• Tidak ada hasil yang ditemukan

Aplikasi Web 2.0 Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Aplikasi Web 2.0 Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran"

Copied!
235
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

Aplikasi Web 2.0 dalam

Pengajaran dan Pembelajaran

MOHAMED AMIN EMBI

Pusat Pembangunan Akademik

Universiti Kebangsaan Malaysia

(3)

Cetakan Pertama/First Printing 2011

Universiti Kebangsaan Malaysia

Diterbitkan di Malaysia oleh/Published in Malaysia by

PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

43600 UKM Bangi, Selangor D.E., MALAYSIA

http://www.ukm.my/ppa

e-mel: pghppa@ukm.my

Aplikasi Web 2.0 dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Mohamed Amin Embi

(4)

KANDUNGAN

Halaman

BAB 1 BLOG

Apakah itu blog? ..……….1

Kelebihan Log Web atau Blog ………....1

Faedah Menggunakan Blog ………...2

Cara Menggunakan Blog………3

Mulakan dengan blogger………...4

Rujukan………10

BAB 2 DIIGO Apakah itu DIIGO?...……....…....………11

Kelebihan Menggunakan Alat Anotasi dalam Pendidikan………12

Penggunaan DIIGO dalam Pengajaran dan Pembelajaran ………...13

Cara Menggunakan DIIGO………..13

Mulakan dengan DIIGO………..14

Rujukan………26

BAB 3 ELLUMINATE Apakah itu Elluminate?.………27

Faedah Menggunakan Elluminate Live ………27

Cara Menggunakan Elluminate Live……….30

Mulakan dengan Elluminate…...………..33

Rujukan………...46

BAB 4 EVERNOTE Apakah itu Evernote?………...47

Faedah Menggunakan Evenote……….47

Cara Menggunakan Evernote………...49

Mulakan dengan Evernote………...53

(5)

v Kandungan

BAB 5 FACEBOOK

Apakah itu itu Facebook?………65

Kelebihan Facebook………65

Cara Menggunakan Facebook dalam Pendidikan……….66

Penggunaan Facebook Pengajaran dan Pembelajaran ……….67

Mulakan dengan Facebook………..68

Rujukan………78

BAB 6 FLICKR Apakah itu itu Flickr?………....79

Cara Menggunakan Flickr………79

Penggunaan Flickr Pengajaran dan Pembelajaran ………....80

Mulakan dengan Flickr……...………..81

Rujukan………90

BAB 7 GLOGSTER Apakah itu Glogster?………....91

Faedah Menggunakan Glogster………91

Cara Menggunakan Glogster………....93

Mulakan dengan Glogster………...94

Rujukan………..105

BAB 8 JING Apakah itu itu Jing?………106

Faedah Menggunakan Jing……….……….106

Penggunaan Jing dalam Pendidikan……….107

Mulakan dengan Jing………...108

Rujukan………..113

BAB 9 NING Apakah itu Ning?………114

Faedah Menggunakan Ning dalam Pendidikan………...114

Cara Menggunakan Ning………...115

Penggunaan Ning dalam Pengajaran dan Pembelajaran ….………..116

Mulakan dengan Ning………...117

(6)

BAB 10 PREZI

Apakah itu Prezi?………129

Faedah Menggunakan Prezi ………129

Cara Menggunakan Prezi……….129

Mulakan dengan Prezi………...132

Rujukan………..137

BAB 11 SKYPE Apakah itu Skype?………....…………...138

Faedah Menggunakan Skype……….………...138

Cara Menggunakan Skype dalam Pengajaran dan Pembelajaran………....139

Penggunaan Skype dalam Pengajaran dan Pembelajaran…….………...140

Mulakan dengan Skype………..141

Rujukan………..147

BAB 12 SLIDESHARE Apakah itu Slideshare?………....…………...148

Faedah Menggunakan Slideshare……….…………...148

Cara Menggunakan Slideshare………...149

Mulakan dengan Slideshare………...150

Rujukan………..156

BAB 13 TWITTER Apakah itu Twitter?………...157

Kelebihan Twitter ……….………158

Cara Menggunakan Twitter Dalam Pendidikan………...158

Mulakan dengan Twitter………....160

Rujukan………..163

BAB 14 VOICETHREAD Apakah itu Voicethread?………....………164

Faedah Menggunakan Voicethread………...164

Cara Menggunakan Voicethread……….165

Penggunaan Voicethread dalam Pengajaran dan Pembelajaran…….…………166

Mulakan dengan Voicethread………168

(7)

vii Kandungan

BAB 15 WALLWISHER

Apakah itu Wallwisher?……….173

Faedah Menggunakan Wallwisher……….……….173

Cara Menggunakan Wallwisher………174

Mulakan dengan Wallwisher………..176

Rujukan………..181

BAB 16 WIKI Apakah itu Wiki?………....182

Wiki atau Blog………...182

Faedah Wiki……….………..183

Penggunaan Wiki Pengajaran dan Pembelajaran………184

Mulakan dengan Wikispaces……….186

Rujukan………..193

BAB 17 YOUTUBE Apakah itu Youtube?………..194

Faedah Youtube……….………194

Penggunaan Youtube dalam Pengajaran dan Pembelajaran….………..195

Strategi Penggunaan Youtube dalam Pengajaran dan Pembelajaran……...196

Mulakan dengan Youtube………...198

Rujukan………..203

BAB 18 WORDLE Apakah itu Wordle?………....…………...204

Cara Menggunakan Wordle………...204

Mulakan dengan Wordle………...206

Rujukan………..208

BAB 19 WORDPRESS Apakah itu Wordpress?……….209

Kelebihan Wordpress……….………...209

Cara Menggunakan Wordpress……….210

Mulakan dengan Wordpress………..211

(8)

BAB 20 DEL.ICIO.US

Apakah Itu Del.icio.us?……...………218

Kelebihan Del.icio.us…...………...218

Penggunaan Del.icio.us dalam Pendidikan……….219

Mulakan dengan Del.icio.us.………...220

(9)

1 Bab 1: Blog

APAKAH ITU BLOG?

Pada amnya, log web atau blog (kata lakur daripada perkataan Inggerisnya ‘weblog’) merupakan diari peribadi, ruang kolaboratif, saluran berita terkini dan koleksi pautan kepada memo-memo pandangan peribadi anda untuk tatapan umum. Pendek kata, blog anda boleh menjadi apa-apa sahaja yang anda inginkan. Terdapat pelbagai bentuk dan jenis blog, dan tiada peraturan yang tetap mengenainya. Ringkasnya, blog ialah satu laman web untuk anda membuat catatan secara berterusan. Perkara baharu dipaparkan pada bahagian paling atas agar pelawat boleh membaca catatan terkini. Kemudian mereka boleh memberi komen terhadap entri anda, membuat pautan kepadanya atau menghantar e-mel kepada anda. Dalam bidang pendidikan, blog digunakan bagi memenuhi pelbagai bentuk keperluan komunikasi untuk membantu amalan e-pembelajaran (Susana & Sergio 2007).

KELEBIHAN LOG WEB ATAU BLOG

Menurut Susana dan Sergio (2007), blog mempunyai beberapa kelebihan:

1. Ia mudah untuk dibina dan diselenggara berbanding dengan teknologi yang lain. 2. Lebih mudah untuk memaparkan semua jenis sumber maklumat (teks, imej, video, dsb.) ke Internet menggunakan blog jika dibandingkan dengan penerbitan web tradisional.

3. Ia membolehkan penerbitan segera dengan hanya satu klik, mudah untuk dibina dan diselenggara berbanding dengan laman web biasa yang memerlukan banyak masa, usaha, dan pengetahuan reka bentuk laman web (HTML, CSS, JavaScript).

4. Ia boleh dikemas kini dengan mudah dari mana-mana sahaja tanpa memerlukan sambungan FTP, perisian pengarangan web dan sebagainya.

BAB

(10)

5. Ia berupaya merangkumi pembaca yang lebih ramai tanpa kehilangan kualiti maklumat dan membenarkan pelbagai tahap perincian maklumat. Ia membolehkan keseimbangan antara jangkauan dengan kekayaan maklumat. 6. Maklumat yang disiarkan di blog boleh didapatkan secara 24/7(pada bila-bila

masa dan di mana-mana jua).

7. Tiada perisian blog tertentu yang diperlukan untuk membina blog. Sesetengah penulis blog (blogger) menggunakan HTML ringkas untuk membina blog mereka. Walau bagaimanapun, kebanyakan perisian blog membolehkan seseorang itu membina dan menyelenggara blog tanpa memerlukan pengetahuan HTML. Pengajar tidak perlu meminta log pembelajaran pelajar mereka dari semasa ke semasa.

8. Pelbagai teknologi lain boleh digunakan bersama blog. Contohnya, penggunaan Wiki yang membolehkan penulisan secara berkumpulan dan perkongsian pengetahuan (seperti pembinaan glosari).

FAEDAH MENGGUNAKAN BLOG

Berikut merupakan faedah penggunaan blog yang dinyatakan oleh Anamaria (2010): 1. Blog membolehkan pelajar yang mempunyai kemahiran web menggunakan

sumber maklumat kegemaran mereka, iaitu Internet, secara sah dan sesuai serta mengaplikasikan kemahiran mereka dalam program tersebut.

