PROJEK PEDALAMAN SABAH : CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI OLEH KONTRAKTOR
ROXANNE ESPERANZA DANN EFFENDY
PENGESAHAN PENYELIA
Saya akui saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan
Tandatangan : ………..
Penyelia : Prof. Madya Dr. Razali Bin Adul Hamid
Tarikh : ………..
Tandatangan : ………..
Pembaca Kedua : Prof. Madya. Dr. Rosli Bin Abdul Rashid
PROJEK PEDALAMAN SABAH : CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI OLEH KONTRAKTOR
ROXANNE ESPERANZA DANN EFFENDY
Penyerahan Laporan Penyelidikan ini adalah sebahagian daripada memenuhi syarat-syarat bagi Kursus Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan
Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia
PENGAKUAN
Saya akui tesis yang bertajuk “Projek Pedalaman Sabah: Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh kontraktor” adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya
Tandatangan : ...
Nama : ………
Tarikh : ………
ROXANNE ESPERANZA DANN EFFENDY 13 JANUARI 2014
Dedication
For the endless love and guidance, Mom, Dad and Siblings
For the most support and advice My supervisor PM. Dr. Razali Bin Adul Hamid Lecturers of Faculty of Built Environment
For everyone that always be cherished My best coursemate Cecilia, Jia Hui, Efa, Yati and Shah
SBEQ batch 2011/2014 coursemates My bestfriend Aliff, Nurhidaya, Victoria and Noor Emylia
For those who have been helping me through out the study Respondents of my study My friends who are working in construction field
ACKNOWLEDGEMENT
Alhamdulillah, all praise to the Almighty Allah the God of Universe who gave me the strength to complete this project within the stipulated time.
First of all, I would like to express the deepest appreciation to my supervisor Associate Professor Dr. Razali bin Adul Hamid for his kind assistance, guidance, beneficial criticisms, encouragement and time spent on me during the completion of this project. To the lecturers of Faculty of Built Environment who provide guidance and valuable comments on my study. Only God is able to respond.
Deepest thanks for both of my beloved parents and siblings for their love encouragement and supports both financially and mentally that made me possible to finish my study. My thanks are also addressed to all respondents for taking some time with me to be interviewed to gather information related to this study. Not to forget, to my friends who are working in construction field for the help in getting informations for my research. Your cooperation and help is most appreciated.
Finally, my appreciation and gratitude to my fellow SBEQ partners especially Cecilia, Jia Hui, Efa, Yati, Shah as well as my best friends Aliff, Nurhidaya, Victoria and Noor Emylia who always cheers me up and giving motivational advice whenever I feel grief and distress. Thanks for being my supportive friend and all their kindness will be remembered forever. For the rest of persons who I didn‟t mention here, who have participated in various ways to ensure my research succeeded, thank you to all of you.
ABSTRAK
Sabah adalah sebuah negeri yang pesat membangun dan telah memulakan pembangunan yang kuat terutama dalam Rancangan Malaysia ke-9. Pembangunan lebih tertumpu kepada kawasan-kawasan pedalaman disebabkan kadar kemiskinan yang tinggi serta jurang perbezaan yang besar dari segi ekonomi, sosial dan pendidikan berbanding kawasan bandar. Projek-projek pembinaan yang dilaksanakan di kawasan pedalaman Sabah termasuklah bangunan-bangunan seperti sekolah dan infrastruktur seperti jalan raya, jambatan, bekalan air dan elektrik. Walaubagaimanapun, sesetengah projek ini mengalami isu kelewatan dan kos projek meningkat tinggi daripada peruntukan klien. Kontraktor yang menjalankan projek perlu menghadapi pelbagai cabaran dalam melaksanakan projek-projek pembinaan tanpa mengira sama ada projek bersaiz besar atau kecil dan sama ada ia di kawasan bandar mahupun di pedalaman. Cabaran-cabaran dalam projek pembinaan terdiri daripada pelbagai bentuk dan tahap di mana sesetengah cabaran tersebut boleh menganggu kelancaran operasi projek dan mendatangkan risiko kepada projek. Sehubungan dengan itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti cabaran-cabaran yang dihadapi oleh kontraktor dalam projek pembinaan di kawasan pedalaman Sabah serta mengenalpasti kesan-kesan masalah tersebut terhadap prestasi projek dan implikasinya kepada kos keseluruhan projek. Kajian ini terhad kepada lima sampel projek bangunan yang terletak di Kudat, Sipitang, Beaufort, Tenom dan Telupid Sabah. Data dikumpul melalui temubual dengan kontraktor dan kajian dokumen bagi setiap projek. Hasil kajian menunjukkan cabaran utama yang dihadapi oleh kontraktor adalah masalah jalan akses, kemudahan telekomunikasi, bekalan elektrik, rangkaian pembekal dan penawaran buruh binaan. Masalah-masalah ini memberi implikasi kepada kos operasi projek dan tempoh penyiapan projek. Akhir sekali, didapati komponen kos yang memberi implikasi kepada kos projek adalah kos buruh dan kos pengangkutan bahan binaan.
ABSTRACT
Sabah is a rapidly developing state and has embarked our rigorous development especially in Ninth Malaysia Plan. The development focuses in the rural areas due to the high rate of poverty and disparities in terms of economic, social and education. Construction projects undertaken in the rural of Sabah include buildings such as schools and infrastructure such as road, bridge, water and electric supply. However, some of the project experienced delayed and the cost of project increased higher than the client‟s budget. Contractor undertaking the project have to face many challenges when implementing construction projects irrespective whether the project is large or small, in urban or rural areas. Challenges in construction project can come in many forms and some of which may hinder the smooth operation of the project and pose a risk to the project. Accordingly, the objective of this study is to identify the problems faced by contractors in construction projects in remote areas of Sabah, to identify the effects of the problem to project performance and its implications on the total cost of the project. The study is limited to five sample of buildings located in Kudat, Sipitang, Beaufort, Tenom and Telupid Sabah. Data is collected by means of interviews with the contractors and study of documents of each project. The results showed that the major challenges faced by contractors are the problems of access roads, telecommunications facilities, power supply, supply chain and supply of construction labor. These problems has affect the operating costs of project and project completion period. Finally, it was found that the cost of labor and transportation of materials has implications to the total cost of project.
SENARAI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
HALAMAN JUDUL i HALAMAN PENGAKUAN ii DEDICATION iii ACKNOWLEDGEMENT iv ABSTRAK v ABSTRACT vi
SENARAI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv BAB 1 PENDAHULUAN 1 1.1 Pengenalan 1 1.2 Isu dan Penyataan Masalah 2
1.3 Persoalan Kajian 4 1.4 Objektif Kajian 5 1.5 Skop Kajian 5
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.7 Organisasi Laporan 7
BAB 2 CABARAN-CABARAN PROJEK PEDALAMAN 10 2.1 Pengenalan 10 2.2 Definisi Pedalaman 11
2.3 Pembangunan Luar Bandar Di Malaysia 13 2.4 Industri binaan dalam Pembangunan
Luar Bandar 14
2.5 Jenis Pembangunan Luar Bandar Di Malaysia 15
2.5.1 Infrastruktur 15
2.5.2 Bantuan Rumah Kos Rendah 17
2.5.3 Naiktaraf Sekolah 18
2.6 Pengenalan kepada negeri Sabah 19
2.7 Ciri-ciri kawasan pedalaman yang mempengaruhi
projek pembinaan 21
2.7.1 Topografi 21
2.7.2 Jarak Lokasi 22
2.7.3 Akses 23
2.8 Masalah-masalah projek pedalaman 24
2.8.1 Mobilisasi 24
2.8.2 Jalan Raya 25
2.8.3 Sumber air bersih dan elektrik 26 2.8.4 Rangkaian bekalan bahan dan
peralatan binaan 26
2.8.5 Infrastruktur Telekomunikasi 27
2.8.6 Penawaran tenaga buruh 28
2.9 Isu-isu dalam industri binaan 29
2.9.1 Kelewatan 29
2.9.2 Peningkatan kos projek 31
2.9.3 Projek Terbengkalai 31
2.9.4 Produktiviti dan kualiti kerja yang rendah 33 2.10 Komponen kos yang signifikan dengan
projek di pedalaman 34
2.10.1 Kos Bahan 35
2.10.1.1 Caj pengangkutan 36
2.10.2 Kos Buruh 38
3.1 Pengenalan 39
3.2 Proses Kajian 40
3.2.1 Peringkat I : Penyediaan Projek
Penyelidikan 41
