Dari masa ke semasa, kita pasti akan mendengar seruan daripada pihak yang tertentu yang menyeru supaya sekolah jenis kebangsaan ataupun sekolah vernakular dihapuskan dan ditukar kepada sekolah kebangsaan.
Mereka yang melakukan seruan ini sentiasa mengatakan ini adalah untuk tujuan perpaduan. Tidakkah pandangan ini terlalu simplistik?
Ia memang tidak dapat dinafikan bahawa jika semua pelajar tidak mengira kaum boleh belajar bawah satu bumbung yang sama, ia perkara yang baik kerana dapat mengeratkan hubungan sesama kaum dan mengukuhkan perpaduan.
Akan tetapi, masalah perpaduan antara kaum yang kini wujud di negara Malaysia ini bukan disebabkan oleh sekolah vernakular tetapi kerana sebab-sebab yang lain.
Oleh itu, meskipun kita menghapuskan sekolah-sekolah vernakular, saya percaya masalah perkauman dan isu perpaduan masih akan wujud kerana ini bukan punca masalahnya.
Punca masalah isu perkauman dan perpaduan disebabkan oleh polisi negara ini. Kini walaupun kita sudah merdeka untuk 56 tahun, kerajaan yang diperintah oleh BN masih menggunakan teknik pemerintahan yang digunakan oleh British iaitu pecah dan perintah.
Ini amat jelas di mana parti komponen utama BN yang terdiri daripada Umno, MCA dan MIC hanya mempertahan dan berjuang untuk kaum yang diwakili masing-masing. Umno hanya untuk orang Melayu, MCA untuk orang Cina dan MIC untuk orang India.
Tidak percaya kaum lain
Ini secara langsung atau tidak langsung memberi persepsi kepada rakyat jelata di mana jika kita menghadapi apa-apa masalah, kita hanya boleh mendapatkan pertolongan daripada pemimpin kaum kita sendiri.
Ini juga secara tidak langsung menyebabkan kita melahirkan perasaan tidak percaya terhadap kaum lain lalu mengakibatkan salah faham, yang mana kita bahawa hanya orang Melayu akan menolong orang Melayu, orang Cina hanya akan menolong orang Cina dan orang India hanya akan menolong orang India.
Inilah punca masalahnya di mana kita akan melihat ketidaksamaan antara kaum dan kita akan melihat kaum yang lain sebagai entiti yang berbeza dan berasingan.
Apabila sesetengah pihak mengeluarkan kenyataan yang rasis dan berbaur perkauman, ia akan secara tidak langsung mengakibatkan kaum lain melahirkan kebencian bukan hanya terhadap individu tersebut tetapi juga kaum individu itu.
Lebih-lebih lagi jika tiada tindakan undang-undang yang diambil ke atas individu-individu ini dan pendakwaan selektif dilakukan ke atas individu-individu yang lain.
Bukan itu sahaja, apa yang lagi hipokrit ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
memperkenalkan konsep 1Malaysia yang dilaung-langkan, timbalannya iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga menteri pelajaran mengatakan beliau Malay first .
Jadi apa gunanya jika kita ingin menghapuskan sekolah vernakular bagi tujuan perpaduan tetapi pada masa yang sama, timbalan perdana menteri yang juga menteri pelajaran sendiri tidak mengerti maksud perpaduan?
Pendakwaan selektif
Apa yang lebih teruk lagi adalah apabila perdana menteri kita sendiri menyalahkan "tsunami Cina" bagi keputusan teruk pada PRU baru-baru ini.
Saya berasa amat kesal apabila pemimpin-pemimpin negara kita sanggup mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang begitu tidak bertanggungjawab sehingga ada daripada mereka yang sanggup mengatakan ini sebagai pengkhianatan sesetengah kaum.
Oleh itu, apa gunanya sekolah vernakular dihapuskan tetapi pemimpin-pemimpin negara kita sendiri tidak mengerti maksud perpaduan?
Jadi untuk mencapai perpaduan, apa yang kita perlu hapuskan sekarang bukanlah sekolah vernakular tetapi rasisme yang wujud di negara kita.
Pemimpin-pemimpin negara kita haruslah menunjukkan contoh yang baik dan tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang rasis dan tidak bertanggungjawab.
