• Tidak ada hasil yang ditemukan

Faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar-pelajar Diploma Kejuruteraan Politeknik dalam menceburi bidang keusahawanan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar-pelajar Diploma Kejuruteraan Politeknik dalam menceburi bidang keusahawanan"

Copied!
41
0
0

Teks penuh

(1)

FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR – PELAJAR DIPLOMA KEJURUTERAAN POLITEKNIK DALAM MENCEBURI BIDANG

KEUSAHAWANAN

MOHD SHAHRIR BIN ABDULLAH

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan Teknikal (Reka Bentuk Instruksional dan Teknologi)

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussien Onn Malaysia

(2)

v

ABSTRAK

Bidang keusahawanan kini semakin berkembang maju selaras dengan seruan kerajaan yang banyak memberi dorongan kepada rakyat Malaysia agar menjadikan usahawan sebagai kerjaya utama. Kajian yang dijalankan adalah untuk mengenal pasti faktor- faktor yang mempengaruhi pelajar bidang Diploma Kejuruteraan di Politeknik Ungku Omar (PUO) dalam menceburi bidang keusahawanan. Seramai 371 orang pelajar terlibat dalam kajian ini. Kajian yang dijalankan adalah berasaskan Model Asas Proses Keusahawanan, Teori Tingkah Laku Terancang, Model Pembangunan Usahawan dan juga Model Proses Pembentukan Usahawan. Data kajian diperolehi daripada borang soal selidik yang mengandungi 55 item. Dapatan yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian komputer Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) Versi 21.0 untuk mendapat nilai frekuensi, peratus dan juga pekali korelasi. Dapatan kajian menunjukkan setiap faktor keusahawanan yang dikaji iaitu dorongan , kepimpinan, kemahiran , motivasi, dan pengalaman adalah tinggi. Manakala bagi faktor sikap pula berada pada aras sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara minat keusahawan dan kepimpinan keusahawanan. Berdasarkan kajian ini, dirumuskan bahawa faktor keusahawanan yang mempengaruhi bagi diri pelajar politeknik berada pada tahap sederhana. Kajian ini diharapkan dapat membantu dan dimanfaatkan oleh pihak tertentu dalam usaha meningkatkan penerapan kesediaan pelajar politeknik diploma kejuruteraan dalam menceburi bidang keusahawanan.

(3)

ABSTRACT

Entrepreneurship nowadays is moving at fast paced, in line with government drives and efforts encouraging Malaysians to consider entrepreneurs as a main career. Based on this research findings, as sample as students of Ungku Omar Polytechnic, it can be concluded the entrepreneurial factor that could influence Polytechnic students is at an average level. Research has been conducted to identify factors that could influence students in Diploma Engineering course venture into entrepreneurship. Research survey mainly conducted on 371 of students. The study is based on the Basic Process Model of Entrepreneurship, Theory of Planned Behavior, Entrepreneur Development Model and Entrepreneur Formation Process Model. Data were derived from a questionnaire containing 55 items. The results were analyzed using computer software Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) version 21.0 to get the frequency, percentage and correlation coefficient. The findings show that each factor studied, ie the encouragement of entrepreneurship, leadership, skills, motivation, and experience is high. As for the attitude factor was at a moderate level. The study also showed that there was no significant relationship between the interests of entrepreneurship and entrepreneurial leadership. Based on this study, concluded that factors affecting entrepreneurship for students of polytechnics at a moderate level. This study is expected to help and exploited by certain parties in an effort to improve the implementation readiness polytechnic diploma engineering students in entrepreneurship.

(4)

vii KANDUNGAN JUDUL ... ii PERAKUAN ... ii DEDIKASI ... iii PENGHARGAAN ... iv ABSTRAK ... v ABSTRACT ... vi KANDUNGAN ... vii SENARAI JADUAL ... xi

SENARAI RAJAH ... xiiii

SENARAI SINGKATAN ... xiv

SENARAI LAMPIRAN BAB 1 PENDAHULUAN ... 1

1.1 Pengenalan ... 1

1.2 Latar Belakang Masalah ... 3

1.3 Pernyataan Masalah ... 4

1.4 Tujuan Kajian ... 5

1.5 Objektif Kajian ... 6

1.6 Persoalan Kajian... 6

1.7 Hipotesis Kajian ... 6

1.8 Kerangka Konsep Kajian ... 7

1.9 Skop Kajian ... 8

(5)

1.11 Kepentingan Kajian ... 8

1.12 Definasi Istilah ... 9

1.13 Rumusan ... 12

BAB 2 KAJIAN LITERATUR ... 13

2.1 Pengenalan ... 13

2.2 Bidang Keusahawanan ... 13

2.2.1 Usahawan dan Keusahawanan ... 14

2.3 Model-Model Dan Teori... 15

2.3.1 Model Asas Proses Keusahawanan ... 15

2.3.2 Teori Tingkah Laku Terancang ... 16

2.3.3 Model Proses Pembetukan Usahawan 17

2.4 Proses Menjadi Usahawan ... 17

2.5 Kemahiran Keusahawanan ... 19

2.5.1 Kemahiran Teknikal ... 20

2.5.2 Kemahiran Kemanusian ... 20

2.5.3 Kemahiran Konseptual ... 21

2.6 Faktor Dorongan Menceburi Bidang Keusahawanan ... 21

2.6.1 Faktor Motivasi ... 22

2.6.2 Faktor Sikap ... 22

2.6.3 Faktor Kemahiran/Pengalaman ... 23

2.7 Kepimpinan Keusahawanan ... 24

2.8 Faktor Yang Menjadi Kekangan Kepada Keusahawanan ... 25

2.9 Latar Belakang Politeknik ... 25

2.10 Rumusan ... 26

(6)

ix

3.1 Pengenalan ... 27

3.2 Reka Bentuk Kajian ... 27

3.3 Prosedur Kajian ... 28

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian ... 30

3.4.1 Lokasi Kajian ... 30

3.4.2 Sampel Kajian ... 30

3.5 Instrumen Kajian ... 31

3.6 Kesahan Dan Kebolehpercayaan ... 33

3.7 Kajian Rintis ... 33

3.8 Prosedur Pengumpulan Data ... 34

3.9 Analisis Data ... 35

3.10 Rumusan ... 37

BAB 4 ANALISIS DAPATAN KAJIAN ... 38

4.1 Pengenalan ... 38

4.2 Kebolehpercayaan Instrumen Soal Selidik ... 39

4.3 Analisis Demografi Responden ... 40

4.3.1 Taburan responden berdasarkan jantina ... 41

4.3.2 Taburan responden mengikut bangsa ... 41

4.3.3 Taburan responden mengikut Jabatan Pengajian ... 42

4.3.4 Taburan responden berdasarkan penglibatan keluarga dalam keusahawanan ... 42

4.4 Analisis Terhadap Faktor Yang Mempengaruhi Pelajar Dalam Menceburi Bidang Keusahawanan ... 43

4.4.1Kemahiran keusahawanan pelajar ... 43

4.4.2Dorongan keusahawanan pelajar ... 45

(7)

4.4.4 Pengalaman keusahawanan pelajar ... 49

4.4.5 Kepimpinan keusahawanan pelajar ... 51

4.5 Analisis Terhadap Kekangan Sikap Yang Dihadapi Oleh Pelajar Dalam Menceburi Bidang Keusahawanan ... 53

4.6 Hubungan Antara Motivasi Keusahawanan Dengan Kepimpinan Keusahawanan... 56

4.7 Rumusan ... 57

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN ... 58

5.1 Ringkasan ... 58

5.2 Perbincangan ... 59

5.2.1 Faktor – faktor yang mempengaruhi pelajar dalam menceburi bidang keusahawanan ... 59

5.2.2 Kekangan sikap yang dihadapi oleh pelajar dalam menceburi bidang keusahawanan ... 61

5.2.3 Hubungan antara motivasi keusahawanan dengan kepimpinan keusahawanan ... 62

5.3 Model Kesediaan Keusahawanan ... 62

5.4 Cadangan ... 63

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan ... 65

5.6 Kesimpulan ... 65

Rujukan ... 67 Lampiran

(8)

xi

SENARAI JADUAL

1.1 Perangkaan Utama Tenaga Buruh dan Kadar Pengangguran 2

3.1 Sampel yang dipilih 31

3.2 Skala Likert 32

3.3 Nilai Alpha Cronbach 34

3.4 Kaedah yang digunakan bagi menganalisa data berdasarkan 35 persoalan kajian

3.5 Jadual Analisis Skala Likert 36

3.6 Jadual Tafsiran Min 36

3.7 Darjah hubungan yang ditunjukkan oleh saiz pekali korelasi 37 4.1 Kebolehpercayaan bagi setiap faktor keusahawanan dan kekangan 40

