• Tidak ada hasil yang ditemukan

SENARIO SEMASA DAN STRATEGI PENGEMBANGAN PENGAJIAN ILMU AL-QURAN Oleh: Zulkifli Haji Mohd Yusoff 1 & Nur Atiyah binti Suratem 2

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "SENARIO SEMASA DAN STRATEGI PENGEMBANGAN PENGAJIAN ILMU AL-QURAN Oleh: Zulkifli Haji Mohd Yusoff 1 & Nur Atiyah binti Suratem 2"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

1

SENARIO SEMASA DAN STRATEGI PENGEMBANGAN PENGAJIAN ILMU AL-QURAN

Oleh:

Zulkifli Haji Mohd Yusoff1

&

Nur ‘Atiyah binti Suratem2

1. PENDAHULUAN

Al-Quran Al-Karim amat penting dalam memandu kehidupan manusia yang sentiasa dahagakan petunjuk dari Allah. Hal ini bertepatan dengan fungsi utamanya sebagai sumber hidayah yang menjadi panduan kepada umat sejagat. Namun begitu, tanpa usaha murni dan inisiatif daripada individu itu sendiri untuk mendalami al-Qur’an, nescaya adalah mustahil seseorang itu mampu menghayati al-Qur’an sebagai sumber hidayah

dengan baik.3 Dalam mendalami Qur’an, terdapat pelbagai cabang ilmu pengajian

al-Qur’an yang membuktikan bahawa al-al-Qur’an itu adalah mukjizat agung daripada Allah. Antaranya ialah ilmu tafsir, ilmu tajwid dan ilmu qiraat. Pengajian tentang bacaan al-Qur’an adalah salah satu cabang penting dalam pengajian al-al-Qur’an ini.

2. SENARIO SEMASA PENGUASAAN BACAAN AL-QUR’AN DI MALAYSIA Realiti berkenaan penguasaan bacaaan al-Qur’an di Malaysia adalah pada paras yang membimbangkan. Masih lagi terdapat ramai umat Islam yang belum mampu menguasai bacaan al-Qur’an di mana bacaan mereka dilihat kurang lancar seperti lemah dari sudut bacaan mengikut tajwid yang betul dan tidak menyebut huruf hijai’yyah dengan lafaz makhraj yang tepat. Malah yang lebih menggusarkan adalah apabila didapati masih ramai umat Islam di Malaysia yang mengalami masalah buta huruf al-Qur’an.

Kenyataan ini dibuktikan melalui kajian yang dibuat pada tahun 2006 oleh Saidi Mohd di Terengganu. Penulis yang telah menganalisa keupayaan bacaan al-Qur’an dalam kalangan pelajar tingkatan empat di Terengganu menemui hasil yang cukup

1 Profesor Pengajian al-Quran, Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, UM 2 Nur ‘Atiyah binti Suratem merupakan Pembantu Penyelidik kepada Prof. Zulkifli

3

(2)

2

mengecewakan. Penulis mendapati daripada jumlah keseluruhan, terdapat 38.1% pelajar yang mempunyai gred yang sangat lemah dalam tahap bacaan al-Qur’an. Penulis juga membuat analisa kepada tahap bacaan al-Qur’an para pelajar daripada pelbagai aspek hukum berbeza seperti fasohah, mad, nun sakinah dan lain-lain. Hasil daripada analisa tersebut, menunjukkan nilaian purata tahap penguasaan pelajar terhadap bacaan al-Qur’an

dari aspek hukum yang berbeza adalah pada paras yang memuaskan sahaja.4

Selanjutnya, pada kajian tahun 2010 oleh Imran Kamal Basah memperlihatkan lagi kelemahan umat Islam dalam penguasaan al-Qur’an. Hasil daripada kajian penulis terhadap kemahiran bacaan al-Fatihah dalam kalangan jemaah masjid di Daerah Hulu Langat mendapati bahawa terdapat 31.3% jemaah yang lemah dalam bacaan al-Fatihah. Menurut penulis, bacaan lemah ini diambil kira dari sudut pembaca melakukan sekurang-kurangnya satu kesalahan besar dalam bacaan al-Fatihah selain bacaan al-Fatihah mereka

