Skema Pemarkahan Pengajian Am 1 900/1 2016 Bahagian A 1 A 6 D 11 C 2 D 7 D 12 C 3 C 8 D 13 A 4 B 9 D 14 C 5 A 10 A 15 C Bahagian B Soalan Struktur
Bahagian ini mengandungi empat soalan. Calon dikehendaki menjawab semua soalan. Markah bagi setiap soalan antara 3 hingga 4 markah.
Markah penuh : 15 markah
Kriteria markah Catatan
Isi betul 1 Soalan berbentuk Kemahiran berfikir Aras Rendah ( LOTS) Isi betul Huraian betul 1 + 1
Soalan berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)
Nota:
1. Jika calon memberi dua jawapan dalam setiap jawapan (seperti adanya kata hubung ‘dan’ atau perkataan lain yang membawa erti adanya dua jawapan ), maka jawapan calon yang pertama sahaja yang akan diperiksa dan diberi markah jika betul.
2. Jika soalan menentukan bilangan jawapan, tetapi calon menambah bilangan jawapan, maka jawapan yang selebihnya tidak akan diperiksa.
3. Terminologi seperti nama organisasi, jika ditulis dalam bentuk singkatan noleh diterima sebagai jawapan. Contoh ASEAN, APEC dan sebagainya.
4. Terminologi yang telah diterima pakai umum seperti K-ekonomi atau e-dagang tidak perlu diberikan maksudnya dalam jawapan calon.
Karangan
Bahagian ini mengandungi tiga soalan. Calon dikehendaki menjawab dua soalan. Markah bagi satu soalan ialah 25 markah.
Markah penuh: 50 markah
A. Pemberian markah karangan akan berasaskan kepada perkara-perkara berikut: 1. Isi dan Idea (I) 5 markah
2. Hujah (H) 15 markah 3. Kemahiran Kebahasaan (B) 4 markah
4. Format 1 markah
25 markah
Catatan:
(i) Pembahagian markah untuk isi dan Idea (I):
Baik : 4-5 markah
Sederhana : 3 markah Lemah : 1-2 markah (ii) Pembahagian markah untuk Huraian (H):
Baik : 12 – 15 markah Sederhana : 7 – 11 markah Lemah : 1 – 6 markah (iii) Pembahagian Markah untuk kebahasaan(B):
Baik : 4 markah
Sederhana : 2-3 markah Lemah : 1markah (iv) Pembahagian markah untuk Format (F) :
Memenuhi format : 1 markah Penulisan (Pengenalan,
Isi dan penutup)
Tidak memenuhi : 0 markah format
1. Pemarkahan bahasa (4)
1.1 Bagi 8 kesalahan ejaan atau tanda baca, potong 1 markah. Bagi 4 kesalahan struktur ayat potong 1 markah dengan mengambil ingatan apa-apa kesalahan yang terdapat di dalamnya tidak diambilkira.
1.2 Kesalahan yang sama dan diulang tidak dipotong markah , demikian juga ejaan yang sejenis.
Contoh ejaan yang sejenis: Batuk, patuk – dikira sejenis Suluh, buluh - dikira sejenis
1.3 Markah minimum diberi untuk markah bahasa dan juga bagi jawapan yang terdiri daripada satu ayat bagi setiap perenggan
1.4 Kepanjangan karangan
1.4.1 Karangan hendaklah tidak melebihi 400 patah perkataan. Karangan yang selebihnya tidak perlu diperiksa.
1.4.2 markah maksimum untuk bahasa berdasarkan kepada kepanjangan karangan adalah seperti berikut:
Lebih daripada 250 patah perkataan : 4 markah 151 hingga 250 patah perkataan : 3 markah 101 hingga 150 patah perkataan : 2 markah Kurang daripada 100 perkataan : 1 markah 1.5 Mencatat kesalahan bahasa dan markah
1.5.1 Catat kesalahan bahasa di ruang kiri skrip jawapan. Setiap kesalahan dicatat dengan angka 1.
1.5.2 Kesalahan struktur ayat ditandai dengan cara : ( ) – ditandai S diruang kiri skrip jawapan
1.5.3 Kesalahan bahasa kali pertama bagi tatabahasa, ejaan, tanda baca ditandai dengan cara:
Kesalahan yang sama tidak dikira dan ditandai dengan cara: 1.5.4 Tidak relevan (TR) dan Tidak Jelas (TJ)
2. Karangan yang tidak lansung membincangkan tajuk beri markah 1 ( 1/25) 3. Perhatikan bahawa markah tidak diberi untuk butiran yang berulang-ulang. 4. Adakalanya, anda akan bertemu dengan karangan yang daripada awal lagi sudah
menyeleweng tetapi kemudian pada bahagian akhirnya barulah terdapat butiran-butir yang jitu. Oleh sebab itu anda hendaklah membaca seluruh karangan itu walaupun separuh daripadanya menyeleweng supaya kita dapat berlaku adil terhadap calon. Anda juga akan
bertemu dengan karangan yang pada mulanya menjawab dengan jitu tetapi kemudiannya menyeleweng daripada tajuk. Dalam hal ini, berilah markah kepada jitu sahaja.