4.2 Taburan responden berdasarkan jantina 41

4.3 Taburan responden berdasarkan bangsa 41

4.4 Taburan responden berdasarkan Jabatan Pengajian 42 4.5 Taburan responden berdasarkan penglibatan keluarga 42 4.6 Analisis skor min, kekerapan dan peratusan terhadap kemahiran 44

pelajar dalam menceburi bidang keusahawanan

4.7 Tahap kompetensi responden bagi kemahiran keusahawanan 45 4.8 Analisis skor min, kekerapan dan peratusan terhadap dorongan 46

pelajar dalam menceburi bidang keusahawanan

(9)

4.10 Analisis skor min, kekerapan dan peratusan terhadap motivasi 48 pelajar dalam menceburi bidang keusahawanan

4.11 Tahap kompetensi responden bagi motivasi keusahawanan 49 4.12 Analisis skor min, kekerapan dan peratusan terhadap pengalaman 50

pelajar dalam menceburi bidang keusahawanan

4.13 Tahap kompetensi responden bagi pengalaman keusahawanan 51 4.14 Analisis skor min, kekerapan dan peratusan terhadap kepimpinan 52

pelajar dalam menceburi bidang keusahawanan

4.15 Tahap kompetensi responden bagi kepimpinan keusahawanan 53 4.16 Analisis skor min, kekerapan dan peratusan kekangan sikap 54

yang dihadapi oleh pelajar dalam menceburi bidang keusahawanan

4.17 Tahap kompetensi responden bagi sikap keusahawanan 55

(10)

xiii SENARAI RAJAH

1.1 Kerangka Konsep Kajian 7

2.1 Model Asas Proses Keusahawanan 15

2.2 Model Teori Tingkah Laku Terancang 16

2.3 Model Proses Pembentukan Usahawan 17

2.4 Kerangka Umum Proses Menjadi Usahawan 18

3.1 Kerangka Operasi Kajian 29

(11)

SENARAI SINGKATAN

DEB - Dasar Ekonomi Baru

DPN - Dasar Pembangunan Negara

IPS - Institut Pengajian Tinggi Swasta IPT - Institut Pengajian Tinggi

IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam

JPTK - Jabatan Pendidikan Teknik Dan Kejurutaraan JPT - Jabatan Pendidikan Teknik

MECD - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi MeDC - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

PUO - Politeknik Ungku Omar

PUNB - Perbadanan Usahawan Nasional Berhad R&D - Research and Development

RMKe-9 - Rancangan Malaysia Kesembilan SPSS - Statistical Package for Scirnce Social UTM - Universiti Teknologi Malaysia

(12)

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pembangunan modal insan merupakan agenda utama negara Malaysia ke arah merealisasikan wawasan 2020 negara Malaysia. Dalam tempoh masa yang tinggal hanya 6 tahun ini memberi cabaran kepada kita ke arah mencapai matlamat tersebut. Antara agenda utama negara ialah mewujudkan masyarakat yang bercirikan keusahawanan, memandangkan bidang kerjaya ini penting dan merupakan penyumbang besar kepada pembangunan ekonomi negara. Oleh itu, pendidikan keusahawanan di Malaysia perlu dilaksanakan sebagai salah satu strategi melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP Ke-3) dengan tujuan untuk menambah bilangan sumber manusia yang mahir, berkebolehan membangunkan inovasi dan teknologi, dan menggalakkan perniagaan bagi mencapai matlamat masyarakat perdagangan dan perindustrian menjelang tahun 2020 (Malaysia 2001, 2006).

Kerajaan juga bermatlamat untuk menjadikan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) sebagai penyumbang utama dalam bidang keusahawanan di samping mewujudkan peluang pekerjaan yang baru, dan seterusnya membantu perkembangan ekonomi negara pada abad ke-21. Jika dilihat pada masa kini, bidang keusahawanan bukan sahaja mampu menjadi pilihan kerjaya masa kini, malah dapat menghasilkan individu yang memiliki personaliti yang unik dan sikap tertentu yang perlu membentuk jati diri yang berdaya tahan dan berdaya saing (Ishak et al. 2006; Salmah 2006; Sidek 2006). Kalau diikutkan bukan semua orang boleh menjadi seorang usahawan kerana mereka perlu memiliki personaliti dan sikap yang lebih cenderung

(13)

terhadap bidang ini. Namun, dalam membentuk seorang usahawan ini perlu dibentuk bermula dari peringkat sekolah rendah lagi. Pada peringkat ini, pelajar diberi pendedahan dengan ilmu berkaitan keusahawanan, penerapan ciri-ciri serta nilai-nilai seorang usahawan supaya timbul minat pada diri pelajar dalam menceburi bidang keusahawanan. Sehubungan dengan ini, Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan tajuk perdagangan dan keusahawanan dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (teras dan elektif) bermula dari tingkatan satu hingga tingkatan tiga (Boon & Bohari, 2010).

Menurut Sabri (2007) modul keusahawanan sudah menjadi satu subjek yang penting bagi pelajar di semua peringkat, ianya bermula dari peringkat sekolah rendah sehingga Intitut Pengajian Tinggi. Di peringkat Universiti, peranan intitusi pengajian tinggi serta agensi-agensi berkaitan dilihat dapat membantu dan menggalakkan penglibatan siswazah dalam bidang keusahawanan. Politeknik juga tidak ketinggalan dalam memberikan pendedahan awal mengenai bidang usahawan pada pelajarnya. Perkara ini dapat dibuktikan dengan langkah pembudayaan pendidikan, dimana kursus-kursus telah disusun dan dirancang dan melakukan penstrukturan semula oleh Bahagian Kurikulum, Jabatan Pengajian Politeknik. (Husin, 2010).

Antara sebab utama pendidikan keusahawanan diberi perhatian dan galakan oleh kerajaan adalah kerana keusahawanan dilihat dapat membantu mengurangkan pengangguran. Menurut Sipon (2006), antara cabaran besar Negara sekarang ini ialah bilangan graduan menganggur yang agak tinggi jumlahnya. Selain itu, menurut Timbalan Ketua Pengarah (Strategik), Jabatan Pengajian Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia, Shaibudin Man (Utusan) berdasarkan laporan pengesanan kementerian, 76 peratus lulusan politeknik diseluruh Negara mendapat pekerjaan dalam pelbagai bidang dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan pengajian. Justeru itu, kajian ini dilaksanakan dalam kalangan pelajar diploma bidang kejuruteraan di politeknik bagi melihat faktor-faktor yang mempengaruhi. mereka dalam menceburi bidang keusahawanan. Di samping kesediaan mereka dalam menceburi bidang keusahawanan.

(14)

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Usahawan yang melepasi pelbagai halangan dalam bidang usahawan dilihat dapat memperoleh kejayaan dengan gemilang. Namun begitu menurut Ahmad (2004), sebahagian usahawan mempunyai masalah sikap sebagai penghalang kejayaan, atau lebih tepat sebagai penghalang terhadap kemenjadian usahawan. Menurut Mohd Makbul & Mohamad Harun (2003), keusahawanan merupakan teras dan tunjang sesebuah perniagaan. Keusahawanan dan pembentukan urus niaga baru, penting bagi mencipta dan mengekalkan ekonomi yang sihat kerana ia mencipta peluang-peluang pekerjaan baru, menambah keupayaan eksport Negara dan pertumbuhan ekonomi. Menurut Mohd Osman (2007), pula isu pengangguran dalam kalangan graduan bukan perkara baru dan menjadi masalah kepada Negara. Masalah pengangguran berlaku setiap kali universiti mengeluarkan beribu-ribu graduan setiap tahun. Kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki oleh para graduan tidak dapat digunakan untuk menyumbang kepada pembangunan Negara.

Jadual 1.1 menunjukkan statistik pengangguran di Malaysia dari tahun 2009 hingga Feb 2014. Kadar pengangguran sebanyak 3.2% telah dicatatkan pada tahun 2014. Peratusan ini telah meningkat sebanyak 0.4% jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya.