2. Ia meningkatkan motivasi pelajar untuk bergiat aktif dalam proses pembelajaran kerana menulis blog sangat menyeronokkan dan menarik.

3. Ia membina kemahiran komunikasi pelajar yang kurang mahir Internet melalui pembelajaran rakan sebaya.

4. Ia memberi pelajar maklumat terkini mengenai bahan pembelajaran mereka. 5. Ia membina pemikiran kritis (dan juga cara-cara yang sesuai untuk

mengutarakan pemikiran tersebut dalam bentuk tulisan) melalui penggunaan ruang komen dan bentuk maklum balas yang lain.

6. Ia merupakan portal kreativiti dan inisiatif sendiri, kerana idea yang bagus bukan sahaja diberi ganjaran melalui markah yang tinggi, malah mendapat respon secara langsung daripada pembaca blog.

(11)

3 Bab 1: Blog

7. Ia membolehkan program anda lebih mudah dilihat di Internet dan memberikan imej positif yang jelas, seterusnya boleh menghasilkan komitmen yang tinggi daripada pelajar terhadap program tersebut dan perasaan bangga terhadap hasil kerja mereka.

8. Ia menjadikan pembelajaran lebih sama rata, bukan secara hierarki, dan guru bertindak sebagai titik kawalan, bukan sebagai satu-satunya sumber maklumat dan tafsiran.

CARA MENGGUNAKAN BLOG

Menurut Susana dan Sergio (2007), blog boleh digunakan oleh pengajar dan pelajar seperti berikut:

Blog Pengajar: Blog yang ditulis oleh pengajar kebanyakannya digunakan sebagai satu saluran komunikasi tambahan untuk berkongsi maklumat dengan pelajar mereka. Blog pengajar biasanya mengandungi maklumat berkaitan kandungan kursus, pengurusan kursus, komen-komen am kepada pelajar tentang kemajuan pembelajaran mereka, dan sebagainya.

Blog Pelajar: Blog yang ditulis oleh pelajar pada asasnya ialah blog pembelajaran atau blog projek. Blog pembelajaran (Lowe 2006) merupakan suatu diari pembelajaran, yang dibina serentak dengan pengalaman pembelajaran, dan memberikan laporan tentang kandungan serta proses pembelajaran (termasuk masa yang diambil, sumber-sumber yang digunakan dan sebagainya). Blog projek yang biasanya ditulis oleh sekumpulan pelajar pula mencatatkan perkembangan dan dapatan projek.

(12)

MULAKAN DENGAN BLOGGER

Pergi ke: http://www.blogger.com/

Daftar Masuk/Pendaftaran

Untuk membina blog, anda perlu mempunyai akaun Google. Klik ’Get

started’ untuk membuat akaun

tersebut.

Untuk membuat akaun Google, anda

dikehendaki mengisi borang

dalam talian.

LANGKAH 1

(13)

5 Bab 1: Blog Pilih negara anda Masukkan nombor telefon anda bermula dengan kod negara. Klik ‘Send verification code to my mobile phone’. Nombor kod tersebut akan dihantar terus ke

telefon anda. Setelah anda menerima kod pengesahan. Masukkan nombor kod tersebut di sini. Kemudian klik ‘Verify’. Untuk pengesahan

akaun, anda perlu memilih sama ada untuk mendapatkan

kod pengesahan melalui mesej teks

atau panggilan suara.

(14)

Menamakan Blog

Memilih Templat Masukkan nama

blog anda. Anda juga boleh mengubah nama

tersebut kemudian.

Klik di sini untuk menyemak ketersediaan nama blog anda.

Selepas itu, klik ‘CONTINUE’ . Pilih templat anda (anda boleh menukar templat pada bila-bila masa). Kemudian, klik ‘CONTINUE’.

LANGKAH 3

LANGKAH 4

(15)

7 Bab 1: Blog Mencatat (Posting) Klik di sini untuk mula blogging.

Pada paparan blog anda, klik ‘New Post’ yang berada

dibahagian atas sebelah kanan. Masukkan judul catatan Taip teks di sini.

Kemudian, anda boleh memilih untuk ‘SAVE NOW’ atau ‘PREVIEW’. Jika anda sudah bersedia untuk menerbit catatan

tersebut anda boleh klik pada ‘PUBLISH POST’. Sekarang, blog anda

sudah siap dibina. Anda boleh mula

menulis catatan (posting) dan mengubahsuai blog

anda.

(16)

Mengulas Catatan Semasa mengedit

teks, Anda boleh memasukkan pautan

(link), imej atau video.

Anda juga boleh memuatnaik video dari folder anda atau

daripada YouTube.

Untuk mengulas, buka catatan yang hendak anda ulaskan, dan klik

‘Comment’.

Muka ini akan dipaparkan dan anda boleh mula menulis

komen anda.

Kemudian, klik pada ‘Post Comment’. Anda boleh ‘Preview’

ulasan tersebut sebelum diterbitkan.

(17)

9 Bab 1: Blog

Mengubahsuai Blog

Untuk mengubahsuai blog, klik ‘Design’

yang berada pada bahagian atas sebelah

kanan anda. Halaman ini akan

dipaparkan dan anda boleh klik dan mengheret muka elemen blog anda

mengikut lokasi kesukaan.

Anda juga boleh menambah gajet ke

blog anda serta memilih pelbagai gajet yang disediakan. Kemudian anda boleh ‘Preview’ dan‘Save’.

LANGKAH 7

(18)

RUJUKAN

Anamaria Dutceac Segesten. 2010. Blogs in higher education – some ideas about their benefits and downsides. http://uvenus.org/2010/06/07/blogs-in-higher-education-%E2%80%93-some-ideas-about-their-benefits-and-downsides/html [4 Mei 2011]

http://gplsi.dlsi.ua.es/proyectos/webeso/pdf/inted07.pdf [4 April 2011]

Lowe, A.J. 2006. Blog use in teaching – Dragster activity. Internet: http://www.webducate.net/dragster2/examples/bloguse/. [4 Mei 2011]

Susana de Juana-Espinosa & Sergio Lujan-Mora. 2007. The use of weblogs in higher education: Benefits and barriers.

(19)

11 Bab 2: Diigo

APAKAH ITU DIIGO?

Alat anotasi kolaboratif, seperti Diigo dan Google Sidewiki, memperluas konsep penandaan sosial dengan membenarkan pengguna untuk bukan sahaja berkongsi penanda buku malah membuat anotasi laman web secara digital. Anotasi kolaboratif membolehkan pengguna menonjolkan kandungan tertentu pada laman web dan menambah catatan yang menerangkan pendapat mereka atau menyatakan rujukan yang berkaitan. Pengguna boleh menandakan teks atau gambar tertentu untuk menyerlahkannya (highlight), menambah komen sendiri dan berkongsi anotasi dengan rakan-rakan. Penanda buku dan komen juga boleh dikumpulkan dan diletakkan tag untuk menjadikannya lebih tersusun. Hasilnya, pelajar sesuatu kursus (atau ahli kumpulan kajian) boleh menyusun bibliografi beranotasi tentang laman-laman web yang berguna, dengan perenggan bertanda yang didapati penting serta catatan yang menerangkan kepentingan sesuatu laman web. Pelajar yang menggunakan alat anotasi untuk kajian akademik boleh membina satu koleksi kajian dan pemerhatian mereka sendiri, sebagaimana pelajar yang menyimpan teks dengan perenggan bertanda, coretan komen dan nota lekat(sticky notes). Bagi pelajar yang ingin meneruskan kerja-kerja akademik sebagai satu kerja-kerjaya atau bagi penyelidik yang melakukan kajian jangka panjang, kebolehan untuk mengumpulkan komponen-komponen kajian ini mungkin sangat bernilai. Dalam konteks kursus di peringkat universiti, alat anotasi kolaboratif membolehkan pelajar terlibat dalam penyiasatan dan penilaian sumber dengan lebih aktif (Educause 2009).

Kesimpulannya, Diigo merupakan suatu alat penandaan sosial yang membantu anda membaca, berkongsi dan menyusun laman web yang dikunjungi. Ia juga membolehkan anda berkongsi penanda buku serta melayari penanda buku yang dibina

BAB

(20)

oleh orang lain. Diigo memenuhi dua tujuan – ia bertindak sebagai alat penandaan dan juga sebagai alat perangkaian sosial.

KELEBIHAN MENGGUNAKAN ALAT ANOTASI DALAM PENDIDIKAN

Educause (2009) menerangkan kelebihan berikut apabila alat anotasi digunakan dalam bidang pendidikan:

1. Aktiviti untuk menambah refleksi (gambaran fikiran) akan menukarkan fungsi pelajar daripada seorang pengguna maklumat yang pasif kepada pembaca yang aktif terlibat dalam perbincangan ilmiah.

