• Tidak ada hasil yang ditemukan

CADANGAN_PENYELIDIKAN_BARU

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "CADANGAN_PENYELIDIKAN_BARU"

Copied!
73
0
0

Teks penuh

(1)

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Mengikut Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Dasar Pelajaran 1979, menegaskan supaya pendidikan di peringkat rendah bercorak pendidikan asas dengan memberikan penegasan kepada pendidikan dalam bidang membaca, menulis dan mengira. Apabila seseorang murid tidak dapat membaca, pelbagai pihak saling menyalahkan antara satu sama lain. Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar individu murid mengakibatkan segolongan murid lebih lambat atau ”terkebelakang” menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya. Sekiranya murid tidak diberi pengajaran pemulihan, murid mungkin gagal memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi mereka akan terbenam. Justeru, melalui program pemulihan keperluan-keperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenalpasti dan dipenuhi. (Pelaksanaan Program Pemulihan Khas – Masalah Penguasaan Membaca, Menulis dan Mengira, 2003 )

1.2 Latar Belakang

Di Sekolah Kebangsaan Keladi, Kulim kelas pemulihan yang dijalankan masih tidak dapat membantu 18 murid yang bermasalah ini. Sikap mereka yang negatif dan kaedah latih tubi semata-mata menjadikan mereka jemu. Rutin kelas yang ”stereotaip”

(2)

menyebabkan mereka tidak memberikan perhatian pada proses pengajaran guru. Guru-guru yang mengajar sentiasa merungut tentang sikap tidak peduli mereka terhadap pengajaran. Rata-rata mereka tidak berminat untuk belajar di samping menimbul permasalahan disiplin. Masalah ini telah menarik perhatian saya untuk mencuba kaedah lain iaitu Program “Kamus Bergerak” bagi membantu menyelesaikan masalah pemulihan ini.

1.3 Penyataan Masalah Kajian

Kejayaan sesebuah sekolah diukur dengan pencapaian keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Justeru itu usaha-usaha ke arah mencapai kejayaan tidak pernah jemu dilaksananakan oleh pihak sekolah. Jatuh bangun kejayaan murid setiap tahun banyak dipengaruhi oleh keupayaan mereka dalam menguasai kemahiran asas 3M (Membaca, Menulis dan Mengira). Namun dalam kesungguhan pihak sekolah berusaha masih terdapat murid-murid yang gagal menguasai 3M.

Pelbagai usaha pemulihan dalam kelas telah pun dijalankan. Namun usaha ini tidak menghasilkan kejayaan yang menggalakkan. Hasil pemerhatian yang dijalankan didapati murid-murid dari kelompok pemulihan ini mempunyai sikap dan tindak tanduk yang berbeza jika dibanding dengan murid lain. Sikap rendah diri, kurang motivasi dan kerap ponteng sekolah menjadi faktor ketinggalan mereka dalam pelajaran.

(3)

Keupayaan menguasai bahasa Melayu sudah semestinya bagi murid Melayu. Hakikat ini tidak dapat dinafikan seandainya murid tersebut tidak mengalami kecacatan alat pertuturannya. Namun hakikat ini sebaliknya berlaku, ramai murid Melayu yang boleh menguasai pertuturan gagal menguasai bacaan dan penulisan dalam bahasa Melayu. Mengapakah hal ini terjadi? Sepatutnya penguasaan lisan, bacaan dan menulis dapat bergerak selari ( Muhd.Hilmy Hj.Ismail, 1982 ). Mengikut Awang Mohamad Amin ( 1979 ) pendedahan awal berbahasa di rumah dan dalam pergaulan akan membantu penguasaan bahasa kanak-kanak. Sukar dijelaskan sekiranya kanak-kanak gagal menguasai bacaan dalam bahasa ibunda sedangkan ia menguasai pertuturan. Apakah faktor kecerdasan atau luaran menjadi punca kegagalan ini ?

Keadaan ini berlaku pada murid pemulihan yang penguasaan bahasa mereka terkebelakang berbanding dengan murid yang sebaya. Apa yang jelas kematangan penguasaan bahasa yang wujud selari dengan perkembangan otak kanak-kanak tidak berlaku pada mereka. Dalam konteks ini mereka sudah pun berada di tahun dua. Kegagalan pada peringkat yang sudah berusia ini memerlukan latihan dan pembelajaran yang formal untuk membantu penguasaannya. Peranan besar ini terletak di bahu guru-guru bahasa atau dengan lebih tepat lagi guru-guru pemulihan. Di samping itu ketidakupayaan memulihkan mereka ini menjadi satu tamparan yang hebat pada pihak sekolah khususnya guru Bahasa Melayu.

(4)

Menguasai kemahiran membaca pula bukanlah suatu yang mudah jika tidak diasuh dan diajar dengan betul secara formal. Selari dengan penguasaan lisan di peringkat awal, sepatutnya keupayaan untuk menguasai bacaan dan tulisan sememangnya tidak menyulitkan. Keupayaan individu dalam pembacaan adalah gambaran keupayaan dalam mencantum huruf-huruf dan memberikan makna kepada cantuman tersebut . Proses ini sangatlah kompleks khususnya melibatkan aspek mengamati, mengingat, mendengar, dan membezakan bunyi dengan jelas, menyebut lambang-lambang huruf yang mewakili bunyi-bunyi tertentu, menggabung bunyi-bunyi untuk membentuk perkataan dan memindahkan lambang-lambang yang dibaca itu kepada sistem kognitif untuk difaham dan diterjemahkan ( Smith, 1978).

Mengikut Teori Makanis belajar membaca lebih menitikberatkan proses latih tubi. Murid akan dapat menguasai kemahiran seandainya guru dapat menyusunatur satu proses latihan yang berterusan. Apa yang terjadi, latih tubi yang tidak dirancang dengan teliti akan menyebabkan murid jemu dan ia berbentuk stereotaip. Oleh itu ransangan yang sesuai perlulah difikirkan oleh guru untuk menghidupkan proses pengajaran dan pembelajaran. Murid memerlukan suatu yang dapat menarik minat agar dapat mengekalkan mereka berada dalam proses tersebut. Bloomfield dan Halliday ( 1970 ) juga menegaskan tentang perbanyakkan latihan dalam proses penguasaan bahasa. Penekanan latih tubi akan dapat membina kefahaman dan kekal dalam ingatan murid. Namun begitu berkekalan atau tidak input tersebut dihubungkaitkan dengan bagaimana guru mengatur proses latih tubi tersebut. Dengan ini latih tubi seharusnya diolah dalam pelbagai bentuk menjadi aktiviti yang menarik.

(5)

Murid yang gagal menguasai kemahiran membaca dan menulis ini sebenarnya telah meletakkan diri mereka dalam kelompok yang tertinggal dari pelbagai hal. Mereka kurang motivasi untuk belajar dan kehilangan daya saing dengan murid lain. Sikap negatif akan terbentuk dan self-esteem semakin rendah, akhirnya meminggirkan mereka dari kelompok yang ada. Memandangkan kesan kegagalan penguasaan membaca dan menulis ini bukan sahaja menjadi masalah kepada murid, malah menjadi trauma kepada pihak guru dan pentadbir.

Berdasarkan ciri-ciri murid pemulihan yang mempunyai banyak kelemahan dari pelbagai aspek. Perasaan risau, rendah diri, cepat bosan, degil dan takut terhadap perkara baru selalu menghantui mereka. Justeru itu sebarang program yang dijalankan perlulah mengambil kira unsur-unsur ini. Sikap mereka terhadap rakan sekelas juga dapat dilihat apabila proses pengajaran berlaku. Selalu suka mengganggu rakan dan dibenci. Sikap ini terjadi kerana tumpuan murid tidak dapat bertahan lama. Perasaan bosan disebabkan gagal menguasai apa yang diajar membuatkan mereka mengalih kepada perlakuan mengganggu. Oleh itu perhatian yang lebih perlu diberikan pada kumpulan murid ini. Kelas pemulihan dengan guru yang khas amat diperlukan. Di sekolah hari ini memang ada guru pemulihan tetapi mereka bukanlah sepenuh masa . Justeru itu perhatian penuh ke atas murid pemulihan tidak dapat dijalankan sewajarnya.

Dari pelbagai rujukan yang dilakukan aspek sikap menjadi faktor utama dalam proses memulihkan murid pemulihan. Perubahan sikap dianggap sebagai kunci ke arah menyediakan diri mereka menghadapi pemulihan yang akan dijalankan. Justeru itu

(6)

menaikkan self-estem mereka terlebih dahulu perlu dilakukan dan ini akan menyediakan ruang untuk proses pemulihan. Jeni Wilson dan Lesley Wing Jan (1977) dalam satu kajian tindakan yang dijalankan mendapati hubungan rapat antara guru dan murid dapat mempercepatkan perkembangan mental dan kefahaman murid dalam pemulihan. Sikap murid pemulihan yang kurang keyakinan diri dan sentiasa rasa terkebelakang telah meninggalkan kesan negatif terhadap semangat belajar mereka. Masalah emosi dan tingkah laku yang dihadapi turut membantutkan minat guru yang mengajar.

Pandangan ini telah dibuktikan juga oleh Low Kok Thye (2004) dalam kajian tindakan berkaitan meningkat penggunaan kosa kata bahasa Inggeris yang dijalankan di Sekolah Kebangsaan Kalai, Kedah . Sikap negatif terhadap Bahasa Inggeris yang sudah turun-temurun sukar dihapuskan khususnya pada murid luar bandar. Kajian yang dijalankannya berpendekatan mesra murid dengan penglibatan guru. Hasilnya minat bertambah terhadap mempelajari bahasa tersebut.

Di dalam program pemulihan yang dijalankan aktiviti membaca dan menulis mestilah melibatkan perubahan sikap murid menurut Gwenda Smith.( 1990). Program A Hotpot of Tried and Tested Classroom Activities yang dijalankan oleh Gwenda Smith menekankan penglibatan murid secara terus dengan bahan yang digunakan. Bahan perlulah menarik dan dapat menimbul minat murid dan beransur maju . Bahan yang dibina juga dapat melibatkan pergerakan dan hubungan antara murid di dalam kelas.