3.2.2 Peringkat II : Pengumpulan Data dan
Kajian literatur 41
3.2.2.1 Data Primer 42
3.2.2.2 Data Sekunder 43
3.2.3 Peringkat III : Analisis Data 43 3.2.4 Peringkat V : Kesimpulan dan Cadangan 44
3.3 Populasi Kajian 44
3.4 Instrumen Kajian 45
3.4.1 Bahagian A: Maklumat responden dan
latar belakang projek 46
3.4.2 Bahagian B: Masalah dan Kesan yang dihadapi oleh kontraktor ketika
menjalankan projek. 46
3.4.3 Bahagian C: Komponen-komponen
kos yang mempengaruhi kos projek 47
3.5 Rumusan bab 47
3.6 Carta alir metodologi kajian secara keseluruhan 48
BAB 4 ANALISIS KAJIAN 49
4.1 Pengenalan 49
4.2 Dapatan Temubual 50
4.2.1 Bahagian A: Maklumat responden
dan latar belakang projek 50
4.2.2 Bahagian B: Masalah-masalah
dan Kesan-kesan 53
4.2.3 Bahagian C: Komponen-komponen
kos yang mempengaruhi kos projek 63
4.3 Analisis Data 65
4.3.2 Analisis II: Cabaran-cabaran kontraktor 66 4.3.2.1 Masalah jalan akses ke tapak 67 4.3.2.2 Kemudahan telekomunikasi 68 4.3.2.3 Bekalan elektrik 69 4.3.2.4 Penawaran buruh binaan 70 4.3.2.5 Rangkaian pembekal bahan
binaan 71
4.3.3 Analisis III: Kesan-kesan terhadap projek 73 4.3.3.1 Kos operasi projek 74 4.3.3.2 Masa penyiapan projek 76 4.3.4 Analisis IV: Komponen-komponen
kos yang mempengaruhi kos projek 78 4.3.4.1 Kos pengangkutan 78
4.3.4.2 Kos buruh 80
4.4 Kesimpulan 82
BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 83
5.1 Pengenalan 83
5.2 Rumusan Dapatan 84
5.2.1 Objektif Pertama 84
5.2.2 Objektif Kedua 85
5.2.3 Objektif Ketiga 85
5.3 Cadangan untuk menangani masalah
dalam projek pedalaman kepada kontraktor 86 5.4 Masalah yang dihadapi sepanjang
menjalankan kajian 87
5.5 Cadangan kajian lanjutan 88
5.6 Kesimpulan 89
RUJUKAN 90
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Definisi Pedalaman 11
2.2 Tambahan peratusan mengikut jarak
bagi negeri Sabah 37
3.1 Perolehan data sekunder 43
4.1 Butiran kajian kes A 50
4.2 Butiran kajian kes B 51
4.3 Butiran kajian kes C 51
4.4 Butiran kajian kes D 52
4.5 Butiran kajian kes E 52
4.6 Masalah dan Kesan bagi kajian kes A 53 4.7 Masalah dan Kesan bagi kajian kes B 55 4.8 Masalah dan Kesan bagi kajian kes C 57 4.9 Masalah dan Kesan bagi kajian kes D 59 4.10 Masalah dan Kesan bagi kajian kes E 61
4.11 Butiran kos pengangkutan 63
4.12 Kos buruh bagi buruh kategori mahir 64
4.13 Purata jarak lokasi 65
4.14 Masalah-masalah projek pedalaman 66 4.15 Hubungan antara masalah dengan kesan
kepada projek 73
4.16 Kos pengangkutan bagi setiap projek 78 4.17 Kos upah buruh bagi setiap projek
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Peta Sabah 19
3.1 Carta alir metodologi kajian 40
3.2 Carta alir metodologi kajian secara keseluruhan 48
SENARAI SINGKATAN
CIDB - Construction Industry Development Board Malaysia
SDC - Sabah Development Corridor
RRMA - Rural Remote and Metropolitan Areas classification
ARIA - Accessibility/Remoteness Index of Australia
ASGC - Australian Standard Geographical Classification
KKLW - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah RMK-9 - Rancangan Malaysia Ke-9
RMK-10 - Rancangan Malaysia Ke-10 KNS - Kerajaan Negeri Sabah JPM - Jabatan Perdana Menteri JKR - Jabatan Kerja Raya
SENARAI LAMPIRAN
Lampiran 1 - Borang temubual semi-struktur
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Industri binaan merupakan antara industri yang mempengaruhi sebahagian besar pertumbuhan ekonomi negara. Setiap projek dalam industri pembinaan adalah benar-benar dinamik, berisiko dan mencabar. Risiko dan ketidakpastian jelas berlaku oleh faktor-faktor luaran dan dalaman yang wujud dalam sifat industri pembinaan (Ismail,2008). Mengikut McAnulty dan Baroudi (2010), menjalankan kerja-kerja pembinaan mengambarkan pelbagai cabaran dan perkara ini digandakan lagi apabila bekerja di lokasi pedalaman. Lokasi projek itu sendiri boleh memberi pengaruh yang besar kepada keseluruhan prestasi suatu projek itu. Sama ada terletak dalam kawasan bandar, luar bandar ataupun pendalaman, setiap lokasi tersebut memberi kesan dan pengaruh yang berbeza dari segi ciri-ciri lokasi yang dimiliki.
Menyentuh tentang lokasi projek, kegiatan pembinaan dan pembangunan di Sabah dapat dikaitkan dengan kenyataan tersebut, di mana negeri ini merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia selepas negeri Sarawak dengan keluasan 72,500 km persegi dengan muka bumi yang berbukit bukau (Kasim dan Mori, 2008).
Walaupun negeri ini telah mencapai kemajuan sejak beberapa dekad yang lalu, Sabah masih sebahagian besarnya adalah kawasan pedalaman (SDC, 2010). Sabah
Development Corridor iaitu salah satu badan pembangunan ekonomi Sabah
menyatakan bahawa rangka kerja yang dirancang untuk SDC perlu mengambil kira cabaran-cabaran yang unik di Sabah. Ini menunjukkan bahawa mengendalikan projek di pedalaman Sabah bukanlah suatu perkara yang mudah tetapi merupakan satu risiko dalam industri pembinaan.
Sidawi (2012) mengatakan bahawa projek-projek pedalaman mempunyai masalah-masalah unik yang tersendiri berbanding projek-projek yang berdekatan dengan kawasan bandar dan kemudahan asas.Ini disebabkan lokasi projek yang terpencil menjadikan ia hilang kawalan dari segi komunikasi dan pengurusan. Manakala, McAnulty dan Baroudi (2010) yang juga menjalankan kajian terhadap projek pedalaman di Australia mendapati bahawa terdapat banyak cabaran yang dihadapi oleh kontraktor yang melaksanakan projek di pedalaman Australia antaranya ialah masalah sumber manusia, produksi dan pengurusan kos serta infrastruktur dan komunikasi.
1.2 Isu dan Penyataan Masalah
Negeri Sabah merupakan negeri kedua terbesar selepas negeri Sarawak. Negeri ini mempunyai keluasan yang menjangkau 72,500 kilometer persegi dan mempunyai taburan penduduk 3.21 juta berdasarkan banci penduduk pada tahun 2010. Negeri ini telah menjadi tumpuan kerajaan dan merupakan salah satu agenda penting dalam Pembangunan dan Kemajuan negeri Sabah dan terkandung dalam Rancangan Malaysia ke-9 sehingga kini. Sabah terbahagi kepada lima bahagian (division) iaitu Tawau, Sandakan, Kudat, Pantai Barat dan Dalaman (interior) yang terletak di bahagian Selatan Barat.
Mengikut kepada unit perancang ekonomi Jabatan Perdana Menteri, Sabah mencatat kadar kemiskinan 7.8 peratus pada tahun 2012 dan merupakan kadar kemiskinan tertinggi dan paling luas secara keseluruhannya. Manakala dari segi pendidikan, tahap pendidikan di Sabah juga masih jauh ketinggalan jika dibandingkan secara keseluruhan di Malaysia. Ini disebabkan 72 peratus sekolah di Sabah terletak dalam kawasan luar bandar (SDC, 2010). Isu utama yang menghalang peningkatan ekonomi dan tahap pendidikan di Sabah adalah isu infrastruktur dan kemudahan-kemudahan asas yang kurang disediakandi kawasan-kawasan luar bandar dan juga sekolah-sekolah tersebut. Mengikut statistik Jabatan perdana menteri, Sabah masih terbanyak perkampungan yang kurang dihubungkan dengan jalan raya yang berturap, satu perempat isi rumah tidak akses kepada elektrik dan lebih 40 peratus isi rumah masih kekuranan akses kepada air bersih yang dirawat.
Justeru itu, dalam Rancangan Malaysia ke-9, skop program yang diusahakan oleh Korridor Pembangunan Sabah (SDC) untuk membasmi kemiskinan melibatkan projek-projek meluaskan infrastruktur dan kemudahan asas kepada kawasan-kawasan luar bandar. Manakala bagi kawasan pedalaman yang sukar untuk sediakan kemudahan-kemudahan ini akan dilaksanakanprojek-projek alternatif yang lain seperti projek solar untuk menjana elektrik.Program-program yang dilaksanakan oleh kerajaan yang tertumpu kepada kawasan luar bandar di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak adalah seperto menyediakan perumahan mampu milik kepada golongan berpendapatan rendah, membina dan menaiktaraf jalan raya, menyediakan bekalan elektrik 24 jam dan menyediakan bekalan air bersih yang dirawat. Selain itu, pelan induk pembangunan pendidikan yang dilaksanakan oleh jabatan pelajaran negeri Sabah juga sedang dalam usaha menyediakan infrastruktur yang lengkap kepada sekolah-sekolah luar bandar di Sabah. Antara projek yang terlibat adalah seperti pembinaan makmal komputer, pembinaan rumah guru, bekalan air, bekalan elektrik dan pembinaan sekolah menengah dan rendah. Mengikut jabatan pelajaran Sabah, isu yang dihadapi oleh projek-projek ini adalah sesetengah projek tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan disebabkan faktor-faktor logistik dan akses yang sukar dilalui.