tidak lancar dari sudut Fasahah dan Makhraj.5

3. STRATEGI PENGEMBANGAN PENGAJIAN ILMU AL-QURAN

Perkembangan Pengajian al-Quran telah melewati garis masa yang cukup panjang di mana ia bertitik mula daripada zaman penurunan al-Quran semasa hayat hidup Rasulullah saw. Selari dengan peredaran zaman, begitu juga dengan bidang pembacaan al-Quran yang sentiasa melalui proses perkembangan dan pembaharuan kaedah pembelajaran. Pengajian bacaan al-Qur’an ini bermula pada zaman Rasulullah saw di mana ketika itu, Jibril a.s yang telah diutus oleh Allah untuk menyampaikan wahyu al-Qur’an dan

mengajarkannya kepada Nabi Muhammad saw secara langsung.6 Kaedah pengajaran dan

pembelajaran bacaan al-Qur’an ini dikenali sebagai talaqqi musyafahah.7

4

Saidi Mohd. (2006) Keupayaan bacaan al-Quran di kalangan pelajar tingkatan empat di beberapa buah sekolah menengah terpilih di Negeri Terengganu. Universiti Malaya : Tesis Sarjana.

Kemudian pengajaran bacaan al-Qur’an ini berkembang dari Kaedah Baghdadiyah, Qiraati, Hattawiyyah dan yang terkini Kaedah al-Jabbari.

5

Imran Kamal Basah. (2010) Kemahiran Bacaan al-Fatihah Dalam Kalangan Jemaah Masjid : Kajian di Masjid-masjid Daerah Hulu Langat, Selangor. Universiti Malaya : Tesis Sarjana.

6

Mohd Yusuf Ahmad (2000) Sejarah dan Kaedah Pendidikan al-Qur’an. hlmn. 26

7

Maslina Muhammad. (2006) Kaedah Hattawiyah dalam Pengajaran al-Qur’an : Kajian Terhadap Keberkesanan Pelaksanaannya di Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Perak Tengah, Perak. Universiti Malaya : Tesis Sarjana, hlmn. 34

(3)

3

3.1 Kaedah Baghdadiyah8

Kaedah ini dikatakan berasal daripada Baghdad, Iraq dan ia merupakan kaedah yang terawal dalam pembelajaran al-Qur’an. Kaedah Baghdadiyah mempunyai banyak ciri persamaan dengan kaedah pembelajaran semasa zaman Rasulullah saw di mana guru akan memperdengarkan bacaannya kepada pelajar sebelum para pelajar tersebut diminta untuk menghafalnya.

3.2 Kaedah Qiraati9

Kaedah ini adalah satu kaedah yang menggunakan pendekatan bunyi dimana para pelajar diperkenalkan dengan bunyi-bunyi huruf hijaiyyah setelah dibariskan. Kaedah ini mula diasaskan oleh seorang pengajar al-Quran sepenuh masa, Ustaz H. Dahlan Salim Zarkasyi pada tahun 1963 di Indonesia. Pada asalnya sebelum beliau menemukan Kaedah Qiraati ini, beliau telah pun menjalankan kelas pengajian al-Quran untuk kanak-kanak di sana. Seperti mana kebanyakan institusi dan kelas pengajian al-Quran yang lain, beliau juga turut menggunakan kaedah Baghdadiyah semasa sesi pembelajaran dan pengajaran.

Tercetusnya idea untuk mencari alternatif baru dalam kaedah pengajian al-Quran apabila beliau berhasrat untuk menjalankan ujian bacaan ke atas pelajarnya. Setelah satu sesi ujian bacaan al-Quran dijalankan bagi menyemak status pembacaan anak-anak didiknya, beliau mendapati para pelajar tersebut gagal menguasai bacaan al-Quran dengan baik. Perkara ini telah menimbulkan tanda tanya di benak beliau sendiri sehingga mendorong beliau untuk mengenal pasti punca bagi permasalahan ini.

