• Tidak ada hasil yang ditemukan

JAWATANKUASA PEMIKIR SEJARAH STPM PULAU PINANG 2015 MODUL SUKSES SEJARAH 940/3 PENGGAL 3 SEJARAH MALAYSIA DAN ASIA TENGGARA [ ]

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "JAWATANKUASA PEMIKIR SEJARAH STPM PULAU PINANG 2015 MODUL SUKSES SEJARAH 940/3 PENGGAL 3 SEJARAH MALAYSIA DAN ASIA TENGGARA [ ]"

Copied!
84
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

2

JAWATANKUASA PEMIKIR SEJARAH STPM

PULAU PINANG 2015

MODUL SUKSES SEJARAH 940/3

PENGGAL 3

SEJARAH MALAYSIA DAN ASIA TENGGARA

[1800-2000]

PENASIHAT:

EN. AHMAD ZAKI BIN MOHD NOOR

PENOLONG PENGARAH, SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JPN PULAU PINANG PENYELARAS :

PN. DERANI A/P TAN

PENOLONG PENGARAH (TINGKATAN 6 – AKADEMIK) SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JPN PULAU PINANG

JURU LATIH NEGERI PN SAKINAH BINTI SALEH

EN. YEE TEIK HUAT SMK (L) METHODIST

EN. SHARUL NIZAM BIN SUHAIMI SMK DATO’ ONN

EN. AZMAN BIN AHMAD

SMK DATUK HAJI AHMAD BADAWI

EN. NG KHIM HOOI

SMK TUNKU ABDUL RAHMAN PN. VIMALA A/P KRISHNASAMY

SMK DATUK HAJI ABDUL KADIR PN. SARASWATHY A/P THERUMALAI SM TEKNIK TAR PUTRA

PN. FUZIATI BINTI OMAR SMK SEBERANG JAYA

ANNIE WONG YUN FUI SMK. BUKIT MERTAJAM PN. CHAN EIT FONG

SMK TUN SYED SHEH BARAKBAH

PN. NOOR HAYATI BINTI UJAR SMK TINGGI BUKIT MERTAJAM

PN. FARIDAH BINTI ABDULLAH SMK PENANTI

PN. NORIZAN YUSOFF SMK SIMPANG EMPAT PN. NOOR AISHAH BINTI ABU HASAN

SMK. BAKTI

PN. SHALINI A/P KRISHNAMURTHY SMK ABDULLAH MUNSHI

PN. SAADIAH BINTI JAAFAR SMK PENANG FREE

PN. NOORLELA BINTI ZAINUDDIN SMK SERI MUDA

(3)

3

BAHAGIAN A

MALAYSIA

1. Jelaskan sistem dan peranan pembesar dalam sistem pemerintahan di Tanah Melayu sebelum campur tangan British.

Pendahuluan

Sistem pembesar di Tanah Melayu merupakan sebahagian daripada struktur pemerintahan. Sistem ini berdasarkan zaman Kesultanan Melayu Melaka dan diamalkan di kebanyakan Negeri-negeri Melayu. Golongan pembesar dilantik oleh sultan untuk melicinkan jentera pentadbiran. Pentadbiran yang baik dapat menjamin keselamatan, kesejahteraan dan kemakmuran sesebuah negara. Sistem pembesar di Tanah Melayu ialah Sistem Pembesar Empat Lipatan yang terdiri daripada Pembesar Berempat, Pembesar Berlapan, Pembesar Enam Belas dan Pembesar Tiga Puluh Dua. Pembesar daerah dan jajahan bertugas di istana, mempunyai hubungan rapat dengan sultan dan berperanan sebagai penguasa kawasan di luar istana. Jawatan pembesar biasanya disandang oleh golongan bangsawan dan diwarisi secara turun-temurun. Pembesar amat menghormati dan mentaati raja. Pembesar memainkan peranan yang penting dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.

Isi-isi

Dari segi politik, pembesar mempunyai kuasa monopoli untuk melantik sultan. Di Negeri Sembilan, empat orang Undang iaitu pembesar dari daerah Sungai Ujong, Rembau, Jelebu dan Johol berhak memilih dan melantik sesiapa sahaja daripada kerabat diraja untuk menjadi Yang Dipertuan Besar. Selain itu, golongan pembesar juga menjadi penasihat raja atau ahli Jemaah Penasihat Sultan. Nasihat daripada para pembesar membantu raja memerintah negara dengan sempurna. Sultan Abu Bakar yang memerintah di Johor telah melantik Jemaah Menteri untuk menasihati baginda dalam pentadbiran negeri.

Para pembesar di peringkat daerah atau jajahan dibahagikan kepada beberapa lapisan yang mencerminkan kedudukan dan kuasa mereka. Pembesar-pembesar daerah membantu sultan untuk memerintah kawasan pentadbiran atau ‘kawasan pegangan’. Dalam bidang politik, pembesar daerah harus menjaga keamanan dan keselamatan negara. Mereka bertanggungjawab untuk menguruskan hal elwal peperangan,

(4)

4

ketenteraan dan pertahanan. Mereka juga berperanan menyediakan dan membekalkan tenaga tentera untuk mempertahankan negara dan memperluas wilayah. Pembesar daerah juga boleh menjatuhkan hukuman terhadap kes-kes jenayah di daerah mereka. Walau bagaimanapun, hukuman mati hanya boleh dijatuhkan oleh sultan.

Golongan pembesar juga memainkan yang penting dalam bidang ekonomi. Mereka diberi surat tauliah oleh sultan untuk memungut cukai. Pembesar yang diserahkan sesuatu kawasan diberikan hak untuk mengutip cukai dari kawasan pegangan tersebut. Sebahagian daripada hasil kutipan akan digunakan dan sebahagian lagi akan diserahkan kepada sultan sebagai lambang kesetiaan.

Para pembesar bebas menjalankan kegiatan ekonomi. Oleh yang demikian, pembesar lebih berkuasa dan berwibawa di kawasan masing-masing berbanding dengan sultan. Mereka menguasai sumber ekonomi seperti hasil galian dan hasil hutan serta hasil-hasil eksport yang lain. Golongan pembesar juga menggunakan sistem kerah dan serah untuk mendapatkan hasil-hasil tersebut. Selain itu, mereka juga melibatkan diri dalam kegiatan perdagangan. Mereka tidak terlibat secara langsung sebaliknya menjadi pengeluar modal dengan izin sultan. Perniagaan dan perdagangan pembesar diuruskan oleh wakil-wakilnya. Para pembesar juga bertanggungjawab untuk memastikan urusan perdagangan dalam negeri berjalan dengan lancar. Mereka menentukan timbangan dan sukatan yang betul. Golongan ini juga bertanggungjawab untuk menjaga perairan daripada pencerobohan lanun, mangawal para pedagang dan menyediakan kemudahan gudang.

Dari segi sosial, golongan pembesar bertanggungjawab menjaga kebajikan anak buahnya dan memastikan supaya seluruh penduduk di kawasannya taat setia kepada sultan. Pembesar juga harus memelihara keamanan di kawasan jagaannya. Mengikut sistem kerah, pembesar bertanggungjawab untuk mengarahkan tenaga rakyat supaya melakukan pelbagai kerja secara percuma seperti membina istana, membuka tanah, membina kapal dan sebagainya.

Golongan pembesar juga wajib melaksanakan istiadat menjunjung duli kepada raja. Menjunjung duli bermaksud bersedia memberikan khidmat kepada raja apabila diperlukan. Istiadat ini dilakukan di balairung seri ketika menghadap dan menyembah raja. Selain itu, pembesar juga menjadi orang perantaraan yang menghubungkan rakyat dengan sultan. Semua titah raja disampaikan kepada rakyat melalui pembesar.

Kesimpulannya, golongan pembesar mempunyai kuasa yang luas di kawasan pegangan masing-masing. Namun, mereka memerlukan gelaran dan cap mohor yang dikurniakan oleh sultan untuk melaksanakan tugas.

(5)

5

Selepas kedatangan British, sistem pembesar di Tanah Melayu mengalami perubahan besar. Kedudukan dan kewibawaan pembesar dikurangkan sedikit demi sedikit. Pegawai British telah mengambil alih tugas dan peranan pembesar serta memperkenalkan sistem Residen di kebanyakan Negeri-negeri Melayu.

2. Bincangkan prinsip Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor berjaya mengekalkan kedaulatan negeri Johor sebelum tahun 1917.

Pendahuluan

Undang-undang tubuh kerajaan Johor merupakan satu himpunan yang menjadi perlembagaan asas bagi negeri Johor semasa pemerintahan sultan Abu Bakar.

Undang-undang tubuh kerajaan Johor telah dipindah sebanyak 4 kali. Pindaan pertama pada 1 april 1908. Pindaan kedua , pada 17 september 1912 dan pindaan ketiga, pada 12 mei 1914. Pindaan yang terakhir pada 17 Julai 1918. Oleh itu, prinsip yang ada itu berjaya mengekalkan kedaulatan negeri Johor sehingga awal abad ke-20.

Isi-isi Penting:

Perlantikan Raja dan Bakal Pengganti Raja

Dalam menentukan soal perlantikan raja, beberapa fasal telah digubal salah satunya ialah fasal kedua, yang menyatakan bahawa syarat bakal pengganti raja mestilah berbangsa melayu, berdarah raja daripada keturunan pemerintahan Johor yang terdahulu, iaitu zuriat sultan Abu Bakar. Lelaki dan beragama Islam. Fasal ketiga pula, jika tiada keturuan daripada zuriat Sultan Abu Bakar yang boleh ditabalkan menjadi raja, maka seorang anak lelaki daripada zuriat temenggung Ibrahim boleh ditabalkan menjadi pengganti raja.

Fasal kelima di dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor menyerahkan beberapa perkara dalam Mesyuarat Kerajaan dan Jemaah pangkuan negeri untuk membuat pertimbangan berasaskan beberapa syarat iaitu; Seorang lelaki yang cukup umur dan sempurna akal; Berasal daripada bangsa melayu Johor dan rakyat kerajaan Johor; Beragama islam, diakui daripada darah yang merdeka; Mempunyai pengetahuan, boleh membaca dan menulis bahasanya; Memiliki budi perkerti, tabiat perangai dan tingkah laku yang baik dan terpuji.

