• Tidak ada hasil yang ditemukan

NAMA KUMPULAN: KUMPULAN SERASI, JPS MACHANG, KELANTAN.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "NAMA KUMPULAN: KUMPULAN SERASI, JPS MACHANG, KELANTAN."

Copied!
35
0
0

Teks penuh

(1)

ISI KANDUNGAN:

1. Pengenalan Kumpulan 2. Keterangan Projek

3. Keadaan Sebelum Projek Inovasi Dilaksanakan 4. Masalah Sebelum Inovasi

i. Semak-Samun Cepat Tumbuh

ii. Penyelenggaraan Struktur Sukar Dibuat iii. Kerosakan Binaan Pengairan

iv. Jadual Tanaman Sukar Dipatuhi v. Aduan Dan Rungutan Petani

vi. Kerja Pembersihan Tidak Mencapai Sasaran 5. Keadaan Selepas Projek Inovasi Dilaksanakan

i. Semak-Samun Terkawal

ii. Penyeliaan Struktur Mengikut Jadual iii. Struktur Pengairan Terkawal

iv. Jadual Tanaman Dipatuhi v. Pengurangan Rungutan Petani vi. Peningkatan Hasil Kerja

6. Faedah Pelaksanaan Inovasi Dalam Peningkatan Kualiti Perkhidmatan i. Kreativiti

ii. Potensi Pelaksanaan iii. Replicability

iv. Efisien v. Signifikan

vi. Keberkesanan Kos

vii. Komitmen Pengurusan Atasan 7. Faktor Kejayaan Utama

i. Komitmen Pihak Atasan ii. Kesungguhan Kakitangan iii. Sokongan moral lain agensi 8. Pembelajaran Diperolehi

i. Pihak Pengurusan Sebagai Daya Pendorong ii. Latihan berfikir secara aktif

(2)

LAPORAN PENUH CABARAN INOVASI 2011

NAMA KUMPULAN: KUMPULAN SERASI, JPS MACHANG, KELANTAN.

TAJUK: PENEDUH 2S (PENAMBAHBAIKAN)

1. PENGENALAN KUMPULAN

Jabatan Pengairan Dan Saliran, Jajahan Machang, Kelantan adalah di antara sepuluh buah jabatan di peringkat jajahan yang bernaung dibawah pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan. Beribupejabat di Wisma JPS, Jalan Sultan Yahya Putera, Kota Bharu, Kelantan iaitu kira-kira 40 km daripada pejabat jurutera JPS Jajahan Machang.

PELAN LOKASI PEJABAT

(3)

Terdapat seramai 61 orang kakitangan daripada pelbagai jawatan yang diketuai oleh seorang Jurutera Gred J48 dengan dibantu oleh seorang Penolong Jurutera Gred J29. Lain-lain jawatan terdiri daripada Merinyu Taliair, Juruteknik, Pelukis Pelan, Pembantu Tadbir, Pemandu serta Pekerja Awam.

Bagi melicinkan lagi pentadbiran dan pengurusan jabatan sebanyak empat bahagian utama telah dibentuk:

i. Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan

uk n

n

ii. Bahagian Pembangunan Dan Rekabent

iii. Bahagian Penyelenggaraa

(4)

Pejabat kami sebagaimana juga pejabat JPS Jajahan lain, melaksanakan bidang tugas dan fungsi jabatan yang merangkumi:-

i. Kejuruteraan Sungai

r

an

gainya. ii. Saliran Banda

iii. Pengairan dan Saliran Pertani

iv. Lain-lain bidang tugas berkaitan seperti Hidrologi dan Sumber Air, Tebatan Banjir serta seba

Visi jabatan kami ialah untuk memberi perkhidmatan yang cekap, berkesan dan berkualiti melalui perancangan, pelaksanaan pengurusan kerja, kemudahan-kemudahan pengairan, saliran, kejuruteraan sungai dan pantai, Interaksi serta hubungan yang erat dengan jabatan atau agensi lain serta orang ramai demi mencapai pembangunan negara yang berkekalan.

Misi jabatan pula untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang dalam pembangunan dan pengurusan pengairan, saliran, sungai, zon pantai, hidrologi dan sumber air sebagai sumbangan kepada kemajuan sektor pertanian, peningkatan kualiti hidup penduduk dan pemulihan alam sekitar.

JPS Jajahan Machang telah melahirkan beberapa kumpulan Meningkat Mutu Kerja seperti kumpulan Jasa, Pakat dan termasuk kumpulan Serasi. Semuanya pernah mewakili JPS Negeri Kelantan ke peringkat JPS Malaysia. Berbagai projek telah diketengahkan dan beberapa kejayaan dicapai. Sementara kumpulan Serasi adalah diantara kumpulan yang agak menonjol serta lebih memperolehi kejayaan berbanding dengan kumpulan-kumpulan yang lain. Kini sekali lagi kumpulan Serasi akan memikul cabaran bagi memperjuangkan idea kreativiti untuk diketengahkan.

Kumpulan Serasi lahir pada tanggal 16 Oktober, 2004 hasil gabungan dua bahagian utama iaitu Bahagian Pengairan Dan Saliran Pertanian dan Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan. Kedua-dua bahagian ini mempunyai skop kerja yang berkaitan. Bahagian Pengairan Dan Saliran Pertanian merangkumi kerja-kerja pengurusan air diperingkat ladang yang melibatkan kerja-kerja pembersihan taliair, penyelenggaraan binaan-binaan pengairan, pembahagian air ke sawah serta kerja-kerja pembaikian kecil. Manakala Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan menguruskan hal-hal pentadbiran dan kewangan termasuk urusan bekalan barang atau peralatan kerja.

Lahirnya kumpulan Serasi hasil dari inisiatif beberapa orang kakitangan yang komited terhadap tugas dan tanggung-jawab kepada jabatan. Berbagai pengalaman pahit dan manis ditempuhi didalam tempuh usia yang mencecah hampir tujuh tahun. Keahliannya sentiasa bersilih ganti mengikut situasi semasa jabatan dan keperluan projek. Namun kumpulan Serasi tetap satu untuk selama-lamanya.

(5)

Logo Kumpulan Serasi

Kini berada dibawah naungan dan tunjuk ajar seorang Fasilitator yang berwibawa, Pn. Khafasliza bt. Shafii, Penolong Jurutera JPS Machang. Seorang yang peramah dan penuh dedikasi. Senang dibawa berbincang.

FASILITATOR

Pn. Khafasliza bt. Shafii Penolong Jurutera - J29 Jabatan Pengairan Dan Saliran Jajahan Machang, Kelantan.