Beliau memulakan usaha mencari akar kepada permasalahan tersebut dengan membeli buku-buku pengajian al-Quran yang terdapat di pasaran. Setelah beberapa

8 Opcit. hlmn. 51 9

Rihanah Abidin. (1998) Pengajian al-Qur’an di Kalangan Kanak-Kanak Berdasarkan Kaedah Qiraati di Mata Ayer Perlis. Universiti Malaya : Latihan Akademik Sarjana Muda.

(4)

4

analisa dibuat, beliau mendapati buku-buku tersebut belum boleh memudahkan cara pembelajaran al-Quran. Kemudian, usaha diteruskan lagi dengan membuat kajian dan perbandingan di institusi pengajian al-Quran yang sedia ada. Hasil daripada perbandingan tersebut, beliau mengetahui bahawa terlalu sukar untuk menemukan institusi pengajian yang menawarkan khidmat pengajian al-Quran secara tartil. Maka dengan itu, telah timbul idea bagi menghasilkan satu pendekatan pengajian al-Quran yang mudah bagi kanak-kanak serta golongan yang baru mengenal al-Quran.

Kaedah ini telah dinamakan oleh pengasasnya sendiri dengan nama Qiraati yang bermaksud “bacaanku”. Pada peringkat permulaan, Ustaz Dahlan telah menulis dan membukukan kaedah tersebut kepada 10 jilid. Kemudian setelah kaedah ini diuji dan dilihat berkesan kepada golongan yang baru mempelajari al-Quran, beberapa saringan serta penambahbaikan dibuat menjadikan 10 jilid yang asal kepada 8 jilid. Kemudian, ia diseragamkan lagi menjadi 5 jilid dan susunan terakhir sebanyak 5 jilid itu dilihat paling berkesan serta mampu membentuk kanak-kanak yang mahir membaca al-Quran dalam tempoh masa yang singkat.

3.3 Kaedah Iqra’10

Selain daripada Kaedah Qiraati dan Baghdadiyah, Kaedah Iqra’ merupakan satu lagi kaedah yang dilihat mampu memudahkan pembelajaran orang awam yang baru mula belajar mengenal bacaan al-Quran. Seperti mana Kaedah Qiraati yang menggunakan pendekatan menguasai asas huruf Hijaiyyah terlebih dahulu, Kaedah Iqra’ juga menerapkan perihal yang sama. Pembaca akan dilatih supaya mengenal asas huruf Hijaiyyah yang berbaris sebelum meneruskan peringkat seterusnya dengan tilawah al-Qur’an.

Kaedah yang diasaskan oleh Allahyarham Ustaz Haji As’ad bin Humam ini diolah sebagai kesinambungan dan pelengkap kepada Kaedah Baghdadiyah yang sedia ada. Idea untuk menerbitkan buku berkenaan kaedah mudah dalam membaca al-Quran telah terlahir ketika pengasasnya merasa gusar apabila mendapati masih ramai

10

Sopiah Napiah. (2002) Tinjauan Terhadap Keberkesanan Pengajian Iqra’ : Suatu Kajian di Sekolah Kebangsaan Tanah Kebun Parit Buntar, Perak. Universiti Malaya : Latihan Akademik Sarjana Muda.

(5)

5

dalam kalangan umat Islam yang kurang mahir membaca al-Quran. Hasil daripada kajian beliau jalankan, maka terlahirlah susunan buku “Iqra’ : Cara Cepat Belajar Membaca al-Quran” pada tahun 1988. Buku ini terdiri daripada 6 jilid dan telah diuji keberkesanannya di segenap lapisan masyarakat dan pelbagai tempat.