(6)

6

Tanggungjawab memelihara kedaulatan negeri

Undang-undang tubuh kerajaan johor telah menetapkan kewajipan raja untuk memelihara kedaulatan negeri johor sepanjang masa. Fasal 15 menyatakan bahawa, melarang raja yang memerintah daripada menyerahkan atau membuat sebarang perjanjian untuk menyerahkan negeri atau sesuatu bahagian dari negeri Johor kepada sebarang kerajaan, kuasa Eropah dan Bangsa-bangsa yang lain. Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor memainkan peranan penting semasa dalam memelihara kedaulatan negeri Johor semasa kebangkitan orang melayu menentang cadanganpenubuhan Melayan Union. Kebangkitan orang melayu berpunca daripada kebimbangan mereka terhadap raja-raja melayu yang akan hilang kuasa sabagai pemerintah berdaulat.

Oleh sebab itu, apabila sultan Johor (sultan Ibrahim) memberi persetujuan dan memandatangani perjanjian Melayan Union, orang Melayu johor yang diketuai oleh para pembesar negeri telah bangkit menentang tindakan beliau. Mereka mendakwa tindakan sultan Johor menandatangani Perjanjian Melayan Union talah menyalahi peruntukan yang terkandung di dalam Undang-undang tubuh kerajaan,iaitu tidaj membenarkan sultan johor melakukan apa-apa tindakan yang boleh menggugat kedudukan Johor sebagai sebuah negeri yang berdaulat.

Peruntukan Berkaitan Agama Islam

Undang-undang tubuh kerajaan johor menyatakan agama bagi negeri Johor agama islam tetapi agama lain boleh mengamalkan dengan aman dan sempurna. Selaras dengan kedudukan sultan sebagai pemerintahtertinggi, baginda hendaklah memerintah mengikut undang-undang dan bertanggunjawap untuk memerihara agama Islam sebai agama negeri.

Peruntukan ini memperlihatkan dengan jelas bahawa perlembagaan bercorak Islam telah mendapat tempat dalam sistem pemerintahan kerajaan Johor. Dalam urusan pentadbiran keadilan negeri, Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor menyatakan segala mahkamah, para pegawai, dan kakitangan kerajaan hendaklah menjalankan undamg-undang negeri dengan adil dan benar.

Perlantikan dan bidang tugas Jemaah Menteri

Fasal 28 hingga 44 memperuntukan perkara-perkara berkaitan Jemaah Menteri yang diinstitusikan secara bertulis dalan undang-undang Tubuh Kerajaan Johor. Bilangan jemaah mernteri yang dilantik hendaklah tidak kurang daripada lapan orang dan tidak melebiho 12 orang yang diketuai olej Menteri Besar. Anggota jemaah menteri hendaklah dilantik daripada bangsa Melayu, rakyat Johor, dan beragama Islam. Mereka dikendaki mengangkat sumpah di hadapan dua orang saksi daripada kalangan pegawai kerajaan yang berbangsa Melayu dan beragama islam serta taat setia kepada raja dan kerajaan.

(7)

7

Anggota jemaah menteri ditugaskan untuk menbantu sultan dalam urusan pemerintahan negeri. Dalam hal ini, sultan boleh meminta pandangan dan fikiran anggota jemaah menteri. Namun segala keputusan yang diambil terletak di bawah tanggungjawab sultan.

Penutup

Kesimpulannya, undang-undang perlulah melindungi orang ramai dan pemerintah mestilah melaksanakan tugasan dengan baik. Undang-undang yang mempunyai kepentingan tertentu ini akan dijalankan secara adil supaya keamanan negeri dapat dipelihara.

Huraikan prinsip-prinsip umum Undang-undang 99 Perak diamalkan untuk menjaga keharmonian rakyat.

Pendahuluan

Undang-undang 99 perak ialah undang-undang yang tertua sekali di Perak berkaitan dengan hal ehwal agama dan tradisi masyarakat tradisional. Undang-undang 99 Perak dikanunkan pada tahun 1867 dan berkuatkuasa sehingga tahun 1900.

Dipercayai bahawa undang-undang ini dibawa dari luar iaitu Syed Hassan dari Hadramaut pada zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin. Undang-undang ini mengandungi pelbagai aspek yang memperlihatkan ciri-ciri keislaman, unsur bertimbang rasa dan kompromi.

Isi-isi Penting:

Penzinaan

Fasal 6 hukuman bagi pesalah yang mengambil isteri orang: Fasal 6 memperuntukkan seorang pesalah yang mengambil isteri orang lain akan dibuang dari mukimnya. Sekiranya tidak dibuang, dia dikehendaki membayar denda (emas). Bagi perempuan pula, hukumannya adalah dicukur rambutnya tetapi akan dilepaskan sekiranya membayar denda.

Fasal 50 hukuman bagi pesalah yang melakukan zina: Jika kedua-dua penzina mengakuinya, mereka hanya diperintahkan bernikah dan membayar denda sepaha emass. Jika penghulu mendapati tiada kesalahan, maka kesalahan itu boleh dibincangkan dan dimaafkan.

(8)

8

Perkahwinan

Fasal 65: Undang-undang 99 perak memperuntukkan bahawa pasangan yang baru bernikah tidak dibenarkan

bersama lebih kurang 40 hari atas alasan untuk menjaga keimanan masing-masing.

Pembunuhan

Fasal 23 – Pembunuhan sesama orang Islam: Orang Islam yang membunuh orang Islam tidak boleh dijatuhi hukuman kerana kedua-duanya akan binasa. Cuma orang yang membunuh itu menjadi kafir. Hukuman yang boleh dikenakan ialah ialah denda empat tahil dua paha emas (dua dirham) dan disedekahkan setahil sepaha emas.

Fasal 4 – Orang kafir membunuh orang Islam: Orang kafir yang membunuh orang islam tidak akan dibunuh kerana orang kafir tersebut tidak akan sempat memeluk islam. Pewaris si pembunuh dikehendaki membayar sejumlah wang (dalam bentuk emas) kepada keluarga si mati.

Protokol / Peraturan Raja / Orang Besar

Fasal 24 – Prokol istana: Seseorang itu perlu mematuhi beberapa peraturan jika mengadap raja atau pembesar seperti menundukkan kepalanya semasa duduk dalam balai balairung seri, menumpukan perhatian (tidak boleh menolehkan pandangannya), tidak boleh memandang muka raja atau pembesar, tidak boleh bercakap atau bertutur kata dalam nada suara yang tinggi, dan perlu duduk diam berdasarkan adat menghadap raja atau pembesar.

Fasal 77 – Peraturan raja: Fasal ini menetapkan jika seseorang raja atau pemerintah tersebut mangkat, maka takhtanya akan diwarisi oleh anak raja yang paling tua. Jika tiada, maka anak raj yang paling kecil akan mewarisi takhta. Syarat untuk mewarisi takhta pemerintahan mestilah anak gahara (anak yang dilahirkan oleh raja dan permaisuri daripada golongan diraja).

Peperangan

Fasal 74: Strategi untuk menang ialah meningkatkan belanja, tenaga tentera, senjata, menggunakan akal, mempunyai ilmu yang luas, meminta bantuan daripada negeri yang berhubung, mempunyai semangat berani, menggunakan muslihat, memperkukuhkan kewangan, mendapatkan seorang pemimpin yang mendapat sokongan orang ramai, dan tidak mengikut kata-kata orang lain.

(9)

9

Pembahagian harta

Fasal 33: Menyentuh terhadap pembahagian harta si mati, anak perempuan akan diberikan rumah, kebun, pinggan-mangkuk, dan peralatan dapur. Alatan besi atau senjata, sawah pad, lombong, diberikan kepada anak lelaki. Segala hutang dan harta dibahagikan seperti berikut, anak lelaki mendapat dua kali ganda lebih daripada anak perempuan. Harta lain akan dibahgikan secara adil kepada anak. Anak yang belum berkahwin mesti mendapat sepuluh peratus lebih daripada anak lain.

Hal ehwal agama

Fasal 58: Syarat menjadi imam tatu khatib ialah mempunyai sifat yang mulia, pertuturan yang baik, menguasai maklumat tentang hari bulan dan tahun, sanggup bersusah payah demi kebaikan orang lain, bersikap pemurah, menjadi orang yang wal masuk ke masjid pada hari jumaat, dan sanggup membaiki masjid yang rosak.

Fasal 79: Syarat menjadi Kadi di dalam negeri atau mukim ialah perlu menguasai segala hukum Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW, mengetahui adat dan hukum negeri, mempunyai suara yang merdu, mempunyai tubuh badan yang sihat, tidak cacat dan memiliki sifat yang mulia.

Penutup

Undang-undang ini tidak memperlihatkan unsur Islam kerana lebih menjurus kepada adat tempatan. Contohnya pembunuhan didapati tidak selaras dengan hukum Islam, yang perlu dibalas dengan bunuh.

Undang-undang 99 Perak menyentuh pelbagai aspek namun masih terdapat kelemahan dan kekurangan berbanding Hukum Kanun Melaka. Segala hukuman hanya berbentuk denda wang iaitu emas.

3. Huraikan kegiatan ekonomi komersial di Sabah dan Sarawak sebelum kedatangan Barat pada abad ke-19.

Pengenalan

Kegiatan ekonomi komersial merujuk kepada kegiatan ekonomi yang dijalankan secara besar-besaran untuk tujuan dagangan. Ekonomi komersial berbeza dengan ekonomi tradisional kerana lebih mementingkan

keuntungan dan pengumpulan harta melalui proses penukaran barangan atau jual beli serta melibatkan

(10)

10

pembayaran. Di Sabah dan Sarawak kegiatan ekonomi komersial telah berkembang dengan pesat sebelum kedatangan Barat lagi. Di antara kegiatan komersial yang dijalankan ialah pertanian, pembalakan,

perlombongan, perikanan dan mengutip hasil hutan.