Jelasnya di sini, Sabah merupakan antara negeri di Malaysia yang sedang membangun dan projek pembangunan tertumpu kepada kawasan luar bandar yang mempunyai masyarakat yang daif dan kurang kemudahan-kemudahan asas. Dalam proses pembangunan ini, sektor binaan memainkan peranan utama dalam merealisasikan perancangan pembangunan yang telah dicadangkan. Kontraktor adalah pihak yang bertanggungjawab dalam melaksanakan projek-projek pembangunan. Bilangan kontraktor yang berdaftar dengan CIDB sehingga tahun 2011 terbahagi kepada tiga iaitu kerja kejuruteraan awam seramai 6,005 syarikat, kerja pembinaan bangunan seramai 6,449 syarikat dan kerja mekanikal dan elektrikal seramai 699 syarikat. Kontraktor-kontraktor yang dilantik untuk melaksanakan projek-projek infrastruktur di Sabah adalah dilantik secara terus oleh klien melalui proses rundingan. Projek-projek pembangunan seperti rumah guru, sekolah dan pemasangan infrastruktur dilaksanakan mengikut fasa dan pakej yang berbeza dan diberikan kepada kontraktor yang berbeza bagi setiap pakej. Dalam projek-projek pembangunan di luar bandar tersebut, kontraktor-kontraktor yang terlibat dalam adalah kontraktor pembinaan bangunan, kejuruteraan awam serta elektrikal dan mekanikal. Projek-projek luar bandar seperti infrastruktur, sekolah dan rumah guru yang digabungkan dalam satu pakej dilaksanakan oleh kontraktor kelas A yang dilantik oleh klien sahaja. Manakala projek-projek kecil seperti bangunan pejabat dilaksanakan oleh kontraktor-kontraktor selain daripada kelas A.
1.3 Persoalan Kajian
Berdasarkan penyataan masalah dan isu yang dibincangkan sebelum ini, timbul beberapa persoalan penting yang berkaitan dengan projek pembangunan di pedalaman Sabah.
1) Apakah masalah yang dihadapi oleh kontraktor ketika menjalankan projek di pedalaman Sabah?
2) Apakah kesan-kesan terhadap projek berpunca daripada masalah-masalah yang dihadapi?
3) Apakah komponen-komponen kos yang memberi implikasi kepada kos projek?
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti bentuk cabaran serta halangan yang dihadapi oleh kontraktor dalam melaksanakan projek-projek pembinaan bangunan di kawasan pedalaman Sabah. Bagi mencapai objektif utama kajian ini, beberapa objektif kecil telah ditetapkan seperti berikut :
1) Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh kontraktor ketika menjalankan projek di pedalaman Sabah.
2) Mengenalpasti kesan-kesan terhadap projek berpunca daripada masalah-masalah yang dihadapi.
3) Mengenalpasti komponen-komponen kos yang mempengaruhi kos projek pedalaman.
1.5 Skop Kajian
Kajian ini akan dijalankan di negeri Sabah khususnya di daerah-daerah yang mempunyai projek-projek pembangunan yang telah disiapkan di sekitar daerah
negeri Sabah seperti Pulau Banggi Kudat, Ulu Bole Sipitang, Sinoko Beaufort, Simpangan Tenom dan Deramakot Telupid. Kajian ini menfokuskan kepada lima projek pedalaman di antara tahun 2010 hingga 2013 dan terdiri daripada projek pembinaan bangunan sahaja iaitu dua buah projek sekolah, dua buah rumah guru dan sebuah bangunan pejabat. Responden yang ditemubual dan dirujuk adalah pihak kontraktor yang bertanggungjawab mengendalikan projek tersebut seperti agen tapak dan pengurus projek.
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini dijalankan untuk mengetahui dengan mendalam tentang cabaran yang dihadapi oleh kontraktor dalam melaksanakan projek di pedalaman Sabah. Tiga objektif kecil telah dikemukakan bagi mencapai objektif utama kajian ini. Melalui kajian ini, pembaca khususnya yang terdiri daripada pihak profesional dalam industri binaan dapat meningkatkan tahap kesedaran dalam kalangan mereka tentang kepentingan perancangan yang baik bagi sesuatu projek yang berisiko tinggi seperti projek pedalaman tersebut. Sebelum sesuatu projek pedalaman dapat dilaksanakan, pelbagai kemungkinan yang di luar jangkaan perlu diambil kira dan dirancang dengan sebaik yang mungkin agar projek tersebut dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Kajian ini adalah sangat sesuai digunakan sebagai panduan oleh pihak kontraktor sebelum membuat keputusan berkaitan dengan projek pedalaman.
Ini dapat dilakukan dengan kerjasama dengan semua pihak-pihak yang terlibat untuk menghasilkan satu rangka perancangan projek yang mengambil kira semua faktor-faktor yang boleh membawa kepada permasalahan projek di masa akan datang seterusnya merancang langkah-langkah pencegahan atau penyelesaian sekiranya timbul sebarang masalah ketika projek sedang dijalankan. Amalan seperti ini dapat dipraktikkan dalam menguruskan sesuatu projek yang rumit seperti projek di pedalaman dan sebagai salah satu usaha untuk mengurangkan masalah lazim yang
timbul dalam industri binaan seperti kelewatan projek, peningkatan kos projek, projek terbengkalai atau kualiti kerja yang rendah.
Selain daripada itu, kajian ini juga dapat membantu pihak pemaju atau klien yang bercadang untuk menjalankan projek pembangunan di kawasan pedalaman dalam membuat perancangan dari segi dan masa terhadap projek tersebut. Wakil pihak klien iaitu juruukur bahan dapat mengenalpasti lebih awal kos-kos tambahan serta faktor-faktor yang perlu diambil kira sebelum dapat menetapkan harga muktamad bagi projek tersebut. Perancangan kos projek adalah penting untuk juruukur bahan memastikan kos projek tidak meningkat secara mendadak sehingga menampakkan perbezaan yang besar dengan belanjawan klien. Oleh itu, kajian ini juga dapat membantu juruukur bahan dalam merangka kos bagi projek pedalaman serta menasihati klien tentang faktor-faktor yang mempengaruhi peningkatan kos projek. Ini dapat mengelakkan atau mengurangkan berlakunya masalah yang sama seperti projek-projek yang telah dikaji. Secara keseluruhannya, penyelidikan ke atas projek pedalaman ini dapat memberi informasi kepada semua pihak-pihak yang terlibat dalam industri binaan agar mereka dapat mengambil idea-idea baru untuk menambahbaik perancangan dan pengurusan sesuatu projek dari semasa ke semasa.
1.7 Organisasi Laporan
Berikut adalah rumusan bagi setiap bab yang terkandung dalam kajian ini. Kajian ini mengandungi lima bab, iaitu :
a) Bab I : Pengenalan
Bab ini menerangkan secara jelas tentang latar belakang kajian ini. Subtopik yang terkandung dalam bab ini terdiri daripada pengenalan, penyataan masalah,
objektif kajian, skop kajian, kepentingan kajian, metodologi kajian dan organisasi bab.
b) Bab II : Cabaran dan halangan dalam melaksanakan projek pedalaman
Bab ini adalah berdasarkan kajian literatur yang dihasilkan daripada pengumpulan data sekunder. Topik yang diterangkan dalam bab ini termasuklah pengenalan kepada negeri Sabah masalah-masalah dalam pembinaan, bentuk cabaran yang dihadapi ketika menjalankan projek pedalaman, kesan-kesan daripada masalah yang berlaku terhadap projek dan komponen-komponen kos dalam projek pembinaan. Selain itu, definisi dan pengetahuan bagi terma-terma yang berkaitan juga akan diterangkan dalam bab ini untuk kefahaman yang lebih mendalam kepada pembaca.
c) Bab III : Metodologi Kajian
Bab ini menumpukan kepada kaedah-kaedah penyelidikan yang digunakan sepanjang kajian ini dijalankan. Subtopik yang terlibat adalah seperti kaedah pengumpulan data primer dan data sekunder dan juga kaedah analisis data.
d) Bab IV : Analisis dan Penemuan
Bab ini menumpukan kepada analisis yang dilakukan ke atas data yang dikumpul dan perbincangan tentang penemuan daripada analisis tersebut. Data dianalisis menggunakan kaedah-kaedah analisis yang bersesuaian dengan data primer yang telah dikumpul agar jenis-jenis data yang diperlukan dalam analisis tersebut dapat dikeluarkan. Analisis dan perbincangan terhadap data yang dikumpul adalah bertujuan untuk mencapai objektif utama kajian ini.
Bab ini menerangkan kesimpulan dan rumusan keseluruhan pencapaian kajian ini. selepas perbincangan dan penjelasan penemuan dilakukan dalam bab sebelum ini, cadangan-cadangan terhadap kajian akan dikemukakan dalam bab ini.