Kaedah Iqra’ yang berasal dari Indonesia ini telah dibawa ke Malaysia pada awal tahun 1995. Ia telah dikaji dan diuji terlebih dahulu sebelum diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai silibus utama dalam pembelajaran al-Quran. Kementerian Pelajaran Malaysia juga menjadikan Kaedah Iqra’ ini sebagai panduan dalam membentuk Sistem Pengajaran dan Pembelajaran al-Quran di kalangan murid-murid Sekolah Rendah, Jabatan Agama Islam Negeri dan Jabatan Kemajuan Masyarakat.

3.4 Kaedah Hattawiyah11

Kaedah yang mula diperkenalkan seawal tahun 1983 ini telah diasaskan oleh Drs. Hj. Mohammad Hatta. Walaupun ia telah mula dipraktikkan sejak tahun 1983 lagi, namun kaedah ini hanya diuji pakai dan diterapkan dalam kelas-kelas yang diajar sendiri oleh Drs. Hj. Mohamad pada awalnya. Pada saat itu, beliau begitu yakin bahawa melalui kaedah yang diciptanya itu mampu membolehkan seseorang tahu membaca al-Quran dalam tempoh masa 4 ½ jam sahaja walau individu tersebut tidak mampu lancer sepenuhnya.

Selanjutnya, pada awal 1985 kaedah yang dicipta Drs Haji Mohammad Hatta ini mula dikenali sebagai “Sistem Metode 6 Kali Pertemuan”. Kaedah ini kemudiannya diperkenalkan ke peringkat lebih tinggi iaitu Kementerian Pendidikan Agama Islam Indonesia. Oleh hal yang demikian, Drs Haji Mohammad Hatta berpendapat bahawa adalah wajar sekiranya kaedah ini ditukar kepada nama yang lebih komersial agar ia lebih mudah diingati. Drs Haji Mohammad Hatta telah meletakkan nama kaedah tersebut sebagai “Metode Hattaiyyah” yang mana nama tersebut adalah bersempena dengan nama beliau sendiri.

11

(6)

6

Di Malaysia pula, kaedah ini telah mula diperkenalkan pada awal tahun 1994. Namun begitu, nama yang dikomersialkan di Malaysia sedikit berbeza ejaannya iaitu “Kaedah Hattawiyyah”. Kemudian, atas kerjasama padu dan inisiatif oleh pihak Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), pengasas Kaedah Hattawiyyah telah diundang ke Malaysia bagi tujuan mempromosi kaedah tersebut ke Malaysia.

Kaedah Hattawiyyah ini sedikit berbeza pelaksanaannya dengan kaedah-kaedah lain kerana kaedah-kaedah ini menggunakan huruf Rumi sebagai medium baru dalam mengenalkan huruf-huruf al-Quran. Kebiasaannya para pelajar telah mempunyai kemahiran dalam tulisan dan bacaan Rumi. Hal ini bermakna, Kaedah Hattawiyyah ini memanfaatkan kemahiran penulisan dan pembacaan Rumi yang sedia ada dengan baik. Sebagai contoh :

Kalimah Asas Bacaan al-Qur’an Bacaan Mengikut Kaedah Hattawiyyah

ِﺐِﺑ

Dibaca dengan “bibi”

ٌﻞُﻣ

Dibaca dengan “mulun”

Namun demikian, kaedah ini kurang mendapat perhatian dan tidak dipraktikkan dengan baik kerana maklumat dan pengetahuan berkenaan kaedah ini kurang diberi pendedahan. Tidak seperti mana Kaedah Iqra’ yang cukup terkenal di seantero Tanah Melayu, Kaedah Hattawiyyah ini kurang popular walaupun garis masa ketika kaedah ini mula bertapak adalah lebih kurang sama dengan Kaedah Iqra’.