Sarawak

Kegiatan pertanian komersial yang terpenting di Sarawak ialah tanaman sagu. Tanaman ini diusahakan oleh orang Melanau di Bahagian Kedua dan Ketiga Sarawak. Sebahagian besar hasil sagu di eksport ke Singapura. Kawasan yang ditanam dengan sagu ialah di Oya dan Mukah. Tanaman komersial lain yang ditanam ialah lada hitam dan gambir. Lada hitam banyak diusahakan oleh orang Cina di wilayah Sarekei dan di sekitar Kuching-Serian.

Seterusnya kegiatan perlombongan juga turut berkembang maju. Antara galian yang dilombong ialah antimoni dan emas. Kedua-dua galian ini terdapat di daerah Bau pada tahun 1820-an. Orang Melayu dan Cina melibatkan diri dalam perlombongan antimoni. Pembesar Melayu menggunakan buruh Dayak. Sementara itu, perlombongan emas diusahakan oleh orang Cina sejak 1830-an. Hasil emas juga dieksport ke Singapura.

Pengumpulan sarang burung juga merupakan kegiatan ekonomi komersial. Sarang burung mendapat pasaran yang luas di negara China. Kawasan pengumpulan sarang burung yang utama ialah Gua Niah. Kegiatan banyak diusahakan oleh penduduk peribumi dan orang Cina.

Sabah

Di Sabah pula kegiatan ekonominya masih bergantung kepada hasil-hasil ekonomi tradisional. Sarang burung dipungut di Gua Gomantong, Gua Madai dan beberapa buah gua lain merupakan hasil eksport yang menguntungkan. Kebanyakannya dieksport ke Hong Kong dan China. Terdapat dua jenis sarang burung iaitu yang berwarna coklat dan putih. Sarang burung yang berwarna putih lebih bersih dan harganya lebih mahal. Hasil laut juga merupakan antara kegiatan ekonomi yang dijalankan di Sabah. Hasil laut termasuklah mutiara, trepang dan agar-agar yang dieksport ke Hong Kong dan China. Mutiara banyak terdapat di Pantai Timur Sabah terutamanya di Sandakan dan Lingkabau. Perusahaan ini diusahakan oleh orang Bajau yang merupakan penyelam yang mahir. Di samping itu, terdapat kegiatan pengumpulan hasil laut. Di antara hasil laut yang dikomersialkan ialah sirip ikan, timun laut dan mutiara.

(11)

11

Sagu merupakan makanan kegemaran penduduk Sabah yang dihasilkan daripada pokok rumbia. Sagu juga merupakan antara hasilan terpenting bagi ekonomi Sabah. Penduduk Sabah menguasahakan perusahaan sagu secara komersial. Sagu mentah pula telah dieksport ke Singapura dan kemudiannya ke Eropah. Pada tahun 1888, dianggarkan bahawa eksport sagu di Sabah bernilai sebanyak 94 333 dolar.

Kesimpulan

Ekonomi komersial telah berkembang dengan pesat di Sabah dan Sarawak sebelum kedatangan kuasa Barat. Penduduk peribumi dan orang Cina telah berjaya menjalankan kegiatan pertanian, perlombongan dan perikanan. Kejayaan ini menyebabkan mana-mana kuasa penjajah ingin dan berminat untuk campur tangan di kedua-dua negeri tersebut. Tarikan kekayaan hasil bumi Sabah dan Sarawak dapat menarik perhatian kuasa-kuasa penjajah untuk menaklukinya.

4. Perjanjian bukanlah merupakan satu-satunya cara peluasan kuasa British di Negeri-negeri Melayu. Jelaskan kaedah yang digunakan oleh kolonial British bagi meluaskan kuasa dan pengaruhnya di Negeri-negeri Melayu pada abad ke-19. [20]

CADANGAN JAWAPAN

1. Pengenalan

Perluasan kuasa British di Negeri-negeri Melayu telah bermula sejak akhir abad ke 18 lagi. Terdapat pelbagai cara British meluaskan kuasa di Negeri-negeri Melayu. Antaranya adalah melalui tipu helah, perjanjian, melalui peperangan dan juga permuafakatan kuasa-kuasa Barat. Hal ini bermakna perjanjian bukanlah merupakan satu-satunya cara perluasan kuasa British di Negeri-negeri Melayu pada abad ke 19. 2. Isi-isi Penting

Cara peluasan kuasa British a. Melalui tipu helah

Cara ini dapat dilihat dalam peristiwa pengambilan Pulau Pinang daripada Sutan Kedah pada tahun 1786. Kedah ketika pemerintahan Sultan Abdullah menghadapi ancaman besar daripada Siam dan juga pergolakan dalaman kerana tidak semua kerabat diraja menyokong baginda.

(12)

12

Baginda telah meminta bantuan perlindungan daripada British dengan menawarkan Pulau Pinang sebagai perlindungan. British melalui Francis Light telah memberi jaminan kosong kepada Sultan Abdullah untuk memberi bantuan perlindungan kepada Kedah.

British sebenarnya tidak bersedia membantu Kedah kerana enggan terlibat dalam sengketa dengan Siam. Dengan menggunakan tipu helah, British akhirnya telah berjaya menduduki Pulau Pinang secara rasmi pada 11 Ogos 1786. Sultan Abdullah akhirnya berasa hampa apabila diberitahu yang British tidak bersedia memberi perlindungan seperti yang diminta.

b. Melalui perjanjian

Merupakan cara paling biasa digunakan oleh British untuk meluaskan kuasa di Negeri-negeri Melayu. Antaranya ialah perjanjian yang melibatkan pengambilan Seberang Perai daripada Sultan Kedah pada tahun 1800 untuk dijadikan kawasan pertanian bagi membekalkan makanan kepada Pulau Pinang. Melalui perjanjian ini, Kedah kehilangan wilayah Seberang Perai kepada British tanpa memperolehi sebarang perlindungan seperti yang diharapkan.

British juga terlibat dalam perjanjian pengambilan Singapura pada tahun 1819 antara Stamford Raffles dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman. Sebagai balasan, Sultan Hussein menerima bayaran sebanyak $5 000 setahun manakala Temenggung Abdul Rahman menerima bayaran sebanyak $3 000 setahun. Kedua-dua mereka bersetuju untuk tidak membuat perjanjian dengan mana-mana pihak tanpa persetujuan Raffles. Melalui perjanjian ini, Singapura diserahkan secara rasmi kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris.

Melalui Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 pula, British telah berjaya mendapatkan pelabuhan Melaka daripada kuasa Belanda. Kedua-dua pihak ini telah berjaya memisahkan Kepulauan Melayu kepada dua bahagian iaitu pengaruh British dan Belanda. Kesannya, British telah berjaya mengukuhkan pengaruhnya di negeri-negeri Melayu tanpa gangguan daripada kuasa Belanda.

Seterusnya, British menandatangani Perjanjian Burney 1826 dengan Siam. Perjanjian ini telah membuka ruang kepada peluasan pengaruh British di Negeri-negeri Melayu Utara iaitu Kedah, Perak, Terengganu dan Kelantan.

Perjanjian Pangkor 1874 yang dimenterai oleh British dengan Raja Abdullah di Perak pula disifatkan sebagai ‘titik tolak’ kepada proses peluasan kuasa British secara menyeluruh di Tanah Melayu.

(13)

13

c. Melalui Peperangan

British juga meluaskan kuasanya di negeri-negeri Melayu melalui peperangan iaitu Perang Naning 1831-1832. Perang ini meletus apabila pemerintah Naning, Dol Said enggan tunduk kepada desakan British yang memaksa Naning untuk membayar cukai, 1/10 daripada hasil tahunannya. Dalam peperangan ini, Dol Said berjaya dikalahkan dan beliau dibuang negeri ke Melaka. British akhirnya berkuasa di Naning.

d. Permuafakatan British dengan Belanda juga merupakan satu lagi cara perluasannya di Negeri-negeri Melayu.

Pada tahun 1793 telah meletus peperangan di Eropah. Perancis yang berada di bawah pimpinan Napoleon Bonaparte telah berusaha meluaskan pengaruhnya dengan menakluki sebahagian besar negara di Eropah. Pada tahun 1795, Perancis berjaya menakluki Belanda sehingga memaksa rajanya melarikan diri ke Britain bagi mendapatkan perlindungan.

Kebimbangan Belanda terhadap tanah jajahannya di seberang laut akan menjadi sasaran Perancis menyebabkan Belanda bersetuju menyerahkan wilayahnya di seberang laut kepada British menerusi Arahan Surat-surat Kew. Arahan Surat-surat Kew membuka ruang kepada British untuk meneruskan perluasan kuasa di Asia Tenggara termasuk di Tanah Melayu.

Selain itu, permuafakatan antara British dan Belanda juga merupakan salah satu faktor yang membawa kepada termenterainya Perjanjian Inggeris Belanda yang menyaksikan British berjaya meluaskan pengaruhnya di Negeri-negeri Melayu tanpa halangan daripada pihak Belanda.

3. Kesimpulan

British meluaskan kuasanya di Negeri-negeri Melayu melalui pelbagai cara iaitu perjanjian, peperangan , tipu helah dan juga permuafakatan British dan Belanda. Peluasan kuasa ini membolehkan British melaksanakan pelbagai perubahan di Negeri-negeri Melayu dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Perubahan yang berlaku ini akhirnya telah membawa kepada penentangan masyarakat tempatan terhadap pemerintahan British seperti yang berlaku di Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu dan sebagainya.

(14)

14 5. Pentadbiran British di Sarawak dan Sabah dari tahun 1850 hingga tahun 1915 telah menimbulkan reaksi masyarakat peribumi di kedua-dua negeri tersebut. Bincangkan.