BAB 2
CABARAN-CABARAN PROJEK PEDALAMAN
2.1 Pengenalan
Bab ini akan menerangkan secara umum maklumat yang berkaitan dengan objektif kajian ini. Maklumat-maklumat ini dikumpul dan ditapis daripada terbitan jurnal, artikel serta buku-buku sama ada secara bercetak atau secara elektronik. Subtopik-subtopik yang diterangkan adalah seperti pembangunan luar bandar Malaysia dan Sabah, industri binaan dalam pembangunan luar bandar, ciri-ciri kawasan pedalaman, masalah-masalah projek pedalaman, kesan-kesan serta implikasi kos yang berkaitan. Kajian literatur yang terkandung dalam bab ini adalah untuk pemahaman yang lebih mendalam kepada pembaca tentang isu-isu umum yang dialami dalam sesuatu projek pedalaman. Isu-isu pembinaan termasuklah dari segi kos, masa, kesan-kesan kepada projek secara keseluruhan. Kandungan kajian literatur adalah penting bagi pembaca untuk memahami secara umum berkaitan dengan kajian yang dijalankan.
2.2 Definisi Pedalaman
Perkataan „pedalaman‟ mempunyai beberapa definisi yang berbeza mengikut kepada penulis dan sumber yang berbeza. Berikut adalah definisi-definisi yang ditakrifkan oleh beberapa agensi dan jabatan:
Jadual 2.1 : Definisi Pedalaman
Sumber Penerangan Definisi
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat
Daerah yang jauh dari pantai yang terletak di ceruk pelusuk dan atau di hulu negeri.
Jabatan Perangkaan Malaysia (2000)
Kawasan yang diwartakan dan mempunyai jumlah penduduk kurang daripada 10,000 orang serta kawasan yang tidak diwartakan.
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
Penempatan yang meliputi semua jenis kampung dan penempatan kecil yang kurang daripada 10,000 orang penduduk dan bercirikan kawasan pertanian serta kawasan sumber alam semulajadi.
Department of Environment, Food and Rural Affair (Defra) United Kingdom (2002)
a) Morfologi penempatan yang terdiri daripada semua tempat-tempat di bawah 10,000 orang penduduk yang terdiri daripada bandar-bandar kecil (luar bandar), kampung-kampung dan tempat tinggal bertaburan.
b) Konteks geografi yang lebih luas di mana penempatan individu terletak iaitu sama ada kawasan yang lebih luas ditakrifkan sebagai "jarang" dengan penduduk atau tidak.
Ricketts et. al (1998)
Pejabat banci mendefinisikan perkataan pedalaman sebagai klasifikasi orang-orang yang tinggal di tempat-tempat yang mempunyai populasi yang kecil atau kawasan-kawasan yang tidak diperbadankan dengan kepadatan populasi kurang daripada 1,000 orang setiap kilometer per segi.
Pejabat
pengurusan dan bajet Amerika Syarikat (OMB)
Kawasan bukan metropolitan iaitu di mana negara yang tidak mencapai syarat minimum populasi, tidak mempunyai bandar utama atau tidak berdekatan dengan kawasan bandar.
Statistik Canada (1996)
a) Banci luar bandar - merujuk kepada individu yang tinggal di pusat-pusat kawasan luar bandar iaitu1,000 atau lebih penduduk.
b) Bandar luar bandar dan kecil - merujuk kepada individu di bandar-bandar atau majlis perbandaran di luar zon perjalanan pusat-pusat bandar yang lebih besar (dengan 10,000 atau lebih penduduk). Individu-individu ini boleh dibahagikan kepada zon mengikut tahap pengaruh daripada pusat bandar yang lebih besar.
Statistik
Australia (2004)
a) Rural Remote and Metropolitan Areas classification (RRMA). RRMA menggunakan saiz penduduk dan jarak langsung dari pusat perkhidmatan berdaftar yang terdekat untuk menentukan tujuh kategori iaitu ibu kota, pusat metropolitan lain, pusat-pusat bandar besar, pusat luar bandar kecil, kawasan luar bandar lain, pusat-pusat yang jauh dan kawasan pedalaman lain.
b) Accessibility/Remoteness Index of Australia (ARIA). ARIA menggunakan “Geographical Information System” (GIS) untuk menentukan jarak ke pusat perkhidmatan dalam menentukan darjah atau skala “remoteness” bagikawasan tersebut. ARIA meliputi lima kategori iaitu sangat mudah diakses, mudah diakses, sederhana diakses, jauh dan sangat jauh.
c) Australian Standard Geographical Classification (ASGC). ASGC mentakrifkan terpencil menggunakan“Census
Collection Districts” berdasarkan pada skor ARIA purata
dalam daerah. Tahap terpencil kawasan tersebut kemudiannya dinilai dan diklasifikasikan oleh kategori ARIA iaitu bandar-bandar utama, dalam serantau, luar serantau, jauh dan sangat jauh.
Berdasarkan definisi-definisi yang dinyatakan di atas, dapat disimpulkan bahawa maksud pedalaman adalah kawasan yang bersaiz penduduk yang kurang daripada 10,000 orang atau kurang daripada 1,000 orang per kilometer persegi yang tinggal secara bertaburan di ceruk pelusuk negeri dan kawasan yang berasaskan pertanian dan sumber semulajadi dan berada di luar zon perjalanan pusat-pusat bandar serta sangat jauh daripada daerah atau pusat perkhidmatan berdaftar seperti hospital, pejabat pos, bank, majlis daerah dan sebagainya. Ia adalah kawasan jarak perjalanan jauh, sangat sukar diakses kerana tidak mempunyai jalan darat, perlu merentasi sungai atau laut, laluan bukit yang curam dan laluan jalan balak sahaja yang tanpa berturap. Definisi ini akan digunakan untuk kajian ini.
2.3 Pembangunan Luar Bandar Di Malaysia
Usaha membangunkan kawasan luar bandar di Malaysia merupakan salah satu objektif yang dalam terkandung dalam Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PIPLB) iaitu Rancangan Malaysia Kesepuluh. Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, pembangunan luar bandar menjadi agenda penting dalam pembangunan nasional. Pelbagai strategi dan program pembangunan telah diperkenalkan untuk membina kesejahteraan hidup penduduk luar bandar dalam sektor pertanian, industri luar bandar, dan peruntukan terhadap fasiliti awam dan infrastruktur. Usaha ini untuk merapatkan jurang ekonomi antara penduduk bandar dengan luar bandar agar taraf hidup penduduk dapat meningkat serta dapat mengurangkan kadar kemiskinan di Malaysia. Masyarakat luar bandar khususnya pedalaman telah menjadi tumpuan kerajaan sejak dahulu lagi kerana ia merupakan komponen penting dalam demografi Negara.
Di Malaysia, Sabah dan Sarawak menjadi tumpuan utama kerajaan dalam membangunkan kawasan luar bandar khususnya di pedalaman disebabkan kedua-dua negeri ini mempunyai bentuk muka bumi yang berbukit-bukit dan jaluran-jaluran
sungai yang banyak. Seiring dengan usaha kerajaan untuk meransang dan menjana pendapatan negara ke arah mencapai negara maju menjelang 2020, koridor pelan perancangan pembangunan ekonomi telah dilancarkan oleh kerajaan Malaysia bagi menjayakan misi tersebut. Secara amnya, inisiatif kerajaan untuk melaksanakan pembangunan di luar bandar khususnya kawasan pedalaman adalah untuk mencapai objektif-objektif yang berikut:
a) Meningkatkan dan menjamin kesejahteraan hidup rakyat dan masyarakat.
b) Meningkatkan pendapatan isi rumah serta meningkatkan taraf hidup keluarga yang dibelenggu kemiskinan.
c) Merapatkan jurang pendidikan antara pelajar luar bandar dengan bandar.
d) Merapatkan jurang ekonomi serta mendorong masyarakat pedalaman untuk melibatkan diri dalam pelbagai sektor untuk menjana pendapatan yang lebih tinggi.
2.4 Industri binaan dalam Pembangunan Luar Bandar
Industri binaan merupakan satu industri utama yang terlibat dalam usaha pembangunan luar bandar. Usaha-usaha kerajaan untuk membina kesejahteraan hidup penduduk luar bandar adalah berkait rapat dengan pembinaan-pembinaan yang dicadangkan oleh kerajaan untuk memperluas infrastruktur di kawasan luar bandar khususnya pedalaman. Ini adalah kerana pembangunan infrastruktur asas luar bandar akan melibatkan aktiviti-aktiviti pembinaan seperti jalan raya, menyediakan bekalan air bersih dan elektrik, rumah bantuan, bangunan-bangunan industri dan naiktaraf sekolah-sekolah pedalaman.
Kesimpulannya, industri binaan secara langsung telah menjadi penggerak utama kepada pembangunan-pembangunan luar bandar yang dirancang oleh kerajaan. Pembangunan infrastruktur luar bandar tidak akan terjadi tanpa penglibatan industri binaan terhadapnya. Oleh kerana itu, industri binaan memainkan peranan penting dalam merealisasikan rancangan pembangunan-pembangunan luar bandar di Malaysia.
2.5 Jenis Pembangunan Luar Bandar di Malaysia
Berdasarkan objektif pelan pembangunan Malaysia iaitu Rancangan Malaysia Ke-10, terdapat pelbagai program dan strategi yang diperkenalkan kepada penduduk luar bandar untuk kesejahteraan mereka. Antara pembangunan luar bandar yang melibatkan sektor pembinaan di Malaysia sehingga kini adalah seperti pembinaan yang berikut:
2.5.1 Infrastruktur
Infrastruktur yang sering menjadi tumpuan kerajaan bagi kawasan luar bandar adalah jalan raya, bekalan air dan bekalan elektrik. Ketiga-tiga projek infrastruktur ini adalah di bawah kolaborasi antara jabatan-jabatan di peringkat persekutuan dan negeri dan Kementerian Luar Bandar sebagai peneraju kepada projek-projek luar bandar.