5. Calon layak diberi markah impak/persembahan (1markah) jika jawapannya sempurna dari segi format penulisan karangan, iaitu ada bahagian pengenalan, isi dan penutup.
6. Mencatat pemberian markah karangan.
6.1 Catat markah pada ruang kanan skrip. Jumlah markah akhir setiap jawapan perlu diletakkan dalam bulatan
6.2 Tanda I – Idea, H – Huraian, B – Bahasa, F – Format
6.3 Nyatakan di bahagian akhir karangan sekiranya karangan itu menyeleweng.
SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN B – SOALAN STRUKTUR [15 markah]
PERINGATAN:
Calon dikehendaki menjawab dua daripada tiga soalan dalam Bahagian C. Sekiranya calon menjawab ketiga-tiga soalan, hanya semak dua soalan yang mula-mula dijawab oleh calon sahaja yang perlu disemak oleh pemeriksa.
16. Dalam mana-mana situasi sosial , tindakan atau pandangan kita terhadap orang lain perlu dijaga agar tidak melanggar perlembagaan.
Berikan tiga tindakan yang melanggar kebebasan diri (Perkara 5) individu. [ 3 markah]
 Ditahan lebih 24 jam tanpa perintah tahanan reman oleh mahkamah  Ditangkap tanpa diberitahu sebab ditangkap
 Ditahan tanpa dibenarkan berunding dengan peguam pilihannya.  Diambil nyawa tanpa kebenaran undang-undang
17. Jelaskan dua kuasa pentadbiran yang diperuntukan kepada kerajaan Persekutuan ke atas kerajaan Negeri. [ 4 markah ]
i. Kuasa penyiasatan– kerajaan persekutuan boleh menjalankan apa-apa siasatan, tinjauan dan pengumpulan data terhadap kerajaan negeri Perkara 93
ii. Kuasa penyelidikan– kerajaan persekutuan mempunyai kuasa menjalankan
penyelidikan, memberi nasihat dan bantuan teknikal kepada kerajaan negeri. Perkara 94
iii. Kuasa Pemeriksaan– kerajaan persekutuan boleh memeriksa kegiatan kegiatan jabatan negeri dengan maksud memberi laporan kepada kerajaan persekutuan. Perkara 95
18. Perbezaan syarat menjadi ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara
Isi perbezaan Dewan Rakyat Dewan Negara
i. Umur 21 tahun 30 tahun
ii. Perlantikan/pemilihan Dipilih dalam pilihan raya Dilantik oleh YDPA / Dewan Undangan Negeri
19. Prinsip utama tadbir urus (pilih mana-mana 4) i. Fokus pada pelanggan
ii. Beretika iii. Ketelusan
iv. Akauntibiliti dan integriti v. Efektif dan efisyen
vi Pengurusan perubahan
BAHAGIAN C [ 50 MARKAH ]
Pilih dua daripada tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga 350 patah perkataan.
20. Proses urbanisasi mewujudkan pelbagai kos sosial yang terpaksa ditanggung oleh rakyat. Bincangkan.
PENDAHULUAN
Bandar wujud melalui proses yang dikenali sebagai pembandaran atau urbanisasi.
Pembandaran lazimnya ditakrif sebagai suatu proses perubahan penduduk, petempatan dan cara hidup. Walau bagaimanapun pelbagai kesan perlu ditanggung oleh masyarakat.
ISI-ISI
BIL ISI HURAIAN
1 Masalah Jenayah Permasalahan ini berlaku disebabkan penyerapan lebihan penduduk yang terlalu ramai di sesebuah bandar.
Proses ini menyebabkan peluang pekerjaan yang ada terhad untuk disesuaikan dengan kelayakan akademik dan kemahiran yang dimiliki oleh migran yang datang.
2 Masalah perumahan Nilai hartanah yang tinggi
kebanyakan penduduk bandar khususnya migran yang datang hanya dalam sektor informal , yang menyebabkan pendapatan yang diperolehi adalah kecil dan relatif dengan kos hidup yang tinggi di bandar.