Pengenalan

1. Setelah menjadi raja Sarawak, James Brooke telah melaksanakan beberapa pembaharuan di Sarawak tetapi bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat Sarawak. Pembaharuan-pembaharuan yang dilaksanakan oleh Brooke telah menimbulkan perasaan tidak puas hati pembesar wilayah kerana kedudukan mereka terjejas. Lantaran itu, mereka berusaha untuk menghalau Brooke keluar dari Sarawak.

2. Di Sabah pula, Syarikat Borneo Utara British (SBUB) yang menguasai Sabah telah melaksanakan banyak perubahan di Sabah. Pembaharuan-pembaharuan yang dilaksanakan oleh SBBU ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati masyarakat tempatan terutamanya pembesar kerena mereka telah kehilangan hak dan kedudukan istimewa. Pembesar-pembesar yang tidak puas hati telah mengetuai penentangan terhadap pentadbiran SBBU di Sabah.

Penentangan di Sarawak

1. Penentangan Rentap (1853)

i) Rentap atau nama sebenarnya Libau merupakan seorang pahlawan Iban yang terkenal dengan gelaran Raja Darat. Beliau merupakan penghulu atau ketua orang Iban yang amat dihormati dan berpengaruh di hulu Sungai Sekrang.

ii) Rentap menentang pemerintahan James Brooke di Sarawak kerana James Brooke menganggap orang-orang Iban yang mendiami kawasan di sepanjang Sungai Rejang sebagai lanun dan amat membahayakan. Beliau juga menentang tindakan James Brooke yang berusaha untuk menghapuskan Adat Mengayau ataupun pemburuan kepala yang merupakan amalan tradisi orang Iban di Sarawak.

iii) Pada tahun 1853, Rentap telah melancarkan serangan ke atas kubu British di Sekrang dan menyebabkan seorang pegawai British iaitu Alan Lee terbunuh. Kejayaan ini menyebabkan kedudukan dan pengaruh Rentap dalam kalangan orang Iban semakin kukuh.

(15)

15

iv) Pada tahun 1854, pihak British telah mengarahkan tenteranya mencari dan menangkap ataupun membunuh Rentap. Ini menyebabkan Rentap dan pengikut-pengikutnya melarikan diri dan membina kubu di Bukit Sadok.

v) Tentera British yang diketuai oleh Charles Brooke telah melancarkan beberapa serangan ke atas kubu Rentap di Bukit Sadok tetapi gagal menawannya. Pada tahun 1861, Charles Brooke dan tenteranya telah berjaya mengalahkan Rentap serta menawan kubunya di Bukit Sadok.

vi) Rentap dan pengikutnya telah melarikan diri ke Hulu Sungai Entabai dan meneruskan perjungannya menentang pemerintahan Brooke di Sarawak sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 1870-an.

2. Penentangan Sharip Masahor dan Dato Patinggi Abdul Ghapur (1859)

i. Sharip Masahor merupakan pembesar atau gabenor Sarikei sejak tahun 1849. Mereka amat berpengaruh dalam kalangan orang-orang Malanau dan Iban.

ii. Sharip Masahor tidak puas hati apabila James Brooke bertindak meletakan Sarikei di bawah pentadbirannya, Brooke membina kubu di Kanowit di bawah pengawalan seorang pegawai British dan melucutkan jawatannya sebagai gabenor Sarikei pada tahun 1855 atas alasan beliau campur tangan dalam pertelingkahan di Mukah dan digantikan oleh Charles Fox.

iii. Sementara Dato Patinggi Abdul Ghapur pula merupakan seorang pembesar Melayu yang memegang jawatan Dato Patinggi di Bandar Kucing. Beliau telah dilucutkan jawatan dan pangkat oleh James Brooke pada tahun 1854 atas alasan mengenakan cukai yang tinggi ke atas penduduk Bandar Kucing. Justeru itu, beliau menyimpan dendam terhadap pemerintahan Brooke.

iv. Pada tahun 1859, Sharip Masahor telah mengadakan pakatan dengan Dato Patinggi Abdul Ghapur bagi menghapuskan pengaruh British di Sarawak. Pakatan Sharip Masahor dan Dato Patinggi Abdul Ghapur telah menyerang Kanowit dan menyebabkan dua orang pegawai British termasuk Charles Fox telah terbunuh.

v. Kejayaan ini menyebabkan Sharip Masahor dan Dato Patinggi Abdul Ghapur merancang untuk menyerang Pontianak dan menghapuskan semua orang Belanda seterusnya mara ke Kucing untuk menmusnahkan pusat pentadbiran British di Bandar Kucing.

vi. Malangnya rancangan ini diketahui oleh Brooke, sementara Dato Patinggi Abdul Ghapur pula ditawan oleh Belanda dan dipenjarakan di Betawi.

(16)

16

vii. Pada tahun 1860, Sharip Masahor mara ke Bandar Kucing dan bertembung dengan tentera British yang dipimpin oleh Charles Brooke di Sungai Sadong. Satu pertempuran telah meletus di Sungai Sadong.

viii. Sharip Masahor telah tewas dan melarikan diri ke Batang Lupar, Rejang dan akhirnya Sarikei. Tentera British yang dipimpin oleh Charles Brooke telah menyerang dan memusnahkan Igan iaitu kampung asal Sharip Masahor di Sarikei.

ix. Sharip Masahor telah melarikan diri ke Mukah pada tahun 1861. Satu rundingan telah diadakan antara James Brooke dengan Sultan Brunei. Melalui rundingan ini, Sultan Brunei meminta Sharip Masahor meninggalkan Mukah. Sharip Masahor akhirnya bersetuju menjadi orang buangan di Singapura sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 1890.

3. Penentangan Banting (1895)

i. Banting merupakan penghulu orang-orang Iban du Hulu Sungai Batang Lupar.

ii. Beliau menentang Brooke di Sarawak apabila Brooke cuba menghapuskan amalan tradisi orang-orang Iban di Sarawak dan tindakan kerajaan mengenakan denda terhadap beliau sebanyak RM 7.20 sen kerana membawa masuk Tajau dan perkakas tembaga ke Sarawak tanpa membayar cukai.

iii. Bagi menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap kerajaan Brooke, pada tahun 1895, Banting telah menyerang perkampungan Dayak di Sukong dan menyebabkan 10 orang terbunuh.

iv. Akibat serangan tersebut Charles Brooke telah berusaha untuk menangkap Banting antara tahun 1896-1902 tetapi gagal.

v. Banting telah berjuang menentang pemerintahan Brooke di Sarawak selama 15 tahun. Akhirnya pada tahun 1904, Banting telah berjaya dikalahkan oleh tentera British dalam pertempuran ‘Bung-Ka’.

vi. Menjelang bulan Mac 1906, pengaruh dan kuasa Banting semakin lemah. Banting akhirnya berjanji akan menghentikan penentangan terhadap pemerintahan Brooke di Sarawak dan bersetuju membayar semua denda yang dikenakan terhadapnya.

vii. Banting dan pengikutnya telah berpindah ke sungai Lemboyan di Hulu Sungai Delok dan menetap di situ sehingga akhir hayatnya.

(17)

17 Penentangan di Sabah

1. Penentangan Mat Salleh (1897)

i. Mat Salleh atau nama sebenarnya Muhammad Salleh telah dilahirkan di Inanam, Sabah dan berketurunan Bajau Suluk. Beliau merupakan pembesar yang mentadbir kawasan atau daerah Hulu sungai Sugut.

ii. Beliau menentang pentadbiran Syarikat Borneo Utara British (SBUB) di Sabah apabila SBUB bertindak :

a) Menggabungkan semua wilayah dan sistem politik yang berbeza di Sabah dalam satu pentadbiran pusat.

b) Memperkenalkan beberapa peraturan baru di Sabah seperti mengenakan cukai yang tinggi, membayar upah yang rendah dan mengambil alih hak pemungutan cukai beliau.

c) Campurtangan dalam daerah pentadbirannya (Inanam).

iii. Pada tahun 1897, Mat Salleh dan pengikutnya menyerang dan memusnahkan pusat pentadbiran SBUB di Pulau Gaya. SBUB bertindak balas menyerang dan memusnahkan Inanam. Mat Salleh dan pengikutnya melarikan diri dan membina kubu di Ranau tetapi berjaya dimusnahkan oleh SBUB. Mat Salleh berjaya melarikan diri.

iv. SBUB bimbang terhadap penentangan yang dilakukan oleh Mat Salleh. Akhirnya satu pertemuan telah diadakan antara Mat Salleh dengan pengarah SBUB iaitu William Cowie di Manggatal pada tahun 1898. Dalam pertemuan itu, SBUB bersetuju memberi pengampunan kepada Mat Salleh dan pengikutnya. Mat Salleh dibenarkan menetap dan berkuasa di Tambunan.

v. Walau bagaimanapun SBUB telah mungkir janji dan bertindak mengambil semula Tambunan pada tahun 1899. Tindakan SBUB ini telah menimbulkan kemarahan Mat Salleh. Mat Salleh dan pengikutnya telah meneruskan perjuangan menentang pentadbiran SBUB di Sabah. Pada tahun 1900, satu pertempuran sengit telah tercetus antara Mat Salleh dan pengikutnya dengan tentera SBUB. Dalam pertempuran ini, Mat Salleh telah terbunuh.

2. Penentangan Antanum (1915)

i. Antanum merupakan ketua suku Murut di Sabah yang menganggap dirinya suci dan mendakwa boleh menghalau SBUB keluar dari kawasan mereka.

ii. Penentangan kaum Murut yang dipimpin oleh Antanum terhadap pentadbiran SBUB di Sabah juga dikenali sebagai Kebangkitan Rundum. Penentangan ini dikenali sebagai Kebangkitan Rundum kerana tercetus di daerah Rundum yang terletak di pedalaman Sabah.

