KESEDIAAN PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL BIDANG ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK SEBELUM
MENJALANI LATIHAN INDUSTRI
Tengku Khairul Anuar bin Tengku Mat Halim, Jamil bin Abd Baser
Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional (Elektrik Dan Elektronik)
Universiti Tun Husseinn Onn Malaysia
ABSTRAK
ABSTRACT
Readiness of students in industrial training is one of the problems commonly experienced by students in an institution. This problem can also cause students to experience confusion in choosing a place to do training industry and cannot give a good commitment in training and will result in an impact on the performance of their education institutions. Therefore, this study aimed to get feedback on the readiness and students' perceptions before undergoing industrial training program for Technical and Vocational Education Faculty at Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Johor. The study conducted in three semesters to students six to special Electrical and Electronics that will undergo industrial training in the next semester. The results of this study will be used to improve the performance and enhance the lack of information that has been analyzed. The sample comprised 90 respondents from the number of students in these fields. The study was a survey using two instrument in securing the data questionnaires and interviews. Data were analyzed using "Statistical Package for the Social Sciences" (SPSS version 10). All data are analyzed and presented in the form of descriptive statistical analysis. The distribution percentage is used to identify the background of the respondents, while the mean percentage distributions used for identifying information about the training program. This study will also be able to provide the degree of readiness of students to undergo industrial training in the future and will affect the students themselves as well as to the faculty.
1. Pengenalan
Latihan industri merupakan satu bentuk program latiham amali di sesebuah oraganisasi atau industri yang dilalui oleh pelajar dalam jangkamasa yang ditetapkan oleh institusi untuk mendapat pengalaman alam pekerjaan sebenar di organisasi atau industri tersebut. Menurut (Hellriegel, 2009) melalui program latihanlah, pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai-nilai peribadi seseorang pekerja itu dapat dipertingkatkan selaras dengan tuntutan perubahan-perubahan yang berlaku dalam bidang kerja mereka. Kewujudan program latihan industri sebahgai sebahagian daripada kurikulum pendidikan yang wajib diambil bagi menyahut cabaran Wawasan 2020. Hal ini lebih penting apabila ianya didalam pendidikan teknikal dan vokasional bagi menyediakan pekerja yang berwibawa bagi merealisaikan impian tersebut.
Program latihan industri diperkenalkan dalam kurikulum instisusi pendidikan sebagai usaha untuk menjadikan program pendidikan dan latihan lebih berintegrasi dengan kemahiran yang diperlukan di dalam negara ini (Ibrahim Abu Shah, 1994). Dengan itu, pelajar perlulah mempelajari seberapa banyak kemahiran dan juga pengetahuan yang di ambil dari tempat melakukan latihan industri bagi memanfaatkan peluang yang diberikan. Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional (FPTV) di Universiti Tun Hussein Onn adalah salah satu Institusi Pengajian TinggiAwam (IPTA) yang berfungsi dan terlibat dalam melahirkan tenaga mahir dalam bidang pekerjaan pendidikan terutamanya yang menjurus kepada Kolej Vokasional di seluruh Malaysia.
Ia bertujuan untuk memastikan tenaga kerja yang dikeluarkan memenuhi kriteria-kretirea tertentu seperti berkualiti, berdaya saing dan memiliki pengetahuan serta kemahiran yang memenuhi spesifikasi dalam sistem pengajaran di Kolej Vokasional dan institusi pendidikan. Bagi mencapai matlamat ini, perkara yang perlu dilakukan oleh FPTV adalah
industri ini bertujuan untuk pendedahan awal pelajar-pelajar kepada pengalaman sebenar bekerja di sektor industri, firma-firma swasta atau jabatan kerajaan yang berkaitan dengan bidang pengkhususan mereka. Selain daripada itu, ia membolehkan pelajar untuk terlibat dalam mempraktikkan segala pengetahuan yang sedia samada teori dan juga amali yang telah dipelajari oleh mereka semasa di universiti.
