• Tidak ada hasil yang ditemukan

Gaya keibubapaan terhadap pencapaian akademik pelajar sekolah menengah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Gaya keibubapaan terhadap pencapaian akademik pelajar sekolah menengah"

Copied!
44
0
0

Teks penuh

(1)

GAYA KEIBUBAPAAN TERHADAP PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

SITI NURSHAHIZAN BINTI RAZALI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

(2)

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS PROJEK SARJANA PENGESAHAN PENYELIA JUDUL i ABSTRAK v KANDUNGAN vi SENARAI RAJAH x SENARAI JADUAL xi

SENARAI LAMPIRAN xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

BAB 1 PENGENALAN 1

1. 1 Pendahuluan 1

1. 2 Latar Belakang Masalah 3

1. 3 Penyataan Masalah 6 1. 4 Objektif Kajian 7 1. 5 Persoalan Kajian 7 1. 6 Hipotesis Kajian 8 1. 7 Kepentingan Kajian 8 1. 8 Skop Kajian 10 1. 9 Batasan Kajian 10 1. 10 Kerangka Konsep 11 1. 11 Definisi Istilah 12 1. 12 Kesimpulan 14

(3)

vii

BAB 2 KAJIAN LITERATUR 15

2.1 Pengenalan 15

2.2 Pencapaian Akademik Pelajar 15

2.3 Gaya Keibubapaan Mempunyai Pengaruh Besar 16 Ke Atas Kehidupan Anak-anak

2.4 Hubungan Gaya Keibubapaan Dengan Pencapaian 20 Akademik Pelajar

2.5 Jenis-Jenis Sekolah 24

2.5.1 Sekolah Di Kawasan Bandar 26

2.5.2 Sekolah Di Luar Bandar 29

2.6 Teori Keibubapaan 32

2.7 Gaya-gaya Keibubapaan 33

2.7.1 Konsep Model Gaya Keibubapaan Baumrind 34 2.7.2 Konsep Maccoby Dan John Martin 37

2.8 Ciri-Ciri Gaya Keibubapaan 41

2.8.1 Ciri-ciri Gaya Autoritatif 41 2.8.2 Ciri-ciri Gaya Autoritarian 42

2.8.3 Ciri-ciri Gaya Permisif 43

2.9 Kesimpulan 44

BAB 3 METHODOLOGI KAJIAN 45

3.1 Pendahuluan 45

3.2 Reka Bentuk Kajian 46

3.3 Populasi dan Persampelan Kajian 46

3.4 Lokasi Kajian 48

3.5 Instrumentasi Kajian 49

3.5.1 Bahagian I :Maklumat Latar

Belakang Responden 49

3.5.2 Bahagian II : Gaya Keibubapaan 50

3.6 Kajian Rintis 52

3.7 Kaedah Pengumpulan Data 53

3.8 Prosedur Kajian 55

3.9 Penganalusian Data 59

(4)

3.9.2 Statistik Inferensi 60

3.9.2.1 Skewness dan Kurtosis 60

3.9.2.2 Koefisien Kolerasi Hasil Momen Pearson 60

3.10 Kesimpulan 62

BAB 4 ANALISIS DATA 63

4.1 Pengenalan 63 4.2 Kebolehpercayaan Kajian 64 4.3 Analisis Data 65 4.4 Analisis Bahagian I 66 4.4.1 Jantina 66 4.4.2 Bangsa 67

4.4.3 Keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 67 4.5 Analisis Bahagian II : Gaya Keibubapaan 68 4.5.1 Analisis gaya autoritatif yang diamalkan 69

dalam kalangan ibu bapa / penjaga

4.5.2 Analisis gaya autoritarian yang diamalkan 72 dalam kalangan ibu bapa / penjaga

4.5.3 Analisis gaya permisif yang diamalkan dalam 75 kalangan ibu bapa / penjaga

4.5.4 Gaya keibubapaan yang dominan diamalkan 78 oleh ibu bapa / penjaga kepada pelajar

4.5.5 Analisis hubungan di antara gaya keibubapaan 81 dengan pencapaian akademik pelajar

4.6 Kesimpulan 85

BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 87

5.1 Pengenalan 87

5.2 Perbincangan 88

5.2.1 Maklumat Peribadi Responden 89 5.2.2 Sejauhmanakah gaya autoritatif yang diamalkan 90

dalam kalangan ibu bapa/ penjaga terhadap pelajar?

(5)

ix diamalkan dalam kalangan ibu bapa

terhadap pelajar?

5.2.4 Sejauh manakah gaya permisif yang diamalkan 95 dalam kalangan ibu bapa/ penjaga

terhadap pelajar?

5.2.5 Apakah gaya keibubapaan yang paling 97 dominan diamalkan oleh ibu bapa/ penjaga

terhadap pelajar?

5.2.6 Adakah terdapat hubungan signifikan di antara 99 gaya autoritatif dan dengan pencapaian

akademik pelajar?

5.2.7 Adakah terdapat hubungan signifikan di antara 100 gaya autoritarian dengan pencapaian

akademik pelajar?

5.2.8 Adakah terdapat hubungan signifikan di antara 101 gaya permisif dengan pencapaian

akademik pelajar?

5.3 Kesimpulan 103

5.4 Cadangan 104

5.5 Cadangan untuk kajian akan datang 105

5.6 Penutup 106

RUJUKAN 107

(6)

SENARAI RAJAH

Rajah 1.1 : Kerangka Konsep 11

(7)

xi

SENARAI JADUAL

Jadual 3.1 : Populasi dan Sampel Kajian 48 Jadual 3.2 : Ringkasan soal selidik bagi bahagian II 50 Jadual 3.3 : Pembahagian item soalan mengikut konstruk kajian 51

Jadual 3.4 : Skala Likert 51

Jadual 3.5 : Bilangan borang soal selidik yang diedarkan dan 54 dikumpulkan

Jadua. 3.6 : Tahap Kecenderungan Min 56

Jadual 3.7 : Kaedah analisis data 57

Jadual 3.8 : Pekali kolerasi hubungan positif 59 Jadual 3.9 : Pekali kolerasi hubungan negatif 60 Jadual 4.1 : Alpha Cronbach bagi kajian rintis setiap konstruk 64 Jadual 4.2 : Alpha Cronbach bagi setiap konstruk 65 Jadual 4.3 : Bahagian set soal selidik 65 Jadual 4.4 : Bilangan responden mengikut sekolah 66 Jadual 4.5 : Bilangan responden mengikut bangsa 67 Jadual 4.6 : Klasifikasi pencapaian akademik 68 Jadual 4.7 : Pengkelasan pencapaian akademik responden 68 Jadual 4.8 : Bilangan dan susunan item mengikut 69

konstruk gaya keibubapaan

Jadual 4.9 : Skor min bagi gaya autoritatif 70 Jadual 4.10 : Skor min baga gaya autoritatif mengikut sekolah 71 Jadual 4.11 : Skor min bagi gaya autoritarian 73 Jadual 4.12 : Skor min baga gaya autoritarian mengikut sekolah 74 Jadual 4.13 : Skor min bagi gaya permisif yang di amalkan dalam 76

kalangan ibu bapa/ penjaga.

Jadual 4.14 : Skor min baga gaya permisif mengikut sekolah 77 Jadual 4.15 : Skor min bagi gaya keibubapaan 79

(8)

Jadual 4.16 : Skor min mengikut kategori pencapaian akademik pelajar 80 Jadual 4.17. : Keputusan bagi ujian normaliti setiap konstruk 81 Jadual 4.18 : Hubungan gaya autoritatif dengan pencapai pelajar 82 Jadual 4.19 : Hubungan gaya autoritarian dengan pencapaian pelajar 83 Jadual 4.20 : Hubungan gaya permisif dengan pencapaian pelajar 84 Jadual 4.21 : Dapatan Kajian bagi persoalan pertama, dua, tiga 85

dan empat

(9)

xiii

SENARAI LAMPIRAN

A Carta Gant Projek Sarjana B Jadual Krejie & Morgan C Borang Soal Selidik D Pengesahan Soal Selidik

E Analisis

E1 Analisis Kajian Rintis

E2 Analisis Kebolehpercayaan Kajian Sebenar E3 Analisis Demografi

E4 Analisis Skor Min Item E5 Analisis Ujian Normaliti

E6 Analisis Ujian Kolerasi Pearson

(10)

SENARAI SINGKATAN

MRSM Maktab Rendah Sains Mara SMK Sekolah Menengah Kebangsaan

SMJKC Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina SMJKT Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tamil IPTA Institusi Pengajian Awam

IPTS Institusi Pengajian Swasta PMR Penilaian Menengah Rendah

SPSS Statistical Packages for Science Sosial

RMT Racangan Makanan Tambahan KPM Kementerian Pendidikan Malaysia

(11)

BAB 1

PENGENALAN

1. 1 Pendahuluan

Pencapaian yang baik dalam pelajaran bukan hanya menjadi impian setiap pelajar malahan ia juga merupakan harapan setiap ibu bapa untuk melihat anak-anak mereka berjaya. Pelajar yang berjaya juga merupakan aset negara yang akan menerajui pucuk pimpinan negara pada masa hadapan. Kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan serta infrastruktur di semua sekolah seluruh Malaysia seperti pusat sumber, bilik bacaan, perpustakaan bergerak dan sebagainya. Kemudahan sedemikian diwujudkan bagi menggalakkan para pelajar membaca serta meningkatkan ilmu pengetahuan mereka agar menjadi insan yang berwawasan. Kerajaan juga telah menyediakan kemudahan pinjaman buku teks kepada semua pelajar, bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di peringkat sekolah rendah dan pelbagai bantuan lain bagi menyediakan keselesaan kepada para pelajar menimba ilmu pengetahuan seterusnya memperolehi pencapaian yang cemerlang (Royo, 2011). Sudah pasti setiap ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah dengan harapan yang tinggi untuk melihat anak-anak mereka berjaya dan dapat menjadi insan yang berguna kepada masyarakat serta agama.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa faktor dominan yang mempengaruhi pencapaian pelajar iaitu guru, ibu bapa, diri sendiri dan yang terakhir rakan sebaya (Salleh, 2012). Guru merupakan inspirasi para pelajar untuk memotivasikan diri agar terus berusaha bagi mencapai kejayaan (Winkel, 1996).

