• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS

Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati daripada awal sehingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan sepenuhnya. Sentiasalah merujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu di dalam menjelaskan komponen-komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang.

PENGENALAN

HBPS3203 Bahasa dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak adalah salah satu kursus yang ditawarkan oleh Fakulti Pendidikan dan Bahasa di Open University Malaysia (OUM). Kursus ini melibatkan 3 jam kredit dan harus dijalankan dalam tempoh masa 8 hingga 15 minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN

Kursus ini ditawarkan kepada pelajar yang mengambil program Sarjana Muda Pengajaran dalam bidang Prasekolah dengan kepujian.

Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya mahir dengan keperluan pembelajaran kendiri, dan mampu mengoptimakan kaedah pembelajaran dan persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus tersebut dikendalikan.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

Berdasarkan piawaian OUM, seseorang pelajar itu perlu memperuntukkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus yang bernilai tiga jam kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran. Anggaran masa pembelajaran ialah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1.

(2)

Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran

Aktiviti Pembelajaran Jam Pembelajaran Membaca kandungan kursus dan mengambil

bahagian dalam perbincangan awal 3 Membaca modul 60 Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial 10 Perbincangan atas talian 12 Ulang kaji 15 Menyiapkan tugasan, Ujian dan Peperiksaan 20 JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 120

OBJEKTIF KURSUS

Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengetahui teori dan asas pembelajaran bahasa; 2. Menerangkan kurikulum pengajaran bahasa;

3. Menyatakan pendekatan dan teknik pengajaran bahasa; 4. Merancang aktiviti pembelajaran dan pengajaran bahasa; dan

5. Melaksanakan dan menilai aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa.

SINOPSIS KURSUS

Mata pelajaran Bahasa dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak ini disediakan untuk membolehkan pelajar mengetahui tentang perkembangan bahasa kanak- kanak prasekolah yang meliputi teori dan asas pembelajaran bahasa kanak-kanak, kurikulum dan teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa, membina kemahiran berbahasa seperti bercerita, penggunaan boneka, puisi, perancangan bahasa dan literasi kanak-kanak serta pemilihan bahan pengajaran bahasa. Untuk mencapai tujuan-tujuan di atas, kursus ini dibahagikan kepada 10 topik seperti berikut:

Topik 1 membincangkan peranan bahasa sebagai suatu sistem lambang pertuturan. Sistem ini terdiri daripada leretan bunyi-bunyian yang diucapkan dan digunakan oleh ahli sesebuah masyarakat sebagai alat untuk berhubung dan bekerjasama. Pemerolehan bahasa bermaksud penguasaan bahasa oleh seseorang tanpa disedari atau dipelajari secara langsung. Proses pemerolehan bahasa

(3)

berlaku secara aktif pada kanak-kanak dalam lingkungan umur dua hingga enam tahun.

Topik 2 memberi pemahaman tentang kepentingan faktor perbezaan kanak-kanak dalam kebolehan berbahasa. Di dalam memperoleh kecekapan berbahasa ini guru perlulah memahami dan membantu menyediakan satu persekitaran kanak- kanak yang merangkumi persekitaran keluarga, tempat tinggal dan budaya. Di samping itu, guru perlulah memahami keupayaan setiap individu kanak-kanak dari segi perkembangan fizikal, sosial, emosi dan kognitif. Guru juga boleh membuat perancangan program berbahasa yang membolehkan kanak-kanak dapat menguasai bahasa dengan lebih baik.

Topik 3 menekankan keupayaan bahasa sebagai suatu objek utama dalam merentasi kurikulum. Bahasa merentasi kurikulum merupakan satu proses yang mencakupi pengajaran bahasa yang bermutu dan penggunaannya secara meluas serta berkesan sebagai pengantar kandungan mata pelajaran dalam keseluruhan kurikulum sekolah.

Topik 4 memberikan fokus kepada pembinaan kemahiran berbahasa. Membina kemahiran berbahasa merupakan satu bidang pembelajaran yang perlu dikuasai oleh guru- guru yang terlibat dengan pendidikan prasekolah. Untuk itu, kemahiran berbahasa ini telah dibahagikan kepada tiga komponen iaitu kemahiran mendengar, membaca dan menulis. Di dalam kemahiran mendengar, guru telah didedahkan dengan pengalaman-pengalaman mendengar yang perlu kanak-kanak peroleh. Oleh itu, kemahiran guru di dalam menyampaikan kemahiran mendengar perlulah menegaskan penggunaan deria yang melibatkan pendengaran di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Topik 5 memfokuskan kepada peranan buku dan sastera dalam meningkatkan pelbagai komponen prasekolah seperti komponen bahasa dan komunikasi, estetika dan daya kreatif, sosio-emosi dan sebagainya. Oleh yang demikian telah diperjelaskan juga pengisian-pengisian yang terkandung di dalam sastera kanak- kanak seperti konsep dan maklumat yang disampaikan serta jenis-jenis buku sastera kanak-kanak. Boleh dikatakan hampir keseluruhan konsep buku sastera kanak-kanak ini adalah untuk membentuk diri sahsiah dan tingkah laku kanak- kanak itu sendiri.

Topik 6 menekankan kepentingan mendengar cerita yang pelbagai jenis kepada kanak-kanak yang secara tidak langsung menjadikan mereka lebih matang dan bermotivasi tinggi. Dengan cara ini, kebolehan berbahasa kanak-kanak akan dipertingkatkan dan diperkaya dengan penambahan perbendaharaan kata dan kosa kata. Tahap imaginasi kanak-kanak juga akan meningkat yang akan membantu kanak-kanak membina sifat yakin. Melalui aktiviti bercerita juga

(4)

kanak-kanak akan dapat meningkatkan pelbagai nilai rohani dan moral serta melatih kemahiran berbahasa.