AHLI KUMPULAN SERASI TAHUN 2011

KETUA KUMPULAN

Ahmad Rosli b. Ali

(6)

` N

SETIAUSAHA

Che Nordin b. Deraman

(Bahagian Pentadbiran & Pengurusan)

AHLI AHLI

Ibrahim b. Hassan Sirisena a/l A George (Bahagian Pengairan Dan (Bahagian Pengairan Dan

Saliran Pertanian) Saliran Pertanian)

Beberapa kejayaan dicapai oleh kumpulan sepanjang usianya yang mencecah tujuh tahun ini ialah:-

i. Johan KMK Kategori Teknikal Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Kelantan Tahun 2006 (Tajuk projek – Pengoperasian Mesin Rumput Tidak Optima).

ii. Mewakili Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Kelantan ke Konvensyen KMK Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia kategori teknikal pada tahun 2006 di Negeri Melaka (Tajuk Projek – Pengoperasian Mesin Rumput Tidak Optima).

(7)

iii. Naib Johan Kategori Teknikal Persembahan Inovasi Peringkat Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia bertempat di Pulai Langkawi pada November 2007 (Tajuk Projek – Kerja pembersihan taliair tidak sampai target).

iv. Menyertai Mini Konvensyen ICC Wilayah Utara anjuran MPC pada tahun 2008 bertempat di Pulau Pinang (Tajuk – Kerja Pembersihan Taliair Tidak Sampai Target)

v. Johan Anugerah Inovasi Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia pada tahun 2009 Kategori Bukan Teknikal / JPS di Kuala Terengganu (Tajuk projek – Kerja Pembersihan Taliair tidak Sampai Target)

Sijil‐Sijil Yang Diperolehi

Menyertai Konvensyen KMK Bagi Sektor Awam Negeri Kelantan 2006

Naib Johan Kategori Teknikal Inovasi JPS Malaysia 2007 Sertai Mini Konvensyen

ICC Anjuran MPC Wilayah Utara

Johan Anugerah Inovasi JPS Malaysia 2009 Kategori Bukan Teknikal

Johan Pertandingan KMK JPS Kelantan 2004

Kategori Teknikal

2. KETERANGAN PROJEK

Model yang diperkenalkan adalah satu adaptasi daripada bentuk peneduh beca roda tiga. Kumpulan telah mengubahsuai sebegitu rupa bagi dipadankan kepada badan mesin rumput galas. Kami telah mengambil beberapa pendekatan yang diperlukan oleh pengguna mesin rumput galas terutama ciri keselamatan dan keselesaan pengguna.

(8)

Objektif penciptaan projek kami ialah untuk meningkatkan produktiviti kerja pembersihan taliair, bagi mengurangkan aduan awam, meningkatkan hasil tanaman padi dan menaikkan imej jabatan serta melahirkan pekerja yang berbudaya kerja cemerlang. Inovasi kami bercirikan keselamatan dan mesra pengguna. Kami namakannya Peneduh 2S.

Model Peneduh 2S

Tempoh pelaksanaannya telah bermula diawal tahun 2006 lagi sebagai percubaan diperingkat dalaman di dalam kerja-kerja melibatkan pembersihan taliair oleh tenaga jabatan. Namun sedikit masalah timbul sehingga membatasi pelaksanaannya. Dalam tempoh tersebut kumpulan terpaksa menghadapi kehilangan ahli disebabkan pertukaran dan sebagainya. Keadaan ini mengganggu proses penyeliaan dan pelaksanaannya. Oleh itu pelaksanaannya terpaksa ditangguhkan.

Bermula pada tahun 2011 kami cuba melaksanakan penambahbaikan projek ini kerana ianya dirasakan perlu dan bertepatan dengan keadaan. Amat rugilah suatu idea kreatif terbiar dan terpinggir tanpa pemerhatian kerana sesuatu yang dilahirkan itu adalah di atas kesedaran untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan.

Pihak pengurusan jabatan yang baru telah memberi sokongan yang padu kepada projek ini. Kumpulan Serasi sekali lagi menggerakkan semula projek inovasi Peneduh 2S ini. Memulakan projek ini ialah proses ujicuba selama enam bulan iaitu daripada bulan Januari hingga Jun 2011. Beberapa orang tenaga jabatan yang terlibat dalam kerja-kerja perbersihan taliair dalam skim pengairan dipilih secara rambang bagi menjalankan proses ujicuba ini.

(9)

Surat sokongan pengurusan jabatan

Proses ujicuba ini direkodkan dengan teliti bagi mendapatkan hasil kajian yang tepat dan boleh diketengahkan. Kami menggunakan pendekatan terbaru melalui penggunaan Kad e-Pantau bagi mengenalpasti dan mendapatkan rekod serta maklumat yang diperlukan. Satu penciptaan inovasi daripada kumpulan kami sendiri yang pernah merangkul johan peringkat JPS Malaysia kategori pengurusan pada tahun 2009. Hasilnya cukup membanggakan.

Kad e-Pantau

(10)

Penciptaan kami berpotensi untuk diketengahkan. Diperingkat awalnya, kumpulan kami dengan kerjasama pihak pengurusan, pernah berusaha bagi mempatenkan penciptaan ini. Kami telah membuat rujukan kepada Sirim Berhad Cawangan Kota Bharu. Hasilnya kami mendapat surat sokongan daripada pihak Sirim Berhad pada 21 Oktober 2007. Cuma beberapa ciri perlu dibuat penambahbaikan bagi menepati piawaian pihak mereka. Bagaimana pun kumpulan berterima kasih di atas sokongan dan dorongan pihak Sirim tersebut.

Surat sokongan SIRIM BERHAD Cwg. Kota Bharu

Beberapa penambahbaikan telah dibuat bagi memastikan projek ini dapat diketengahkan. Hasil ujicuba yang amat membanggakan, menyebabkan kami bercadang akan mempatenkan inovasi kami ini di tahun hadapan. Insya Allah.

Peneduh 2S bukanlah satu ciptaan yang ideal tanpa memerlukan penambahbaikan. Kaji selidik yang dibuat oleh kumpulan selepas penggunaan, beberapa kelemahan dikenalpasti. Maklumbalas daripada pengguna diterima demi memantapkan lagi penciptaan dan hasil projek yang kami laksanakan diantaranya ialah:-

i. Kesan bahang panas matahari ii. Cantuman kerangka tidak kemas

iii. Kesukaran pemasangan

i. Kesan bahang panas matahari

Terdapat sedikit kesan bahang panas matahari menembusi peneduh. Puncanya ialah penggunaan kain nilon yang nipis sebagai alas peneduh. Sebagai penyelesaiannya kami menukarkan kain alas kepada jenis lebih tebal, bermutu dan lebih tahan lama.

