• Tidak ada hasil yang ditemukan

KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK MALAYSIA: SATU TINJAUAN.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK MALAYSIA: SATU TINJAUAN."

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK MALAYSIA: SATU TINJAUAN.

Muhamad Hashim Ahmad* & Suria Md Yusof

Jabatan Perdagangan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen U1, 40150 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Abstrak

Keusahawanan merupakan satu kerjaya mulia yang telah dipelopori oleh nabi Muhammad S.A.W. Walaubagaimanapun, budaya makan gaji telah menjadi kerjaya pilihan utama oleh ramai golongan belia di Malaysia. Demi mengetahui persepsi bakal graduan Politeknik memilih keusahawanan sebagai kerjaya, kajian telah dilakukan untuk mengenalpasti ciri-ciri keusahawanan yang sedia ada dalam kalangan pelajar. Selain itu, objektif kajian ini untuk mengenalpasti strategi yang harus dilakukan oleh Politeknik bagi menyerapkan budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar. Sampel kajian di pilih secara rawak dalam kalangan pelajar semester akhir Jabatan Perdagangan, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Soal selidik telah digunakan sebagai instrumen dan menggunakan perisian SPSS untuk menganalisa data. Dapatan kajian menunjukkan ciri-ciri keusahwanan adalah mempunyai inisiatif yang tinggi, sanggup mengambil risko dan berfikiran kreatif. Manakala, faktor utama untuk membantu penyerapan budaya keusahawan dalam kalangan pelajar adalah pendedahan program-program keusahawanan yang boleh di ceburi. Selain itu, dana khas yang disediakan oleh kerajaan turut merangsang budaya keusahawanan tersebut. Dapatan kajian juga diharap dapat membantu Politeknik Malaysia mempergiatkan usaha untuk menganjurkan program-program keusahawanan selain memantapkan lagi pengisian ilmu secara teori dan aplikasi bagi kursus-kursus yang ditawarkan. Sekaligus, merapatkan jurang pengganguran dalam kalangan belia di Malaysia. Kata kunci: keusahawanan, pengangguran, belia, Politeknik

1.0 PENGENALAN

Malaysia telah menikmati pertumbuhan ekonomi yang tinggi dalam beberapa dekad lalu. Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) benar berkembang sebanyak 5.8 peratus setahun semenjak tahun 1991 hingga 2010. Keadaan ini telah mentransformasi lanskap ekonomi Malaysia daripada sebuah ekonomi berasaskan pertanian dan komoditi kepada sebuah negara berpendapatan sederhana yang makmur. Limpahan kemakmuran ekonomi dan peluang pekerjaan turut menjadi daya tarikan kepada pekerja asing yang mempunyai persamaan agama dan budaya berhijrah ke Malaysia. Justeru itu, kerjaya sebagai usahawan bukan pilihan bagi kebanyakan graduan pada masa tersebut.

Namun, momentum pertumbuhan telah menjadi perlahan berikutan krisis ekonomi dan kewangan global. Krisis kewangan dipenghujung dekad 90-an yang melanda hampir semua negara Asia Tenggara menjadikan kadar pertumbuhan ekonomi merosot dan sekaligus mewujudkan jurang pengangguran (BNM 2014). Justeru kerajaan melalui Rancangan Malaysia Ke-9, 2006-2010 menggalakkan

(2)

pembangunan modal insan melalui pembudayaan keusahawanan dan kemahiran insaniah di Institusi Pengajian Tinggi.

Mengikut laporan Rancangan Malaysia Kesepuluh (2010), kadar pengangguran di Malaysia meningkat sedikit daripada 3.5 peratus pada tahun 2005 kepada 3.7 peratus pada tahun 2009 tetapi masih pada tingkat guna tenaga penuh. Bidang keusahawanan dilihat sebagai satu kerjaya yang berpotensi untuk mengatasi masalah pengangguran dalam kalangan graduan. Sehubungan itu, pelajar Politeknik Malaysia perlu melihat bidang keusahawanan ini sebagai satu kerjaya yang penting. Pendidikan di Politeknik mula diperkenal di Malaysia melalui penubuhan Politeknik Ungku Omar di Ipoh pada tahun 1969. Pendidikan ini diperkukuhkan dengan perakuan Jawatankuasa Kabinet mengenai pendidikan pada tahun 1979 dan Pelan Induk Perindustrian Kebangsaan Pertama (1985-1995). Tujuan penubuhan politeknik yang kini mencecah 33 buah politeknik adalah bagi memenuhi keperluan tenaga kerja separa profesional dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan perkhidmatan. Kursus keusahawanan turut ditawarkan kepada pelajar termasuk pelajar dalam aliran kejuruteraan. Bagi menyahut seruan kerajaan, Pusat Keusahawanan Politeknik Malaysia telah ditubuh pada 2009 bagi menyelaras dan menyuburkan pembudayaan keusahawanan dan inovasi dalam kalangan pelajar.