(12)

Maka tidak hairanlah sekiranya guru menjadi salah satu faktor yang paling mempengaruhi pencapaian akademik pelajar kerana guru merupakan tulang belakang pelajar yang banyak mengatur strategi dalam pembelajaran mereka. Pihak sekolah dan guru telah membelanjakan ratusan wang ringgit dengan mengadakan seminar untuk meningkatkan pencapaian pelajar. Walaupun pada era globalisasi yang serba canggih ini dimana maklumat hanya berada di hujung jari, tetapi para pelajar masih menganggap guru sebagai medium utama bagi mereka memperolehi ilmu pengetahuan. Selain daripada guru yang dilihat mampu mempengaruhi pencapaian pelajar, faktor diri sendiri juga turut menyumbang dalam pencapaian akademik para pelajar. Ini dapat dilihat dari aspek dorongan motivasi guru dan ibu bapa. Manakala faktor rakan sebaya pula akan terjadi apabila seseorang pelajar itu memperolehi kejayaan yang dipengaruhi oleh pencapaian rakannya yang lain (Quek, 2006).

Di alam pendidikan ini, ibu bapa juga merupakan faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar (Yahaya, 2008). Hal ini jelas kerana ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam pembentukan dan perkembangan anak-anak sejak dari dalam kandungan lagi sehingga mereka meningkat dewasa. Anak yang baru lahir merupakan sehelai kain putih yang bersih dan menjadi tugas ibu bapa mereka untuk mencorakkan mereka dari segi perkembangan personaliti, sahsiah dan peribadi anak itu (Brahim, 2002). Ini kerana corak perhubungan ibu bapa akan mempengaruhi tingkah laku anak-anak. Gaya keibubapaan yang diamalkan terhadap anak-anak akan memberi kesan terhadap pencapaian akademik mereka tanpa mengira status sosioekonomi mereka (Hill, 2001 ; Jackson, 2002).

Sehubungan dengan itu, ibu bapa merupakan agen utama dalam proses mensosialisasikan anak-anak mereka. Gaya keibubapaan yang dipraktikkan oleh ibu bapa terhadap anak-anak mereka secara tidak langsung akan mempengaruhi perkembangan dan tingkah lakunya. Dalam usaha membentuk sikap anak-anak, ibu bapa tidak boleh mengawal sepenuhnya tingkah laku mereka kerana ia boleh mendatangkan kesan yang negatif kepada kedua-dua belah pihak (Hassim, 2012). Ibu bapa merupakan role model untuk anak-anak mereka. Anak-anak akan mengikuti tabiat serta tingkah laku ibu bapa mereka sekiranya mereka dibesarkan dalam suasana yang kurang bermoral. Contohnya, ibu bapa yang bersikap negatif seperti memiliki sifat panas baran, sering mendera anak-anak mereka, mementingkan diri

(13)

3 sendiri dan menggunakan kata-kata yang kesat. Ia akan memberi kesan kepada psikologi anak-anak dan tidak mustahil jika anak-anak itu akan mempunyai sifat-sifat sedemikian lantaran terpengaruh oleh sikap ibu bapa mereka.

Gaya keibubapaan boleh digambarkan sebagai corak tingkahlaku yang ibu bapa gunakan untuk berinteraksi dengan anak-anak mereka. Dalam mengesyorkan gaya keibubapaan terbaik, Baumrind (1966) telah memperkenalkan model gaya keibubapaan yang telah dibahagikan kepada tiga jenis gaya iaitu autoritatif, autoritarian dan permisif. Sementara Maccoby & Martin, (1983) telah memperkenalkan empat gaya keibubapaan iaitu gaya authoritatif (demokratik), gaya

authoritarian (kawalan), gaya permissive-indulgent (lebih kawalan-ada kebebasan), dan gaya permissive-neglectful (kurang kawalan-lebih kebebasan). Manakala Azizi dan Jaafar Sidek (2006) juga mengelaskan empat gaya keibubapaan iaitu autoritatif, autoritarian, permisif-responsif dan permisif-mengabaikan.

Model Baumrind banyak diaplikasikan dalam kajian-kajian awal kepada pelajar sekolah. Manakala Maccoby & Martin pula membahagikan gaya keibubapaan kepada empat gaya. Hakikatnya, empat gaya keibubapaan yang diperkenalkan oleh Maccoby & Martin merupakan hasil daripada perkembangan Model Keibubapaan Baumrind. Tidak dinafikan bahawa terdapat banyak kajian awal yang mengaplikasikan Model Baumrind dapat menghubungkaitkan gaya keibubapaan ini dengan pencapaian akademik pelajar sekolah (Abu Bakar, 2008).

Gaya keibubapaan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu autoritatif, autoritarian, dan permisif. Pembahagian ini akan dibuat berasaskan dua indeks iaitu mengarah (demandingness) dan indeks responsive (responsiveness) (Baumrind, 1971). Ketiga-tiga gaya keibubapaan Baumrind ini adalah sebagai suatu keadaan di mana sesetengah ibu bapa bersifat suka mendenda, sementara yang lain suka kepada ciri-ciri demokratik dan berbincang, dan yang selebihnya pasif dengan tidak memilih apa-apa pendirian tentang perlakuan anak-anak (Rohaty,1998). Oleh itu, dalam kajian ini gaya autoritatif, autoritarian dan permisif yang akan dikaji.

(14)

1.2 Latar Belakang Masalah

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun dimana negara ini turut mencontohi negara maju yang lain seperti Jepun dan England yang memerlukan masyarakat yang berpendidikan. Golongan remaja merupakan aset negara yang penting dan mempunyai potensi yang besar untuk membawa negara ke tahap yang lebih cemerlang dan gemilang. Golongan remaja mempunyai keupayaan dari sudut mental selain memiliki keadaan fizikal yang baik. Walau bagaimanapun, golongan remaja ini perlu dibentuk dengan baik agar potensi yang wujud dalam diri mereka dapat direalisasikan atau diterjemahkan dalam bentuk tenaga kerja yang mahir dan separa mahir. Sekiranya golongan muda ini tidak dijaga dengan baik, mereka mungkin menjadi faktor peruntuh ketamadunan sesebuah negara (Yahaya, 2008).

Kerosakan generasi muda telah mula dikesan, contoh yang paling ketara ialah masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar sekolah. Usaha kerajaan dalam mengatasi masalah ini masih belum berjaya serta dilihat seperti tiada jalan penamatnya. Oleh yang sedemikian, kerajaan telah mengambil inisiatif dengan menyediakan peruntukan kewangan yang mencukupi untuk memberi keselesaan kepada para pelajar dalam menghadapi sesi pembelajaran di sekolah. Selain itu, kerajaan turut menambah bilangan sekolah harian biasa, sekolah kawalan, Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan sekolah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi membuka lebih banyak peluang kepada anak-anak Malaysia melanjutkan pelajaran. Bilangan Institusi Pengajian Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) turut ditambah sebagai suatu usaha untuk menggalakkan pengajian bagi pelajar lepasan SPM selain turut menyediakan kemudahan tawaran pinjaman bagi mereka yang menghadapi masalah kewangan. Malangnya, kelas-kelas pemulihan sekolah juvana serta pusat-pusat serenti dipenuhi dengan generasi yang sepatutnya memenuhi ruang-ruang di sekolah atau di institusi pengajian tinggi awam dan swasta (Hehsan & Muhamad, 2010). Perkara sedemikian boleh berlaku disebabkan oleh rasa bosan yang mereka rasakan untuk ke sekolah, tidak merasakan kepentingan pembelajaran serta mereka tidak menemui kepuasan yang mereka inginkan di rumah mahupun di sekolah. Setiap kali keputusan peperiksaan awam di umumkan seperti PMR, SPM dan STPM, terdapat ramai pelajar yang memperolehi keputusan yang

(15)

5 cemerlang. Namun begitu, masih ramai lagi pelajar yang tidak mencapai kecemerlangan dan terdapat juga pelajar yang gagal.

Sekiranya negara ini ingin bersaing di peringkat antaranbangsa yang setaraf dengan negara maju, ianya memerlukan tenaga pekerja mahir dan separa mahir. Kegagalan para pelajar dalam peperiksaan atau pembelajaran amat merugikan negara dan kegagalan mereka mempunyai kaitan yang rapat dengan peranan yang dimainkan oleh ibu bapa. Ibu bapa merupakan sumber utama dan pertama dalam proses pembelajaran dan pembentukan keperibadian anak-anak. Sejak dari lahir sehingga peringkat perkembangan yang kompleks, cara didikan dalam persekitaran keluarga telah memberi kesan ke atas fungsi sosial dan moral anak-anak (Gadeyne, Ghesquiere & Onghena, 2004). Oleh yang demikian, pencapaian akademik para pelajar pada dasarnya bukan hanya bergantung kepada bagaimana proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dilakukan, malahan juga ia bergantung kepada bagaimana proses keperibadian individu itu terbentuk dan aspek kekeluargaan diterapkan (Amy, 2000).

