• Tidak ada hasil yang ditemukan

Cabaran Terhadap Guru Dalam Menangani Kepelbagaian Sosio Budaya Dan Kepelbagaian Kelompok Dalam Kalangan Pelajar

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Cabaran Terhadap Guru Dalam Menangani Kepelbagaian Sosio Budaya Dan Kepelbagaian Kelompok Dalam Kalangan Pelajar"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

Soalan berkumpulan.

Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat dari ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja. Malah ia juga merangkumi skop yang lebih besar.Manakala Slavin (1997) pula mengaitkan perbezaan individu dengan konteks pengajaran dan pembelajaran. Beliau mengatakan kepelbagaian pelajar terdapat dalam tahap prestasi, kadar belajar, gaya kognitif, etnik, budaya,masyarakat kelas sosial, bahasa, jantina , bakat dan minat.

Kepelbagaian sosio-budaya di antara murid mempengaruhi peranan guru dan murid dan proses pengajaran dan pembelajaran. Tanggungjawab dan amanah yang patut dilaksanakan dalam memupuk perpaduan dikalangan pelajar bermula daripada awal perancangan pengajaran. Menyatakan objektif yang jelas dapai mudah dicapai bagi setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Perancangan pengajaran juga perlu mengikut pendekatan yang bijak harus digunakan dengan tidak membezakan kelas sosial murid. Murid hendaklah dilayan sama rata tanpa mengira samada mereka dari kelas atasan atau bawahan. Perancangan juga harus mengikut perbezaan individu supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar dan tidak membosankan. Murid yang lambat menerima pembelajaran tidak diabaikan. Pelbagai kaedah dan strategi boleh dirancang dan dilaksanakan dalam mengatasi masalah murid – murid sedemikian.

Guru juga perlu mempunyai kemahiran-kemahiran sosial yang membantu proses pengajaran berjalan lebih lancar. Sebagai contoh kemahiran komunikasi. Guru perlu mempelajari cara berkemunikasi dengan lebih berkesan supaya mesej yang ingin disampaikan kepada murid diterima walaupun terdapat perbezaan sosio budaya. Bagi meningkatkan lagi kemahiran komunikasi, guru perlu mendalami

(2)

bahasa- bahasa etnik lain walaupun sedikit supaya dapat mendekati murid. Selain daripada kemahiran berkomunikasi, kemahiran teknologi maklumat juga perlu dikuasai guru supaya dapat dijadikan medium pengajaran sejajar dengan peredaran masa. Hal ini dapat menarik minat semua murid walaupun mereka daripada pelbagai kelas sosial. Kemahiran psikologi untuk mengenali setiap orang murid dengan lebih dekat dan terperinci. Guru perlu mengetahui cara-cara menyelesaikan masalah murid sebagai contoh masalah kurang keyakinan diri sebagainya. Guru perlu tahu bagaimana memberi motivasi kepada murid, membimbing membina konsep kendiri dan nilai-nilai positif dalam diri murid-murid.

Aktiviti-aktiviti yang dirancang juga perlulah kreatif dan sesuai dengan perbezaan individu dalam kelas tersebut. Sesuai dengan minat dan aras kebolehan murid supaya pengajaran berjalan lancar dan murid tidak akan bosan ketika menjalankan aktiviti.penerapan nilai-nilai murni semasa pengajaran perlulah dijelaskan dan ditegaskan supaya murid faham dan dapat mengaplikasikan nilai tersebut dalam rutin harian mereka. Sebagai contoh nilai bekerjasama dengan rakan-rakan semasa menjalankan aktiviti.

Pengajaran juga perlu menjamin perkembangan dan kemajuan murid secara optimum. Objektif pembelajan perlu dicapai dengan mengukur pencapaian murid-murid mengikut jantina. Aktiviti pembelajaran yang dirancang oleh guru seharusnya boleh memberi peluang kepada semua murid tanpa mengira etnik dan jantina. Isu yang mempunyai unsur bias kepada mana – mana jantina mesti dielakkan untuk memberi peluang sama rata pada setiap murid meneroka aktiviti pembelajaran. Bagi murid yang kecelaruan jantina, menjadi tanggungjawab guru untuk membentuk persepsi yang positif di kalangan murid supaya mereka tidak terus hidup dengan kecelaruan tersebut.

(3)

Murid haruslah sentiasa dihormati dan bersikap adil kepada mereka. Hukuman berbentuk deraan dan memalukan seharusnya tidak dilaksanakan kerana akan menyebabkan hubungan guru dengan murid akan renggang dan menghilangkan minat untuk mereka meneruskan pembelajaran. Ganjaran positif perlu diberikan supaya motivasi kendiri dapat ditingkatkan.