(7)

Berdasarkan program seperti write and tell, story maps, fun with phone book dan banyak lagi. Murid begitu gembira menggunakan bahasa sebagai bahan permainan mereka.Usaha dalam memulihkan keadaan ini telah lama dijalankan oleh pihak Kementerian Pendidikan seperti dalam KBSR ( 1983 ) di mana elemen pemulihan dimasukkan dalam pengajaran Bahasa Melayu. Seterusnya pelbagai pekeliling berkaitan kelas pemulihan dan guru khas pemulihan diterbitkan { K.P.(BS)869/Jld.II/32.Jan.1985 , KP (BS) 8502/5/PK/Jld.V26 Jan.1986, KP (BS)8502/5/PK/Jld.V/(34), Jun 1989 }. Semua ini semata-mata untuk menangani masalah tersebut yang semakin bertambah. Namun usaha ini tidak juga membendung kegagalan menguasai kemahiran membaca dan menulis sehinggalah Sasaran Kerja Utama Kementerian Pendidikan tahun 1995 memberi

fokus:-”untuk menentukan tiada murid buta huruf dalam Sistem Pendidikan Negara pada tahun 2000”

Kesedaran tentang perlunya program pemulihan terhadap murid yang gagal menguasai celik huruf timbul apabila KLSR yang dikatakan gagal memenuhi fungsinya. Tatkala itu isu murid sekolah rendah dan menengah yang buta huruf heboh diperkatakan. Tambahan pula faktor ini dikaitkan dengan jumlah keciciran murid-murid yang bertambah. Dua perkara ini dikatakan saling hubungkait. Kesan nyata darinya Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan pada 1983.

Harapan besar masyarakat dan penggubal kurikulum ini agar masalah buta huruf dapat disifarkan serta keciciran murid dapat diatasi. Usaha mengatasi masalah ini masih berterusan dengan pelbagai kaedah dan teknik seiring dengan pertambahan jumlah murid

(8)

yang masih gagal menguasainya. Kajian ini cuba membawa perhatian sekali lagi ke arah penambahbaikan pengajaran guru pemulihan dengan mengadaptasikan Program ”Walking Dictionary” yang dijalankan bagi pemulihan subjek Bahasa Inggeris ke dalam subjek Bahasa Melayu.

“Kamus Bergerak” adalah sebuah program yang dihasilkan dengan fokus utama program ini ialah untuk mengatasi kelemahan murid membaca perkataan – perkataan Bahasa Melayu. Program ini diharap akan berjaya meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Keladi. Program “Kamus Bergerak” ini juga diharap dapat membantu murid pemulihan dalam mengeja dan membaca perkataan dalam Bahasa Melayu. Program ini menekankan pada pemakaian tag perkataan pada setiap murid dan cuba mengeja dan membacanya. Penilaian dilakukan mengikut tahap-tahap yang ditentukan bagi menilai keberkesanannya. Pengkaji merasakan program ini berkesan bagi membantu murid pemulihan, jadi ianya dijadikan asas bagi mencuba program ini di Sekolah Kebangsaan Keladi, Kulim, Kedah.

Program dirancang dengan teliti dan memenuhi kehendak pendidikan pemulihan Bahasa Melayu, ianya mempunyai langkah-langkah yang tersusun dan teratur. Sebanyak 17 instrumen yang digunakan bagi menjalankan program ini.

(9)

1.4 Persoalan Penyelidikan

1.4.1 Sejauhmanakah program “Kamus Bergerak” dapat mengatasi masalah kemahiran mengeja dan membaca dalam kalangan murid pemulihan? 1.4.2 Sejauhmanakah program “Kamus Bergerak” dapat meningkatkan

kemahiran mengeja dan membaca dalam kalangan murid pemulihan? 1.4.3 Sejauhmanakah pendekatan “Kamus Bergerak” boleh digunakan sebagai satu kaedah pemulihan Bahasa Melayu

1.5 Objektif Penyelidikan

1.5.1 Mengatasi masalah yang dihadapi oleh 18 orang murid pemulihan Bahasa Melayu Tahun Dua untuk mengeja perkataan dua suku kata ( KV+KV ,KV + KVK, KVK + KV dan KVK + KVK) di Sekolah Kebangsaan Keladi, Kulim, Kedah.

1.5.2 Meningkatkan kemahiran mengeja dan membaca bagi 18 orang murid pemulihan Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Keladi, Kulim, Kedah. 1.5.3 Menguji pendekatan “Kamus Bergerak” sebagai satu kaedah pemulihan Bahasa Melayu ke atas 18 orang murid Tahun Dua di Sekolah Kebangsaan Keladi, Kulim, Kedah.

(10)

1.6 Batasan Penyelidikan

1.6.1 Kajian ini dihadkan kepada 18 orang responden dari Sekolah Kebangsaan Keladi, Kulim, Kedah yang dipilih sahaja.

1.6.2 Hanya menumpukan kepada responden yang dipilih sahaja. 1.6.3 Kajian ini tidak mengambil kira faktor emosi, mental responden.

1.7 Kepentingan Penyelidikan

1.7.1 Kajian membantu murid menguasai bacaan dan ejaan Bahasa Melayu dengan mudah.

1.7.2 Membantu guru mengajar murid pemulihan Bahasa Melayu

1.7.3 Dapat membantu guru-guru, ibu bapa yang menghadapi murid yang perlukan pemulihan.

1.7.4 Menambahbaikan kaedah pemulihan Bahasa Melayu yang sedia ada.

1.8 Definisi Istilah

1.8.1 “Kamus Bergerak”

Satu program yang mengandungi satu siri instrumen 10 langkah, pada setiap langkah mempunyai matlamat dan objektif untuk meningkatkan tahap penguasaan bacaan dalam kalangan murid Tahun Dua. Setiap langkah yang dilalui oleh murid tersebut akan dijalankan refleksi bagi mengesan pencapaian responden dalam kajian ini.

(11)

1.8.2 Pemulihan

Program yang dirancang bagi memulihkan murid yang belum dapat menguasai kemahiran membaca standing dengan rakan sebaya. Mengikut Chua Tee Tee (1992) pemulihan dalam KBSR sebagai proses pengajaran dan pembelajaran yang khusus untuk murid-murid yang menghadapi masalah dan kesukaran belajar dalam menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan mengira.

1.8.3 Skor

Respon yang telah diberikan oleh responden setelah selesai melalui satu-satu siri langkah yang dilaksanakan.

1.9 Kerangka Konsep Pemulihan dalam mengeja dan membaca perkatan dua suku kata dengan program kamus bergerak Ujian Pra Kamus Bergerak KV + KV Kamus Bergerak KV + KVK KV + KVK Kamus Bergerak KVK + KV Kamus Bergerak KVK + KVK Ujian Pos Dapatan

(12)

1.10 Rumusan

Amatlah malang jika kita telah mengetahui sebab murid-murid pemulihan tidak dapat dipulihkan tetapi masih tidak berusaha mencari penawar bagi mengatasi masalah itu. Menurut Reaid ( 2003), murid-murid pemulihan ini seperti juga murid-murid biasa yang ada keinginan mahu membaca jika mereka ini dibiarkan akan sampai satu tahap keinginan mencair motivasi akan menurun dan timbul rasa rendah diri

(13)

BAB 2

TIN JAUAN LITERATUR 2.1 Pengenalan

Bab ini bertujuan untuk melihat dan mengkaji keberkesanan penggunaan “Kamus Bergerak” terhadap murid-murid pemulihan di sekolah rendah. Bab ini akan membincangkan beberapa aspek yang berkaitan dengan penyelidikan berasaskan bahan-bahan penulisan dan kajian yang telah dibuat sebelum ini.

2.2 Kajian Pemerolehan Bahasa

Kajian saintifik dalam bidang pemerolehan bahasa telah dimulakan sejak kurun ke-16 lagi (Zulkifly, 1990:326-331). Kajian oleh Zulkifly menjelaskan bahawa kajian pemerolehan bahasa dimulakan oleh Tiedemann, seorang ahli biologi berbangsa Jerman pada tahun 1787. Charles Darwin, pengasas teori evolusi turut menjalankan kajian dalam bidang pemerolehan bahasa pada tahun 1877. Zulkifly juga menyatakan kajian seterusnya telah dilakukan oleh Preyer pada tahun 1882 dan Sally pada tahun 1885. Selepas kajian-kajian perintis ini terdapat banyak kajian lain lagi yang mengkaji bahan-bahan dan subjek-subjek yang berbeza untuk melihat aspek-aspek yang berkaitan dengan pemerolehan sistem-sistem bahasa.

(14)

Kajian-kajian terkini meliputi aspek kajian perbandingan pemerolehan bahasa antara bahasa yang berbeza, misalnya perbandingan antara bahasa Inggeris dengan bahasa Itali yang dilakukan oleh Antonella Devescovi Maria Cristina Caselli, Daniela Marchione, Judy Reilly dan Elizabeth Bates pada tahun 2003 (A Cross-Linguistic Study of the Relationship between Grammar & Lexical Development: On-line). Pemerolehan bahasa merupakan satu proses perkembangan bahasa manusia. Lazimnya pemerolehan bahasa pertama dikaitkan dengan perkembangan bahasa kanak-kanak manakala pemerolehan bahasa kedua bertumpu kepada perkembangan bahasa orang dewasa (Language

Acquisition: On-line). Perkembangan bahasa kanak-kanak pula bermaksud pemerolehan bahasa ibunda kanak-kanak berkenaan.

Namun terdapat juga pandangan lain yang mengatakan bahawa terdapat dua proses

yang terlibat dalam pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak iaitu pemerolehan bahasa dan pembelajaran bahasa. Dua faktor utama yang sering dikaitkan dengan pemerolehan bahasa ialah faktor nurture dan faktor nature. Namun para pengkaji bahasa dan linguistik tidak menolak kepentingan tentang pengaruh faktor-faktor seperti biologi dan persekitaran. Kajian-kajian telah dijalankan untuk melihat sama ada manusia memang sudah dilengkapi dengan alat biologi untuk kebolehan berbahasa seperti yang didakwa oleh ahli linguistik Noam Chomsky dan Lenneberg (1968) ataupun kebolehan berbahasa ialah hasil daripada kebolehan kognisi umum dan interaksi manusia dengan persekitarannya.

(15)

Mengikut Piaget dalam Mok Soon Sang (1990), semua kanak-kanak sejak lahir telah dilengkapi dengan alat nurani yang berbentuk mekanikal umum untuk semua kebolehan manusia termasuklah kebolehan berbahasa. Alat mekanisme kognitif yang bersifat umum inilah digunakan untuk menguasai segala-galanya termasuklah bahasa. Bagi Chomsky dan Miller pula, alat yang khusus ini dikenali sebagai Language Acquisition Device (LAD) yang fungsinya sama seperti yang pernah dikemukakan oleh Lenneberg yang dikenali sebagai “Innate Prospensity for Language”. LAD dikatakan telah dimiliki oleh setiap anak secara semula jadi dan dengan alat nurani ini akan membolehkan kanak-kanak mampu memperoleh bahasa ibundanya dengan mudah dan cepat.

Kajian-kajian terkini oleh Snow, E. Sutton Flynt dan William G. Brozo. ( 2002 ) telah mengemukakan hipotesis bahawa pembelajaran bahasa adalah hasil daripada kebolehan kognisi umum manusia dan interaksinya dengan masyarakat sekitarnya. Salah satu alat Jurnal Penyelidikan IPBL, Jilid 7, 2006 terkini yang digunakan untuk mengkaji pemerolehan bahasa ialah CHILDES (Child Language Data Exchange System) oleh Brian MacWhinney dan Catherine Snow (Language Acquisition: On-line). Mengikut Bowen (Language ages and stages: On-line) pembelajaran bahasa bermula sejak bayi dilahirkan. Bayi-bayi yang baru lahir sudah mula mengecam bunyi-bunyi yang terdapat di sekitarnya. Mengikut Brookes (dlm. Abdullah Yusoff dan Che Rabiah Mohamed, 1995:456), kelahiran atau pemerolehan bahasa dalam bentuk yang paling sederhana bagi setiap bayi bermula pada waktu bayi itu berumur lebih kurang 18 bulan dan mencapai bentuk yang hampir sempurna ketika berumur lebih kurang empat tahun.

(16)

Bagi Mangantar Simanjuntak (1982) pula, pemerolehan bahasa bermaksud penguasaan bahasa oleh seseorang secara tidak langsung dan dikatakan aktif berlaku dalam kalangan kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-6 tahun. Hal ini tidak bermakna orang dewasa tidak memperoleh bahasa tetapi kadarnya tidak sehebat kanak-kanak. Pemerolehan bahasa dikaitkan dengan penguasaan sesuatu bahasa tanpa disedari atau dipelajari secara langsung iaitu tanpa melalui pendidikan secara formal untuk memmuridinya, sebaliknya memperolehnya dari bahasa yang dituturkan oleh ahli masyarakat di sekitarnya. Beliau seterusnya menegaskan bahawa kajian tentang pemerolehan bahasa sangat penting terutamanya dalam bidang pengajaran bahasa. Pengetahuan yang cukup tentang proses dan hakikat pemerolehan bahasa boleh membantu bahkan menentukan kejayaan dalam bidang pengajaran bahasa. Pada umumnya, setiap bayi yang normal akan mengalami proses perkembangan bahasa secara berperingkat-peringkat dan bersifat arbitrari. Perkembangan bahasa akan menjadi lebih mantap dan sempurna mengikut perkembangan usia kanak-kanak tersebut. Mengikut Mangantar Simanjuntak, 1987 (dlm. Tay. 2000:228) peringkat perkembangan bahasa ini boleh dibahagi kepada (a) peringkat mengagah; (b) peringkat holofrasa; (c) peringkat ucapan dua kata; (d) peringkat permulaan tatabahasa; (e) peringkat menjelang tatabahasa dewasa; dan (f) peringkat kecekapan penuh. Seseorang kanak-kanak akan melalui tiga proses pemerolehan bahasa iaitu proses pemerolehan komponen fonologi, sintaksis dan semantik. Ketiga-tiga komponen ini dikatakan berlaku secara serentak.

(17)

Mengikut Menn dan Stoel Gammon (Babbling: On-line), dalam perkembangan bahasa, tempuh vokalisasi pralinguistik atau tempuh mengagah boleh dibahagikan kepada lima tahap iaitu tahap tangisan, “cooing”, tahap bermain dengan vokal, tahap “canonical babbling” (bermula pada umur 6 bulan) dan tahap “conversational babbling” yang bermula pada umur lebih kurang 10 bulan. Seterusnya apabila mencapai umur 12-18 bulan, kanak-kanak akan mula menggunakan bunyi atau satu kata untuk merujuk kepada sesuatu yang bermakna, misalnya bunyi “kereta” untuk merujuk kepada benda kereta atau mengujarkan satu kata “kereta” untuk mewakili satu ayat yang mungkin bermakna “Mama, saya nak naik kereta”. Apabila menjangkau umur 18-24 bulan, kanak-kanak sudah dapat menghasilkan kata-kata yang membentuk ayat pendek. Peringkat mengikut kata-kata orang di persekitarannya, yang berlaku dalam tahun pertama kanak-kanak merupakan satu proses yang normal.

2.3 Pengajaran Membaca Bahasa Melayu Di Kalangan Murid-Murid Pemulihan

Membaca adalah satu proses menginteprestasi dan membina makna dari bahan bercetak atau bertulis untuk sesuatu tujuan ( Vellutino, Fletcher, Snowling & Scanlon, 2004). Membaca melibatkan penggunaan keseluruhan deria yang berkoordinasi antara satu sama lain seperti otak, mata, sentuhan, pendengaran serta emosi (Hendry, 1998). Menurut Meyer dan Rose (1998) kemahiran membaca dibahagikan kepada tiga kemahiran lain yang dihubungkan dengan fungsi otak. Mengiktiraf sistem adalah fungsi otak ‘cortex’ yang mengenalpasti corak lambang-lambang yang dibaca dan cuba membuat generalisasi. Ini diikuti fungsi otak hadapan yang melaksanakan sistem strategi yang membenarkan

(18)

satu perkataan dikeluarkan atau sesuatu tindakan dilaksanakan. Pada ketika ini terdapat koordinasi pergerakan mata untuk memberi isyarat tentang lambang-lambang. Proses ketiga adalah sistem afektif, yang melibatkan emosi dan perasaan. Pada ketika ini pembaca akan faham dan menghayati apa yang dibaca. Fuangsi ini berlaku pada otak tengah seseorang. Keaktifan mana-mana bahagian otak ini akan mempengaruhi aktiviti membaca individu yang membezakan dengan individu lain.

Marohaini Yusoff (1989) menyatakan perlakuan membaca sememangnya satu proses kognitif yang kompleks. Tidak ada satu faktor pun (secara sendirian) dapat dikatakan sebagai faktor atau sebab seseorang itu boleh membaca atau tidak. Beliau telah membahagikan faktor-faktor mempengaruhi kebolehan membaca kepada dua kategori iaitu diri murid dan bahan bacaan.

Mok (1990) juga menyenaraikan sebab-sebab kanak-kanak tidak boleh membaca seperti berikut:

i. Kurikulum kurang sesuai dengan perkembangan kognitif kanak-kanak

ii. Strategi dan kaedah mengajar yang digunakan kurang sesuai diterima oleh murid

iii. Bahan pelajaran yang disediakan kurang menarik minat murid-murid.

Menurut Presley (2002), masalah yang paling ketara dalam membaca adalah masalah mendekod. Fauzi (1991) dalam kajiannya mengenai masalah membaca di sekolah rendah di Malaysia juga mendapati, murid-murid yang berada di tahap bacaan bimbingan dan

(19)

bacaan agak mengecewakan. Murid-murid tersebut didapati tidak mengenal bunyi-bunyi huruf, tidak mengenal nama-nama huruf, tidak boleh membunyi sukukata yang mempunyai gugusan konsonan, tidak boleh mencantum tiga huruf menjadi sukukata tertutup dan masalah membezakan fonem /e/ dan /i/.

Ini menunjukkan bahawa masalah yang ketara dalam membaca Bahasa Melayu juga ialah murid tidak tahu mendekod iaitu mengaitkan huruf dengan bunyi dan menggabung bunyi huruf membentuk sukukata dan dari sukukata itu menjadi perkataan. Berdasarkan masalah ini maka kaedah “Kamus Bergerak” dalam kajian ini akan memfokuskan kepada proses menggabung bunyi huruf seterusnya membaca perkataan.

Kebolehan membaca merupakan kemahiran yang penting diperoleh walaupun kanak-kanak masih di peringkat tadika. Kanak-kanak-kanak yang sudah boleh membaca ayat-ayat mudah dengan lancar dan menguasai sekumpulan perbendaharaan kata asas serta boleh mengeja perkataan yang tidak dikenali sebelum memasuki Tahun Satu berada dalam kedudukan yang lebih selesa dan menyakinkan jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang tidak menguasainya. Memang tidak terlewat untuk kanak-kanak belajar membaca ketika di Tahun Satu, tetapi dengan saiz kelas yang besar dan pelbagai kekangan yang dihadapi oleh pihak guru dan sekolah, akan berlaku bimbingan membaca yang tidak sempurna . Ini bererti, kanak-kanak yang lemah membaca mungkin kekal lemah ketika berada di sekolah rendah .

(20)

Kebolehan membaca merupakan satu tingkah laku manusia yang kompleks. Pada asasnya, ia merupakan satu proses komunikasi manusia dengan bahan bercetak. Dalam proses tersebut, manusia mentafsir dan memberi makna kepada bahan tersebut yang umumnya bahan bertulis. Kebolehan bacaan awal hendaklah dibezakan daripada kebolehan bacaan mahir. Biasanya , ia dicirikan dengan bacaan yang kurang lancar , penguasaan perbendaharaan bacaan yang rendah serta tahap automatisiti dari segi pengenalan perkataan yang rendah. Smith (1985). Sinclair dan Papandrapoulau (1984) pula berpendapat bahawa kanak-kanak dalam peringkat awal bacaan seharusnya boleh membaca ayat-ayat yang mudah di samping boleh mempergunakan pengetahuan peraturan kesepadanan grafem fonem untuk mendekod perkataan baru yang tidak dikenalinya.

Kajian Durkin (1966) tentang kanak-kanak yang didapati sudah cekap membaca walaupun masih di dalam kelas-kelas tadika mendapati bahawa faktor utama yang mendorong mereka cepat dan lancar membaca ialah kesesuaian kaedah yang digunakan dengan tahap kebolehan .

Trelease (1989) berpendapat membaca kuat kepada anak-anak boleh mendatangkan banyak faedah. Ibu bapa yang membaca kuat kepada anak bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran membaca anak tetapi kemahiran-kemahiran lain yang berkaitan dengan kemahiran membaca. Antara lain, ibu bapa dapat meningkatkan daya mental anak-anak mereka dengan meluaskan konsep, perbendaharaan kata serta meluaskan alam pengetahuan dan pemikiran.

(21)

Berbincang mengenai perkara yang sama, Safiah (1990) berpendapat bahawa kanak-kanak yang dalam lingkungan umur 5 atau 6 tahun yang kerap dibacakan cerita akan mempunyai satu tanggapan yang agak jelas tentang apa yang dikatakan sebuah cerita. Misalnya, mereka tahu bahawa setiap cerita ada bahagian permulaan , ada peristiwa-peristiwa yang terjalin antara satu dengan lain dan ada pula bahagian penutupnya. Lebih banyak mendengar cerita, lebih kukuh pemahaman mereka tentang bagaimana cerita diolah. Ringkasnya, pengetahuan latar tentang cerita atau skema cerita sangat penting kerana akan membantunya memahami cerita-cerita lain.

National Association for Remedial Education ( NARE ) Great Britain, telah mendefinasikan pendidikan pemulihan sebagai “ tindakan-tindakan pendidikan khas yang digunakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi kesulitan pembelajaran Chua Tee Tee (1992).menyatakan “. Kanak-kanak yang menjadi sasaran pendidikan pemulihan ini mungkin menghadiri kelas khas dalam sekolah biasa, atau pusat pemulihan khas secara sambilan atau menyertai kumpulan yang diundurkan dari kelas biasa untuk diajar oleh seorang guru pemulihan”.

Mengikut Mok (1990) pendidikan pemulihan ialah suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kelas. Di bawah KBSR dan KBSM masalah pembelajaran yang sering dihadapi oleh murid-murid ialah kesukaran menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Pendidikan pemulihan merupakan satu rancangan khas untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas itu. Di dalam usaha guru membantu murid-murid menghadapi masalah pembelajaran, kaedah pendidikan pemulihan, bahan

(22)

pelajaran, strategi dan aktiviti pengajaran yang bersesuaian dengan masalah pembelajaran yang dihadapi harus digunakan.

Bagi mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid pemulihan, Jamilah (1999) telah menyarankan pendidikan pemulihan dikendalikan menggunakan kaedah JARLIN. Kaedah ini mementingkan setiap peringkat dijalankan secara berterusan dan berhubung kait. Kaedah JARLIN ini bermula dari menjejaki atau mengenalpasti punca masalah murid berkenaan dengan ujian diagnostik dan ujian saringan. Keputusan dianalisa dan guru merancang pengajaran pemulihan. Pelaksanaan dijalankan berdasarkan rancangan dan objektif ditetapkan. Penilaian dibuat selepas pelaksanaan untuk menguji keberkesanan (Jamilah, 1999). Beliau juga telah menyenaraikan 32 tugasan yang perlu dilalui oleh seorang murid pemulihan. Secara keseluruhan tugasan ini menggunakan kaedah pengajaran mengenal abjad dan mengeja sukukata.

Jabatan Pendidikan Khas telah menghasilkan buku Panduan Pelaksanan Program Pemulihan Khas ( Masalah Penguasaan 3M ) pada 1999 yang bertujuan mendokumentasikan pengurusan bagi melaksanakan program pemulihan khas di sekolah-sekolah. Buku ini mempunyai maklumat lengkap berkenaan Senarai Kemahiran Asas bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran, item-item ujian saringan, Ujian Diagnostik, Ujian Pencapaian dan Ujian Diagnostik Kemahiran Pengamatan. Guru-guru pemulihan digalakkan menggunakan buku ini sebagai garis panduan. Dalam kajian ini, murid-murid pemulihan telah pun melalui proses diagnosis dan Ujian Membaca Bahasa Melayu yang

(23)

ditadbir oleh guru pemulihan mereka. Mereka telah dipilih sendiri oleh guru pemulihan dan telah mengikuti program pemulihan yang terdapat di sekolah.

Mengikut Suzanna (2008) daripada maklum balas yang diterima khasnya murid-murid Klinik Bahasa melalui latihan bertulis, lembaran kerja, pelbagai aktiviti lisan dan pengukuhan , guru dapat merancang dan mengubahsuai bahan pengajaran sekiranya perlu berdasarkan kelemahan murid. Guru yang mengajar murid-murid pemulihan perlu senantiasa inovatif dan kreatif.

2.4 Penggunaan Kaedah Fonetik Dalam Mengajar Membaca Murid Pemulihan

Penggunaan “Kamus Bergerak” sebagai satu kaedah bagi membantu murid-murid pemulihan adalah berkait rapat dengan kaedah fonetik. Kaedah fonetik adalah satu strategi yang membolehkan pembaca mengenali perkataan yang ia biasa atau tidak biasa dengan menggunakan analisa fonetik dan sintesis fonetik. Analisa fonik ialah apabila sesuatu perkataan dipecahkan kepada beberapa bunyi kecil sementara sintesis fonik ialah penggabungjalinan antara bunyi-bunyi kecil itu kepada perkataan (Chera & Wood, 2003). Kaedah fonetik bukanlah kaedah baru dalam mengajar membaca sebaliknya ini adalah antara kaedah tertua yang digunakan. Di Malaysia, Nooraihan dan Ali (1965) telah menulis buku bertajuk Terus Membaca. Buku ini menggunakan kaedah ‘Phono-Syallabic’ telah mendapat pengiktirafan kerana kecemerlangannya oleh Perdana Menteri ketika itu iaitu Tun Haji Abdul Razak bin Hussein. Kaedah ini telah digunakan di Filipina dan di bawa balik ke Malaysia.

(24)

Menurut Nooraihan dan Ali (1965):

“Buku “Terus Membaca” ini ia-lah buku permulaan bagi mengajar kanak2 membacha dan tidak perlu di-ajar dengan buku2 yang lain. Buku ini di-susun untok kemudahan bagi guru mengajar dan kanak2 belajar dengan sechara beransur2. Mula-nya kanak2 di-ajar dengan dasar bunyi, sa-telah ia mengenal beberapa bunyi huruf, maka dapat-lah murid2 menchantumkan satu huruf dengan huruf yang lain menjadi suku-kata. Apabila dua suku-kata di-chantum maka jalah suatu perkataan. Kemudian kami susunkan perkataan2 yang tejalah dapat di-bachai oleh murid2 itu menjadi ayat2. Ini-lah sebabnya kami namakan buku ini ‘Terus Membaca’. Murid2 tidak perlu mengeja dan menghafadz A B C.”

Sofiah (1983) telah menggunakan buku “Terus Membaca” karangan Nooraihan dan kaedah abjad-sukukata dalam kajian sarjananya terhadap 79 murid darjah satu bagi melihat perbezaan kesan membaca. Hasil kajiannya menunjukkan terdapat pencapaian yang berbeza antara murid yang kaedah menggunakan abjad-sukukata dengan murid yang menggunakan buku “Terus Membaca”.

Mohamad Dahalan dan Roshani (1997) telah menjalankan kajian Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid-murid Tahun 1 dengan menggunakan Kaedah Asas Gabungan Untuk Mengajar Membaca (KAGUMM). KAGUMM adalah gabungan beberapa kaedah pengajaran membaca yang dipersetujui sesuai untuk pengajaran bacaan asas Bahasa Melayu.

(25)

Rajah 1 : Menunjukkan penggabungan kaedah dalam KAGUMM.

Gabungan antara beberapa kaedah membentuk KAGUMM (Sumber: Jurnal Institut Bahasa Kuala Lumpur (1997).

Kaedah KAGUMM ini telah digunakan untuk mengajar membaca kepada 90 orang murid tahun satu yang dikelompokkan kepada 3 kumpulan iaitu murid cerdas, murid sederhana dan murid lambat. Dapatan program ini menunjukkan kesan positif apabila peratus murid yang berada dalam kumpulan lambat (murid yang tidak dapat menguasai bacaan asas dalam masa yang dijangkakan) berkurangan dari 25 peratus kepada 4 peratus sahaja.

A Kaedah Pandang & Sebut B Kaedah Fonik: Huruf & Sukukata C KAGUMM Kaedah Bunyi Sukukata D Kaedah Mengeja Huruf & Sukukata

(26)

Kajian statistik dalam buletin ‘Warta Cepat Membaca’ (2004) oleh sebuah syarikat yang menjalankan Kelas Cepat Membaca menunjukkan 70 peratus murid kelas ini berada di sekolah rendah. Masalah membaca yang dihadapi adalah tahu nama huruf tetapi tidak tahu bunyi huruf dan tidak tahu bagaimana menggabungbunyi huruf membentuk perkataan. Kaedah yang dilaksanakan oleh syarikat ini adalah dengan memperkenalkan kembali bunyi-bunyi huruf dan memberi kemahiran menggabungbunyi huruf membentuk perkataan.

Kajian-kajian di atas menunjukkan bahawa bagi menyelesaikan masalah tidak boleh membaca di kalangan murid-murid pemulihan, satu kaedah alternatif yang boleh dilaksanakan adalah menggunakan kaedah fonetik. Menurut Meyer dan Rose (1998) memberi kesedaran fonetik adalah komponen terpenting dalam belajar membaca pada masa sekarang dan akan datang. Ini bertepatan juga dengan pendapat Chera dan Wood (2003) yang menyatakan kaedah fonetik sangat baik dan berguna kerana kaedah ini dapat melaraskan fungsi mendekod yang amat penting dalam proses asas membaca.

Siri Cepat membaca Bacalah Anakku ditulis oleh Nik Elaini Nik Nawi dan Othman bin Ahamad (2002) menggunakan kaedah fonetik berstruktur sebagai kaedah pengajaran membaca yang ditumpukan kepada bacaan kanak-kanak seawal usia 4 tahun dan ke atas. Pendekatan buku ini adalah memperkenalkan tiga vokal utama iaitu /a/, /i/ dan /u/ dan konsonan /b/ dan /n/ pada buku 1. Berdasarkan vokal dan konsonan itu dibentuk sukukata, perkataan dan ayat yang mudah. Buku 2 diperkenalkan konsonan /m/, /s/, /k/ dan gabungan konsonan tersebut dengan vokal /a/, /i/, /u/. Buku 3, 4 dan 5

(27)

memperkenalkan konsonan-konsonan lain. Buku 6 memperkenalkan gabungan konsep sukukata dengan akhiran sementara buku 7 memperkenalkan /o/, /e taling/ dan /e pepet/ dan akhiran. Buku terakhir memperkenalkan diagraf seperti /ng/, /sy/, /ny/, /kh/ dan diftong seperti /au/, /ia/, /ua/, /ui/ dan /io/ (Nik Elaini & Othman, 2002).

2.5 Rumusan

Berdasarkan perbincangan dari kajian-kajian lepas tentang penguasaan membaca dalam kalangan murid-murid, ternyata proses membaca memerlukan pelbagai aktiviti dan kaedah. Bagi membolehkan murid-murid membaca dengan lancar dan cepat, pelbagai kaedah telah dipraktikkan. Pengkaji telah mencuba kaedah “Kamus Bergerak” bagi membantu mengatasi masalah penguasaan membaca.

(28)

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Bab ini menghuraikan reka bentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian serta langkah-langkah bagi melaksanakan kajian ini.

3.2 Rekabentuk Penyelidikan

Kajian ini menggunakan kaedah pengumpulan data kuantitatif. Data kuantitatif digunakan untuk memberi gambaran keseluruhan pencapaian di samping berupaya menfokus kepada individu dan membuat perbandingan pencapaian di antara sampel (Gay & Airasian, 2003).

Kajian ini menggunakan rekabentuk kajian satu subjek dengan menggunakan ujian pra dan pos serta rawatan. Kajian satu subjek dibuat apabila saiz sampel adalah kecil atau pun jika individu-individu itu dianggap sebagai satu kumpulan (Gay & Airasian, 2003).Menurut Heward (1991) kajian satu subjek sesuai digunakan oleh guru yang membuat kajian dengan muridnya secara individu, sampel tidak boleh dipilih secara rawak dan sampel adalah di kalangan individu yang mempunyai masalah.

(29)

Memandangkan murid-murid pemulihan adalah satu kumpulan bermasalah serta saiznya yang kecil di sesuatu sekolah maka rekabentuk Kajian Satu Subjek sesuai digunakan. Tambahan pula mengikut Jamilah (1999), pendidikan pemulihan Bahasa Melayu perlu dijalankan secara kecil atau individu.

3.3 Populasi dan Sampel

Sampel bagi kajian ini ialah 18 orang murid pemulihan Tahun Dua dari Sekolah Kebangsaan Keladi, Kulim, Kedah. Sampel ini dipilih berdasarkan kepada cadangan guru pemulihan yang telah menjalankan ujian diagnostik ke atas murid tersebut.

3.4 Instrumen Kajian

Kajian ini dijalankan selama 6 minggu bermula dari minggu ketiga bulan Januari iaitu 18 Januari 2009 hingga 01 Mac 2009. Kajian ini menggunakan kaedah ekperimen dengan menggunakan program “Kamus Bergerak” sebagai alat rawatan. Berdasarkan program ini data akan dikumpul melalui instrumen ujian eja dan baca;

3.4.1 Ujian eja dan baca

3.4.1.1 Instrumen ujian eja dan baca 1,2.3 dan 4 3.4.1.2 Program Kamus Bergerak

3.4.2 Instrumen kajian juga mengandungi lampiran-lampiran yang disediakan bertujuan bagi responden bertindakbalas. Lampiran-lampiran tersebut terdapat dalam 8 langkah, seperti berikut:

(30)

3.4.2.1 Instrumen ujian pra Eja dan Baca 1

3.4.2.2 Petikan Bahan Bacaan 1 dan “Kamus Bergerak” KV + KV 3.4.2.3 Instrumen ujian pos Eja dan Baca 1

3.4.3.4 Instrumen ujian pra Eja dan Baca 2

3.4.3.5 Petikan Bahan Bacaan 2 dan “Kamus Bergerak” KV + KVK 3.4.3.6 Instrumen ujian pos Eja dan Baca 2

3.4.3.7 Instrumen ujian pra Eja dan Baca 3

3.4.3.8 Petikan Bahan Bacaan 3 dan Kamus Bergerak KVK + KV 3.4.3.9 Instrumen ujian pos Eja dan Baca 3

3.4.10 Instrumen ujian pra Eja dan Baca 4

3.4.11 Petikan Bahan Bacaan 4 dan Kamus Bergerak KVK + KVK 3.4.12 Instrumen ujian pos Eja dan Baca 4

3.4 Prosedur Pengumpulan Data

Pengumpulan data dijalankan melalui ujian pra dan pos. Selepas ujian pra dijalankan, satu rawatan kepada murid diadakan dengan mengaplikasikan program ”Kamus Bergerak”. Ujian pra dan pos akan dijalankan sebanyak 4 kali. Skor yang diperolehi oleh murid akan dicatat di dalam jadual skor ujian pra dan pos ( lampiran K ) dan borang skor ujian pos ( lampiran L ) 12 langkah aktiviti yang telah dirancang bagi tujuan pengumpulan data adalah seperti berikut.

(31)

3.5.1 Langkah 1 : Ujian pra eja dan baca 1. Skor dicatatkan dalam (lampiran I ) 3.5.2 Langkah 2 : “Kamus Bergerak” KV + KV

Rawatan melalui “Kamus Bergerak” dijalankan. Murid dibekalkan dengan satu tag yang digunakan sebagai tanda nama berukuran 3 inci X 2 inci. Tanda nama ini ditulis dengan satu perkataan seperti di (Lampiran A) . Mereka akan memakainya selama seminggu. Selain itu mereka juga dibekal dengan buku nota kecil. Seterusnya murid menjalankan aktiviti berikut ;

i. Latih tubi dengan perkataan dua suku kata KV + KV selain dari 25 perkataan yang dipakai oleh mereka.

ii. Seterusnya mereka mengeja dan menulis perkataan yang dipakai masing masing dalam buku nota kecil. Di samping tiga lagi perkataan yang dipakai oleh rakan di kiri, kanan, depan atau belakang mereka. Jika terdapat murid yang bermasalah rakan sebaya diminta membantu mereka.

iii.Seterusnya mereka diminta mengeja dan menulis 10 perkataan yang dipakai oleh rakan mereka ke dalam buku nota kecil . Mana- mana murid yang siap boleh bertemu dengan penyelidik dan mengeja perkataan yang ditulis oleh mereka. Pembetulan dan semakan buku nota kecil dijalankan oleh penyelidik.

iv. Ujian Pos dijalankan dengan menggunakan Instrumen Ujian Eja dan Baca 1 berdasarkan 25 perkataan yang dipakai mereka.

(32)

Penyelidik akan mendengar sebutan dan melihat penulisannya di buku nota kecil mereka. Skor ujian dicatatkan. (Lampiran J )

v. Murid akan membaca petikan mudah ( Lampiran B ) sebagai aktiviti pemantapan perkataan yang diberikan pada dua aktiviti terdahulu. Aktiviti ini dijalankan di dalam kelas dengan berpasangan dan konsep saling membantu antara rakan diperkenalkan. Mana-mana murid yang

ingin membaca di hadapan penyelidik dialu-alukan. Rawatan ini dijalankan dalam masa dua minggu sebelum ujian pos diberikan ;

3.5.3 Langkah 3 : Ujian pos eja dan baca 1 dijalankan. Skor dicatat dalam borang skor di (lampiran J )

3.5.4 Langkah 4 : Ujian pra eja dan baca 2 dijalankan. Skor dicatat dalam borang skor di (lampiran I )

3.5.5 Langkah 5 : “Kamus Bergerak” KV + KVK

Rawatan seterusnya mengambil masa selama tiga minggu ( minggu ketiga, keempat dan kelima ). Penggunaan kaedah “Kamus Bergerak” diteruskan, langkah perlaksanaan seperti di dalam minggu pertama dan kedua; Murid diperkenalkan pula dengan perkataan dua suku kata KV + KVK ( Lampiran C). Seterusnya aktiviti dijalankan seperti dalam aktiviti yang terdahulu. Pada hari kelima murid akan membaca petikan mudah (Lampiran D )

(33)

3.5.6 Langkah 6 : Ujian pos eja dan baca 2 dijalankan. Skor dicatat di dalam (lampiran J )

3.5.7 Langkah 7 : Ujian pra eja dan baca 3 dijalankan. Skor dicatat dalam borang skor di (lampiran I )

3.5.8 Langkah 8 : “Kamus Bergerak” KVK + KV

Rawatan seterusnya ialah memperkenalkan perkataan dua suku kata KVK + KV . Dua puluh lima perkataan digunakan sebagai tag perkataan

( Lampiran E). Sebagai pengukuhan murid akan membaca petikan mudah dalam ( Lampiran F ).

3.5.9 Langkah 9 : Ujian pos eja dan baca 3 dijalankan dengan menggunakan Instrumen Ujian Eja dan Baca 3 dan skornya dicatat ( Lampiran J ) .

3.5.10 Langkah 10 : Ujian pra eja dan baca 4. Dicatat dalam (lampiran I )

3.5.11 Langkah 11 : “Kamus Bergerak” KVK + KVK

Rawatan dalam minggu keenam menggunakan dua puluh lima perkataan KVK + KVK telah diperkenalkan . Tag nama untuk murid disediakan seperti di ( Lampiran G ). Murid juga diberikan petikan pada hari kelima untuk pengukuhan ( Lampiran H)

(34)

3.5.12 Langkah 12 : Ujian pos eja dan baca 4 dijalankan dengan menggunakan Instrumen Ujian Eja dan baca 4 dan skor dicatat pada ( Lampiran J ).

3.6 Rumusan

Bab ini telah menerangkan mengenai kaedah mengumpul data dengan menjalankan ujian pra dan pos setiap kali rawatan diberikan. Terdapat juga reka bentuk dan susun atur langkah-langkah penggunaan kaedah “Kamus Bergerak” dilaksanakan. Terdapat lima kali ujian pra dan pos dijalankan. Ujian pra dijalankan sebelum rawatan diberi kepada murid. Rawatan adalah dalam bentuk ”Kamus Bergerak”. Selepas rawatan, ujian pos dijalankan bagi melihat peningkatan hasil dari rawatan. Penerangan memberi tumpuan kepada lampiran-lampiran yang akan digunapakai dalam kajian ini. Dapatan kajian ini akan dinyatakan dalam bab seterusnya.

(35)

BAB 4

ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan

Bab ini akan menghuraikan data-data yang terkumpul dari kajian yang telah dilaksanakan selama 6 minggu. Penganalisisan data adalah berdasarkan kepada langkah-langkah yang telah dilaksanakan. Oleh kerana kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan kaedah kajian tindakan, maka analisis data adalah dalam bentuk peningkatan peratus dibandingkan antara ujian pra dan pos yang didapati hasil daripada rawatan yang telah dilaksanakan ke atas responden.