Jadual 1.1: Perangkaan utama tenaga buruh dan kadar pengangguran - sumber Jabatan Perangkaan Malaysia (2014)

Tempoh Tenaga Buruh (‘000) Bekerja (‘000) Penganggur (‘000) Luar tenaga Buruh (‘000) Kadar Penyertaan Tenaga Buruh (%) Kadar Pengangguran (%) 2009 11,315.3 10,897.3 418. 6,665.7 62.9 3.7 2010 12,172.6 11,776.8 395.8 7,035.7 63.4 3.3 2011 12,505.8 12,123.0 392.9 6,990.4 64.1 3.1 2012 12,735.1 12,440.3 402.2 7,018.3 64.5 3.2 2013 13,298.9 12,900.3 398.5 7,056.7 65.3 2.8 Feb 2014 13,887.3 13,440.9 446.4 6,720.3 67.4 3.2

Kadar ini adalah sangat membimbangkan, jika pelajar telah didedahkan dengan keusahawanan ini sekurang-kurangnya dapat memperolehi peluang perniagaan yang menjurus kepada bidang keusahawanan dan ini dapat mengurangkan kadar pengangguran negara. Bagi mengatasi masalah ini, graduan didedahkan dengan

(15)

ilmu keusahawanan ketika di Intitusi Pengajian Tinggi lagi. Ini bertujuan membantu pelajar bersedia menghadapi dunia pekerjaan kelak. Seperti di politeknik kursus keusahawanan di jadikan sebagai kursus teras untuk semua pelajar politeknik termasuk Jabatan Kejuruteraan. Dengan adanya kursus keusahawanan sebagai kursus teras di politeknik, hasrat untuk membudayakan pendidikan keusahawanan dapat digemblingkan untuk meningkatkan bilangan usahawan di kalangan graduan politeknik.

Selain itu juga kerajaan berusaha mengatur langkah bagi menggalakkan pelajar menceburi bidang keusahawanan. Ahmad (2004), menyatakan pelbagai langkah diperkenalkan kerajaan bagi mengalakkan keusahawanan. Antaranya Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) pada 1991 yang bertujuan membangunkan usahawan bumiputera. Galakan yang diberikan oleh kerajaan ini dilihat amat penting memandangkan keusahawanan memberi begitu banyak faedah termasuklah menyediakan peluang pekerjaan, disamping menambahkan pendapatan Negara. Galakan yang diberikan oleh kerajaan mampu meningkatkan bilangan usahawan. Selain itu, Mohd Makbul & Mohamad Harun (2003) ada berkata bahawa, pengetahuan turut menjadi penyumbang kepada usahawan bagi membangunkan perniagaan mereka kerana sebelum memulakan perniagaan, usahawan perlu melihat dan menilai beberapa perkara seperti keadaan persekitaran, mengetahui undang-undang dan peraturan kerajaan yang berkaitan disamping pengetahuan berkaitan masyarakat. Namun begitu, sebelum ini pelajar kejuruteraan tidak diberi pendedahan yang mencukupi terhadap bidang dan peluang perniagaan berbanding pelajar jabatan lain. Oleh yang demikian, kajian ini dilakukan terhadap pelajar diploma kejuruteraan memandangkan mereka telah didedahkan dengan subjek keusahawanan ini sebagai subjek teras ketika mengikuti pengajian di Politeknik.

1.3 Pernyataan Masalah

Graduan dikatakan tidak memiliki sikap, kecenderungan personaliti dan tahap keinginan terhadap kerjaya dalam bidang keusahawanan. Di sini menunjukkan bahawa pelajar dalam bidang diploma kejuruteraan haruslah mampu untuk menggunakan pengetahuan serta kemahiran mereka apabila tamat bidang pengajian

(16)

5

kelak. Oleh yang demikian golongan pelajar digalakkan melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Kenyataan ini disokong oleh Wan Hashim (2008), dengan menyatakan bahawa dunia yang semakin maju ini, kerajaan turut menggalakkan para graduan menceburkan diri dalam bidang keusahawanan, namun begitu ia bergantung kepada kesediaan graduan itu sendiri melibatkan diri dalam bidang keusahawanan ini.

Para pendidik harus memainkan peranan yang penting kerana menurut Yusof (2009), para pendidik perlu menyedari bahawa pembudayaan keusahawanan dalam kalangan modal insan merupakan landasan ke arah mewujudkan masyarakat perindustrian menjelang tahun 2020. Lantaran itu bidang keusahawanan dilihat sebagai satu kerjaya yang berpotensi untuk mengatasi masalah pengangguran tersebut (Mohamed Idris, 2009). Oleh yang demikian adalah perlu untuk mengetahui apakah faktor-faktor yang mempengaruhi dalam diri setiap pelajar, dalam bidang keusahawanan bagi menarik lebih ramai pelajar untuk menguasai dan membudayakan bidang ini. Kajian ini, penyelidik telah mengkaji beberapa faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar diploma kejuruteraan di Politeknik Ungku Omar bagi melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Kajian ini juga akan menyentuh sedikit berkenaan kekangan yang dihadapi oleh pelajar bagi melibatkan diri dalam bidang keusahawanan serta hubungan antara faktor-faktor kesediaan yang terlibat.

1.4 Tujuan Kajian

Tujuan kajian ini ialah untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar bidang diploma kejuruteraan di Politeknik Ungku Omar Ipoh dalam menceburi bidang keusahawanan dan faktor yang menghalang keterlibatan mereka dalam menceburi bidang ini.

(17)

1.5 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk:

1. Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar dalam menceburi bidang keusahawanan

2. Mengenalpasti kekangan yang dihadapi oleh pelajar dalam menceburi bidang keusahawanan.

3. Mengenalpasti hubungan antara motivasi keusahawanan dengan kepimpinan keusahawanan.

1.6 Persoalan Kajian

Daripada objektif kajian di atas, terdapat 3 persoalan yang dibina bagi menjawab objektif-objektif tersebut;

1. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar dalam menceburi bidang keusahawanan?

2. Apakah kekangan yang dihadapi oleh pelajar dalam menceburi bidang keusahawanan?

3. Apakah hubungan antara motivasi keusahawanan dengan kepimpinan keusahawanan?

1.7 Hipotesis Kajian

Berdasarkan persoalan kajian (3) yang dibina, hipotesis yang dibentuk untuk kajian ini adalah seperti berikut:

Ho: Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara motivasi

keusahawanan dan kepimpinan keusahawanan

Ha: Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara motivasi

(18)

7

1.8 Kerangka Konsep Kajian

Kerangka konsep kajian yang telah dirangka untuk menjalankan kajian ini adalah seperti dalam Rajah 1.1. Kerangka kajian ini merangkumi aliran bagi seseorang pelajar itu untuk menceburi bidang keusahawanan dan sekaligus bergelar seorang usahawan. Oleh itu, enam pembolehubah tidak bersandar telah dikenal pasti dalam kesediaan pelajar bidang diploma kejuruteraan Politeknik Ungku Omar dalam menceburi bidang keusahawanan iaitu: (i) dorongan (ii) kemahiran (iii) motivasi (iv) Pengalaman (v) Kepimpinan dan (vi) Sikap.

Rajah 1.1: Kerangka Konsep Kajian (Ubahsuai daripada Nurul Nadilah (2012) BIDANG KEUSAHAWANAN

Pelajar Politeknik Ungku Omar Dalam Bidang Kejuruteraan -Kejuruteraan Awam - Kejuruteraan Mekanikal - Kejuruteraan Elektrik - Kejuruteraan Perkapalan  Sikap FAKTOR PENGHALANG  Kemahiran  Dorongan  Motivasi  Pengalaman  Kepimpinan FAKTOR PENDORONG USAHAWAN BERJAYA

(19)

1.9 Skop Kajian

Kajian ini memberi tumpuan kepada faktor - faktor yang mempengaruhi pelajar-pelajar melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Antara faktor kesediaan yang dikaji ialah kemahiran keusahawanan, dorongan keusahawanan, pengetahuan keusahawanan, motivasi keusahawanan, pengalaman berniaga, kepimpinan keusahawanan dan juga kekangan dari sudut sikap yang dihadapi oleh pelajar dalam menceburi bidang keusahawanan. Kajian ini hanya dilakukan ke atas pelajar tahun akhir yang mengikuti program bidang kejuruteraan di Politeknik Ungku Omar iaitu Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Perkapalan, Kejuruteraan Elektrik. Bagaimanapun penyelidik hanya menjalankan kajian di Politeknik Ungku Omar. Ini kerana kajian ini sesuai dijalankan di Politeknik tersebut kerana Politeknik tersebut menawarkan 4 bidang kejuruteraan kepada pelajarnya. Data yang diperlukan akan diperolehi dengan mengedarkan soal selidik kepada pelajar - pelajar yang terlibat.

1.10 Batasan Kajian

Kajian ini terbatas kepada perkara-perkara yang dihadkan oleh penyelidik. di antara batasan-batasan tersebut di antaranya ialah, kajian ini hanya dijalankan ke atas pelajar-pelajar tahun akhir bagi Jabatan Kejuruteraan di Politeknik Ungku Omar. Jabatan yang dipilih ialah Jabatan Kejuruteraan Perkapalan, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik. Ia tidak terlibat bagi semua jabatan kerana disebabkan oleh aspek kos, tenaga, dan masa yang terlalu terhad. Dapatan kajian mungkin tidak dapat digeneralisasikan untuk semua pelajar tahun akhir di Politeknik Ungku Omar. Ia hanya merujuk kepada pelajar tahun akhir bagi empat bidang kejuruteraan yang ada di Politeknik.