4. TEKNIK AL-JABARI SEBAGAI ALTERNATIF BARU

4.1 Pengenalan Teknik al-Jabari11F

12

Idea untuk mencipta kaedah ini terlahir ketika pengasasnya iaitu Drs. H. Yusuf Sodik merasa kesukaran untuk mengajar bacaan al-Qur’an. Beliau berpendapat

12

(7)

7

bahawa tempoh masa yang diambil untuk mengajar ilmu bacaan al-Qur’an adalah terlalu singkat kerana ketika itu masih terdapat ramai pelajar yang tidak mampu hadam hasil pembelajaran bacaan al-Qur’an dengan baik. Oleh hal yang demikian, pada tahun 1989, lengkaplah susunan buku yang diolah oleh Drs. Hj. Yusuf sendiri iaitu Buku Bimbingan Praktis Baca Tulis al-Qur’an.

Walaupun Drs. Hj. Yusuf telah melunaskan susunan bukunya, namun beliau merasakan bahawa teknik yang beliau terapkan dalam kandungan buku ini iaitu dengan menyalin huruf Arab ke huruf Latin bukanlah teknik yang terbaik. Lalu, beliau behasrat untuk mengharmoni dan memperbaikkan lagi isi kandungan buku tersebut sehingga lahirlah Kaedah al-Jabari. Hasil daripada usaha gigih beliau dan kerjasama dengan team Kantor Wilayah Department Agama Propinsi Jawa Barat, maka secara rasmi pada 3 Januari 1991 terbitlah buku Kaedah al-Jabari (Bimbingan

Praktis Baca Tulis al-Qur’an).13

Melalui Yayasan Pendidikan al-Jabari yang dikemudi oleh tiga orang pakar dalam bidang tersendiri iaitu pakar al-Qur’an, kaligrafer peringkat ASEAN dan Qari Peringkat Antarabangsa (Kementerian Agama Republik Indonesia, 2010) , kaedah ini telah berkembang dengan baik di Indonesia. Di Malaysia pula, kaedah ini mula dikembangkan hasil usaha sama antara Masjid Tun Abdul Aziz Petaling Jaya, Selangor dan Yayasan Semesta Berdaftar.

Pengasasnya sendiri iaitu Drs Hj. Yusuf telah menetapkan matlamat supaya Kaedah al-Jabari ini mampu menjadi jalan keluar kepada masalah buta huruf dengan cara yang lebih mudah. Melalui kaedah ini juga, beliau menggunakan falsafah dengan memperkenalkan huruf berbaris fathah sebagai asas pembelajaran. Kaedah ini juga bermula daripada peringkat pembelajaran yang mudah, kemudian dilanjutkan ke tahap yang sederhana sebelum pembelajaran diteruskan ke peringkat yang lebih tinggi. Menurut pengasasnya lagi, falsafah penyusunan titian ingatan yang diterapkan dalam kaedah ini diolah daripada kalimah Arab yang memiliki makna supaya Bahasa Arab dapat diperkenalkan kepada para pelajar.

4.2 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Teknik al-Jabari

(8)

8

Sistem yang dimuatkan dalam kaedah al-Jabari bermula dengan set induksi iaitu Solsimasi (Nazham), Selawat Badar, Nasyid Kitab Qur’an serta Titian Ingatan dan silibusnya terdiri daripada Jilid 1 sehingga Jilid 4. Sebelum memulakan proses pembelajaran, para pelajar akan dibimbing oleh para guru untuk membaca doa.

Kaedah seterusnya yang digunakan adalah dengan menyanyi. Kaedah menyanyi dilihat mampu membantu pelajar untuk menghafal dengan lebih baik selain ia merupakan teknik pembelajaran yang disarankan dalam pedagogi pengajaran. Dalam kaedah al-Jabari, huruf-huruf hija’iyyah akan dihafal melalui titian ingatan yang mana nada irama bagi nyanyian tersebut adalah sama dengan Selawat Badar dan nasyid bertajuk “Kitab Qur’an”.

Selanjutnya, kaedah yang dipraktikkan adalah kaedah membaca. Dalam sesi membaca ini, konsep talaqqi dan musyafahah diaplikasikan di mana guru akan membaca huruf-huruf al-Qur’an terlebih dahulu, kemudian para pelajar mendengar dan meniru bacaan guru tersebut. Setelah itu bacaan para pelajar akan disemak semula dan diperbetul oleh guru melalui konsep tasmik dan talaqqi. Kaedah ini akan berterusan sehingga pelajar benar-benar mahir dan sebutan huruf hija’iyyah itu dibaca dengan makhraj yang tepat.