(18)

18

a) Memperkenalkan sistem pendaftaran hak milik tanah bagi menyekat kegiatan pertanian pindah.

b) Mengawal kegiatan membuat tapai dengan cara mengenakan cukai ke atas beras dan ubi kayu yang merupakan makanan utama orang Murut.

c) Mengenakan cukai ke atas tanah 50 sen seeker setahun.

d) Memaksa orang Murut membina jalan di kawasan pedalaman tanpa membayar gaji.

iv. Pada bulan Jun 1914, Antanum telah mempmpin orang Murut menyerang dan membakar Pensiangan dan Rundum. Pada bulan Februari 1915, Antanum bersama-sama dengan 900 orang pengikutnya telah membina kubu di Selangit. Mereka telah menyerang dan memusnahkan Pensiangan dan pejabat pegawai daerah Rundum. Antanum menyifatkan serangan tersebut sebagai Perang Agama.

v. Pada bulan April 1915, pasukan tentera SBUB telah melancarkan serangan dan memusnahkan kubu Antanum di Selangit. Dalam serangan ini, Antanum bersama-sama 400 orang pengikutnya telah terbunuh. Sementara pengikut-pengikut Antanum yang terselamat dalam pertempuran tersebut telah berpindah beramai-ramai ke Kalimantan.

Kesimpulan

i. Kegagalan penentangan kaum peribumi Sarawak menentang pemerintahan Brooke menyebabkan kedudukan Brooke semakin kukuh di Sarawak. Brooke telah diiktiraf oleh pembesar Melayu sebagai wakil yang sah yang dilantik oleh Sultan Brunei.

ii. Sementara kegagalan penentangan Mat Salleh dan Antanum di Sabah menyebabkan kedudukan SBUB di Sabah semakin kukuh.

6. Huraikan kesan perkembangan ekonomi kolonialisme di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Ke – 2.

Pendahuluan

British secara beransur-ansur mula mengubah corak ekonomi Tanah Melayu daripada pertanian sara diri kepada kegiatan ekonomi bercorak komersial. Ekonomi berkembang pesat tetapi kegiatan ekonomi Tanah Melayu tidak dipelbagaikan. Tumpuan hanya diberi kepada dua jenis komoditi sahaja iaitu bijih timah dan getah sebagai

(19)

19

sumber hasil pendapatan yang utama. Perkembangan ekonomi kolonial seperti perusahaan bijih timah dan getah bukan sahaja menandakan bermulanya perubahan dari segi politik tetapi juga bidang ekonomi dan sosial.

Isi

1. Kesan Politik

Kesan perkembangan ekonomi kolonialisme di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia ke-2 dari segi politik menerusi dasar pecah dan perintah. Perkembangan ekonomi kolonialisme menyebabkan orang Cina menjalankan kegiatan ekonomi sebagai pelombong manakala orang India bekerja sebagai buruh di lading getah. Sementara itu, orang Melayu kekal sebagai nelayan dan petani di kawasan luar bandar. Dasar pecah dan perintah British juga terdapat dalam petempatan. Orang Cina tinggal di kawasan lombong bijih timah. Kawasan lombong ini, kemudiannya berkembang menjadi bandar seperti Ipoh, Taiping , Kuala Lumpur dan Seremban.

Manakala orang India pula tinggal di kawasan ladang getah, terpencil daripada orang Melayu dan orang Cina. Sementara itu, orang Melayu pula tinggal di kampung dan pinggir bandar. Petempatan yang berbeza ini menyebabkan mereka tidak dapat berhubung antara satu sama lain. Dasar pecah dan perintah British juga dapat dilihat dari segi perbezaan agama. Setiap kaum mengamalkan agama yang berbeza. Orang India dan orang Cina membina rumah ibadat di kawasan petempatan masing-masing. Orang Melayu beragama Islam, orang India sebahagian besarnya beragama Hindu dan orang Cina beragama Buddha.

2. Kesan Sosial

Perkembangan ekonomi kolonialisme telah membawa kesan dalam sosial iaitu pendidikan dan sosio budaya. Dari segi pendidikan, penjajah telah memperkenalkan pendidikan verna

kular. Pendidikan berbeza mengikut kaum. Misalnya, sekolah Cina untuk orang Cina termasuk buku dan guru dibawa masuk dari negara China. Hampir semua sekolah Cina dibina di kawasan perlombongan yang kemudiannya telah berkembang menjadi bandar. Manakala sekolah Tamil pula dibina untuk anak-anak buruh yang tinggal di kawasan lading getah. Sama seperti sekolah Cina, buku dan guru juga dibawa masuk dari negara India khususnya dari India Selatan. Sementara itu, pendidikan Melayu adalah untuk anak-anak dan orang-orang Melayu khususnya di kawasan kampung. Petempatan sekolah mengikut kawasan dan kaum telah mewujudkan masyarakat berbilang kaum yang merupakan kesan daripada ekonomi kolonialisme.

(20)

20

Dalam pada itu, dari segi sosio budaya pula, kesan perkembangan ekonomi kolonialisme ialah kaum Cina, India dan Melayu mengamalkan cara hidup yang berbeza dengan mengekalkan cara berpakaian, bahasa, adat resam serta makanan masing-masing. Hal ini seterusnya telah mewujudkan pertubuhan di kawasan petempatan masing-masing dan kegiatannya berdasarkan kepentingan kaum masing-masing. Akibatnya, masyarakat Cina, India dan Melayu hidup sebagai sebuah masyarakat tersendiri dan terpisah.

3. Kesan Ekonomi

Kesan perkembangan ekonomi kolonialisme dari segi ekonomi ialah perkembangan bijih timah dan getah. Dua komoditi ini telah menjadi sumber ekonomi negara pada masa itu. Kesannya ekonomi negara telah berubah daripada ekonomi sara diri kepada ekonomi komersial dan seterusnya Tanah Melayu telah terlibat dengan perdagangan antarabangsa. Perkembangan ekonomi komersial ini telah membawa kepada wujudnya masyarakat berbilang kaum yang mempunyai jurang ekonomi yang ketara . Contohnya, orang Cina yang telah terlibat dalam kegiatan perlombongan menikmati kesan perkembangan ekonomi negara sedangkan orang Melayu pula masih kekal dengan kegiatan sara diri dan terus terpisah daripada ekonomi moden. Ini telah mewujudkan jurang pendapatan dan taraf hidup yang berbeza-beza dalam kalangan masyarakat negara ini.

Kesimpulan

Pendudukan Jepun telah menjejaskan ekonomi kolonialisme iaitu pengeluaran bijih timah dan getah. Keadaan ini disebabkan Jepun lebih menekankan ekonomi sara diri yang turut memberi kesan kepada perkembangan politik, ekonomi dan sosial di Tanah Melayu.

7. Bincangkan perkembangan pendidikan kolonial di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia ke-2. Pengenalan

Penglibatan British di Negeri-negeri Selat (NNS) telah mengakibatkan perkembangan sistem pendidikan kolonial secara beransur-ansur di NNS. Penubuhan sekolah-sekolah sekular di NNS adalah atas daya usaha mubaligh-mubaligh Kristian, badan-badan awam dan orang-orang perseorangan. Mulai pertengahan abad ke-19, sistem pendidikan sekular ini telah diperluaskan ke Negeri-negeri Melayu Bersekutu ( NNMB) selepas British

(21)

21

campur tangan pada tahun 1874. Di NNMB, terdapat empat aliran pendidikan yang berlainan iaitu aliran Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris. Pada peringkat awal, British membiarkan setiap aliran pendidikan tanpa sebarang campur tangan. Justeru itu, wujudlah sistem persekolahan yang terpisah antara satu sama lain.

Isi- Isi Penting

Pendidikan Aliran Melayu

Salah satu aliran pendidikan kolonial yang terdapat di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia ke-2 ialah pendidikan Melayu sekular. Pendidikan aliran Melayu sekular telah diperkenalkan oleh British pada pertengahan abad ke-19. Sebelum ini pendidikan Melayu adalah berbentuk agama. Oleh kerana kurikulum sekolah aliran Melayu terpisah daripada pelajaran agama, sambutan ibubapa Melayu di peringkat awal adalah dingin. Pada awal abad ke-20, sikap ibubapa Melayu terhadap pendidikan Melayu sekular telah mengalami perubahan. Ini jelas terbukti dengan bertambahnya bilangan sekolah aliran Melayu sekular di NNMB daripada 168 buah pada tahun 1898 kepada 266 buah pada tahun 1907.

Sebelum tahun 1941, pendidikan untuk orang Melayu hanya terhad di peringkat rendah sahaja yang bertujuan membolehkan orang Melayu mengira dan mengenal huruf. Pendidikan yang diberikan hanya sekadar untuk melatih mereka menjadi petani dan nelayan yang lebih baik sedikit daripada ibubapa mereka. Kedudukan seperti ini memang menjadi dasar dan matlamat British yang ingin memelihara cara hidup tradisional orang Melayu dan mengekalkan kestabilan politik Tanah Melayu dengan cara tidak memberikan pendidikan yang berlebihan. Satu-satunya peluang untuk orang Melayu melanjutkan pelajaran ialah dengan cara memasuki maktab-maktab perguruan. Namun begitu, peluang tersebut tidaklah terbuka kepada semua pelajar.

Pada awal abad ke- 20, kerajaan British telah meluluskan beberapa enakmen yang mewajibkan kanak-kanak lelaki Melayu berumur 7 hingga 14 tahun bersekolah sekurang-kurangnya setengah tahun jika tempat tinggal mereka dalam lingkungan 2 hingga 3 kilometer dari sekolah. Enakmen ini telah menggalakkan perkembangan pesat pendidikan aliran Melayu. Bagi meningkatkan mutu pengajaran di sekolah-sekolah aliran Melayu, kerajaan British telah menubuhkan beberapa buah maktab latihan perguruan seperti Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) di Tanjung Malim, Perak pada tahun 1922.