2. Alat anotasi kolaboratif menawarkan cara baharu untuk pelajar bersama-sama mencari dan menilai maklumat, berkongsi idea dan membina pengetahuan. 3. Alat anotasi kolaboratif membantu perkembangan maklumat kerana pengguna

menilai pendapat orang lain terhadap sesuatu sumber sebelum menambah pendapat mereka sendiri. Dengan menyediakan kebolehan untuk melantik pengguna yang dibenarkan akses kepada koleksi sumber, alat ini akan memperkukuh ciri kelompok terpadu.

4. Oleh kerana ia berasaskan Internet, aplikasi anotasi kolaboratif boleh ditawarkan kepada komuniti global, untuk menjemput pakar-pakar dalam bidang akademik untuk memberikan pandangan berharga terhadap usaha pelajar.

5. Semasa membuat anotasi, menyusun dan menambah nilai kepada sumber sedia ada secara berkumpulan, pelajar akan mempelajari cara untuk meneliti, menilai dan memberikan sumbangan. Apabila pengajar menggunakan alat ini untuk satu tempoh yang panjang, usaha pelajar boleh membentuk satu arkib atau koleksi catatan supaya pelajar kelas berikutnya boleh mendapat manfaat daripada pemerhatian pelajar terdahulu.

(21)

13 Bab 2: Diigo

PENGGUNAAN DIIGO DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Alat anotasi kolaboratif merupakan tempat permulaan sosial untuk pelajar menceburkan diri dalam amalan anotasi dan kajian ilmiah, di samping menggalakkan mereka untuk berkongsi maklumat dan meneruskan usaha rakan-rakan lain dalam satu komuniti pemikiran yang dinamik. Dengan penggunaan alat seperti Diigo, pelajar berpeluang untuk bekerjasama ketika mentafsirkan sumber dalam cara yang tidak mungkin dapat dilakukan di dalam kelas atau dengan menggunakan bahan bercetak yang tidak boleh diconteng seperti buku-buku pinjaman perpustakaan. Selain itu, walaupun pelajar boleh mendapatkan sumber maklumat yang tiada tandingannya daripada Internet, penggunaan maklumat tersebut secara efektif bergantung kepada alat yang boleh membantu untuk menyusun data dan memudahkan proses pencarian sumber tersebut apabila diperlukan. Alat ini memperkasakan pengguna, membolehkan mereka membuat ulasan dan refleksi, dan bukannya mengehadkan laman tersebut kepada penulis dan pembina laman web sahaja. Akhir sekali, ahli akademik pelbagai disiplin dan institusi juga menghargai kewujudan alat ini serta koleksi pemerhatian pengajar, pakar-pakar, dan rakan sebaya yang dibantu oleh mereka (Educause 2009).

CARA MENGGUNAKAN DIIGO

Diigo boleh digunakan seperti berikut: 1. Mencatat nota peribadi

2. Menyerlahkan maklumat teks pada laman web

3. Menanda dan menyimpan catatan tersebut untuk kegunaan selanjutnya 4. Menambah tag untuk menjadikannya tersusun

5. Berkongsi maklumat dengan rakan-rakan apabila menggunakan tag

(22)

MULAKAN DENGAN DIIGO

Pergi ke: http://www.diigo.com/

Membuat Akaun

Lengkapkan borang ini untuk mula membuat akaun anda.

Setelah mengisi maklumat yang diperlukan klik pada ‘Continue’.

LANGKAH 1

LANGKAH 2

Klik pada ‘Join Now‘ untuk membuat akaun

(23)

15 Bab 2: Diigo

Memasang Toolbar Diigo Diigo akan

menghantar email kepada anda. Anda perlu klik pada pautan yang

diberikan dan akaun Diigo anda

akan diaktifkan.

Setelah membuat pengesahan, anda akan diminta untuk memasang

toolbar Diigodan mengenali kebolehan

Diigo.

Pertama sekali ada perlu klik

pada butang ‘Allow’.

Sekarang, anda boleh mula memasang toolbar

dengan klik pada butang ini.

LANGKAH 3

Tiga langkah untuk memasang toolbar

(24)

Tetingkap ini akan dipaparkan dan anda perlu klik pada ‘Install

Now’.

Sekarang, toolbar Diigo anda sudah sedia

terpasang pada komputer anda. Tanda Buku Menanda Baca Kemudian

(25)

17 Bab 2: Diigo

Toolbar Diigo

(26)

Membuat Tanda Buku

Pertama sekali, buka sesawang atau URL yang anda kehendaki.

Kemudian klik pada butang ‘Bookmark’.

Tetingkap ini akan terpapar secara

automatik.

Masukkan tag.

Klik ‘Save’ untuk menyimpan tanda

buku di dalam perpustakaan Diigo

anda.

(27)

19 Bab 2: Diigo

Untuk melihat kembali tanda buku

anda, pergi ke

toolbar Diigo dan klik pada ‘My

Library’.

Sekarang, sesawang yang telah anda tandakan berada di

dalam senarai perpustakaan Diigo anda bersama-sama dengan tag yang

telah anda masukkan.

(28)

Menanda

Kemudian, klik pada butang ‘highlight’.

Pertama sekali, anda perlu memilih teks dari laman sesawang

yang anda mahu tandakan.

Sekarang teks yang telah anda pilih telah ditanda

atau diwarnakan.

Seterusnya butang ini akan terpapar secara automatik.

(29)

21 Bab 2: Diigo

Klik pada ‘View in my library’ untuk memaparkan teks yang telah di tanda ke dalam perpustakaan Diigo anda.

Apabila anda pergi ke ‘My Library’ hanya perenggan yang telah ditanda akan

(30)

Menggunakan Nota Lekat

Pertama sekali, klik pada butang ‘Comment’ dan pilih ‘Add a floating sticky

note to this page’.

LANGKAH 7

Kemudian, tempatkan nota lekat di mana-mana sahaja anda suka di atas laman sesawang yang anda buka.

Sekarang anda boleh menulis ulasan di atas nota lekat. Anda juga boleh menjadikan

nota tersebut untuk tatapan persendirian atau boleh dikongsi kepada umum atau

kumpulan anda sahaja.

Anda juga boleh menambah nota lekat pada teks yang

(31)

23 Bab 2: Diigo

Menyembunyikan Nota Lekat

• Kadangkala anda lebih gemar untuk melihat nota lekat anda sahaja atau anotasi kumpulan tertentu dan bukan nota lekat umum dari pengguna lain.

Dengan menggunakan toolbar Diigo, anda boleh menyembunyikan nota-nota lain yang anda tidak kehendaki.

Untuk menyembunyikan nota lekat, klik pada

‘Hide public sticky notes’.

Tetingkap ini akan terpapar dan anda perlu memilih ‘Do not show me public sticky

notes on this page’. Kemudian klik ‘OK’.

(32)

Menangkap Imej/Halaman

Pertama sekali, klik pada butang ‘Capture’ dan pilih

samada untuk ‘Capture Selected Area’ atau ‘Capture

Entire Page’.

Jika anda memilih untuk ‘Capture Selected Area’, tekan hold dan pilih kawasan

yang anda mahukan.

Sebelum anda menyimpan, anda boleh mengedit imej. Selepas anda klik pada ikon

‘simpan’, imej yang anda ambil secara automatik akan berada di dalam perpustakaan

Diigo anda.

(33)

25 Bab 2: Diigo

Membina Kumpulan

Di dalam Diigo. Anda boleh membina kumpulan anda sendiri. Klik pada ‘My

Group’ untuk pergi ke paparan kumpulan.

Klik pada ‘Create a group’ untuk mula membina kumpulan Diigo anda.

Lengkapkan maklumat yang dikehendaki dan anda akan dibenarkan untuk menjemput rakan-rakan menyertai kumpulan yang telah

anda bina.

Kemudian klik pada ‘Create my group’.

Setelah kumpulan Diigo anda siap dibina, anda boleh menjemput rakan Diigo untuk menyertai kumpulan anda atau anda juga boleh menjemput rakan-rakan

lain melalui email.

(34)

RUJUKAN

SlideShare. What is Diigo? http://www.slideshare.net/poutasi/what-is-diigo [8 Mac 2011]

Educause. 2009. 7 Things you should know about Collaborative annotation. http://www.educause.edu/eli. retrieved on [8 Mac 2011]

Klik pada ‘Invite people’ untuk menjemput rakan menyertai kumpulan

anda. Contoh kumpulan

Diigo yang dibina.

Kesemua ahli boleh menghantar tanda

buku atau topik untuk dibincangkan.

(35)

27 Bab 3: Elluminate

APAKAH ITU ELLUMINATE?

Elluminate menyediakan penyelesaian web, audio, video dan rangkaian sosial yang optimum untuk pendidikan dan latihan abad ke-21. Kesemua komponen Elluminate Live!, sama ada audio dua hala, video, perkongsian papan putih, aplikasi, rakaman interaktif dan bilik perbincangan, bersepadu antara satu sama lain untuk menyediakan persekitaran pembelajaran interaktif yang paling lengkap. Sama ada hanya untuk dua orang atau dua ratus pelajar, Elluminate Live! menyediakan ruang untuk perhubungan komunikasi, kerjasama dan pendidikan bertaraf dunia yang mengubah corak pengajaran dan pembelajaran (Elluminate Live. 2010a). Elluminate juga boleh digunakan bersama dengan panggilan persidangan melalui telefon atau fungsi suara melalui IP (Voice over IP) sekiranya ada. Jika menggunakan VoIP, set fon kepala perlu digunakan. (Kevin Bane 2008).