Keusahawanan adalah sesuatu yang sukar dan merupakan satu kerjaya yang mencabar berbanding makan gaji. Malahan terdapat golongan pelajar yang menceburi diri dalam bidang keusahawanan kerana terpaksa disebabkan kegagalan mendapatkan pekerjaan. Galakan oleh kerajaan melalui agensi dan institusi pendidikan awam membantu menyuburkan keusahawan terutama di peringkat belia. Institusi Pengajian Tinggi juga mula menawarkan kursus-kursus yang berkaitan dengan pengurusan keusahawanan.

Universiti Malaysia Kelantan memperkenalkan Program Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan dilihat mampu melahirkan lebih ramai usahawan di negara ini dengan bimbingan mentor dari industri. Universiti Kebangsaan Malaysia melalui Fakulti Ekonomi dan Pengurusan telah menawarkan Sarjana Keusahawan dan Inovasi. Yayasan Pelajaran Mara pula menggalakan para pelajar di bawah Program Pendidikan Tinggi Malaysia-Jepun (MJHEP) menanam minat untuk

(3)

menceburi bidang keusahawanan selepas tamat belajar. Harapan tinggi diletak pada mereka sebagai usahawan yang akan dapat mencipta peluang pekerjaan kepada penduduk.

1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN

Menurut Ishak et. al., (2011), pendedahan dalam dunia keusahawanan bukan sahaja tertumpu kepada golongan dewasa malahan golongan kanak-kanak di peringkat sekolah rendah lagi. Jelas menunjukkan bahawa budaya keusahawanan ini perlu diterapkan dalam diri setiap individu sejak daripada kecil lagi. Lazimnya wujud masalah bagi pelajar untuk menjadi usahawan dari segi kos dan masa, sumber tenaga manusia, proses penyediaan premis dan keperluan sistem bersikap automasi. Keadaan ini dapat diatasi oleh pelajar dengan menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan. Pelajar bebas menentukan saiz perniagaan mengikut keupayaan mereka.

Oleh yang demikian, kajian ini dibuat untuk mengkaji faktor-faktor pembudayaan keusahawanan dalam kalangan pelajar Politeknik Malaysia. Kajian ini boleh dijadikanrujukan kepada para pelajar dan usahawan untuk memajukan lagi perniagaan pada masa akan datang. Trend pada hari ini, pelajar turut menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan ataupun perniagaan secara atas talian. Institusi Pendidikan juga terlibat dengan menyediakan tapak dan kios untuk pelajar mempraktikan keusahawanan semasa di kampus.

1.2 PERNYATAAN MASALAH

Pengangguran turut disebabkan oleh sikap graduan yang kurang berkemahiran. Graduan kini lebih banyak didedahkan dengan konsep teori daripada praktikal sama ada di politeknik mahupun di universiti. Akibatnya, graduan kini menjadi lemah dalam penguasaan kemahiran insaniah seperti kemahiran komunikasi, kemahiran berfikir, kemahiran keusahawanan dan lain-lain lagi.

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar yang akan bergraduat. Pemilihan kajian dilakukan kepada pelajar semester akhir Jabatan Perdagangan di Politeknik Sultan Salahuddin

(4)

Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Malaysia. Kajian ini melibatkan pelajar semester akhir Diploma Pengajian Perniagaan Pengurusan, Diploma Pengajian Perniagaan Antarabangsa, Diploma Pemasaran dan Diploma Insurans. Responden yang dipilih adalah secara rawak berdasarkan jadual persampelan Krejcie dan Morgan. Aspek dorongan dan pemantapan budaya keusahawanan dikelaskan sebagai perkara yang dapat mempengaruhi kecenderungan para pelajar Politeknik untuk menceburi bidang keusahawanan selepas bergraduat.