(11)

Kain Alas Nilon Kain Alas Lebih Bermutu

Sebelum Penambahbaikan Selepas Penambahbaikan

ii. Cantuman kerangka tidak kemas

Penggunaan sekeru menyebabkan berlaku kelonggaran disebabkan gegaran enjin. Kumpulan telah menukarkan kepada penggunaan ribet. Cuma dibeberapa bahagian tertentu dikekalkan penggunaan sekeru. Ini membolehkan kerangka Peneduh 2S dicantum dengan kukuh sehingga menjamin ketahanannya.

Cantuman Kerangka Lebih Kemas

iii. Kesukaran pemasangan

Kepelbagaian model mesin rumput galas di pasaran pada masa kini mengakibatkan terdapat sedikit kesukaran untuk pemasangan Peneduh 2S. Namun kreativiti yang dilahirkan oleh kumpulan ini dapat menangani masalah ini dengan terciptanya cara yang bersesuaian. Sedikit ubah suai dibuat kepada model ciptaan kami. Kini, Peneduh 2S boleh dipasangkan kepada semua jenis model mesin rumput galas yang ada.

(12)

Kumpulan membuat penilaian yang teliti terhadap penggunaan Peneduh 2S. Seramai 5 orang pekerja jabatan dibuat kajiselidik dalam masa enam bulan yang bermula bulan Januari 2011 hingga bulan Jun 2011. Daripada enam bulan tersebut kami membahagikan kepada 3 bulan pertama sebagai penggunaan biasa. Sementara 3 bulan kedua penggunaan selepas penambahbaikan.

Kajiselidik mendapati beberapa perubahan yang membanggakan diperolehi terutamanya dalam peningkatan hasil kerja pembersihan. Satu peningkatan ketara didalam kuantiti kerja yang dilakukan oleh tenaga kerja jabatan kerana mereka berkemampuan meneruskan kerja walaupun diwaktu hujan atau panas terik dengan lebih selesa. Kesan bahang panas matahari dapat diatasi. Juga lebih tahan lasak daripada sebelum penambahbaikan dibuat.

Hasil ujicuba kumpulan mendapati kuantiti kerja meningkat berbanding sebelum ubahsuai. Daripada 33.61% sebelum ubahsuai meningkat kepada 41.37%. Begitu juga peratus keupayaan kerja semasa hujan meningkat sebanyak 2.65%. Sila lihat Lampiran ‘A’ yang dikembarkan.

Dalam pada itu kajiselidik juga dilakukan terhadap tahap kepenggunaannya. Kami membuat perbandingan kerja sebelum projek dan selepas projek. Kajiselidik perbandingan dibuat diantara dua tempoh masa yang sama tetapi melibatkan tahun yang berlainan. Hasil kajian mendapati terdapat beberapa peningkatan dalam beberapa segi yang boleh dibanggakan. Ini dapat diterjemahkan melalui Lampiran ‘B’ yang dikembarkan.

Kuantiti kerja pembersihan meningkat kepada 13.60% bagi seorang pekerja dimana sebelum ini mereka hanya mampu melaksanakan sebanyak 36.59% sahaja. Pekerja mampu melakukan kerja seluas 50.19m² sehari berbanding cuma 36.59m² sehari sebelum penggunaan. Walaupun kekerapan alasan cuaca meningkat daripada 32.17% kepada 64.73% disebabkan faktor alam, namun kemampuan tenaga jabatan bertambah sebanyak 84.41% iaitu kira-kira 58.65% mengatasi kemampuan sebelum ini. Lihat lampiran ‘C’.

Keputusan hasil ujicuba yang memuaskan ini mendorong kumpulan dengan tekad mengenengahkan projek ini untuk umum.

3. KEADAAN SEBELUM PROJEK INOVASI DILAKSANAKAN

Jabatan Pengairan Dan Saliran, Jajahan Machang, merangkumi 31 buah skim pengairan dan yang terbesar di Negeri Kelantan. Keseluruhan keluasannya ialah 4,781 hektar dan panjang taliair ialah 196 km.

Penggunaan tenaga kerja jabatan merupakan satu proses kerja biasa diamalkan dan merupakan satu proses kerja rutin jabatan. Sejumlah 26 orang Pekerja Awam terlibat dengan kerja-kerja pembersihan taliair dalam skim pengairan.

(13)

Bagi seorang pekerja, diwajibkan melakukan kerja pembersihan seluas 100 meter persegi dalam satu hari. Kerja pembersihan ini melibatkan 4 pusingan dalam setahun dimana satu pusingan kerja sejumlah 75 hari atau 2½ bulan.

13 KAWASAN SKIM PENGAIRAN

JPS JAJAHAN MACHANG U 1. Sk. Sg. Galang 2. Sk. Pulai Chondong 3. Sk. Bagan 3 4. Sk. Sg. Rengas 6. Sk. Sg. Labok 9. Sk. Sg. Rusa 10. Sk. Sg. Dewan 11. Sk. Bagan 1 13. Sk. Sawa Lara 12. Sk. Mas Ulu 8. Sk. Bagan 2 7. Sk. Kelaweh 5. Sk. Joh 15. Sk. Hilir Sat 2 16. Sk. Hilir Sat 1 18. Sk. Sg. Mas 17. Sk. Bechah Pauh 14. Sk. Ujit 20. Sk. Belukar 19. Sk. Pemanok 31. Sk. Che Wa 28. Sk. Suda 1 30. Sk. Suda 2 29. Sk. Gaung 21. Sk. Ulu Sat 23. Sk. Pertok Lama 25. Sk. Pertok 2 24. Sk. Pertok 1 26. Sk. Pertok 3 27. Sk. T. Kelikir 22. Sk. Bukit Tiu Skim Pengairan Sg. Bagan Skim Pengairan Sg. Sat

(14)

Selain daripada itu, beberapa kaedah lain digunapakai dalam konteks pembersihan taliair di JPS Jajahan Machang. Antaranya ialah melalui kaedah gotong-royong dan secara kerja kontrak seperti Inden atau Sebutharga.

Mencuci Secara Gotong‐Royong

Kerja Pembersihan Taliair Dijalankan Secara Gotong-Royong

Pembersihan taliair juga dibuat secara gotong-royong diberbagai peringkat. Gotong-royong dilakukan antara petani dengan tenaga jabatan. Petani dengan petani. Malah juga melibatkan agensi lain seperti Jabatan Pertanian, Pertubuhan Peladang Kawasan, Penggawa dan sebagainya.