FAEDAH MENGGUNAKAN ELLUMINATE

Berikut ialah faedah apabila menggunakan Elluminate Live (Elluminate Live 2010c):

1. Meningkatkan Kadar Pelengkapan dan Pengekalan: Kebanyakan

pendidikan jarak jauh di insititusi akademik menggunakan alat tak segerak di Internet (online asynchronous tools), kemungkinan bersama-sama penggunaan perbualan teks segerak (synchronous text chat) atau penstriman video. Tetapi melalui teknologi tak segerak ini, pelajar mungkin rasa terasing dan tidak bersemangat untuk belajar sendirian kerana komunikasi antara pelajar dengan guru dan pelajar lain amat terhad. Kajian mengenai pembelajaran jarak jauh menunjukkan bahawa interaksi antara pelajar dengan guru dan sesama pelajar amat membantu untuk meningkatkan keputusan pelajar kerana ia memperbaik

BAB

(36)

sikap, motivasi dan membina kesedaran berkomuniti. Hasilnya, kadar pelengkapan kerja kursus meningkat, skor ujian lebih tinggi, dan kadar pengekalan lebih baik.

2. Menghapuskan Sekatan Geografi: Institusi akademik juga dapat

memperluas sempadan kelas fizikal, memanipulasikan sumber pengajaran yang terhad, menyediakan pensyarah jemputan dan pakar secara jarak jauh, memperluas jangkauan geografi bagi meningkatkan kadar pendaftaran, serta menyediakan akses untuk semua tanpa mengira lokasi apabila menggunakan e-Pembelajaran secara langsung dan teknologi kerjasama web.

3. Membina Komuniti dalam Talian: Pelajar hari ini boleh menggunakan teknologi segerak untuk kerjasama tanpa had – di sekitar kampus, di seluruh negara atau di serata dunia – dan membina komuniti pembelajaran yang cergas, yang mengalakkan penyertaan dan merangsang inovasi. Elluminate Live!, membantu institusi dan pengajar untuk membina bilik darjah maya bagi pertemuan berjadual atau kerjasama ad hoc, sama ada dengan atau tanpa guru.

4. Menjimatkan Kos Perjalanan: Institusi akademik masa kini perlu menyeimbangkan hasil pendidikan dengan faktor kewangan, termasuk membuktikan pulangan yang pantas atas pelaburan teknologi mereka. Konsep penghasilan yang lebih banyak dengan pelaburan yang sedikit kini menjadi cara hidup golongan akademik, sebagaimana dalam dunia perniagaan. Pada masa yang sama, sekolah beroperasi dalam persekitaran dan pasaran global yang semakin kompetitif. Pembelajaran segerak secara dalam talian merupakan satu penyelesaian berkesan kos yang menyediakan akses universal dengan jumlah kos pemilikan yang lebih rendah dan pulangan yang kukuh.

5. Meningkatkan Produktiviti Kakitangan: Elluminate Live! menyediakan ruang pertemuan yang lebih baik dengan suara melalui Internet (VoIP) tanpa memerlukan waktu perjalanan dan kehilangan waktu kerja di pejabat. Dengan pertumbuhan pesat institusi berbilang kampus dan kampus satelit, kelebihan teknologi mesyuarat maya secara langsung ini menjadi lebih ketara khususnya

(37)

29 Bab 3: Elluminate

dalam keadaan belanjawan yang terhad. Kebanyakan institusi menggunakan persidangan web bagi mesyuarat majlis eksekutif dan jawatankuasa.

6. Menyokong Pelbagai Gaya Pembelajaran: Kelas maya Elluminate Live! menyediakan VoIP dua hala, pemesejan segera (IM), dan perkongsian papan putih interaktif bagi memaparkan kandungan pendidikan. Semua ciri ini membina persekitaran pembelajaran yang menarik dan sempurna agar pengguna mendapat manfaat sepenuhnya daripada sesi tersebut walau apa pun gaya pembelajaran kegemaran mereka.

7. Menggabungkan Teknologi ke dalam Kelas: Pelajar dalam bilik darjah fizikal biasa sering menukar cara pembelajaran dan interaksi mereka. Pelajar masa kini, yang sering digelar sebagai ‘anak kelahiran zaman digital’, membesar dalam dunia digital dan menuntut agar sekolah mengikut gaya pembelajaran mereka. Pada masa yang sama, pendidik menyedari bahawa gaya pengajaran mereka perlu diubah seiring dengan perubahan tersebut bagi memastikan pembelajaran yang aktif dan mengekalkan perhatian pelajar.

8. Menggunakan vRoom dengan Aplikasi Perkongsian dan Perbualan:

Pakar strategi kini boleh berkongsi nota dengan pelajar dari mana-mana sudut kelas melalui komputer riba masing-masing. Tambahan pula, tidak menjadi hal jika seorang menggunakan komputer meja dan seorang lagi menggunakan komputer Mac kerana pengguna berinteraksi dalam masa nyata tanpa mengira platform komputer yang digunakan. Hasilnya: lebih kebebasan untuk pelajar, dan kebolehan bagi pakar strategi akademik untuk memberikan sokongan dengan cara yang kurang ketara.

9. Menskalakan Maklumat dan Pengetahuan: Perkara utama bagi

membolehkan mana-mana kelas maya berfungsi harus merangkumi keupayaan untuk merakam dan mengulang tayang sesi pengajaran, membina bahan pengajaran yang boleh diguna semula bagi memaksimumkan akses dan memanipulasikan sumber. Rakaman kelas boleh digunakan untuk ulang kaji peperiksaan dan sesi maklumat boleh dirakamkan terlebih dahulu sebelum

(38)

sesuatu kursus bermula. Selain itu, rakaman awal latihan tentang sesuatu topik seperti aplikasi dalam talian yang sering digunakan atau sumber perpustakaan dalam talian juga boleh dilakukan untuk fakulti, pelajar dan kakitangan lain. Elluminate Live! memudahkan pembinaan pangkalan pengetahuan untuk rakaman berindeks yang interaktif dan mudah diperoleh.

10. Memanipulasikan Sumber Pengajaran Terhad: e-Pembelajaran secara langsung dan teknologi kerjasama web mencerminkan interaksi kelas atau mesyuarat secara bersemuka tetapi tidak memerlukan telesidang mahupun kos perjalanan yang mahal. Seorang guru boleh dimanipulasikan untuk mengurangkan pengambilan guru baharu, mesyuarat berjadual fakulti boleh digantikan dengan sesi berasaskan Internet, pelajar dari pelbagai kampus boleh digabungkan untuk memenuhkan kelas dalam talian, serta pakar bahan pelajaran boleh memberikan syarahan kepada kelas dalam masa nyata dari mana-mana lokasi di seluruh dunia tanpa perlu melakukan sebarang perjalanan.

11. Menyediakan Pembangunan Kerjaya: Elluminate Live! membolehkan pengarah pusat untuk melakukan tugas pementoran dan menyampaikan kursus dalam talian bagi melatih guru-guru tentang teknologi yang diperlukan agar mereka boleh melaksanakan tanggungjawab rasmi mereka. Oleh kerana Elluminate Live! tidak memerlukan keluk pembelajaran yang pantas, pembelajaran langsung di Internet telah menjadi satu alat yang popular dan berguna hanya dalam masa beberapa bulan dengan menyediakan sokongan teknologi dan juga emosi untuk pengajar.

CARA MENGGUNAKAN ELLUMINATE

Menurut Elluminate Live (2010b), platform ini boleh digunakan secara berikut:

1. Pengajaran Secara Langsung: Program pembelajaran jarak jauh biasa mempunyai kadar kelengkapan yang rendah kerana pelajar dibiarkan belajar secara sendirian dan sering berasa tersisih. Guru-guru yang kini mengajar secara dalam talian memerlukan teknik pedagogi yang efektif dan sesuai untuk

(39)

31 Bab 3: Elluminate

berkomunikasi dengan pelajar sama ada pertemuan secara empat mata atau dengan sekumpulan pelajar. Kajian telah menunjukkan bahawa penyelesaian yang ideal ialah model pembelajaran blended dengan interaksi tak segerak dan segerak.

2. Pembinaan Kandungan Tak Segerak: Anda boleh membina kandungan

tak segerak menggunakan rakaman interaktif dan fungsi main semula Elluminate. Contohnya, anda boleh merakamkan sesi orientasi pelajar atau ucapan aluan kepada kelas maya anda sebelum hari pertama kelas. Selain itu, pelajar juga boleh menonton rakaman interaktif kelas anda jika mereka terlepas sebarang sesi ataupun untuk mengulangkaji pelajaran dan memperkukuh pengetahuan mereka.

3. Program Bimbingan (Tutor): Program bimbingan, sama ada dibuat oleh pengajar atau rakan sebaya, menawarkan peluang kepada pelajar untuk bekerja secara satu dengan satu bagi menjawab soalan atau mendapatkan bantuan dalam menyelesaikan kerja rumah atau tugasan lain. Sesi bimbingan boleh dijadualkan, atau pelajar boleh menyertai mana-mana kelas maya sedia ada untuk berhubung dengan tutor.