4.2 Profil Responden

Kajian ini melibatkan 18 orang murid yang terdiri daripada 13 orang murid lelaki dan 5 orang perempuan. Murid-murid ini terdiri daripada murid kelas pemulihan Tahun Dua Arif di SK. Keladi, Kulim, Kedah. Murid-murid yang mendapat pendidikan pra-sekolah seramai 11 orang. Manakala 7 orang lagi murid tidak pernah mengikuti pra-sekolah secara formal. Seramai 7 orang murid mendapat bimbingan bacaan dari penjaga dan seramai 11 orang murid lagi tidak mendapat bimbingan dari penjaga mereka. Ini mungkin disebabkan ibubapa mereka tidak tahu membaca dan sebahagian lagi mungkin kesibukan bekerja. Jika dilihat dari segi pekerjaan, sebagaimana yang ditunjukkan dalam Jadual 3,

(36)

kakitangan swasta, bekerja sendiri, buruh merupakan sector pekerjaan yang diceburi oleh penjaga murid-murid yang menjadi responden. Memandang bidang pekerjaan tersebut memerlukan masa yang panjang di luar, ini mungkin menyebabkan penjaga tidak berkesempatan untuk membimbing anak-anak mereka.

Jadual 4.1: Jantina responden

Butiran Bilangan

Jantina Lelaki 13

Perempuan 5

Jadual 4.1 di atas menunjukkan jantina responden yang dijadikan sampel dalam kajian ini. Responden terdiri daripada murid-murid tahun 2 Arif, Sekolah Kebangsaan Keladi. Pecahan mengikut jantina seperti yang ditunjukkan dalam jadual iaitu responden lelaki berjumlah 13 orang manakala responden perempuan berjumlah 5 orang. Keseluruhan responden berjumlah 18 orang.

Jadual 4.2: Latar Belakang Pra-Sekolah dan Bimbingan Ibubapa

Butiran Ya Tidak

Latar belakang pra-sekolah 11 7

Bimbingan ibubapa 8 10

Jadual 4.2 menunjukkan jumlah responden yang mempunyai latar belakang pra-sekolah dan bimbingan dari ibubapa. Jadual 4.2 menunjukkan dari 18 orang responden, 11 orang mempunyai latar belakang pra-sekolah manakala 7 orang responden tidak mempunyai latar belakang pra-sekolah. Bimbingan ibubapa menunjukka 8 orang responden menerima

(37)

bimbingan ibubapa di rumah manakala 10 orang responden tidak menerima bimbingan ibubapa di rumah.

Jadual 4.3 : Pekerjaan Penjaga

Bidang Pekerjaan Penjaga Bilangan

Kakitangan Kerajaan 2

Kakitangan Swasta 6

Bekerja Sendiri 6

Buruh 4

Jadual 4.3 menunjukkan bidang pekerjaan penjaga, 2 orang responden menyatakan pekerjaan penjaga mereka adalah kakitangan kerajaan, 6 orang responden, penjaga mereka adalah kakitangan sawasta, 6 orang responden menyatakan pekerjaan penjaga mereka ialah bekerja sendiri. Manakala 4 orang responden menyatakan pekerjaan penjaga mereka sebagai buruh.

4.3 Lampiran data

Data-data yang dikumpul melalui beberapa jadual, iaitu: 4.3.1 Lampiran I – Jadual Skor Ujian Pra Eja dan Baca 1 4.3.2 Lampiran L – Jadual Skor Ujian Pos Eja dan Baca 2 4.3.3 Lampiran M – Jadual Skor Ujian Pra Eja dan Baca 3 4.3.4 Lampiran N – Jadual Skor Ujian Pos Eja dan Baca 4

Data dianalisis berdasarkan kebolehan murid mengeja perkataan yang telah disediakan. Dari analisis perkataan, suatu dapatan akan dikemukakan dalam

(38)

bentuk peratus, sama ada meningkat atau menurun jika dibanding antara ujian pra dan pos. Data juga dianalisis dari segi tahap pencapaian responden menguasai bilangan perkataan yang dibaca. Peratus digunakan untuk melihat peningkatan atau penurunan tahap pencapaian responden.

4.4 Langkah Pertama

4.4 Jadual Ujian pra dan pos eja dan baca 1

Skor Ujian Eja dan Baca Pra Pos

% peningkatan/ penurunan

Bil Nama Murid

(39)

3 Bakri Razali 10 12 8%

4 Mohd Farid Yassin 3 1 8%

5 Mohd Naim Jamal 12 17 20%

6 Md. Roslan Ayub 6 4 8%

7 Mohamad Fitri Adnan 18 20 8%

8 Mohamad Ridzuan Razi 20 21 4%

9 Mohammad Kamal Saad 2 2 0%

10 Muhd Hassan Kassim 8 10 8%

11 Muhd. Sani Isa 11 15 12%

12 Muhd. Shahrulnizam Zakaria 3 2 4%

13 Muhd Jamal Adnan 13 15 12%

14 Afni Safiza Ahmad 14 14 0%

15 Ezani Eliani Abd. Malik 18 20 8%

16 Nor Nadia Zainol 0 1 2%

17 Nurul Farah Wahida Roslan 0 1 2%

18 Siti Rohani Ismail 12 16 16%

Dari analisis data di atas bilangan responden yang menunjukkan penurunan peratus kebolehan mengeja dan membaca KV adalah seramai 3 orang responden. 15 orang responden menunjukkan peningkatan setelah rawatan ”Kamus bergerak” diberikan. Hanya seorang responden menunjukkan peningkatan yang agak ketara iaitu 20%. Dua orang responden tidak menunjukkan perbezaan antara ujian pra dan pos.

Jadual 4.5 : Tahap pencapaian Ujian pra dan pos Eja dan Baca 1

Bil Tahap Ujian Pra Ujian Pos % peningkatan / penurunan

skor % skor %

1. 0 hingga 12 11 44% 8 32% 12%

2. 13 hingga 25 7 28% 10 40% 12%

Jadual 4.1.2 menunjukkan tahap pencapaian responden, peratus responden yang dapat mengeja dan membaca 12 perkataan dan ke bawah telah menunjukkan peningkatan sebanyak 12%, begitu juga responden yang dapat mengeja dan membaca 13 perkataan ke

(40)

atas telah meningkat sebanyak 12%. Didapati dari analisis, responden yang tidak dapat mengeja dan membaca melibatkan perkataan-perkataan seperti saka, sasa, kasa, kisi, kasi dan liku. Kemungkinan dapatan ini membuktikan bahawa responden tidak memahami erti perkataan-perkataan tersebut.

4. 5 Langkah Kedua

Jadual 4.6 : Jadual Ujian pra dan pos eja dan baca 2

Skor Ujian Eja dan Baca Pra Pos

% peningkatan/ penurunan

Bil Nama Murid

1 Abdul Yusof Abdullah 12 14 8 %

2 Ahmad Musleh Jalil 11 13 8%

3 Bakri Razali 7 10 12%

4 Mohd Farid Yassin 2 0 8%

5 Mohd Naim Jamal 13 13 0%

6 Md. Roslan Ayub 5 4 4%

7 Mohamad Fitri Adnan 15 18 12%

8 Mohamad Ridzuan Razi 18 21 12%

9 Mohammad Kamal Saad 0 2 8%

10 Muhd Hassan Kassim 5 7 8%

11 Muhd. Sani Isa 8 13 20%

12 Muhd. Shahrulnizam Zakaria 3 3 0%

13 Muhd Jamal Adnan 12 15 12%

14 Afni Safiza Ahmad 13 14 4%

15 Ezani Eliani Abd. Malik 18 21 12%

16 Nor Nadia Zainol 0 1 4%

17 Nurul Farah Wahida Roslan 0 1 4%

18 Siti Rohani Ismail 11 14 12%

Dari analisis data di atas bilangan responden yang menunjukkan penurunan peratus kebolehan mengeja dan membaca KV + KVK adalah seramai 2 orang responden. 14 orang responden menunjukkan peningkatan setelah rawatan ”Kamus bergerak”

(41)

20%. Dua orang responden tidak menunjukkan perbezaan antara ujian pra dan pos. Di samping itu analisis juga menunjukkan 3 orang responden telah dapat mengeja dan membaca 1 hingga 2 perkataan setelah diberi rawatan dengan ”Kamus Bergerak”. Manakala 2 orang responden mencatatkan penurunan setelah menerima rawatan ”Kamus Bergerak”. Setelah dua rawatan diberikan kepada responden didapati penguasaan mengeja dan membaca semakin menurun jika dilihat dari segi jumlah perkataan. Keadaan ini mungkin disebabkan perkataan KV + KVK lebih sukar jika dibandingkan dengan perkataan KV.

Jadual 4.7 : Tahap pencapaian Ujian pra dan pos Eja dan Baca 2

Bil Tahap Ujian Pra Ujian Pos % peningkatan / penurunan

Skor % Skor %

1. 0 hingga 12 15 60% 8 32% 28%

2. 13 hingga 25 3 12% 10 40% 28%

Jadual 4.1.2 menunjukkan tahap pencapaian responden, peratus responden yang dapat mengeja dan membaca 12 perkataan dan ke bawah telah menunjukkan penurunan sebanyak 28%, manakala responden yang dapat mengeja dan membaca 13 perkataan ke atas telah meningkat sebanyak 28%. Didapati dari analisis, responden yang tidak dapat mengeja dan membaca melibatkan 4 perkataan seperti zaman, rasuk, pulih dan sawan. Kemungkinan dapatan ini membuktikan bahawa responden tidak memahami erti perkataan-perkataan tersebut dan penguasaan ke atas KV + KVK semakin menurun dan menjadi sukar. Walaupun begitu bilangan responden yang dapat menguasai lebih daripada 12 perkataan meningkat kepada 28%. Keadaan ini mungkin disebabkan rawatan

(42)

yang diberikan agak panjang iaitu 3 minggu. Tiga orang responden menunjukkan pencapaian yang stabil dari segi pencapaian mereka. Peningkatan ke tiga-tiga responden ini antara 8% hingga 12%.

4.6 Langkah 3

Jadual 4.8 : Jadual Ujian pra dan pos eja dan baca 3

Skor Ujian Eja dan Baca Pra Pos

% peningkatan/ penurunan

Bil Nama Murid

1 Abdul Yusof Abdullah 10 11 4%

2 Ahmad Musleh Jalil 9 12 12%

(43)

5 Mohd Naim Jamal 10 11 4%

6 Md. Roslan Ayub 3 4 4%

7 Mohamad Fitri Adnan 18 22 16%

8 Mohamad Ridzuan Razi 21 25 16%

9 Mohammad Kamal Saad 1 3 8%

10 Muhd Hassan Kassim 7 10 12%

11 Muhd. Sani Isa 13 16 12%

12 Muhd. Shahrulnizam Zakaria 5 7 8%

13 Muhd Jamal Adnan 15 18 12%

14 Afni Safiza Ahmad 16 20 16%

15 Ezani Eliani Abd. Malik 23 25 8%

16 Nor Nadia Zainol 0 1 4%

17 Nurul Farah Wahida Roslan 0 0 0%

18 Siti Rohani Ismail 13 18 12%

Dari analisis data ujian pra dan pos di atas, responden yang menunjukkan peningkatan peratus kebolehan mengeja dan membaca KVK + KV adalah seramai 16 orang responden. 2 orang responden tidak menunjukkan sebarang perubahan setelah rawatan ”Kamus bergerak” diberikan. 3 orang responden menunjukkan peningkatan yang agak ketara iaitu 16%. Di samping itu analisis juga menunjukkan 3 orang responden telah dapat mengeja dan membaca 1 hingga 2 perkataan setelah diberi rawatan dengan ”Kamus Bergerak”. Setelah tiga rawatan diberikan kepada responden didapati penguasaan mengeja dan membaca semakin menurun jika dilihat dari segi jumlah perkataan. Keadaan ini mungkin disebabkan perkataan KVK + KV lebih sukar jika dibandingkan dengan perkataan KV + KVK. Walaupun begitu 2 orang responden telah berjaya membaca kesemua 25 perkataan KVK + KV yang diberikan.

Jadual 4.9 : Tahap pencapaian Ujian pra dan pos Eja dan Baca 3

Bil Tahap Ujian Pra Ujian Pos % peningkatan / penurunan

(44)

1. 0 hingga 12 10 40% 11 44% 4%

2. 13 hingga 25 8 32% 7 28% 4%

Jadual 4.10 menunjukkan tahap pencapaian responden, peratus responden yang dapat mengeja dan membaca 12 perkataan dan ke bawah telah menunjukkan peningkatan sebanyak 4%, manakala responden yang dapat mengeja dan membaca 13 perkataan ke atas telah meningkat sebanyak 4%. Didapati dari analisis, responden yang tidak dapat mengeja dan membaca melibatkan 5 perkataan seperti minda, hampa, kanta, pesta dan mampu. Kemungkinan dapatan ini membuktikan bahawa responden tidak memahami erti perkataan-perkataan tersebut dan penguasaan ke atas KVK + KV semakin menurun dan menjadi sukar. Walaupun begitu bilangan responden yang dapat menguasai lebih daripada 12 perkataan menurun kepada 4% jika dibanding dengan perkataan KV + KVK sebanyak 28%. Keadaan ini mungkin disebabkan rawatan yang diberikan agak pendek iaitu 1 minggu. Lima orang responden menunjukkan pencapaian yang stabil dari sei pencapaian mereka. Peningkatan ke lima-lima responden ini antara 12% hingga 16%.

Langkah 4

Jadual 4.11 : Jadual Ujian pra dan pos eja dan baca 4

Skor Ujian Eja dan Baca Pra Pos

% peningkatan/ penurunan

Bil Nama Murid

1 Abdul Yusof Abdullah 12 15 12%

2 Ahmad Musleh Jalil 12 16 12%

3 Bakri Razali 8 10 8%

4 Mohd Farid Yassin 0 0 0%

5 Mohd Naim Jamal 14 17 12%

(45)

9 Mohammad Kamal Saad 3 5 8%

10 Muhd Hassan Kassim 7 11 12%

11 Muhd. Sani Isa 15 25 40%

12 Muhd. Shahrulnizam Zakaria 6 7 4%

13 Muhd Jamal Adnan 19 25 24%

14 Afni Safiza Ahmad 21 25 16%

15 Ezani Eliani Abd. Malik 25 25 100%

16 Nor Nadia Zainol 0 0 0%

17 Nurul Farah Wahida Roslan 0 0 0%

18 Siti Rohani Ismail 16 22 24%

Dari analisis data ujian pra dan pos di atas, responden yang menunjukkan peningkatan peratus kebolehan mengeja dan membaca KVK + KVK adalah seramai 12 orang responden. 3 orang responden tidak menunjukkan sebarang perubahan setelah rawatan ”Kamus bergerak” diberikan. 6 orang responden menunjukkan peningkatan yang agak ketara iaitu telah berjaya menguasai 25 perkataan yang diberikan. Di samping itu analisis juga menunjukkan 5 orang responden dapat mengeja dan membaca tetapi tidak melebihi 12 perkataan atau 50% daripada keseluruhan perkataan. Setelah tiga rawatan diberikan kepada responden didapati penguasaan mengeja dan membaca semakin meningkat jika dilihat dari segi jumlah perkataan.

Jadual 4.12 : Tahap pencapaian Ujian pra dan pos Eja dan Baca 4

Bil Tahap Ujian Pra Ujian Pos % peningkatan / penurunan

skor % Skor %

1. 0 hingga 12 8 32% 8 32% 0%

(46)

Jadual 4.12 menunjukkan tahap pencapaian responden, peratus responden yang dapat mengeja dan membaca 12 perkataan dan ke bawah tidak menunjukkan peningkatan atau penurunan, ini disebabkan oleh responden yang sama manakala responden yang dapat mengeja dan membaca 13 perkataan ke atas juga tidak menunjukkan sebarang perubahan. Didapati dari analisis, responden yang tidak menunjukkan perubahan adalah melibatkan responden yang sama. 7 perkataan seperti sumpit, rentak, simpul, gempar, tumpas, kandas dan gondol. Kemungkinan dapatan ini membuktikan bahawa responden tidak memahami erti perkataan-perkataan tersebut dan penguasaan ke atas KVK + KVK semakin menurun dan menjadi sukar. Walaupun begitu bilangan responden yang dapat menguasai lebih daripada 12 perkataan tidak menunjukkan sebarang perubahan Keadaan ini mungkin disebabkan rawatan yang diberikan agak pendek iaitu 1 minggu.

4.9 Rumusan Keputusan Bacaan

Jadual 4.13 : Jadual Bandingan skor ujian pra eja dan baca 1, 2, 3, 4 dan 5

Skor Ujian Eja dan Baca

Skor 1 Skor 2 Skor Skor 4 Skor pencapaian

(47)

3

1 Abdul Yusof Abdullah 17 12 10 12 Tidak stabil

2 Ahmad Musleh Jalil 15 11 9 12 Tidak stabil

3 Bakri Razali 10 7 7 8 Tidak stabil

4 Mohd Farid Yassin 3 2 2 0 Menurun

5 Mohd Naim Jamal 12 13 10 14 Tidak stabil

6 Md. Roslan Ayub 6 5 3 6 Tidak stabil

7 Mohamad Fitri Adnan 18 15 18 22 Tidak stabil 8 Mohamad Ridzuan Razi 20 18 21 25 Tidak stabil

9 Mohammad Kamal Saad 2 0 1 3 Tidak stabil

10 Muhd Hassan Kassim 8 5 7 7 Tidak stabil

11 Muhd. Sani Isa 11 8 13 15 Tidak stabil

12 Muhd. Shahrulnizam Zakaria 3 3 5 6 Meningkat

13 Muhd Jamal Adnan 13 12 15 19 Tidak stabil

14 Afni Safiza Ahmad 14 13 16 21 Tidak stabil 15 Ezani Eliani Abd. Malik 18 18 23 25 Meningkat

16 Nor Nadia Zainol 0 0 0 0 Tidak berubah

17 Nurul Farah Wahida Roslan 0 0 0 0 Tidak Berubah 18 Siti Rohani Ismail 12 11 13 16 Tidak stabil

Dari jadual Bandingan skor ujian pra eja dan baca 1, 2, 3, 4 dan 5 di atas masih terdapat murid yang sama seramai dua orang yang mengalami kesukaran dalam mengeja dan membaca. Dua orang murid tersebut gagal menunjukkan perkembangan sebagai mana murid yang lain di mana tiada sebarang perubahan ditunjukkan. Penelitian mendapati mereka masih sukar mengecam cantuman huruf dalam membentuk suku kata khususnya suku kata KVK. Mereka ini dapat digolongkan dalam kumpulan tersendiri di mana perlu diberikan perhatian yang berasingan dari kelompok yang besar. Seorang responden menunjukkan peningkatan di dalam ujian pra manakala dua orang responden menunjukkan peratus penurunan. Tiga belas orang murid menunjukkan peratus penguasaan eja dan baca yang tidak stabil terhadap skor penguasaan bacaan mereka.

(48)

Jadual 4.14 : Jadual Bandingan skor ujian pos eja dan baca 1, 2, 3, 4 dan 5

Skor Ujian Eja dan Baca Skor 1 Skor 2 Skor 3 Skor 4 Skor pencapaian

Bil Nama Murid

1 Abdul Yusof Abdullah 20 14 11 15 Tidak stabil 2 Ahmad Musleh Jalil 19 13 12 16 Tidak stabil

3 Bakri Razali 12 10 9 10 Tidak stabil

4 Mohd Farid Yassin 1 0 2 0 Tidak stabil

5 Mohd Naim Jamal 17 13 11 17 Tidak stabil

6 Md. Roslan Ayub 4 4 4 8 Meningkat

7 Mohamad Fitri Adnan 20 18 22 25 Tidak stabil

8 Mohamad Ridzuan Razi 21 21 25 25 Meningkat

9 Mohammad Kamal Saad 2 2 3 5 Meningkat

10 Muhd Hassan Kassim 10 7 10 11 Tidak stabil

11 Muhd. Sani Isa 15 13 16 25 Tidak stabil

12 Muhd. Shahrulnizam Zakaria 2 3 7 7 Meningkat

13 Muhd Jamal Adnan 15 15 18 25 Meningkat

14 Afni Safiza Ahmad 14 14 20 25 Meningkat

15 Ezani Eliani Abd. Malik 20 21 25 25 Meningkat

16 Nor Nadia Zainol 1 1 1 0 Menurun

17 Nurul Farah Wahida Roslan 1 1 0 0 Menurun

18 Siti Rohani Ismail 16 14 18 22 Tidak stabil

(49)

demi sedikit. Akhirnya perubahan ketara dapat dilihat dalam dua minggu akhir program ini. Sikap malu dan rendah diri bertukar dengan kegembiraan. Kelas penuh ceria sehingga menggamit perhatian warga sekolah menoleh ke Tahun Dua Arif apabila melewatinya. 4.11 Rumusan

Analisis data secara kuatitatif dan kualitatif menunjukan bahawa murid-murid pemulihan yang terlibat dalam program ini memberi impak yang sangat membanggakan. Dapatan kajian juga memperlihatkan dengan jelas pola perubahan peningkatan kebolehan membaca dalam kalangan murid-murid pemulihan yang dijadikan responden. Sikap dan minat murid-murid juga menunjukkan kecenderungan yang positif terhadap program ini.