Pihak polis dan peguam negara haruslah menjalankan tugas secara adil dan mengambil tindakan terhadap kesemua mereka yang tidak bertanggungjawab ini tidak mengambil kira latar belakang mereka dan tidak melakukan pendakwaan selektif.
Hanya apabila kita dapat melihat tidak ada perbezaan antara kita, maka hanya pada masa itulah kita akan mencapai perpaduan.
1.0 Pengenalan
Sistem pendidikan di Malaysia semasa zaman pemerintahan British lagi (sebelum kemerdekaan) telah mengamalkan sistem pendidikan vernakular yang berpaksikan pada kaum masing-masing serta bahan pendidikan yang banyak bersumberkan pada rujukan negara serta bangsa masing-masing. Sistem pendidikan yang wujud pada masa pemerintahan British mempunyai empat sistem persekolahan utama iaitu sekolah vernakular Melayu, sekolah vernakular Cina, sekolah vernakular Tamil dan sekolah Inggeris. Selepas zaman kemerdekaan, sistem pendidikan ini telah ditukar kepada sistem yang telah dirangka oleh Penyata Razak. Maka, lahirlah sistem sekolah kebangsaan yang menggabungkan semua bangsa di Malaysia namun masih
dimonopoli oleh pelajar Melayu serta penubuhan sekolah vernakular Cina dan India yang dimonopoli oleh bangsa masing-masing dan juga menggunakan bahasa ibunda masing-masing.
Timbul isu yang telah dikemukakan oleh para pemimpin dan sesetengah pihak yang memberi cadangan untuk menutup sekolah vernakular dan memasukkan semua pelajar ke dalam satu sekolah serta menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Isu ini telah mendapat reaksi yang berbeza daripada pelbagai pihak, khususnya kepada kaum yang terlibat serta seluruh rakyat Malaysia amnya.
1.1 Objektif Kajian
Objektif kajian ini ialah mengkaji sejarah kewujudan sekolah vernakular, menganalisis kebaikan dan kelemahan antara sekolah vernakular dan sekolah kebangsaan dan mengenal pasti faktor-faktor isu pemansuhan sekolah vernakular
1.2 Kepentingan Kajian
Kajian ini akan memberi penerangan yang jelas kepada masyarakat mengenai konsep sistem pendidikan sekolah vernakular.
2.0 Sorotan Literatur
2.1 Sejarah Kewujudan Sekolah
Pada zaman penjajah, sekolah agama atau madrasah terus befungsi tanpa sebarang campur tangan. Hal ini kerana, pihak British tidak ingin mencampur tangan dalam hal ehwal agama dan adat-resam orang Melayu. Namun setelah pihak British sedar bahawa sekolah ini memainkan peranan penting dalam peningkatan pemikiran masyarakat Melayu, mereka mula meminggirkan pendidikan Islam dan mewujudkan sistem pendidikan yang baru iaitu dikenali sebagai sekolah vernakular Melayu. Hal ini kerana, sistem pendidikan yang diperkenalkan oleh pihak British hanya bertujuan sedakar untuk menghapuskan buta huruf masyarakat Melayu semata-mata di samping mengekalkan cara hidup tradisional orang Melayu.
Mengikut dasar pelajaran yang ditetapkan oleh pihak British, kanak-kanak akan
diberikan pelajaran percuma di peringkat rendah dalam Bahasa Melayu selama empat tahun. Mata pelajaran yang biasa diaplikasikan di sekolah vernakular Melayu ialah bacaan, mengarang, ejaan, menulis, latihan jasmani dan ilmu alam sahaja. Malahan, murid di sekolah Melayu juga tidak berpeluang untuk belajar Bahasa Inggeris dan melanjutkan pelajaran di peringkat menengah.
Sekolah Vernakular Cina
Kemasukan beramai-ramai masyarakat Cina ke Tanah Melaayu telah menimbulkan keperluan pendidikan dalam kalangan anak-anak mereka. Pada waktu itu, pihak pentadbiran British tidak mencampur tangan malahan menentang keras pembiayaan untuk pembinaan Sekolah Vernakular Cina kerana penduduk Cina dianggap sebagai penduduk asing sementara di Tanah Melayu. Maka, perbelajaan pengurusan sekolah tersebut hanya ditampung oleh derma daripada masyarakat Cina sahaja.