4. Kerjasama Kelas: Kerjasama jarak jauh akan menghubungkan pelajar dari pelbagai lokasi dan budaya bagi memperkaya pengalaman pembelajaran mereka. Contohnya, pelajar Universiti Dohto di Jepun bekerjasama dengan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia di Malaysia dalam satu kursus seni bina antarabangsa.

5. Mesyuarat: Anda boleh mempengerusikan mesyuarat dengan mudah dan efektif menggunakan Elluminate, sekaligus mengurangkan kos perjalanan, telesidang dan juga waktu kerja di luar pejabat.

6. Waktu Pejabat Secara Maya: Guru boleh melanjutkan tempoh

(40)

Pertemuan boleh dilakukan secara empat mata ataupun dengan sekumpulan pelajar.

7. Orientasi Pelajar/Ibu bapa: Ingin meluaskan jangkauan geografi dan menarik lebih ramai pelajar? Pamerkan program anda kepada bakal pelajar dan ibu bapa mereka di Internet dengan Elluminate Live! Anda boleh mengadakan sesi orientasi kepada pelajar baharu malah merakamkan sesi tersebut untuk mereka yang tidak dapat hadir.

8. Penceramah Jemputan Jarak Jauh/Lawatan Lapangan Maya: Perkara

paling penting tentang pendidikan dalam talian adalah penyediaaan suasana pembelajaran yang menarik. Dengan Elluminate Live!, anda boleh membawa penceramah jemputan kepada kelas anda dari jarak jauh atau menghantar pelajar untuk menghadiri lawatan lapangan maya.

9. Pembangunan Kerjaya: Tarik perhatian dan kekalkan pengajar serta pekerja yang berkelayakan dengan menyediakan pembangunan kerjaya yang berterusan dan berkesan kos melalui Elluminate Live!. Hubungkan guru-guru di seluruh kampus agar mereka boleh berkongsi cara pengajaran terbaik. Tawarkan sesi latihan mengenai aplikasi, peralatan, dan sistem pentadbiran dalam masa nyata atau secara rakaman.

10. Meja Bantuan Maya: Perlukan kaedah tambahan untuk menyediakan sokongan dan bantuan serta-merta kepada pelajar, fakulti dan kakitangan? Elluminate Live! ialah alat yang hebat untuk digunakan sebagai tambahan kepada pusat pembelajaran atau kaunter bantuan fizikal. Pelajar boleh mendapat akses kepada pakar atau sumber seperti perpustakaan penyelidikan, tanpa perlu pergi ke kampus.

(41)

33 Bab 3: Elluminate

MULAKAN DENGAN ELLUMINATE

Pergi ke: http://www.elluminate.com/

Daftar Masuk / Pendaftaran

Untuk menggunakan Elluminate, klik pada ‘GET A FREE TRIAL’. Masukkan alamat email anda dan klik

‘continue’.

LANGKAH 1

(42)

Kemudian klik pada ‘Try Elluminate’. Lengkapkan borang berikut. Untuk mengakses Elluminate, semak email anda. Elluminate akan menghantar kepada anda email berikut. Klik ‘Start Now’ atau anda

boleh menyalin pautan yang diberi ke pelayar anda.

(43)

35 Bab 3: Elluminate

Muat Turun Elluminate Live

Setelah anda pergi ke pautan yang diberi, laman ini akan dipaparkan.

Anda perlu klik pada ikon ini untuk memulakan

kelas percubaan Elluminate.

Kemudian tetingkap ini akan

dibuka. Anda tidak boleh menutup tetingkap

ini sehingga anda telah berada di sesi atas talian kolaborasi

blackboard.

Pada masa yang sama, anda perlu

memuat turun aplikasi ‘Java’. Aplikasi ini akan

dimuat turun kepada anda secara automatik.

(44)

Kolaborasi Blackboard dalam Talian

Setelah anda tamat memuat turun. Kolaborasi blackboard

anda akan terbuka secara automatik. Anda perlu klik pada butang ‘I agree’ untuk

mempersetujui lesen persetujuan.

Kemudian, anda perlu memilih talian internet yang

sedang anda gunakan dan klik ‘OK’. Tunggu sehingga Elluminate berhubung dengan komputer anda.

LANGKAH 4

(45)

37 Bab 3: Elluminate

Sekarang anda boleh menggunakan Elluminate live – Kolaborasi blackboard dalam talian.

Memeriksa Audio

Pergi ke ‘Tools’.

Pilih

‘Audio’. Klik pada

‘Audio SetuP Wizard’.

(46)

Klik ‘Refresh’ untuk mengemaskini peralatan audio yang anda ada.

Pilih jenis peralatan audio

anda.

Kemudian klik ‘OK’.

Uji peralatan audio anda dengan klik pada butang

‘Play’. Anda akan mendengar bunyi daripada

peralatan audio anda.

Selaraskan kekuatan audio kepada tahap

keselesaan anda mendengar.

(47)

39 Bab 3: Elluminate Jika anda berpuashati dengan tahap kekuatan tersebut klik ‘Yes’. Langkah yang sama juga dilakukan untuk peralatan audio yang lain (mikrofon). Pilih peralatan audio anda.

(48)

Pilih jenis mikrofon anda.

Uji mikrofon anda dengan klik pada butang ‘Record’.

Anda boleh meninggi atau mengurangkan

kekuatan bunyi mikrofon anda.

Setelah semuanya siap, klik butang

(49)

41 Bab 3: Elluminate

Memuat Naik Persembahan

Untuk memuat naik persembahan,

klik ikon ini.

Pilih lokasi persembahan anda. Kemudian klik ‘OK’.

LANGKAH 6

(50)

Pilih persembahan yang hendak dimuat naik. Kemudian klik ‘Open’. Sekarang, persembahan anda telah berjaya dimuat naik. Anda boleh

menggunakan kekunci ini untuk memainkan persembahan anda.

(51)

43 Bab 3: Elluminate

Menjemput Peserta

Pada bahagian atas

blackboard anda, klik pada ikon ini.

Kemudian, tetingkap ini akan

terbuka. Anda boleh menulis

email atau menyalin pautan yang diberikan dan

dihantar kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai sesi persembahan dalam talian anda.

LANGKAH 7

(52)

Peralatan Elluminate Live

1) Peralatan Peserta

(53)

45 Bab 3: Elluminate

2) Peralatan Berbual

3) Peralatan Audio serta Rakaman

Rakaman telah direkod. Untuk lihat kembali klik

(54)

RUJUKAN

Elluminate Live. 2010a. Unified Learning and Collaboration. http://www.elluminate.com/downloads/sales/datasheets/LiveBrochure_FINAL.p df [26 Mei 2011]

Elluminate Live. 2010b. Top Ten Ways of Using Elluminate Live!

http://www.elluminate.com/downloads/whitepapers/Top-Ten-Benefits-of-Using-Elluminate-Live.pdf. [26 Mei 2011]

Elluminate Live. 2010c. Top Ten Benefits Of Using Elluminate Live!®. http://www.elluminate.com/downloads/whitepapers/Top-Ten-Benefits-of-Using-Elluminate-Live.pdf [26 Mei 2011]

Kevin Bane. 2008. Elluminate – What is it and where to find help. https://techinfo.esc.edu/kb_article.php?s=1eba2d352205bde2f52bc05730111847 &ref=5455-YOZC-9085 [12 April 2011]

(55)

47 Bab 4: Evernote

APAKAH ITU EVERNOTE?

Evernote ialah satu alat Web 2.0 yang berguna untuk semua orang dalam apa jua keadaan. Ia membolehkan mereka merakam gambar hampir semua perkara yang ingin diingati. Dalam beberapa langkah mudah dan pantas, gambar boleh disimpan ke dalam Evernote, disusun dan diberi penerangan ringkas untuk menjadikan gambar tersebut mudah diperoleh pada masa akan datang. Aplikasi ini unik dalam beberapa perkara. Tidak seperti aplikasi web yang lain, Evernote tidak bersifat linear. Dalam erti kata lain, penggunaan aplikasi ini membolehkan anda menambah teks, maklumat, gambar, video, dan pautan sebagaimana yang boleh dilakukan dengan aplikasi web yang lain, sehinggakan dalam bidang ini sahaja pun terhasil banyak peluang untuk menyerlahkan kreativiti. Banyak lagi perkara lain yang boleh anda lakukan dengan Evernote. Evernote menyedari bahawa kita diberi segala macam maklumat setiap hari dan otak kita tidak dapat menyimpan semua maklumat tersebut, dan disebabkan itu banyak perkara sering hilang atau dilupai. Oleh itu, Evernote membolehkan kita merakam semua idea atau kenangan dan pengalaman daripada kehidupan sebenar kita secara digital supaya idea atau kenangan tersebut tidak lenyap begitu sahaja. Kesimpulannya, kemungkinan penggunaannya tidak terhenti setakat itu kerana Evernote membolehkan kita merakam maklumat dalam apa jua persekitaran sambil menggunakan sebarang platform atau peralatan yang anda inginkan (Benjamin 2008).