Salah satu projek luar bandar di Malaysia khususnya Sabah adalah pembinaan dan pembaikan jalan raya. Pembinaan jalan raya di luar bandar sering diberi tumpuan
kerana infrastruktur ini adalah elemen paling penting untuk menghubungkan kawasan bandar dengan kawasan luar bandar bagi meningkatkan ekonomi, pendapatan dan kesejahteraan hidup masyarakat luar bandar terutamanya daerah mundur dan terpencil.Projek menaiktaraf jalan raya banyak dijalankan agar memberi kemudahan yang lebih baik sebagai alternatif kepada jalan-jalan yang sedia ada atau jalan sungai disamping dapat menghubungkan kampung-kampung atau penempatan di pedalaman dengan bandar terdekat. Mengikut senarai pembangunan RMK-10 yang dikeluarkan oleh kementerian kerja raya, terdapat 44 buah projek naiktaraf dan binaan baru jalan raya luar bandar dilaksanakan di negeri Sabah. 15 projek yang melibatkan binaan baru jalan raya dan 29 projek menaiktaraf jalan raya yang sedia ada di luar bandar Sabah (Kementerian Kerja Raya). Agensi yang terlibat dalam projek membina dan menaiktaraf jalan raya adalah Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Pengairan dan Saliran di peringkat negeri di bawah pengurusan KKLW (Laporan Tahunan, 2010).
Selain daripada projek jalan raya, perluasan infrastruktur bekalan air dan bekalan elektrik juga diberi tumpuan kepada penempatan di pedalaman. Sesetengah perkampungan dan penempatan di pedalaman yang tiada sambungan saluran air dari Jabatan air akan dibekalkan air bersih dengan alternatif yang lain. Projek-projek pembekalan air bersih ke penempatan pedalaman yang dijalankan oleh KKLW adalah projek sistem retikulasi yang merangkumi kerja-kerja penyambungan paip retikulasi dari sistem sedia ada, pembinaan loji rawatan air dan juga sistem pembekalan air yang dirawat sepenuhnya (Laporan Tahunan 2010). Di Sabah, terdapat lebih daripada 10 daerah yang ditumpukan dengan projek bekalan air adalah seperti Kinabatangan, Kota Belud, Kota Marudu, Kudat, Pensiangan, Semporna, Tenom, Sipitang dan lain-lain (Portal KKLW). Daerah-daerah ini mempunyai banyak kampung-kampung yang jauh daripada pekan dan kemudahan elektrik dan air tidak disediakan.
Bagi projek bekalan elektrik, KKLW melaksanakan program Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) untuk menyediakan kemudahan bekalan elektrik ke rumah-rumah di kampung-kampung tradisional di luar kawasan pihak berkuasa
tempatan (PBT) di seluruh negara termasuklah rumah panjang di negeri Sabah dan Sarawak, kampung orang asli, pulau-pulau dan estet-estet yang berkeluasan kurang daripada 400 hektar. Kaedah penyambungan bekalan yang digunakan adalah dengan sambungan talian grid dari punca-punca bekalan pihak berkuasa elektrik. Manakala pembekalan elektrik bagi kawasan-kawasan pedalaman yang tidak dapat disambungkan dengan talian grid, KKLW menggunakan kaedah alternatif seperti pemasangan teknologi kuasa hibrid solar atau mikro elektrik-hidro dan set generator (portal KKLW). Projek-projek bekalan elektrik ini akan diberi keutamaan kepada kampung yang mempunyai bilangan rumah yang banyak serta kemudahan seperti sekolah dan klinik. Di Sabah, bilangan rumah yang dilaksanakan projek ini adalah 38,005 buah sehingga tahun 2012 (Buletin Perangkaaan KKLW, 2012).
2.5.2 Bantuan Rumah Kos Rendah
Projek perumahan kos rendah merupakan salah satu program yang sejak Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000) sehingga Rancangan Malaysia ke-10 untuk membasmi kemiskinan yang dikenali sebagai Projek Perumahan Rakyat (PPR) atau Program Bantuan Rumah (PBR). Sejak tahun kebelakangan ini, projek pembinaan rumah bantuan semakin banyak dijalankan di kawasan luar bandar dan juga pedalaman khususnya kepada keluarga yang berpendapatan rendah. Projek perumahan ini adalah antara projek pembangunan terbesar yang dijalankan oleh kerajaan untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar di kawasan pedalaman.
Projek bantuan rumah yang dilaksanakan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah terbahagi kepada tiga komponen projek dan kadar bantuan yang berlainan. Komponen projek tersebut terbahagi kepada tiga kategori iaitu projek membina semula rumah baru, membaikpulih rumah ataupun membaiki kerosakan rumah yang ditimpa bencana. Jenis projek ini ditawar berdasarkan kadar bantuan yang diluluskan oleh kerajaan kepada pemohon. Jumlah pemohon yang semakin
ramai secara langsung telah meningkatkan lagi bilangan projek perumahan di kawasan luar bandar. Di Sabah, melebihi sepuluh daerah yang mempunyai projek bantuan rumah di kawasan-kawasan pedalaman seperti Kinabatangan, Kudat, Tenom, Pensiangan, Tenom, Kota Marudu, Kota Belud dan lain-lain. Agensi yang bertanggungjawab ke atas projek bantuan rumah di luar bandar Sabah adalah Bahagian Kesejahteraan Rakyat (KR). Sehingga tahun 2012, bilangan rumah bantuan yang telah dibina di Sabah adalah 11,638 buah (Buletin Perangkaan KKLW, 2012).
2.5.3 Naiktaraf Sekolah
Satu lagi usaha kerajaan yang dilaksanakan di kawasan luar bandar dan pedalaman adalah menaik taraf sekolah-sekolah termasuk penambahan koktas kediaman guru-guru. Projek-projek naiktaraf sekolah di Malaysia lebih tertumpu kepada kawasan pedalaman negeri Sabah dan Sarawak kerana kedua-dua negeri ini mempunyai keluasan penempatan pedalaman yang besar dan masih belum dinaiktaraf. Projek naik taraf tersebut bertujuan untuk meningkatkan prasarana pendidikan serta memberi keselesaan kepada para pelajar serta guru untuk belajar dan mengajar.
Bermula tahun 2013, projek menaik taraf sekolah pedalaman mula dilaksanakan dan banyak tertumpu kepada negeri Sabah dan Sarawak. Projek pembinaan yang terlibat adalah termasuklah pembinaan bilik darjah yang baru, koktas kediaman guru, asrama pelajar membaikpulih bangunan sedia ada, menyediakan kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik yang sempurna kepada sekolah-sekolah tersebut (Utusan Online, 2013). Selain daripada projek naik taraf, projek pembinaan sekolah-sekolah baru juga dilaksanakan menggunakan sistem binaan berindustri. Projek ini adalah antara projek yang baru dilaksanakan di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak. Oleh itu, projek-projek sekolah adalah
antara program transformasi kerajaan yang sedang giat dijalankan di kawasan luar bandar di Malaysia pada masa ini.
2.6 Pengenalan kepada negeri Sabah
Rajah 2.1: Peta Sabah
Sabah merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia selepas negeri Sarawak. Negeri Sabah mempunyai keluasan yang menjangkau 72,500 kilometer persegi dan dipenuhi dengan pantai yang dikelilingi Laut China Selatan di bahagian Barat, Laut Sulu dan Laut Celebes. Sabah terbahagi kepada lima pembahagian iaitu Tawau, Sandakan, Kudat, Pantai Barat dan Pedalaman (interior). Sabah terletak di bahagian paling utara Borneo dan merupakan pulau ketiga terbesar di dunia (KNS, 2013) dan mempunyai 23 daerah secara keseluruhan. Taburan penduduk bagi negeri Sabah
adalah seramai 3.21 juta iaitu ketiga tertinggi selepas Selangor dan Johor (Banci penduduk dan perumahan Malaysia, 2010). Topografi Sabah adalah gabungan kawasan bergunung-ganang, berpantai dan hutan hujan tropika. Di bahagian barat adalah bergunung-ganang dengan tiga gunung tertinggi di Malaysia, manakala di bahagian timur pula merupakan zon tanah rata, kawasan rendah berpaya dan delta (Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, 2010).
Iklim di seluruh negeri Sabah adalah iklim khatulistiwa dan tropika dengan anggaran suhu 32°C bagi kawasan tanah rendah dan purata suhu 21°C bagi kawasan tanah tinggi (KNS, 2013). Negeri ini juga berkongsi sempadan di rantau barat selatan Sabah dan bersama-sama Sarawak berkongsi sempadan dengan Kalimantan Timur Indonesia di bahagian selatan. Struktur geografi negeri Sabah adalah campuran kawasan pantai, pergunungan dan hutan hujan tropika (KNS, 2013).