Kegagalan ibu bapa dalam mendidik anak-anak juga mempunyai perkaitan dengan peningkatan kegagalan dalam akademik dan kes juvana seperti mencuri, lari dari rumah, ponteng sekolah dan bergaduh (Salleh, 1999). Peningkatan kes juvana dalam kalangan pelajar disebabkan oleh sikap ibu bapa yang kurang prihatin dalam mengawasi anak-anak, kurang menghabiskan masa bersama, tidak mengambil berat tentang pelajaran anak, kawan-kawan dan aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak mereka di luar rumah. Kajian terdahulu menunjukkan sebanyak 617 pesalah laku yang terdiri daripada golongan remaja di bawah umur 18 tahun terlibat dengan kes juvana di negeri Johor (Zaini & Ab. Rahman, 2006). Kesibukan ibu bapa dalam mengejar kemewahan hidup menyebabkan anak-anak kurang diberi perhatian dari segi pendidikan, kasih sayang dan sebagainya. Walaupun mereka mampu memberi kemewahan kepada anak-anak, namun anak-anak akan tetap merasa kosong lantaran kurangnya kasih-sayang daripada ibu bapa mereka.

Gaya keibubapaan yang digunakan oleh ibu bapa akan memberi kesan kepada tahap pencapaian anak-anak mereka (Woolfolk, 1995). Pembelajaran anak-anak banyak dibentuk dari pengalaman-pengalaman positif dan negatif yang mereka lalui bersama ibu bapa. Terdapat banyak kajian-kajian lepas yang menggunakan model

(16)

Baumrind sebagai model asuhan dan pendidikan keluarga yang berjaya khususnya dalam menerangkan pencapaian akademik anak-anak (Chan & Koo, 2010; Othman & Azman, 2010).

1.3 Penyataan Masalah

Para pelajar seharusnya memperolehi pencapaian yang cemerlang selepas mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Namun begitu masih terdapat segelintir pelajar yang gagal. Pencapaian pelajar yang cemerlang dalam pelajaran bukan hanya menjadi impian ibu bapa, malahan seluruh masyarakat turut mengharapkan perkara yang sama. Kejayaan dan kegagalan yang diperolehi para pelajar sering kali dikaitkan dengan pengaruh guru atau pendidik dan pihak sekolah. Walau bagaimanapun, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam kejayaan para pelajar tetapi mereka kurang diberi tumpuan berbanding guru-guru atau institusi sekolah. Hal ini kerana, kecemerlangan dan kegagalan yang dilalui oleh para pelajar akan memberi kesan kepada tahap prestasi sekolah sama ada meningkat atau menurun. Hakikatnya, ibu bapa turut menjadi faktor penting dalam kejayaan mahupun kegagalan seseorang pelajar,

Kebanyakan pelajar yang bersekolah di asrama menunjukkan prestasi yang cemerlang jika dibandingkan dengan keputusan pelajar-pelajar di sekolah harian. Hal ini mungkin terjadi kerana pelajar di asrama banyak menghabiskan masa dengan rakan-rakan berbanding pelajar di sekolah harian yang menghabiskan masa di rumah dan banyak di pengaruhi oleh didikan ibu bapa. Memang tidak dinafikan lagi bahawa ibu bapa merupakan tempat awal bagi seseorang remaja mendapat pendedahan pembelajaran. Corak keibubapaan yang betul akan membantu seseorang remaja itu berjaya dalam pelajarannya. Hal ini kerana, terdapat kajian yang membuktikan bahawa hubungan signifikan gaya keibubapaan yang berbeza mempunyai kaitan dengan kecemerlangan dan kegagalan pelajar. Kecemerlangan dan kegagalan yang diperolehi pelajar akan memberi kesan kepada tahap prestasi sesebuah sekolah.

(17)

7 Rata-rata kajian awal yang mengaplikasikan model keibubapaan Baumrind ini menunjukkan pengaruh yang positif terdapat pencapaian pelajar dan agak tertumpu kepada pelajar sekolah rendah (Elias & Yee, 2006), pelajar tingkatan empat dan ke bawah (Yahaya, 2005), kanak-kanak khas (Yahaya, 2008) dan ibu bapa (Azlina, 2007). Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti gaya keibubapaan yang kurang diberi tumpuan dalam mempengaruhi pencapaian pelajar tingkatan empat di sekolah menengah harian biasa.

1.4 Objektif Kajian

Terdapat beberapa objektif yang ingin dicapai daripada kajian ini iaitu:

i. Mengenal pasti tiga gaya keibubapaan yang diamalkan dalam kalangan ibu bapa atau penjaga terhadap pelajar.

ii. Mengenal pasti gaya keibubapaan yang dominan diamalkan oleh ibu bapa atau penjaga kepada pelajar.

iii. Mengenal pasti hubungan antara gaya keibubapaan dengan pencapaian akademik pelajar.

1.5 Persoalan Kajian

Terdapat beberapa persoalan bagi kajian ini iaitu:

i. Sejauhmanakah gaya autoritatif yang diamalkan dalam kalangan ibu bapa atau penjaga terhadap pelajar?

ii. Sejauhmanakah gaya autoritarian yang diamalkan dalam kalangan ibu bapa atau penjaga terhadap pelajar?

iii. Sejauhmanakah gaya permisif yang diamalkan dalam kalangan ibu bapa atau penjaga terhadap pelajar?

(18)

iv. Apakah gaya keibubapaan yang paling dominan diamalkan oleh ibu bapa atau penjaga terhadap pelajar?

v. Adakah terdapat hubungan signifikan di antara gaya autoritatif dengan pencapaian akademik pelajar?

vi. Adakah terdapat hubungan signifikan di antara gaya autoritarian dengan pencapaian akademik pelajar?

vii. Adakah terdapat hubungan signifikan di antara gaya permisif dengan pencapaian akademik pelajar?

1.6 Hipotesis Kajian

i. Ho1 = Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya autoritatif dengan pencapaian akademik pelajar sekolah.

Ha1 = Terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya autoritatif dengan pencapaian akademik pelajar sekolah.

ii. Ho2 = Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya autoritarian dengan pencapaian akademik pelajar sekolah.

Ha2 = Terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya autoritarian dengan pencapaian akademik pelajar sekolah.

iii. Ho3 = Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya permisif dengan pencapaian akademik pelajar sekolah.

Ha3 = Terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya permisif dengan pencapaian akademik pelajar sekolah.

1.7 Kepentingan Kajian

Dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu pihak-pihak berikut dalam meningkatkan pencapaian akademik para pelajar. Ibu bapa merupakan faktor yang penting dalam kehidupan dan perkembangan anak-anak. Ini kerana, mereka memainkan peranan penting dalam kejayaan para pelajar dalam bidang akademik.

(19)

9 Hasil kajian ini akan dapat membantu ibu bapa dan para guru menangani masalah pembelajaran para pelajar. Ibu bapa boleh memanfaatkan hasil kajian ini untuk menilai gaya keibubapaan yang diamalkan selama ini seterusnya mengubah gaya yang mereka amalkan agar memenuhi gaya yang paling sesuai untuk membantu pelajar dalam meningkatkan pencapaian pelajar. Selain itu, kajian ini juga penting supaya ibu bapa akan melibatkan diri secara langsung dalam masalah pembelajaran anak-anak.

Selain itu, kajian ini juga diharapkan dapat membantu para guru dalam menangani masalah akademik pelajar di sekolah. Dengan ini, para guru akan dapat membentuk suasana pembelajaran yang merangkumi aspek seperti motivasi dimana ia dapat meningkatkan prestasi pembelajaran mereka. Di samping itu, apabila hasil kajian ini menunjukkan secara jelas hubungan antara gaya keibubapaan dengan pencapaian pelajar, pihak sekolah boleh menekankan lagi kepentingan keterlibatan ibu bapa dalam masalah pembelajaran anak-anak mereka. Hal ini akan dapat membantu pihak sekolah menguruskan masalah akademik para pelajar di sekolah. Lazimnya, kecemerlangan para pelajar dalam bidang akademik dapat meningkatkan tahap prestasi sesebuah sekolah itu.

Hasil kajian ini diharap dapat membantu Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memperkenalkan sukatan matapelajaran yang mempunyai kaitan dengan gaya didikan yang sesuai kepada pelajar. Dengan ini, para pelajar akan lebih bersemangat untuk belajar dan secara tidak langsung dapat meningkatkan pencapaian akademik mereka. Justeru itu, pihak kementerian boleh menganjurkan seminar khas berkenaan gaya didikan kepada ibu bapa agar memilih gaya didikan yang relevan bagi memastikan kecemerlangan anak-anak mereka.

Akhir sekali diharapkan pihak berkuasa dapat menilai kembali faktor-faktor yang mempengaruhi kecemerlangan para pelajar. Adakah wajar sekiranya beban tanggungjawab ini difokuskan kepada para guru sahaja. Hakikatnya, gaya didikan ibu bapa juga turut mempengaruhi tahap pencapaian akademik para pelajar. Tambahan pula, kerajaan juga wajar menyediakan peruntukan dalam bentuk kewangan untuk mengadakan program ataupun seminar yang bertujuan menyedarkan ibu bapa dan para guru tentang pentingnya gaya didikan ibu bapa terhadap pencapaian anak-anak mereka.

(20)

1.8 Skop Kajian

Kajian ini hanya terbatas kepada pelajar tingkatan empat di empat buah sekolah sekitar Daerah Batu Pahat Johor iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmood Iskandar, Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Ismail, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Medan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Convent. Keempat-empat buah sekolah yang dipilih merupakan sekolah menengah harian yang tidak menyediakan kemudahan asrama. Justifikasi kepada pemilihan akan diterangkan dalam bab 3. Selain itu, kajian ini tertumpu kepada pengaruh gaya keibubapaan terhadap pelajar di peringkat sekolah melalui tiga gaya keibubapaan yang disarankan oleh Model Baumrind iaitu autoritatif, autoritarian dan permisif.