FAEDAH MENGGUNAKAN EVERNOTE

Pelajar, guru dan pensyarah boleh mendapat banyak manfaat daripada Evernote untuk pelbagai sebab berbeza mengikut persekitaran dan situasi masing-masing seperti berikut:

BAB

(56)

Pelajar

Pelajar dari pelbagai tahap pendidikan dan latar belakang boleh menggunakan Evernote untuk mengatur keutamaan pendidikan mereka. Evernote boleh membantu pelajar mengawasi nota, kajian, kerja rumah, ujian, kuiz dan dokumen lain yang berkaitan dengan tugasan sekolah mereka. Tentu hebat sekiranya tidak perlu risau tentang kemungkinan kehilangan tugasan penting, dan Evernote akan menghapuskan kerisauan itu. Caranya cukup mudah, iaitu pelajar perlu mengambil gambar semua nota, dokumen dan projek penting mereka. Kemudian, mereka hanya perlu memuat naik gambar-gambar penting ke dalam Evernote dengan satu langkah pantas dan menyusunnya. Pelajar boleh menyusun gambar tersebut mengikut projek, kelas atau apa-apa sahaja. Evernote menjadikan tugas pengurusan yang renyah bagi seorang pelajar lebih mudah dan senang untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki.

Guru

Evernote boleh menjadikan tugas mengajar lebih tersusun, senang dan mudah dicapai dengan membolehkan guru merakam gambar nota pelajaran di atas papan putih, gambar-gambar pelajaran dan aktiviti, gambar lawatan lapangan dan lain-lain. Guru sekolah rendah juga biasanya sering menerima banyak hadiah daripada pelajar mereka seperti gambar, lukisan, dan kraftangan yang akan terkumpul sepanjang tempoh pengajaran. Evernote membolehkan guru mengambil gambar hadiah istimewa tersebut, menyimpan dan menyusunnya. Guru seni juga boleh mendapat manfaat daripada Evernote. Membawa pulang projek seni yang begitu banyak mungkin agak menyusahkan. Evernote membolehkan mereka mengambil gambar setiap projek seni, menyimpan dan menyusunnya mengikut kelas dan projek, serta melihatnya di rumah bagi memudahkan tugas pemberian markah. Terdapat banyak lagi situasi yang guru sekolah boleh dibantu dengan penggunaan Evernote dalam persekitaran pendidikan.

Guru dari pelbagai peringkat boleh mendapat manfaat daripada Evernote. Bahagian ini akan menumpukan perhatian kepada guru sekolah menengah, pensyarah kolej dan pembantu guru di kolej. Mereka boleh menggunakan Evernote dalam pelbagai situasi berlainan. Klip video sering digunakan sebagai satu cara untuk menyampaikan pelajaran dalam persekitaran bilik darjah. Tetapi, dari manakah sumber video tersebut? Guru-guru sering terjumpa pelbagai contoh menarik yang boleh

(57)

49 Bab 4: Evernote

digunakan untuk menyampaikan sesuatu pelajaran atau idea kepada kelas mereka. Evernote membolehkan mereka mengambil gambar video itu, tajuknya atau pautan kepada video tersebut. Selepas merakam gambar video tersebut, mereka boleh menyimpan, menyusun, dan memberikan penerangan ringkas tentang video tersebut dalam Evernote. Kemudian, mereka boleh mendapatkannya dan mengingati video pendidikan tersebut pada bila-bila masa. Guru-guru juga boleh menggunakan Evernote untuk merakam gambar-gambar kajian, kerja rumah dan projek. Penyimpanan dan pengurusan tugasan di dalam Evernote membolehkan guru mengaksesnya dari rumah atau tempat lain dan membuat pemarkahan dengan mudah.

Evernote melegakan tekanan kehidupan seorang pelajar kerana mereka tidak perlu risau akan kehilangan dokumen penting, tugasan bertulis atau nota kelas. Ia membolehkan pelajar menyusun kesemuanya mengikut kelas tertentu dan memudahkan rujukan apabila pelajar perlu mengulangkaji sesuatu tajuk untuk peperiksaan. Oleh kerana Evernote merupakan aplikasi yang tersedia di Internet, pelajar boleh mendapatkan nota mereka di mana sahaja mereka berada sama ada dari telefon bimbit mereka ataupun mana-mana komputer yang mempunyai sambungan Internet. Guru-guru juga boleh menikmati kemudahan Evernote. Mereka hanya perlu merakamkan tugasan pelajar dan memuat naik gambar-gambar tersebut ke dalam Evernote, tanpa perlu bersusah payah mengangkut timbunan kertas ke rumah untuk dinilai sewaktu cuti panjang. Kemudian, guru boleh melakukan tugas pemarkahan di luar sekolah tanpa tergesa-gesa dan tanpa perlu risau akan kemungkinan tersalah letak atau kehilangan kertas kerja pelajar mereka.

(Sumber:https://wiki.itap.purdue.edu/display/Social/How+Evernote+Can+Be+Used+in +Educational+and+Learning+Environments)

CARA MENGGUNAKAN EVERNOTE

Evernote ialah satu aplikasi yang amat berharga kepada pendidik. Kebergunaannya boleh merangkumi perancangan kursus sehinggalah kepada penyampaian rancangan pelajaran dan pengumpulan maklum balas pelajar selepas kelas. Berikut merupakan

(58)

beberapa cara untuk menggunakan Evernote dalam pendidikan. Bagi seorang pendidik, Evernote boleh dikelaskan kepada tiga kategori (Michael 2011):

1. Sebelum kelas 2. Semasa kelas 3. Selepas kelas

Sebelum kelas

1. Rancang dan susun kelas anda menggunakan tag: Penggunaan tag

merupakan cara yang baik untuk mengatur rancangan pengajaran anda mengikut minggu atau kelas. Contohnya, jika anda mengetahui ada subjek tertentu untuk diajarkan pada minggu kedua sesi persekolahan, semua kandungan pelajaran yang berkaitan boleh diletakkan tag ‘minggu kedua’. Setelah sistem ini diwujudkan, anda boleh terus menambahkan item lain sepanjang tahun.

2. Pangkalan data piawai: Susunkan piawai pencapaian bagi gred atau subjek tertentu. Anda juga boleh berkongsi piawai tersebut dengan guru-guru lain, ibu bapa, pentadbir dan pelajar dengan menggunakan ciri perkongsian Evernote.

3. Pembangunan kerjaya: Jika anda memanfaatkan waktu cuti semester untuk mempertingkatkan kemahiran atau meneruskan pengajian anda, simpanlah semua nota, sumber-sumber, pelajaran dan idea baharu yang dipelajari di dalam Evernote. Ia juga amat sesuai untuk guru dalam perkhidmatan, persidangan, bengkel dan seminar yang dihadiri.

4. Templat kelas: Templat merupakan cara yang bagus untuk menjimatkan masa apabila memberi markah dan penilaian kepada pelajar anda. Jika anda menggunakan templat seperti helaian gred atau borang penilaian pelajar, simpanlah semuanya di dalam Evernote agar ia berada di hujung jari anda sepanjang tahun.

5. Bersedia untuk ketiadaan anda: Gunakan Evernote sebagai satu cara untuk memastikan kelas anda tetap diteruskan walaupun anda tidak hadir. Evernote memudahkan anda untuk berkongsi buku nota dengan guru pengganti. Cuba kongsikan rancangan pelajaran, lembaran kerja, kekunci

(59)

51 Bab 4: Evernote

jawapan dan contoh tugasan yang telah siap. Ini akan memastikan kelas anda terus berjalan walaupun anda tiada bersama mereka.

Semasa kelas

1. Kongsi buku nota dengan kelas anda: Selepas membina satu buku nota awam (public notebook), kongsikan pautan URLnya dengan kelas anda. Dengan cara ini, apa sahaja catatan yang ditambahkan boleh dilihat oleh pelajar anda (ataupun ibu bapa mereka).

2. Gambar papan putih: Mengambil gambar papan putih merupakan satu kegunaan Evernote yang digemari. Ambil gambar papan putih sebelum kelas bermula dan sekali lagi apabila kelas tamat. Ini akan memberi anda rakaman gambar dengan cetakan waktu yang tepat mengenai perkara yang anda lakukan pada bila-bila masa jua. Anda boleh memberikan tajuk atau tag pada setiap gambar berdasarkan nombor turutan kuliah bagi memudahkan pencarian gambar-gambar tertentu. Anda juga boleh berkongsi gambar tersebut dengan pelajar yang tidak dapat menghadiri sesuatu kelas agar mereka tetap menerima nota pelajaran pada hari tersebut.

3. Simpan nota di tempat yang mudah dicapai: Simpan semua nota, lembaran kerja, templat, panduan belajar dan tugasan yang sering digunakan di dalam Evernote, supaya ia mudah dicari dan dicapai.