Pendapatan yang kecil menyebabkan mereka tidak mampu memiliki rumah.
3 Peningkatan Pengangguran Aliran migrasi yang berlebihan tidak sepadan dengan peluang pekerjaan
Persaingan antara penduduk tempatan dan pendatang asing menambahkan lagi jumlah penganggur.
4 Peningkatan kadar
kemiskinan Migran yang datang ke bandar tidak berkemahiran. Bekerja dalam sektor informal yang berpendapatan rendah
Sejumlah pendapatan dihabiskan untuk keperluan asas 5 Peningkatan kos kesihatan Kerajaan perlu membelanja sebahagian besar kewangan
untuk meningkatkan taraf kesihatan
Nisbah penduduk dengan doktor perlu ditingkatkan 6 Masalah pencemaran Jumlah kenderaan bertambah di banadar ekoran
pertambahan penduduk Perlepasan asap
Pencemaran bunyi 7 Ancaman keseimbangan
ekologi bandar Kegiatan menukarkan kawasan pertanian kepada perumahan, jalan raya dll menganggu keseimbangan ekologi bandar
Jalan berturap yang banyak mempercepatkan aliran air kerana tidak boleh diserap oleh tanah – membawa kepada banjir kilat
Proses urbanisasi berlaku seiring dengan kehadiran kos sosial yang perlu ditanggung oleh negara. Penyelesaian secara menyeluruh boleh di buat melalui perancangan yang teliti bagi mengawal proses perbandaran yang berlaku untuk tempoh masa yang panjang misalnya dengan mengadakan pelan struktur dan pelan strategi yang lain seperti yang dilakukan oleh Malaysia sekarang bagi memudahkan perancangan komponen bandar untuk memajukan negara dan keselesaan rakyat.
21. Menyediakan pendidikan yang berkualiti adalah tanggungjawab kerajaan untuk meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat. Namun, masih banyak tanggungjawab lain. Bincangkan
PENDAHULUAN
Kualiti hidup bukan sahaja merangkumi pembangunan ekonomi malahan juga melibatkan pelbagai aspek lain yang tidak dapat dipisahkan seperti aspek sosial, psikologi, kebudayaan, politik dan alam sekitar. Namun begitu, aspek yang paling utama dalam memberi kehidupan yang berkualiti kepada manusia mengandungi empat perkara iaitu politik, ekonomi, sosial dan pendidikan. ISI – USAHA/LANGKAH/TINDAKAN BI L ISI HURAIAN 1 Menyediakan pendidikan berkualiti
mMenyediakan lebih banyak peluang pendidikan dan institusi pendidikan bagi rakyat melanjutkan pelajaran.
- meningkatkan mutu pendidikan dan penyelidikan untuk persaingan sihat dari segi kecekapan dan kemahiran dalam alam pekerjaan.
menubuhkan lebih banyak pusat kemahiran dan latihan dan mempelbagaikan kursus yang berkaitan dengan alam pekerjaan
2 Membangunkan ekonomi/peluang pekerjaan
- kerajaan perlu menyediakan peluang
meningkatkan kemahiran dalam bidang yang relevan kepada industri.
- Mewujudkan hab pekerjaan untuk emadankan keperluan tenaga kerja dengan calon yang sesuai.
- penyediaan lebih banyak program berkaitan industri dan pekerjaan di syarikat yang menerima kontrak utama, konsesi dan insentif kerajaan.
- memberikan lebih sokongan kepada usahawan yang akan memulakan perniagaan, latihan, pembiayaan dan
peralatan utama secara bersepadu. 3 Meningkatkan kemudahan
infrastruktur
- pembinaan jalan raya berturap yang boleh memberi faedah kepada 3.3 juta penduduk. - bekalan air yang lebih berkualiti dan berterusan
dan 95 % di Sarawak.
- Kemudahan elektrik diperluaskan untuk
meliputi penyambungan bekalan ke 6,000 buah rumah di Semenanjung Malaysia, 59,000 di Sabah dan 76,000 di Sarawak.
- Penambahbaikan sistem kecekapan pengangkutan awam melalui penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dengan menyediakan pengangkiutan awam yang selamat.
4 Meningkatkan tahap keselamatan
- memastikan kadar indeks jenayah berada dalam peringkat kawalan.
- Mengadakan rondaan/menempatkan anggota di ‘kawasan-kawasan panas’.
- Memasang CCTV di tempat-tempat awam tertentu seperti tempat parking (basement), kompleks beli-belah dan lain-lain.