1.9 Batasan Kajian

Kajian ini hanya memfokuskan kepada gaya didikan ibu bapa, pencapaian akademik pelajar dan terhad kepada pelajar tingkatan empat di empat buah sekolah di sekitar Daerah Batu Pahat. Kajian ini dijalankan dengan kesedaran bahawa terdapat beberapa batasan dalam reka bentuk dan instrumen. Berikut adalah batasan-batasan dalam kajian ini:

i. Subjek kajian adalah terdiri daripada pelajar tingkatan empat di empat buah sekolah menengah di sekitar Batu Pahat sahaja dan sekolah-sekolah ini dipilih berdasarkan latar belakang dan pencapaian pelajar yang pelbagai. ii. Maklumat untuk kajian ini diperolehi daripada hasil borang soal selidik yang

diedarkan kepada responden. Oleh itu, maklumat yang diperolehi mungkin banyak bergantung kepada kefahaman responden mengenai kehendak soalan dan tidak terkawal dari aspek kejujuran mereka dalam menjawab soalan-soalan tersebut. Beberapa langkah di ambil bagi mengatasi masalah tersebut seperti keterangan tentang instrumen dan prosedurnya di terangkan secara lisan atau bertulis kepada para pelajar sebelum menjawab soalan tersebut. Seterusnya, responden juga di minta untuk menjawab instrumen secara

(21)

11 serentak pada masa yang telah ditetapkan dan tidak dibenarkan membawa pulang borang soal selidik tersebut.

1.10 Kerangka Konsep

Kerangka konsep kajian ini boleh dirujuk pada rajah 1.1 yang telah dibangunkan hasil daripada objektif dan pernyataan masalah kajian ini. Rajah 1.1 ini bertujuan untuk memberikan gambaran yang jelas mengenai pengaruh gaya keibubapaan terhadap pencapaian akademik pelajar di empat buah sekolah harian biasa di Daerah Batu Pahat.

Rajah 1.1: Kerangka Konsep Pencapaian PMR pelajar

Gaya keibubapaan

Gaya Autoritatif Gaya Autoritarian Gaya Permisif Pelajar tingkatan 4 di

 SMK Tengku Mahmood Iskandar,  SMK Tun Ismail

 SMK Convent Batu Pahat.  SMK Seri Medan

(22)

1.11 Definisi Istilah

Definisi istilah ini dibuat untuk mentakrifkan serta menerangkan istilah-istilah yang digunakan dalam membentuk tema kajian. Istilah-istilah ini perlu dijelaskan bagi memudahkan pemahaman terhadap kajian yang dilakukan. Dalam kajian ini terdapat beberapa istilah yang digunakan yang setiap satunya di definisikan seperti berikut:

i. Gaya keibubapaan

Keibubapaan ialah seseorang yang memberikan kanak-kanak penjagaan asas, arahan, sokongan, perlindungan dan bimbingan. Ianya merujuk kepada keupayaan ibu bapa untuk membimbing atau menuntun anak-anak dalam membentuk seorang insan yang berjaya dan berguna serta membentuk keperibadian yang unggul (Razali & Razali, 2013). Dalam kajian ini gaya keibubapaan merujuk kepada tiga gaya iaitu autoritatif, autoritarian dan permisif yang dikemukan oleh Braumrind (1966).

ii. Autoritatif

Gaya autoritatif ini merupakan gaya dimana ibu bapa yang mengawal dan bertanggungjawab terhadap anak-anak mereka. Gaya ini lebih bersifat demokratik yang dapat membentuk anak-anak dengan tingkah laku positif, (Yahaya & Latif, 2005). Dalam kajian ini autoritatif merujuk kepada gaya yang di amalkan oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak serta kesannya terhadap pencapaian akademik mereka.

iii. Autoritarian

Gaya autoritarian ini bermaksud gaya berkuasa penuh. Ibu bapa yang mengamalkan gaya asuhan yang bersifat kawalan yang tinggi tetapi kurang dari segi tanggungjawab (Yahaya & Latif, 2005). Hal ini kerana ibu bapa mengenakan hukuman dan peraturan kepada anak-anak mereka tanpa sebarang peluang untuk anak-anak membela diri mereka. Dalam kajian ini

(23)

13 autoritarian merujuk kepada gaya didikan yang di amalkan oleh ibu bapa serta kesannya terhadap pencapaian pelajar.

iv. Permisif

Gaya permisif ini bermaksud gaya yang bertolak ansur. Gaya didikan permisif ini merujuk kepada ibu bapa yang mesra dan bertanggungjawab, tetapi lemah dalam kawalan. Hal ini mengakibatkan anak-anak mempunyai tabiat sering meminta serta terlalu bergantung kepada ibu bapa mereka, (Yahaya & Latif, 2005). Selain itu juga, anak-anak akan merasakan ibu bapa mereka lebih mementingkan urusan mereka berbanding hal anak-anak, (Santrock, 2004). Kajian ini dilakukan untuk mengetahui pengaruh gaya permisif yang di amalkan oleh ibu bapa terhadap pencapaian pelajar.

v. Akademik

Akademik bermaksud perkara yang berkaitan dengan akademik seseorang pelajar. Seseorang yang mempunyai akademik merupakan seseorang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam. Akademik pula memberi maksud orang yang mempunyai ilmu pengetahuan. Akademik dalam kajian ini bermaksud pengetahuan yang diperolehi oleh setiap pelajar yang di ukur melalui ujian atau peperiksaan. Dalam aspek kajian ini, akademik difokuskan kepada pengetahuan yang diperolehi pelajar tingkatan empat di empat buah sekolah dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) mereka yang lalu.

vi. Pencapaian pelajar

Pelajar ialah orang yang belajar seperti murid sekolah serta penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta. Berdasarkan kajian ini pelajar merujuk kepada pelajar tingkatan empat di empat buah sekolah sekitar Batu Pahat. Pencapaian ini merujuk kepada kejayaan dalam mencapai sesuatu matlamat. Tahap pencapaian pula ialah sejauh mana seseorang pelajar itu berjaya dalam satu-satu peperiksaan. Dalam kajian ini, pencapaian adalah sesuatu keputusan

(24)

yang di perolehi oleh seseorang pelajar iaitu pelajar tingkatan empat di empat buah sekolah sekitar Batu Pahat.

1.12 Kesimpulan

Bab ini membincangkan secara menyeluruh mengenai perkara yang hendak dikaji iaitu pengenalan, latar belakang masalah, penyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, hipotesis kajian, kepentingan kajian dan batasan kajian yang digunakan dalam kajian ini. Pengkaji ingin mengkaji mengenai tahap pengamalan gaya keibubapaan terhadap pelajar. Selain itu, pengkaji juga turut mengkaji tentang sejauh manakah gaya keibubapaan ini mempengaruhi pencapaian akademik para pelajar. Pengkaji berharap dapatan kajian ini akan dapat membantu ibu bapa atau penjaga mengenal pasti gaya pembelajaran yang bersesuaian bagi meningkatkan prestasi pencapaian akademik anak-anak mereka. Kajian yang mendalam akan diteruskan dalam penulisan bab 2 dan seterusnya.

(25)

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan teori-teori keibubapaan terhadap pembelajaran anak-anak serta kajian-kajian lepas. Selain itu juga perkara-perkara yang berkaitan dengan gaya keibubapaan, konsepnya dan sebagainya juga akan disentuh dalam bab ini. Perbincangan dalam bab ini penting dan akan digunakan untuk perbincangan bab-bab yang seterusnya. Sebagai contoh, maklumat dalam bab-bab ini akan digunakan bagi membina item-item dalam instrument iaitu soal selidik. Maklumat yang dibincangan ini juga akan dijadikan rujukan dalam hasil dapatan kajian dalam bab yang seterusnya.

2.2 Pencapaian Akademik Pelajar

Pencapaian akademik pelajar adalah penting untuk mengukur sejauh mana kefahaman seseorang pelajar terhadap subjek-subjek yang telah dipelajari. Ianya diukur melalui ujian, dimana ujian pencapaian mengandungi set rangsangan yang mengukur penguasaan dan kemahiran individu dalam bidang yang khusus (Mohd Majid, 1998). Set rangsangan ujian digunakan untuk mengukur pencapaian pelajar dalam bidang tertentu. Sehubungan dengan itu, pencapaian akademik pelajar yang

(26)

akan digunakan dalam kajian ini adalah pencapaian mereka dalam subjek-subjek peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang telah mereka duduki. Keputusan peperiksaan mereka dianalisis mengikut gred pencapaian yang ditentukan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LMP). Manakala pencapaian pula dikaitkan dengan prestasi akademik dalam peperiksaan yang dikelolakan oleh LPM. Bagi kajian ini, pencapaian akademik pelajar diskopkan kepada sejumlah pelajar yang telah diselaraskan mengikut piawaian sekolah iaitu kumpulan cemerlang, sederhana dan lemah dari segi akademik.

Sebanyak 3, 948 calon PMR di negeri Johor berjaya memperoleh Gred A dalam semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 3,916 calon pada tahun 2012. Pengarah Pelajaran Johor Mohd Nor A.Ghani berkata daripada jumlah itu 432 calon memperolehi 9A, 3, 146 calon memperolehi 8A, 355 calon 7A, 14 calon 6A dan manakala seorang calon memperoleh 5A (Jabatan Pendidikan Negeri Johor, 2013).

2.3 Pengaruh Ke Atas Kehidupan Anak-Anak

Satu kajian yang telah dibuat ke atas budaya barat menyatakan bahawa gaya keibubapaan yang bersesuaian dengan anak-anak akan menjadikan mereka lebih baik dan kurang bermasalah seperti kurang agresif. Tambahan pula, anak-anak yang kurang bermasalah serta mempunyai tahap pendidikan yang lebih tinggi adalah disebabkan oleh gaya keibubapaan autoritatif manakala gaya permisif boleh mengakibatkan anak-anak mempunyai tahap kebimbangan yang tinggi dan mengalami masalah kemurungan serta terjebak dengan masalah sosial (Rossman & Rea, 2005). Sebaliknya, suatu kajian yang telah dibuat di Asia menunjukkan bahawa tingkah laku agresif yang tinggi, kecekapan sosial yang rendah dan pencapaian akademik berkait rapat dengan gaya authoritarian, (Chen, Dong & Zhou, 1997). Gaya keibubapaan memainkan peranan yang penting dalam pendidikan anak-anak dimana ia mampu mempengaruhi pencapaian akademik mereka.