1.1 Skop Kajian
Kajian Kesediaan pelajar FPTV dalam bidang Elektrik dan Elektronik sebelum menjalani latihan industri ini tertumpu kepada pelajar yang akan menjalani latihan industri dalam bidang Elektrik dan Elektronik. Para pelajar tersebut kini sedang berada di Tahun Tiga iaitu pada Semester Enam sesi 2014/2015. Kajian ini juga ditumpukan kepada semua pelajar Tahun Tiga Elektrik dan Elektronik yang sedang menuntut di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional kerana semuapelajar tersebut akan menjalani latihan industri pada semester akan datang.
1.2 Kerangka Teori
2.0 Kajian Literatur
Perubahan zaman pada hari ini amat jelas sekali apabila banyak perkara yang menggunakan teknologi moden dan semakin canggih. Tidak dinafikan juga bahawa Malaysia adalah negara yang tergolong dalam perubahan untuk membangunkan negara yang sedang pesat bagi mencapai matlamat Wawasan 2020. Perubahan dalam teknologi dan peningkatan pesat kerumitan proses-proses kerja dalam industri-industri di Malaysia telah mencipta permintaan baru tenaga kerja mahir, iaitu berpengetahuan atau “K-workers” (Shayamal, 2008). Namun begitu, satu perkara yang tidak dapat disangkal lagi adalah perkembangan pesat yang yang
TAHAP KESEDIAAN PELAJAR
Pengetahuan Latar Belakang Firma Sebelum Menjalani
Latihan Industri Pendedahan Dari Pihak
Fakulti Tentang Latihan Industri
Penguasaan Pelajar Terhadap Teori, Amali Dan Kemahiran
Psikomotor Sebelum Menjalani Latihan Industri
berlaku ini berkait rapat dengan sektor pembangunan ekonomi yang berteraskan penggunaan sains dan teknologi. Selain dapat menjana ekonomi, ia juga dapat menghasilkan ramai tenaga mahir untuk di gunakan bagi pasaran kerja. Kebolehpasaran setiap graduan dinilai dalam pelbagai aspek dan pihak majikan pula lebih cenderung mencari bakal pekerja yang memiliki pelbagai kemahiran tanpa perlu memberi latihan dalam perkhidmatan (Hashim, Wahab, and Ali 2005).
2.2 Latihan Industri
Menurut Cascio (1989), latihan merupakan sebuah program yang terancang yang direkabentuk untuk menambahbaik prestasi di peringkat individu mahupun kumpulan. Oleh itu dalam sesuatu perkara yang ingin dilakukan supaya menjadikan ianya
terbaik, perlulah satu latihan yang terperinci. Bagi menjadikan sesuatu pembelajaran tersebut menjadi berkesan sudah pasti pelajar mesti adapengalaman untuk melakukan kerja-kerja amali. Bukan sahaja melakukan di makmal ataupun didalam kelas semata-mata namun perlulah ke industri mahupun tapak lapangan untuk merasai sendiri bagaimana pengalaman tersebut.
2.2 Kemahiran Dari Pelajar
Selain dari mengikuti kelas yang diajar teori, para pelajar juga memerlukan
pengetahuan dari segi kemahiran. Ini kerana, perkara yang perlu dilakukan semasa kerja nanti mestilah berdasarkan apa yang telah dipelajarinya bukan sahaja teori semata-mata kerana mereka adalah pelajar dari Teknikal Dan Vokasional. Tingkat kebolehpasaran seorang graduan bukan sahaja bergantung pada pencapaian akademik tetapi bergantung kepada kemahiran insaniah dan kemahiran praktikal (Beard, 2007; Mariana, 2008; Yassin, 2008; Mohamad Sattar Rasul, et al., 2009; Nik Azma, 2011). Namun begitu, pihak industri mahupun majikan bukan sahaja mahu kepada prestasi akademik semasa di institusi pengajian, malah kemahiran yang perlu ada oleh seseorang pelajar adalah kemahiran psikomotor dan insaniah.
2.3 Tujuan Latihan
Latihan yang akan diulas adalah berkenaan tentang latihan yang lebih formal seperti kursus, seminar, dan bengkel (Wolf, Tanna dan Singh dalam Mohd Zayadi, 2002). Latihan adalah sebarang aktiviti yang bertujuan untuk memperbaiki kemahiran seseorang bagi melaksanakan sesuatu tugas. Secara umumnya latihan adalah berkaitan dengan sesuatuprogram yang menyediakan pekerja dengan pengetahuan, sikap dan pengetahuan yang perlu bagi menghasilkan kerja yang berkesan.