Dalam aspek pendidikan, sikap masyarakat Cina lebih ketara berorientasikan ke negara asal. Oleh itu, sistem pendidikan Sekolah vernakular Cina sangat mirip dengan sistem pendidikan di negara China. Mereka sanggup mengeluarkan perbelanjaan lebih untuk mendirikan sekolah serta mengeluarkan tajaan untuk mengimport guru dari negara China bersama dengan buku teks sekolah yang dikeluarkan di sana untuk diajar kepada anak-anak mereka.
Sekolah Vernakular Tamil
Sejarah penubuhan bagi sekolah Tamil berlaku semasa kemasukan buruh India secara beramai-ramai. Pada mulanya pihak British tidak begitu berminat dengan pendidikan Tamil di Tanah Melayu. Namun begitu, mereka mula menyedari bahawa pendidikan perlu disediakan untuk menarik lebih ramai penduduk India datang berkerja di ladang-ladang di Tanah Melayu.
pelajaran kepada mereka. Oleh kerana ia terbatas di kawasan estet serta sumber kewangan dan tenaga pengajar yang terhad, pendidikan sekolah vernakular Tamil tertumpu kepada peringkat rendah sahaja. Dari aspek pembelajaran pula, sumber buku teks yang digunakan masih bersumberkan dari negara asal mereka.
2.2 Kelebihan dan Kelemahan antara sekolah vernakular dan sekolah kebangsaan
Sekolah Kebangsaan
Kebaikan Kelemahan
§ Dapat beramah mesra, bergaul, bersukan, makan bersama, saling mengenal dan mengeratkan hubungan silaturahim.
§ Berorentasikan peperiksaan dan pencapaian akademik semata-mata.
§ Wujudnya, budaya menghormati hak kaum lain yang mampu memupuk
kesepaduan kaum dan etnik di negara ini.
§ Amat mementingkan peperiksaan sebagai tiket untuk mendapatkan pekerjaan yang baik.
§ Menjadikan sekolah sebagai asas permulaan dalam memupuk hubungan yang baik antara kaum yang lain
§ Pendidikan yang tertumpu kepada pencapaian akademik telah
membelakangkan elemen-elemen adab serta budaya yang sopan.
§ Murid-murid yang terdiri daripada pelbagai etnik mudah untuk berhubung atau berkomunikasi dengan masyarakat luar dan mudah untuk memperoleh ilmu pengetahuan.
§ Aspek budi bahasa, adab dan akhlak serta aspek nilai-nilai murni seperti ikhlas, jujur dan amanah semakin hari semakin kurang diberi perhatian.
Sekolah Vernakular
Kebaikan Kelemahan
§ Pelajar berlainan kaum dapat menguasai bahasa ketiga yang mampu menjamin masa depan yang kukuh terutamanya ketika bersaing dalam dunia kerjaya.
§ Menunjukkan jurang perkauman yang begitu luas antara murid-murid yang berlainan kaum.
§ Guru di sekolah vernakular mempunyai komitmen, profesionalisme, dan tahap dedikasi yang tinggi
§ Wujudnya jurang komunikasi antara kaum disebabkan penggunaan bahasa ibunda yang berbeza.
§ Sistem pendidikan vernakular mempunyai kelebihan tersendiri berbanding sekolah kebangsaan.
2.3 Isu-Isu Sekolah Vernakular
Banyak faktor yang telah menjadi punca dan alasan mengapa isu pemansuhan sekolah vernakular dibangkitkan. Salah satunya, berkaitan dengan cadangan penubuhan
Sekolah Wawasan. Sekolah Wawasan ialah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira etnik atau agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan aliran akan ditempatkan dalam kawasan yang sama. Tujuan dan matlamat Sekolah Wawasan adalah untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid-murid yang berbagai-bagai bangsa dan latar belakang. Namun begitu, kebanyakan etnik Cina dan India membantah
pelaksanaan Sekolah Wawasan kerana mereka percaya bahawa Sekolah Wawasan akan mengehadkan penggunaan bahasa ibunda masing-masing di sekolah.
Seterusnya, cabaran dalam pendidikan dan bahasa. Kepelbagaian sistem pendidikan mempunyai kaitan rapat dengan kesepaduan sosial di negara ini, terutama dari segi penggunaan bahasa pengantar dan kurikulum. Setakat ini, kepelbagaian tersebut tidak banyak menimbulkan masalah kepada sistem pendidikan negara. Namun, cabaran terhadap pelaksanaan sistem tersebut memang tidak dapat dielakkan, terutama antara pendidikan kebangsaan dengan pendidikan vernakular.