Selain daripada meringankan beban kerja tenaga jabatan ianya juga dapat memupuk semangat kerjasama malah dapat mengiratkan hubungan silatulrahim di antara yang terlibat. Namnun begitu sejak kebelakangan ini amalan gotong-royong makin tidak popular lagi. Walaupun berbagai usaha dibuat namun sambutan amalan gotong-royong disambut dingin terutama dipihak petani sendiri.

Kaedah lain yang kami gunakan dalam kerja pembersihan taliair ialah melalui kerja kontrak secara Inden ataupun Sebutharga. Bagaimana pun ini banyak melibatkan peruntukan kewangan jabatan yang terpaksa diagihkan kepada keperluan kerja yang lain. Kaedah ini melibatkan peruntukan perbelanjaan jabatan yang tinggi.

(15)

Kerja Dibuat Secara Kontrak

Sejak kebelakangan ini peruntukan yang diterima untuk kerja-kerja penyelenggaraan amat sedikit sekali. Keadaan ini membantut usaha jabatan dalam melakukan kerja-kerja pembaikian dan membaikpulih sistem pengairan yang ada. Ditambah dengan proses kerja pembersihan oleh tenaga jabatan sentiasa tidak mencapai sasaran atau perancangan yang dibuat. Sehingga jabatan telah menghadapi berbagai masalah berpunca daripada kegagalan jabatan memberikan kemudahan pengairan yang baik dan sempurna kepada petani.

Pemantauan telah dilaksanakan bermula tahun 2009 lagi bagi mengetahui punca yang paling kuat sebagai penyebab kegagalan kerja pembersihan sehingga membangkitkan berbagai masalah kepada jabatan. Dengan penemuan punca inilah projek Peneduh 2S diaktifkan.

(16)

Kami mengakui bahawa Peneduh 2S ciptaan kami ini bukanlah hasil rekacipta yang muktamad. Kami sentiasa mengujikaji keputusan kepenggunaannya. Kami sentiasa menerima maklum balas, rungutan dan komen daripada pengguna. Beberapa kelemahan kami kenalpasti. Semuanya kami cuba membuat penambahbaikan secara berperingkat.

Peneduh 2S memerlukan ubahsuai supaya dapat memberi faedah dan keselesaan yang lebih kepada penggunanya. Ditambah dengan kepelbagaian model mesin rumput galas yang terdapat sekarang ianya memerlukan sedikit pengubahsuaian kepada cara pemasangannya. Dengan yang demikian Peneduh 2S ciptaan kami ini dapat disesuaikan dengan pelbagai bentuk dan jenis model mesin rumput galas yang berada dalam pasaran sekarang.

Untuk perhatian semua bahawa Peneduh 2S ciptaan kami lebih memberi tumpuan kepada menangani masalah berkaitan dengan cuaca. Pengguna menggunakannya semata-mata bagi melindungi daripada hujan ataupun keadaan panas yang terik. Dengan kata lain dalam keadaan tersebut, pengguna dapat meneruskan kerja seperti biasa tanpa tergesa-gesa mencari tempat berteduh. Sekali gus ini menambahkan hasil kerja pengguna.

4. MASALAH SEBELUM INOVASI

Pengeluaran hasil padi menampakkan kemerosotan yang ketara. Jabatan terpaksa menanggung masalah kegagalan bekalan air kebendang, semak-samun yang cepat menutupi taliair, pembiakan musuh tanaman serta menanggung risiko kerosakan binaan-binaan pengairan yang ada.

Keadaan ini tersasar jauh daripada fungsi jabatan. Bekalan air ke sawah gagal berfungsi dengan sempurna. Kesan negatif daripada permasalahan tersebut amat dirasakan oleh pihak pengurusan jabatan kami. Petani mula merungut disebabkan pengeluaran hasil padi mereka merosot. Imej jabatan makin tercalar dimata para petani. Rasa tidak puas hati terhadap jabatan diluahkan melalui surat-surat maupun secara lisan oleh petani terlibat.

Sebelum projek diperkenalkan, Jabatan Pengairan Dan Saliran, Jajahan Machang, menghadapi berbagai-bagai masalah berhubung dengan kerja-kerja operasi dan penyelenggaraan kawasan pengairan. Keadaan ini membawa kepada kesan yang kurang baik terhadap kredibiliti jabatan. Malah jika dibiarkan berterusan juga memberi kasan buruk terhadap produktiviti padi Negara. Sehingga akhirnya kerajaan akan menanggung risiko terhadap keseimbangan bekalan beras Negara.

(17)

i. Semak-samun cepat tumbuh

Jabatan terpaksa menanggung kesan kecepatan pertumbuhan semak-samun diatas taliair. Kerja-kerja pembersihan yang lambat memberi laluan kepada semak-samun untuk tumbuh dengan selesa. Akhirnya akan menutupi taliair berkenaan. Akibatnya boleh menghalang pembahagian air ke sawah. Disamping itu juga dapat membiakkan musuh tanaman seperti tikus dan sebagainya. Semuanya ini merencatkan pengeluaran hasil tanaman padi dikawasan terlibat.

Semak-Samun Menghalang Bekalan Air Ke Sawah

Bekalan Air Gagal Menjejaskan Tanaman

Berpunca daripada taliair yang tidak dibersihkan dengan sempurna dan mengikut jadual, menyebabkan operasi pembahagian air gagal dilaksanakan dengan baik. Keadaan ini menjejaskan tanaman padi dikawasan terlibat. Petani-petani tidak puas hati dan merungut. Oleh itu pihak jabatan perlu mengambil tindakan proaktif yang lebih kompotitif terhadap rungutan-rungutan tersebut demi menjaga Imej jabatan di mata umum.

(18)

ii. Penyelenggaraan struktur sukar dibuat

Taliair yang kotor dan ditutupi semak-samun yang tebal menyukarkan kerja-kerja penyelenggaraan struktur pengairan terlibat. Banyak binaan-binaan pengairan menjadi terbiar sehingga akhirnya rosak dan tidak dapat berfungsi. Akibatnya sistem pengairan yang baik gagal disempurnakan bagi melahirkan satu proses kerja pengairan yang betul-betul baik dan berkesan. Akhirnya memberi impak yang kurang baik terhadap pengeluaran hasil padi di kawasan terlibat.

Binaan Pengairan Dalam Keadaan Terbiar

iii. Kerosakan binaan pengairan

Sikap memprotes petani mencapai tahap tertingginya sehingga ada segelintir yang tidak bertanggung-jawab sanggup bertindak merosakkan binaan-binaan pengairan yang ada. Keadaan ini menambahkan beban jabatan kerana terpaksa memperuntukkan sejumlah kewangan bagi membaikpulih binaan-binaan berkenaan. Disamping mengadakan program-program khusus untuk menyedarkan dan memahami masalah jabatan.