Kajian telah membuktikan bahawa ibu bapa yang berwibawa berupaya menggalakkan kejayaan pelajar di sekolah (Strage & Brandt, 1999). Berdasarkan fakta tersebut, dapat disimpulkan bahawa gred pencapaian pelajar yang tinggi adalah

(27)

17 disebabkan oleh pengamalan gaya autoritatif yang tinggi oleh ibu bapa mereka manakala pelajar yang terjebak dengan gejala sosial seperti pengambilan alkohol dan dadah dikaitkan dengan gaya permisif yang diamalkan oleh kebanyakan ibu bapa dalam mendidik anak-anak (Cohen & Rice, 1997). Tambahan pula, interaksi yang berkesan antara ibu bapa atau penjaga dengan anak, akan mewujukan hubungan kemesraan antara mereka. Ia juga merupaka faktor kecemerlangan anak-anak dalam bidang akademik. Beberapa kajian oleh penyelidik-penyelidik lepas menunjukkan terdapat perkaitan di antara komunikasi yang tidak berkesan di antara ibu bapa dan anak remaja dengan skizoprenia, tingkah laku agresif, pencapaian akademik yang rendah, masalah kebolehan sosial, kesukaran individu, tingkah laku bunuh diri, simptom depresif, dan rendah penghargaan kendiri (Reed & Dubow 1997). Selain itu juga, corak interaksi antara ibu dan anak akan mempengaruhi kecekapan sosial kanak-kanak tersebut. Cara ibu bapa berkomunikasi dengan anak-anak mereka memberi implikasi berpanjangan kepada perkembangan emosi anak-anak mereka (Sheran, 1999).

Apabila seseorang pelajar itu mendapat kepuasan dalam hidup dan selesa dengan layanan yang diterima, mereka akan merasa dihargai dan secara tidak langsung dapat mengurangkan tahap kemurungan mereka. Namun tidak semua pencapaian pelajar mempunyai kaitan yang rapat dengan gaya autoritatif yang di amalkan oleh ibu bapa mereka. Hal ini demikian kerana masih terdapat ibu bapa yang mengamalkan gaya autoritatif dalam mendidik anak mereka namun anak-anak mereka tidak menunjukkan sebarang peningkatan dalam pencapaian akademik manakala sesetengah ibu bapa yang mengamalkan gaya authoritarian mampu meningkatkan pencapaian akademik anak-anak mereka (Silva, et al., 2007). Fakta tersebut bercanggah dengan sesetengah kajian yang menunjukkan bahawa gaya autoritatif oleh ibu bapa dapat meningkatkan pencapaian pelajar (Nyorko, 2011). Terdapat banyak kajian awal yang telah membuktikan bahawa gaya yang digunakan oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak akan mempengaruhi pencapaian akademik anak-anak mereka. Tambahan pula, penglibatan bapa dalam pengurusan anak-anak di rumah juga memainkan peranan penting dalam kejayaan anak-anak di sekolah (Kazmi, et al., 2011).

Gaya keibubapaan yang diamalkan adalah berbeza mengikut budaya. Kajian ke atas pelajar cina menunjukkan bahawa punca kegagalan pelajar adalah disebabkan

(28)

oleh kurangnya sikap tanggungjawab dalam diri ibu bapa serta perselisihan faham antara mereka (Shek, Lee, & Chan, 1998). Hal ini kerana, hubungan yang positif antara ibu bapa dengan anak-anak akan memberikan keselesaan kepada kehidupan anak-anak serta boleh meningkatkan pencapaian mereka di sekolah. Hubungan yang positif ini juga akan mendatangkan kebaikan kepada kedua-dua belah pihak iaitu kepada anak-anak serta ibu bapa. Anak-anak yang mempunyai konflik dengan ibu bapa mereka akan mengalami kemurungan serta sentiasa memberontak. Jalan yang terbaik untuk menangani konflik antara ibu bapa dan anak-anak ialah dengan berbincang sesama mereka bagi mencapai kata sepakat dalam menyelesaikan salah faham yang telah terjadi (Sapora Sipon, 2007). Perbincangan yang dilakukan mestilah menggunakan situasi menang menang agar kedua-dua belah pihak berpuas hati.

Selain itu, keadaan persekitaran juga mempengaruhi pengamalan gaya keibubapaan dalam kalangan ibu bapa terhadap anak-anak (Shahrul, et al., 2008). Justeru itu, terdapat beberapa langkah yang boleh digunakan oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak seperti menggunakan pendekatan psikologi dalam mendidik anak-anak yang sedang membesar (Sapora Sipon, 2007). Berikut merupakan antara langkah-langkah dalam mendidik anak yang sedang membesar :

i. Pemberian Kasih Sayang Sejati

Kasih sayang yang ikhlas dan sejati daripada ibu bapa atau keluarga akan melahirkan kanak-kanak yang berperasaan selamat, sentiasa merasa disayangi dan tidak bersifat mengkritik. Tambahan pula, kanak-kanak yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang akan membantu merangsang pertumbuhan dan perkembangan mereka dengan sempurna seterusnya kanak-kanak akan memasuki alam remaja dengan baik.

Kasih sayang ibu bapa boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu berterusan dan tidak bersyarat. Kasih sayang yang tidak bersyarat ialah kasih sayang yang diberi walaupun kanak-kanak tersebut telah berkelakuan kurang menyenangkan. Hal ini demikian kerana kasih sayang daripada ibu bapa itu amat penting lebih-lebih lagi ketika anak berada di dalam kesusahan. Contohnya, ketika anak-anak mereka berdepan dengan masalah, ibu bapa perlu ada di sisi mereka untuk mendengar masalah mereka serta memberi kata-kata semangat kepada mereka.

(29)

19 ii. Memperuntukan Masa Bersama-sama

Masa yang diperuntukkan oleh ibu bapa untuk anak-anak mereka di rumah merupakan saat yang amat berharga. Ibu bapa sewajarnya meluangkan seberapa banyak masa bersama anak-anak seperti beriadah bersama-sama, bergotong-royong mengemaskan rumah serta saling berkongsi cerita serta masalah agar tiada jurang yang wujud antara ibu bapa dan anak-anak.

iii. Disiplin Yang Kukuh

Disiplin merupakan suatu panduan serta peraturan yang mengikat tingkah laku seseorang. Disiplin yang kukuh dalam sistem kekeluargaan adalah penting terutama dalam mendidik golongan remaja. Ibu bapa tidak boleh terlalu memanjakan anak-anak mereka kerana ia akan memberi kesan yang buruk kepada sikap anak-anak-anak-anak mereka. Walau bagaimanapun, ibu bapa perlu mendisiplinkan anak-anak supaya apabila mereka telah dewasa kelak, mereka akan menjadi insan yang berdisiplin serta patuh kepada peraturan dan undang-undang. Disiplin yang dilaksanakan di rumah haruslah disiplin yang bersifat positif (Asmah Bee, 1994). Contohnya, ibu bapa haruslah menggunakan perkataan-perkataan yang sesuai dalam mendidik anak-anak serta menyelitkan sedikit ketegasan tanpa menggunakan kata-kata yang kesat. Selain itu, pastikan anak-anak memahami tujuan peraturan-peraturan yang ditetapkan di rumah agar mereka dapat mematuhinya tanpa perasaan terpaksa.

Hal ini demikian kerana anak-anak pada masa sekarang adalah berbeza dengan anak-anak pada masa dahulu, di mana mereka lebih bijak, pintar dan kreatif. Ibu bapa perlu bertindak dengan bersifat autoritatif dan tegas kepada anak-anak. Sifat-sifat tegas dan autoritatif penting supaya anak-anak menghormati peraturan yang telah ditetapkan serta boleh mematuhinya.

(30)

iv. Didikan Yang Betul

Pepatah Melayu ada mengatakan, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Ini jelas menunjukkan bahawa untuk menjadikan anak-anak yang berguna, mereka perlu dididik sejak kecil lagi. Jika anak-anak telah didedahkan dengan nilai-nilai murni sejak kecil, tentu mereka akan terbiasa dengan nilai-nilai tersebut serta akan mempraktikkannya ketika dewasa kelak. Cara didikan secara demokratik oleh ibu bapa adalah amat sesuai untuk anak-anak yang sedang meningkat remaja.

v. Layanan Yang Mesra

Layanan yang mesra antara ahli keluarga terutama ibu bapa dengan anak-anak akan menyebabkan mereka merasa disayangi dan diperlukan. Suasana kekeluargaan yang harmoni mampu melahirkan insan yang berguna serta berjaya dalam kehidupan. Kegagalan mewujudkan kemesraan dalam sesebuah keluarga akan mempengaruhi psikologi anak-anak dimana mereka akan merasa tidak selesa di rumah serta sering memberontak. Hal ini pasti akan menjejaskan nilai kendiri anak-anak.