3.0 Metodologi Kajian
Kajian ini dilakukan di sekitar Sekolah Kebangsaan Batu Berendam, Melaka. Data dikumpulkan melalui kaedah temu bual dan pemerhatian. Dalam temu bual, kajian telah menemui guru kaunseling iaitu Puan Ziana dan serta tiga orang pelajar universiti. Dalam kaedah pemerhatian, pelajar pelbagai kaum yang berada di dalam kelas sekolah kebangsaan telah diperhati gelagat mereka.
4.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, proses penyatuan dalam sistem pendidikan di Malaysia telah bermula semenjak zaman sebelum merdeka, namun agak sukar untuk direalisasikan. Penyatuan dalam bidang ini akan tercapai sekiranya setiap komuniti etnik memahami sejarah asal di Tanah Melayu dan perkembangan pendidikan di negara ini. Oleh yang demikian, setiap pelusuk masyarakat perlulah menjadi warganegara yang prihatin dalam
menangani isu ini. Sebarang perbincangan perlulah diadakan bagi mengelakkan salah faham yang boleh membawa kepada isu perpaduan yang lebih besar.
Rujukan
Mahdi Shuid & Noor Azma Hj. Seman. (2014). Rujukan Lengkap Sejarah Tingkatan 4, Global Mediastreet Sdn. Bhd.
http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/06/isu-sekolah-vernakular-ke-mana-haluan.html
https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/12/06/sistem-sukatan-satu-sekolah-berjaya-di negara-lain-kenapa-tidak-malaysia/
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemansuhan-sekolah-cina-dibahaskan-dalam-perhimpunan-agung-umno
http://www.slideshare.net/sitirohayurohan/sejarah-pendidikan-di-malaysia-17745813 http://cgzakariasej.blogspot.com/2014/05/pendidikan-vernakular-di-tanah-melayu.html http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/06/isu-sekolah-vernakular-ke-mana- haluan.html
http://www.utusan.com.my/rencana/memalaysiakan-semangat-sistem-pendidikan-sjkc- 1.16787
http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?id=557018&cat=tm
MZ Zainudin, Nur Atikah Mohd Razali, Nurul Asyikin Hamzah, Renugah Mageswaran, Goh Say Kheat
Sekolah Vernakular
1. Sekolah vernakular merujuk kepada sekolah yang menggunakan bahasa ibunda dalam pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan (P&P) di sekolah.
2. Terdapat tiga jenis sekolah vernakular, iaitu Melayu, Cina dan Tamil.
3. Sekolah vernakular Melayu yang pertama sekali ditubuhkan ialah pada tahun 1855, iaitu di Bayan Lepas, Pulau Pinang.
4. Sekolah Melayu Gelugor, Pulau Pinang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
i. Bahasa Melayu, Matematik, Ilmu Alam ii. dan mata pelajaran vokasional
ii. Petang
i. Bahasa Arab ii. dan al-Qur'an
b. Kekurangan guru merupakan faktor tiada sekolah menengah Melayu pada waktu itu. Ini telah mendorong sehingga tertubuhnya dua buah maktab perguruan, iaitu
i. MPSI Tanjung Malim pada tahun 1922 dan ii. MPPM di Melaka pada tahun 1935.
c. Sekolah vernakular Cina ditubuhkan pada tahun 1815 oleh kumpulan pendakwah baru Persatuan Pendakwah London. Terdapat juga sekolah Cina yang dibuka oleh orang perseorangan.
d. Sekolah Cina menggunakan bahasa Cina/Mandarin (Kuv Yu) sebagai bahasa pengantar, manakala guru-guru dan buku teks diimpot dari Negara China.
e. Contoh sekolah vernalular Cina ialah
i. SJK (C) Hua Lian, Tanjung, Perak dan ii. SJK (C) Chung Hwa, Kota Bharu, Kelantan.
f. Kelas Bahasa Cina diadakan di semua `Free School', iaitu di Melaka, Pulau Pinang dart Singapura, namun la gagal dan telah dihentikan.
h. Pada tahun 1925, Kod Buruh berkuat kuasa, di mana semua estet vang mempunyai 10 orang kanak-kanak dalam umur persekolahan diwajib menyediakan sekolah yang bertujuan rnembasmi buta huruf.
i. Sekolah Inggeris hanya terdapat di kawasan bandar dart menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
j. Pendidikan bahasa Inggeris mula diperkenalkan di kalangan anak bangsawan Melayu pada tahun 1905. Penang Free School (1816 ) merupakan sekolah Inggeris pertama yang ditubuhkan. Guru-guru yang mengajar di sekolah Inggeris ini terdiri daripada paderi yang mendapat pendidikan di Eropah.