Isu sensitif berkaitan dengan agama dan kaum hendaklah dielakkan sama sekali. Setiap kepercayaan dan nilai haruslah diterima seadanya oleh setiap guru. Aktiviti pembelajaran yang dirancang hendaklah menjurus kepada penglibatan semua murid tanpa mengira kaum, adat budaya dan pegangan agama mereka.

Penilaian dan penambah baikkan perlu di lakukan supaya peningkatan dalam aspek pengurusan kelas seterusnya matlamat serta objektif dapat dicapai dengan mudah. Guru yang berwibawa sentiasa memikir kaedah bagi mencapai pengurusan yang cemerlang yang mana fokus utama ialah mengetahui dan memahami bidang kerjayanya, menghayati hasil kerja atau objektif kerja untuk jangka panjang dan jangka pendek, kerja yang dilakukan lebih spesifik, boleh diukur pencapaiannya, boleh dicapai, realistik dan bijak dalam pengurusan masa.

(4)

Cabaran terhadap guru dalam menangani kepelbagaian sosio budaya dan kepelbagaian kelompok dalam kalangan pelajar

Pada umumnya, Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai penduduk yang berbilang bangsa dan keturunan. Hal ini secara tidak langsung mewujudkan kepelbagaian corak sosiobudaya yang berbeza. Pembelajaran di dalam bilik darjah akan mendedahkan murid kepada pola hubungan kepelbagaian kaum. Mereka berinteraksi dan berkomunikasi dengan pelbagai latar budaya. Kepelbagaian sosiobudaya memerlukan para guru untuk memahami dan memainkan watak utama dalam menyampaikan mesej serta penghayatan kepada murid-murid tentang kepelbagaian sosio budaya.

Sekolah merupakan satu institusi pendidikan formal yang menempatkan semua kaum. Pendidikan berperanan besar untuk menyatukan perbezaan individu kearah memaksimumkan tahap pencapaian. Pendidikan ialah satu proses pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta penerapan nilai-nilai sosial yang berterusan merupakan agen yang sangat berkesan untuk membina warganegara Malaysia yang bertanggungjawab, berakhlak mulia dan bersatu padu.

Pendidikan bertujuan untuk menggalakkan perkembangan individu yang seimbang melalui perkembangan jasmani, rohani, intelek, emosi dan moral. Dengan ini guru mempunyai cabaran yang besar untuk merialisasikan dasar ini apabila berhadapan dengan anak murid yang mempunyai kepelbagaian sosio-budaya didalam bilik darjah. Sistem pendidikan di Malaysia menggunakan suatu kurikulum yang sama bagi semua rakyatnya, cabaran kepada guru untuk menyampaikan kurikulum ini kepada anak didik. Di dalam bilik darjah, guru perlu membuat sedikit analisis mengenai latar belakang murid-murid sebelum merancang pengajaran. Ini penting supaya objektif pengajaran yang hendak disampaikan tercapai dan aktiviti

(5)

pembelajaran yang akan dilaksanakan mampu di lakukan oleh pelajar. Perbezaan murid boleh dikategorikan kepada beberapa situasi, antaranya ialah perbezaan kaum dan agama,kelas sosial keluarga murid dan masyarakat.

Perbezaan kaum dan agama akan mewujudkan murid berada dalam keadaan berkelompok dan tidak bergaul di antara satu sama lain. Suasana yang selalu berlaku di sekolah yang mempunyai murid yang pelbagai kaum contohnya murid melayu akan sentiasa bersama-sama kawan sekaum dengannya. Fenomena ini menjadi kebiasaan kepada murid jika perkara ini dibiarkan. Jadi guru perlu mengambil langkah untuk mengatasi masalah ini supaya fenomena ini tidak menjadi kebiasaan di kalangan murid.

Guru harus bijak dalam mengendalikan kelas sosial murid supaya wujud pergaulan dan interaksi serta masyarakat tanpa sekatan kaum dan budaya, tidak berkelompok. Dengan cara ini satu suasana pembelajaran interaktif akan terbentuk dan pembelajaran akan menjadi menyeronokkan. Guru yg memahami pembelajaran dan perbezaan budaya akan berusaha bersungguh-sungguh dalam menangani cabaran yang wujud dalam bilik darjah. Pelajar merupakan asset utama yang boleh dikategorikan sebagai pelanggan bagi setiap guru dalam bilik darjah. Golongan ini akan sentiasa bersama setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam bilik darjah. Perlakuan mereka perlu dibentuk melalui pendidikan dan asuhan yang terbaik dengan memahami latar belakang. Murid-murid perlu di beri bimbingan dan teguran supaya nilai perpaduan dapat di tanam dalam diri mereka.