(19)

iv. Jadual Tanaman Sukar Dipatuhi

Jadual Tanaman padi yang dikeluarkan oleh jabatan terlalu sukar untuk diikuti oleh para petani. Penanaman padi mengikut selera masing-masing sehingga menimbulkan berbagai-bagai masalah terutamanya kerja membajak, membaja dan sebagainya. Ini semua berpunca daripada kegagalan bekalan air yang sempurna yang dapat dibekalkan kepada sawah-sawah.

Jadual Tanaman Padi

v. Aduan Dan Rungutan Petani

Jabatan juga menanggung masalah aduan dan rungutan yang berterusan oleh pihak petani samada melalui surat, telifon maupun secara lisan. Mereka amat tidak berpuas hati dengan keadaan system pengairan yang ada. Sistem yang tidak sempurna ini menjejaskan pengeluaran hasil padi mereka. Sekali gus menjejaskan pendapatan mereka.

(20)

vi. Kerja Pembersihan Tidak Mencapai Sasaran

Kerja pembersihan taliair oleh tenaga jabatan sentiasa tidak menepati sasaran harian. Ini dapat dikesan daripada program pengesanan dan pemantauan yang dibuat melalui rekod Kad e-Pantau. Kerja yang dilakukan sepatutnya 75 hari sahaja bagi melengkapkan satu pusingan kerja tetapi ianya melangkaui sehingga 90 hari. Dengan yang demikian sasaran kerja 4 pusingan dalam setahun gagal dicapai sehingga akhirnya sistem pengairan yang ada gagal membekalkan air yang mencukupi kepada sawah-sawah padi terlibat.

Kerja Pembersihan Oleh Tenaga Jabatan

5. KEADAAN SELEPAS PROJEK INOVASI DILAKSSANAKAN

Bertolak daripada masalah–masalah yang timbul, pihak pengurusan jabatan telah meminta kumpulan kami mengutarakan satu projek bagi membantu mengurangkan masalah yang timbul. Kumpulan telah mengadakan mesyuarat dan

(21)

bersetuju akan memikul bersama beban masalah jabatan demi menjaga nama baik dan imej jabatan.

Sebagai langkah awal, tenaga jabatan yang terlibat dengan kerja-kerja pembersihan taliair perlu dipantau secara menyeluruh. Setiap tenaga jabatan yang terlibat dengan kerja pembersihan perlu ada rekod kerja yang sesuai. Aktiviti tenaga jabatan mestilah dipantau dengan betul dan berterusan.

Melalui program yang dibuat oleh kumpulan kami berjaya mengenalpasti punca sebenar kegagalan kerja tenaga jabatan mengikut jadual yang dirancang. Hasilnya kami menemui punca cuaca adalah penyebab utama kerja sentiasa tidak mencapai sasaran. Hujan dan panas terik punca utama kerja-kerja terhenti. Oleh itulah kami cuba menangani masalah ini secara serius. Sememangnya cuaca adalah satu ciptaan Tuhan namun jangan jadikan ini sebagai alasan pengurangan atau kemerosotan kerja.

Bertolak daripada menangani masalah cuaca inilah kumpulan kami menciptakan PENEDUH 2S. Alat berupa peneduh ini dipasangkan kepada mesin rumput galas yang mana sebagai alatan utama kerja membersih taliair. Melalui peralatan ini kumpulan telah membuat beberapa sesi ujicuba bagi mendapatkan keputusan yang tepat terhadap kesan dan hasilnya. Akhirnya kumpulan mendapati hasilnya cukup membanggakan.

Hasil kajian kami mendapati jumlah kerja yang dibuat menampakkan peningkatan yang ketara. Ini kerana dengan memasang Peneduh 2S kerja dapat diteruskan tanpa gangguan walaupun dalam keadaan hujan atau panas terik. Secara tidak langsung ini dapat menambahkan jumlah keluasan kerja yang dibuat oleh pekerja terlibat.

Hasil daripada ujicuba yang dibuat oleh pihak kumpulan, mendapati beberapa keputusan yang positif telah dikesan. Kami sungguh berbangga dan cukup berpuas hati dengan keputusan yang diperolehi tersebut.

i. Semak-samun terkawal

Tumbesaran semak-samun senang dikawal dengan lebih berkesan kerana pekerja mampu melakukan kerja secara berterusan. Kuantiti kerja meningkat berbanding sebelum penggunaan Peneduh 2S. Disamping itu juga pekerja dapat memberi perhatian kepada kerja-kerja lain yang berkaitan seperti gotong-royong dan sebagainya sebagai mempertingkatkan prestasi individu.

(22)

Taliair Sentiasa Bersih

ii. Penyeliaan Struktur Mengikut Jadual

Rutin yang dirancangkan adalah cukup baik dan berkesan jika setiap pekerja berjaya mengamalkannya. Keluasan 100m²/hari/seorang pekerja lebih berbaloi kerana tugas pekerja adalah berbagai. Selain daripada mencuci taliair mereka juga ditugaskan menjalankan kerja operasi struktur pengairan, membuang sampah, melakukan kerja-kerja pembaikan kecil, menghadiri kelas tazkirah dipejabat dan sebagainya.

(23)

iii. Struktur Pengairan Terkawal

Taliair yang bersih dan bekalan air yang mencukupi memberi kesan yang amat baik kepada perasaan dan tindakan petani. Perasaan marah petani terhadap jabatan makin berkurangan malah ada yang memuji langkah jabatan dalam menyelesaikan masalah bekalan air ke sawah mereka. Imej jabatan semakin dapat dipulihkan. Dengan ini struktur pengairan yang selama ini menjadi mangsa amarah petani sudah terpelihara. Malah mereka mula memberi kerjasama bergotong-royong membaikpulih semula kerosakan.

Struktur Pengairan Berkeadaan Baik

iv. Jadual Tanaman Dipatuhi

Petani semakin mengikuti jadual tanaman yang dibuat oleh jabatan. Kepatuhannya sangat diperlukan bagi mengawal dan menentukan bekalan air dapat dibekalkan dengan lebih samarata dan berkesan. Air dapat dibekalkan sebagaimana jadual. Dengan ini petani lebih memberikan kerjasama mereka terhadap jabatan.