Selepas kelas

1. Memudahkan pemarkahan: Imbas ujian yang telah diberikan markah dan tambahkannya ke dalam Evernote. Anda boleh memasukkannya ke dalam buku markah atau lembaran hamparan (spreadsheet) apabila anda mempunyai masa terluang. Ini juga sesuai jika anda mempunyai pembantu guru. Anda boleh berkongsi buku nota dengan pembantu anda dan meminta mereka membantu dalam proses pemarkahan.

2. Mengatur aktiviti ko-kurikulum anda: Sekiranya anda menyertai mana-mana jawatankuasa atau melatih sesuatu pasukan, anda boleh menggunakan Evernote untuk menyusun semua kajian, nota, dan maklumat berkaitan dengan

(60)

aktiviti ko-kurikulum tersebut. Sekali lagi, berkongsi buku nota merupakan satu cara yang bagus dan mudah untuk memastikan jawatankuasa anda memperoleh maklumat dan memikirkan perkara yang sama serta berkongsi pengetahuan yang terkumpul tentang sesuatu projek.

(61)

53 Bab 4: Evernote

MULAKAN DENGAN EVERNOTE

Pergi ke: http://www.evernote.com/

Memasang Evernote

Klik di sini

Klik pada ‘Save File’ dan simpan aplikasi ini

di dalam folder program anda.

LANGKAH 1

(62)

Kemudian anda buka fail Evernote tersebut dan klik

pada butang ‘Run’.

Tandakan dalam kotak ‘I accept the terms in the License Agreement’ dan mula memasang aplikasi dengan klik pada butang

‘Install’.

Selepas itu klik ‘Finish’ dan ikon Evernote akan muncul pada desktop

(63)

55 Bab 4: Evernote

Daftar Masuk Evernote

Sebelum anda dapat menggunakan Evernote,

anda perlu mendaftar masuk atau anda perlu

mendaftar dahulu jika belum mempunyai akaun.

(64)

Membina Buku Nota

Evernote menyimpan nota anda di dalam simpanan yang berbeza dipanggil “Buku Nota (Notebook).” Akaun anda bermula dengan satu buku nota, tetapi anda boleh

manambahnya pada bila-bila masa.

Dua cara dalam membina buku nota

1. Pergi ke ‘File’  ‘New Notebook’

Pilih local notebook (buku nota akan tersimpan di dalam komputer dan tidak akan dimuat naik ke dalam perkhidmatan sesawang Evernote) atau Synchronized notebook (buku nota akan dimuat naik ke perkhidmatan

sesawang Evernote, dan tersedia di dalam pelbagai bentuk perkhidmatan Evernote (Sesawang Evernote,

Evernote untuk Mac, sesawang bimbit Evernote , Evernote untuk iPhone, dll).

‘Tetingkap Create Notebook akan terpapar dan anda perlu mamasukkan

nama buku nota yang unik.

(65)

57 Bab 4: Evernote

2. Klik pada Notebook di bahagian kiri anda dan tekan’Insert’ pada papan kekunci atau klik kanan dan pilih ‘New Notebook’.

Mengeksport Nota

Notebook

Anda boleh memilih jenis fail untuk di eksport seperti .enex (Evernote Backup),

.html, .mht. Jika anda mengeksport ke .enex, anda juga boleh mengekport tag

sekali. Pergi ke ‘File’.

Klik pada Eksport

(66)

Mengimport Nota

Membina Nota/Nota Dakwat/ Nota Webcam

Anda boleh memilih untuk mengimport fail/nota

daripada file eksport Evernote atau OneNote.

Klik pada butang ‘New Note’ pada toolbar.

Klik ‘File’.

Klik ‘Import’.

LANGKAH 7

LANGKAH 6

(67)

59 Bab 4: Evernote

ATAU, pergi ke ‘File’  ‘New Note/New Ink Note/New Webcam Note’

Nota baru.

Nota dakwat

(68)

Membina Nota Multimedia

Menambah imej dan lain-lain fail

Nota: Hanya fail jenis PDF, JPG, WAV, PNG, MP3, GIF, AMR disokong untuk penggunaan percuma. Ahli premium boleh melampirkan pelbagai format fail tetapi Evernote hanya boleh memaparkan fail yang disokong sahaja.

1. Heret (Drag) dan Letak (Drop)

Ambil fail dari mana-mana di komputer anda dan heretnya ke dalam nota baru atau sedia ada.

Membuat Tag

Anda boleh mambuat tag pada nota anda untuk memudahkan pencarian. Anda juga boleh membina tag anda sendiri pada bila-bila masa dan heret serta letakkan ke dalam nota tag.

Klik kanan pada tag . Anda boleh membina tag ,

menamakan semula dan buang tag sedia ada.

Masukkan nama tag anda. Kemudian klik ‘OK’.

LANGKAH 8

LANGKAH 9

(69)

61 Bab 4: Evernote

Email Nota

Pilih satu atau lebih nota dalam senarai

ini.

Klik pada butang email. Aplikasi email akan terpapar

bersama tetingkap untuk menulis mesej.

Bilangan nota yang diemail.

Masukkan alamat penerima serta mesej.

Klik ‘Send’.

(70)

Berkongsi Buku Nota

Klik pada pautan ‘Sharing and Collaboration options’. Pilih buku nota, kemudian

klik kanan dan ambil ‘Properties’.

Anda akan di bawa ke laman sesawang Evernote. Anda pergi ke ‘Sharing’

kemudian ambil ‘Sharing Setup’.

Pada muka seterusnya, klik ‘Start Sharing’, atau ‘Stop/Modify Sharing’ untuk nota yang anda mahu kongsikan.

(71)

63 Bab 4: Evernote

Anda kemudian mempunyai pilihan samada untuk menerbitkan kepada umum atau kepada

individu terpilih sahaja.

Jika anda memilih untuk ‘Share with the World’, anda boleh membina URL

yang mana nota anda boleh diakses, diubahsuai serta didiskripsikan.

Jika anda memilih ‘Share with Individuals’, anda boleh memilih individu untuk menerima pautan kepada

buku nota anda. Ahli premium juga mempunyai kebolehan untuk membenarkan individu lain melihat,

membina, mengedit dan membuang nota dalam lingkungan buku nota yang

dikongsi.

Klik ‘Save’, buku nota anda akan diterbitkan pada umum.

Klik pada ‘Send Invitations’, individu jemputan anda akan menerima email

beserta pautan persendirian ke buku nota untuk diakses.

(72)

RUJUKAN

Benjamin Michael Spivey. 2008. Unique Ways of Using this Application!. https://wiki.itap.purdue.edu/display/Social/Unique+Ways+of+Using+this+Applic ation%21. [8 Mac 2011]

Michael Cruz. 2011. 10 Tips for Teachers Using Evernote – Education Series. http://blog.evernote.com/2011/01/13/10-tips-for-teachers-using-evernote-education-series/. [8 Mac 2011]

(73)

65 Bab 5: Facebook

APAKAH ITU FACEBOOK?

Platform Facebook membolehkan pembangun web membina aplikasi yang bersepadu dengan rangkaian sosial Facebook dan disampaikan melalui laman Web Facebook. Aplikasi tersebut dijalankan di pelayan pembangun web, dan apa sahaja data yang unik kepada aplikasi tersebut disimpan dalam pangkalan data pembangun web. Walaupun berfungsi di pelayan tersendiri, aplikasi Facebook boleh mencari datanya bagi memperoleh manfaat daripada rangkaian sosial Facebook yang sedia ada. Pengguna Facebook boleh melayari aplikasi yang ada dan mengaktifkan mana-mana aplikasi yang dimahukan, yang memberi mereka kebenaran untuk mengakses sebarang subset data akaun mereka (PennState 2007).

KELEBIHAN FACEBOOK

Menurut Caroline dan Terri (2009), terdapat pelbagai ciri-ciri unik yang menjadikan Facebook sesuai untuk aktiviti pendidikan. Contohnya, Facebook dilengkapi dengan:

1. Papan buletin, 2. Pemesejan segera, 3. E-mel,

4. Kebolehan untuk menyiarkan video dan gambar,

5. Kebolehan untuk menyiarkan maklumat dan bekerjasama dalam lingkungan sistem.

Selain itu, dengan kadar penggunaan yang tinggi dan beberapa kelebihan teknologi, rangkaian sosial seperti Facebook boleh menyediakan:

1. Pelbagai manfaat pedagogi lain kepada guru dan juga pelajar.

BAB

(74)

2. Menghubungkan sesama pelajar yang secara tidak langsung membina komuniti pembelajaran – satu komponen penting untuk pendidikan pelajar (Baker 1999).

3. Menyediakan peluang dan struktur kepada pengajar untuk membolehkan pelajar membantu dan menyokong satu sama lain dengan membina kursus-kursus melalui komuniti yang telah diwujudkan oleh pelajar sendiri.

4. Modul pembelajaran berasaskan Internet akan menggalakkan penglibatan aktif pelajar dengan cara yang berbeza daripada kelas kuliah biasa.

5. Meningkatkan interaksi antara guru dengan pelajar dan juga sesama pelajar dalam bentuk komunikasi berasaskan web.

6. Membantu pengajar berhubung dengan pelajar mereka mengenai tugasan, kegiatan akan datang, pautan berguna dan contoh-contoh tugasan di luar kelas. 7. Pelajar boleh menggunakan Facebook untuk menghubungi rakan sekelas

tentang tugasan kelas atau peperiksaan serta bekerjasama melakukan tugasan dan projek kumpulan dalam persekitaran Internet.