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti pembudayaan keusahawanan dalam kalangan pelajar Politeknik. Turut dikaji berkaitan strategik penyerapan pembudayaan keusahawanan dalam kalangan pelajar.

1.4 KEPENTINGAN KAJIAN

Signifikan kajian ini adalah untuk membuka minda pelajar-pelajar dan masyarakat mengenai budaya keusahawanan dengan mempraktikkan ciri-ciri seorang usahawan yang tepat. Di samping itu, untuk mempengaruhi faktor-faktor yang perlu diamalkan oleh setiap usahawan untuk terus memajukan perniagaan. Selain membentuk individu atau kumpulan kerja yang bercirikan keusahawanan dalam menguruskan idea inovatif dan kreatif, seseorang individu itu juga digalakkan untuk mempunyai inspirasi kendiri yang berasaskan komitmen dan prestasi yang tinggi.

Kepentingan kajian ini kepada pelajar sebagai ransangan untuk lebih cenderung menjadi usahawan seterusnya membantu menyediakan peluang pekerjaan. Seterusnya, kajian ini dapat membantu institusi politeknik dan warga pendidiknya dalam memperkemaskan penawaran kursus-kursus keusahawanan dan program keusahawanan yang dilaksanakan. Ini secara tidak langsung akan dapat membantu para pelajar pada masa akan datang untuk membina keyakinan diri dan menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.

(5)

2.0 ULASAN KEPUSTAKAAN

Dalam era globalisasi kini, bidang keusahawan telah mengubah sumber utama ekonomi negara daripada ekonomi berasaskan pertanian kepada ekonomi berasaskan perindustrian dan kini ekonomi berasaskan pengetahuan (Hassan et. al., 2005). Globalisasi juga membentuk keupayaan tenaga manusia agar menjadi lebih berkemahiran yang pelbagai dan fleksibel dalam meneroka dunia pekerjaan. Ilmu pengetahuan dikembangkan bersama disiplin yang lain agar menjadi multidisiplin.

Cabaran utama untuk Malaysia menjadi sebuah negara maju, sumber tenaga manusia perlu dibekalkan ilmu pengetahuan yang mencukupi dan berkemahiran tinggi. Dengan pendidikan dan latihan yang tersusun, tenaga manusia dapat bangunkan bagi memenuhi keperluan industri (Hassan et. al., 2005). Kenyataan tersebut disokong oleh Safarin et. al. (2005) yang menyatakan bahawa dalam perkembangan dunia masa kini dan dalam era globalisasi kini, majikan tidak hanya mementingkan kemahiran teknikal, tetapi juga kepada kemahiran generik.

Menurut Ahmad Berek (1976), usahawan boleh dilahirkan melalui latihan-latihan atau rancangan-rancangan keusahawanan. Mereka diajar, dipimpin, didorong dan dibantu dengan modal dan ilmu pengurusan. Oleh yang demikian pihak kerajaan telah merangka pelbagai program yang dapat meningkatkan kadar penyertaan rakyat Malaysia dalam bidang perdagangan dan perindustrian. Kenyataan ini senada dengan Nor Aishah (2002), yang berpendapat program-program latihan dan keusahawanan adalah amat penting untuk melahirkan usahawan di negara ini.

Hisrich et al. (2008) menyenaraikan ciri-ciri pembudayaan keusahawanan yang baik seperti beroperasi dalam sempadan teknologi, menggalakkan idea baru, membenarkan „trial and error‟ terjadi, membenarkan kegagalan, mewujudkan sumber dan sebagainya. Bidang keusahawanan dianggap berupaya melahirkan sumber tenaga manusia yang dapat memelihara kestabilan ekonomi, sosial dan kestabilan politik negara.