SISTEM PENDIDIKAN VERNAKULAR (SEBELUM PERANG DUNIA KE-2) PENGENALAN
Sebelum kedatangan penjajah - masyarakat tempatan sudah mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri iaitu sistem pendidikan bersifat tidak formal. Diajar pengajian al-Quran dan ilmu pengetahuan agama. Diajar di surau atau masjid di kampung-kampung pada waktu malam. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan ialah cara menghafal kitab-kitab dan ajaran guru - sebagai ‘Menadah Kitab’.
Pada abad ke-18, sistem pendidikan Sekolah Pondok semakin berkembang pesat apabila beberapa orang ulama dari Timur Tengah berhijrah ke NNM - lebih kemas dan teratur
berbanding pengajaran agama yang diadakan di surau atau masjid. Tertumpu di Kedah, Kelantan dan Terengganu. Sukatan pelajaran sistem pengajian pondok meliputi membaca dan memahami kandungan kitab suci al-Quran, bahasa Arab, serta kemahiran membaca, menulis dan mengira. Tempoh pengajian tidak ditentukan secara khusus. Selepas kedatangan British, sistem pendidikan semakin berkembang.
Sebelum Perang Dunia Ke-2, terdapat empat sistem persekolahan di zaman British iaitu sekolah Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris yang mempunyai ciri-ciri tertentu dan lebih mencerminkan unsur-unsur perkauman. Setiap kaum menghantar anak-anak mereka untuk mendapatkan
pendidikan di sekolah yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Sukatan pelajaran dan kurikulum yang digunakan tidak seragam.
Pendidikan Inggeris tidak memberi peluang kepada semua ahli masyarakat kecuali kepada golongan elit Melayu. British juga mengasingkan penubuhan sekolah mengikut kawasan penempatan kaum masing-masing spt sekolah Inggeris tertumpu di kawasan bandar, sekolah Melayu di kawasan luar bandar, sekolah Cina di bandar pelabuhan dan kawasan perlombongan manakala sekolah aliran Tamil di ladang-ladang getah. Tujuan utama pendidikan pada masa itu hanya untuk memberi pendidikan setakat pendidikan yang paling rendah dan tdk mementingkan perpaduan masyarakat.
yang terawal dibuka (1815) sebagai sebuah cawangan Penang Free School di Pulau Pinang oleh Persatuan Mubaligh Kristian - Sek. Melayu Gelugor dan Sek. Melayu Bayan Lepas. 1856 - dua buah sek. Melayu dibuka di Singapura, iaitu di Sek. Melayu Telok Belanga dan Sek. Melayu Kampung Gelam. Pada tahun 1863, tiga buah sekolah Melayu lagi telah dibuka di Seberang Perai, iaitu di Penaga, Permatang Pauh, dan Bukit Tambun. Sambutan ibu bapa tidak begitu menggalakkan – menganggap bertentangan dengan agama Islam. Ibu bapa bimbang anak mereka terpengaruh dengan Kristian dan tidak mempunyai nilai ekonomi. Mereka lebih memerlukan tenaga anak untuk menolong ibu bapa. Peringkat awal - dibuka untuk pelajar lelaki sahaja kerana ibu bapa tidak berminat menghantar anak-anak perempuan ke sekolah. Kemudian sekolah vernakular Melayu berasingan ditubuhkan untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan. Sekolah perempuan Melayu pertama dibina di Teluk Belanga, Singapura (1884) dan diikuti dengan sebuah sekolah lagi di Pulau Pinang pada tahun 1889. Menjelang tahun 1900, terdapat 14 buah sekolah perempuan Melayu, iaitu 12 buah di Perak dan dua buah lagi di Selangor. Antara