Pendidikan Aliran Cina

Selain sekolah aliran Melayu sekular, pendidikan aliran Cina secara formal di Tanah Melayu telah dibuka dan diselenggarakan oleh masyarakat Cina sendiri. Golongan yang mempelopori pendidikan aliran Cina di Tanah Melayu ialah golongan mubaligh Kristian. Pendidikan aliran Cina di Tanah Melayu sebelum tahun 1900 adalah berasaskan pendidikan tradisional yang dilaksanakan di Negara China. Selepas tahun 1900, sistem pendidikan aliran Cina di Negeri-Negeri Melayu telah berubah selaras dengan perkembangan di China. Pendidikan aliran China di Tanah Melayu telah berkembang pesat akibat pengaruh tokoh-tokoh pembaharuan China seperti Kang Yu Wei dan Dr Sun Yat Sen. Banyak sekolah campuran dan sains moden barat telah dibuka di Tanah Melayu dan Singapura. Antara tahun 1911 hingga 1919, terdapat kira-kira 50 buah sekolah aliran Cina di Tanah Melayu. Guru-guru dan buku teks dibawa dari Negara China. Pada tahun 1920, Bahasa Mandarin telah dijadikan bahasa pengantar di kebanyakan sekolah Cina. Ini selaras dengan perkembangan di Negara China di mana bahasa Mandarin telah dijadikan bahasa kebangsaan. Sekolah aliran Cina mempunyai pendidikan

(22)

22

peringkat rendah selama 6 tahun, peringkat menengah rendah 3 tahun dan peringkat menengah atas selama 3 tahun.

Pada peringkat awal British membiarkan sekolah-sekolah aliran Cina berkembang dengan bebas. Selepas Perang Dunia Pertama, sekolah-sekolah aliran Cina semakin jelas menjadi pusat dakyah politik. Ini kerana sekolah-sekolah aliran Cina telah mula diresapi oleh agen-agen komunis dari Negara China. Pada tahun 1920, kerajaan British telah meluluskan satu undang-undang pelajaran untuk mengawal sekolah Cina. Pada tahun 1923, kerajaan British mula memberi bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah aliran Cina di Tanah Melayu.

Pendidikan Aliran Tamil

Seterusnya pendidikan aliran Tamil mula berkembang akibat kemasukan orang-orang India yang semakin ramai kesan perkembangan perusahaan getah. Kebanyakan sekolah –sekolah Tamil ditubuhkan hasil usaha persendirian. Mereka menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar. Sementara itu, British menganggap pendidikan untuk anak-anak buruh India yang berhijrah masuk ke Tanah Melayu adalah tidak perlu. Pada tahun 1905, terdapat 13 buah sekolah Tamil kerajaan dan 4 buah sekolah Tamil persendirian di NNMB. Pada tahun 1923, kerajaan British telah meluluskan satu undang-undang yang memaksa pihak pengurusan ladang mendirikan sebuah sekolah sekiranya terdapat lebih daripada 10 orang anak buruh Tamil yang berumur antara 7 hingga 14 tahun. Sekolah-sekolah ini hendaklah dibiayai oleh pihak pengurusan ladang dengan sedikit bantuan dari kerajaan.

Sekolah-sekolah Tamil di ladang hanya memberi pelajaran peringkat rendah sahaja selama 4 hingga 5 tahun. Buku-buku teks dibawa dari India. Mutu pendidikan adalah rendah. Keadaan sekolah keseluruhannya tidak memuaskan dari segi bangunan,kemudahan dan guru. Sementara itu, persatuan-persatuan orang India menubuhkan beberapa buah sekolah Tamil di bandar yang mana mutu pendidikannya lebih tinggi daripada sekolah Tamil di ladang. Pada tahun 1930an, kerajaan British mula mengawal sekolah-sekolah aliran Tamil. Seorang Nazir berbangsa Eropah telah dilantik pada tahun 1930. Pada tahun 1932, kerajaan British mula memberi bantuan kewangan kepada sekolah aliran Tamil.

Pendidikan Aliran Inggeris

Pendidikan yang diberi keutamaan oleh kerajaan British ialah pendidikan aliran Inggeris. Kebanyakan sekolah aliran Inggeris ditubuhkan oleh mubaligh-mubaligh Kristian dan badan –badan awam. Sekolah Inggeris yang pertama di Tanah Melayu ialah Penang Free School yang ditubuhkan pada tahun 1816. Antara sekolah aliran Inggeris lain yang ditubuhkan oleh persatuan mubaligh ialah Sek Lelaki Methodist Kuala Lumpur dan Sek St. John Kuala Lumpur untuk murid lelaki dan Sek. Perempuan Bukit Bintang dan Sek. Convent Kuala Lumpur untuk murid perempuan. Pada tahun 1905, kerajaan British telah menubuhkan Maktab Melayu Kuala Kangsar untuk anak-anak raja dan pembesar-pembesar Melayu.

Pendidikan aliran Inggeris terdiri dari peringkat rendah dan menengah. Sekolah aliran Inggeris adalah berorientasikan Barat, mengikut model sekolah-sekolah di England. Buku teks dan guru-guru telah diambil dari Britain ataupun tanah jajahan British seperti India. Kurikulum boleh dikatakan benar-benar memberi tumpuan

(23)

23

kepada barat terutamanya Britain. Pelajar-pelajar lulusan sekolah aliran Inggeris biasanya diterima bekerja di jabatan-jabatan kerajaan dan firma-firma sebagai kerani, juruteknik dan lain-lain. Mereka yang mendapat keputusan cemerlang berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi seperti Maktab Perubatan King Edward V11 di Singapura atau melanjutkan pelajaran ke England.

Kesimpulan

Kesimpulannya, antara tahun 1874 hingga 1941, dasar kolonialisme British telah menyebabkan pendidikan aliran Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris telah berkembang secara berasingan di Tanah Melayu. Kewujudan sistem persekolahan yang berbeza ini telah menyulitkan usaha untuk memupuk perpaduan antara kaum di Tanah Melayu khususnya selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

8. “Kekayaan sumber ekonomi telah mendorong penghijrahan beramai-ramai buruh asing dari China dan India ke Tanah Melayu pada abad ke-19.” Bincangkan pernyataan ini.

Pendahuluan

Pada pertengahan abad ke-19, buruh asing dari China dan India mula dibawa masuk ke Tanah Melayu secara beramai-ramai disebabkan faktor ekonomi dan faktor-faktor lain.

Isi-isi penting

(a) Kekayaan sumber ekonomi di Tanah Melayu

- Perkembangan perusahaan bijih timah, getah, dan sektor perladangan Iain telah mempengaruhi kemasukan buruh asing dari China dan India ke Tanah Melayu.

- Harga bijih timah yang tinggi di pasaran dunia mengakibatkan pembukaan lebih banyak lombong bijih timah seperti di Larut, Resah, dan Kuala Lumpur.

- Pada awal abad ke-20. perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu telah meningkatkan keperluan tenaga buruh.

- Permintaan dunia terhadap getah telah meningkat akibat kemunculan perusahaan kereta. - Keengganan orang Melayu untuk bekerja di ladang getah telah mengakibatkan buruh India

dibawa masuk secara beramai-ramai ke Tanah Melayu bagi memenuhi keperluan tenag kerja

- Kemajuan pertanian di Johor pada pertengahan abad ke-19 juga telah menggalakkan kemasukan orang Cina untuk bekerja di ladang lada hitam dan gambir.

(b) Kesengsaraan dan tekanan sosioekonomi di negara asal

- Pertambahan pesat penduduk di China menyebabkan keluasan tanah untuk aktiviti pertanian semakin terhad. Keadaan ini menyebabkan pengeluaran hasil makanan berkurangan hingga

(24)

24

menyebabkan berlakunya kebuluran.

- Selain itu, bencana alam yang sering melanda dan kadar cukai yang tinggi menyebabkan kehidupan penduduk di China semakin sengsara.

- Sistem sosial yang diamalkan di India pula telah mendorong orang India yang berkasta rendah berhijrah ke Tanah Melayu.

- Ini kerana mereka yang berasal daripada kasta rendah dipandang hina sehingga menghalang berlakunya mobiliti sosial dan ekonomi.

(c) Ketidakstabilan politik di China dan India

- Pemerintahan dinasti Manchu ditentang oleh penduduk China Selatan sehingga

mengakibatkan berlakunya banyak pemberontakan terhadap kerajaan seperti Pemberontakan Taiping, Muslim, dan Nien.

- Keadaan politik yang kacau-bilau ini mengancam nyawa dan harta penduduk. Keadaan ini mendorong orang Cina untuk berhijrah ke luar.

- Ketidakstabilan politik yang hampir serupa juga berlaku di India, contohnya peristiwa Dahagi India yang berlaku pada tahun 1857.

(d) Kestabilan politik di Tanah Melayu

- Dengan pelaksanaan Sistem Residen. pihak British telah berjaya memulihkan keamanan di Perak, Selangor, dan Sungai Ujong.

- Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896 telah mewujudkan kerajaan pusat yang kuat dan berjaya menjamin kestabilan politik.

(e) Dasar dan galakan British

- British menggalakkan penghijrahan orang India untuk bekerja di sektor perladangan dan

perkhidmatan kerajaan. Manakala orang Cina diperlukan bagi tujuan membangunkan dasar ekonomi kolonial British.

- Orang Punjabi juga dibawa masuk bagi memenuhi sektor perkhidmatan seperti pasukan polis dan keselamatan, manakala buruh dari India Selatan digalakkan untuk memenuhi

keperluan tenaga dalam pembinaan jalan raya dan landasan kereta api.

Kesimpulan

- Kemajuan ekonomi Tanah Melayu, kestabilan politik, dan galakan kerajaan British pula telah mempengaruhi kemasukan buruh asing ke Tanah Melayu.

- Kesengsaraan dan tekanan sosioekonomi serta ketidakstabilan politik yang dihadapi merupakan antara sebab penghijrahan keluar penduduk dari negara asal mereka.

(25)

25 9. Huraikan Faktor-faktor kemunculan gerakan nasionalisme di Tanah Melayu

Pendahuluan

- Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan negara yang membawa kepada gerakan membebaskan tanah air. Nasionalisme tidak hanya terhad kepada pembebasan kuasa politik sahaja, tetapi juga pembebasan daripada cengkaman ekonomi dan budaya asing.