Menurut artikel Kerajaan Negeri Sabah (2013), ekonomi Sabah sentiasa bergantung kepada industri eksport bagi komiditi utama dan komiditi-komiditi lain yang diproses secara minima. Sumber utama ekonomi Sabah adalah pengilangan kayu, sektor pertanian, pelancongan dan pembuatan. Negeri ini merupakan pengeluar tunggal minyak kelapa sawit dan koko di Malaysia. Dari segi kemudahan elektrik dan air, kebanyakan bandar utama dan bandar-bandar seperti Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Lahad Datuu, Kudat dan lain-lain sudah mempunyai air paip yang dirawat. Terdapat banyak perkhidmatan telekomunikasi mudah alih yang boleh diakses di bahagian Sabah kecuali beberapa kawasan pedalaman yang masih belum dibangunkan sepenuhnya.
2.7 Ciri-ciri kawasan pedalaman yang mempengaruhi projek pembinaan
Kawasan luar bandar khususnya kawasan yang jauh di pedalaman mempunyai ciri yang berbeza dengan kawasan bandar. Terdapat beberapa ciri-ciri yang membezakan keadaaan kawasan bandar dengan kawasan pedalaman. Perbezaan ini secara langsung akan memberikan implikasi kos dan situasi yang berbeza kepada projek-projek pembinaan yang dijalankan di kawasan pedalaman. Antara ciri-ciri projek pedalaman adalah seperti yang berikut:
2.7.1 Topografi
Kawasan pedalaman lazimnya dikenali dengan kawasan terpencil yang belum sepenuhnya dibangunkan seperti kebanyakkan daerah-daerah negeri Sabah seperti Kinabatangan, Tenom, Kota Marudu, Telupid, Ranau dan lain-lain. 70% negeri Sabah terdiri daripada kawasan berbukit bukau (Zaki, 2011), bergunung-ganang mempunyai jaluran-jaluran sungai dan 43,200 km² keluasan tanah berhutan (Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, 2007).
Kepelbagaian topografi ini akan memberi situasi yang berbeza kepada projek-projek yang dijalankan di kawasan pedalaman. Keadaan lokasi yang berbeza ini menimbulkan pelbagai keperluan dari segi teknikal dan pengurusan pembinaan (Saidin et. al, 2011). Ini adalah kerana keadaan topografi yang bergunung-ganang dan berhutan tebalmenjadi faktor yang mempengaruhi perancangan terhadap keseluruhan projek dari pelbagai aspek seperti susunatur, rekabentuk dan spesifikasi projek. Usaha untuk membangunkan kawasan luar bandar adalah mencabar disebabkan bentuk muka semulajadi yang dimiliki di sesetengah kawasan pedalaman menjadi halangan kepada proses pembangunan (SDC, 2010). Topografi bukan sahaja
boleh mempengaruhi projek pembinaan, tetapi juga menjadi faktor kepada gaya hidup dan rutin yang berbeza penduduk yang hidup di kawasan tersebut.
2.7.2 Jarak Lokasi
Jarak kawasan bandar dengan kawasan pedalaman adalah salah satu ciri-ciri yang mempengaruhi projek pembangunan di pedalaman. Jarak yang diambil kira untuk menentukan kedalaman kawasan tersebut adalah diukur antara jarak bandar yang terdekat ke lokasi yang mempunyai kepadatan populasi 1,000 meter persegi (Ricketts et. al, 1998). Ini bermaksud jarak diambil kira daripada kawasan mempunyai kepadatan yang jarang ke bandar atau pekan yang terdekat. Walaubagaimanapun, jarak di antara lokasi pedalaman dengan bandar terdekat juga perlu mengambil keadaan jalan akses ke kawasan tersebut. Ini adalah kerana kawasan pedalaman sebahagian besarnya tidak mempunyai jalan raya yang berturap (Statistik JPM, 2012) dan faktor ini menjadikan salah satu sebab kawasan tersebut kurang membangun.
Mengikut kepada Buku Panduan Jadual Kadar Harga yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR), ada diperuntukkan tambahan peratusan ke atas kerja-kerja pembinaan yang dijalankan di lokasi yang berbeza bagi setiap negeri. Semakin jauh jarak (km) antara pembekal dengan lokasi tapak, maka semakin tinggi peratus yang perlu ditambah dengan kerja-kerja yang dihargakan oleh kontraktor dan klien. Ini menunjukkan bahawa jarak juga mempengaruhi projek pembinaan yang di kawasan pedalaman khususnya dari segi kos.
2.7.3 Akses
Akses ke kawasan luar bandar khususnya kawasan-kawasan yang terpencil terdiri daripada beberapa laluan yang berbeza dan ia dipengaruhi oleh topografi semulajadi kawasan tersebut. Antara laluan akses ke tempat terpencil adalah seperti melalui jalan darat, sungai, laut atau udara. Tempat-tempat yang terpencil selalunya mempunyai akses yang mencabar kerana dipengaruhi faktor topografi unik yang semulajadi. Pengangkutan yang digunakan untuk sampai ke tempat terpencil adalah berbeza mengikut kepada laluan akses yang tersedia.
Jika dikaitkan dengan projek pembinaan di kawasan-kawasan terpencil, situasi dan pengalaman yang dialami oleh pasukan projek akan berbeza dengan projek yang dijalankan di kawasan bandar. Seperti yang dikatakan oleh Saidin et. al (2011), perpindahan kumpulan pembinaan daripada satu lokasi ke satu lokasi yang boleh mempengaruhi prestasi organisasi pembinaan secara keseluruhan. Laluan akses dan topografi kawasan tersebut yang akan menentukan pengangkutan yang perlu digunakan untuk mengangkut bahan binaan dan mesin ke tapak bina. Pengangkutan ke kawasan terpencil adalah bergantung kepada infrastruktur yang bersesuaian, di mana infrastruktur luar bandar terdiri daripada jalan luar bandar, trak, landasan dan lorong pejalan kaki (Lombard & Coetzer, n.d).Selain melalui darat, pengangkutan seperti bot dan kapal air digunakan untuk akses melalui laut atau sungai manakala helikopter adalah melalui udara. Seperti projek Sk. Terian di pedalaman Penampang Sabah yang tidak mempunyai akses darat yang baik untuk laluan kenderaan sebaliknya kontraktor perlu menaiki helikopter untuk sampai ke lokasi projek dalam masa yang singkat (Syarif, 2013).
Kesimpulannya, projek-projek pembinaan yang dijalankan di kawasan pedalaman akan mengalami situasi yang berbeza dengan projek-projek di kawasan bandarsalah satunya disebabkan oleh keadaan akses ke lokasi projek tersebut.Pertambahan peratusan juga ada diperuntukkan bagi laluan yang mempunyai halangan-halangan seperti jalan yang hanya boleh dilalui oleh jentera dua roda,
laluan yang tidak dapat dilalui oleh kenderaan berjentera dan laluan yang dihalang oleh sungai ataupun laut tanpa jambatan (Buku Panduan JKR). Ini menunjukkan halangan-halangan yang terdapat dalam laluan ke tapak bina juga memberi implikasi kepada kadar harga dalam projek pembinaan.
2.8 Masalah-masalah Projek Pedalaman
2.8.1 Mobilisasi
Mobilisasi merupakan salah satu kerja yang telah ditetapkan dalam pengurusan tapak bina sebelum kerja-kerja pembinaan dapat dimulakan. Mobilisasi projek merujuk kepada kerja-kerja awalan yang dilakukan di peringkat awal projek iaitu proses penyediaan kemudahan-kemudahan di tapak bina. Menurut Barbara (2004), susunatur tapak kerja merupakan salah satu cabaran yang dihadapi oleh penyelia tapak untuk memastikan tapak projek adalah efisien dan mempunyai tahap keselamatan yang baik. Menurut buku beliau juga, penyelia tapak haruslah mempunyai strategi dalam mengarah dan menyusun atur semua bahan binaan, tenaga buruh dan peralatan yang sentiasa digunakan dalam tapak bina sepanjang tempoh pembinaan. Memobilisasikan projek adalah berkaitan dengan rangka pelan susunatur setiap kemudahan utama dalam tapak dan perancangan susunatur perlu dibuat bagi memastikan keberkesanan operasi di tapak bina. Susunatur kemudahan awal tapak bina ada berbeza bergantung kepada lokasi dan keadaan sekeliling tapak tersebut. Kerja-kerja awalan dalam suatu projek termasuklah pembersihan tapak, menyediakan jalan masuk ke tapak, menyediakan kemudahan seperti pejabat tapak, stor penyimpanan dan sebagainya.
2.8.2 Jalan Raya
Jalan raya merupakan infrastruktur yang terpenting dalam perhubungan di antara dua lokasi. Dalam kajian McAnulty dan Baroudi (2010) mendapati bahawa kekurangan infrastruktur menjadi faktor kepada keputusan kontraktor untuk menjalankan pembinaan di kawasan pedalaman. Sesetengah kontraktor enggan mengambil projek di kawasan pedalaman disebabkan beberapa faktor termasuklah keadaan jalan masuk yang boleh menganggu proses pembinaan (Sidawi, 2012). Sidawi (2012) juga menyatakan penghantaran bahan binaan dan kelengkapan ke tapak bina dihalang oleh undang-undang jalan raya dan menyebabkan kontraktor terpaksa menghantar bekalan bahan binaan secara berperingkat dalam jumlah yang kecil. Ini menyumbang kepada peningkatan kos dari segi pengangkutan dan penghantaran. Selain itu, keadaan jalan masuk yang tidak berturap di kawasan pedalaman menyukarkan pihak-pihak yang terlibat dalam projek untuk sampai ke tapak projek.