Pada beberapa tahun yang lepas, banyak kajian berkaitan dengan fokus kajian dan telah diperluaskan lagi. Jika dilihat sebelum ini, latihan sebenarnya hanya banyak tertumpu kepada mengajar kemahiran teknikal, seperti melatih dalam pendawaian elektrik ataupun guru membuat perancangan pengajaran.
2.4 Kepentingan Latihan Industri
Objektif latihan industri adalah untuk membantu melatih tenaga-tenaga kerjamenjadi pekerja mahir dalam bidang tertentu, antaranya ialah:
a) membina penghargaan yang mendalam dalam bidang sains dan teknologi b) menyediakan landasan kepada pelajar yang berminat untuk melanjutkan bidang
pelajaran tertentu
c) membina skill, etika kerja dan tanggungjawab dalam diri pelajar supaya mereka boleh diberi pekerjaan bagi meningkatkan produktiviti
d) membantu bidang perindustrian dan kemodenan dengan menyediakan sumber-sumber tenaga kerja yang diperlukan oleh pengguna.
2.1 Kemahiran Psikomotor
Kemahiran psikomotor adalah sesuatu yang amat penting untuk pelajar terutama sekali dalam bidang kejuruteraan. Ini kerana dalam melalui kemahiran psikomotor pelajar dapat mengaplikasikan segala teori pelajaran mereka pelajari kearah kemahiran. Kemahiran manusia yang membina alat-alat kegunaan bagi kehidupan harian adalah hasil gabungan banyak jari-jari yang berkebolehan dalam menghasilkan idea inteleknya. Jadi kemahiran psikomotor mempunyai gaya, bentuk, penyusunan dalaman dan penyelarasan dengan objek lain di perekitaran luar. Maka untuk
memberikan kemahiran kepada seseorang pelajar dalam menjalankankan kemahiran sudah tentu, pensyarah perlu meninjau dan mengulangi kemahiran tersebut agar ianya menjadi sebati didalam diri pelajar. Ini kerana apabila pelajar menjalani latihan industri, sudah tentu mereka tidak kekok lagi dengan aplikasi yang pernah digunakan ketika berada diindustri dahulu.
3.0 Latarbelakang Masalah
Malaysia adalah sebuah negara yang sedang membangun pesat dan telah meletakkan harapan untuk mencapai sebuah negara yang maju pada tahun 2020. Justeru itu, sudah pasti ramai tenaga mahir yang perlu diguna pakai bagi memastikan matlamat uang ingin dicapai itu menjadi sebuah kenyataan. Oleh itu untuk merealisasikan hasrat kerajaan sistem pendidikan haruslah memenuhi keperluan dari industri dan mempunyai kemahiran bagi berupaya berdaya saing untuk melahirkan tenaga kerja yang kreatif dan produktif. Menurut (Kamarolzaman, 2001) buat masa ini sistem pendidikan kita tidak mampu untuk memenuhi keperluan tersebut dan ini telah menjadikan ketidakseimbangan dalam permintaan dan bekalan tenaga kerja.
Dengan ini, sesuatu inisiatif perlulah diambil bagi menangani masalah yang boleh diperbaiki bagi memberi ruang yang luas lagi untuk mendapatkan tenaga kerja yang lebih ramai serta mampu berdaya saing dan berkemahiran. Walaubagaimanapun, pihak kerajaan telah banyak melaburkan wang bagi memberi peluang kepada para pelajar untuk menyediakan tempat dan latihan. Sungguhpun begitu ia masih lagi tidak mampu untuk menampung dan memenuhi permintaan daripada pihak industri. Namun begitu ada juga yang mengkritik mengatakan pelajar yang lulusan dari teknikal dan vokasional ini tidak mempunyai kemahiran yang banyak selain gagal untuk bersaing mendapatkan pasaran kerja. Bahkan ada juga industri yang menyuarakan rasa tidak puas hati dengan mutu dan jenis program yang telah diikuti oleh pelajar.
memberi kesan yang mendalam dan bertujuan memberi kemahiran yang ada pada industri bagi mencapai matalamat tenaga kerja mahir. Oleh itu pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan program Latihan Industri di institusi-institusi pengajian tinggi agar selari dengan kehendak dan keprluan industri.