- Gerakan nasionalisme di tanah melayu adalah sama dengan gerakan di negara asia lain (kecuali thailand). Gerakan ini merupakan satu tindak balas terhadap penjajahan asing. Gerakan nasionalisme lazimnya dikaitkan dengan hasrat untuk menegakkan nilai dan institusi-institusi yang dapat mencerminkan konsep negara yang bebas dan berdaulat.

Isi-isi penting

1. Pengaruh Agama Islam

- Peranan agama islam sebagai penggerak kepada gerakan kesedaran orang Melayu tidak boleh dinafikan. Pada awal kurun ke-20, semangat kebangsaan dibangkitkan oleh golongan pelajar yang mendapat pendidikan di Timur Tengah, khususnya di Mesir. Pelajar yang menuntut di Universwiti Al-Azhar telah terpengaruh dengan idea pemulihan Islam yang dibawa oleh Sayid Jamaluddin Al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh. Mereka memulakan Gerakan Islah setelah kembali ke Tanah Melayu. Golongan ini dikenali sebagai Kaum Muda.

- Idea pembaharuan Kaum Muda itu disebar melalui majalah Al-Imam. Melalui majalah ini orang Melayu mulai sedar akan kepentingan pendidikan dan ekonomi mereka.

2. Peranan Bahasa dan Kesusasteraan

- Golongan nasionalis di Tanah Melayu menggunakan bahasa dan kesusasteraan, sama ada dalam bentuk cerpen, novel, puisi atau syair untuk membangkitkan semangat kebangsaan dalam kalangan orang Melayu. Melalui kesusasteraan penulis berusaha menyedarkan orang Melayu tentang kemunduran dan membangkitkan semangat mereka untuk bersatu padu.

- Contohnya, Syed Syeikh al-Hadi dalam novelnya yang terkenal, iaitu Hikayat Faridah Hanum memperjuangkan emansipasi wanita. Selain itu, Ishak Haji Muhammad dalam cerpennya, iaitu Rumah Besar Tiang Seribu dan juga melalui novel beliau, iaitu Putera Gunung Tahan. Hal ini kerana, sikap anti-penjajahan Ishak Haji Muhammad dapat di lihat melalui penceritaan beliau tentang kelemahan pemimpin Melayu dan ketidakjujuran British dalam pemerintahandi negeri-negeri Melayu.

(26)

26 3. Pengaruh Kewartawanan

- Pada tahun 1990-an dan 1930-an, bilangan akhbar dan majalah semakin bertambah kerana masyarakat Melayu sedar akan kepentingan media cetak sebagai alat pembuka fikiran.Melalui majalah Al-Imam, Kaum Muda menjelaskan perjuangan mereka.

- Antara akhbar dan majalah Melayu yang membincangkan gerakan politk orang Melayu ialah Idaran Zaman, Saudara, Warta Malaya, dan Majlis. Semua akhbar ini memperdebatkan soal penubuhan persatuan Melayu, dasar desentralisasi, dan Malayan Union. Majlis merupakan akhbar kebangsaan yang pertama memeinkan peranan penting dalam membangkitkan kesedaran dan mendesak orang Melayu agar bergiat cergas dalam pergerakan politik.

4. Peranan Pendidikan

- Perkembangan pendidikan telah melahirkan golongan intektual yang memainkan Melayu pada awal abad ke-20. Sistem pendidikan agama, Sistem pendidikan ini dikenali sebagai sistem pondok. Pondok memainkan peranan penting sebagai pusat pendidikan dalam kalangan masyarat Melayu. Selepas tamat pengajian di pondok, ramai orang akan melanjutkan pendidikan ke Timur Tengah, sama ada di Makkah atau di Mesir. Semasa di Timur Tengah mereka dipengaruhi oleh Gerakan Reformis Islam yang dianjurkan oleh Syeikh Muhammad Abduh, pensyarah Universiti Al-Azhar.

- Sistem pendidikan Inggeris. Perkembangan sistem pendidikan Inggeris di Tanah Melayu dan Singapura telah melahirkan golongan intelektual berpendidikan Inggeris. Mereka yang berada di Singapura mendapat pendidikan Inggeris khasnya di Raffles Instituation. Antara tokoh yang mendapat pendidikan Inggeris ialah Raja Chulan dan Mohammad Eunos Abdullah. Beliau merupakan ahli majlis mesyuarat Negeri-negeri selat dan Raja Chulan merupakan ahli Majlis Perundangan Persekutuan. Mereka menngunakan peluang yang ada dalam sistem pentadbiran dan perundangan untuk menuntut hak orang Melayu dalam bidang ekonomi, pendidikan, dan pentadbiran.

- Sistem pendidikan Melayu. Pada abad ke-20, sekolah Melayu di Tanah Melayu mula berkembang dan

menyebabkan kekurangan tenaga pengajar. Untuk memenuhi kekurangan ini pihak British telah menubuhkan Maktab Perguruaan Sultan Idris (MPSI) pada tahun 1922.MPSI telah menjadi tempat perkumpulan dan pertemuan golongan intelektual Melayu. Pergaulan dan perbincangan mereka telah membangkitkan kesedaran ingin memajukan dan memperbaiki nasib orang Melayu. Pensyarah-pensyarah di MPSI telah menyemarakkan semangat dan keazaman ini

5. Peranan Golongan Intelektual

i. Golongan intelektual berpendidikan Timur Tengah

- Al-Imam yang mula-mula sekali meniupkan seruan dakwa Islamiadi Tanah Melayu tidak mungkin muncul tanpa sokongan serta idea tokoh yang mempelopori Gerakan Isla. Golongan intelektual ini yakin

(27)

27

bahawa umat Islam masih boleh diselamatkan sekiranya diberipetunjuk pada hakikat ajaran Islam yang sebenar berdasarkan apa yang termaktub dalam al Quran dan Hadis.

- Kaum Muda menggesa mengwujudkan sistem pendidikan agama yang lebih liberal dengan memasukan bahasa Inggeris dan mata pelajaran moden di samping bahasa Arab. Gerakan Isla oleh Kaum Muda hanya dapat berkembang di Negeri-negeri Selat kerana undang-undang dikeluakan di Negeri-negeri Melayu untuk menghalang pengaruh Kaum Muda.

- Pada pertengahan abad ke -20, perjuangan golongan ini semakin pudar. Perjuangan nasionalisme telah diambil alih oleh golongan inteleliktual berpendidikan Inggeris danMelayu.

ii. Golongan Intelektual Berpendidikan Inggeris

- Golongan Intelektual Berpendidikan Inggeris muncul apabila orang Melayu bimbang penguasaan ekonomi olah bangsa asing. Golongan ini bersikap sederhana dan sanggup berkerjasama dengan penjajah.

- Sebagai langkah ke arah kesedaran tentang perlunya orang Melayu bersatu mempertahankan hak-hak mereka, Mohammad Eunos Abdullah menubuhkan Kesatuan Melayu Singgapura(KMS).

iii. Golongan Intelektual Berpendidikan Melayu

- Golongan ini lebih redikal jika dibandingkan dengan golongan berpendidikan Timur Tengah dan Inggeris. Kewujudan golongan redikal ini telah menyebabkan perjuangan orang Melayu antara tahun 1937-1941 berubah corak daripada sederhana kepada berunsur politik dan agresif.

- Golongan ini menyedari perlunya sumbangan tenaga dan fikiran mereka untuk menydarkan bangsa Melayu. Golongan ini berkerjasama dengan Jepun semasa Perang Dunia Kedua dengan harapan Jepun dapat membebaskan tanah air mereka dari penjajahan British.

Penutup

- Menjelang awal abad ke-20, berlaku berpendudukan di Tanah Melayu, iaitu penghijraan beramai-ramai imigran Cina dan India akibat perkembanganekonomi Tanah Melayu yang pesat.

- Pada masa yang sama, beberapa peristiwa yang berlaku di dunia turut membangkitkan kesedaran bangsa Melayu tentang kemunduran mereka.

10. Nilaikan perjuangan Kaum Muda dalam nasionalisme di Tanah Melayu pada awal abad ke-20. Pendahuluan

Nasionalisme merujuk kepada perasaan cinta akan bangsa dan tanah air kerana keinginan untuk membebaskan tanah air daripada penguasaan asing, menebus maruah bangsa serta menentukan masa depan sesebuah Negara. Kaum Muda dirujuk kepada golongan yang memperjuangkan Islah Islamiyyah di Tanah

(28)

28

Melayu. Gerakan ini telah terpengaruh dengan gerakan Islah Islamiyyah di Asia Barat. Gerakan di Tanah Melayu dipopularkan oleh Syed Syeikh al-Hadi dan Syeikh Tahir Jalaluddin Pada awal abad ke-20 golongan ini membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan penduduk Tanah Melayu.

Isi

1 Perjuangan Kaum muda melalui Gerakan Pemulihan Islam sebagai titik tolak perkembangan gerakan nasionalisme di Tanah Melayu. Perjuangan mereka dapat di kesan dalam penerbitan majalah dan akhbar. Di antaranya ialah – Al-Imam, Neracha,

Idaran Zaman dan Pengasuh. Al-Imam digunakan untuk menonjolkan idea-idea Kaum Muda

2. Di samping itu Kaum Muda menggunakan masjid dan madrasah dalam memantapkan perjuangan mereka . Tempat-tempat ini digunakan untuk mengadakan ceramah dan perbincangan agama. Di antara madrasah yang terkenal ialah Madrasah al Diniah Kampung Lalang (1924), Madrasah Al-Hadi (1917), Madrasah Muhammad (1917). Di madrasah al-Diniah, pelajaran agama dan akademik sama-sama diberatkan. Di samping itu pelajaran amali seperti pelajaran berniaga, membuat kicap, sabun, minyak angin, bersawah, berkebun dan menjahit dijadikan pelajaran wajib diketahui oleh penuntut-penuntutnya. 3. Golongan reformis telah menghasilkan karya-karya kesusasteraan seperti novel dan cerpen untuk

mengembangkan idea perjuangan mereka. Di antaranya Hikayat Faridah Hanum yang ditulis oleh Syed Sheikh al-hadi. Karya ini memperjuangkan emansipasi kaum wanita. Karya ini menyeru kaum wanita perlu diberi pendidikan supaya mereka boleh berdikari. Faridah Hanum merupakan watak utama dalam novel ini telah diberi kebebasan memilih teman hidupnya sendiri. Idea kebebasan kaum wanita semamangnya bertentangan dengan amalan hidup masyarakat Melayu konservatif pada masa itu.