Selain membaca dan menyayi, kaedah menulis juga diberi perhatian dalam kaedah al-Jabari ini.Seperti mana kaedah membaca tadi, guru akan menulis dengan cara yang betul di hadapan pelajar terlebih dahulu sebelum para pelajar meniru tulisan tersebut dan mula menulis sehingga benar-benar mahir.Dengan adanya kaedah menulis secara praktikal ini, para pelajar dapat menguasai bacaan dan tulisan al-Qur’an pada satu masa yang sama.

Kaedah terakhir sekali yang diterapkan dalam Kaedah al-Jabari ini adalah kaedah soal jawab yang mana guru akan mengadakan sesi soal jawab bersama para pelajar mengenai sesi pembelajaran yang lalu. Kaedah ini adalah supaya sesi pembelajaran ini menjadi lebih menarik, merangsang minat para pelajar terhadap ilmu yang dipelajari serta mencungkil kecekapan pelajar. Kaedah ini bukan sahaja terhad kepada sesi soal jawab guru kepada pelajar, malah pelajar juga turut serta menyatakan soalan kepada guru agar sesi pembelajaran melahirkan suasana perbincangan harmoni.

(9)

9

4.3 Peruntukan Masa Pengajaran dan Pembelajaran Teknik al-Jabari

Pembelajaran al-Jabari yang terdiri daripada beberapa peringkat ini mempunyai peruntukkan masa yang tersusun di mana tempoh masa bagi setiap jilid atau peringkat ini adalah berbeza-beza.

Jilid Pola Asas Pelajaran Waktu Tajuk Pelajaran Pelajaran Tambahan

1 Mengenal huruf tunggal

berharakat Fathah

4 Jam Membaca huruf tunggal

berharakat Fathah

Mengenal angka Arab

Menulis huruf tunggal berharakat Fathah

2 Mengenal huruf sambung,

bunyi i, u, huruf mati dan tanwin.

6Jam Membaca huruf

sambung, bunyi u , huruf mati dan tanwin.

Nama-nama huruf turutan al-Jabari

Menulis huruf sambung, awal, tengah dan akhir. Menulis harakat Kasroh, Dhammah dan Tanwin.

3 Mengenal Mad, Lin,

Hukum al-Ghunnah, Izhar, Idgham, Ikhfa’ dan Iqlab.

10 Jam Membaca Mad, Lin,

Hukum al-Ghunnah, Izhar, Idgham, Ikhfa’ dan Iqlab.

Istilah-istilah ilmu tajwid dan surah-surah pendek,

Menulis huruf-huruf yang mengandungi Mad, Lin, Hukum al-Ghunnah, Izhar, Idgham, Ikhfa’ dan Iqlab.

4 Qalqalah, Hukum Mim

Mati, Tanda-tanda Mad,

10 Jam Membaca Qalqalah,

Hukum Mim Mati,

Istilah-istilah ilmu tajwid, awal surah

(10)

10 Wakaf dan Fawatihussurah

Tanda-tanda Mad, Wakaf dan Fawatihussurah

Al-Baqarah dan Ayat Kursi.

4.4 Keistimewaan Teknik al-Jabari

Kaedah Jabari ini adalah sebagai alternatif baru dalam pembelajaran al-Qur’an yang mana ia mampu menampung kekurangan kaedah-kaedah sebelum ini. Antara keistimewaan yang dilihat dalam kaedah ini adalah, kaedah ini dilihat mampu membantu para pelajar menguasai kemahiran menulis dan membaca al-Qur’an pada masa yang sama. Kaedah-kaedah sebelum ini secara umumnya hanya mampu membantu pelajar untuk menguasai satu aspek kemahiran sahaja.