Budaya keusahawanan merupakan landasan kepada pembangunan modal insan (Sarimah et. al. 2010). Pendedahan terhadap budaya keusahawanan ini adalah menepati hasrat dan objektif pihak kerajaan untuk mewujudkan masyarakat

(6)

usahawan yang berinovatif, kreatif dan berdaya saing. Keusahawanan juga dikaitkan dengan sikap, nilai, pengetahuan dan kemahiran yang membolehkan seseorang mampu dan cekap untuk mencari, mengenal, dan merebut peluang tersedia dalam ekonomi. Seterusnya, menterjemahkan kepada strategik-strategik dan usaha perniagaan bagi mendapatkan keuntungan (Barjoyai, 2000).

Norasmah (2007) menyatakan bahawa usaha pemupukan dan latihan dalam bidang keusahawanan sesuai dilakukan di sekolah dan pusat latihan teknikal di mana ianya dapat bertindak sebagai agen yang memberi perubahan dalam pendidikan serta minat pelajar itu sendiri. Graduan yang didedahkan kepada keusahawanan ketika pengajian di institusi pengajian tinggi baik secara teori atau praktikal, cederung untuk berdikari dan membuka perniagaan sendiri. Pendidikan keusahawanan yang ditawarkan seperti Kursus Keusahawanan, Kursus e-Commerce, Kursus Ekonomi dan sebagainya memainkan peranan sangat penting kearah penyuburan budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar.

Kamus Dewan Edisi Empat (2013) mendefinisikan usahawan sebagai orang yang mengusahakan sesuatu perusahaan iaitu pengusaha. Menurut Carland et. al., (1984), usahawan sebagai indvidu yang menubuhkan perniagaan untuk mendapatkan keuntungan dan untuk terus berkembang.

1 METODOLOGI

Dalam disiplin penyelidikan, dapatan kajian ditentukan oleh kaedah dan reka bentuk kajian. Reka bentuk kajian pula ditentukan oleh tujuan kajian. Kesilapan dalam memilih reka bentuk kajian yang tidak relevan, hasil dapatan adalah kurang tepat. Natijahnya, ini mendatangkan kesan negatif kepada pengkaji lain yang membuat rujukan terhadap hasil dapatan kajian tersebut ( Chua 2009, 2012).

Menurut A. Aziz Deraman (2002), metodologi adalah merupakan sistem yang meliputi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam matlamat kajian. Kajian ini merangkumi reka bentuk kajian, kaedah persampelan, kaedah pengumpulan data dan kaedah penganalisian data yang digunakan. Menurut Mohd Majid (1990), kajian diskriptif dilakukan bagi menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku dengan menganalisis data yang diperolehi melalui instrumen yang tertentu seperti soal selidik. Menurut Sidek (1998), kajian deskriptif juga

(7)

bertujuan untuk memberi penerangan yang sistematik mengenai fakta dan ciri-ciri sesuatu populasi atau bidang yang diminati secara fakta dan tepat.

Data yang dikumpul ini akan digunakan sebagai asas membentuk inferensi dan pentafsiran bertujuan menghurai dan membuat jangkaan tentang sesuatu fenomena. Oleh itu, metodologi merupakan elemen yang amat penting alam sesuatu kajian kerana keputusan atau hasil kajian yang terbaik adalah bergantung kepada kaedah yang digunakan dan bersesuaian dengan keperluan semasa. Penentuan teknik pengumpulan data juga berkait rapat dengan lokasi kajian, jenis instrumen, kaedah pengumpulan dan kaedah penganalisian yang digunakan. Oleh itu, kaedah yang digunakan perlu berseusaian dengan objektif agar matlamat kajian dicapai dengan cemerlang.

3.1 REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini adalah berbentuk deskriptif. Borang soal selidik diedarkan kepada pelajar-pelajar diploma semester akhir Jabatan Perdagangan, Politeknik Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Bilangan populasi bagi kajian ini ialah 209 orang, manakala bilangan sampel pula ialah 132 orang. Ini merujuk jadual persampelan oleh Krejcie dan Morgan (1970). Menurut Chua (2009, 2012), reka bentuk kajian merujuk kepada cara bagaimana pengkaji mendapatkan data yang diperlukan. Ini kerana terdapat beberapa kaedah yang ditentukan untuk mengukur data dalam penyelidikan yang telah dijalankan oleh penyelidik.