2.4 Hubungan Gaya Keibubapaan dengan Pencapaian Akademik Pelajar

Terdapat tiga gaya keibubapaan yang diamalkan oleh ibu bapa dimana gaya-gaya tersebut akan mempengaruhi tingkah-laku anak-anak mereka. Ketiga-tiga gaya ini adalah berbeza dan seterusnya akan memberi kesan yang berbeza juga terhadap tingkah-laku anak-anak mengikut gaya yang di amalkan oleh ibu bapa. Tiga jenis gaya keibubapaan yang dimaksudkan adalah autoritatif, authoritarian dan permisif. Kemahiran keibubapaan adalah wajar dilaksanakan dalam sesebuah institusi kekeluargaan (Noordin, 2005). Kajian yang telah beliau jalankan terhadap 72 orang pelajar yang telah dipilih secara rawak di tiga buah sekolah menengah di Johor Bharu menunjukkan bahawa ibu bapa yang tidak mempunyai kemahiran asas dalam mendidik akan menghadapi risiko anak-anak mereka terjebak dengan pelbagai masalah sosial seperti ponteng sekolah, penyalahgunaan dadah dan alkohol serta

(31)

21 mengamalkan seks bebas dimana ia akan mengakibatkan kemerosotan pencapaian pelajar.

Anak-anak sering menjadikan ibu bapa mereka sebagai role model serta inspirasi mereka untuk berjaya dalam bidang akademik seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. (Candis, 2003). Galakan dan nasihat yang diberikan oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka tentang pentingnya pelajaran akan menaikkan semangat mereka untuk menjadi insan yang berguna serta berjaya dalam pelajaran. Umum mengetahui, pendidikan asas anak-anak bermula dari ibu bapa itu sendiri yang mendidik mereka sejak kecil sehingga mereka melangkah kealam persekolahan. Justeru itu, gaya didikan ibu bapa memainkan peranan yang penting serta menjadi asas dalam mendorong kejayaan pelajar di sekolah. Pernyataan ini selari dengan kajian yang telah dilakukan dimana keluarga merupakan asas kepada pendidikan yang kukuh (Besharat, Azizi, & Poursharifi, 2011).

Gaya keibubapaan seperti autoritatif, authoritarian dan permisif sangat penting dalam menentukan pencapaian pelajar-pelajar selari dengan matlamat yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah (Houtenville & Conway, 2008). Penglibatan ibu bapa secara langsung memberi kesan yang mendalam terhadap perkembangan sosial dan kejayaan akademik pelajar. Ibu bapa memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk keperibadian anak-anak menerusi didikan yang sempurna sejak di peringkat bayi hingga ke peringkat mereka memasuki alam universiti (Ibrahim, 2002). Cara didikan yang sempurna dan asuhan yang betul daripada ibu bapa akan membuatkan anak-anak menjadi rapat dengan mereka. Gaya keibubapaan yang betul dalam mendidik anak-anak adalah penting dalam kehidupan anak-anak kerana mereka akan merasa disayangi serta menyedari bahawa terdapat insan yang mengambil berat dengan kehidupan mereka selama ini.

Faktor utama dalam menggalakkan anak-anak mencuba adalah daripada didikan ibu bapa yang mengambil tahu tentang keinginan dan cita-cita anak-anak (Marchant, 2001). Ibu bapa yang mampu mewujudkan keadaan yang selesa untuk anak-anak belajar di rumah tanpa banyak gangguan akan memberi kesan yang positif terhadap pencapaian akademik anak-anak mereka. Ibu bapa yang mengamalkan gaya autoritatif terhadap anak-anak dalam membantu anak-anak menyelesaikan tugasan di rumah adalah dengan mengutamakan tugasan anak, menunjukkan minat terhadap

(32)

tugasan anak, mengetahui tentang kehendak tugasan anak serta menyemak tugasan yang telah diselesaikan oleh anak (Knollman, et al., 2007). Gaya yang diamalkan oleh ibu bapa ini menunjukkan keprihatinan mereka terhadap pembelajaran anak-anak.

Ibu bapa yang sering menemani anak-anak mereka menyiapkan kerja rumah yang diberi serta mengetahui apa yang anak-anak mereka belajar di sekolah akan dapat membantu meningkatkan pencapaian mata pelajaran anak-anak mereka (Houtenville, et al. 2008). Namun, ibu bapa yang menyediakan segala keperluan anak-anak tidak mempunyai hubungan dengan pencapaian anak-anak (Muhamad, 1999). Ibu bapa juga seharusnya mengetahui bagaimana untuk memantau, menyokong dan membuat perbincangan dengan anak-anak semasa di rumah.

Sehubungan dengan itu, kajian kes mengenai keciciran pelajar di sekolah menengah (BPPDP, 2003) telah menggariskan beberapa sikap negatif ibu bapa atau keluarga terhadap pendidikan anak-anak. Ini termasuklah ibu bapa yang kurang mengambil berat terhadap pendidikan anak mereka serta ibu bapa yang kurang kesedaran tentang pentingnya pendidikan kepada anak. Selain itu, terdapat ibu bapa yang lebih suka anak-anak mereka bekerja di usia remaja berbanding meneruskan persekolahan mereka. Kebanyakan pelajar yang tercicir dalam pelajaran dan yang memperolehi pencapaian yang rendah adalah mereka yang berasal daripada keluarga yang kurang memberi sokongan terhadap pendidikan dan kurang mengawasi kemajuan anak-anak. Walaupun terdapat ibu bapa yang sibuk dengan kerjaya mereka, namun mereka seharusnya mengambil tahu tentang pembangunan fizikal, kognitif, sosial dan emosi anak-anak mereka tetapi masih wujud segelintir ibu bapa yang melepaskan tanggungjawab mendidik dan membimbing anak mereka kepada pihak sekolah (Besharat, Azizi, & Poursharifi, 2011). Malangnya, masih terdapat ibu bapa yang sering tidak menghadirkan diri untuk mengambil rekod kemajuan pelajar dan kurang melibatkan diri dalam Persatuan Ibu bapa da Guru (PIBG).

Berdasarkan model Baumrind, perbezaan gaya keibubapaan yang dpraktikkan mampu memberi kesan dalam pencapaian akademik anak-anak. Gaya autoritatif akan memberi kesan yang positif ke atas proses pembelajaran dan pembentukan keperibadian yang tinggi dalam kalangan pelajar. Manakala gaya autoritarian dan permisif pula dianggap membawa kesan pasif, kelonggaran dan tekanan yang

(33)

23 menjejaskan prestasi akademik. Beberapa kajian lepas yang menggunakan gaya keibubapaan Baumrind telah berjaya khususnya dalam menerangkan pencapaian akademik. Sebagai contoh, gaya autoritatif yang diamalkan oleh ibu bapa telah menunjukkan kesan yang positif terhadap prestasi pelajar yang merangkumi pencapaian, rekod disiplin dan tingkah laku mereka di sekolah ( Jeynes, 2007). Seterusnya, terdapat juga kajian lepas yang menegaskan bahawa gaya keibubapaan autoritatif memberi kesan yang positif ke atas skor akademik pelajar berbanding gaya autoritarian dan permisif (Ang & Goh, 2006). Maka dapat disimpulkan bahawa perbezaan gaya keibubapaan yang diamalkan telah menyebabkan purata markah kumulatif pelajar berbeza secara signifikan.

Terdapat banyak kajian yang telah membuktikan bahawa penglibatan ibu bapa sangat penting dalam mempertingkatkan kecemerlangan pelajar-pelajar di sekolah sehingga setiap keluarga disarankan supaya mengamalkan gaya autoritatif dalam persekitaran keluarga (Jewrell, 2008). Walaubagaimanapun, kajian yang menggunakan model keibubapaan Baumrid yang dijalankan di Malaysia mendapati bahawa gaya keibubapaan permisif, autoritarian dan autoritatif tidak berkolerasi positif dan signifikan dengan pencapaian akademik pelajar sekolah rendah (Elias & Yee, 2009). Kajian yang dilakukan di Slovania pula menunjukkan bahawa ibu bapa yang memberi sokongan serta menyimpan harapan yang tinggi terhadap anak mereka akan mengakibatkan mereka merasa tertekan sehingga menyebabkan penurunan dalam pencapaian akademik mereka (Levpuscek & Zupancic, 2009).

Beberapa kajian lain terhadap mereka yang mengamalkan gaya keibubapaan dalam masyarakat silang budaya seperti kaum Cina dan masyarakat Korea menunjukkan hasil yang bercanggah dengan model Baumrind apabila kepelbagaian gaya keibubaapan tidak memberi kesan yang negatif ke atas pencapaian akademik pelajar. Kajian yang dilakukan terhadap masyarakat cina mendapati bahawa gaya autoritarian lebih menonjol tetapi pencapaian pelajar adalah positif. (Leung, Lau & Lam, 1998). Walaupun berlaku sedikit percanggahan dalam beberapa kajian lepas mengenai gaya keibubapaan yang diamalkan serta kesannya terhadap pencapaian pelajar namun hipotesis Baumrind yang menyarankan agar gaya keibubapaan autoritatif sebagai model ikutan tetap tidak dapat disangkal lagi.

(34)

2.5 Jenis-Jenis Sekolah

Sekolah merupakan sebuah pusat pendidikan yang menjadi gedung ilmu bagi semua masyarakat bermula dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah. Kerajaan telah memperuntukkan pelbagai jenis sekolah yang menggunakan konsep yang berbeza bagi mempertingkatkan sistem pendidikan sedia ada. Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis sekolah berkonsep baru yang disisipkan dalam sekolah sedia ada (KSSR, 2011). Antara jenis-jenis sekolah adalah seperti berikut:

i. Sekolah Menengah Harian Biasa

Sekolah menengah harian biasa bertujuan untuk menyediakan hak pendidikan yang sama rata kepada seluruh rakyat Malaysia.

ii. Sekolah Menengah Harian Agama

Sekolah ini memfokuskan kepada pendidikan yang berteraskan ajaran islam dan pada masa yang sama juga turut menitikberatkan kecemerlangan dalam subjek-subjek asas lain.

iii. Sekolah Maktab Rendan Sains Mara (MRSM)

Sekolah ini merupakan sekolah berasrama penuh yang dibina oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebagai satu usaha untuk mencapai matlamat MARA dalam bidang latihan dan pendidikan di kalangan Bumiputera.

iv. Sekolah Berasrama Penuh

Sekolah menengah perdana ini dikhaskan untuk memberi peluang kepada pelajar bumiputera di luar bandar yang memperolehi keputusan cemerlang di dalam UPSR dan PMR. Semua sekolah berasrama penuh ini adalah sama dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia.

v. Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)

Sekolah jenis ini ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti yang tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini juga bertindak sebagai penanda aras dalam soal

(35)

107

RUJUKAN

Abar, B., Carter, K. L. &Winsler, A. (2009).The effects of maternal parenting style and Adolescents. American Journal of Orthopsychiatry, 76 (4), 503–511. Ang, R.P. &Goh, D.H. (2006). Authoritarian Parenting Style in Asian Societies: A

Cluster-Analytic Investigation. Contemporary Family Therapy, 28(1), 131- 151.