5 Meningkatkan tahap kesihatan
- Penyediaan kemudahan kesihatan yang lebih efisien menggunakan peralatan yang canggih.
- Menentukan bilangan pegawai kesihatan mencukupi dan mempunyai kepakaran yang tinggi bagi merawat pesakit. - kepakaran seharusnya melibatkan penyakit
kronik seperti jantung agar rakyat mendapat rawatan tepat pada masa dan dan penyakit dapat diubati dengan segera.
- Program pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk mengawal kuantiti penyakit.
6 Mengekalkan persekitaran yang sihat
- pembangunan lestari iaitu pembangunan tanpa merosakkan alam sekitar.
- Kempen kesedaran – menyediakan suasana kehidupan yang menarik dan nyaman bagi menjalankan pelbagai aktiviti riadah dan rekreasi.
- Kawasan pinggiran sungai diindahkan sebagai taman rekreasi, contohnya Sungai Melaka.
7 Galakkan memanfaatkan masa lapang
- Melakukan aktiviti berfaedah bersama keluarga dan rakan-rakan seperti berjoging, berbasikal, berkelah, bercucuk tanam dan sebagainya.
fikiran, mengurangkan tekanan dan sebagai satu rekreasi. - mewujudkan keseimbangan antara pekerjaan
dan aktiviti-aktiviti riadah dalam kehidupan. 8 Menyediakan rumah yang
mencukupi dan selesa
- menyediakan perumahan lebih terancang,
lengkap, selamat, selesa dan kondusif – bekalan air, elektrik, sistem pembentungan
- tapak perumahan sesuai dan berhampiran dengan tempat kerja dan mempunyai banyak prasarana – sekolah, kedai, masJid, hospital, taman rekreasi dan lain-lain.
- Pembinaan rumah untuk semua golongan meliputi rumah kos rendah, kos sederhana dan rumah mewah.
KESIMPULAN
Kerajaan termasuk kerajaan tempatan tanggungjawab meningkatkan kualiti hidup yang lebih baik dengan memastikan keperluan infrastruktur utiliti dan kemudahan masyarakat, institusi untuk pertubuhan sosial dan urus tadbir yang membenarkan hak individu untuk bersuara dan membuat pilihan pada tahap yang sesuai diwujudkan secukupnya.
22. Rancangan realiti di televisyen seperti ‘Fear Factor Malaysia’, ‘Masterchef Malaysia’ Mentor dan Ustazah Pilihan semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat walaupun menerima banyak kritikan . Bincangkan.
PENDAHULUAN
Program realiti televisyen adalah satu genre rancangan yang amat diminati oleh semua orang terutama sekali pada golongan muda masa kini. Sebagai contoh, rancangan realiti yang paling popular di Malaysia adalah Akademi Fantasia yang telah mula diperkenalkan sekitar tahun 2001 oleh stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Akademi Fantasia telah mencetuskan satu fenomena yang lain dari rancangan tv yang ada pada masa itu.
ISI- FAKTOR/SEBAB/PUNCA
BIL ISI HURAIAN
1 Lebih dekat dengan khalayak / penonton menjiwai aksi
Peserta dari kalangan orang biasa
Penonton tertarik menonton perjalanan setiap peserta yang datang dari kalangan orang biasa seperti mereka.
Bukan yang dibuat-buat
Melihat gaya, lagak dan cara mereka bercakap tentang perkara-perkara yang hampir dengan penonton
2 Menunjukkan kebebasan dalam tindakan dan bersuara
Menunjukkan tindakbalas normal yang berlaku dalam kehidupan harian.
Memberi keyakinan kepada penonton untuk bertindak dengan cara yang sama dalam menyuarakan pendapatan atau keinginan
Meyampaikan pendapat yang selama ini dipendam oleh penonton
3 Perasaan ingin tahu Penonton gemar pada perkara-perkara yang menimbul kontroversi
4 Masyarakat suka pada cerita berbentuk gosip
Rancangan realiti umpama gosip antara rakan dan keluarga.
Dapat menarik ramai penonton untuk mengetahui perkara yang sensasi
5 Setiap babak tidak di rancang / Aksi spontan
Babak dalam rancangan realiti merupakan keadaan sebenar.
Penonton ingin tahu perkara yang akan berlaku pada minggu berikutnya.
Ingin mengetahui apa yang akan dikatakan oleh peserta Nasib peserta dan seumpamanya
6 Tertarik pada peserta Timbul rasa sayang pada peserta
Nasib peserta terletak di tangan penonton, jadi penonton simpati akan nasib yang menimpa peserta kegemaran meraka.