3.2 ANALISIS DATA

Data kajian ini dianalisa menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Version 20. Bagi menguji keberkesanan kebolehpercayaan borang soal selidik, ujian pilot dijalankan terhadap 30 orang responden. Terdapat tiga bahagian soalan yang digunakan dalam soal selidik ini. Bahagian A berkenaan latar belakang responden, Bahagian B berkaitan ciri usahawan dalam diri pelajar politeknik dan Bahagian C berkaitan strategik yang perlu Politeknik laksanakan untuk menyerap budaya keusahawanan. Nilai pekali Cronbach Alpha yang dijalankan ke atas 30 orang responden adalah seperti dalam jadual 1.

(8)

Berdasarkan Jadual 1, keputusan ujian kebolehpercayaan bagi soalan daripada Bahagian A adalah sederhana, Bahagian B adalah baik dan Bahagian C adalah cemerlang.

Jadual 1: Keputusan Ujian Kebolehpercayaan

Bahagian Soalan Cronbach Alpha Ujian Pilot (n=30) Bahagian A Bahagian B Bahagian C 0.656 ( Sederhana ) 0.791 ( Baik ) 0.962 ( Cemerlang )

Seterusnya, borang soal selidik diedarkan kepada responden yang telah dikenalpasti berdasarkan persampelan oleh Krejcie dan Morgan. Nilai pekali Cronbach Alpha yang dijalankan ke atas 132 orang responden adalah seperti dalam jadual 2.

Jadual 2 : Keputusan Ujian Kebolehpercayaan Bahagian Soalan Cronbach Alpha Kajian Sebenar

(n=132) Bahagian A Bahagian B Bahagian C 0.566 ( Sederhana ) 0.909 ( Cemerlang ) 0.937 ( Cemerlang )

Berdasarkan jadual 2, keputusan ujian kebolehpercayaan bagi keseluruhan responden mendapati nilai pekali Cronbach Alpha Bahagian A adalah sederhana, Bahagian B dan C adalah cemerlang.

2 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

Hasil dapatan kajian mengenai pembudayaan keusahawanan dalam kalangan pelajar Politeknik Malaysia dibincangkan bagi menjawab objektif kajian pertama. Jadual 3 menunjukkan dapatan analisis skor min dan median bagi menjawab objektif kajian pertama iaitu pembudayaan keusahawanan dalam kalangan pelajar Politeknik Malaysia. Ciri pembudayaan keusahawanan yang paling berpengaruh ialah inisiatif diri sendiri pelajar tersebut. Ini kerana ciri ini merekod skor min tertinggi iaitu 4.17 dan median 4.00.

(9)

Jadual 3 : Ciri-ciri pembudayaan keusahawan dalam kalangan pelajar Politeknik Bil

Ciri-ciri Skor

Min

Medium Kedudukan 1. Saya mempunyai inisiatif

yang tinggi untuk menjadi seorang usahawan

4.17 4.00 1

2. Saya sanggup berdepan risiko yang tinggi

4.15 4.00 2

3. Saya seorang yang berfikiran kreatif

4.14 4.00 3

4. Saya mempunyai kebolehan menyelesaikan masalah

4.10 4.00 6

5. Saya akan berusaha

bersungguh-sungguh untuk memulakan perniagaan

4.12 4.00 5

6. Saya berazam untuk

menjalankan suatu perniagaan pada masa depan

4.12 4.00 4

Seterusnya, ciri kedua tertinggi proses pembudayaan keusahawanan dalam kalangan pelajar politeknik ialah kesediaan pelajar untuk berdepan risiko dengan jumlah skor min 4.15 dan median 4.00. Dapatan kajian juga menunjukkan pelajar yang berfikiran kreatif menduduki senarai ketiga tertinggi dalam proses pembudayaan keusahawanan dalam kalangan pelajar politeknik. Jumlah skor min direkod bagi ciri ketiga ialah 4.14 manakala median sebanyak 4.00. Ketiga-tiga ciri tersebut mencerminkan proses pembudayaan keusahawan dalam kalangan pelajar politeknik Malaysia terbit dari dalam pelajar itu sendiri.