Amy, LohSiew Mei (2000).

HubunganAntaraAmalanKekeluargaanDenganMasalahSosial Di

KalanganPelajarPusatPengajianSainsTulen USM, Pulau Pinang. UniversitiTeknologi Malaysia Skudai.

Assadi, S., Zokaei, N., Kaviani, H., Mohammadi, M., Ghaeli, P., Gohari, M. & Van De Vijver, F. (2007). Effect of Socio-cultural Context and Parenting Style on Scholastic Achievement Among Iranian Adolescents. Social Development, 16(1), 169–180.

Abd Rashid, A. R., Hussin, S., & Hassan, C. H. (2006).Krisis Dan KonflikInstitusiKeluarga (pp 13-31). Kuala Lumpur: Utusan Publications Sdn. Bhd. Farrant, J.S. (1981). Prinsip Dan AmaliPendidikan: ( CetakKedua). Kuala Lumpur: DewanBahasa Dan Pustaka.

Abdul Ghafar, M.N. (2003). “PenyelidikanPendidikan”. Skudai: UniversitiTeknologi Malaysia.

Abu Bakar, A. (2008). HubunganPolaKomunikasiKeluargaDengan Gaya Keibubapaan Dan KejelekitanDalamKeluarga.Selangor.Tesis Master (tidakterbit), Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Arseneault, L., Kim-Cohen, J., Taylor, A., Caspi, A., &Moffit, T. E. (2005) Psychometric evaluation of 5- and 7-year-old children’s self-reports of conduct problems. Journal of Abnormal Child Psychology, 35, 537-550.

(36)

Bibi, F., Chaudhry, A. G., Awan, E. A., & Tariq, B. (2013). Contribution of Parenting Style in life domain of Children, 12(2), 91–95.

Besharat, M. A., Azizi, K., & Poursharifi, H. (2011). The relationship between parenting styles and children’s academic achievement in a sample of Iranian families. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 15, 1280–1283. doi:10.1016/j.sbspro.2011.03.277

Baumrind, D. (1966). Effects of Authoritative Parental Control on Child Behavior, Child Development, 37(4), 887-907.ISSN: 0009-3920. doi: 10.2307/1126611. Baumrind, D. (1968). Authoritarian vs Authoritative Parental Control

Adolescence.Halaman 131-141.

Baumrind, D. (1971). Current Patterns Of Parental Authority. Developmental Psychology Monographs, 4,part 2.

Baumrind, D. (1991). The influence of parenting style on adolescent competence and substance use. Journal Of Early Adolescence, 11(1), 56-95.

Berg, B. (2011). The Effects of Parenting Styles on a Preschool Aged Child’s Social

Emotional Development.The Graduate School, University of Wisconsin-Stout. Retrieved from http: // www2 .uwstout. edu/ content/ lib/ thesis/ 2011/2011bergb.pdf

Boyd, D. & Bee, H. (2002).Lifespan Development, 4th ed. Boston: Pearson education

Candis, Y.H. (2003). The HeEnviroment of Gified Puerto Rican Children.Diperoleh Mac 3 2008,

daripadahttp://www.ncela.gwu.edu/ncbepubs/symposia/third.html.

Chan, T. W., & Koo, A. (2011).Parenting Style and Youth Outcomes in the UK.

European Sociological Review, 27(3), 385-399. ISSN: 0266-7215. doi: 10.1093/esr/jcq013

Chua, Y.P. (2006). “KaedahPenyelidikan: KaedahdanStatistikPenyelidikan”. Vol 2. Kuala Lumpur: McGraw Hill.

(37)

109

Che Noh, C. H.

(2007).Hubungankeluargadariaspekkomunikasidangayakeibubapaan.JurnalK emanusiaan, 8, 45- 57.

Chen, X., Dong, Q., & Zhou, H. (1997).Authoritative and authoritarian parenting practices and social and school performance in Chinese children.International Journal of Behavioral Development, 21(4), 855–873. Abstract

retrieved from

http://connection.ebscohost.com/c/articles/7613707/authoritative-au

horitarian-parenting-practices-social-school-performance-chinese-children Cohen, D. A., & Rice, J. (1997). Parenting styles, adolescent substance use, and

academic achievement. Journal of Drug Education, 27(2), 199-211.ISSN: 0047-2379.doi: 10.2190/QPQQ-6Q1G-UFD-5UTJ

Crawford J.S. (2003). Parental and Temperamental Influence on Early Development of Attention and Language. D. Ed. Pacific Graduate School of Psychology, California, USA.

Danny, N. (2007).The Pros and Cons of Permissive Parenting.Retrieved Oct. 10,2011 from: Helium http//:www.helium.com.

Darling, N. (2002). Parenting Style and Its Correlates, 7469(217).Clearing house on Elementary and Early Childhood Education. Retrieved from http: //ecap. crc. illinois. edu/ eecearchive/digests/1999/darlin99.pdf.

Deemer S.A. (2004). Classroom Goal Orientation in High School Classroom:

Revealing link with Teacher Beliefs and Classroom Environment. Educational Research vol. 146, no. 1, Spring 2004.

Dwairy, M., Achoui.M., Abouserie, R., Farah, A., Ghazali, I., Fayad, M. & Khan, H.K. 2006. Parenting Styles In Arab Societies: A First Cross-Regional Research Study. Journal of Cross Cultural Psychology, 37 (3), 1-18.

Eu, Kwee Guan (2002). TahapMotivasiKeluargaDalamKonteksPendidikan Formal Anak-AnakMereka: SatuTinjauan Di KalanganKeluargaBahagia Di Daerah

(38)

Muar, Johor.

Emanel, Mason, J., Brumble, J., & William, J. (1997). Research in Education and the Behavioral Sciences, Concepts and Methods, Brown & Benchmark Publishers, London.

Elias, H. & Yee, T. H. (2009). Relationship between Perceived Paternal and Maternal Parenting Style and Student Academic Achievementin Selected Secondary School. European Journal of Social Science, 9(2). Akses atas talian, 30 Oktober 2011 di http://www.eurojournals.com/ejss_9_2_01.pdf Fridenberg and Lewis (2004).Adolescent least able to cope: How do they response to

stress. British Journal of Guidance and Counselling, vol.32, no. 1.

Gadeyne, E., Ghesquiere, P. &Onghena, P. (2004).Longitudinal relations between parenting and child adjustment in young children. Journal of Clinical Child and Adolescent Psychology, 22, 347-358.

Hassim, S., Chua Chu, T., Abdul Majid, R., MohdJelas, Z., &MdYusof, H. M. (2012).

PerkembanganKecerdasanEmosiKanak-kanakPrasekolahBermasalahPendengaran:

ImplikasinyaTerhadapPenglibatanIbuBapa.137-142

Hehsan.A., (2010).TahapDisiplinPelajarSekolahMasaKini: SatuKajian di MaahadAhmadi Tanah Merah.UniversitiTeknologi Malaysia.

Hill, N. E. (2001). Parenting and academic socialization as they relate to school readiness: The roles of ethnicity and family income, Journal of Educational Psychology, 93(4), 686-697.

Hickman, G. &Crossland, G. (2005).The Predictive Nature of Humor, Authoritative Parenting Style, and Academic Achievement on Indices of Initial Adjustment and Commitment to College among College Freshmen.Aksesatastalian, 24 Oktober 2011 dihttp://baywoodmetapress.com/app/home/contribution.asp? Hoeve, M., Dubas, J., Eichelsheim, V., Laan, P., Smeenk, W. &Gerris, J. (2009). The

(39)

111

of Abnormal Child Psychology, 37, 749-775.

Houtenville, A., & Conway, K. (2008).Parental effort, school resources, and student achievement. Journal of Human Resources, 43, 437-453.

Hussain, S., &Munaf, S. (2012).Perceived father acceptance-rejection in childhood and psychological adjustment in adulthood.International Journal of Business and Social Science. 3(1), 149-156. Retrieved from http: // www. ijbssnet. com/ journals/ Vol_3_No_1_January_2012/16.pdf

Ibrahim, I (2002).DisiplinKeluargaJadiPenentu.DiperolehpadaJulai 22, 2010 daripadahttp://.cikgu.net.my/malay/berita/moreberita.

Mad Shah, I. (2004).KonsepKendiri Dan PencapaianAkademikGolonganRemaja: MelihatSejauhmana Gaya KepimpinanIbuBapaSebagai Moderator. Tesistidakterbit. Johor Bharu, UTM.

Jackson, E. B. (2002). The Impact of Parenting styles on Adolescent Academic

Achievement and Classroom Behavior. (Doctoral

Dissertation.UniversitiCapella, 2002). Retrieved May 21, 2003, from http//wwwlib.umi.co./dissertations/ preview_all/3064154.

Jeynes, W. H. (2007). The Relationship Between parental involvement and urban secondary school student academic achievement: A meta-analysis. Urban Education, 42 (1), 82-110.

Johan, Md. O., &Nazeri, Md. N., (2010).Profil Gaya DidikanIbuBapaPelajarCemerlangBerbandingPelajarLemah. Johor Bharu. UTM.

