARI SERTA MEREKOD DATA DI

KAWASAN KAJIAN,PEJABAT-PEJABAT KERAJAAN SEPERTI JABATAN PERANCANG BANDAR & WILAYAH DAN

PERPUSTAKAAN UNTUK PENYEDIAAN LAPORAN.

STEVEN BIN DUNDANG MENDAPATKAN MAKLUMAT BERSAMA

AHLI KUMPULAN SERTA MEMBANTU KERJA-KERJA UNTUK PEMBENTANGAN

(37)

Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan. Page 37

JADUAL KERJA

27/8/2007

*Mesyuarat antara ahli tentang skop reka bentuk Bandar *pembahagian tugas

28/8/2007

*Melawat tapak kajian bagi mengambil gambar dan mendapatkan maklumat 29/8/2007

*Ke Pusat Warisan Negeri bagi mendapatkan data serta maklumat dari pegawai warisan 5/9/2007

*Ke Muzium Negeri Pulau Pinang dan ke pustakaan muzium mendapatkan maklumat tentang tapak kajian

12/9/2007

*Ke tapak kajian mengambil maklumat dan bahan untuk laporan 17/9/2007

*mesyuarat bagi menbincangkan tentang pembentangan 21/9/2007

*pembentangan reka bentuk Bandar 3/10/2007

*Mesyuarat bagi memperbaiki serta menambah kekurangan dalam laporan reka bentuk Bandar

8/10/2007

(38)

Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan. Page 38

7.0 RUJUKAN

Syed Zainal Abidin (1999),Pemeliharaan Warisan Rupa Bandar, Badan Warisan Malaysia. Ahmad Sanusi Hassan(2005), Reka bentuk Bandar di Semenanjung Malaysia, Universiti Sains Malysia.

Zulkifli Hanafi(2000), Reka Bentuk Rumah Kolonial di Malaysia, Universiti Sains Malaysia. __Pusat Warisan negeri Pulau Pinang,mendapatkanl maklumat berkenaan reka bentuk bandar __Muzium negeri Pulau Pinang,mendapatkanl gambar dan maklumat sejarah Lebuh Pantai __Jabatan Perancangan Bandar dan desa Pulau Pinang,mendapatkanl peta Lebuh Pantai __Pusat Informasi Geografi Pulau Pinang,mendapatkan maklumat berkaitan Lebuh Pantai

Gambar

Gambar di atas di ambil pada tahun 1880an merupakan keadaan Lebuh Pantai pada zaman  kolonial
Gambar diatas adalah sebuah rumah kedai yang terdapat di Lebuh Pantai. Bangunan ini  kelihatan sudah usang
Gambar di atas menunjukkan tiang Tuscan di gunakan dalam seni bina Romawi.Tiang  Tuscan ini adalah aturan terawal dan di gunakan untuk menunjukkan kekuatan dan  kekasaran
Foto di bawah menunjukkan bangunan sudut yang bersudut tepat dan tidak terurus
+4

Referensi

Dokumen terkait