Dapatan daripada jadual 4 pula menjawab objektif kajian kedua iaitu strategik yang perlu dilakukan oleh Politeknik Malaysia bagi menyerap budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar. Jadual 4 menunjukkan analisis skor min dan median bagi mengenalpasti strategik penyerapan budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar oleh pihak Politeknik Malaysia. Strategik politeknik membantu pelajar mendapatkan modal dan pinjaman dari agensi kerajaan memperolehi skor min tertinggi iaitu 4.48 dan medium sebanyak 5.00. Dapatan tertinggi ini juga dikongsi dengan strategik politeknik perlu mendedahkan pelajar dengan suasana perniagaan. Skor min direkod 4.48 dan medium sebanyak 5.00 yang sama dengan strategik membantu pelajar mendapatkan modal.

(10)

Jadual 4 : Strategik penyerapan budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar

Bil Ciri-ciri Skor Min Medium Kedudukan

1. Penganjuran program-program

keusahawanan dapat

membantu pelajar PSA untuk menceburi bidang perniagaan

4.47 5.00 2

2. Memberi pendedahan awal ilmu perniagaan kepada masyarakat bermula pada alam persekolahan

4.44 4.00 7

3. Menggalakkan belia

menghadiri kursus pengurusan perniagaan

4.43 4.00 9

4. Menggiatkan kempen

kesedaran tentang isu-isu keusahawanan 4.45 5.00 6 5. Memperbanyakkan program pembangunan keusahawanan 4.44 4.50 8 6. Meningkatkan penawaran kursus-kursus keusahawanan 4.43 4.00 9 7. Meningkatkan kerjasama dengan agensi kerajaan untuk menyokong minat belia

4.40 4.00 10

8. Menganjurkan

program-program keusahawanan untuk siswa

4.45 4.45 6

9. Saya didedahkan dengan perniagaan di persekitaran tempat tinggal saya

4.48 5.00 1

10. Memotivasi bidang

keusahawanan boleh memberi kepuasan apabila telah bekerja

4.47 5.00 2

11. Modal dan pinjaman yang disediakan oleh agensi kerajaan sangat membantu usahawan

4.48 5.00 1

12. Institusi menyediakan kursus yang boleh membantu pelajar

untuk meningkatkan

pengetahuan mengenai

keusahawanan

4.56 5.00 5

Dapatan juga menunjukkan strategik yang boleh dilaksanakan oleh Politeknik untuk menyerap budaya keusahawanan ialah penganjuran program-program keusahawanan. Skor min sebanyak 4.47 dam medium sebanyak 5.00.

(11)

Turut berkongsi tempat yang sama dengan skor min dan medium yang sama ialah pihak politeknik perlu memotivasi pelajar bahawa keusahawanan memberi kepuasan dalam pekerjaan nanti.

4.1 RUMUSAN

Ciri pembudayaan keusahawanan yang paling berpengaruh ialah tahap inisiatif seseorang pelajar itu sendiri. Selain itu, ciri berfikiran kreatif, sanggup berhadapan risiko dan penuh keazaman merupakan empat ciri utama dalam proses penyuburan pembudayaan keusahawanan dalam kalangan pelajar Politeknik Malaysia. Ciri pembudayaan keusahawanan dalam kalangan pelajar Politeknik Malaysia turut disokong dengan maklumat tambahan daripada soal selidik yang sama. Hasil kaji selidik mendapati sebanyak 40% keseluruhan responden sangat setuju dengan ciri inisiatif yang tinggi untuk menjadi seorang usahawan, manakala 47% setuju dan seterusnya 6% tidak pasti. Selain itu, ciri kedua tertinggi adalah kesediaan responden terhadap risiko perniagaan dengan hasil kajian mendapati 41% daripada responden sangat setuju, manakala 45% setuju dan selebihnya 8% tidak pasti.

Kajian juga menunjukkan empat strategik utama yang perlu dilaksanakan oleh politeknik untuk menyerap budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar ialah membantu mengatur pinjaman modal, pendedahan kepada suasana perniagaan, penganjuran program keusahawanan dan memberi motivasi. Strategik yang perlu diambil oleh politeknik turut disokong dengan maklumat tambahan. Hasil kajian menunjukkan usaha politeknik mengatur pinjaman modal dengan agensi kerajaan sangat membantu pelajar kearah menjadi usahawan dengan jumlah responden sangat bersetuju sebanyak 55%, manakala 38% setuju dan 7% tidak pasti. Hasil kajian juga mendapati sebanyak 62% responden sangat setuju dengan usaha politeknik mendedah pelajar kepada suasana perniagaan, manakala 33% setuju dan 5% tidak pasti.