4. Perjuangan Kaum Muda juga menyeru orang Melayu berpegang pada al-Quran dan Hadis yang sebenarnya. Kaum Muda mengemukakan pandangan baharu terhadap Islam dengan mengetepikan nilai-nilai tradisi tradisional tempatan yang dianggap bertentangan dengan Islam . Oleh itu, Kaum Muda menyeru supaya segala adat resam, kepercayaan karut, dan amalan kolot perlu diketepikan kerana ketinggalan zaman.

5. Peranan Kaum Muda dapat dilihat dalam bidang ekonomi. Kaum Muda beranggapan kemunduran orang Melayu bukan disebabkan tidak mampu bersaing tetapi disebabkan oleh kejahilan memahami ajaran

(29)

29

Islam sebenar. Bagi Kaum Muda, Islam tidak menolak kemajuan selagi tidak bercanggah dengan ajaran. Mereka menuntut orang Melayu menceburi diri dalam bidang perniagaan.

6. Dalam bidang politik pula, Kaum Muda telah mengkritik dasar penjajah British yang tidak memberikan pendidikan yang cukup kepada orang Melayu. Mereka juga anti birokrasi elit Melayu kerana tidak menjaga kepentingan orang Melayu. Mereka telah mempersoalkan ketidakadilan kolonialisme dan menyeru seluruh kaum muslimin supaya bersatu padu dan memajukan diri dengan cara Islam untuk mengatsi kuasa kolonial. Tindakan Kaum Muda ini membimbangkan pihak kerajaan British dan golongan pemerintah tempatan

Kesimpulan

Perjuangan Kaum Muda yang agak menyeluruh telah berjaya menanamkan semangat nasionalisme menentang British di Tanah Melayu. Akibatnya pihak British berusaha untuk menyekat pengaruh Kaum Muda dengan menggunakan pengaruh Sultan dan Kaum Tua.

11. Isu Kerakyatan Menjadi Punca Utama Penentangan Orang-Orang Melayu Terhadap Pelaksanaan Malayan Union Pada Tahun 1946. Bincangkan.

Pengenalan

Malayan Union (MU) telah diisytiharkan secara rasmi pada 1 April 1946 di King's House (Carcosa Seri Negara) merupakan sebuah gabungan negeri-negeri Melayu dengan Negeri-Negeri Selat (tanpa Singapura) untuk menjadi pengganti British Malaya yang bertujuan untuk menggabungkan semua negeri di Tanah Melayu di bawah satu sistem pemerintahan berpusat yang diketuai oleh Gabenor. Menurut kerajaan British, Malayan Union adalah persediaan kepada orang Melayu untuk berkerajaan sendiri. Tetapi penubuhan Malayan Union telah mendapat tentangan daripada orang Melayu. Hal ini adalah disebabkan bahasa cadangan yang dikemukakan dalam “kertas putih” pelaksanaan MU telah mengancam kedudukan orang Melayu sebagai penduduk Bumiputera terutama aspek berkaitan isu kerakyatan.

(30)

30 Faktor-Faktor Penentangan Orang Melayu

i. Isu Kerakyatan

Tidak dapat dinafikan bahawa syarat kerakyatan yang longgar terutamanya prinsip jus soli juga menjadi antara punca penentangan orang Melayu terhadap pelaksanaan Malayan Union. Prinsip jus soli ini menentukan hak kerakyatan menerusi tempat lahir. Ini bermakna jika seseorang itu dilahirkan di Tanah Melayu selepas Malayan Union ditubuhkan, maka ia berhak mendapat hak kerakyatan Tanah Melayu. Cara ini membolehkan orang bukan Melayu mendapat hak kerakyatan dengan mudah. Penerimaan kaum bukan Melayu menjadi warganegara boleh mengancam kedudukan politik orang Melayu, apabila bilangan orang asing melebihi bilangan orang Melayu. Syarat-syarat sedemikian akan membolehkan ramai orang asing menjadi rakyat Tanah Melayu dan menjadikan bilangan mereka melebihi bilangan orang Melayu di Tanah Melayu. Menurut banci pada tahun 1947, orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu berjumlah 2 427 834 atau 49.46 peratus daripada jumlah penduduk, sementara orang Cina pula berjumlah 1 884 534 atau 38 peratus. Lebih-lebih lagi, orang asing masih menumpukan taat setia mereka kepada negara mereka dan boleh memegang dua kerakyatan.

Orang-orang Melayu khususnya parti UMNO juga menentang kerakyatan Tanah Melayu yang memberikan hak-hak yang sama kepada semua rakyat Tanah Melayu tanpa mengira kaum. Langkah ini akan mengancam hak-hak dan kedudukan istimewa orang Melayu yang telah sekian lama dinikmati. Orang Melayu merasa sebagai kaum Bumiputera di Tanah Melayu mereka semestinya diberikan hak-hak dan kedudukan yang istimewa berbanding dengan orang asing yang merupakan kaum pendatang.

Orang Melayu mahupun UMNO juga tidak bersetuju dengan syarat kerakyatan yang longgar mengikut prinsip jus soli. Orang Melayu tidak mahu orang Cina dan India diberi syarat kerakyatan yang longgar kerana mereka masih tidak yakin dengan taat setia orang Cina dan India terhadap Tanah Melayu. Pemberian taraf kerakyatan yang longgar akan menyebabkan ramai orang Cina dan India menjadi warganegara Tanah Melayu. Orang Melayu bimbang orang Cina yang sudahpun menguasai ekonomi akan menguasai politik apabila bilangan mereka melebihi orang Melayu.Bagi mengelakkan keadaan ini daripada berlaku maka penentangan berterusan telah dilakukan oleh oran-orang Melayu.

ii. Kehilangan kuasa daulat Raja-raja Melayu

Faktor lain yang menimbulkan penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union ini adalah berkaitan kuasa dan kedaulatan Raja-raja Melayu telah terhapus. Dalam kalangan orang Melayu, raja di anggap berdaulat dan mempunyai kuasa untuk memberi perlindungan kepada mereka. Pada pandangan masyarakat Melayu, raja

(31)

31

atau sultan itu merupakan lambang kuasa dan kedaulatan orang Melayu. Dalam Malayan Union, raja hanya bertindak sebagai ketua agama dan adat-istiadat orang-orang Melayu. Oleh yang demikian, raja bagi tiap-tiap negeri akan mengetuai sebuah “Majlis Penasihat Melayu” –(Malay Advisory Counsil) yang ahli-ahlinya akan dilantik dengan persetujuan Gabenor. Kerja-kerja Majlis Penasihat Melayu itu hanya yang berkaitan dengan agama Islam. Sultan-sultan tidak lagi mempunyai peranan sebagai kerajaan negeri masing-masing dan pengaruh mereka hanya dihadkan kepada bidang agama islam. Akhbar Majlis mentafsirkan kedudukan raja-raja sebagai Mufti dalam negeri mereka dan dalam urusan hal-ehwal agama pun,kuasa mereka dibawah kawalan Gabenor Malayan Union. Tetapi yang paling penting bagi orang Melayu ialah kedaulatan negeri-negeri Melayu yang pada masa dahulu di tangan raja-raja Melayu telah dipindahkan kepada Kerajaan British yang mempunyai kuasa penuh dalam semua perkara dalam apa jua dasar di Tanah Melayu. Hal ini sangat membimbangkan masyarakat Melayu khususnya yang menimbulkan kegusaran dalam kalangan mereka.

iii. Cara Sir Harold MacMichael mendapatkan tandatangan daripada sultan.

Tindakan Sir Harold Mac Michael untuk mendapatkan tandatangan sultan-sultan juga menyebabkan kemarahan kepada masyarakat Melayu. Orang Melayu juga tidak bersetuju dengan cara Harold MacMichael mendapatkan tandatangan Sultan bagi mempersetujui penubuhan Malayan Union. Semasa diminta menandatangani persetujuan tersebut, Sultan-sultan tidak diberitahu cadangan-cadangan yang terkandung dan perlembagaan Malayan Union. Sultan-sultan juga tidak diberi masa cukup untuk meneliti kebaikan dan keburukan Malayan Union. Selain itu, mereka juga tidak dibenarkan berbincang dengan pembesar atau Majlis Mesyuarat Negeri sebelum menandatangani persetujuan penubuhan Malayan Union. Ugutan Harold MacMichael telah menambahkan kemarahan orang Melayu. Sekiranya mana-mana Sultan enggan menandatangani persetujuan penubuhan Malayan Union, Sultan tersebut akan dianggap pro-Jepun dan disingkirkan dari takhta. Contoh yang jelas ialah Sultan Badlishah (Kedah) yang diberi kata dua sama ada menandatangani persetujuan penubuhan Malayan Union atau turun dari takhta.

Tipu helah dan ugutan daripada Sir Harold MacMichael ini telah menimbulkan kemarahan dan tentangan daripada rakyat khususnya orang-orang Melayu yang menganggap bahawa tindakan Sir Harold MacMichael ini adalah menghina Raja-raja Melayu dan mengugat kedaulatan Raja-raja Melayu yang di anggap lambang kedaulatan dan perpaduan masyarakat Melayu. Manakala Raja-raja Melayu pula menyesal dengan tindakan tersebut dan bertindak mengutus surat dan telegram kepada Pejabat Tanah Jajahan di London dengan membangkitkan rasa kesal dan murka di atas tindakan biadab Sir Harold MacMichael ini. Atas sebab ini, berlakulah penentangan hebat daripada orang-orang Melayu bagi menghalang penubuhan Malayan Union ini.

Referensi

Dokumen terkait