Sanggup membantu peserta kegemaran mencapai impian mereka. Menyebabkan mereka setiasa mengikuti
perkembangan pada setiap episod.
7 Mempunyai elemen dramatik
Mempengaruhi emosi penonton
Watak benar menjiwai peserta dan penonton 8 Diperlihatkan kepada
kerja-kerja dibelakang tabir
Diberi peluang `melihat' sendiri `kerja-kerja di belakang tabir'.
Jika dibandingkan dengan rancangan-rancangan
televisyen lain, penonton hanya menonton sesuatu yang siap disunting dan lakonan watak-watak tertentu.
9 Berpeluang melibatkan
diri Rancangan televisyen realiti yang berbentuk
pertandingan, yang penonton berpeluang turut serta sebagai juri secara tidak langsung, memberi kesan psikologi dengan mempengaruhi emosi mereka.
Ada penonton yang menangis-nangis seolah-olah dialah yang bertanding apabila melihat orang `harapannya' kecundang dan sanggup mempertahankan habis-habisan
KESAN NEGATIF
8 Pembaziran masa dan wang
Banyak masa terbuang berada di hadapan televisyen
Menjejas kelancaran tugas harian
Wang dihabiskan untuk mengundi peserta kegemaran
Produktiviti pekerja menurun
9 Pengaruh budaya kebaratan dan kepura-puraan
Pergaulan bebas, cara berpakaian dan percakapan yang menjadi ikutan
10 Mengikis jati diri Kesan dari segi jangka panjang nilai-nilai murni akan dipinggirkan
11 Menanggung kesan psikologi
Terlalu emosional dan taksub
Peserta seolah hidup di bawah mikroskop
Berpura-pura dan keliru dengan diri ideal dan diri sebenar
Penonton dan peserta menunjukkan rasa kecewa yang berlebihan
Membawa kepada kemurungan
Rasa kecewa apabila ketinggalan episod
12 Hilang masa berkualiti bersama keluarga dan rakan
Menghabiskan masa untuk rancangan realiti
KESIMPULAN
Rancangan televisyen realiti mendatangkan pelbagai kesan dan dapat memudaratkan
masyarakat di negara kita. Bagi penerbit yang ingin menerbitkan rancangan televisyen realiti ini haruslah semata-mata unutk mencungkil bakat baru dalam kalangan masyarakat di negara kita. Pihak penerbit haruslah menggantikan rancangan televisyen realiti dengan rancangan-rancangan ilmiah yang lebih memberikan keuntungan sama ada kepada penerbit ataupun penonton.
3. Tindakan kerajaan menambahkan peruntukan dalam setiap Rancangan Lima Tahun menunjukkan betapa besarnya sumbangan R&D dalam usaha membangunkan sektor pertanian negara. Jelaskan.
Pendahuluan
Penyelidikan dan pembangunan ( R & D) mengutamakan penyelidikan untuk dilaksanakan bagi memperoleh hasil pengeluaran yang optimum.
R & D memberi sumbangan yang besar dalam usaha untuk memajukan pelbagai sektor di negara ini.
ISI- ISI
BIL ISI HURAIAN
1 Menyumbang dari segi
bioteknologi Kajian tentang baka baru tanaman dan ternakan bagi meningkatkan kualiti dan kuantiti makanan Usaha dijalankan oleh PORIM dan MARDI 2 Penciptaan alat teknologi canggih
untuk industri pertanian
Penciptaan peralatan pertanian yang moden memudahkan aktiviti pertanian berjalan. 3 Menyumbang kepada industri
berasaskan pertanian
Menghasilkan produk berasaskan pertanian Mewujudkan teknik pembungkusan makanan yang lebih baik
4 Membentuk industri Agro-pelncongan
Pertanian untuk pelancongan
Gabungan pelancongan dan kegiatan pertanian 5 Memudahkan kerja-kerja dalam
sektor pertanian Memudahkan pemasaran – pengangkutan
Kewujudan kaedah-kaedah moden dalam aktiviti pertanian
6 Mengawal serangga perosak Penggunaan baja kimia dan racun serangga Penemuan bahan baru seperti pestisid untuk kawalam makhluk perosak
7 Membaiki biodiversiti dan ekosistem
Penanaman semula dengan kaedah pembenihan yang canggih juga tidak menjejaskan
keseimbangan ekosistem
membantu memelihara alam sekitar 8 Menjimatkan kos pertanian Penggunaan buruh dapat dijimatkan Kesimpulannya: