• Tidak ada hasil yang ditemukan

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA SEBAGAI SEBUAH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA SEBAGAI SEBUAH"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 PENDAHULUAN

“Hikayat Merong Mahawangsa” mempunyai 113 halaman bertulis dan hikayat ini ditulis dalam tulisan jawi. Penulisan hikayat ini didorong oleh raja Kedah iaitu Sultan Mua’zam Shah ibni Sultan Mudzalfal Shah. “Hikayat Merong Mahawangsa” telah diterjemahkan kepada tulisan rumi oleh Encik Muhammad Yusuf bin Nuruddin pada tahun 1898. Hikayat ini tidak mempunyai nama pengarang dan pengarang ini hanya menggunakan kata ganti nama diri sebagai “fakir” serta hikayat ini juga tidak mempunyai tarikh pengkaranganya. Menurut pendapat beberapa orang sarjana, agama Islam sudah mula bertapak di negeri Kedah pada tahun 14741. Oleh itu, hal ini terbukti bahawa

hikayat ini telah ditulis selepas pada tarikh tersebut. Dr. C. Hooykaas berpendapat bahawa hikayat ini ditulis pada abad ke 18. Menurutnya lagi pada waktu itu, dikatakan bahawa masyarakat Melayu telah lama mengetahui isi kandungan hikayat ini kerana telah tersebar melalui mulut ke mulut dan pada abad ke 19 barulah hikayat ini dicetak.2

Penulisan “Hikayat Merong Mahawangsa” ini banyak menggunakan unsur-unsur mitos dan lagenda. “Mitos ataupun realiti”, itulah persoalan yang sering diperdebatkan dalam kalangan sejarawan professional yang berkaitan dengan isu kesahihan histriografi Melayu tradisional.3 Penghasilan karya-karya histriografi ini dipandang tinggi oleh para

sejarawan. Dasar penulisan karya ini dibuat secara kasarnya dengan mengabadikan sejarah awal negara berkenaan untuk dijadikan pengetahuan generasi akan datang. Selain itu, hikayat ini juga bertujuan untuk mengekalkan dan mengukuhkan kedaulatan raja dan keturunannya.

1 Dzulkifli bin Mohd Salleh. 1973. Hikayat Merong Mahawangsa. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka. hlm. xii.

2 Dzulkifli bin Mohd Salleh. 1973. Hikayat Merong Mahawangsa. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka. hlm. xiii.

(2)

Berdasarkan pandangan sejarawan, kita dapat merumuskan bahawa pemikiran politik merujuk kepada pemikiran penulis ketika meriwayatkan sesuatu peristiwa dalam penghasilan karyanya. Skop pemikiran politik ini perlu dilihat secara meluas serta difahami makna tersurat dan tersiratnya terlebih dahulu sebelum membuat analisis.4

Ketika mengemukakan pemikiran politik ini, pengarang menggunakan akal kebijaksanaannya untuk mencipta suatu gambaran yang impresif dan berkesan tentang rajanya. Pengarang cuba membuat penggemblengan dalam fakta-fakta sejarah, unsur-unsur mitos dan legenda, realiti yang dicapai adalah bersifat subjektif dan bukan bersifat objektif. Perkara penting bagi pengarang adalah untuk mencipta suatu karya yang dapat menjadi kebanggaan raja dan bangsanya.5

Konklusinya, melalui penelitian terhadap karya histriografi klasikal “Hikayat Merong Mahawangsa” ini dapat kita nilaikan sejauhmana karya histriografi Melayu sebagai suatu dokumen politik kesultanan Melayu. Penelitian ini juga dapat membuktikan bahawa wujudnya unsur-unsur mitos yang menjadi lambang keagungan karya tersebut apabila penulis mencuba mengadunkan setiap gambaran peristiwa dengan unsur-unsur mitos yang dapat diterima oleh masyarakat sezamannya. Melalui pengharapan penulis dalam karya histriografi “Hikayat Merong Mahawangsa” kita dapat lihat dengan jelas pemikiran politik penulis melalui penelitian ke atas setiap peristiwa yang dialurkan oleh penulis dalam karya ini dan saya bersetuju bahawa hikayat ini merupakan sebuah dokumen politik kesultanan Melayu.

2.0 SINOPSIS HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA

Hikayat ini dinamakan sempena nama seorang raja yang berasal dari Rom dan dipercayai telah melahirkan dinasti Mahawangsa yang menjadi sumber keturunan

raja-4 Abdul Rahman Haji Ismail. (pnytg). (2007). Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 67.

(3)

raja yang membuka negeri yang diberi nama Langkasuka dan kemudianya lebih dikenali sebagai negeri Kedah Zamin Turan.6Hikayat Merong Mahawangsa” mempunyai tiga

bahagian. Bahagian pertama menceritakan mengenai raja pertama di Kedah iaitu raja Merong Mahawangsa. Manakala bahagian kedua, hikayat ini menceritakan mengenai tentang salah satu keturunan raja Mahawangsa iaitu raja Bersiung yang berlaku zalim terhadap rakyatnya. Pada bahagian terakhir pula, hikayat ini mengisahkan mengenai proses pengislaman Kedah.

Penulisan hikayat ini menggemblengkan ketiga-tiga unsur iaitu unsur tempatan, unsur Hindu dan unsur Islam. Cerita asal usul negeri Kedah ini dikarang selepas negeri itu memeluk agama Islam. Pengarangnya, merupakan seorang pujangga istana Kedah yang amat setia pada struktur pensejarahan tradisional Melayu. Hal ini demikian kerana si pengarang telah memulakan ceritanya dengan menggambarkan asal usul rajanya, peristiwa yang menyebabkan raja itu memulakan pelayarannya, pembukaan negeri, jurai keturunan daripada raja yang pertama kepada yang terakhir, kisah pengislaman dan beberapa peristiwa yang ingin disampaikan oleh pengarang berkaitan sejarah negeri Kedah mengikut penilaian dan kaca mata masyarakat di negeri Kedah. “Hikayat Merong Mahawangsa” ditulis berpandukan kelima-lima ciri penulisan sejarah yang memaparkan konsep sejarah masyarakat zaman silam.

3.0 PENILAIAN TEKS

Berdasarkan tiga bahagian dalam “Hikayat Merong Mahawangsa”. 3.1 BAHAGIAN PERTAMA

Peristiwa perlantikan Merong Mahawangsa sebagai wakil kepada raja Rom untuk mengiringi puteranya ke China bagi dikahwinkan dengan puteri raja China. Hal ini menunjukkan bahawa pengarang juga ingin menggambarkan

(4)

kehebatan Merong Mahawangsa yang mempunyai hubungan akrab dan menjadi orang sandaran kepada raja Rom kerana beliau memiliki kesaktian yang luar biasa.7 Melalui penelitian yang jitu, kita dapat simpulkan bahawa pengarang

mengaitkan Merong Mahawangsa yang merupakan pengasas kerajaan negeri Kedah dengan pemerintah negara-negara hebat seperti Rom dan China bagi menunjukkan bahawa Merong Mahawangsa bukanlah sembarangan orang, malahan beliau turut disanjungi oleh pemerintah agung dunia yang lain. Ideologinya, pengarang ingin menwujudkan rasa kekaguman pembaca terhadap pengasas negeri Kedah iaitu Merong Mahawangsa melalui penggaluran peristiwa-peristiwa tersebut.

Persoalan mengenai pengarang mengaitkan “Hikayat Merong Mahawangsa” dengan dua buah kerajaan besar iaitu kerajaan Rom dan China pada permulaan hikayat ini dilihat bertujuan untuk mengangkat kedudukan Merong Mahawangsa itu sendiri sebagai seorang pemerintah yang agung. Ironinya, kerajaan Rom dan China menjadi sandaran penulis kerana jika dilihat pada zaman tersebut kedua-dua buah negara ini merupakan dua buah kuasa hebat dunia. Perkaitan antara Merong Mahawangsa dengan kedua-dua buah negara ini, dapat ditakrifkan bahawa pengarang sebenarnya ingin mengangkat darjat pengasas kerajaan Kedah iaitu Merong Mahawangsa yang dikatakan mempunyai ikatan yang sangat erat dengan pemerintah Rom dan China malah beliau juga terlibat secara tidak langsung dalam pentadbiran kerajaan Rom. Beliau juga turut menjadi orang sandaran Maharaja Rom. Selain itu, pengasas kerajaan Kedah

7 Dharmawijaya. (1991). Pemahaman & Penghayatan Hikayat Merong Mahawangsa. Kuala

(5)

bukanlah calang-calang orang dan inilah yang ingin disampaikan oleh pengarang melalui perkaitan hikayat dengan dua buah kuasa besar tersebut.

Pengarang telah menterjemahkan peristiwa penabalan Merong Mahawangsa sebagai raja di suatu kawasan yang didiami oleh kaum gergasi dengan penuh dramatik. Melalui peristiwa ini dapat kita hujahkan bahawa pemikiran politik yang ditonjolkan pengarang adalah berkisarkan kehebatan dan kesantunan yang dimiliki oleh Merong Mahawangsa telah membuka mata kaum gergasi yang digeruni ramai untuk melantik beliau sebagai raja di kawasan tersebut. Peristiwa ini telah diriwayatkan dengan teratur oleh pengarang. Kisah ini bermula setelah kegagalan Merong Mahawangsa untuk mencari putera raja Rom yang diserang oleh Geroda selama beberapa hari. Setelah itu, beliau mengambil keputusan untuk belayar mencari putera raja Rom. Beliau dan anak kapalnya telah singgah di sebuah kawasan yang didiami oleh kaum-kaum gergasi yang sangat digeruni oleh sekalian manusia pada ketika itu. Namun Merong Mahawangsa sedikit pun tidak gentar dan terus menghadap kaum tersebut dengan rendah hati serta beliau telah memohon untuk mendirikan pertempatan sementara di kawasan tersebut. Melihatkan kesantunan dan keberanian luar biasa yang dimiliki oleh Merong Mahawangsa, kaum gergasi sepakat untuk melantik beliau sebagai raja di kawasan tersebut yang akhirnya diberi nama Langkasuka oleh Merong Mahawangsa.8 Melalui rentetan peristiwa ini, pengarang cuba membangkitkan

nilai keluhuran dan kesantunan yang dimiliki oleh seorang pemerintah sehebat Merong Mahawangsa.

3.2 BAHAGIAN KEDUA

8Dharmawijaya. (1991). Pemahaman & Penghayatan Hikayat Merong Mahawangsa. Kuala

(6)

Pemikiran politik dalam “Hikayat Merong Mahawangsa” dapat diteliti dengan lebih jelas melalui penumpuan khusus terhadap bahagian kedua “Hikayat Merong Mahawangsa” iaitu salasilah keturunan raja Kedah yang bermula daripada kerajaan Langkasuka di bawah pemerintahan Merong Mahawangsa sehinggalah pentadbiran Kedah Zamin Turan di bawah raja Phra Ong Mahawangsa (Lampiran 1). Melalui penelitian terhadap salasilah pemerintah-pemerintah Kedah yang diriwayatkan oleh pengarang, kita dapat rumuskan bahawa politik dan pentadbiran negeri Kedah bebas daripada pengaruh kuasa-kuasa asing iaitu pemerintah bebas untuk memilih pengantinya tanpa campur tangan kuasa luar. Intipati pengarang melalui tulisannya ingin memberi gambaran kepada pembaca bahawa Kedah merupakan sebuah negeri yang berdaulat dan kuat.

(7)

membuka negeri Pattani. Putera bongsunya diangkat sebagai raja kerajaan Kedah setelah kemangkatan beliau. Kesemua anak-anak raja Merong Mahadipusat yang mengetuai negeri Siam, Pattani, Perak dan Kedah dikatakan mempunyai hubungan yang sangat akrab antara satu sama lain.9 Oleh hal yang demikian, kita

dapat melihat bahawa ideologi pengarang ialah ingin mengangkat sejarah negeri Kedah sebagai sebuah kerajaan agung dan berdaulat.

Berbeza dengan kebanyakan fahaman lain, menerusi “Hikayat Merong Mahawangsa” pengarang menyatakan ideologi pemikiran politiknya bahawa bunga emas yang dihantar oleh kerajaan Kedah kepada negeri Siam bukanlah tanda mengakui ketuanan Siam terhadap kerajaan Kedah namun ianya adalah sebagai simbol kekeluargaan dan penghargaan. Berdasarkan penulisan “Hikayat Merong Mahawangsa” sebenarnya bunga emas yang dikirim oleh Sultan Kedah kepada kerajaan Siam adalah bertujuan untuk memberi ucapan penghargaan kepada kekandanya raja Siam yang menyambut kelahiran bayi sulung.10 Fakta

sejarah, iaitu penghantaran bunga emas sebagai mufti dimitoskan dengan mengunakan perhubungan kasih sayang dan hormat menghormati. Berkatalah raja Kedah dalam hatinya:

“apa jua yang baik aku hendak membalaskan akan anak saudaraku itu… biarlah jangan lagi tersebut nama kejahatan pada seisi alam dunia ini, supaya jangan jadi berputusan daripada umur aku ini boleh sampai pada anak cucu hingga sampai pada kemudian harinya, datang pada akhir zaman jangan tersebut nama kejahatan pada segala raja-raja dan pada khalayak sekalian”.