Topik 7 mendedahkan peranan membentuk dan membuat boneka sebagai satu alat yang mempunyai hubungan dengan kurikulum dalam pelbagai bidang pembelajaran. Membentuk dan membuat boneka merupakan satu bidang yang mengutamakan penguasaan kemahiran serta penyesuaian watak-wataknya. Perancangan rapi dan mendalam perlu dilakukan untuk mendapatkan suatu penampilan yang benar-benar relevan dengan apa yang dihasratkan oleh pengarang. Pengetahuan mengenai alat dan bahan diperlukan untuk mengimbangi ciri- ciri reka bentuk di samping kesesuaian terhadap mesej dan watak yang akan dipersembahkan. Persembahan boneka akan menjadi lebih menarik apabila pereka dapat menampilkan watak-watak yang bersesuaian dengan jalan cerita.

Topik 8 menerangkan Terdapat kepelbagaian teknik drama dan dramatika yang digunakan bagi pembelajaran dalam kurikulum prasekolah. Aspek-aspek seperti lakonan, penulisan skrip, pengarahan dan apresiasi drama adalah penting untuk diketahui oleh para guru. Melalui drama dan dramatika kreatif, kanak-kanak yang terlibat dapat mengenal diri mereka dengan lebih jelas lagi, mengenal ruang dan persekitaran, memahami rakan serta meningkatkan keupayaan mereka dalam pelbagai aspek.

Topik 9 memberi pengetahuan kepada guru-guru dan kanak-kanak tentang jenis dan bentuk puisi yang sering digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Di samping itu guru telah didedahkan dengan jenis-jenis puisi seperti puisi tradisional dan puisi moden yang merangkumi pantun, syair, gurindam, sajak dan nyanyian lagu kanak-kanak.

Topik 10 membincangkan tentang bahasa dan literasi yang merupakan satu program bahasa ekspresif dan bahasa reseptif yang terdapat dalam lisan dan penulisan. Bahasa ekspresif mengandungi pertuturan dan penulisan manakala bahasa reseptif adalah pendengaran dan membaca. Kebanyakan aktiviti-aktiviti di prasekolah dijalankan di pusat-pusat atau sudut-sudut pembelajaran. Guru perlu memilih pusat-pusat pembelajaran yang bersesuaian dengan pendekatan pengajaran bahasa yang dicadangkan.

(5)

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS

Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda ambil tahu akan susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan. Amnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut:

Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap topik, anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan seperti ini akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu topik.

Semak Kendiri: Soalan-soalan diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu topik. Soalan-soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang anda telah baca. Jawapan untuk soalan-soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan-perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalan-soalan semak kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalan-soalan yang ditanya terdapat di dalam modul itu sendiri.

Aktiviti: Aktiviti-aktiviti juga diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu topik dengan tujuan menggalakkan anda mengaplikasi konsep dan prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti-aktiviti ini juga memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat, berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca artikel jurnal dan seumpamanya.

Rumusan: Di akhir sesuatu topik, isi-isi penting topik tersebut disenaraikan. Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Kata Kunci: Di akhir topik disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting yang digunakan di dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Rujukan: Rujukan adalah bahagian di mana senarai buku teks, jurnal, artikel, kandungan elektronik atau sumber-sumber yang boleh ditemui yang berkaitan

(6)

dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat di dalam beberapa bahagian seperti di dalam Panduan Kursus (di bahagian Rujukan), di akhir setiap topik atau di akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian-bahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda.

PENGETAHUAN ASAS

Dalam silibus pengajian, pelajar dikehendaki mengikuti susunan tahap pengetahuan asas yang bermula daripada tahap 1 sehingga ke tahap berikutnya.

KAEDAH PENILAIAN

Sila rujuk myINSPIRE.

RUJUKAN

Buku teks rujukan bagi kursus ini seperti mana yang dicadangkan dan dinyatakan dalam setiap topik.

PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR

ABDULLAH SANUSI (TSDAS)

Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan atas talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang boleh dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada 30 pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik serta banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada ialah EBSCOhost, ProQuest, SpringerLink, Books24x7, InfoSci Books, Emerald Management Plus dan Ebrary Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan sepenuhnya sumber-sumber yang terdapat di perpustakaan ini.

Referensi

Dokumen terkait

Meskipun keduanya memiliki kategori fungsi yang sama, yaitu bertelepon dengan memanfaatkan koneksi Internet (Internet Phone), namun keduanya menggunakan dua terapan teknologi

Penelitian ini dilakukan untuk mengetahui efektifitas ekstrak klika faloak sebagai chelator bagi radikal FeS yang terkandung dalam organ hati ikan nila

It is also a good media to find the language variation in fictional narratives and know how these narratives can be representative of society (source). The audience

[r]

Berdasarkan Berit a Acara Hasil Pelelangan dan Penet apan Pem enang Pelelangan, bersam a ini Panit ia Pengadaan Barang/ Jasa Badan Kepegaw aian, Pendidikan dan Pelat ihan

Puji syukur kepada Tuhan, karena atas berkat dan rahmat- Nya, penulis dapat menyelesaikan Makalah Skripsi pada semester genap 2012/2013 ini, dengan judul “Pengaruh

Kerja sama dalam praktek merupakan salah satu kunci untuk mencapai sukses dimanapun kita bekerja dan tentunya beberapa faktor, seperti: pengetahuan

Pembentukan Modal Tetap Domestik Bruto a5. Mesin dan Perlengkapan Dalam