Infrastruktur yang kurang berkesan akan menyumbang pelbagai masalah seperti kesukaran mendapatkan bekalan bahan binaan, peralatan, lawatan tapak dan mengangkut loji dan jentera ke tapak. Masalah-masalah tersebut akan memberi impak kepada prestasi dan produktiviti projek. Selain itu, projek boleh mengalami kelewatan dan seterusya berlaku peningkatan kos projek. Kontraktor pula perlu bertanggungjawab ke atas projek yang dikendalikan dengan berusaha mengatasi masalah-masalah tersebut demi menjayakan projek. Oleh itu, infrastuktur yang kurang berkesan merupakan salah satu cabaran utama yang dihadapi oleh kontraktor ketika melaksanakan projek pedalaman seperti dalam kajian McAnulty dan Baroudi (2010) di pedalaman Australia.
2.8.3 Sumber air bersih dan elektrik
Sumber asas dalam melaksanakan projek pembinaan adalah bekalan air bersih serta elektrik yang mencukupi bagi mengerakkan keseluruhan aktiviti pembinaan. Ini dapat dikaitkan dengan projek pembinaan di pedalaman yang sinonim dengan masalah untuk mendapatkan bekalan air bersih dan elektrik. Ketiadaan bekalan air yang bersih dan elektrik akan mempengaruhi aktiviti pembinaan dan produktiviti kerja yang seperti kerja-kerja konkrit dan penggunaan alat elektronik seperti pengimpal. Kerja-kerja pembinaan akan terganggu disebabkan faktor bekalan asas seperti air dan elektrik.
Kajian Nazaini (2012) telah mengenalpasti bahawa projek-projek pembinaan yang berada di pedalaman kerap mengalami masalah untuk mendapatkan bekalan air dan elektrik. Projek-projek pembinaan mendapatkan bekalan asas ini melalui penyambungan daripada perkampungan yang berdekatan.
2.8.4 Rangkaian bekalan bahan dan peralatan binaan
Mengikut Plaizier et. al. (2012), masalah rangkaian bekalan di kawasan terpencil menyumbang kepada peningkatan kos, cabaran-cabaran yang banyak dan risiko-risiko yang besar kepada projek. Penulis juga menyatakan bahawa faktor-faktor tersebut akan memberi impak kepada strategi projek, spesifikasi dan faedah projek tersebut. Faktor jarak lokasi projek dengan lokasi pengeluar bahan utama boleh mempengaruhi keseluruhan produktiviti dan prestasi projek yang dijalankan. Dalam kajian Zakeri et. al. (1996), kekurangan bahan binaan direkodkan sebagai masalah yang paling tinggi berlaku di tapak. Masalah kekurangan bekalan bahan binaan akan membawa kepada penangguhan kerja-kerja seterusnya yang sepatutnya dilaksanakan mengikut program kerja. Kesukaran dalam mengakses bahan binaan
dan peralatan ke tapak pembinaan yang terpencil memberi kesan kepada produktiviti projek dan pemilihan lokasi sumber bekalan perlu diberi perhatian semasa peringkat perancangan (McAnulty dan Baroudi, 2010). Kekurangan bekalan bahan binaan dan kelengkapan boleh disebabkan pelbagai faktor yang berbeza. Hasil kajian Zakeri et. al. (1996) menunjukkan bahawa faktor kekurangan bahan binaan adalah disebabkan sabotaj, masalah pengangkutan ke tapak bina, pengurusan bahan di tapak bina yang kurang baik dan penggunaan bahan binaan tidak mengikut spesifikasi.
2.8.5 Infrastruktur Telekomunikasi
Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) merupakan medium yang penting pada masa kini dan boleh dikatakan semua bentuk pengurusan pada zaman sekarang banyak bergantung kepada kemudahan ICT. Teknologi komunikasi merupakan salah satu sumber penting untuk menjayakan suatu projek pembinaan yang memenuhi pelbagai permintaan klien pada masa kini. Teknologi komunikasi pada hari ini mengelilingi semua urusan dalam perniagaan dan akan memberi kesan kepada operasi dan aktiviti harian kita (Sommerville dan Craig, 2006). Dalam industri binaan, ICT membolehkan komunikasi berfungsi dengan lebih tepat serta cepat dan menghasilkan segmen rekabentuk dan binaan dalam industri tersebut (Levy, 2007). Penulis ini juga menyatakan salah satu faktor yang memberi impak kepada produktiviti projek adalah komunikasi yang lemah di antara pengurus projek dengan anggota-anggota yang terlibat dalam pengurusan projek.
McAnulty dan Baroudi (2010) membuktikan dalam kajiannya bahawa cabaran dari segi komunikasi dan infrastruktur menjadi salah satu halangan kepada kontraktor ketika melaksanakan projek di kawasan terpencil. Telekomunikasi yang kurang berkesan boleh menyukarkan perhubungan antara pihak yang berada di tapak bina dengan pihak yang berada di pejabat. Perhubungan yang lancar antara pihak di dalam tapak bina dengan di luar tapak adalah penting bagi memastikan setiap
masalah dan aktiviti yang berlaku di tapak bina dapat dimaklumkan dari semasa ke semasa. Jarak yang jauh antara pejabat utama dengan tapak projek menghasilkan pentadbiran yang tidak teratur dan menyebabkan kesukaran untuk berhubung dengan pihak luar tentang masalah-masalah dan perkembangan di tapak, kesukaran untuk berhubung dengan kakitangan di tapak tentang laporan kemajuan serta kesukaran dari berkoordinasi dengan pihak lain seperti kerajaan tempatan, pejabat daerah, polis dan sebagainya (Gwen, 2013).
Kajian Sidawi (2012) menegaskan bahawa kurangnya penggunaan medium telekomunikasidalam pengurusan projek pedalaman membawa kepada pelbagai masalah dari segi kos, masa, skop, kualiti pengurusan, infrastruktur, komunikasi, sumber tenaga kasar dan pengurusan risiko. Masalah komunikasi yang terhad boleh menjadi cabaran kepada kontraktor untuk mengendalikan projek di pedalaman kerana ia akan memberi kesan kepada prestasi projek serta kepada prestasi kontraktor itu sendiri jika tidak diatasi dengan bijak.
2.8.6 Penawaran tenaga buruh
Tenaga buruh adalah salah satu komponen utama yang perlu diberi perhatian dalam industri binaan dan ia adalah antara guna tenaga yang paling penting dalam pembinaan. Kekurangan tenaga buruh mahir ditekankan sebagai satu risiko yang besar dalam sektor tenaga (Merikull et. al, 2012). Kekurangan tenaga buruh dalam projek boleh memberi kesan kepada prestasi, kos dan masa kepada projek tersebut. Tenaga pekerja dalam industri binaan terbahagi kepada tiga iaitu tenaga mahir, separuh mahir dan tidak mahir. Permintaan bagi setiap kategori ini adalah berbeza dalam setiap projek mengikut keperluan projek dan permintaan kontraktor itu sendiri. Bagi projek-projek yang rumit dan memerlukan kemahiran yang tinggi, permintaan terhadap pekerja mahir lebih tinggi berbanding pekerja biasa. Keperluan pekerja mahir juga boleh dikaitkan dengan faktor lokasi projek seperti projek yang terletak
jauh di pedalaman. Isu berkenaan perolehan tenaga kerja atau sumber manusia bagi projek-projek pedalaman juga ada disebut dalam kajian McAnulty dan Boroudi (2010) dan Sidawi (2012) yang mendapati bahawa projek pedalaman kerap mengalami masalah dari perolehan tenaga buruh yang mencukupi. Kontraktor berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan pekerja untuk bekerja di kawasan yang jauh dari bandar. Penawaran tenaga pekerja boleh berkurang disebabkan lokasi tapak yang jauh dan perlu bergantung kepada penawaran buruh yang terdekat dengan lokasi projek pedalaman tersebut. Dalam kajian Faiz (2008), faktor penyebab kekurangan tenaga kerja mahir ialah pekerja berpindah kerja, pekerja mahir meminta bayaran yang tinggi dan terdapat banyak projek yang dijalankan serentak. Dalam kajian Zakeri et. al (1996), salah satu faktor yang menyukarkan perolehan tenaga pekerja adalah disebabkan lokasi yang terpencil dan masalah keluarga untuk berpindah. Kajian beliau menunjukkan bahawa tenaga pekerja enggan bekerja di lokasi yang jauh di pedalaman kerana kontraktor tidak dapat menyediakan kemudahan dan fasiliti seperti kantin, tempat tinggal, rekreasi serta pengangkutan yang baik kepada mereka.