tahun 1900-1923, Enakmen mewajibkan kanak-kanak lelaki Melayu ke sekolah jika tinggal dalam lingkungan 2 batu dari sekolah. Tempoh belajar hanya untuk selama 4 tahun - diajar menulis, membaca dan mengira serta kraftangan mudah. Matlamat pendidikan Melayu hanya untuk memastikan supaya “seorang anak nelayan atau petani menjadi seorang nelayan atau petani yang lebih cerdik daripada bapa mereka.” Sek. Melayu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, diajar oleh guru-guru berbangsa Melayu dan tidak mempunyai buku-buku teks wajib. British tidak mempunyai perancangan yang teliti untuk memulakan pendidikan di peringkat menengah dalam bahasa Melayu. Usaha awal memberi latihan perguruan kepada guru sekolah Melayu dibuat pada tahun 1878 melalui sebuah pusat latihan di Telok Belanga, Singapura. Pada tahun 1900, Maktab Melayu Melaka ditubuhkan, Maktab Melayu Matang, Perak (1913), Maktab Melayu Johor dan Maktab Melayu Kota Bahru pada tahun 1919. Walau bagaimanapun, usaha ini kurang berjaya kerana gaji guru sangat rendah serta tidak diminati oleh orang Melayu. Selepas kajian dibuat - telah membawa kepada penubuhan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) di Tanjung Malim (1922), Maktab Latihan Perempuan Melayu ditubuhkan di Melaka (1935) untuk menampung keperluan guru yang semakin bertambah. 1905, Maktab Perubatan King Edward VII ditubuhkan dan dibiayai melalui sumbangan orang perseorangan dan badan-badan kebajikan. 1920, Maktab Perubatan King Edward VII mula mengadakan klinik perubatan, pembedahan, dan perbidanan. Beberapa bidang pengajian yang lain juga turut ditambah. 1949, Maktab Perubatan King Edward VII digabungkan dengan Raffles College untuk menjadi Universiti Malaya di Singapura - tawar kursus-kursus peringkat ijazah dalam bidang Sastera, Sains, dan Perubatan. Dalam bidang pelajaran teknikal, sebuah Sekolah Teknik dibuka di Kuala Lumpur (1906) - latih pembantu teknik dlm Jab. Ukur, Jab. Kereta Api dan Kerja Raya. 1942 - ditukar kepada Maktab Teknik. 1943 - Maktab Pertanian didirikan di Serdang, Selangor kemudian (1971) taraf maktab ini dinaikkan menjadi Universiti Pertanian Malaysia yang kini dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia (UPM). Sistem Pendidikan Zaman British (SEKOLAH VERNAKULAR) SEKOLAH AGAMA MADRASAH Perkembangan pesat sekolah Inggeris pada abad ke-19, menimbulkan kebimbangan golongan ulama -sebagai ancaman kepada agama Islam dan budaya Melayu krn telah menyebar ideologi sekularisme. ‘Kaum Muda’ telah mengusahakan penubuhan sekolah agama/madrasah untuk bersaing dengan sekolah aliran Melayu dan Inggeris. Pengajian di sekolah ini lebih kemas dan teratur berbanding dengan sekolah pondok. Sekolah agama
al-Mashor di Pulau Pinang (1919) dan Madrasah Muhammadiah di Kota Bharu. Sistem Pendidikan Zaman British (SEKOLAH VERNAKULAR) SEKOLAH PENDIDKAN CINA Pada peringkat awal, pendidikan untuk kanak-kanak Cina tidak dipentingkan kerana tanggapan ibu bapa mereka datang ke Tanah Melayu untuk mencari rezeki. Sekolah Cina yang pertama ditubuhkan di