1.11 Kepentingan Kajian

Kepentingan kajian ini dilihat dapat memberi kepentingan kepada beberapa intitusi serta mereka yang terlibat dengan kajian ini. Bagi pelajar kepentingan kajian ini penting terutamanya dapat memberikan motivasi kepada pelajar disamping mereka

(20)

9

dapat menilai potensi diri sendiri sebelum melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Kajian ini juga diharapkan dapat membantu pihak Intitusi Pengajian Tinggi Awam bagi meneliti dan memperkemaskan lagi program-program keusahawanan yang dianjurkan kepada pelajar disamping ianya dapat diguna pakai oleh pihak Intitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam mengenalpasti potensi pelajar dalam bidang keusahawanan. Di samping itu juga, diharapkan kajian ini dapat dijadikan sumber rujukan kepada agensi - agensi berkaitan seperti Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (MeDC) dalam meningkatkan penyertaan pelajar dalam bidang keusahawanan. Diharapkan dengan kajian yang dilakukan dapat membantu agensi terbabit meningkatkan tahap penglibatan mereka dan memberikan pengetahuan dan pemahaman yang jelas berkaitan bidang keusahawanan.

Kajian ini juga akan dapat dijadikan rujukan oleh agensi - agensi swasta, ini kerana agensi swasta juga memainkan peranan yang penting dalam memupuk minat serta dorongan kepada para pelajar dalam menceburi bidang ini. Selain itu, kajian ini juga diharapkan dapat membantu tenaga pengajar yang terlibat bagi melahirkan pelajar yang berkualiti tinggi dan berdaya saing. Ini kerana tenaga pengajar memainkan peranan yang penting dalam memberi penerapan elemen - elemen keusahawanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar dan ini secara tidak langsung dapat memupuk motivasi dikalangan pelajar agar berminat dan bersedia untuk menceburi bidang keusahawanan.

1.12 Definisi Istilah

Definisi istilah ialah definisi yang digunakan oleh penyelidik untuk menjelaskan pembolehubah yang hendak diuji atau dimanipulasi dalam kajian ini. Berikut merupakan istilah terhadap beberapa terma penting untuk memudahkan pembaca memahami maksud perkataan yang digunakan dalam kajian ini:

i) Usahawan

Usahawan adalah merupakan individu yang mempunyai keupayaan untuk melihat dan merebut peluang perniagaan dengan menggunakan dan mengambil faedah daripada sumber-sumber yang perlu untuk memulakan tindakan bagi membolehkan kejayaan dapat dicapai (Davis dan Long 1999; Meredith et al. 1982).

(21)

ii) Keusahawanan

Keusahawanan boleh dimaksudkan sebagai usaha yang berterusan oleh individu atau sekumpulan individu yang membentuk organisasi untuk menjalankan proses mewujudkan barangan atau perkhidmatan baru di mana ianya dilakukan secara sistematik dengan menggunakan sumber secara optimum untuk memenuhi permintaan atau mengujudkan permintaan baru serta mengharapkan pulangan komersial yang setimpal dengan kesanggupan menerima risiko (Ramin et. al, 2007). Dalam kajian ini, keusahawanan dapat didefinisikan sebagai suatu bidang kerjaya yang perlu diceburi oleh pelajar untuk menjadi usahawan yang boleh menguruskan perniagaan Pelajar Kejuruteraan

Menurut Rasheed & Rasheed (2003), mereka mendapati bahawa pelajar yang menyertai kursus keusahawanan dan memulakan perniagaan semasa belajar akan menunjukkan ciri keusahawanan yang lebih tinggi. Ini turut disokong oleh Yusof (2009) yang menyatakan pelajar perlu diberikan peluang seluas yang mungkin untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Dalam penulisan kajian ini, penyelidik mentafsirkan pelajar merupakan mereka yang mengikuti Diploma Bidang Kejuruteraan tahun akhir di Politeknik Ungku Omar.

iii) Kemahiran Keusahawanan

Van Gelderen (2007), mentakrifkan kemahiran keusahawanan adalah satu kebolehan yang diterjemahkan dalam kelakuan seorang usahawan yang merangkumi kemampuan untuk memulakan perniagaan baru. Dalam kajian ini, penyelidik mendefinisikan kemahiran merupakan sesuatu yang perlu ada pada diri pelajar bagi memastikan perjalanan kerjaya usahawan terurus dan sempurna.

iv) Minat Keusahawanan

Kecenderungan atau minat keusahawanan digambarkan sebagai faktor motivasi yang mempengaruhi individu untuk meneruskan sesuatu usaha keusahawanan (Hisric, Peters & Shaphard., 2008). Minat di dalam kajian ini merujuk kepada kecenderungan atau keinginan seseorang pelajar itu untuk menceburi bidang keusahawanan.

(22)

11

v) Kepimpinan Keusahawanan

Kepimpinan adalah berkaitan dengan motivasi di mana ianya merujuk kepada proses memotivasikan orang lain melakukan sesuatu tugas dalam mencapai matlamat yang ditetapkan (Mohd Makbul, Palil & Khairi, 2003). Ariffin & Sabaruddin (2002) telah menggariskan beberapa perkara yang menjadi tiang kepada kepimpinan yang baik iaitu; kepercayaan antara usahawan dan pekerja, komunikasi yang terbuka, layanan yang baik dan adil oleh usahawan kepada pekerja, tanggungjawab dan kuasa yang jelas dan juga prihatin dan sensitif terhadap kebajikan pekerja. Oleh itu, kepimpinan dalam kajian ini merujuk kepada nilai kepimpinan yang dimiliki oleh pelajar dalam menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.

vi) Kekangan

Hamed (2006), menegaskan bahawa kekangan yang dihadapi boleh merencatkan keinginan seseorang untuk melibatkan diri dalam perniagaan. Dalam kajian yang dilakukan ini, kekangan adalah merujuk kepada faktor yang menghalang atau merencatkan keinginan seseorang pelajar untuk menjadi seorang usahawan.

vii) Sikap

Yusof (2009) menyatakan bahawa telah menjadi tanggungjawab pendidik untuk membentuk dan mengasuh minda serta sikap pelajar supaya melihat keusahawanan sebagai satu mekanisme yang boleh menjana pendapatan, membolehkan mereka memiliki kelebihan kompetitif yang tersendiri dan seterusnya memiliki kejayaan. Menurut Tunggak & Salamon (2011), sikap merupakan sesuatu yang mengarah kepada terhasilnya sesuatu tingkah laku. Menurut Tunggak & Salamon (2011) lagi, pembinaan sikap kearah yang efektif & beretika dalam kalangan golongan dewasa termasuk golongan usahawan boleh dilakukan menerusi pendidikan dan pengawalan. Dalam kajian ini, sikap merujuk kepada tingkah laku atau tindakan pelajar dalam menceburi bidang keusahawanan.

(23)

1.13 Rumusan

Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar melibatkan diri dalam bidang keusahawanan amat penting bagi mengetahui potensi pelajar menjadi usahawan yang berjaya pada masa akan datang. Pendedahan pengetahuan keusahawanan, kemahiran keusahawanan, dorongan keusahawanan, motivasi keusahawanan, peluang keusahawanan, pengalaman berniaga dan kepimpinan keusahawanan dalam bidang keusahawanan yang dimiliki oleh pelajar mampu membantu pelbagai pihak bagi membaiki kekurangan seterusnya menjadi panduan terhadap langkah dalam meneruskan kesinambungan untuk membantu pelajar melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Mengetahui kekangan dari segi sikap yang dihadapi oleh pelajar dalam menceburi bidang keusahawanan juga dapat dijadikan panduan bagi merangka program-program keusahawanan yang sesuai. Bab 2 akan mengupas dengan lebih lanjut tentang faktor – faktor yang dikaji ini.

(24)

13

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Isu pengangguran dalam kalangan graduan bukan perkara baru dan menjadi masalah kepada negara. Masalah pengangguran berlaku setiap kali universiti mengeluarkan beribu-ribu graduan setiap tahun. Kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki oleh para graduan tidak dapat digunakan untuk menyumbang kepada pembangunan Negara. Pengetahuan turut menjadi penyumbang kepada usahawan bagi membangunkan perniagaan mereka kerana sebelum memulakan perniagaan, usahawan perlu melihat dan menilai beberapa perkara seperti keadaan persekitaran, mengetahui undang-undang dan peraturan kerajaan yang berkaitan disamping pengetahuan berkaitan masyarakat

Dalam bab ini, penyelidik akan membincangkan mengenai model-model, teori dan kajian-kajian lepas. Kajian-kajian lepas akan dijadikan panduan bagi memberi penjelasan dan gambaran untuk membantu menguatkan hujah-hujah berkaitan dengan tajuk yang hendak dikaji.