4.0 Penyataan Masalah
Kajian ini adalah bertujuan untuk meninjau perlaksaan program latihan industri yang dijalankan oleh pelajar-pelajar yang mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Elektrik dan Elektronik di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Ianya mengambil kira untuk melihat tahap kesediaan para pelajar sebelum menjalani latihan industri di industri, firma mahupun sektor awam. Banyak kajian yang ingin melihat tahap pencapaian terhadap latihan industri telah dijalankan. Oleh itu, kajian ini telah dijalankan untuk melihat apakah faktor-faktor dari seri kesediaan pelajar sebelum menjalani latihan industri. Maka adakah dengan mengambil kira faktor-faktor kesediaan ini para pelajar akan dapat menjalani latihan industri dengan lebih produktif dan berkesan lagi.
5.0 Objektif Kajian
Objektif utama yang ingin dicapai dalam kajian ini adalah ingin melihat kesediaan pelajar sebelum menjalani latihan industri. Namun begitu terdapat juga objektif lain yang
memainkan faktor-faktor utama dalam menjalankajian ini.Antara objektif lain yang ingin dicapai dalam menjalankan kajian ini adalah :
i.
Mengenalpasti pendedahan yang diberikan oleh pihak fakulti kepada pelajar sebelum menjalani latihan industri.ii.
Mengenalpasti sejauhmana pelajar mengetahui latar belakang firma sebelum mereka menjalani latihan industri.iii.
Mengenalpasti sejauhmana penguasaan pelajar terhadap teori dan amali serta kemahiran psikomotor sebelum menjalani latihan industri.6.0 Metodologi Kajian
Didalam kajian ini beberapa proses prosedur dan metodologi atau kaedah yang akan
digunakan bagi merealisasikan kajian ini iaitu rekabentuk kajian, responden, instrument dan analisis data. Kajian ini juga menggunakan kualitatif bagi mendapatkan data. Apabila aspek-aspek ini dibuat, supaya ia lebih jelas terhadap batasan kajian. Kaedah yang tepat perlu diambil kira bagi menjamin kesahan hasil kajian dan penyelidikan. Selain daripada itu pengkaji juga dapat mengetahui arah tujuan kajian yang hendak dibuat. Penyediaan
instrument juga memainkan peranan penting bagi mendapatkan keputusan kajian yang betul.
6.1 Rekabentuk Kajian
kajian yang ingin dicapai oleh pengkaji. Selain itu, maklumat yang akan diperolehi oleh pengkaji lebih tepat dan relevan untuk digunakan.
6.2 Responden
Respondent yang digunakan didalam kajian ini ialah pelajar dalam kalangan tahun 3 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Elektrik dan Elektronik yang akan menjalani latihan industri pada semester enam selama dua bulan. Sampel kajian yang diambil
persempelan rawak jenis mudah. Menurut (Najib 1999) sampelan rawak jenis mudah ialah suatu keadaan sampel dipilih daripada sampel populasi yang banyak. Setiap pelajar yang dipilih pula haruslah memenuhi kriteria-kriteria tertentu bagi melayakkan merekabertindak sebagai responden serta untuk memastikan dapatan kajian itu nanti adalah tepat, betul serta tidak boleh dipertikaikan.
6.3 Instrument
Kaedah soal selidik digunakan untuk mendapatkan pandangan responden terhadap persoalan dan objektif kajian. Sebelum soal selidik dibina, pengkaji telah membuat bacaan literatur berhubung dengan persoalan kajian ini. segala data serta informasi berkenaan kajian ini diselidik menggunakan sember-sumber data primer dan sumber-sumber data sekunder. Selain itu juga, instrument yang digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan borang soal selidik yang digunakan dalam kajian ini
menggunakan pendekatan skala likert. Soalan-soalan yang dikemukakan bersesuaian dengan penyelidikan yang dijalankan. Jadual penggunaan skala likert seperti dibawah.
Maklum Balas Skala Likert
Sangat tidak setuju 1
Tidak setuju 2
Neutral 3
Setuju 4
Sangat setuju 5
Jadual Penggunaan Skala Likert.