Jewrell, R. (2008). Relationship between parenting style and academic achievement and the mediating influences of motivation, goal-orientation and academic efficacy. Aksesatastalian, 28 Oktober 2011 di ProQuest Digital Dissertations. Khalid, M. (2002). Amalan Pengurusan Bengkel di Sekolah Menengah Vokasional

(40)

Sarjana Muda

Khalid, S. (2004). Development and validation of the index of personal growth and the familial and dispositional predictors of personal growth (Thesis of Phd). National Institute of Psychology and centre of Excelance, Quaid-e- Azam University: Islamabad.

Kopko, K. (2007). Parenting Styles and Adolescents.Retrieved Nov. 20, 2011 from: http://www.parenting.cit.cornell.edu

Noordin, K. (2005). HubunganAntaraKonsepKendiri, Motivasi Dan Gaya KeibubapaanDenganPencapaianPelajar,TesisSarjanaUniversitiTeknologi Malaysia, Skudai.

KamusDewanEdisiKetiga (1997). Kuala Lumpur :DewanBahasadanPustaka.

Knollman, M., & Wild, E. (2007).Quality of parental support and students’ emotions

during hoework: Moderating effect of students’ motivational arientation. European Journa of Psychology of Education, 22, 63-76.

Kazmi, S. F., Sajjid, M., & Pervez, T. (2011, PART2).Parental style and academic achievement among the students.International Journal of Academic Research, 3(2), 582-588. Retrieved from http://www.ijar.lit.az/pdf/10/2011 (10-95).pdf

Maccoby, E. E., & Martin, J. A. (1983). Socialization in the context of the family: Parent–child interaction. In P. H. Mussen (Ed.) & E. M. Hetherington (Vol. Ed.), Handbook of child psychology: Vol. 4. Socialization, personality, and social development (4th ed., pp. 1-101). New York: Wiley.

Mohd Majid Konting (2004). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kementerian Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

Ahmad, M. S., &Madon, Z. (2005).PanduanMengurusRemajaModen. PTS Publishing Sdn. Bhd.

Marchant, G.J., Paulson, S. E., danRothlisberg, B. A. (2001). Relations of middle school students’ perceptions of family and school context with academic

(41)

113

achievement. Psychology in the School, 38, 505-519.

MohamadNajib Abdul Ghafar (1999). PenyelidikanPendidikan. Skudai: UTM.

Salleh, M. J. (2012).

KajianTerhadapFaktor-FaktorMempengaruhiPencapaianPelajarDalamPenilaianMenengahRendah di Sabah. Labuan International Conference on Educational Research. Sheran, C. P. 1999. Caregiver-child social communication: Effects of mother-child

interactions on child development in the home. Disertasi PhD. University of Minnesota.

Omar, N. H., Manaf, A. A., &Ayob, A. S. (2012).Pengujian Gaya KeibubapaanAkademikPelajarSekolahMenengah, Vol.7, 105-120.

Oppenheim, R, W. (1996). Early development of spinal motoneurones: Mechanisms mediating survival and death. In Proceeding of Anatomical Society, Volume 14, pp. 19.

Maglio, C. (2006). Parenting Style and Family Structure on Academic Achievement Effect of In Adolescents that Live in a Rural Setting.Aksesatastalian, 27 Oktober 2011 di ProQuest Digital Dissertations.

Muhammad, N. (1999). PencapaianPendidikan Islam BagiPelajar Yang Mundur Di

Sekolah Dan HubungannyaDengan Status

SosiaEkonomiKelaurga:SatuKajianTerhadapPelajarTingkatan 3 Di SekolahMenengahDr.Burhanuddin, Taiping, Perak. TesisSarjanaMuda. UniversitiTeknologi

Nyarko, K. (2011). The influence of authoritative parenting style on adolescents' academic achievement.American Journal of Social and Management

Sciences, 2(3), 278-282. ISSN: 2151-1559.

doi:10.5251/ajsms.2011.2.3.278.282

Uma Sekaran (1992). Research methods for bussiness: A skill building aproach. New York : Jon Wiley & Son Inc.MalaysiaSkudai

(42)

(2008).FaktorIbuBapaDalamKecemerlanganAkademikPelajarPekak:Kajian KesRetrospektif. Vol. 5.

Powell D. R. &D’Angelo, D. (2000).Guide to Improving Parenting Education in Even Start Family Literacy Programs, U.S. Depart- ment of Education, Planning and Evaluation Service and Even Start Family Literacy Program. Washington D. C.

QuekMiowLeng. (2006). Pengaruhrakansebayadenganpencapaianmatematik di

kalanganpelajartingkatan 4 di

daerahBatuPahat.TesisSarjanaMuda.UniversitiTeknologi Malaysia.

Razali, A., & Razali, N. A. (2013). Parent-Child Communication and Self Concept among Malays Adolescence, 9(11), 189–200. doi:10.5539/ass.v9n11p189 Ridhuan T. A., (2010). Cabaranintegrasiantarakaum di Malaysia: PerspektifSejarah,

KeluargadanPendidikan. JurnalHadhari Bil.3 (2010) 61-84.

Rohaty M. M., (1998.)Memahamijiwa Dan MindaRemaja.Selangor.FajarBaktiSdn. Bhd.

Royo, M. A., &Mahmood, H. (2011).Faktor-FaktorKelemahan Yang MempengaruhiPencapaianCemerlangDalam Mata PelajaranRekaCipta- Journal of Educational Psychology and Counseling, volume 2, Jun 2011, Pages 145-174

Santrock, J. W.,(2004). Life span development. McGraw-Hill, New York.

SaporaSipon. (2007).

Keberkesanankaunselingkelompokpemusataninsan,rasionalemotiftingkahlaku

danpsikologikognitif ad-Din

keatastahaptekanan, kepuasankerjastrategiberdayatindakdansokongansosial guru. Tesis Dr Fal. UniversitiKebangsaan Malaysia.

Sabitha, M. (2005).KaedahPenyelidikanSainsSosial Selangor: Pearson Prentice Hall

Salleh. M. A., (2012). KajianGengsterisme Di SekolahMenengahHarian, Kementerian

(43)

115 Pendidikan Malaysia: Unit PenyelidikDasarBahagianPerancangan Dan

PenyelidikanDasarPendidik.

Silva, M., Dorso, E., Azhar, A., &Renk, K. (2007). The relationship among parenting styles experienced during childhood, anxiety, motivation, and academic success in college students. Journal of College Student Retention: Research, Theory & Practice, 9(2), 149-167. Retrieved from http: //baywood.metapress.com/app/ home/ contribution. Asp ?referrer= parent&backto= issue, 2,7;journal, 21 ,52; linkin gpublicationresults,1:300319,1

Shahrul A.O., Norzaini A., Manisah A. (2008).

Faktoribubapadalamkecemerlanganakademikpelajarpekak:

Kajiankesretrospektif , MJLI vol. 5.

Strage, A., & Brandt, T. S. (1999). Authoritative parenting and college students’

academic adjustment and success.Journal of Educational Psychology, 91(1), 146-456. ISSN: 0022-0663. doi: 10.1037/0022-0663.91.1.1.146.

Steinberg, L., Darling, N., & Fletcher, A.C. (1995).Authoritative Parenting And Adolescent Adjustment: An Ecological Journey. Child Development, 65, 774-770.Allyn and Bacon.

Tiller, A.E., Garrison, B.M.E., Block, E.B., Cramer, K., & Tiller, V. (2002).Parenting Styles and Child Behavior in African American Families of Preschool Children.Journal of Clinical & Child Adolescent\ Psychology. 31(2):272-277.

Wang, Y. (2007). A Cross-cultural and Developmental Analysis of Self-Esteem in Cultural in Chinese and Western Children.Clinical Child and Family

Psychology Rewiew, 4,

253-269.http://dx.doi.org/10.1023/A:1017551215413.

Wiersme, W. 2008.The Relationship Between Parenting Practices, Socioeconomic Status, and Ethnicity to the Academic Achievement of High School Students

.Aksesatastalian, 29 Oktober 2011

(44)

http://www.allfreeessays.com/essays/Relationship-Between-Parenting-Practices-Soeconomic-Status/11502.html

Woolfolk A. (1995). Educational Psychology, 6th edition. USA: Allyn and Bacon. Yahaya, A., &Latif, J, S. (2005). MembentukIdentitiRemaja. Pah

Referensi

Dokumen terkait

Bahwa faktor-faktor yang menyebabkan penggunaan Tanda Nomor Kendaraan Bermotor tidak resmi atau tidak sesuai dengan peruntukannya di wilayah Hukum Polresta Palu

a) Pemahaman wawasan Kependidikan Polri Tanggapan Responden mengenai kependidikan polri dalam melaksanakn pendidikan pembentukan siswa didik diSPN Jayapura adalah sangat

Aktivitas siswa telah relevan dengan pembelajaran berpusat kepada siswa dengan reliabilitas rata-rata 94,8%, aktif dengan model pengajaran langsung dan respon siswa

Hasil penelitian menunjukkan bahwa model Bimbingan Kelompok dengan Pendekatan Muhasabah (model BKp-M) adalah salah satu model bimbingan dan konseling melalui layanan

Penelitian yang telah dilakukan pada PT Telkomsel Branch Ambon telah membuktikan keefektifan komunikasi organisasi penyelia Divisi Broadband and Digital Sales Telkomsel untuk

pengumpulan data di lapangan sampai peneliti mendapatkan seluruh data. 13 Dengan penelitian kualitatif deskriptif ini, peneliti berusaha mengungkap manajemen

Perlakuan dosis pupuk organik (bokashi pupuk kandang ayam) pada tanah pasca tambang batubara berpengaruh tidak nyata terhadap pengamatan rata-rata tinggi tanaman