3 KESIMPULAN

Kajian yang dijalankan ini berkenaan dengan pembudayaan keusahawanan dalam kalangan pelajar Politeknik Malaysia telah mencapai kedua-dua objektif yang digariskan. Tuntasnya, dapatan bagi objektif pertama iaitu mengenalpasti

(12)

budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar Politeknik Malaysia. Objektif kedua juga tercapai iaitu strategik yang diambil oleh politeknik untuk menyerap budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar.

Program seperti Karnival Keusahawanan Politeknik Malaysia adalah satu plakform terbaik kepada pelajar menimba pengetahuan dan pengalaman dalam selok-belok keusahawanan. Program-program mengenai keusahawanan bersama agensi kerajaan yang menawarkan modal pinjaman dapat menarik minat pelajar untuk menceburi bidang usahawan pada masa hadapan. Dalam program tersebut, penerangan yang lebih terperinci dan mendalam mengenai budaya keusahawanan perlu dititikberat.

Pelajar kekal dimotivasikan supaya membudayakan keusahawanan sebagai teras kepada peluang kerjaya pada masa hadapan kerana kerjaya ini mampu meraih pendapatan yang tinggi. Aspek kemahiran keusahawanan boleh dipupuk serta kebolehan yang ditingkatkan bagi memastikan keusahawanan dijadikan pilihan kejaya selepas tamat pengajian. Usaha ini diharap dapat dijadikan penggerak untuk merialisasikan wawasan politeknik bagi melahirkan usahawan berpandangan terbuka dan bersedia menyahut seruan kerajaan sebagai usahawan serta tidak bergantung untuk makan gaji.

Kajian ini turut mencadangkan untuk dimanfaatkan pada masa akan datang untuk melahir bakal usahawan terutama pelajar Politeknik Malaysia. Politeknik perlu mengadakan lebih banyak program keusahawanan. Dengan adanya program ini dapat memupuk rasa minat yang mendalam dalam bidang keusahawanan dalam kalangan pelajar Politeknik. Kerjasama dengan industri sentiasa dilaksana dengan penglibatan pelajar politeknik. Alumni politeknik yang berjaya sebagai usahawan dijemput untuk memberi motivasi. Program mentor-menter usahawan juga boleh dilaksanakan.

Selain itu, pihak Politeknik perlu menyediakan kursus-kursus keusahawanan kepada pelajar Politeknik supaya pelajar akan meminati bidang keusahawanan pada masa akan datang. Unit Keusahawanan di politeknik perlu memainkan peranan aktif dan bersedia memberikan pinjaman modal kepada pelajar yang telah menjalankan perniagaan berlandaskan konsep Qard al-hassan.

(13)

Sejarah telah membuktikan bahawa negara yang mempunyai ramai usahawan lebih maju ke hadapan dalam perkembangan ekonominya. Kemajuan dan kemunduran ekonomi sesebuah negara adalah bergantung kepada usahawan yang dinamik dan berpandangan jauh. Maka kerajaan telah mengambil inisiatif menubuhkan Kementerian Pembangunan Usahawan pada tahun 1995 sebagai badan yang menguruskan pembangunan keusahawan. Kajian lanjutan perlu dilakukan untuk memperkasakan bidang keusahawanan. Kajian ini diharap memperkayakan pengetahuan dan memberi sumbangan yang signifikan kepada penyuburan pembudayaan keusahawanan dalam kalangan pelajar Politeknik Malaysia khasnya dan belia Malaysia amnya.

RUJUKAN 1.Buku

A. Aziz B. Deraman (2002). Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Berek (1976). Melahirkan Usahawan Bumiputera: Merdeka Pulihkan Semangat Usahawan. Kuala Lumpur: Pusat Daya Pengeluaran Negara. Bank Negara Malaysia. (2014). Laporan Tahunan. Kuala Lumpur: Penerbitan

Bank Negara Malaysia.

Barjoyai Bardai (2000). Keusahawanan dan Perniagaan Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Carland, J.W. Hoy, F. Boulton, W. R. and Carland, J. A. (1984). Differentiating Entrepreneurs From Small Business Owners: A Conceptualization. The Academy of Management Review.