2.2 Bidang Keusahawanan

Di Malaysia bidang keusahawanan adalah bukan merupakan suatu bidang yang asing. Walaubagaimanapun Mohd Makbul et. al (2003), menyatakan bahawa terdapat penglibatan dalam pelbagai industri dan usaha niaga dari kalangan masyarakat usahawan Malaysia. Ini dibuktikan dengan laporan statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan, sepanjang tempoh tahun 1995 hingga tahun

(25)

2000, peningkatan dalam bilangan usahawan berlaku pada kadar 75.79%. Menurut Mohd Makbul et. al (2003) lagi, antara sebab berlaku peningkatan bilangan usahawan adalah disebabkan oleh pelbagai faktor dan faktor utamanya adalah disebabkan wujudnya sokongan, dorongan serta bantuan dari kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan. Bagi melibatkan lebih ramai bilangan usahawan di Malaysia, kerajaan telah melaksanakan beberapa langkah. Diantaranya penganjuran Gerak Usahawan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia (MeCD) untuk memberi galakan kepada orang ramai menjadikan bidang keusahawanan sebagai satu kerjaya pilihan.

Selain itu juga, Menurut Rosli dan Ramli (2006), menyatakan bahawa Perdana Menteri mahu kegiatan koperasi itu dijadikan salah satu daripada kokurikulum di sekolah bagi memupuk dan menanamkan semangat keusahwanan kepada pelajar. Bukan itu sahaja, semua pelajar baru yang mendaftar di Institut pengajian tinggi awam (IPTA) juga diwajibkan mengambil subjek keusahawanan bermula tahun 2007 (Mohamad 2007). Dorongan dan sokongan yang diberikan oleh kerajaan amatlah berguna. Ini kerana, bidang keusahawanan ini dilihat mampu mengatasi masalah pengangguran dikalangan graduan bidang keusahawanan ini di lihat dapat dijadikan salah satu cara dimana graduan mampu manfaat apa yang telah dipelajari di universiti disamping membantu mewujudkan peluang peluang pekerjaan baru (Sipon 2006). Ini disokong oleh Yusof (2000) yang menyatakan, masyarakat yang terbaik adalah masyarakat yang mempunyai ramai usahawan, ini kerana usahawan merupakan individu yang paling dinamik, kreatif dan inovatif.

2.2.1 Usahawan dan Keusahawanan

Pelbagai definisi yang telah diberikan ke atas usahawan dan keusahawanan. Antaranya Yusof (2003) yang menyatakan definisi keusahawanan merupakan aktiviti yang mendatangkan manfaat melalui pembangunan perniagaan yang berorientasikan keuntungan. Yusof (2003) turut menyatakan bahawa seorang usahawan itu perlu bersedia untuk menanggung, mengurus dan menganggarkan risiko perniagaan. Selain itu juga, Khamsah & et al (2008) pula, mentakrifkan seorang usahawan sebagai individu yang memobilasikan modal, mengguna pakai sumber asli serta mewujudkan

(26)

15

pasaran dan menjalankan perniagaan. Ini kerana ia menggabungkan sifat manusia yang ingin maju, berketrampilan, memiliki kebolehan luar biasa dan ada dorongan untuk menterjemahkan sumber dan peluang kepada aktiviti yang membawa keuntungan. Selain itu juga usahawan didefinisikan sebagai satu proses penciptaan sesebuah organisasi (Mohd Makbul dan Mohamad Harun, 2003).

2.3 Model-Model dan Teori dalam Keusahawanan

Model-model dan teori yang digunakan dalam membantu kajian ini ialah:-

2.3.1 Model Asas Proses Keusahawanan

Rajah 2.1 menunjukkan model proses keusahawanan yang dibangunkan oleh Baringger & Ireland (2006) adalah model asas. Ianya mempunyai empat langkah utama. Berdasarkan model di bawah, anak panah dua hala antara keputusan untuk menjadi usahawan dan membangunkan idea perniagaan yang berjaya menunjukkan bahawa kadangkala peluang untuk membangunkan seseorang itu mengambil keputusan untuk menjadi usahawan (Abu Bakar, Md Ali, Omar, Md Som & Muktar (2007). Menurut Barringer & Ireland (2006), antara 3 faktor utama yang mempengaruhi seseorang individu membuat keputusan untuk menjadi usahawan ialah untuk menjadi ketua, meneruskan idea mereka dan mencapai ganjaran kewangan.

Rajah 2.1: Model Asas Proses Keusahawanan – Sumber : Barringer & Ireland (2006)

Keputusan untuk menjadi usahawan

Membangunkan idea perniagaan yang berjaya

Beralih daripada idea kepada firma keusahawanan

(27)

2.3.2 Teori Tingkah Laku Terancang

Teori tingkah laku terancang Azjen (1991) merupakan teori yang menghuraikan mengenai tingkah laku manusia. Teori tingkah laku terancang tersebut merupakan model lanjutan yang diubah suai berikutan kelemahan yang ketara dalam teori tindakan bersebab (Model Theory of Reasoned Action) yang dibangunkan oleh Fishben dan Azjen (1975). Teori ini juga memberi tumpuan utama kepada tahap keinginan yang mendorong bentuk tingkah laku yang hendak dipersembahkan (Azjen 1991). Ia juga menerangkan dan meramalkan bagaimana persekitaran budaya dan sosial member kesan kepada kelakuan manusia.

Menurut Azjen (1991) telah mengaitkan kecenderungan individu sebagai faktor motivasi yang mempengaruhi kelakuan, di mana sebarang keputusan itu bergantung kepada tiga elemen utama iaitu sikap terhadap kelakuan (nilai peribadi) yang merujuk kepada tahap sokongan terhadap sesuatu kelakuan; norma subjektif (tekanan sosial yang dirasai sama ada akan melakukan sesuatu atau tidak) dan tanggapan kawalan tingkah laku iaitu dengan melihat sejauh mana individu itu berupaya untuk mengawal tingkah laku. Secara ringkas, model teori tingkah laku terancang Azjen (1991) adalah seperti Rajah 2.2.

Rajah 2.2: Model Teori tingkah laku terancang – Azjen (1991) dalam Salmah (2009) Sikap terhadap kelakuan Norma subjektif Tanggapan Kawalan tingkah laku Kecenderungan Perlakuan

(28)

17

2.3.3 Model Proses Pembentukan Usahawan

Model proses pembentukan usahawan telah dibangunkan oleh (Mohd Osman 2007). Daripada Rajah 2.3, dapat dilihat bahawa proses ini melihat kepada tiga peringkat individu iaitu peringkat mahasiswa di universiti dan akan menjadi graduan apabila tamat belajar. Diikuti oleh keputusan mereka untuk memilih menjadi seorang usahawan ataupun menimba pengalaman dengan bekerja terlebih dahulu. Kesemua fasa ini mempengaruhi empat faktor pendorong yang telah dipilih iaitu faktor latar belakang usahawan, faktor sikap, faktor motivasi dan faktor kemahiran. Usahawan boleh dipengaruhi sama ada di peringkat mahasiswa, graduan atau semasa bekerja.

Rajah 2.3 : Model Proses Pembentukan Usahawan – Sumber: Mohd Osman (2007)

2.4 Proses menjadi Usahawan

Terdapat pelbagai peringkat yang perlu dilalui oleh usahawan yang mana ianya bermula daripada potensi usahawan untuk mencipta sesuatu yang menarik sehingga

Bekerja

Usahawan Graduan

Mahasiswa

FAKTOR PENDORONG

 Latar Belakang Usahawan  Sikap

 Motivasi  Kemahiran

(29)

menjadikan usahawan yang sebenar (Mohd Osman, 2007). Rajah 2.4 menunjukkan dengan jelas proses-proses yang perlu dilalui oleh seorang pelajar untuk menjadi seorang usahawan.

.

Rajah 2.4 : Kerangka Umum Proses Menjadi Usahawan (Sumber: Mohd Osman (2007) diadaptasi dari Gasse (1990)

Dari rajah tersebut jelas menunjukkan bahawa untuk menjadi seorang usahawan, jelas menunjukkan bahawa kemahiran, faktor persekitaran dan juga idea perniagaan merupakan antara elemen yang penting dan perlu ada pada diri seseorang. Dalam menjadi seorang usahawan yang sebenar, mereka perlu bijak dalam mengambil peluang serta bijak membuat penilaian mengenai sesuatu situasi. Mereka juga harus tahu bagaimana menggunakan sumber secara optimum dalam menghasilkan sesuatu yang baru.