Kaedah yang digunakan untuk menganalisis data yang diperolehi adalah
menggunakan pakej perisian computer iaitu “Statistical Package for Sosial Science Series” (SPSS version 10). Data-data yang diperolehi dikumpul daripada kajian ini adalah data kuantitatif yang berbentuk interval (perbandingan). Ia digunakan bagi menganalisis data memandangkan perisian ini merupakan sebuah perisian yang boleh digunakan untuk menganalisis statistic dan pengurusan data dalam persekitaran bergrafik (Mohd Najib 2003).
7.0 Rumusan
Tidak dapat dinafikan bahawa bagi mencapai negara maju, ramai tenaga mahir diperlukan untuk menampung keperluan dan kehendak pihak industri. Oleh itu semuapihak perlu bekerjasama bagi melahirkan tenaga kerja yang berkualiti. Bagi melahirkan kualiti tersebut, sesuatu perubahan dari peringkat akar umbi perlu dilakukan. Dengan adanya program latihan industri untuk pelajar institusi pengajian tinggi bagi mempraktikkan amalan pekerjaan sebenar akan menjadikan para pelajar menpunyai pengalaman. Namun begitu, bagi menjadikan program ini memberikan keberkesanan, pihak institusi perlulah mengetahui dahulu setakat mana persediaan para pelajar sebelum turun menjalani latihan industri di firma-firma mahupun jabatan awam.
Persediaan yang rapi amat penting bagi membantu pelajar tersebut tidak kekok untuk
melakukan kerja kemahiran yang perlu dilakuakan di industri. Walaupun tidak semua mereka tahu tentang kegunaan mahupun kemahiran yang perlu dibuat, tetapi cukuplah sekadar mengetahui selok belok dan bekalan bagi tidak nampak terlalu cetek pengetahuan. Ini kerana imej yang dibawa oleh mereka adalah seorang pelajar universiti yang bakal mengisi dan menjayakan matlamat Wawasan 2020 yang ingin dicapai oleh kerajaan kita tidak lama lagi. Sebagai persiapan awal, merekalah yang akan membentuk dan mencorakkan negara ini pada masa akan datang.
Abdul Ghafar M. N. (2003). “Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan.” Edisi Pertama.Skudai: UniversitiTeknologi Malaysia
Abdul Ghaffar M. N. (1999). “Penyelidikan Pendidikan”. Skudai : Penerbit Universiti Teknologi Malaysia
Abdullah Sanusi Ahmad (1994), “Perkembangan Pentadbiran Awam Dan Pengurusan :
Koleksi Ceramah Umum”. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Beard, D., Schwieger, D. & Surendran, K. 2007. “Incorporating Soft Skills into Accounting and MIS Curricula.” SIGMIS-CPR 07, April 19-21, St. Louis, Missouri, USA. ACM ‟
978-1-59593-641-7/07/0004. 179–185.
Cascio, W.F. (1989). “Human Resource Management.” New York: Mc Graw Hill.
Hashim, Haslinda @ Robita, Muhammad Nubli Abdul Wahab, and Zarina Mohd Ali. 2005. "Pembangunan Sahsiah Mahasiswa Bersepadu: Konsep Dan Pelaksanaannya Di Kolej Universiti Kejuruteraan." In Seminar Kebangsaan Kursus Sokongan Kejuruteraan. Di Hotel Aseania, Langkawi.
Hazreel Hasmi (2000). “A Survey On Tourists Awareness Towards Malaysian Handicrafts”. Shah Alam : Universiti Teknologi MARA
Hellriegel, D., Jackson, S.E. dan Slocum, J.W. “Management.Ohio”. South-Western College : Publishing.2009
Ibrahim Abu Shah (1994). “Perspektif Sumber Manusia ke Arah Mencapai Wawasan 2020.” Ampang, Hulu Klang, Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka
Kamarolzaman M. J. dan Abu Bakar H. “Globalisasi Pendidikan Teknik dan Vokasional Ke atas Pembangunan Sumber Manusia Pada Abad ke-21 : Satu Perancangan
Strategik.” Seminar Isu-isu Pendidikan Semasa. Anjuran Fakulti Pendidikan, UPM, 8 Sept. 2001)