(50)

BAB 5

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Bab ini mengandungi lima bahagian iaitu rumusan kajian, perbincangan dapatan kajian, kesimpulan dapatan kajian,implikasi dapatan kajian dan cadangan kajian lanjutan. Bahagian pertama memberi rumusan kajian yang merangkumi tujuan kajian, kaedah kajian, sampel kajian dan kaedah penganalisisan data yang digunakan. Bahagian kedua membincangkan dapatan kajian ini yang dikaitkan dengan dapatan kajian lepas. Bahagian ketiga menyenaraikan kesimpulan dapatan-dapatan kajian mengikut urutan tujuan kajian. Bahagian keempat pula menyatakan implikasi dapatan kajian yang berupa cadangan-cadangan berasaskan dapatan-dapatan kajian yang dijalankan. Akhirnya bahagian kelima memberi cadangan-cadangan kajian lanjutan berasaskan batasan kajian ini supaya dapatan kajian bidang ini menjadi lebih tepat, mendalam dan luas.

5.2 Rumusan Hasil Kajian

Kajian tindakan yang dijalankan ke atas murid pemulihan Tahun Dua di Sekolah Kebangsaan Keladi, Kulim minggu ketiga bulan Januari iaitu 18 Januari 2009 hingga 01 Mac 2009.

(51)

. Selama enam minggu menjalankan pemulihan dengan menggunakan Program “Kamus Bergerak” dapat dijayakan dengan lancar . Sepanjang masa pengendalian program banyak perkara dapat dipelajari dan dimanfaatkan berkaitan program pemulihan murid yang gagal menguasai 3M ini. Dapatan dari kajian bukan sahaja dapat membuka ruang dalam memahami dan menghayati sikap dan pandangan murid yang sentiasa diketepikan dalam arus pendidikan di sekolah. Dapatan kajian dianalisis secara diskriptif dengan menggunakan skor-skor yang diperolehi oleh murid.

Kajian ini bertujuan untuk mencari jawapan kepada soalan kajian yang dikemukakan. Soalan kajian pertama ialah sejauhmanakah program “Kamus Bergerak” dapat meningkatkan penguasaan murid pemulihan dalam mengeja dan membaca perkataan dua sukukata dengan menggunakan Program “Kamus Bergerak”. Manakala soalan kedua ialah sejauhmanakah Program “Kamus Bergerak” dapat meningkatkan minat belajar dalam kalangan murid pemulihan. Seterusnya soalan ketiga yang ingin dijawab melalui kajian ini ialah sejauhmanakah pendekatan “Kamus Bergerak” boleh digunakan sebagai satu kaedah pemulihan Bahasa Melayu?.

5.3 Perbincangan Dapatan Kajian

Program ini telah menggunakan ansur maju yang dapat memberi ruang pada murid-murid untuk mengikutinya secara sistematik. Murid yang dibekalkan dengan buku catatan aktiviti dapat mencatat setiap kemajuan mereka dan dipantau. Program ini dengan sendirinya mendekatkan murid dengan guru. Sebagai warga yang terkebelakang dan

(52)

dipinggirkan, hubungan antara pengkaji atau guru akan dapat memberi dan memulih keyakinan mereka untuk belajar.

5.3.1 Program “Kamus Bergerak” dapat meningkatkan penguasaan murid pemulihan dalam mengeja dan membaca perkataan dua sukukata dengan menggunakan Program “Kamus Bergerak”

Jelas dilihat dalam pencapaian Ujian Eja dan Baca yang dijalankan. Perubahan skor dari tahap rendah beransur mencapai tahap mengeja suku kata KVK + KVK. Jika dilihat di awal Ujian Diagnostik 1 dan 2 mereka begitu lemah dalam penguasaan ejaan ini, seramai 15 orang berada pada tahap di bawah skor 25 . Begitu juga dalam Ujian Diagnostik 2 tidak seorang pun yang berjaya mendapat skor penuh, malah 3 orang mendapat skor 0.

Program ini telah berjaya membawa mereka keluar ke tahap mengeja dan menulis yang lebih baik. Skor Ujian Eja dan Baca menunjukkan pencapaian yang memberansangkan. Dalam Ujian Eja dan Baca 5, enam orang mendapat skor penuh 25 dan 5 orang mendapat skor lebih dari separuh .Walau bagaimanapun terdapat tujuh orang yang gagal menunjukkan perubahan. Pemerhatian selama enam minggu menunjukkan murid-murid ini mengalami masalah dalam mengenal huruf. Mereka sukar membeza huruf yang seakan serupa seperti b,d,p,q,u, dan v. Selain itu kersukaran mengeja juga berlaku. Sikap juga mempengaruhi kemajuan

(53)

mereka. Dua dari tujuh orang murid ini tidak menunjukkan minat untuk belajar dan lebih suka berada dalam kumpulan mereka.

Kaedah yang digunakan sangat penting bagi menangani masalah lambat membaca dalam kalangan murid-murid. Ini selaras dengan pendapat Durkin (1966) tentang kanak-kanak yang didapati sudah cekap membaca walaupun masih di dalam kelas-kelas tadika mendapati bahawa faktor utama yang mendorong mereka cepat dan lancar membaca ialah kesesuaian kaedah yang digunakan dengan tahap kebolehan .

5.3.2 Program “Kamus Bergerak” dapat meningkatkan minat belajar dalam kalangan murid pemulihan.

Bagi menjawab soalan kajian kedua iaitu berkaitan dengan minat belajar, dapatan dari pemerhatian juga menunjukkan dengan perhatian yang lebih sedikit mereka dapat berubah. Rendahnya self-esteem mereka disebabkan ketidakupayaan mereka bersaing dengan rakan sekelas. Sikap ini akan terus menebal dan semakin terpisah dari kelompok jika perhatian guru berkurangan. Dengan tumpuan yang diberikan didapati mereka berupaya membina keyakinan. Mereka tidak takut lagi bertemu pengkaji bagi meminta bantuan. Selain itu sikap saling membantu berjaya dipupuk dengan program ini. Bagi yang lemah mereka akan dibantu oleh rakan mereka yang sudah mampu menguasainya. Peningkatan rasa yakin diri

(54)

juga dapat dikesan dari pemakaian tag perkataan. Pada mulanya rasa malu dan segan tetapi akhirnya menjadi satu yang dibanggakan. Sikap ini telah mengubah pencapaian mereka dalam menguasai kemahiran membaca perkataan dua suku kata yang dijalankan. Murid-murid mula menunjukkan minat yang mendalam terhadap pelajaran. Selaras dengan dapatan yang diperolehi oleh Lee Lai Guan et. al. (2007) kanak-kanak yang sudah boleh membaca ayat-ayat mudah dengan lancar dan menguasai sekumpulan perbendaharaan kata asas serta boleh mengeja perkataan yang tidak dikenali sebelum memasuki Tahun Satu berada dalam kedudukan yang lebih selesa dan menyakinkan jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang tidak menguasainya. Seterusnya dapatan Zahir (2006) memperlihatkan kesan yang agak ketara ialah dari aspek psikologi seperti rasa rendah diri, kurang yakin dan cepat mengalah. Kajiannya menunjukkan kanak-kanak yang mempunyai kepercayaan diri yang terhad tidak dapat menyesuaikan diri dengan baik di sekolah rendah dan situasi-situasi yang baru. Mereka juga sukar belajar menulis dan membaca berbanding dengan rakan-rakan sekelas yang lain.

5.3.3 Pendekatan “Kamus Bergerak” boleh digunakan sebagai satu kaedah pemulihan Bahasa Melayu.

Bagi menjawab soalan kajian yang ketiga iaitu kesesuaian pendekatan “Kamus Bergerak” sebagai satu kaedah pemulihan Bahasa Melayu. Dari

Referensi

Dokumen terkait

Perbedaan pada penelitian sekarang dengan penelitian sebelumnya terletak pada tujuan penelitian yaitu peneliti ingin mengetahui hubungan antara kecemasan dengan kualitas tidur

Analisis Sakarifikasi Enzim Selulase Terhadap Pulp Kakao Pulp kakao sebanyak 1 ml dicuci menggunakan aquadest sebanyak 2x selanjutnya disentrifuse selama 5 menit dengan kecepatan

bahwa untuk mempercepat pelaksanaan kegiatan Pekerjaan Pembangunan serta memperhatikan kemampuan keuangan daerah yang timbul akibat dari Pelaksanaan kegiatan tersebut, maka

Puji dan syukur penulis panjatkan kehadirat Tuhan Yang Maha Esa atas segala berkat, rahmat, dan kasih-Nya penulis dapat menyelesaikan skripsi yang

Permaslahan yang diangkat dari penelitian ini adalah bagaimana pasangan Aminullah Usman dan Zainal Arifin pada masa Pilkada 2017 tingkat Walikota dan Wakil Walikota di

Manajemen risiko lingkungan diPuskesmas adalah penerapan manajemen risiko untuk meminimalkan dampak yang ditimbulkan oleh aktifitas atau kegiatan di Puskesmas pada

Asbestosis adalah gangguan pernapasan disebabkan oleh menghirup serat asbes dalam jangka waktu yang lama, ditandai dengan pernafasan pendek yang diakibatkan oleh terbentuknya

Fungsi utama yang diharapkan dalam website ini adalah perhitungan portofolio saham dengan menggunakan teori HM Markowitz sehingga dapat membantu pengambilan keputusan bagi