Guru juga perlu menyekat aktiviti-aktiviti yang tidak diingini seperti pergaduhan antara kaum, pembentukan kumpulan berdasarkan etnik dan isu perkauman di kalangan murid. Guru juga tidak harus menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan murid-murid. Setiap kepercayaab harus diterima dan dihormati.

(6)

Isu-isu sensitif dan berkaitan agama murid yang berlainan kaum tidak harus dipertikaikan. Aspek perancangan pembelajaran juga guru harus merancang pembelajaran yang sesuai dengan semua kepercayaan, nilai dan agama murid.

Aspek perbezaan kelas sosial juga akan mempengaruhi budaya, amalan dan pergaulan murid-murid di sekolah. Kelas-kelas sosial ini terdiri daripada latar belakang sosio ekonomi keluarga murid. Contohnya kelas atasan, kelas sederhana dan kelas bawahan. Situasi yang selalu berlaku contohnya perasaan rendah diri dikalangan murid yang datang daripada keluarga yang sederhana. Mereka tiada keyakinan untuk bergaul dengan rakan-rakan lain.

Sebagai guru harus berusaha membantu murid-murid yang mengalami masalah rendah diri dan tidak bergaul dengan rakan-rakan dengan menolong murid tersebut membentuk sikap yang positif dan meningkatkan keyakinan diri dengan kaedah bimbingan serta motivasi.Murid dibantu memahami kekuatan dan kelemahan diri dan kelemahan tersebut perlu diatasi dan kekuatan yang ada dapat membantu murid meningkatkan keyakinan diri. Konsep positif kendiri perlu dibina dalam diri murid tersebut.Guru harus melayan keperluan murid ke arah perkembangan potensi yang optimum. Bimbingan memilih kerjaya dan hala tuju juga adalah salah satu usaha guru untuk membantu murid-murid mencapai pencapaian yang optimum. Bagi murid yang dalam kalangan kelas sosial yang tinggi perlu di beri galakkan supaya mereka menjadi pembimbing rakan sebaya mereka kerana mereka kebiasaanya mempunyai keyakinan diri yang tinggi serta matlamat jelas kerana faktor keluarga yang telah memberi bimbingan. Jadi, hal ini akan membuatkan semua murid dapat saling bantu membantu di antara satu sama lain dan mewujudka perpaduan

(7)

Guru hendaklah memberikan layanan yang adil kepada setiap murid-muridnya tanpa membezakan mereka berdasarkan kelas sosial. Menurut Rohand Meighn (1986), kelas sosial menggambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang sama. Kaji selidik merupakan proses pertama dalam membantu guru untuk mengenali dan memahami kelas sosial setiap murid-muridnya dari segi latar belakang, taraf sosioekonomi, tempat tinggal. Selain itu, budaya, adat resam, kepercayaan dan agama perlu diberi perhatian. Guru boleh memperoleh maklumat mengenai setiap murid-muridnya melalui rekod pelajar dan pencapaian mereka . Namun begitu, guru tidak seharusnya membuat generalisasi dan pelabelan berdasarkan rekod mereka sahaja malahan aspek yang lain perlu diambil kira seperti tingkah laku dan sikap mereka . Hal ini dapat membantu guru memahami situasi muridnya dalam memberikan layanan adil mengikut keperluan individu murid-murid tanpa perlu membeza-bezakan berdasarkan sosiobudaya mereka.

Perbezaan kebudayaan negeri juga mempengaruhi pembelajaran di sekolah. Contohnya masalah dialek negeri yang sukar di ubah.perkara ini menjadi cabaran kepada guru untuk memahami sesuatu mesej. Hal ini kerana, apabila murid biasa menggunakan dialek harian mereka di sekolah pembelajaran akan tergangu terutamanya bagi mata pelajaran bahasa melayu dan bahasa inggeris. Jadi, tugas guru perlu menjadikan penggunaan bahasa standard sebagai amalan di kalangan pelajar perlulah di ambil perhatian. Penggunaaan bahasa yang standard dapat mengelakkan sebarang masalah komunikasi serta pemahaman isi pelajaran antara guru dan murid-murid. Namun begitu, bahasa merupakan medium utama dalam mengenali sosiobudaya. Maka, guru perlulah menyelami dan mengadaptasi sosiobudaya komuniti masyarakat tempatnya mengajar terutamanya dari segi bahasa dan dialek. Dengan cara yang demikian, guru dapat menyesuaikan diri

(8)

dengan komuniti sosiobudaya murid dalam bilik darjah serta menggalakkan penggunaan bahasa yang betul dan tepat.