Melaka pada tahun 1816 oleh sekumpulan mubaligh Kristian. Beberapa buah sekolah lagi didirikan di NNS dan NNMB oleh kapital-kapital Cina seperti Yap Ah Loy, Phua Choon Hiong, dan Cheng Soo Leong. Penubuhan sekolah-sekolah Cina ini menandakan bermulanya keinginan orang Cina untuk bermastautin secara tetap, walaupun sebelum itu Tanah Melayu hanya
dianggap sebagai penempatan sementara. Sekolah-sekolah Cina lebih tertumpu di bandar-bandar sekitar kawasan perlombongan dan pelabuhan seperti Singapura, Melaka, Pulau Pinang,
Selangor, Perak, dan Negeri Sembilan. Sistem pendidikan Cina dibahagikan kepada tiga
peringkat, iaitu peringkat rendah (6 tahun), peringkat menengab (3 tahun), dan peringkat atas (3 tahun). Menggunakan sukatan pelajaran sendiri kerana sekolah Cina dikelolakan oleh orang-orang persendirian, badan-badan sukarela tanpa campur tangan kerajaan British. Kurikulum sekolah Cina di Tanah Melayu disesuaikan supaya selaras dengan apa yang dipelajari di China. Manakala guru-guru didatangkan khas dari China. Mata pelajaran yang diajar ialah Bahasa Cina, Kesusasteraan Cina Klasik, Sejarah China, Matematik, Sains, Nyanyian, Lukisan, dan Latihan Ketenteraan. Buku-buku teks dicetak dan diimport dari China. Sekolah-sekolah Cina di Tanah Melayu menggunakan pelbagai dialek. Namun kemudiannya diselaraskan apabila semua sekolah menggunakan bahasa ‘Kuo Yu’ sebagai bahasa perantaraan bagi menggantikan pelbagai dialek yang berlainan. Masy. Cina di Tanah Melayu lebih mengetahui perkembangan politik di China berbanding Tanah Melayu. Sekolah Cina menjadi pusat penyebaran ideologi yang bercanggah antara pihak Koumintang dan Komunis. Oleh itu, keadaan ini perlu dikawal kerana boleh menjejaskan keamanan. Pada tahun 1920, satu peraturan diperkenalkan dengan mewajibkan semua sekolah Cina di Tanah Melayu didaftarkan. Langkah ini bertujuan mengawal
perkembangan sekolah aliran Cina di Tanah Melayu. Pada tahun 1924, sekolah Cina mula mendapat bantuan kewangan kerajaan. Bantuan ini digunakan untuk pelbagai perkara seperti membayar gaji guru dan membina sekolah baharu. Jabatan Penolong Pengarah Sekolah Cina juga ditubuhkan untuk mengawasi perkembangan sekolah Cina. Selepas tahun 1945, semakin banyak sekolah Cina menerima bantuan kerajaan. Buku teks tidak lagi dibawa masuk dan China tetapi diterbitkan di Tanah Melayu. Sukatan pelajaran disemak untuk disesuaikan dengan
antara 10 hingga 12 tahun. Selepas tahun 1920-an, semakin banyak sekolah Tamil didirikan di Tanah Melayu. Pada tahun 1932, British mula memberi bantuan kewangan kepada sekolah Tamil. Pendidikan di sekolah Tamil hanya terbatas setakat sekolah rendah sahaja iaitu sebahagian besarnya hanya ditawarkan pendidikan sehingga darjah empat dan ada sebilangan kecil sehingga ke darjah enam. Hanya yang mampu sahaja dapat melanjutkan pelajaran ke sekolah Inggeris di bandar. Kebanyakan sekolah Tamil menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar tetapi ada sebilangan kecil yang menggunakan bahasa lain seperti Telegu, Hindi, Gujerati, Malayalam, Punjabi, dan Singhelese atau Gurkhali. Buku teks dan sukatan pelajaran dibawa masuk dari India. Selain mempelajari kemahiran asas seperti membaca dan menulis, murid-murid juga diajar matematik, ilmu alam, lukisan dan kerja tangan, pengetahuan am, dan latihan jasmani.