(24)

Tanaman Padi Mengikut Jadual

v. Pengurangan Rungutan Petani

Petani mula memberi komitmen yang tinggi terhadap jabatan. Sikap toleransi yang ditunjukkan banyak memberi semangat dan dorongan kepada jabatan kearah memberi perkhidmatan yang baik kepada golongan sasar. Malah ada petani menghantar surat terima kasih kepada jabatan dalam usaha memberi perkhidmatan yang berkesan dan bernilai kepada mereka.

vi. Peningkatan Hasil Kerja

Tahap pencapaian kerja-kerja pembersihan taliair oleh tenaga jabatan sebelum ini sungguh mendukacitakan sekali. Mereka hanya mampu mencapai seluas 36.59m² sehari bagi seorang pekerja yang mana sasarannya ialah 100m² sehari. Namun selepas projek dijalankan mereka mampu mencapai 50.19m² sehari. Peningkatan sebanyak 13.60%. Ini dapat dilihat sebagaimana Analisa Ujicuba Penggunaan Peneduh 2S bagi seorang pekerja untuk satu bulan kerja dibawah:-

(25)

Analisa Ujicuba Penggunaan PENEDUH 2S bagi satu orang/bulan

Bil Perkara Sebelum Selepas Beza Catatan

1 Jumlah hari kerja 20.5 20.6 41.1 Rekod

2 Kawasan perlu dibersihkan(m²) 2,050 2,066 4,116 Rekod

3 Jumlah kerja (m²) 750 1,037 1,787 Rekod

4 Purata jumlah kerja / hari / orang 36.59m² 50.19m² 13.60m²

5 Peratus kerja / hari / orang 36.59% 50.19% 13.60%

6 Kekerapan alasan cuaca (kali) 4.3 11.93 16.23 Rekod

7 Jumlah kekerapan semua alasan

(kali) 13.46 18.43 31.89 Rekod

8 Peratus kekerapan alasan cuaca 32.17% 64.73% 32.56% Meningkat

9 Peratus keupayaan kerja / alasan

cuaca 25.76% 84.41% 58.65% Meningkat

Nota:

1. Ujicuba melibatkan 5 orang pekerja jabatan.

2. Tempoh masa ujicuba selama 6 bulan (setengah tahun bagi 2 tahun berturut-turut). 3. 6 bulan sebelum bermula Januari 2010 hingga Jun 2010.

4. 6 bulan selepas bermula Januari 2011 hingga 2011. 5. Sasaran kerja seluas 100.00m/hari/orang.

6. Tumpuan utama kepada menangani masalah cuaca.

vii. Pengurangan Kerja Kontrak

Kerja-kerja kontrak berhubung penyelenggaraan sistem pengairan dalam kawasan pada setengah tahun 2011 berkurangan dibandingkan dengan setengah tahun 2010. Ini dapat dilihat hasil kajiselidik kami sebagaimana Analisa Kerja-Kerja Kontrak Penyelenggaraan Sistem Pengairan antara Januari hingga Jun 2010 dan Januari hingga Jun 2011 dibawah.

(26)

Lampiran ‘B’

Kerja‐Kerja Kontrak Penyelenggaraan Sistem Pengairan Januari Hingga Jun Tahun 2010 dan 2011 Jan ‐ Jun 2010  Jan ‐ Jun 2011 

Beza  Catatan 

Bil  No. Inden  Amuon  Bil  No. Inden  Amuon 

                        1  KI 04/2010     19,950.00        1   KI 14/2011     19,960.00         2  KI 05/2010     19,985.00        2   KI 15/2011     19,995.00         3  KI 06/2010     19,800.00        3   KI 16/2011     19,946.00         4  KI 08/2010     19,950.00                  5  KI 12/2010     19,850.00                                         

Jumlah     99,535.00   Jumlah     59,901.00      39,634.00   Penurunan 

Jabatan telah mengeluarkan peruntukan sebanyak RM99,535.00 untuk membiayai kerja-kerja penyelenggaraan sistem pengairan bagi setengah tahun 2010. Tetapi di setengah tahun 2011 dimana projek inovasi diperkenalkan, jabatan hanya mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM59,901.00 sahaja. Terdapat pengurangan perbelanjaan sehingga 24.85% iaitu sebanyak RM39,634.00.

Kajian yang dibuat menunjukkan terdapat pengurangan ketara didalam perbelanjaan jabatan berhubungan dengan kerja-kerja kontrak penyelenggaraan sistem pengairan. Ini adalah berkait rapat dengan penggunaan Peneduh 2S yang diamalkan oleh tanaga jabatan dalam kerja-kerja pembersihan taliair.

6. FAEDAH PELAKSANAAN INOVASI DALAM PENINGKATAN KUALITI

PERKHIDMATAN.

Inovasi yang diperkenalkan telah berjaya memberikan nilai faedah dan keuntungan yang cukup membanggakan kepada jabatan dan golongan yang disasarkan.

(27)

i. Kreativiti

Bentuk model yang diperkenalkan merupakan satu adaptasi daripada peneduh beca roda tiga yang direka khas untuk dipadankan kepada badan mesin rumput galas yang sediaada dijabatan kami. Kami namakannya Peneduh 2S. Direka bercirikan keselamatan pengguna yang lebih mesra alam.

Model yang diperkenalkan oleh kumpulan kami adalah yang terbaru dan terkini tanpa diubahsuai daripada mana-mana model sedia ada terutamanya dipasaran. Ianya melibatkan sedikit penambahbaikan oleh kami sendiri bagi meningkatkan keselesaan dan kesesuaian penggunaannya.

Peneduh 2S Cara Mengguna

ii. Potensi Pelaksanaan

Ternyata penggunan Peneduh 2S dapat meningkatkan kuantiti kerja yang dijalankan kerana ianya mampu menangani masalah keadaan semasa menggunakan mesin rumput galas. Ianya juga sesuai digunakan oleh pelbagai profesyen kerja. Mudah dilekatkan atau dipasang kepada mana-mana jenis mesin rumput galas kerana ianya direka khas untuk disesuaikan kepada mesin rumput galas. Adalah dijangkakan semua pengguna mesin rumput galas akan menggunakan Peneduh 2S ciptaan kami ini disuatu hari nanti.

(28)

POTENSI PELAKSANAN

TALIAIR DAPAT DIBERSIHKAN MENGIKUT JADUAL DAN

BEKALAN AIR TIDAK TERGENDALA.

iii. Replicability

Model yang diperkenalkan boleh digunapakai oleh mana-mana pengguna yang berminat. Selain daripada tenaga jabatan kami dalam kerja perbersihan taliair, ianya juga boleh digunapakai oleh lain-lain agensi yang bersangkutan. Contohnya seperti Roadcare yang terlibat dengan pembersihan bahu jalan. Redicare dikawasan hospital. Majlis-Majlis Daerah serta sekolah-sekolah. Juga oleh pengguna biasa yang melibatkan penggunaan mesin rumput galas.