(Hikayat Merong Mahawangsa,1998 :42) Baginda juga bertitah :

9 Siti Hawa Salleh Haji Salleh. (1998). Hikayat Merong Mahawangsa (dikaji dan diperkenalkan). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Hlm. Ixi.

(8)

“Hendaklah tuan hamba sekalian sembahkan pada saudara kita, jika ia beroleh anak beri jua khabar ke negeri Kedah ini, demikianlah kita hantarkan. Jikalau kita tiada sekalipun, kita pesan taruh kepada anak cucu kita biar sampai kepada akhir zaman, nescaya tersebutlah nama kita pada alam dunia ini tanda kita berkasih-kasihan.”

(Hikayat Merong Mahawangsa,1998 :43) Menerusi penulisan ini, pengarang menekankan bahawa tradisi penghantaran bunga emas bukanlah tanda kelemahan Kerajaan Kedah namun lebih bersifat kemesraan atau tanda yang muda menghormati yang tua. Negeri Siam juga dilihat telah membantu Kerajaan Kedah dalam menyelesaikan kemelut dalaman negeri Kedah melalui peristiwa bantuan kerajaan Siam dalam mencari penganti yang sesuai untuk mengantikan raja Bersiung yang telah melarikan diri akibat ditentang oleh pembesar berempat kerana kekejamannya.11

Seterusnya, pemikiran politik yang cuba diketengahkan oleh pengarang ialah ketika peristiwa perkahwinan antara Maharaja Sri Maha Inderawangsa dengan wanita daripada golongan gergasi. Hal ini adalah untuk menyatakan bahawa keturunan pemerintah Kedah mempunyai kedudukan yang sangat tinggi sehinggakan golongan gergasi yang mempunyai kedudukan yang rendah adalah tidak setaraf untuk dijadikan sebagai isteri. Mengikut nilai zaman dahulu tentulah perhubungan antara dua darjat yang berbeza amat memalukan bagi keluarga diraja Kedah. Pokok pangkalnya, disebabkan kedegilan Maharaja Sri Maha Inderawangsa beliau telah dianggap menderhaka. Hal ini telah menyebabkan ayahandanya iaitu Maharaja Sri Inderawangsa telah meninggal dunia. Selain membangkitkan isu darjat, pengarang juga turut menonjolkan isu balasan Tuhan terhadap sikap derhaka seorang anak. Menurut riwayat ini Maharaja Sri Maha

(9)

Inderawangsa telah dikurniakan seorang Putera yang bernama raja Ong Maha Peria Deria yang lebih dikenali sebagai raja Bersiung.12

Berikutnya, pengarang telah menggarapkan perkembangan watak raja Ong Maha Perita Deria yang lebih dikenali sebagai raja Bersiung secara kronologi penuh dan pembentukan sifat semula jadinya dari awal lagi menuju ke arah kezaliman dan tidak berperikemanusiaan. Perkembangan watak ini merupakan sesuatu yang tidak dapat dikawal oleh beliau sendiri. Siung yang tumbuh juga merupakan sesuatu yang berada di luar dugaan dan kawalan raja tersebut kerana peristiwa baginda mendapati masakan yang dicampur dengan darah manusia juga merupakan suatu peristiwa yang tidak disengajakan. Walau bagaimanapun, disebabkan terlalu mengikut perasaan raja Bersiung telah bertindak di luar batasan kemanusian apabila beliau sanggup mengorbankan nyawa rakyatnya saban hari demi mendapatkan darah. Kemuncak kezaliman raja Bersiung menemui penghujungnya apabila Menteri keempat membuat keputusan untuk menentang raja Bersiung demi keselamatan rakyat dan negeri.13 Pengarang mengetengahkan

elemen kekejaman raja yang akhirnya mendapat balasan terhadap perbuatannya. Melalui peristiwa ini, keberkesanan sistem pentadbiran feudal yang didokong oleh watak pembesar berempat yang berjaya menyelesaikan masalah dalaman negeri Kedah seterusnya berjaya memelihara kesejahteraan rakyat.

Pengarang turut mengetengahkan pemikiran politik beliau melalui peristiwa pemilihan penganti raja Ong Perita Deria dengan bantuan daripada kerajaan Siam dengan menggunakan bantuan gajah sakti iaitu Gemala Johari.14

12 Siti Hawa Salleh Haji Salleh. (1998). Hikayat Merong Mahawangsa (dikaji dan diperkenalkan). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Hlm. Xxii.