Chua Y. P. (2012). Mastering Research Methods. Kuala Lumpur: McGraw-Hill. Chua, Y. P. (2009). Statistik Penyelidikan Lanjutan. Kuala Lumpur:

McGraw-Hill.

Hisrich, R.D., Peters, M.P and Shephard, D.A. (2008). Entrepreneurship (International Edition). Singapore: The McGraw-Hill Asia.

Mohd Majid Konting. (2004). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Edisi Ke-7. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

(14)

Nor Aishah Buang (2002). Asas Keusahawanan, Siri pengurusan Fajar Bakti. Shah Alam Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Rancangan Malaysia Kesepuluh 2011-2015. (2010). Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Putrajaya.

Sidek Mohd Noah. (1998). Pengujian dalam Psikologi dan Kaunseling Untuk Pelajar Psikologi dan Kaunseling. Serdang: Fakulti Pengajian Pendidikan. Universiti Putra Malaysia.

2.Jurnal

Krejcie, Robert V. dan Morgan Daryle W. (1970). Determining Sample Size for Research Activities. Educational and Phychological Measurement.

3.Seminar

Ishak, F.Ahmad, N.Isnaini, N.Janipha, N.A. and Ismail, R. (2011). Assessing the Behavioral Factors‟ of Safety Culture For The Malaysian Construction Companies.

Proceedings ASEAN Conference on Environment-Behavior Studies. Bandung, Indonesia.

Hassan, Z., Rahman, M.A., Ghafar, M.N. dan Zakaria,K. (2005). Penerapan Kemahiran Generik Dalam Pengajaran Kejuruteraan Di Sekolah Menengah Teknik di Terengganu.

Seminar Maktab Perguruan Batu Lintang, Kuching Sarawak.

Safarin, Zolkifli dan Khata (2005). Tahap Keyakinan Kemahiran Generik di Kalangan Pelajar Kolej Komuniti.

Seminar Pendidikan Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Mara. Shah Alam. Sarimah Che Hassan, Norlizah Che Hassan, Nor Aisyah Buang (2010).

Penguasaan Kemahiran lnsaniah (Kemahiran Keusahawanan) dalam Kalangan Guru Sekolah di Malaysia.

Proceedings of The 4th International Conference on Teacher Education; Join Conference UPI & UPSI Bandung, Indonesia.

4. Kamus

Dewan Bahasa dan Pustaka (2013). Kamus Dewan (Ed, 4. ed.), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Referensi

Dokumen terkait

Justeru itu tumpuan harus diberikan kepada pendidikan keusahawanan, budaya keusahawanan, program-program latihan dan pembangunan usahawan bagi mewujudkan lebih ramai lagi

Kajian yang lalu menunjukkan tahap penggunaan internet bagi tujuan akademik adalah tinggi di kalangan pelajar untuk mendapatkan maklumat tambahan bagi tugasan dan nota

DAPATAN KAJIAN 4.1 Pengenalan 4.2 Profil Demografi Responden Kajian 4.3 Tahap Tekad Keusahawanan Tani, Ciri-Ciri Keusahawanan, Efikasi Keusahawanan dan Nilai Sosial Keusahawanan

Kajian ini mengukur dua keadaan berkaitan sikap terhadap statistik di kalangan pelajar politeknik iaitu pertama perbandingan sikap statistik antara jantina pelajar

Kajian ini dijalankan untuk menyelidiki tahap efikasi kendiri keusahawanan dan tahap kecenderungan keusahawanan pelajar serta hubungan efikasi kendiri dengan

Secara keseluruhannya, kajian ni memaparkan data bahawa pelajar 36 Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia mempunyai kesedaran yang tinggi bagi kedua-dua aspek yang

Objektif kajian ini adalah untuk menentukan: (1) Sebab-sebab pelajar memilih kerjaya keusahawanan sebagai aspirasi kerjaya masa depan mereka; (2) Faktor- faktor yang

Hubungan antara Persepsi Pelajar Terhadap Kursus Akademik Keusahawanan dengan Minat ke arah Keusahawanan Kajian ini juga mengkaji tentang hubungan antara persepsi pelajar terhadap