Kaedah ini juga amat mudah dipraktikkan oleh pelajar kerana akar utama pembelajarannya adalah melalui kaedah titian ingatan huruf hija’iyyah yang mana huruf-huruf ini diulang dalam bentuk nyanyian empat kata yang menjadi judul pelajaran. Dengan memberi kelebihan dari sudut mudah dipelajari oleh kanak-kanak yang baru mengenal al-Qur’an, kaedah ini juga dilihat sesuai diguna pakai kepada golongan dewasa yang ingin menguasai bacaan dan tulisan al-Qur’an.

Merujuk kepada tempoh masa yang diperuntukkan dalam pembelajaran al-Qur’an melalui teknik ini iaitu 30 jam sahaja, terbuktilah bahawa kaedah al-Jabari ini mampu membantu individu yang ingin menguasai bacaan al-Qur’an dalam masa yang singkat. Oleh hal yang demikian, Kaedah al-Jabari ini mempunyai keistimewaan dari sudut penggunaan masa yang mana ianya hanya menggunakan tempoh masa yang pendek untuk menghasilkan pelajar yang mahir dalam al-Qur’an.

5. KESIMPULAN

Al-Qur’an yang merupakan mukjizat agung daripada Allah s.w.t ini adalah sumber hidayah kepada seluruh manusia. Namun, untuk memperoleh hidayah dan petunjuk berpandukan al-Qur’an, manusia harus berusaha untuk mendalaminya melalui beberapa cabang ilmu pengajian al-Qur’an. Membaca al-Qur’an merupakan salah satu cabang ilmu yang utama dalam pengajian al-Qur’an.

(11)

11

Seiring dengan peredaran zaman dan masa, kaedah-kaedah yang digunakan dalam menguasai bacaan al-Qur’an berkembang dengan baik dari zaman ke zaman. Bermula dari Kaedah Baghdadiyyah, Kaedah Qiraati, Kaedah Hattawiyyah, Kaedah Iqra’ sehinggalah yang terkini Kaedah al-Jabari. Kaedah al-Jabari ini dilihat menjadi satu alternatif baru dalam pembelajaran bacaan al-Qur’an. Semoga dengan beralihnya garis masa kepada zaman teknologi dengan kelahiran gajet-gajet canggih yang menjadi keperluan utama dalam rutin harian manusia, begitu juga dengan Kaedah al-Jabari yang diharap mampu menjadi tunjang utama dalam pembelajaran al-Qur’an masa kini.

Referensi

Dokumen terkait

Konservasi merupakan faktor yang penting dalam sistem usahatani berwawasan lingkungan. Konservasi sumberdaya terbarukan berarti sumberdaya tersebut harus dapat

Tabel 6 berisikan tujuh intent yang didapat dari iceberg concept lattices dengan minimal support 64% dan merupakan sub faktor yang dinilai lebih penting

Acuity in calculating arc length in polar coordinate and parametric form Kuliah, latihan soalsoal serta memberikan soal tugas Waktu: 1.40 menit Presentation, exercises and

1) Latar belakang siswa yang berbeda-beda. Siswa di MTs ini mempunyai latar belakang yang berbeda- beda Ada anak baik dari keluarga broken home, yatim, piatu dan bahkan

Seperti pada penelitian Karim dkk [5], antenna LPDA cetak yang dibuat memiliki rentang frekuensi yang luas yaitu pada rentang UHF (0,5 GHz – 3 GHz) dengan nilai

“Setiap orang yang mengemudikan Kendaraan Bermotor di Jalan yang tidak dipasangi Tanda Nomor Kendaraan Bermotor yang ditetapkan oleh Kepolisian Negara Republik

Analisis data perbaikan pembelajaran siklus II pada dasarnya sama dengan analisis data siklus I, perbedaannya terletak pada hasil data yang diperoleh, baik yang

Perbedaan antara penelitian ini dengan penelitian terdahulu adalah jika penelitian terdahulu menganalisis perbedaan persepsi akademis dan praktisi terhadap keahlian