13 Siti Hawa Salleh Haji Salleh. (1998). Hikayat Merong Mahawangsa (dikaji dan diperkenalkan). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Hlm. Xxiv.

(10)

Melalui peristiwa ini pengarang ingin menyampaikan bahawa Siam dan Kedah saling bekerjasama dan mempunyai hubungan yang baik. Selain itu, kerajaan Kedah turut mengakui peranan kerajaan Siam sebagai penaung kerajaan Kedah. Pengarang meriwayatkan bahawa setelah raja Bersiung menghilangkan diri dalam rumpun buluh betung setelah diusir oleh rakyatnya. Kerajaan Kedah telah kehilangan raja maka pembesar berempat beserta raja perempuan kerajaan Kedah telah menghantar utusan ke Siam bagi memohon kerajaan Siam membantu mencari waris raja Bersiung untuk ditabalkan sebagai raja Kedah. Akhirnya dengan bantuan Siam, putera raja Bersiung dapat ditemui dan menggunakan gelaran raja Phra Ong Mahadipusat.15 Peristiwa ini menjelaskan kepada umum

bahawa pengarang telah tunduk kepada kovensi-kovensi penulisan sejarah Melayu tradisional dengan mengangkat martabat dan maruah rajanya ke tahap yang paling tinggi.

3.3 BAHAGIAN KETIGA

Bahagian terpenting didalam “Hikayat Merong Mahawangsa” ialah bahagian yang mengisahkan pengislaman negeri Kedah. Pengarang telah mencoretkan karyanya dari zaman gelap sehinggalah munculnya cahaya kebenaran tatkala kehadiran agama Islam. Penggarang mengutarakan bahawa kemasukan agama Islam inilah yang telah mengubah corak hidup masyarakat di negeri Kedah secara keseluruhannya ke arah yang lebih berdisiplin, bermoral, dan bernilai suci. Kisah penggembaraan Syeikh Abdullah dengan Penghulu Syaitan dikatakan menjadi perintis kepada sejarah pengislaman negeri Kedah. Raja Ong Phra Mahawangsa merupakan raja Kedah yang pertama yang memeluk agama Islam dan kemudianya baginda telah menukarkan namanya kepada gelaran Sultan

(11)

Muzalfal Syah kerana baginda begitu tertarik dengan keperibadian yang dimiliki oleh Syeikh Abdullah.16 Konklusinya, kisah penggembaraan ulama ini telah

diriwayatkan oleh pengarang bagi menyatakan kehebatan agama Islam dalam membawa kegemilangan tehadap sosial, ekonomi dan politik kerajaan Kedah sehingga muncul sebagai perlabuhan terkemuka dunia.

4.0 KESIMPULAN

Pada dasarnya, jika dilihat secara keseluruhan “Hikayat Merong Mahawangsa”

ini banyak mengandungi cerita atau peristiwa yang berunsurkan mitos dan lagenda mengenai negeri Kedah. Setiap cerita atau peristiwa tersebut disusun dengan begitu sistematik dan cerita ini terus berkembang melalui raja-raja dan kesultanan yang memerintah. Berdasarkan penelitian yang dibuat terhadap “Hikayat Merong Mahawangsa” ini, terdapat banyak peristiwa yang berunsurkan dokumen politik yang terkandung di dalam hikayat ini. Berdasarkan teks ini, kita dapat simpulkan bahawa teks ini boleh digelarkan sebagai sebuah teks dokumen politik kesultanan Melayu dan bukan hanya sekadar sebuah cerita rekaan atau dongeng atau khayalan seperti yang dikatakan oleh sarjana barat R.O Winsted. Beliau telah menyatakan bahawa jalan cerita hikayat ini banyak berunsurkan mitos serta khayalan. Hal ini demikian kerana unsur-unsur mitos tersebut hanyalah cara si pengarang untuk mencipta suatu gambaran yang impresif tentang rajanya berdasarkan fakta yang sedia ada dalam dirinya. Selain itu, hikayat ini diadun dengan unsur-unsur mitos bagi mengangkat keagungan raja serta untuk mewujudkan rasa kekaguman kepada para pembaca. Oleh hal yang demikian, jelas disini menunjukan bahawa pengarang ini seorang golongan bijak pandai yang mencuba untuk mengetengahkan corak pemikiran dan idealismenya yang tersendiri.

(12)

Referensi

Dokumen terkait