Populasi graduan Memilih kerjaya Pengalaman bekerja Motivasi Usahawan sebenar Peluang Penilaian Ciptaan Keperluan sumber Perniagaan baru Populasi pelajar Pembelajaran keusahawanan Pengumpulan maklumat dan pengetahuan

Pembangunan kemahiran

Potensi untuk mencipta Kemahiran/bakat Faktor persekitaran

(30)

19

2.5 Kemahiran keusahawanan

Kemahiran ini merangkumi kemampuan untuk memulakan perniagaan baru, iaitu mengenal pasti peluang, menguruskan masa, berkomunikasi dengan baik dan mengurus stress yang semuanya dianggap sebagai kemahiran asas dalam pengurusan perniagaan Menurut Madura (2007) pula telah menggariskan kemahiran asas dalam perniagaan yang meliputi tiga domain utama iaitu kemahiran pembuatan keputusan pengurusan perniagaan, pemasaran dan kewangan. Menurut pandangan mereka, kemahiran pembuatan keputusan pengurusan perniagaan melibatkan hal ehwal pengurusan keseluruhan perniagaan, pemasaran melibatkan kos pemasaran dan yang berkaitan dengannya manakala kewangan pula merangkumi semua aspek yang berkaitan dengan pengendalian sumber kewangan perniagaan. Di samping itu, Lope Pihie (2007) telah menerangkan lebih 15 perkara asas yang perlu ditanya oleh bakal usahawan dengan menjalankan analisis kemahiran keusahawanan. Secara ringkasnya, kemahiran-kemahiran asas ini perlu dimanifestasikan dalam aktiviti seharian seseorang usahawan untuk menjamin kestabilan perniagaan yang dijalankan.

Menurut Mohd Osman (2007) pula asas penting kepada segala aktiviti pekerjaan yang ingin dilakukan ialah kemahiran. Ini kerana untuk memastikan perjalanan syarikat terurus dengan sempurna, usahawan perlu mempunyai tahap kemahiran yang tinggi ini juga dapat menentukan sama ada usahawan itu memahami bidang yang diceburinya atau sebaliknya. Kenyataan ini disokong oleh Yusof (2000), dimana seseorang yang ingin menceburi bidang keusahawanan perlu memiliki kemahiran tertentu dalam mengendalikan aktiviti keusahawanan. Antara kemahiran yang terlibat termasuklah kemahiran teknikal, kemahiran konseptual dan kemahiran kemanusiaan. Disamping itu, menurut Samerjan (2007) dalam kajiannya menyatakan pengetahuan dan kemahiran boleh dipelajari secara formal dan tidak formal. Oleh yang demikian pelajar perlu didedahkan dengan pengetahuan ini kerana ia akan membawa impak yang positif (Samerjan 2007).

(31)

2.5.1 Kemahiran teknikal

Menurut Yusof (2003), kemahiran teknikal melibatkan keupayaan menggunakan pengetahuan yang spesifik dan teknik dalam sesuatu bidang seperti kejuruteraan, kewangan, perakaunan dan pemasaran. Kemahiran diperolehi melalui pendidikan formal. Namun begitu, pengalaman bekerja juga mampu menjadi nilai tambah kepada seseorang yang ingin bergelar usahawan dimana, mereka dapat menambah kemahiran kemahiran tertentu mengikut pengalaman bekerja. Abdul (2008), menyatakan kemahiran teknikal amat diperlukan terutamanya dalam menyelesaikan masalah berkaitan dengan perniagaan yang dijalankan seperti bagaimana hendak memasarkan produk, bagaimana hendak menyediakan belanjawan dan bagaimana hendak menyediakan penyata untung rugi. Beliau juga menyatakan kemahiran-kemahiran teknikal amat penting. Ini kerana usahawan merupakan orang yang berperanan memikirkan sesuatu yang strategik terutamanya dalam menentukan polisi dan strategi perniagaan.

2.5.2 Kemahiran kemanusiaan

Untuk bergelar usahawan, bekerja secara berpasukan merupakan salah satu yang perlu dilakukan. Ini perlu kerana seseorang usahawan tidak mampu untuk melakukan semua kerja secara bersendirian. Oleh yang demikian, bakal usahawan perlu bersedia untuk belajar untuk memahami citarasa dan perasaan orang lain (Yusof, 2003). Kemahiran ini amat penting kerana ia membantu usahawan untuk membaca perwatakan orang lain. Selain itu, melalui kemahiran yang ada akan mempengaruhi bakal usahawan untuk memilih gaya kepimpinan yang bersesuaian apabila berhadapan dengan pihak-pihak tertentu. Kelebihan bagi sesiapa yang memiliki kemahiran kemanusiaan ialah membantu usahawan menyerahkan kerja kepada pekerja yang benar-benar berpengetahuan. Selain itu, mampu mewujudkan usahawan yang sensitif terhadap permasalahan pekerja, bersedia menerima kepelbagaian, mudah memberi pujian dan lebih fleksibel. Ini memberi kelebihan dimana memungkinkan jarak sosial dirapatkan dan lebih terbuka terutamanya ketika sesi rundingan (Abdul, 2008).

(32)

21

2.5.3 Kemahiran konseptual

Kemahiran konseptual adalah berkaitan dengan kemampuan usahawan untuk mengkordinasi dan mengintegrasikan kesemua aktiviti perniagaan yang dijalankan ke arah pencapaian matlamat utama syarikat (Yusof, 2003). Dengan kata lain aktiviti perniagaan yang dijalankan merupakan satu set menyeluruh dan saling berkait dengan lain-lain aktiviti. Manakala menurut Abdul (2008) pula, kemahiran konseptual ini melibatkan keupayaan untuk menganalisis, menjangka, mengenalpasti peluang, memulihkan keadaan, membuat keputusan dan memantau dalam usaha memajukan perniagaan.

Bagaimanapun, menurut Husaini & Ahmad (2008), dalam kajiannya yang bertajuk “Kemahiran Keusahawanan: Satu Kajian Analisis Kandungan Buku-Buku Teks Kemahiran Keusahawanan” menyatakan bahawa kemahiran keusahawanan mempunyai empat tahap berikut:

i. Kebolehan mengenalpasti peluang perniagaan. ii. Kebolehan merangka perancangan perniagaan.

iii. Kebolehan membina, meneroka dan merebut peluang perniagaan dan pekerjaan.

iv. Kebolehan untuk bekerja sendiri.

2.6 Faktor Dorongan menceburi bidang keusahawanan

Menurut Ismail & Ab. Rahman (2009), budaya keusahawanan individu boleh diasuh dan dididik sehingga ia melekat seperti “aur dengan tebing”. Menurut Mohd Nawi (2011) dalam kajiannya yang bertajuk “Budaya Keusahawanan Di Kalangan Pelajar Politeknik Port Dickson Merentas Aliran Pengajian” menyatakan bahawa faktor keluarga dan juga motivasi merupakan sumber dorongan yang paling tinggi bagi pelajar menceburi bidang keusahawanan sebagai kerjaya. Selain itu, Yusof (2009) ada menyatakan bahawa golongan pendidik merupakan pendorong dan juga penyuntik pada penghayatan nilai-nilai keusahawanan dalam kalangan modal insan iaitu pelajar. Hujah beliau lagi, pendidik perlu bersedia memberi dorongan kepada pelajar untuk mengubah sikap dan mengambil faedah daripada gabungan antara potensi yang mereka miliki dengan ilmu yang disuntik dalam memastikan berlakunya

(33)

cetusan pembudayaan keusahawanan mereka sebagai satu pilihan kerjaya yang terbaik. Mohd Osman (2007) dalam kajiannya yang bertajuk “Faktor-faktor yeng telah mendorong Graduan dan Alumni Universiti Teknologi Malaysia Menceburi Bidang Keusahawanan” menunjukkan majoriti usahawan bersetuju bahawa faktor latar belakang kurang mempengaruhi mereka untuk menceburi bidang tersebut. Manakala faktor motivasi, faktor sikap dan faktor kemahiran menjadi faktor terpenting dalam mempengaruhi mereka menjadi seorang usahawan.

2.6.1 Faktor Motivasi

Minat keusahawanan atau kecenderungan digambarkan sebagai faktor motivasi yang mempengaruhi individu untuk meneruskan sesuatu usaha keusahawanan (Hisrich et al., 2008). Bagi Bardai (2000) pula, beliau menegaskan bahawa dengan tiadanya minat yang mendalam untuk menjalankan sesuatu perniagaan akan membawa kepada kegagalan dalam bidang keusahawanan. Ini dibuktikan dengan kenyataan oleh Ariffin & Sabaruddin (2002) yang menyatakan bahawa minat yang tinggi boleh mendorong dan membakar semangat seseorang untuk menjadi gigih apabila berhadapan dengan risiko. Dalam kajian yang dijalankan oleh Greenbank dan Hepworth (2008) pula, mendapati bahawa persepsi pelajar, nilai dan minat mereka terhadap sesuatu perkara akan menjadi faktor utama dalam mempengaruhi pilihan kerjaya pelajar berkenaan. Mohd Diah (2007) pula, yang membuat kajian bertajuk“Kesediaan pelajar Tahun Akhir Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Untuk Menceburi Bidang Keusahawanan” yang mengkaji mengenai 4 aspek iaitu kurikulum, minat, motivasi dan sikap mendapati bahawa semua aspek yang dikaji berada pada tahap tinggi dan memainkan peranan penting kepada kesediaan pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia untuk menceburi bidang keusahawanan.