8. Rangkaian sosial yang dibina berasaskan konsep interaksi secara bersemuka antara guru dengan pelajar ini membenarkan pelajar untuk melihat profil pengajar yang mengandungi maklumat peribadi, minat, latar belakang dan “rakan-rakan” yang boleh meningkatkan motivasi pelajar, pembelajaran berkesan dan juga iklim bilik darjah (Mazer et al. 2007).

CARA MENGGUNAKAN FACEBOOK DALAM PENDIDIKAN

Amat penting bagi guru dan pensyarah untuk memperkenalkan rangkaian sosial kepada pelajar. Menurut Caroline dan Terri (2009), sebagai tugasan elektif, guru boleh meminta pelajar untuk:

1. Membuka akaun Facebook mereka sendiri dan “menjadi kawan” kepada sekurang-kurangnya seorang daripada rakan sekelas mereka.

2. Menyiarkan gambar yang bersesuaian dan berkaitan dengan kelas, pesanan mengenai tugasan kursus, serta permohonan kursus.

(75)

67 Bab 5: Facebook

PENGGUNAAN FACEBOOK DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

Dengan membina peralatan dalam struktur sosial Facebook, anda akan menggalakkan lebih banyak interaksi antara peserta. Misalnya melalui alat perpustakaan (library tool), pelajar yang menghadapi kesukaran untuk mencari katalog perpustakaan elektronik atau mempelajari cara penggunaan sistem perpustakaan universiti mungkin lebih selesa bertanya kepada “rakan” di dalam kumpulan atau menggunakan fungsi butang “Tanya Pustakawan”, bukannya terus kecewa dan berputus asa. Pustakawan boleh menggunakan aplikasi perpustakaan melalui Facebook sebagai satu cara untuk berhubung rapat dengan pelajar yang selalunya diajar sekali gus dalam sesi perpustakaan. Aplikasi Facebook yang telah dibina oleh perpustakaan boleh menyediakan satu ruang untuk pelajar bertanyakan soalan rujukan. Walau bagaimanapun, penambahan ciri-ciri tertentu mungkin boleh membantu meningkatkan perkhidmatan seperti ini. Secara keseluruhannya, platform sebegini boleh membantu untuk menjadikan suasana perpustakaan lebih terbuka dan mudah dicapai, sekali gus menggalakkan lebih banyak interaksi dan peluang pengajaran. Jika kita pindahkan senario perpustakaan ini kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, pelajar mungkin akan mula berkongsi tip-tip belajar sewaktu mereka menemui modul/nota yang paling berguna. Mereka mungkin mencadangkan modul/nota kepada rakan mereka berdasarkan keperluan yang dinyatakan sewaktu interaksi sosial. Kesemua aktiviti ini boleh membantu pelajar untuk meningkatkan kemahiran belajar mereka, seterusnya memperkaya pengalaman dan kepuasan akademik mereka (PennState 2007).

(76)

MULAKAN DENGAN FACEBOOK

Pergi ke: http://www.facebook.com/

Daftar Masuk/Pendaftaran

Untuk menggunakan Facebook, anda perlu

membuat akaun Facebook mengisi

maklumat yang dikehendaki.

Kemudian, klik pada ‘Sign Up’.

LANGKAH 1

(77)

69 Bab 5: Facebook

Setelah anda mendaftar masuk, halaman ini akan terpapar. Anda perlu melengkapkan sekarang atau

dilakukan kemudian.

Untuk keluar dari halaman ini klik

‘Skip this step’.

Facebook akan menghantar email untuk mengesahkan

pendaftaran anda.

Klik pada‘Get started’ dan anda boleh mula untuk

(78)

Mencari Rakan

Menyunting Profil Pilih rakan yang anda

mahu untuk dijadikan sebagai rakan

Facebook.

Pilih rakan untuk dijemput (Jika rakan anda

tidak mempunyai akaun Facebook).

Pergi ke ‘Find friends’. Anda boleh

mengimport senarai rakan daripada email Yahoo atau daripada

aplikasi lain.

Klik pada ‘Edit Profile’. Pergi ke ‘Profile’.

LANGKAH 3

(79)

71 Bab 5: Facebook

Pengumpulan Rakan Pilih perkara yang anda

mahu untuk disunting.

Kemudian klik pada ‘Save Changes’ Pergi ke ‘Account’. Kemudian klik ‘Create a List’. Klik pada ‘Edit Friends’.

LANGKAH 5

(80)

Privasi Masukkan nama

pengumpulan rakan yang hendak

ditubuhkan, contohnya “students”. Pilih ‘Students”. Sekarang, anda boleh mula menyunting senarai rakan untuk dikumpul dalam senarai ‘Student’ dengan pergi ke ‘Edit Lists’. Pergi ke ‘Account’.

Klik pada ‘Privacy Settings’.

(81)

73 Bab 5: Facebook

Menjadikan Status (Catatan Dinding) Privasi

Pilih jenis privasi yang anda mahu

untuk akaun Facebook anda. Kemudian klik pada ‘Apply These Settings’. Tulis status (catatan dinding) anda di sini.

Pilih jenis privasi yang tersenarai

atau suaikan mengikut kehendak anda.

Pilih status untuk dilihat ‘These

people’.

Anda juga boleh memilih untuk menyembunyikan kepada individu-individu

tertentu di sini.

Kemudian klik pada ‘Save Setting’.

(82)

Album Gambar

Pada halaman utama Facebook anda klik

‘Photos’.

Pilih gambar daripada folder anda yang sudah

sedia ada.

Kemudian klik ‘Select Photos’.

Klik pada ‘Create Album’. Pilih jenis privasi

perkongsian album gambar tersebut. Berikan nama untuk

album anda.

(83)

75 Bab 5: Facebook

Menubuhkan Kumpulan Kemudian klik

‘Publish Now’ atau ‘Skip’ bahagian ini.

Tuliskan penerangan berkenaan album anda.

Klik pada ‘Save Changes’.

Pada halaman utama facebook, klik pada

‘Create Group’.

(84)

Masukkan nama kumpulan yang

hendak ditubuhkan. Pilih ahli untuk

dimasukkan di dalam kumpulan ini.

Kemudian klik pada ‘Create’. Pilih jenis privasi

kumpulan anda.

Tuliskan topik untuk memulakan perbincangan.

Pilih aktiviti yang anda mahu lakukan.

(85)

77 Bab 5: Facebook

Membuat Acara (Event)

Klik ‘Create an Event’. Pada muka utama

Facebook anda, klik pada ‘Events’.

Masukkan maklumat berkenaan acara

tersebut.

Kemudian klik pada ‘Create Event’.

(86)

RUJUKAN

Baker, P. 1999. Creating learning communities: The unfinished agenda. In B. A. Pescosolido & R. Aminzade (Eds.), The social works of higher education (pp. 95-109). Thousand Oaks, CA: Pine Forge Press.

Caroline Lego Muñoz & Terri L Towner. 2009. Opening Facebook: How to Use

Facebook in the College Classroom.

http://www46.homepage.villanova.edu/john.immerwahr/TP101/Facebook.pdf [7 Mac 2011]

Mazer, J. P., Murphy, R.E., & Simonds, C. J. 2007. I’ll see you on ‘Facebook’: The effects of computer-mediated teacher self-disclosure on student motivation, affective learning, and classroom climate. Communication Education, 56, 1-17.

PennState. 2007. 7 Things You Need to Know about Facebook Applications. http://ets.tlt.psu.edu/wp-content/uploads/facebook_applications.pdf [7 Mac 2011]

Gambar

gambar tersebut.

Referensi

Dokumen terkait

Aplikasi virtual reality masjid Caringin Banten berbasis Android berhasil dibuat dan dapat berjalan dengan baik. Teknologi virtual reality pada aplikasi ini dapat menjadi

Mikrokontroler keluarga MCS51 dapat digunakan untuk mengendalikan data yang masuk dari computer untukmenggerakkan driver motor steper pada alat pembuat minuman kopi

Berdasarkan hasil penelitian dan pembahasan yang telah diuraikan sebelumnya mengenai hubungan dukungan keluarga dengan tingkat self esteem (harga diri) pada

Puji syukur kehadirat Allah SWT atas segala rahmat dan hidayah-Nya penulis dapat menyelesaikan Tugas Akhir dengan judul “ Analisis Optimasi Waktu Dan Biaya

Dari hasil pra survey pada beberapa Toko Alat Musik terkemuka di Kota Semarang sebagaimana nampak pada Tabel 1.2 dapat ditarik informasi bahwa minat pembelian alat

Nilai kelarutan Cr di rumen sampai pascarumen pada ternak rminansia merupakan suatu nilai karakter yang harus diketahui karena dapat digunakan sebagai indikator

Dari data di atas Desa Gili Ketapang hanya memiliki 1 ponpes yaitu Pondok Pesantren Nur Hasan yang terletak di Dusun Mujahidin RT.8 yang terdiri dari 4 ustads dan 20 santri..