REBCABILITY

Roadcare

BOLEH DIGUNAPAKAI OLEH PELBAGAI AGENSI ATAU PROFESYEN.

Tukang Kebun Sekolah

(29)

iv. Efisien

Peneduh 2S adalah hasil kreativiti kumpulan yang jitu kearah meringankan beban kerja penggunaan mesin rumput galas. Alatan yang berupa peneduh yang dipasangkan kepada mesin rumput galas membantu pengguna meningkatkan kuantiti kerja. Kerja dapat disiapkan mengikut jadual yang dirancang.

Bertindak sebagai payong diwaktu hujan

Analisa Ujicuba Penggunaan PENEDUH 2S bagi satu orang/bulan

Bil Perkara Sebelum Selepas Beza Catatan

1 Jumlah hari kerja 20.5 20.6 41.1 Rekod

2 Kawasan perlu

dibersihkan(m²) 2,050 2,066 4,116 Rekod

3 Jumlah kerja (m²) 750 1,037 1,787 Rekod

4 Purata jumlah kerja / hari /

orang 36.59m² 50.19m² 13.60m²

5 Peratus kerja / hari / orang 36.59% 50.19% 13.60%

6 Kekerapan alasan cuaca

(kali) 4.3 11.93 16.23 Rekod

7 Jumlah kekerapan semua

alasan (kali) 13.46 18.43 31.89 Rekod

8 Peratus kekerapan alasan

cuaca 32.17% 64.73% 32.56% Meningkat

9 Peratus keupayaan kerja /

(30)

Ternyata penggunaan Peneduh 2S meningkatkan keupayaan kerja terutamanya ketika menghadapi keadaan cuaca yang tidak menentu seperti hujan atau panas terik. Ini dapat dilihat hasil analisa ujicuba yang dijalankan oleh kumpulan.

Penggunaan Peneduh 2S mencapai peningkatan keupayaan kerja diwaktu hujan atau panas terik berdasarkan keupayaan selepas sebanyak 84.41% ditolak sebelum ujicuba hanya 25.76% sahaja. Walaupun kekerapan alasan cuaca meningkat daripada 32.17% kepada 64.73% disebabkan faktur alam, namun kemampuan tenaga jabatan melakukan kerja bertambah sebanyak 58.65%. Ini membuktikan kerja-kerja dapat dijalankan seperti biasa walaupun menghadapi cuaca yang tidak menentu.

v. Signifikan

Inovasi kami memberi faedah yang jelas kepada peningkatan produktiviti kerja oleh pengguna mesin rumput galas. Gangguan masa kerja dapat ditangani membantu menambahkan kuantiti hasil kerja. Kerja dapat dipantau sehingga membawa kepada peningkatan hasil kerja yang dijalankan.

SIGNIFIKAN

Menggeris Spindle Pintu Air Perlu Dicat

Gotong-Royong Membaiki Struktur Mengikuti Kelas Tazkirah

Kerja-kerja lain yang dirancang dapat disudahkan sebagaimana jadual. Pekerja dapat memberi tumpuan kepada lain-lain tugas mengikut perancangan seperti kerja penyelenggaraan sistem pengairan, pembaikian kecil, gotong-royong maupun arahan-arahan wajib lain seperti menghadiri kelas tazkirah di pejabat dan sebagainya.

(31)

vi. Keberkesanan Kos

Projek inovasi kami memberi perubahan yang ketara kepada perbelanjaan pengurusan jabatan. Gunatenaga jabatan hampir dapat dimaksimakan mengikut perancangan yang dibuat yang mana akhirnya menjuruskan kepada penjimatan kos yang berkesan.

Daripada keputusan ujicuba yang dibuat, menampakkan satu perkembangan yang memberansangkan. Kuantiti kerja pembersihan yang dibuat sebelum ini hanyalah sekitar 35.72m² sehari oleh seorang pekerja. Ini jauh tersasar daripada yang diwajibkan seluas 100m² sehari. Manakala melibatkan kos operasi sebanyak RM1.70 sehari bagi seorang pekerja. Sebaliknya selepas projek inovasi dijalankan, kuantiti hasil kerja telah meningkat kepada 49.38m² sehari. Peningkatan sebanyak 13.66m². Sementara kos operasi mengalami penurunan yang jelas kepada RM1.32 sehari meskipun ditambah kos Peneduh 2S. Kami dapat menjimatkan perbelanjaan sebanyak RM0.38 sehari bagi seorang pekerja. Bagi satu tahun jabatan dapat mengurangkan perbelanjaan sebanyak RM2,489.76 khususnya dalam kerja-kerja pembersihan taliair.

Sebelum projek

a. Jumlah kerja seorang pekerja

22,505m² ÷ 5 orang pekerja 4,501m² ÷ 6 bulan ujicuba

= 750m² ÷ 21 hari purata kerja sebulan = 35.72 m²/hari

b. Penggunaan petrol (anggaran 2 liter/hari) 1 lt = RM1.95

1 hari = 2 lt × RM1.95 = RM3.90 liter/hari

c. Gaji Pekerja (purata RM1,200.00 / orang)

Gaji Pekerja ÷ Jumlah Hari Purata Kerja Sebulan RM1,200.00 ÷ 21

= RM57.14

d. Kos Operasi

[Gaji Pekerja+Penggunaan Petrol] ÷ Jumlah Kerja [RM57.36 ÷ RM3.90] ÷ 35.72m²

(32)

Selepas Projek

a. Jumlah Kerja Seorang Pekerja

31,120m² ÷ 5 orang pekerja 6,224m² ÷ 6 bulan ujicuba

= 1,037m² ÷ 21 hari purata kerja sebulan = 49.38m²/hari

b. Penggunaan Petrol

= RM3.90 liter/hari

c. Kos Peneduh 2S

RM55.00 ÷ 264 tempuh jangka hayat = RM0.21 × 21 hari purata kerja sebulan = RM4.41/hari

d. Gaji Pekerja (purata RM1,200.00 / orang)

1,200.00 ÷ 21 hari purata kerja sebulan = RM57.14/hari

e. Kos Operasi

[Gaji Pekerja+Petrol+Peneduh 2S] ÷ Jumlah Kerja [RM57.14 + RM3.90 + RM4.41] ÷ 49.38m²

RM65.45 ÷ 49.38m² = RM1.32 / hari / orang

Penjimatan Kos Operasi

Sebelum Projek – Selepas Projek RM0.70 - RM 1.32

= RM0.38 / hari / Pekerja.