2.6.2 Faktor Sikap

Sikap adalah merupakan satu nilai abstrak dalam sanubari setiap orang sehingga dapat membentuk persepsi seseorang (Mohd Osman, 2007). Menurut Mohamed Idris (2009) menyatakan bahawa kepercayaan seseorang terhadap bidang keusahawanan ini sangat penting kerana ia mempengaruhi sikap mereka terhadap kecenderungan

(34)

23

keusahawanan. Sikap usahawan dapat ditunjukkan melalui tingkah laku seorang usahawan.

Selain itu, Mohd Osman (2007) ada menyenaraikan beberapa sikap yang perlu ada dalam diri seseorang usahawan yang berjaya iaitu seperti sikap berdikari, kecekalan, kreatif, inovasi, suka akan cabaran, berimpian dan cita-cita, melihat dan merebut peluang, yakin terhadap keupayaan diri, sikap bersemangat tinggi dan bertenaga, rajin dan mempunyai daya inisiatif. Faktor sikap kepada seseorang untuk menjadi usahawan ini adalah penting kerana menurut Wan Hashim (2008), antara faktor yang menyebabkan usahawan ketinggalan adalah berpunca daripada sikap menunjukkan sifat material berbanding perniagaan mereka. Kebanyakan usahawan terbabit sering menunjukkan sifat-sifat berkenaan sehingga menyebabkan para pelabur atau peniaga tidak begitu yakin dengan perniagaan yang dijalankan mereka.

2.6.3 Faktor Kemahiran / Pengalaman

Khamsah & et al. (2008), menyatakan bahawa kemahiran dan pengalaman adalah sangat mustahak bagi kejayaan sesuatu perniagaan. Ini juga disokong oleh Mohamed Idris (2009) yang menyatakan bahawa pengalaman masa lalu sama ada pengalaman baik atau buruk akan mempengaruhi seseorang itu sebelum mereka membuat keputusan mengenai kerjaya masa depan. Mohd Makbul et. al (2003) juga ada menyatakan bahawa pengalaman yang dilalui seseorang akan mempengaruhi kemahirannya dalam mengendalikan sesuatu situasi.

Selain itu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata,

“Pengetahuan keusahawanan bukan hanya berasaskan teori tetapi juga pengalaman usahawan mengurus perniagaan mereka dan soal bimbingan selepas keluar universiti” (Abdullah, 2010).

Selain itu, Mohd Osman (2007) menyatakan bahawa seorang usahawan yang berjaya adalah yang mempunyai pendidikan yang lebih baik, berasal daripada keluarga yang mempunyai pengalaman menjalankan perniagaan, memiliki beberapa perniagaan (melalui pengalaman), inginkan pencapaian yang tinggi, lokus dalaman untuk mengawal dan mampu mengambil risiko yang sederhana.

(35)

2.7 Kepimpinan keusahawanan

Mohd Makbul, et. al, (2003). kepimpinan adalah berkaitan dengan motivasi di mana ianya merujuk kepada proses memotivasikan orang lain melakukan sesuatu tugas dalam mencapai matlamat yang ditetapkan. Manakala menurut Ariffin & Sabaruddin (2002) terdapat beberapa perkara yang menjadi tiang kepada kepimpinan yang baik iaitu; kepercayaan antara usahawan dan pekerja, komunikasi yang terbuka, layanan yang baik dan adil oleh usahawan kepada pekerja, tanggungjawab dan kuasa yang jelas dan juga prihatin dan sensitif terhadap kebajikan pekerja. Aspek kepimpinan perlu dibangunkan oleh individu yang menjadi ketua bagi sesebuah organisasi. Pembangunan kepimpinan adalah satu proses dimana pemimpin dapat membawa anggotanya melalui aktiviti atau latihan bagi menggalakkan mereka belajar melalui pengalaman sendiri dimana kaedah ini merupakan satu kaedah pemindahan pengetahuan dan kemahiran yang meliputi aspek kemahiran insaniah (Burke, V. & Collins, D. 2005).

Terdapat tiga gaya asas kepimpinan ialah gaya autokratik, gaya demokratik dan gaya laissez-faire. Gaya kepimpinan autokratik ialah kepimpinan yang dapat membentuk ahli organisasi tersebut mengikut arahan ketua yang menggunakan elemen ganjaran serta hukuman manakala gaya demokratik ialah kepimpinan yang memberi peluang penglibatan dan penyertaan dalam membuat tindakan dan keputusan, manakala gaya laissez-faire pula ialah kepimpinan yang hanya menggunakan hanya sedikit kuasa dimana pemimpin sesebuah organisasi itu akan memberi anggotanya penuh kebebasan untuk mengendalikan kerja mereka atas dasar kepercayaan (Bahrom & Mohamad Johdi, 2009).

2.8 Faktor yang Menjadi Kekangan kepada keusahawanan

Dalam kajian yang dijalankan oleh Henderson dan Robertson (2000), mendapati bahawa terdapat satu per tiga daripada remaja tidak memilih bidang keusahawanan sebagai kerjaya. Ini kerana mereka memberi alasan bahawa tidak mempunyai kualiti yang diperlukan untuk jadi usahawan, seperti tiada modal untuk menjalankan perniagaan dan ia melibatkan kerja terlalu banyak sebagai penghalang. Manakala menurut Wan Hashim (2008) yang menjalankan kajian yang bertajuk “Faktor

(36)

67

RUJUKAN

A. Malek, M.A.N. (2009). Kesediaan Pelajar Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan Dalam Menceburi Bidang Keusahawanan. Universiti Teknologi Malaysia: Projek Sarjana Muda.

Abdul Ghafar, M.N. (2001). Penyelidikan Pendidikan. Fakulti Pendidikan. UTM

Abdul, M. (2008). Pembudayaan Keusahawanan. Selangor: Pearson Malaysia Sdn.Bhd. Abdullah, F. (2006). Siswa IPTA Wajib Ambil Kursus Keusahawanan. Berita Harian: 23

Disember 2006.

Abdullah, H. (2010). Usahawan Jadi Pensyarah IPTA. Sumber: Utusan Malaysia Online-Kampus.

Abu Baka, T., Md Ali, A., Omar, R., Md Som, H. & Md Som & Muktar, S.N. (2007). Penglibatan Kaum Wanita Dalam Aktiviti Keusahawanan Di Negeri Johor: Kajian Terhadap Faktor-Faktor Kritikal Kejayaan Dan Kegagalan Pengendalian Perniagaan. Jabatan Pembangunan Sumber Manusia. Universiti Teknologi Malaysia: VOT 75087

Ahmad, M.N. (2004). Nota Niaga: Integriti Kriteria Utama Jadi Usahawan Terbilang. Berita Harian: 21 Jun 2004.

Ajzen, I. (1991). The Theory of Planned Behaviour. Organisational Behavior and Human Decision Process, 50(2), 179 – 211.

Ariffin, S. & Sabaruddin, A.S. (2002). Keusahawanan: Rahsia ke Puncak Kejayaan. PrenticeHall Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Babbie, E. (2008). The Basics of Social Research. Fourth Edition. Belmont: Thomson Wadsworth.

Bahrom, M. & Mohamad Johdi, S. (2009). Kepimpinan Pendidikan dalam Pembangunan Modal Insan. Proceding. Dicapai pada Mei 26, 2012 dari http://irep.iium.edu.my

Bardai, B. (2000). Keusahawanan dan Perniagaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

(37)

Barringer & Ireland (2006). Entrepreneurship: Successfully Launching New Ventures. Prentice Hall, New Jersey, pp 18-19

Boon, Y. & Bohari, S. (2010). Kesediaan Untuk Menceburi Bidang Keusahawanan Di Kalangan Pelajarpelajar Bumiputera Tingkatan Empat Di Tiga Buah Sekolah Sekitar Skudai, Johor. Fakulti Pendidikan UTM.

Burke, V. dan Collins, D. (2005). Optimising the effects of leadership development programmes: A framework for analysing the learning and transfer of leadership skills. Management Decision. Dicapai pada Mei 26, 2012 dari http://dx.doi.org/10.1108/00251740510609974

Burns, R.B. (2000). “Introduction to Research Method.” Frenchs Forest : Pearson Education Australia Pty. Limited

Che Hassan, S. (2001). Pemilihan Kerjaya Berorientasikan Keusahawanan Di Kalangan Pelajar Diploma Perakaunan Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia : Kajian Empiri. Universiti Utara Malaysia: Projek Sarjana

Chik, M.A. (2010). Analisis Sejauh Manakah Penglibatan Pihak Industri Dapat Meningkatkan Kebolehpasaran Graduan Dan Cadangan Bagaimana Kerjasama Ini Dapat Dipertingkatkan Ke Arah Mencapai Hasrat Tersebut. Politeknik Merlimau, Melaka.