Kebanyakan sekolah Tamil tidak memuaskan kerana kurang kemudahan. Gaji guru amat rendah dan di sesetengah sekolah, pekerja ladang seperti kerani ladang, penyelia, dan pembancuh ubat ditugaskan untuk mengajar. Selepas itu, sekolah Tamil di ladang hanya bertujuan untuk
membasmi buta huruf dalam kalangan anak-anak buruh. Sistem Pendidikan Zaman British (SEKOLAH VERNAKULAR) SEKOLAH PENDIDKAN INGGERIS Sekolah aliran Inggeris yang pertama ialah Penang Free School (1816) di Pulau Pinang dibuka oleh R.R.S. Hutchings, seorang paderi gereja tempatan. Pada mulanya sekolah ini merupakan sebuah sekolah rendah, tetapi kemudian dijadikan sekolah menengah sepenuhnya pada tahun 1920-an. Pada tahun 1826, Malacca Free School dibuka oleh badan mubaligh Kristian dan pada tahun 1920 ditukar kepada Malacca High School, diikuti dengan Anglo-Chinese School (1821) dan St. Xavier’s Institution (1829) di Pulau Pinang; St. Joseph dan Convent of Holy Infant Jesus di Singapura; Victoria Institution (1893), Methodist Boys School (1897), Convent Girl School, dan St. John Institution (1904) di Kuala Lumpur. Sekolah Inggeris dibiayai melalui pungutan yuran dan derma daripada badan-badan persendirian dan orang ramai. Bantuan kewangan kerajaan hanya diberi secara tahunan mengikut jumlah murid yang mengambil peperiksaan awam. Kebanyakan sekolah aliran Inggeris lebih tertumpu di bandar-bandar utama di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Pada tahun 1930-an, anak-anak Melayu mula diberi peluang untuk belajar di sekolah aliran Inggeris apabila Special Malay Class diperkenalkan. Murid-murid Melayu dari darjah empat perlu mengambil peperiksaan khas sebelum diterima masuk ke Special Malay Class. Murid-murid di sekolah Inggeris sebahagian besarnya berasal daripada golongan atasan dan hanya segelintir daripada golongan bawahan. Keadaan ini berlaku kerana wujud sekatan kemasukan orang Melayu ke sekolah-sekolah aliran Inggeris. Sekolah-sekolah Inggeris lebih tertumpu di pusat-pusat Bandar dan bayaran yuran yang dikenakan agak tinggi. Pada tahun 1905, British menubuhkan sebuah maktab khas untuk anak-anak golongan bangsawan Melayu yang dikenali sebagai Malay College, Kuala Kangsar (MCKK). Kebanyakan lulusan maktab ini diambil berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Kurikulumnya sekolah Inggeris dibentuk dengan memberi tumpuan kepada pelajaran akademik dan akan menduduki peperiksaan Cambridge Overseas School Certificate. Bagi mereka yang lulus mempunyai peluang pekerjaaan yang lebih cerah. Mata pelajaran yang diajar di sekolah Inggeris ialah Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah Eropah, ilmu Alam, ilmu Sains, Sastera Inggeris, Pendidikan Jasmani, dan Lukisan. Sistem pendidikan Inggeris bertujuan melahirkan golongan terpelajar yang dapat membantu pentadbiran negara di samping menanam perasaan taat setia kepada British. Dalam sesetengah mata pelajaran seperti Sejarah, murid-murid hanya didedahkan kepada sejarah keagungan British seperti
Berdasarkan pengetahuan anda, bagaimanakah keadaan sistem pendidikan vernakular Melayu di negara kita semasa penjajahan British ?
Sekolah Melayu mula ditubuhkan di Negeri Selat.
Sekolah Melayu pertama didirikan di Teluk Belanga, Singapura pada 856 dan seterusnya didirikan di Seberang Perai pada tahun 1871.
Sekolah Melayu didirikan di Negeri Melayu Bersekutu.
Didirikan di Perak iaitu di Kuala Kangsar dan Batu Gajah. Sekolah Melayu didirikan untuk murid perempuan.
Hanya ditubuhkan di Negeri-Negeri Selat pada 1885. Sekolah Melayu dilaksanakan di peringkat sekolah rendah sahaja.
Mengajar kemahiran membaca, menulis dan mengira shj. Bertujuan mengekalkan orang Melayu sebagai petani. Pendidikan Melayu menyediakan pendidikan lanjutan.
Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) ditubuhkan. Maktab ini melatih guru sekolah Melayu..
Pendidikan Melayu turut menyediakan sekolah untuk golongan elit.
Kolej Melayu Kuala Kangsar (1905) ditubuhkan.
Jelaskan perkembangan pendidikan Inggeris di Tanah Melayu semasa penjajahan British.
Sekolah Inggeris ditubuhkan oleh mubaligh Kristian dan badan sukarela.
Sekolah aliran Inggeris mula ditubuhkan di Negeri-Negeri Selat
– Penang Free School (18160) di Pulau Pinang – Malacca Free School (1826) di Melaka.
Sekolah Inggeris juga didirikan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
– King Edward VII School (1883) di Taiping – Victoria Institution (1894) di Kuala Lumpur. Sekolah Inggeris didirikan di bandar sahaja.
Pelajarnya terdiri daripada golongan atasan.
Kurikulum sekolah Inggeris sistem pendidikan di England.