Untuk 12 bulan bagi 26 buah mesin kami miliki RM0.38 × 12 × 26 × 21 hari bekerja sebulan = RM2,489.76 setahun

(33)

vii. Komitmen Pengurusan Atasan

Sokongan dan lorongan daripada Tuan Pengarah JPS Negeri Kelantan supaya model ciptaan kami digunapakai bagi semua jajahan dan bahagian JPS Negeri Kelantan, amat membanggakan kami. Sebagaimana surat Bil(13)dlm.JPS.KN.BP.149/439/1 Klt.5 yang bertarikh 30 April 2006 adalah sebagai bukti yang nyata.

7. FAKTOR KEJAYAAN UTAMA

Dalam pembentukan kejayaan projek kami ini, beberapa perkara dikenalpasti sebagai pendorong yang kuat. Namun ianya berkaitan diantara satu sama lain yang bercantum menghasilkan sebuah kejayaan.

i. Komitmen Pihak Atasan

Sokongan yang padu dan berterusan daripada pihak atasan khususnya ketua jabatan banyak mendorong kearah penciptaan inovasi yang baik. Satu penciptaan yang boleh diperluaskan dan mempunyai daya saing yang tinggi di satu masa nanti. Keperihatinan pihak pengurusan banyak mendorong kearah peningkatan hasil projek yang diketengahkan. Ditambahkan lagi dengan komitmennya yang menggalakkan gunapakai peralatan yang direkacipta ini untuk semua jajahan dan bahagian JPS Negeri Kelantan.

ii. Kesungguhan Kakitangan

Kesungguhan yang ditunjukkan oleh kakkitangan jabatan yang terlibat amat membantu kejayaan projek yang diperkenalkan. Mereka sentiasa komited dalam menjalankan tugas dan tanggung-jawab yang diamanahkan. Yakin dan percaya bahawa kejayaan bukannya datang bergolek tanpa usaha yang tinggi. Setiap usaha untuk kebaikan pasti akan termakbul jua. Insya Allah.

(34)

iii. Sokongan Moral Lain Agensi

Sokongan moral yang ditunjukkan oleh lain-lain agensi banyak membantu kejayaan projek yang dibuat. Kebanyakan berterima kasih diatas projek yang direkacipta kerana ianya juga boleh dimenafaatkan kepada mereka juga. Malah ada yang menolong membantu mengeluarkan idea untuk lebih memberi kebaikan.

Sokongan baik daripada pihak SIRIM BERHAD Cawangan Kota Bharu membantu kami kearah perlabelan model rekacipta ini. Sebelum ini kami menghantar laporan dan model ciptaan kami untuk dinilai dan diteliti oleh SIRIM BERHAD Cawangan Kota Bharu. Sokongan baik daripada mereka akan membantu kearah perlabelan model rekacipta kami sebagaimana surat REG 537/1/1 bertarikh 31 Oktober 2007.

Selain daripada itu kami juga telah membuat uji cuba kepada pihak Roadcare Cawangan Machang. Sambutan yang diberi cukup membanggakan kerana Peneduh 2S kami menepati kehendak pekerjanya. Ciri-ciri yang terdapat pada Peneduh 2S memberikan kesan yang baik kepada penggunaannya.

Pekerja daripada Majlis Daerah Machang juga telah dipelawa mengujicuba Peneduh 2S kami. Mereka juga berterima kasih kerana dapat satu idea yang menarik dan berguna kepada penggunaan mesin rumput galas.

Taklimat dan demontrasi khusus telah diadakan disekolah-sekolah bagi memperkenalkan inovasi kami. Kami telah mengadakan taklimat di Sekolah Kebangsaan Pak Roman, Machang. Demontarasi yang dibuat begitu mengkagumkan mereka.

Dalam mengembangkan lagi penggunaannya, kami memperkenalkan ciptaan kami ini kepada syarikat swasta. Kami memperkenalkan kepada syarikat Azra Enterprise, Machang. Mereka juga berminat menggunakan peneduh ciptaan kami ini.

8. PEMBELAJARAN DIPEROLEHI

Dalam melaksanakan projek inovasi ini beberapa pembelajaran telah kami perolehi yang mana semuanya dijadikan asas dan daya pendorong kearah usaha-usaha penciptaan yang baru.

i. Pihak Pengurusan Sebagai Daya Pendorong

Sikap perihatin dan penglibatan sama secara berterusan oleh pihak pengurusan atasan sentiasa digembelingkan bersama usaha penuh bersemangat oleh ahli kumpulan kearah kejayaan projek. Konsep memperkasakan pekerja peringkat bawahan adalah perlu diterapkan dalam pengurusan jabatan supaya pekerja mampu menghasilkan inovasi yang lebih berdaya saing.

(35)

ii. Latihan berfikir secara aktif

Idea dan semangat berkumpulan sentiasa diutamakan demi kejayaan dan kebaikan. Sentiasa mencari dan meredah fikiran kearah kebaikan dalam menghadapi apa jua masalah dalam tugas dan tanggung-jawab sebagai seorang penjawat awam.

PENUTUP 

Sekian sahaja pembentangan projek inovasi kami kali ini diatas tajuk Peneduh 2S. Semoga bertemu lagi dilain masa dan projek dari kami, Kumpulan Serasi, Jabatan Pengairan Dan Saliran, Jajahan Machang, Kelantan.

Wassalamu...

Referensi

Dokumen terkait

The factor number one was soil compaction and factor number two was soil water content. The parameters were counted which are root number, diameter, root length,

Modulator tersebut merupakan bagian yang bertugas mengubah sinyal informasi kedalam sinyal pembawa (carrier) dan siap untuk dikirimkan, sedangkan demodulator adalah

[r]

Dari tabel di atas menunjukkan 12 responden menyatakan sangat setuju, 50 menyatakan setuju, 25 responden bersikap netral, 11 menyatakan tidak setuju, dan 0 menyatakan sangat tidak

Untuk dapat memvisualisasikan beberapa aktifitas tersebut sehingga memudahkan pengguna untuk mendapatkan gambaran bagaimana gedung robotika dan nasdec ketika

Konsep adalah hasil proses intelektual berupa kejadian imajinatif untuk memperluas atau memperkaya cerapan, sehingga dapat dibentuk gagasan baru yang dapat menganalisis

menggunakan sebuah kanel audio digital S/PDIF untuk keluaran audio digital dari motherboard Anda ke kartu grafi s jika Anda ingin menyambungkan sebuah tampilan HDMI kepada kartu grafi

Memang kita yakin sebenarnya semua itu akan berada di tangan pimpinan Tuhan, namun sekali lagi tidak menutup kemungkinan bukan, Tuhan akan memakai para pendeta