Chua, Y.P. (2006). Kaedah Dan Statistik Penyelidikan Buku 1. Malaysia: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Cooper, D.R. & Schindler, P.S. (2007). Business Research Method:9th edition. New York: McGraw Hill.

David, Matthew, Carole D. Sutton (2004). Social Research. London. Sage Publications.

Doughlas, E.J., & Shepherd, D.A. (2002). Self-Employment as a Career Choice: England Journal of EntrepreneurshipFall 2002. Vol. 5, Iss. 2; pg. 57, 8 pg.

Goodwin, C.J (2008). Research in Psychology: Methods and design. Fifth Edition: John Wiley & Son. Inc.

Greenbank, P. & Hepworth, S. (2008). Improving the career decision-making behaviour of working class students: Do economic barriers stand in the way?. Journal of European Industrial Training. Vol. 32 Iss: 7, pp.492 – 509

(38)

69

Hamed, A.B. (2006). Keusahawanan dan & Pengurusan Perniagaan Kecil. Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Henderson, R. & Robertson, M. (2000). Who wants to be an entrepreneur? Young adult attitudes to entrepreneurship as a career. Career Development International, 5 (6), 279-287.

Hisrich, R.D., Peters, M.P & Shephard D.A. (2008). Entrepreneurship (International Edition). Singapore: The McGraw-Hill Education Asia.

Husaini, M.H. & Ahmad, K.A. (2008). Kemahiran Keusahawanan: Satu Kajian Analisis Kandungan Buku-Buku Teks. Prosiding SKIKS Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Hussin, S. (2007). Pengenalan Kepada Perniagaan Dalam Perspektif Malaysia. Kuala Lumpur: Thomson Learning.

Hussin, S. (2010). Tajuk Kertas Pembentangan :Halatuju Pmm Ke Arah Pembudayaan Pendidikan Keusahawanan – Perancangan Serta

Perlaksanaannya. Politeknik Merlimau, Melaka. Tarikh : 27 April 2010 Hussin, Y. (2008). Kompetensi Pelajar Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan

(JPTK) Terhadap Bidang Keusahawanan. Universiti Teknologi Malaysia: Sarjana Muda.

Idris, N. (2010). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Malaysia: McGrawHill Sdn. Bhd. Ismail, K. & Ab. Rahman, A. (2009). Melangkah Ke Alam Keusahawanan. Rawang:

Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Khamsah, M.F. & Zakaria, M. (2008). Langkah Bijak Usahawan Terbilang. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.

Lope Pihie, Z.A. (2007). Usahawan Dan Keusahawanan: Satu Perspektif Pendidikan. Selangor. Penerbit UPM.

Madura, J. (2007). Introduction to business. (4th ed.). Mason, OH: Thompson South Western.

McBurney, D.H. and White, T.H. (2007). Research Method. Seventh Edition: Thomson Wadsworth.

Mohamad, Z. (2007). Pelajar IPTA Wajib Ambil Subjek Keusahawanan. Utusan Malaysia: 2 Julai 2007.

(39)

Mohamed Idris, S.H. (2009). Kecenderungan Keusahawanan Di Kalangan Pelajar Bidang Kejuruteraan Di Institusi Pengajian Tinggi Awam Di Kawasan Utara Semenanjung Malaysia. Universiti Utara Malaysia: Projek Sarjana.

Mohd Ariff, F., Hussin, H. & Che Mat Zahari, S. (2002). Kajian Kecenderungan Mahasiswa Sarjana Muda Pengurusan Teknologi (SHT) Terhadap Bidang Keusahawanan. Universiti Teknologi Malaysia: Sarjana Muda.

Mohd Diah, M. (2007). Kesediaan Pelajar Tahun Akhir Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Untuk Menceburi Bidang Keusahawanan. Universiti Teknologi Malaysia: Sarjana Muda.

Mohd Makbu, Z., Palil, M.R. & Khairi, A. (2003). Mengurus Perniagaan. Pahang: PTS Publications.

Mohd Makbul, Z. & Mohamad Harun, F. (2003). Menjadi Usahawan: Panduan Menubuhkan Dan Menguruskan Perusahaan Secara Profesional. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Mohd Nawi, D. (2011). Budaya Keusahawanan Di Kalangan Pelajar Politeknik Port Dickson Merentas Aliran Pengajian. Jabatan Perdagangan. National

Educational Colloquium research 2011-NECoR’11: Politeknik Port Dickson. Mohd Osman, M.H. (2007). Faktor-faktor Yang Telah Mendorong Graduan Alumni

UTM Menceburi Bidang Keusahawanan. Universiti Teknologi Malaysia: Sarjana Muda.

Mohd Yatim, Z. (2005). Insken Selaras Program Latihan Keusahawanan. Berita Harian: 15 Januari 2005.

Mohd. Noor, N. & A.Rahim, N. (2011). Kecenderungan Pelajar-Pelajar Institut Kemahiran Mara (IKM) Ibrahim Sultan Terhadap Bidang Keusahawanan. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Morganan, G. (2011). Galak penyelidikan dan inovasi untuk realisasi politeknik universiti. Sinar Harian. Tarikh : November 17, 2011

Morris, M. S., Lewis, P. & Sexton, D. S. (1997). Reconceptualizing Entrepreneurship: An input-output perspective. SAM Advanced management journal. 55(1): 21-31.

Nurul Nadhilah, M.H (2012). Kesediaan Pelajar Politeknik Kejuruteraan Elektrik Dalam Menceburi Bidang Keusahawanan. Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Sarjana

(40)

71

Ramin, A.K., Ahmad, A. R., Ahmad, A. R. & Ahmad, K. (2008). Perniagaan & Keusahawanan. Jabatan Pengurusan Dan Teknologi, Fakulti Pengurusan Teknologi, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. UTHM.

Rasheed, H. & Rasheed, B. (2003). Developing Entrepreneurial Characteristics in Youth: The Effects of Education and Enterprise Experience. Ethnic Entrepreneurship: Structure and Process, ed: Stile, C. & Gabraith, C: Elsevier Science, Amsterdam.

Rosli, S.M. & Ramli, H. (2006). Kokurikulum Koperasi, kegiatan Baru Keusahawanan Pelajar Di sekolah: PM. Mingguan Malaysia: 23 Julai 2006.

Samerjan, A. (2007). Sikap Pelajar Melayu Di Dua Buah Sekolah Menengah Harian di Daerah Ibrahim Sultan Terhadap Bidang Keusahawanan. Universiti Meknologi Malaysia: Sarjana Muda.

Sekaran, U. (2003). Research Methods For Business: A Skill Building Approach. Fourth Edition. United States of America: John Wiley and Sons, Inc.

Sipon, S. (2006). Graduan islam Wajar Ceburi Bidang Keusahawanan. Utusan Malaysia: 14 Julai 2006.Tarikh capaian: 14 Oktober 2012.

Teresa V Menzies, Joseph C Paradi (2002). Encouraging Technology-Based Ventures: Entrepreneurship Education and Engineering Graduates. New England Journal of Entrepreneurship, 5(2), 57-64.

Tunggak, T. & Salamon, H. (2011). Budaya Usahawan Berjaya. UTM Press Universiti Teknologi Malaysia.

Van Gelderen, M. (2007). Research based yet action oriented: Developing individual level enterprising competencies. Kertas kerja yang dibentangkan di 17th Global Conference – Internationalizing Entrepreneurship Education and Training, 8 – 11 July, 2007, Faculty of Management and Economics, Gdansk University of Technology. Gdansk: Poland.

Wan Hashim, W.N.D. (2008). Faktor Penghalang Terhadap Kesediaan Menjadi Usahawan. Universiti Teknologi Malaysia: Sarjana Muda.

Yahya, A., Shahrin, Jamaludin, Boon dan Abdul Rahim (2006). Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Profesional.

Yatim, A.H. (2005). Jobless Grads Urged To Go For Entrepreneurship. New Straits Times, Wednesday, 5 November 2005.

(41)

Yusof, A.A. (2000). Usahawan dan Keusahawanan: Satu Penilaian. Petaling Jaya: Prentice Hall.

Yusof, A.A. (2003). Prinsip Keusahawanan. Selangor: Prentice Hall Pearson.

Yusof, A.A. (2009). Pendidikan Keusahawanan dalam Konteks Pembangunan Negara. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

Yusof, R. (2004). “Penyelidikan Sains Sosial”. Pahang: PTS Publisher & Distributors.

Referensi

Dokumen terkait