2.9 Isu-isu dalam industri binaan
2.9.1 Kelewatan
Dalam industri binaan, isu kelewatan projek menjadi sebahagian daripada perkara lazim yang berlaku dalam pembinaan (Sweis et. al, 2008). Projek yang dijalankan di kawasan pedalaman juga boleh mengalami kelewatan seperti yang dialami oleh kebanyakkan projek. Kelewatan kerap berlaku dalam industri pembinaan sama ada ianya projek yang ringkas ataupun kompleks (Sweis et. al, 2008). Kemungkinan bagi projek pedalaman untuk mengalami kelewatan boleh menjadi lebih tinggi disebabkan faktor-faktor lokasi, kekurangan sumber asas serta jarak antara pembekal utama yang jauh. Dalam kajian Sweis et. al (2008), beliau
merumuskan punca kelewatan yang paling kritikal dalam sesuatu projek adalah masalah kewangan yang dialami oleh kontraktor. Ogunlana & Promkuntong (1996) yang menjalankan kajian tentang kelewatan di Thailand mendapati bahawa punca-punca kelewatan dalam projek adalah kekurangan dan kelemahan infrastruktur sebagai sumber utama, kelewatan yang disebabkan oleh klien dan perunding dan kelemahan yang dimiliki oleh kontraktor itu sendiri. Manakala punca-punca yang didapati dalam kajian Sambasivan dan Yau (2007) bagi industri binaan di Malaysia ialah disebabkan perancangan yang tidak baik oleh kontraktor, pengurusan tapak yang lemah oleh kontraktor, masalah kewangan dan bayaran oleh klien terhadap kerja yang telah siap, bermasalah dengan subkontraktor, kekurangan bekalan bahan binaan, penawaran tenaga buruh, kekurangan dan kegagalan peralatan, komunikasi yang lemah antara pihak dan akhir sekali adalah kesilapan di peringkat pembinaan.
Masalah-masalah yang lazimnya berlaku pada projek pedalaman seperti kekurangan bekalan bahan dan peralatan binaan, kekurangan tenaga pekerja dan masalah infrastruktur boleh membawa kemungkinan yang tinggi kepada berlakunya kelewatan. Sesetengah masalah yang berlaku pada projek pembinaan di pedalaman lebih unik berbanding projek lain dan masalah tersebut tidak dapat dilihat dalam projek pembinaan lain (McAnulty dan Baroudi, 2010 dan Sidawi, 2012). Ogunlana et. al. (1996) memberi cadangan dalam mengurangkan kelewatan dalam projek iaitu dengan usaha kerjasama antara majikan, perekabentuk, kontraktor, pembekal, institusi pendidikan, pengilang, rumah pembiayaan dan kerajaan untuk menyediakan infrastruktur yang penting untuk pengurusan projek yang lebih efisyen. Cadangan yang serupa dikemukakan dalam kajian Abdalla dan Hussien (2002) yang menyatakan bahawa kerjasama semua pihak boleh dilakukan dengan membangunkan sumber manusia dalam industri binaan, menguatkuasakan klausa tanggungan kecacatan dan mengamalkan pendekatan baru berkaitan dengan anugerah kontrak untuk mengurangkan isu kelewatan projek.
2.9.2 Peningkatan kos projek
Isu lebihan kos telah menjadi satu perkara biasa yang berlaku dalam industri pembinaan. Terdapat banyak faktor yang boleh menyumbang kepada peningkatan kos projek dan menghasilkan perbezaan yang ketara di antara kos yang dianggar dengan kos akhir projek. Peningkatan kos projek boleh disebabkan kesilapan dan perbezaan kerja dengan arahan yang dinyatakan dalam dokumen kontrak (Sambasivan dan Yau, 2007). Projek pedalaman mengalami banyak isu-isu yang tidak dapat dielakkan oleh mana-mana pihak dalam projek dan masalah ini akan memberi kesan kepada kualiti projek dan meningkatkan kos projek (Sidawi, 2012).
Dalam kajian Akintoye (2000), semasa menyediakan anggaran kos projek, antara faktor yang perlu dipertimbangkan adalah halangan di tapak bina. Halangan yang dimaksudkan adalah kemudahan jalan masuk dan stor simpanan yang terhad. Faktor-faktor lain adalah lokasi projek, penawaran tenaga buruh dan bekalan bahan binaan di tapak bina. Ciri-ciri tersebut adalah sinonim dengan projek pedalaman di mana projek di pedalaman selalunya menghadapi masalah-masalah untuk mendapatkan bekalan bahan dan keadaan akses yang kurang baik. Salah satu cadangan yang dikemukakan oleh Nafisah (2006) dalam kajiannya ialah kontraktor perlu memberi perhatian yang lebih terhadap risiko kewangan bagi mengelakkan kesan negatif yang tinggi kepada projek. Sesetengah kontraktor enggan mengambil projek di pedalaman disebabkan peningkatan kos ke atas tenaga buruh, pengangkutan dan bahan yang tidak dapat dijangka (Sidawi, 2012).
2.9.3 Projek Terbengkalai
Kegagalan untuk menyiapkan projek boleh disebabkan pelbagai faktor yang kritikal. Projek pedalaman boleh terdedah kepada risiko kegagalan projek yang
tinggi. Ini boleh disebabkan faktor lokasi projek yang jauh dan menimbulkan pelbagai masalah sehingga boleh membawa kepada kegagalan projek. Kegagalan suatu projek itu akan membawa kerugian yang besar kepada semua pihak terutamanya klien. Terdapat banyak faktor yang membawa punca kepada projek itu gagal dan terbengkalai. Dalam kajian Pinto dan Mantel (1990) mendapati bahawa kegagalan projek berpunca daripada kegagalan teknikal, kakitangan, jadual perancangan, penerimaan klien terhadap projek dan masalah-masalah yang timbul dalam suatu projek itu. Manakala faktor koordinasi antara pihak-pihak yang terlibat dalam merupakan punca kritikal yang didapati dalam kajian Iyer danJha (2005).
Kegagalan projek bukan sahaja berpunca daripada perancangan projek yang kurang berkesan tetapi juga disebabkan oleh pengurus projek itu sendiri. Semua aktiviti-aktiviti projek perlu diselia dan dipantau oleh seorang pengurus yang cekap dan berpengalaman. Avots (1969) menyimpulkan bahawa sebab-sebab projek itu gagal adalah kerana kesilapan memilih pengurus projek, penamatan projek yang tidak dirancang dan tiada sokongan daripada pengurusan atasan.
Selain itu, kekurangan bahan dan peralatan binaan juga menjadi faktor kejayaan projek (Deane, 2005). Kekurangan bahan dan peralatan binaan dalam projek mungkin tidak dianggap perkara yang serius tetapi jika masalah ini tidak diatasi oleh pihak kontraktor, prestasi projek boleh terjejas dan berpotensi untuk gagal diteruskan. Apabila dikaitkan dengan lokasi sesuatu projek itu dijalankan, projek yang jauh di pedalaman mempunyai potensi yang tinggi untuk gagal disebabkan faktor jarak yang jauh antara tapak projek dengan kemudahan dan bekalan untuk projek tersebut.
2.9.4 Produktiviti dan kualiti kerja yang rendah
Pelbagai faktor dalaman dan luaran yang memberi kesan kepada produktiviti projek (Zakeri et. al, 1996). Dalam kajian Zakeri et. al, (1996) mendapati faktor-faktor yang mempengaruhi kualiti dan produktiviti projek adalah kekurangan bahan binaan, keadaan cuaca dan tapak, kerosakan peralatan, perubahan spesifikasi kerja, kekurangan alat dan perkakas yang sesuai, perancangan kerja yang lemah, komunikasi yang lemah dan keselamatan. Beberapa faktor yang dinyatakan dalam kajian Zakeri et. al, (1996) berkait rapat dengan ciri-ciri kawasan pedalaman yang mempengaruhi projek pembinaan di pedalaman. Isu-isu kawasan pedalaman yang tidak dapat dielak, cenderung untuk menghasilkan kualiti dan produktiviti projek yang rendah. Seperti yang dinyatakan dalam kajian McAnulty & Baroudi (2010), kesukaran untuk mendapatkan bekalan bahan binaan dan peralatan kepada projek pedalaman akan memberi kesan kepada tahap produktiviti projek tersebut. Selain itu, kajian beliau juga menunjukkan bahawa faktor iklim di kawasan pedalaman juga mempengaruhi produktiviti projek.
Dalam kajian Sidawi (2012) merumuskan bahawa salah satu masalah lazim yang timbul bagi projek pedalaman adalah kualiti kerja pembinaan yang rendah berpunca daripada masalah dari segi kos, masa, skop dan kualiti pengurusan projek tersebut. Cabaran-cabaran unik yang dihadapi oleh kontraktor dalam projek pedalaman juga memberi kesan yang negatif kepada kualiti kerja pembinaan dalam projek tersebut. Produktiviti kerja yang rendah selalunya berpunca daripada kemahiran tenaga buruh yang diambil bekerja ataupun kekurangan tenaga buruh dalam projek tersebut. Seperti dalam kajian yang dijalankan oleh Lim dan Alum (1995), faktor-faktor yang mempengaruhi produktiviti rendah dalam sesuatu projek adalah isu perolehan tenaga buruh, isu pengurusan projek dan isu persekitaran. Kekurangan tenaga buruh mahir dan berkebolehan bekerja dalam suatu projek boleh mempengaruhi produktiviti kerja serta kualiti kerja yang dihasilkan. Ini kerana tenaga buruh yang mahir adalah penting untuk memastikan kerja yang dihasilkan berkualiti tinggi dan dapat mengurangkan kos pembaikan.