hari guru hari guru hari guru

Teks penuh

(1)

WAWANCARA HARI GURU 2012

Soalan 2: Bagaimana guru berkualiti dapat melahirkan pelajar yang berinovasi?

Pendidikan yang yang berkualiti adalah satu wadah bagi melahirkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran tinggi, kreatif, inovatif dan berdaya saing. Warga pendidik atau guru pula adalah sebagai agen pemangkin dalam pertumbuhan dan perkembangan pelajar. Jadi guru berkualiti dapat melahirkan pelajar yang berinovasi dengan mekanisme;

 Peranan guru itu sendiri, sebagai role model atau contoh terbaik kepada pelajar dan masyarakat, seperti guru yang memiliki personaliti positif;

 Menjalankan tugas secara profesional dan penun iltizam;

 Bijak dalam memilih pendekatan yang bersesuaian dengan tahap kebolehan pelajar;

 Memberi peluang dan merangsang pelajar secara berterusan.

Dengan itu, hanya guru yang berkualiti dan berinovasi akan dapat mentransfomasi pengajaran dan pembelajaran bagi melahirkan pelajar berinovasi.

Soalan 4: Tema Hari Guru tahun ini ada hubungkait dengan Sistem Pendidikan Negara 21 (SPN 21). Pada pendapat Ustazah, apakah cabaran-cabaran yang mungkin dihadapi oleh guru-guru dalam merealisasi tema ini?

Tidak dinafikan, besarnya tanggungjawab yang perlu digalas oleh guru dalam mendidik anak bangsa, untuk mencapai matlamat Sistem Pendidikan Negara 21 (SPN 21) dan wawasan negara 2035. Dalam persekitaran global yang lebih mencabar ini, sudah tentunya, guru akan menghadapi cabaran-cabaran dalam merealisasikan tema ‘Guru Berkualiti, Pelajar Berinovasi’ ini. Antara cabaran-cabaran tersebut ialah;

 Anjakan paradigma guru ke arah pemikiran positif dalam menerima perubahan, tanpa menjejaskan akhlak dan nilai-nilai murni Islam.

 Guru juga perlu mengambil pendekatan proaktif dalam meningkatkan perkembangan profesional, iaitu dengan menghadiri kongsisama, bengkel, kursus-kursus dan seminar, di samping melanjutkan pengajian ke tahap profesionalisme keguruan yang tinggi.

 Dalam pengajaran dan pembelajaran pula, guru hendaklah memberi peluang kepada pelajar dalam mengekspresikan kreativiti dan inovasi pelajar.

Soalan 5: Apakah nasihat atau saranan Ustazah kepada warga pendidik di Negara Brunei Darussalam?

Dalam era transformasi ini, pernan guru menjadi semakin kompleks dan mencabar. Jadi sebagai individu yang bertanggungjawab dalam merealisasikan hasrat negara;

 Guru hendaklah sentiasa mempersiapkan diri dengan minda dan budaya kerja positif, serta peka dengan dimensi perubahan informasi semasa.

 Guru juga diharapkan mempunyai keinginan untuk mencuba idea baru;

(2)

 Mengalikasikan variasi kaedah pengajaran yang bersesuaian; dan

 Prihatin kepada keperluan pelajar dan sistem pendidikan.

Dengan itu, para guru yang melengkapi diri dengan ciri-ciri guru berkualiti ini, akan membawa tahap pendidikan negara ke era lebih cemerlang dan membentuk kualiti bangsa yang berkemahiran, berpendidikan tinggi dan berpengetahuan luas serta mampu mempertahankan kedaulatan negara, memperteguh pegangan hidup bersendikan kekuatan iman dan taqwa.

mampu melahirkan generasi masa depan yang berinovasi, cemerlang, gemilang dan terbilang me menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara serta

Oleh yang demikian, jelaslah betapa peranan para guru yang berkualiti itu sangat penting dan kritikal dalam memenuhi hasrat serta harapan negara ke arah menghadapi dan menyusuri pendidikan dalam abad ke-21 ini. Oleh itu para guru dan pendidik perlu melengkapi diri dengan ciri-ciri kualiti yang diperlukan bagi

perlulah memainkan peranan dan memberi komitmen dalam menggembleng tenaga

yang menuntut para guru untuk lebih berusaha gigih bagi menghasilkan anak didik yang benar-benar berilmu, berakhlak mulia, mempunyai jati diri dan mampu bersaing pada peringkat nasional mahupun global.

Di sinilah pentingnya watak-watak murni untuk dibentuk dalam diri murid agar hasrat untuk mencapai produk yang berkualiti menjadi realiti. Ini semua hanya akan dapat dilakukan sekiranya warga pendidik dapat melaksanakan peranan mereka terutamanya dalam usaha memperkukuh perpaduan, membina identiti nasional dan semangat kebangsaan sertamembangunkan sumber manusia bersesuaian dengan keperluan menghadapi globalisasi.

tanggungjawab dan peranan guru akan lebih mencabar apatah lagi dengan ledakan perkembangan ICT masa kini

Dalam era transformasi ini, seluruh minda semua pihak perlu digembleng untuk memacu kemajuan negara Proses pembinaan negara pula tidak akan tercapai tanpa pendidikan.

merekalah yang bertanggungjawab mendidik manusia bagi melahirkan generasi berilmu serta sanggup melaksanakan tugas terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Sesebuah negara perlukan warga negara yang terdidik dalam semua aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Situasi ini juga menunjukkan betapa besarnya tanggungjawab yang perlu digalas oleh guru

Di antara ciri-ciri atau kriteria tersebut ialah guru hendaklah mempunyai sahsiah dan akhlak yang baik iaitu bersifat sabar, berlapang dada, tidak putus asa, berwibawa, merendah diri, bijaksana, ikhlas, berkeyakinan serta mengamalkan budaya kerja positif, lebih komited dalam profesion keguruan serta bersemangat untuk menghadapi cabaran pendidikan yang kian mencabar dan mempunyai tahap profesionalisme yang tinggi dan jiwa seseorang guru.

