• Tidak ada hasil yang ditemukan

Persediaan Haji dan Umrah ringkas (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Persediaan Haji dan Umrah ringkas (1)"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Catatan Ringkas Persediaan Haji dan Umrah

Perlu diketahui bahawa perjalanan haji dan umrah adalah perjalanan menuju kematian. Sebab orang Sufi melontar batu dijamrah dengan meniatkan menghancurkan nafsu-nafsu ammarah, mulhamah dan lawwamah (nafsu buruk). Ia merupakan satu ibadah menuju tanah / padang Mahsyar.

Untuk mendapat “kelebihan” dari semua orang lain yang pergi haji atau umrah, kita tahu semua orang membuat yang “tujuh” seperti tawaf , sa’i , melontar dan lain-lain. Maka , kita tambahkan lagi dengan melazimkan bacaan surah tujoh Ha Mim.

Menjadi sunnah Nabi s.a.w untuk membawa surah al Baqarah 136 pada rekaat pertama dan Al Imran 52 dalam rekaat kedua sunat Fajar. Ketika tamat tawaf Nabi s.a.w akan bersolat di belakang Maqam Ibrahim dengan membaca al Baqarah ayat 125. Begitu juga ketika sa’i baginda mengulang-ulang (berzikir) dengan surah Al Baqarah ayat 158.

Disebabkan ayatul Kursy ( al Baqarah 255) dan akhir surah al Baqarah ( ayat 285-286) merupakan perbendaharaan Arsy , eloklah ayat ini dilazimkan dalam solat-solat sunat ketika solat di Masjidil Haram. Tahun ini (2012) kemungkinan besar Haji Akbar (iaitu wukuf jatuh hari Jumaat). Oleh itu, sebaiknya pada hari itu kita baca berulang-ulang (zikirkan) ayat 3 surah al Maidah yang diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w pada peristiwa Haji Akbar zaman baginda agar mendapat kesempurnaan iman , diikuti doa melaksanakan solat-solat sunat- maka sudah pasti perlu bawa buku solat sunat untuk mengetahui cara terbaik berniat dan cara melaksanakan solat-solat ini kerana mungkin tidak biasa seperti solat sunat Kifaratul Bauli atau solat sunat tasbih ( ada beza caranya antara siang dan malam) dan sebagainya. Selain dari doa-doa perlu juga membanyakkan istigfar dengan membawa sayyidul istigfar atau doa istigfar Rejab ( ada dalam kitab Majmuk Syarif).

Untuk solat sunat 2 rekaat sebelum fajar dan selepas maghrib Rasulullah s.a.w membiasakan diri membawa surah Al Kafirun dalam rekaat pertama dan Al Ikhlas dalam rekaat kedua. Malah ada riwayat baginda s.a.w juga membawa surah yang sama dalam solat sunat Tawaf ( di belakang Maqam Ibrahim).

Menjadi sunah baginda juga untuk membaca surah Al A’la diikuti Al Kafirun dalam solat 2 rekaat sebelum witir dan membaca surah Al Ikhlas, Al Falaq dan An Naas dalam solat Witir.

(2)

Dengan banyaknya fitnah berlaku di dunia sekarang ( kebanyakkannya bercirikan dakyah Dajjal , yang belum muncul lagi) maka membanyakkan bacaan surah Al-Kahfi (terutama pada hari atau malam Jumaat) dan menghafalkan 10 ayat awal dan 10 ayat terakhir surah al Kahfi ini juga sangat baik. Bila direnungkan , ayat 9-10 surah Al Kahfi merupakan permohonan untuk perlindungan ( dalam bentuk / isyarat/simbolik gua) sedangkan pada ayat 101 dan 102 sifat-sifat Dajjal (laknatullah) dan pengikutnya dihuraikan oleh Allah s.w.t.

Begitu juga sebaiknya membawa buku-buku Selawat (termasuk Dalail Khairat) agar dapat membaca sebanyak-banyak Selawat kepada Rasulullah s.a.w ketika di Madinah mahupun ketika dalam perjalanan menuju ke Madinah. Baik malam atau siang Jumaat , jangan lupa bertahlil kepada kaum muslimin dan muslimat yang telah meninggalkan kita terutama kepada Rasulullah s.a.w, keluarga baginda s.a.w dan para sahabat r.a serta ahlil Maala dan ahlil Baqi’ ( caranya seperti yang terdapat dalam kitab Majmuk Sharif).

Referensi

Dokumen terkait

Hubungan Antara Terpaan Tweet Iklan pada Akun Twitter @infotembalang dan Brand Awareness @CalzoneUp dengan Minat Beli Masyarakat.. SOFI KUMALA FATMA

(2-tailed) < 0,05 maka Ho diterima dan Ha ditolak sehingga diambil kesimpulan bahwa tidak terdapat perbedaan yang signifikan pada selisih pre-test hasil

Harta kekayaan perusahaan, zakat profesi, dan kepemilikan saham tidak luput menjadi objek harta kena zakat, hal ini didiskusikan dan diputuskan pada Muktamar ke-3 yang

Berdasarkan hasil penelitian didapatkan skore dari kuesioner kualitas hidup dengan skore maximum 104 dan skore minimum 59 dengan mean 78.54 dan mean kualitas hidup pada empat

Peserta didik tahap pendidikan lembaga Sekolah Dasar dan Madrasah Ibtidaiyah memiliki latar belakang pendidikan, orang tua, lingkungan sekitar yang

Hasil dari uji material oleh Mahkamah Konstitusi terhadap UU Pengelolaan Zakat tersebut dapat diringkas: 1) Dikuatkannya peran BAZNAS sebagai pemain utama pengelolaan zakat

Latar Belakang: Pus merupakan hasil dari proses infeksi bakteri. Penanganannya adalah dengan pemberian antibiotik. Namun pemberian antibiotik sering menimbulkan

Berdasarkan hasil wawancara, observasi, dan dokumentasi tersebut dapat diketahui bahwa guru PAI di SMP Negeri 1 Sendang memiliki kreativitas dalam meningkatkan prestasi belajar siswa