Guru hendaklah mempunyai sudut pandangan yang positif kepada setiap muridnya dimana setiap individu itu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri walaupun berbeza sosiobudaya. Fokus juga hendaklah dilihat dari segi gaya pembelajaran yang setiap individu murid yang berbeza. Guru tidak seharusnya mengganggap semua murid mampu belajar mengikut kaedah yang sama. Hal ini dapat mengelakkan unsur diskriminasi dan prejudis dalam kalangan murid-murid. Dengan mengambil kira faktor-faktor tersebut, guru dapat menyediakan pembelajaran yang efektif berdasarkan kemampuan murid-muridnya.

Peluang dan ruang hendaklah diberikan kepada mereka untuk bergaul dan berinteraksi sesama mereka. Aktiviti berkumpulan merupakan pendekatan yang sesuai dalam melibatkan mereka kerana disinilah berlakunya interaksi yang terbuka luas dan perkongsian idea yang aktif. Mereka akan saling bekerjasama dalam pembelajaran dan aktiviti yang diselaraskan oleh guru untuk memastikan pencapaian kumpulan. Kesedaran budaya mikro yang berbeza dalam sebuah komuniti bilik darjah dapat mengukuhkan lagi hubungan, kerjasama dan toleransi dalam sebuah masyarakat majmuk.

(9)

REFLEKSI SALBIAH BINTI KHOLID

Sekolah merupakan satu pusat integrasi antara pelajar pelbagai kaum. Ia bukan sahaja tempat untuk menimba ilmu malah ia juga menjadi alat memupuk perpaduan di kalangan pelajar. Integrasi di peringkat sekolah rendah adalah penting untuk perpaduan’. Untuk itu, pihak sekolah perlu mengambil pelbagai langkah agar perpaduan serta integrasi dapat dipupuk sejak dari bangku sekolah kepada pemimpin masa hadapan.

Aspek perpaduan kaum perlu diberi perhatian serius dan penekanan yang menyeluruh oleh semua pihak. Institusi pendidikan menjadi medium paling penting untuk memupuk perpaduan di kalangan kaum di malaysia. Generasi awal dikalangan para pelajar sekolah rendah perlu didedahkan betapa pentingnya perpaduan dalam arus masyarakat Malaysia yang besifat majmuk. Selaras dengan kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Sistem pengajaran dan pembelajaran disekolah sekarang banyak menitik beratkan nilai-nilai murni dalam pembelajaran murid supaya nilai-nilai itu dapat ditanamkan dalam diri murid-murid. Perbezaan kaum dalam sesebuah kelas juga tidak menjadi masalah kepada mana-mana pihak. Murid-murid tetap bergaul diantara satu sama lain tanpa mengira warna kulit, bangsa dan agama rakan-rakan mereka. Namun, sikap hormat kepada kepercayaan rakan-rakan yang beragama lain perlu diberi pendedahan kepada murid-murid supaya isu-isu perkauman tidak berlaku di dalam sekolah.

Mereka ini perlu didedahkan bahawa perpaduan kaum begitu bermakna dan akibat buruk yang akan timbul daripada sikap curiga mencurigai di antara mereka. Dapat disimpulkan bahawa, peranan seorang guru dalam mewujudkan perpaduan

(10)

dikalangan para pelajar amatlah besar. Namun, kerjasama dari pihak yang lain juga perlu dalam merialisasikan perpaduan ini.

Jadi sebagai seorang guru, mempunyai tanggungjawab yang besar bagi menggalakkkan generasi muda membentuk masyarakat yang lebih majmuk pada masa hadapan. Peranan utama guru bermula ketika dalam bilik darjah. Pengajaran perlulah menyeluruh tanpa membezakan ciri-ciri perkauman dan sebagainya.

Peranan lain yang lebih penting ialah guru perlu bersedia dari pelbagai aspek semasa merancang pengajaran. Perancangan pengajaran perlulah mengutamakan perbezaan individu dari segi sosio budaya, kelas sosial, gaya pembelajaran, minat dan latar belakang keluarga. Penerapan nilai-nilai murni semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah salah satu langkah yang paling berkesan bagi memupuk semangat perpaduan di antara murid.

Kesimpulannya sebagai bakal guru, saya perlu memantapkan diri menguasai dan dapat merangka pengajaran yang efektif supaya sesuai kepada semua jenis perbezaan individu. Guru juga perlu mengajar murid-murid tanpa mengelompokkan murid mengikut kaum masing-masing dalam satu kumpulan sahaja. perkara yang sama perlu di lakukan tanpa membezakan antara kelas sosial mereka.guru seharusnya mengajar murid-muridnya tanpa mengelompokkan mereka mengikut kaum masing-masing dalam satu kumpulan sahaja. Perkara yang sama juga harus dilakukan tanpa membezakan murid dengan kelas sosial mereka.

Referensi

Dokumen terkait