(3)

Peranan guru sebagai pendidik dan menyampaikan ilmu pengetahuan ...

memantapkan profesyen perguruan.

Guru juga sentiasa memelihara kemuliaan akhlak dan ketinggian budi pekerti ... menjadi role model kepada pelajar dan masyarakat.

Apa yang kita buat hari ini adalah pembentuk dan petunjuk kepada wajah generasi masa hadapan.

melahirkan insan yang berupaya memacu kemajuan pesat negara dan mengisi keperluan sebuah masyarakat maju.

Untuk memastikan ilmu pengetahuan dapat diterima dengan sebaiknya oleh murid, saya amat berharap agar guru bukan sahaja menyampaikan ilmu, tetapi bertindak sebagai murabbi yang berperanan mendidik rohani, jasmani, akal dan emosi murid supaya mereka dapat menghayati dan mengamalkan ilmu yang dipelajari. Maka, guru menggalas amanah yang amat mulia dalam memperbaharui dan memperbaiki kehidupan manusia. Tajdid pendidikan akan terhasil apabila guru dapat membangun jiwa, membina akal dan membentuk akhlak manusia dengan asuhan ilmu dan adab yang mulia. Sesungguhnya, tidak terhitung jasa dan bakti guru kepada bangsa dan negara. “

bagaimana untuk melonjakkan kualiti dan ekuiti pendidikan dalam tempoh yang terdekat. Tujuannya ialah, pertama, supaya sistem pendidikan negara kita mampu melahirkan insan yang berupaya memacu kemajuan pesat negara dan mengisi keperluan sebuah masyarakat maju.

guru mendidik generasi muda supaya menjadi ahli masyarakat danrakyat yang berguna dan berkesan mengikut aspirasi negara yang berkenaan.

merekalah yang bertanggungjawab mendidik manusia bagi melahirkan generasi berilmu serta sanggup melaksanakan tugas terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara. Peranan guru adalah luas. Guru adalah pendidik, pembimbing dan pendorong. Dia juga penyampai ilmu, penggerak dan penasihat. Ini bermaksud, guru atau pendidik mempunyai tugas dan tanggungjawab yang mencabar.

Pendidikan dan pembinaan negara adalah berkait rapat antara satu sama lain. Tanpa pendidikan, proses pembinaan negara tidak akan tercapai. Sesebuah negara perlukan warganegara yang terdidik dalam semua aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Situasi ini juga menunjukkan betapa besarnya tanggungjawab yang perlu digalas oleh guru dalammendidik anak bangsa mencapai matlamat negara.

Pendidikan merupakan suatu proses yang berlaku sepanjang hayat yang menggambarkan sesebuah masyarakat yang bertamadun. Pendidikan bukan sekadar memberi ilmu pengetahuan, malah ia bertujuan untuk mendidik anak bangsa, membentuk peribadi, rohani, emosi dan jasmani. Tanggungjawab mendidik bukan sahaja terletak di bahu guru semata-mata, malah semua pihak perlulah memainkan peranan dan memberi komitmen dalam menggembleng tenaga membentuk

(4)

anak bangsa menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara serta melahirkan generasi masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang

Tidak dapat dinafikan tanggungjawab dan peranan pendidik akan lebih mencabar apatah lagi dengan ledakan perkembangan ICT masa kini yang menuntut para guru dan pendidik untuk lebih berusaha gigih bagi menghasilkan anak didik yang benar-benar berilmu, berakhlak mulia, mempunyai jati diri dan mampu bersaing pada peringkat nasional mahupun global.

Oleh yang demikian, jelaslah betapa peranan para guru yang berkualiti itu sangat penting dan kritikal dalam memenuhi hasrat serta harapan negara ke arah menghadapi dan menyusuri pendidikan dalam abad ke-21 ini.

Oleh itu para guru dan pendidik perlu melengkapi diri dengan ciri-ciri kualiti yang diperlukan bagi membawa tahap pendidikan negara ke era lebih cemerlang dan mampu mengangkat kualiti bangsa yang berkemahiran, berpendidikan tinggi dan berpengetahuan luas serta mampu mempertahankan kedaulatan negara, memperteguh pegangan hidup bersendikan kekuatan iman dan taqwa. Di antara ciri-ciri atau kriteria tersebut ialah guru hendaklah mempunyai sahsiah dan akhlak yang baik iaitu bersifat sabar, berlapang dada, tidak putus asa, berwibawa, merendah diri, bijaksana, ikhlas, berkeyakinan serta mengamalkan budaya kerja positif, lebih komited dalam profesion keguruan serta bersemangat untuk menghadapi cabaran pendidikan yang kian mencabar dan mempunyai tahap profesionalisme yang tinggi dan jiwa seseorang guru.

Satu mekanisme yang paling jitu dalam usaha merealisasikannya adalah dengan Al-Quran. Rasulullah s.a.w pernah berpesan dalam khutbah baginda yang terakhir, maksudnya:

Isi kandungannya merangkumi pelbagai informasi disiplin ilmu, antaranya ialah berhubung kerohanian, kemasyarakatan, kemurnian akhlak, kepimpinan, pentadbiran, pendidikan, perekonomian, kesihatan dan lain-lain

Figur

Memperbarui...

Referensi

Memperbarui...